SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, September 28, 2013

UMNO Online - “No Fuel Price Hike In Near Future, Says Economist” plus 9 more

UMNO Online - “No Fuel Price Hike In Near Future, Says Economist” plus 9 more

Link to UMNO Online

No Fuel Price Hike In Near Future, Says Economist

Posted: 27 Sep 2013 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 27  - The people can expect no fuel price hike in the near future as the adjustment is just too recent, says an economist with Alliance Research, Manokaran Mottain.

“The people are still in the midst of absorbing it (the fuel price hike),”  said Manokaran, who is also the National Economic Action Council (NEAC) Director, to Bernama when asked on more fuel subsidy cut in the near term.

Manokaran also said the Fiscal Policy Committee, chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, will only convene every six months.

“Any subsidy rationalisation will only be decided when it is really necessary,” he said.

Speculations on another fuel price increase went viral on the social media over the past days saying that the government is cutting more subsidies particularly for fuel, thus resulting on higher RON95 petrol and diesel prices.

A screen shot of Bernama's website “seemed to be” the announcement on the price hike was circulated through the social media today.

It was actually the Sept 2 announcement on the subsidy rationalisation, which saw RON95 petrol and diesel prices increased by 20 sen effective Tuesday (Sept 3) midnight.

The screen shot in fact had dotted the date to “Monday midnight” and virally circulated to the mass public.

Following the recent rationalisation, the government will save about RM1.1 billion this year.

The government has allocated a staggering RM24.8 billion for fuel subsidy this year.

PM Unjur Rundingan TPPA Menjadi Sukar

Posted: 27 Sep 2013 04:04 AM PDT

NEW YORK, 27 Sept -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjangka rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadi sukar dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Penyelesaiannya, kata beliau ialah untuk menjadi fleksibel supaya perkara itu akan dimuktamadkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa syarahan ‘The New Meetings, Moderation: The New Modernity’ (Pertemuan Baharu, Kesederhanaan: Kemodenan Baharu), yang ditaja bersama Council on Foreign Relations (CFR)’s Religion dan Foreign Policy Initiative, di Peter G. Peterson Hall, The Harold Pratt House, New York.

Peserta yang bertanya soalan itu merupakan anggota CFR di Washington DC, yang mengambil bahagian pada mesyuarat itu melalui sidang video.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia bersetuju untuk mengambil bahagian dalam rundingan itu kerana beliau adalah seorang yang amat percaya dalam perdagangan bebas dan rantau terbuka.

Najib berkata beliau melihat konteks peningkatan perdagangan dan pelaburan akan menjadi besar bagi negara-negara yang terlibat, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, TPPA tidak berhenti kepada perdagangan dan pelaburan sahaja, kerana terdapat isu-isu lain yang akan mencabar kepentingan domestik Malaysia, kata beliau.Najib berkata sebagai anggota Parlimen yang dipilih, beliau perlu menangani kebimbangan rakyat.

“Kami mahu melakukan kedua-duanya, satu perjanjian untuk merangsang pertumbuhan bagi rantau ini secara keseluruhan, tetapi pada masa yang sama kami memerlukan sokongan rakyat,” kata beliau.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah berkata pada Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap kepentingan Bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rundingan TPPA.

Najib ditanya mengenai pelbagai topik dalam program ini, daripada politik hingga kewangan dan ekonomi.

Bagi soalan mengenai hutang Malaysia yang tinggi dan defisit fiskal, Perdana Menteri berkata angka kedua-dua naik kerana Asia Tenggara sedang menghadapi krisis kewangan.

“Dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan, hutang juga meningkat. Kami mempunyai sektor luar bandar yang besar, pada 2009 defisit adalah 6.7 peratus, tahun lepas 4.5 peratus, tahun ini 4 peratus dan menjelang akhir tahun ini kepada 4 hingga 4.4 peratus, pada 2015 tiga peratus, dan belanjawan imbangan dijangka pada 2020 (tahun Malaysia dijangka mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi),” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, baru-baru ini Malaysia menaikkan harga petrol (dan diesel) untuk mengurangkan pembayaran subsidi, dan beliau percaya langkah berkenaan betul untuk dilakukan walaupun bukan satu keputusan popular.

Ketika ditanya mengenai isu mewujudkan masyarakat yang harmoni dan inklusif, Najib berkata 67 peratus daripada masyarakat Malaysia adalah Bumiputera, termasuk tujuh peratus Bumiputera bukan Islam. “Jika 67 peratus ini ketinggalan, maka kami mewujudkan ketidakstabilan. Itulah sebabnya kami mahu melihat masyarakat yang adil, saksama dan menyeluruh supaya kekayaan itu diagihkan secara adil dengan cara yang inklusif dan pembahagian kekayaan negara yang saksama.

“Walaupun kerajaan mengambil tindakan afirmatif, tetapi paras pendapatan bukan Bumiputera telah meningkat lebih cepat (selepas itu). Sekiranya anda tidak melaksanakan tindakan pembetulan, maka jurang akan menjadi yang lebih buruk lagi,” kata beliau.

Najib berkata tindakan afirmatif bukan satu pemberian kerana dilakukan berdasarkan merit dan rakyat akan dibantu hanya apabila mereka berhak.

Sesi itu dihoskan Fareed Zakaria dari CNN, Editor Tugas-tugas Khas Majalah TIME dan anggota Lembaga Pengarah CFR.

Peruntukan RM40 Ribu Hanya Retorik Politik DAP Untuk Alih Isu CEC

Posted: 27 Sep 2013 04:03 AM PDT

PULAU PINANG, 27 Sept – Retorik politik… Itulah yang boleh digambarkan apabila ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan akan memberikan peruntukan berjumlah RM40,000 setahun mulai 2014 kepada 10 Adun UMNO di negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Merbok, Professor Dr. Ismail Daut, pengumuman tersebut sebenarnya hanyalah untuk memperbodohkan rakyat sekaligus memperbaiki imej mereka yang rosak teruk akibat kontroversi pemilihan jawatankuasa Pusat (CEC).

lim_guan_eng_ada_tipu

"Ini semua adalah untuk mengaburi mata rakyat menjelang pemilihan semula CEC pada 29 September akan datang.

"Pemberian ini hanyalah untuk konspirasi politik. Mengaburi mata rakyat untuk menutup kelemahan dan kepincangan mereka dalam pemilihan CEC. Ianya bukan sesuatu yang ikhlas. Jumlah tersebut juga tidak memadai dalam usaha membangunkan DUN-DUN yang ada di Pulau Pinang," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Ismail lagi, DAP yang terkenal dengan putar belit ini sekadar mahu meredakan keadaan agar rakyat tidak memberi tumpuan kepada isu pemilihan CEC dan ingin menggambarkan kononnya mereka sebuah parti yang adil tanpa mengira fahaman politik.

"Reputasi parti DAP terjejas teruk sejak isu pemilihan CEC dipertikaikan ahli mereka sendiri. Berbagai alasan dan cara mereka cuba untuk mengalihkan isu tetapi ahli mereka tetap tidak berpuas hati.

"Oleh itu, pengumuman peruntukan RM40,000 ini juga tidak mustahil adalah salah satu rancangan mereka untuk mengalihkan isu. Jika tidak, mengapa pengumuman dibuat sekarang di kala isu pemilihan CEC menjadi tumpuan utama.

"Mereka sedar, cubaan mereka untuk meletakkan kesalahan kepada ROS tidak berjaya maka cara lain terpaksa dicari. Saya tidak melihat DAP benar-benar jujur di dalam perkara ini," jelasnya lagi. - MediaUMNO

Mesyuarat Khas SPR Mengenai PRK Sungai Limau Dalam Tempoh 10 Hari

Posted: 27 Sep 2013 02:29 AM PDT

PUTRAJAYA, 27 Sept  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk hari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perkara itu termaktub dalam undang-undang, yang menetapkan bahawa mesyuarat mengenainya tidak boleh diadakan lebih dari tempoh 10 hari selepas kekosongan itu dimaklumkan.

Katanya beliau menjangka notis itu mungkin akan diserahkan kepada SPR hari  ini, esok atau hari Ahad memandangkan pejabat-pejabat kerajaan di Kedah dibuka pada hujung minggu.

“Beri kami tempoh seminggu, lebih kurang. Sebab undang-undang pun ada, tidak lebih daripada tempoh 10 hari kerusi itu dimaklumkan kosong, kita kena panggil mesyuarat, tak boleh 12 hari lepas itu,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Speaker Parlimen Myanmar, Thura U Shwe Mann di pejabat SPR di sini hari ini.

Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Abdul Aziz berkata SPR tidak menghadapi sebarang masalah untuk menerima notis berkenaan pada hari minggu kerana pejabat cawangannya di Kedah tetap dibuka pada hari berkenaan.

“SPR kita di sana (Kedah) hari Ahad tetap kerja. Insya-Allah, tak perlulah terburu-buru sangat,” katanya.

“… itupun jika semua dokumen rasmi seperti sijil kematian, dokumen dari hospital dan pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya, semua sudah lengkap, SPR sudah bersedia…,” katanya.

Abdul Aziz berkata beliau difahamkan tidak ada pengundi awal pada PRK Sungai Limau nanti kerana menurut rekod tidak ada anggota polis atau tentera yang menjadi pengundi di kawasan itu, manakala kemudahan undi pos buat pengundi kawasan itu yang berada di luar negara pula, difahamkan hanya dua orang.

Bagaimanapun menurutnya jumlah pengundi pos mungkin boleh bertambah sekiranya ada petugas media atau petugas SPR yang menjadi pengundi kawasan itu yang membuat permohonan untuk kemudahan itu nanti, bergantung kepada kelulusan, yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau seterusnya menganggarkan bilangan pengundi kawasan itu sekitar lebih 26,000 atau 27,000, namun menurutnya perincian jumlah sebenar akan diumumkan bila tiba masanya nanti.

Berhubung penggunaan dakwat kekal pula Abdul Aziz berkata PRK Sungai Limau nanti akan masih menggunakan dakwat kekal kerana penggunaannya tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

Sementara itu merujuk kepada kunjungan rombongan dari Myanmar pula, Abdul Aziz berkata ia merupakan satu penghormatan kepada SPR Malaysia.

“Mereka nampak gembira dan berpuas hati dengan sambutan, penerangan dan layanan yang diberikan,” katanya.

Pihak Tuduh Agenda Perkasa Ekonomi Bumiputera Tidak Adil Berniat Jahat

Posted: 27 Sep 2013 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera telah pun berlangsung dan pelaksanaannya mendapat sokongan namun demikian, terdapat segelintir pihak yang memandang sinis dan melemparkan tohmahan kononnya pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah bersifat tidak adil.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menganggap tuduhan terbabit adalah tidak benar kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional (BN) sentiasa telus melaksanakan amanah dan agihan bantuan kepada kaum-kaum lain juga dilakukan.

n-surendran-peguam-naib-presiden-pkr-anwar-rasis-biadap-perkauman-anti-melayu-islam

"Memperkasa ekonomi bumiputera adalah agenda perjuangan UMNO yang mana ia turut terkandung dalam perlembagaan parti iaitu memajukan ekonomi bangsa Melayu dan bumiputera malah kaum-kaum lain di negara ini juga tentunya mempunyai agenda sendiri untuk bangsa mereka.

"Kita sendiri tidak menolak perjuangan mana-mana kaum selagi ia masih memelihara perpaduan dan kesejahteraan dan agenda memperkasa ekonomi bumiputera ini dilaksanakan oleh pemimpin kita kerana sedar bahawa perlunya sesuatu dilakukan bagi mengangkat martabat dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera apatah lagi kita mempunyai jurang ekonomi dengan kaum lain, adakah ini salah?"

Tegas beliau, sebagai satu-satunya parti Melayu yang memperjuangkan maruah dan martabat bangsa Melayu, UMNO dengan barisan pemimpinnya sentiasa bersedia mempertahankan hak dan tegas melaksanakannya dengan disokong oleh ahli-ahlinya.

"Agenda memperkasa ekonomi bumiputera ini dibuat bukan dengan cara mengambil hak dan kedudukan kaum-kaum lain sebaliknya ia dilaksanakan secara sihat dan turut bersaing dengan terbuka bersama-sama bangsa lain sebagai rakyat Malaysia.

"Takkanlah niat kita nak perkasakan ekonomi sendiri pun nak dipandang serong sedangkan selama ini pemimpin kita yang menjadi ketua negara ini tidak pernah bersikap berat sebelah, membantu semua kaum, ada bantuan, ada peruntukan untuk pendidikan dan macam-macam lagi."

Ujar beliau, sekiranya ada yang sengaja mempertikaikan berkaitan agenda memperkasa ekonomi bumiputera ini maka sebenarnya pihak terbabit sengaja bermain dengan api dan mempunyai niat yang tidak baik.

"Yang mempertikaikannya tentulah mempunyai kepentingan sendiri sama ada berhasrat untuk menjadi hero di kalangan organisasi atau kumpulan mereka atau sengaja meniupkan soal negatif dalam hal-hal perkauman walhal negara kita terbina atas perkongsian kuasa yang mantap dalam BN."

Tegasnya lagi, bangsa Melayu dan kaum bumiputera akan mempertahankan agenda terbabit kerana ia bukanlah rasis sebaliknya perjuangan UMNO yang mahu melihat bangsanya membangun, bersedia dengan perubahan dan melaksanakan transformasi termasuklah masyarakat diluar bandar.

"Hanya UMNO yang benar-benar memperjuangkan nasib bangsa Melayu kerana sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana kumpulan termasuklah parti-parti politik yang benar-benar malakar kejayaan sebagaimana UMNO membawa perubahan kepada bangsa Melayu keseluruhan.

"Ini bukan perjuangan jangka pendek malah sejak penubuhannya hingga ke hari ini dan akan kekal berterusan sebagai perjuangan agenda Melayu untuk diteruskan kepada anak cucu kemudiannya, dan saya yakin setiap kaum juga mempunyai aspirasi terhadap masa hadapan bangsanya."

Pada 4 Sept lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang memberi fokus kepada lima strategi utama iaitu Mendaya Modal Insan Bumiputera, Mantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat, Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera, Memperhebatkan keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera dan Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan. – MediaUMNO

33,682 Calon Bertanding Bukti UMNO Parti Politik Paling Terbuka Dalam Negara

Posted: 27 Sep 2013 02:14 AM PDT

MELAKA, 27 Sept – UMNO hari ini menjadi  sebuah parti  politik yang paling terbuka  dalam sistem pemilihan kepimpinan apabila lebih 33,682 ahlinya disahkan bertanding di dalam pemilihan kali ini bagi semua jawatan, baik di peringkat cawangan, bahagian, majlis tertinggi dan sayap, demikian jelas Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir. Idris Haron.

Menurut beliau, kaedah terbaru pemilihan yang memperlihatkan kesemua jawatan di dalam parti telah dipertandingkan, termasuk dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden merupakan transformasi perubahan di dalam UMNO untuk terus relevan dari masa ke semasa.

ajk-pemilihan-pusat-umno-2013-tajudin-rauf-tajol-megat

"Dengan sistem dan kaedah baru ini memperlihatkan UMNO telah terkehadapan di dalam mengotakan apa yang dikata. Apabila kepimpinan UMNO berhasrat mahu membuka ruang seluas-luasnya untuk ahli dalam memilih kepimpinan, hari ini segala apa yang dikatakan itu telah pun dilaksana.

"Ia merupakan satu perkembangan yang sihat di dalam UMNO dan membuktikan parti ini tidak rigid. UMNO tidak pernah berhenti di satu titik saja. UMNO sentiasa akan melihat ruang-ruang untuk menambah baik dalam pengurusan parti, contohnya seperti kaedah baru pemilihan yang ada pada hari ini," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Segala perubahan yang berlaku di dalam UMNO hari ini menurut beliau telah memperlihatkan keunikan UMNO sebagai sebuah parti politik tertua di negara yang sentiasa berusaha untuk mengadakan penambahbaikan, demi untuk menjadikan ia terus relevan sepanjang masa.

"UMNO bagi saya sebenarnya sebuah parti yang cukup unik, cukup, menarik dan cukup indah. Dengan perubahan kaedah pemilihan yang berlaku di dalam UMNO hari ini, ia memperindahkan lagi suasana di dalam UMNO yang sudah sedia indah.

"Pemilihan kali ini melibatkan lebih 146,500 perwakilan untuk memilih kepimpinan di dalam UMNO berbanding dulu  hanya melibatkan 2500 orang perwakilan saja.

"Ini telah memperlihatkan bahawa kepimpinan UMNO yang sedia ada hari ini bersungguh-sungguh menunjukkan keupayaan UMNO untuk membuka ruang kepada kumpulan rakyat terbanyak, untuk menilai siapa pemimpin yang layak untuk memimpin parti ini,"ujarnya.

Ini katanya amat berbeza dengan kaedah pemilihan yang berlaku di dalam parti-parti pembangkang yang seringkali menuduh UMNO sebagai sebuah parti diktator, rigid dan tidak demokratik.

"Contoh seperti DAP umpamanya. Demokratikkah mereka apabila ahli sudah pun membuat keputusan untuk memilih seseorang pemimpin itu, tiba-tiba pemimpin lain pula yang dipilih oleh kepimpinan tertinggi DAP atas pelbagai alasan, sekaligus menafikan hak ahli yang telah mengundi pemimpin yang lain.

"Ada pula parti lain yang apabila tiba masa pemilihan, meletakkan seseorang itu tidak boleh ditandingi. Seolah-olah bagaikan tokong atau dewa dewi yang tidak boleh dicabar. Ini amat berbeza dengan kaedah pemilihan UMNO hari ini. Presiden dan Timbalan Presiden UMNO juga terpaksa melalui proses untuk dicabar di dalam pemilihan, walaupun oleh ahli biasa di dalam parti," tegasnya.

Justeru itu, beliau menyifatkan golongan yang mengkritik keterbukaan pemilihan di dalam UMNO har ini adalah mereka yang sudah bankrap idea.

"Mereka boleh cakap apa saja tetapi hari ini sudah terbukti bahawa UMNO sudah terkehadapan di dalam memberikan ruang dan keterbukaan bagi ahli-ahlinya untuk memilih pemimpin melalui kaedah pemilihan baru ini yang telah dilaksanakan hari ini,"akhiri beliau. -MediaUMNO

Malaysia Has Laws To Prevent Bringing In Of Human Remains – IGP

Posted: 27 Sep 2013 02:10 AM PDT

KOTA BAHARU, Sept 27  - Malaysia has laws to prevent people from bringing in human remains into the country, said Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar.

He said the kin of deceased persons who wanted to bring in their bodies or ashes must get a special permit under the Prevention and Control of Infectious Disease (Importation and Exportation of Human Remains, Human Tissues and Pathogenic Organisms or Substances ) Regulations 2005 in order to do so.

“Anyone bringing in human remains without a permit is committing an offence. We fear the remains can tranmit infectious diseases.

“So don’t think there are no laws governing this matter,” he told reporters after attending a meeting of CID heads here today.

Also present were Federal CID director Datuk Hadi Ho Abdullah and Kelantan police chief Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Khalid was commenting on a report in a news portal that Malaysia did not have specific laws to prevent the bringing in of human remains into the country.

This issue cropped up after it was reported that Chin Peng, a former communist leader from Malaysia who died in Bangkok on Sept 16, wanted his remains to be brought back to Malaysia.

Kerajaan Mahu Kurangkan “Black Economy” Ke Tahap 15 Peratus – Ahmad Maslan

Posted: 27 Sep 2013 01:38 AM PDT

JOHOR BAHARU, 27 Sept – Kerajaan berusaha mengurangkan kegiatan ‘black economy’ yang berada pada tahap 30 peratus ketika ini kepada 15 peratus menerusi langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, ‘black economy’ melibatkan kegiatan seperti penyeludupan keluar barangan subsidi dan aktiviti penipuan cukai serta jenayah perdagangan termasuk membuat pengisytiharan palsu.

“Kita mahu mengurangkan kegiatan ‘black economy’ dalam negara kepada 15 peratus seperti di negara-negara maju. Kegiatan ‘black economy’ menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit setahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Kastam Johor di sini hari ini.

Beliau tidak dapat menganggarkan jumlah kerugian tepat yang ditanggung oleh negara akibat kegiatan haram itu.

“Jika hanya 10 peratus (subsidi petrol dan diesel) menjadi mangsa kegiatan haram itu, kerugian yang ditanggung oleh negara ialah sebanyak RM2.48 bilion, apa tah lagi jika 30 peratus daripada RM24.8 bilion subsidi petrol dan diesel kerajaan,” katanya.

Menurutnya kejayaan mengurangkan peratusan kegiatan itu akan memastikan lebih banyak hasil ekonomi negara disalurkan untuk kepentingan rakyat.

“Kita (Kastam) kena lebih kreatif daripada mereka (yang terlibat dengan kegiatan haram). Kita perlu kreatif untuk mendapatkan hasil negara,” katanya dan menambah, langkah memasang mesin pengimbas di pintu-pintu masuk negara merupakan langkah positif dalam mengurangkan kegiatan seperti itu.

Sementara itu, Ahmad berkata Kastam yakin memenui sasaran kutipan hasil  sebanyak RM34.4 bilion tahun ini berbanding RM32.3 bilion tahun lepas.

Sehingga Ogos ini katanya, Kastam berjaya mengutip sebanyak RM24.3 bilion, peningkatan daripada RM23.6 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata sehingga Ogos lepas, Kastam merampas pelbagai barangan bernilai RM287 juta manakala sepanjang tahun lepas, agensi itu berjaya merampas barangan bernilai RM602 juta.

Najib Proposes Moderation To Solve Many Of World’s Problems

Posted: 27 Sep 2013 01:31 AM PDT

NEW YORK, Sept 27  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak believes many of the world’s current problems can be solved if society subscribed to the whole concept of moderation.

He said if the society and governments used moderation in their actions and policies, then the country would have a much more just, fair and inclusive society.

He said moderation was based on certain principles and sound values, like justice, sense of fairness, and choosing dialogue over confrontation, and negotiation over conflict.

“And, if you choose moderation and reject Nazism or militancy and extremist-thinking, there is every chance that we can work in a peaceful world,” he said in his lecture, ‘The New Meetings, Moderation: The New Modernity’.

The lecture was co-sponsored by the Council on Foreign Relations (CFR)’s Religion and Foreign Policy Initiative, at the Peter G. Peterson Hall, The Harold Pratt House in New York.

The session was hosted by CNN’s Fareed Zakaria, who is Editor-at-Large, TIME Magazine and Member, Board of Directors, CFR.

The CFR members in Washington, DC, were participating in the meeting via videoconference, and the meeting was being streamed live on CFR’s website (www.cfr.org).

Najib said, what people in Malaysia and other parts of the world wanted to see was peace, prosperity and harmony, which could be achieved if society subscribed to the whole concept of moderation.

“You don’t marginalise anyone…do not allow the voices of extremism, racism and bigotry drown your voice,” he added.

Najib said he was promoting the Global Movement of the Moderations through his talks worldwide because he believed that the problem in the world today, was not between the Christians, Muslims and Jews, but it was really between the extremists and moderates.

Najib said he was looking for an alliance which subscribed to the same belief and principles, including from the United States, to promote and strengthen the cause.

Asked on his perception of Muslim suicide bombers during the Q&A session, Najib said he had spoken about it in his last talk at Oxford University in the UK that Islam was against suicide bombings.

“Islam tells the Muslims not to kill innocent people, even during war. That act does not have the consent of Islam, and they are done by people who ‘hijacked’ Islam with their narrow and selfish political objectives,” he said.

As such, he urged the media, especially in the West, not to describe them as ‘Islam terrorist’ or ‘jihadist’ because they were merely extremist, regardless of their religious beliefs.

“There is a danger in fuelling the Islam-phobia in the West. It would be useful if the media in the West is more discerning…they are just terrorists belonging to a certain group,” he said.

Asked to comment on the 9/11 terrorist bombings of the World Trade Center in New York in 2001, Najib said it was a combination of several factors.

He said Islam was never associated with violence, and based on historical facts, the people in Southeast Asia embraced Islam from Hinduism in a very peaceful manner.

“After 9/11, there were incidents of suicide bombings in Indonesia, and the governments of Malaysia, Indonesia and to some extent, Singapore, had taken effective steps to fight against terrorism.

“But, do not call them terrorist, because the most important thing is the underlying reasons why they carried out such terrorist acts…that’s how, we approach the whole challenge,” he said.

Najib said it had to be explained that Islam’s stand was for progress and its priority was in education and the economic gain of the people, and even the Prophet taught Muslims not just to pray in the mosque all the time, but to work to earn a living.

“But, many people misunderstood and misinterpreted Islam,” he added.

Najib, who is on a visit to New York to speak at the High-Level Meeting on Nuclear Disarmament at the 68th United Nations General Assembly on Thursday, had a busy work schedule on Thursday.

He had several bilateral meetings with leaders of several countries, attended business luncheons with the US-Asean Business Council and the US Chamber of Commerce, visited the New York Academy of Sciences, and attended a private high-level dinner hosted by Asia Society.

Najib is scheduled to deliver Malaysia’s statement during the General Debate on Sept 28.

Sabah’s Luyang Assemblyman Quits DAP To Serve As Independent

Posted: 26 Sep 2013 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 27  - Sabah’s DAP assemblyman for Luyang, Hiew King Cheu, has quit the party and said he would serve as an independent.

Hiew, who resigned as the advisor to the party’s state liaison committee several weeks ago, said he was not joining any other party.

“Yes, I have decided to quit the party. However, I will remain as an independent (assemblyman),” he said when contacted by Bernama today.

Hiew said he would send his letter of resignation to the party headquarters later today.

After the general election in May this year, Hiew had been on loggerheads with other Sabah DAP leaders following his decision to support Klias assemblyman Datuk Lajim Ukin as the Sabah Opposition Leader when the party backed Tamparuli assemblyman Datuk Wilfred Bumburing.

This resulted in an open rebuke from his colleagues in the state liaison committee, to the extent that they wanted disciplinary action to be taken against him.

However, before such action could be taken, Hiew resigned as advisor to the Sabah DAP.

Since then, there has been speculation that Hiew might resign from the party which won four state seats and two parliamentary seats in Sabah in the last general election.

Speculation of Hiew quitting the party became more intense after he announced last week that he was withdrawing from the DAP Central Executive Committee (CEC) re-election and would not attend the scheduled DAP special congress set for Sunday.

Meanwhile, DAP national organising secretary Anthony Loke, when contacted, said the party had not received any resignation letter from Hiew and that it had only heard of the resignation from media reports.

“We haven’t received anything. We just heard it from media reports,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT