SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, September 11, 2013

UMNO Online - “Govt To Spend RM160 BLN More For Rail – Related Projects Towards 2020, Says Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Govt To Spend RM160 BLN More For Rail – Related Projects Towards 2020, Says Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Govt To Spend RM160 BLN More For Rail – Related Projects Towards 2020, Says Najib

Posted: 10 Sep 2013 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 10 – The government expects to spend a staggering RM160 billion more for rail-related projects towards 2020 as part of its responsibility to improve transportation linkages for the people by making them more mobile, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced today.

Since 1990, the government had invested over RM50 billion, he said.

“Now, more than ever, we are seeing a massive expansion of the rail network in Asia, including in Malaysia.

“In a sense, it is a resurgence of rail, as rail not only helped build many nations in their fledgling years, but now there is renewed interest in rail,” Najib, who is also Finance Minister, said when opening the International Conference and Exhibition Rail Business Asia 2013.

The global demand for passenger and freight rail equipment, infrastructures and related services had swelled from US$169 billion in 2007 to a projection of US$214 billion by 2016, he said quoting estimates by the Worldwatch Institute in Washington.

He said the rail industry’s growth in the country was a huge responsibility for the government, industry players and agencies like the Construction Industry Development Board, Land Public Transport Commission and Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Najib expressed confidence that Malaysia could succeed and achieve excellence in the rail business while improving the mobility of its citizens in a sustainable manner.

He said the combination of research and development efforts, technology transfer, skilled workers and learning from advanced rail countries would support the industry’s growth.

“We need to update knowledge in all aspects of rail construction and systems, from station management, to scheduling, monitoring, as well as ticketing system.

“Once a dying industry, railroads have made a strong comeback and are poised to become busier passageways in the years ahead,” he said.

Najib said railroads suffered in the past because they remained relatively less convenient and less flexible than lorries and trucks but in an era of scarcity and pressure on costs there has been a growing focus on efficiency which the rail has the strength.

He also said railways generate and spread prosperity, create jobs and open new markets and support economic growth.

“The multipliers from a thriving and vibrant rail network have been tremendous as proven in the past and is still apparent today,” he added.

Sungkai To Be Transformed Into Defence, Security Hub

Posted: 10 Sep 2013 04:50 AM PDT

IPOH, Sept 10 – The Perak state government has confirmed that the laid-back Sungkai town will be transformed into a defence and security hub in this region through the Malaysia Defence and Security Technology Park.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said the park would be developed at the end of this year.

He said the park would be built under a public-private partnership initiative between the Defence Ministry and a local company, Masterplan Consulting Sdn Bhd.

Besides developing the area, Zambry said the defence industry project could woo investments from within and outside in bolstering the silver state towards attaining advanced state status by 2015.

“Any investment for the defence industry is still in the planning stage. They (Defence Ministry and other parties involved) have submitted to the state government on the plans to be implemented.

“Several rounds of discussions have been held between the state government and the ministry. The decision will be announced after approval has been given,” he told Bernama in an exclusive interview.

On Dec 27, 2011, former Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi announced the plan to develop the massive defence industry project in Sungkai.

The announcement drew keen interest from local and foreign companies, including from Europe and the United States, to invest in this ambitious project.

The park will emerge as a major defence technology park with the state-of-the-art infrastructures and sophisticated services to expedite human capital development, research and development, science, technology and innovation for the advancement of internal security and enforcement agencies.

The plan will open up vast opportunities for new businesses in the area besides serving as a catalyst for the growth of the national and state economy.

The targeted sectors for this mega project are aerospace and avionics, automotive, maritime, defence weaponry and information and communications technology and supportive industries that complement the defence and security industries.

As at July 12, 2012, a total of 12 memorandums of understanding worth about RM5.2 billion have been signed with the major players in the defence and security industries from throughout the world.

Last year, Perak received about RM1.5 billion foreign investments and RM688 million in domestic investments.

Isu Qazaf Anwar : Jamil Khir Fail Saman Terhadap Shamsul Iskandar

Posted: 10 Sep 2013 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan berunsur fitnah Ketua Angkatan Muda Keadilan itu terhadapnya membabitkan isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Shamsul Iskandar, yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, untuk membatalkan writ saman tersebut.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Adnan Seman@Abdullah mewakili Jamil Khir dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar, mewakili Shamsul Iskandar.

Ketika ditemui pemberita, Adnan berkata mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak memprejudiskan defendan dan menetapkan empat hari bermula 4 Feb 2014 untuk perbicaraan selain menetapkan 13 Nov ini untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas ketua pembangkang itu (Anwar) yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk “Pengurusan Persepsi” pada 30 Mac 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa perkataan-perkataan fitnah tersebut membawa maksud bahawa beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan juga menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.

Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau telah membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.

Katanya, kenyataan fitnah itu sekali lagi dikeluarkan Shamsul Iskandar semasa ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Katil, di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka pada 1 April 2012.

Jamil Khir mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas disebabkan perkataan-perkataan fitnah itu yang ditayangkan secara langsung di saluran TV1 oleh RTM dimuat naik ke YouTube dan laman-laman web termasuk blog defendan shamsuliskandar.wordpress.com yang boleh diakses pengguna Internet.

Oleh itu, Jamil Khir menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang defendan mengeluar, menerbit atau mengedar sebarang kenyataan sama ada lisan atau bercetak, ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.

Sabah Catat Pertumbuhan Ekonomi Kukuh Meskipun Berdepan Cabaran, Kata Musa Aman

Posted: 10 Sep 2013 03:13 AM PDT

KOTA KINABALU, 10 Sept – Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan yang kukuh tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina awal tahun ini tidak menjejaskan kemajuan ekonomi negeri walaupun data perdagangan dari Januari hingga Jun menunjukkan penurunan kecil.

“Eksport mencatatkan -8.3 peratus, manakala import pada -11.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, membawa kepada lebihan perdagangan tinggi sedikit sebanyak RM5.7 bilion,” katanya semasa majlis makan tengah hari Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) cawangan Sabah, di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Musa, yang juga Menteri Kewangan berkata dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini sektor pembuatan mencatatkan 12 projek pelaburan baharu dengan nilai gabungan lebih RM3.9 bilion.

Sebahagian besar pelaburan ialah dalam kimia dan produk kimia, disusuli produk elektrik, makanan, biojisim dan minyak sawit mentah (MSM), katanya.

Beliau juga berkata kedatangan pelancong ke Sabah antara Januari dan Mei meningkat 9.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Saya yakin sasaran tiga juta kedatangan pelancong ke Sabah bagi tahun ini dapat dicapai dengan mudah,” katanya.

Musa juga berkata harga di Sabah kekal stabil dalam tempoh tujuh bulan pertama dengan Indeks Harga Pengguna menunjukkan peningkatan sedikit daripada 105.9 pada Januari kepada 106.4 pada Julai.

Beliau berkata Sabah menjangkakan tekanan inflasi sederhana akibat daripada kenaikan harga bahan api baru-baru ini tetapi harga di negeri tersebut diunjur kekal stabil dan boleh diurus bagi tempoh selebihnya tahun ini dan seterusnya.

Musa juga berkata kemajuan ekonomi Sabah adalah hasil daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan Persekutuan.

“Sehingga 30 Jun, Projek Permulaan Bandar dan Koridor atau EPP mencapai 70 peratus atau RM14.1 bilion daripada pelaburan yang disasarkan mereka pada RM20 bilion tahun ini.

“Projek-projek ini juga mencapai 84 peratus daripada sasaran pewujudan pekerjaan. Hampir 68 peratus daripada pekerjaan yang diwujudkan diisi oleh orang Malaysia, perubahan drastik daripada sebelum ini apabila dua pertiga pekerjaan baharu yang diwujudkan diisi oleh pekerjaan asing kurang mahir,” katanya.

Kabinet Bayangan : Anwar Bimbang Pembohongannya Terbongkar Lagi

Posted: 10 Sep 2013 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin berkata, keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan senarai kabinet bayangan Pakatan Pembangkang kepada umum kerana bimbang pembohongannya berhubung perkara tersebut akan terbongkar.

Menurut beliau, jawapan Ketua Pembangkang yang penuh muslihat apabila ditanya berhubung isu ini sudah cukup untuk membayangkan betapa beliau cuba untuk menyembunyikan kegagalannya sebagai Ketua Pembangkang dalam menyusun kabinet bayangannya daripada pengetahuan rakyat.

"Mungkin kali ini Anwar bimbang rakyat akan tahu pembohongan beliau mengenai kabinet bayangan yang didakwanya sudah ada, padahal sebenarnya masih belum selesai sepenuhnya. Bimbang  Anwar  itu ada asasnya setelah beliau sebelum ini bercakap bohong  seperti isu 16 September, isu 40,000 warga bangladesh, blackout dan sebagainya.

"Mungkin beliau sedar, jika rakyat mengetahui bahawa isu kabinet bayangan tersebut gagal di selesaikan oleh beliau, maka kepercayaan rakyat yang semakin sedikit terhadap beliau akan terhakis sepenuhnya," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Fairus juga berkeyakinan bahawa Anwar tidak mampu untuk membentuk kabinet bayangan tersebut memandangkan integritinya sebagai Ketua Pembangkang juga turut dipersoalkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang sendiri.

"Terlalu banyak konflik dan polemik yang berlaku di dalam Pakatan Pembangkang yang sehingga hari ini masih tidak dapat di selesaikan.

"Ketidak sefahaman di antara kepimpinan parti-parti yang bergabung di dalam Pakatan Pembangkang bukanlah satu perkara mudah untuk di selesaikan oleh beliau. Apatah lagi, dalam keadaan dan situasi di mana kepimpinan beliau sebagai ketua juga turut dipersoalkan," tegas beliau.

Justeru itu, beliau seterusnya berkata bahawa gabungan parti DAP,PKR dan Pas di dalam Pakatan Pembangkang ini hanyalah gabungan parti lawak jenaka dan tidak lebih dari itu.

"Bagi saya, senario ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam pembangkang seperti cerita The Three Stooges. Penuh dengan jenaka dan sendaloka. Penuh dengan perselisihan dan ketidak sefahaman akibat sikap keras kepala kepimpinan parti masing-masing.

"Bagi saya, agak sukar untuk Anwar membariskan kabinet bayangan pembangkang. Membariskan senarai kabinet untuk memerintah negara bukanlah semudah seperti menyusun ahli untuk mesyuarat cawangan.

"Jadi saya tak rasa Anwar mampu untuk menyenaraikan kabinet bayangannya itu. Walaupun beliau cuba meyakinkan rakyat bahawa senarai kabinet bayangan itu sudahpun ada, namun itulah cara Anwar seperti mana selalu, bercakap bohong. Jika tidak, Anwar sudah pasti akan mengumumkan kabinet bayangannya itu tanpa diminta atau didesak oleh mana-mana pihak,"jelasnya. -MediaUMNO

Pembangunan Luar Bandar Dipadatkan Dengan Kegiatan Ekonomi – Shafie Apdal

Posted: 10 Sep 2013 02:36 AM PDT

SEREMBAN, 10 Sept – Pembangunan kawasan luar bandar pada masa depan akan dipadatkan dengan kegiatan ekonomi bagi meningkatkan daya upaya usahawan khususnya Bumiputera, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

shafie-apdal-dokumen-saman-mahkamah-umno-bn

Beliau berkata selain melatih dan membantu usahawan, turut akan ditekankan ialah mewujudkan lebih banyak premis perniagaan untuk mengalakkan anak-anak muda luar bandar menceburi bidang perniagaan untuk mengelakkan mereka berhijrah ke bandar.

“Di samping itu, kita dapat memperkasakan pewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)…270 buah mini RTC di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Kasih Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya penyaluran maklumat pembiayaan perniagaan dan cara mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Mara kepada rakyat juga akan dipergiatkan.

“Pada tahun lalu kita lakukan pelbagai inisiatif dalam kalangan belia yang berkecimpung dalam dunia perniagaan. Langkah ini dibuat supaya kita dapat galakkan dan tingkatkan penyertaan anak-anak muda dalam bidang perniagaan,” katanya.

Shafie berkata kementeriannya juga akan memastikan di masa depan, penyusunan dan pengurusan pembangunan luar bandar diadakan dengan kerjasama rapat kerajaan negeri untuk memastikan masyarakat luar bandar mendapat pelbagai bantuan yang mereka perlukan.

“Bantuan ini pelbagai, bukan hanya dalam konteks pembinaan seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, baikpulih rumah dan sebagainya…kita tunggu Belanjawan 2014 yang sudah kita pohon.

“Saya yakin bahawa bukan setakat tuntutan daripada kita (KKLW), malah dalam manifesto pilihan raya umum yang ke-13 baru-baru ini pun contohnya kita janji pembinaan jalan raya lebih 6,000 kilometer di Semenanjung, di Sarawak 2,800 kilometer dan di Sabah 2,500 kilometer dalam jangka masa lima tahun,”.

Beliau berkata sebenarnya banyak inisiatif termasuk janji dalam menifesto akan dilaksanakan oleh kementeriannya dan kementerian lain yang akan memberi manfaat kepada rakyat termasuk di luar bandar.

Kabinet Bayangan : Bayang-Bayang, Gila Bayang, Terbayang-Bayang!!

Posted: 10 Sep 2013 01:57 AM PDT

Nak nangis pun ada bila membaca desakan ahli parlimen PAS, Nasrudin Tantawi yang mahu Pakatan haram ini membentuk kabinet bayangan.

Katanya, bagus kalau Pakatan ada kabinet bayangan sebab PAS pun dah bentuk kabinet bayangan dengan dia sendiri dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalannya dalam Pemuda PAS, Nik Abduh sebagai Timbalan Menteri.

Kecut, tegang, kecut, tegang usus besar penulis menahan muntah.

nasrudin-hassan-tantawi-pemuda-pas-pembangkang-kabinet-bayangan-anwar-ibrahim-utusan

PAS 23 kerusi pun bentuk kabinet bayangan jugak, lawak.  Kalau Nasrudin Menteri Pendidikan, agak-agaknyalah kan, apa jawatan Mahfuz Omar dalam kabinet bayangan PAS tersebut?  Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri?

Oh, tolonglah…..dia SRP pun tak pass.

Anway, lepas pilihanraya ini pulak baru Nasrudin nak sebut pasal kabinet bayangan, patutnya sebelum pilihanrayalah dah bentang kepada rakyat kabinet bayangankan.

Mentang-mentanglah dia menang PRU13 tempoh hari, itu yang kecoh-kecoh mintak diadakan kabinet bayangan, sebab dah gila bayang nak jadi Menteri?

Penulis fikir pembangkang dari PAS ini tidak pentingkan dunia dan lebih pentingkan akhirat.  Rupa-rupanya dia lebih mabuk jawatan dunia, lebih dari parti yang dia sering tuduh ini, UMNO, sampaikan jawatan dalam kabinet bayangan pun jadi isu yang begitu besar pada dia.

Ini semualah penulis katakan kebodohan pembangkang di Malaysia ini.  Otak ada tapi jarang guna, asyik nak menipu rakyat saja kerjanya, tidak ada lainlah.

Sepatutnya Nasrudin jangan pura-pura buat bodoh tentang soal kabinet bayangan ni sebab jawapan tu penulis yakin Nasrudin sendiri pun dah tahu apa dia.

anwar_ibrahim_malu_sorok_muka_hudud

Anwar, Hadi dan Kit Siang sengaja tak nak umum kabinet bayangan sebab 'line-up' yang dah ada dalam kepala masing-masing, pasti tidak boleh diterima oleh komponen yang lain.

Anwar, Hadi dan Kit Siang sengaja tak nak umum kabinet bayangan sebab 'line-up' yang dah ada dalam kepala masing-masing, pasti tidak boleh diterima oleh komponen yang lain.

Yang mereka berpakat hanyalah untuk lantik Anwar sebagai Perdana Menteri sahaja, lain daripada itu tidak ada keputusan.

Lagipun di Malaysia ini, Perdana Menteri bukan satu-satunya jawatan yang jadi perhatian selain Timbalan Perdana Menteri.  Jawatan macam Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan, adalah antara yang paling sensitif, jangan salah letak, tentu jadi isu.

Inilah semuanya pun punca yang menyebabkan kenapa Pakatan tidak ada kabinet bayangan.  Nasrudin bukan tak tahu, tapi dia pura-pura tak tahu sebab nak menyelamatkan imej Pakatan yang semakin hari semakin tenggelam dek populariti parti masing-masing.

Apatah lagi sekarang kita tahu DAP ada lebih banyak kerusi berbanding PKR dan PAS, lagilah pening kepala Anwar nak menentukan kabinet bayangan pembangkang ni macam mana.

Nasrudin sepatutnya desak supaya Pakatan Rakyat itu didaftarkan segera sebagai gabungan parti politik alternatif selain Barisan Nasional, bukan nak bising-bising pasal kabinet bayangan.

Adamyan

Jelajah Francais 1Malaysia Mampu Tarik Minat Usahawan

Posted: 10 Sep 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUT, 10 Sep – Usaha Biro Ekonomi dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menganjurkan program Jelajah Francais 1Malaysia dilihat mampu menarik minat komuniti usahawan dan bakal usahawan di peringkat akar umbi untuk menceburi bidang perniagaan melalui konsep francais.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata  program ini juga mampu membangunkan lebih ramai usahawan menjadi francaisor dan francaisi.

"Difahamkan bahawa program Jelajah Francais 1Malaysia ini bukan sahaja mensasarkan penglibatan golongan usahawan malah ia juga akan melibatkan pelajar university, NGO, golongan belia, wanita, dewan-dewan perniagaan, ahli koperasi dan orang awam.

“Ianya satu tujuan yang murni dalam usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu kerana landskap ekonomi global pada masa ini adalah lebih mencabar, maka kita perlu berusaha untuk memastikan ekonomi kita terus berdaya tahan.

“Kita mahu membentuk masyarakat yang berwibawa, dengan nilai-nilai positif bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menunggu kita di masa hadapan," ujarnya dalam majlis pelancaran Jelajah Francais 1Malaysia, di sini hari ini.

Tambahnya, untuk melangkah maju, kita perlu perubahan sikap serta keyakinan dan tidak takut untuk berdikari.

“Kita perlu cekal dan menepis segala bentuk halangan yang ada untuk mencakap kemajuan”, ujarnya.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sector francais di dalam neaara ini memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi Negara.

"Bagi tahun 2013, kerajaan mensasarkan sektor francais menyumbang sebanyakRM23.6 bilion kepada keluaran dalam Negara kasar (KDNK).

“Sehingga bulan ini, sebanyak 676 perniagaan francais telah mendaftarkan perniagaan mereka, yang mana daripada jumlah ini, sebanyak 480 adalah syarikat francais tempatan," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Keadaan Kewangan Malaysia Antara Yang Paling Kukuh Di Dunia – Pakar Pelaburan

Posted: 10 Sep 2013 01:24 AM PDT

kuala_lumpur_malaysia_maju_ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat, kata pakar pelaburan terkemuka Dr Marc Faber.

“Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk “Investment Strategy — Where’s the Money?” di sini, hari ini.

Faber, penerbit laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara berkedudukan lebih baik berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.

Apabila diberikan pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada ekuiti Malaysia.

“Ekuiti Malaysia tidak menarik. Tetapi ia stabil, disokong oleh ekonomi seimbang ditambah dengan tiada risiko negatif utama,” katanya.

Jemaah Haji Malaysia Dinasihati Jauhi Terikan Matahari

Posted: 10 Sep 2013 01:24 AM PDT

MADINAH, 10 Sept – Jemaah haji Malaysia dinasihati supaya tidak mendedahkan diri di bawah terikan matahari atau berada dalam kesesakan di Madinah dan Makkah terutamanya pada waktu tengah hari bagi mengelakkan terkena serangan ahmar panas.

Pengarah Operasi Perubatan Tabung Haji (TH) Dr Suhazeli Abdullah berkata berdasarkan pengalaman lepas, kebanyakan jemaah haji Malaysia terkena serangan ahmar panas akibat terdedah kepada kepanasan melampau dan berada di tengah-tengah kesesakan orang ramai.

Katanya antara simptom ahmar panas adalah terasa pening, muntah dan seterusnya pengsan.

Beliau memberitahu pemberita Malaysia di sini hari ini, waktu kemuncak panas ialah sekitar pukul 9 pagi hingga 4 petang waktu tempatan dan jemaah haji dinasihati berada di tempat lapang dan teduh pada waktu itu.

“Jemaah haji Malaysia harus membuat persiapan untuk menjaga kesihatan kerana cuaca di dua buah tanah suci itu panas sehingga mencecah lebih 40 darjah,” katanya.

Beliau berkata meminum banyak air, berada di tempat teduh dan mengelakkan daripada terhimpit dalam kesesakan adalah antara langkah mengawal kejutan kepanasan melampau itu.

Dr Suhazeli berkata pusat rawatan kesihatan yang disediakan TH mempunyai 24 katil selain wad kecemasan, makmal dan fisioterapi sebagai persiapan memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada jemaah Malaysia.

Pusat rawatan kesihatan yang terletak di bangunan Ala Aldeen kira-kira 2km dari Masjid Nabawi di sini mempunyai 200 petugas perubatan di Makkah dan Madinah dengan 15 orang daripadanya adalah pegawai perubatan.

Katanya pada musim haji lepas kebanyakan jemaah dimasukkan ke wad akibat masalah respiratori, batuk, paru-paru berair dan demam.

Setakat ini lebih 4,000 jemaah dan petugas haji dari Malaysia telah berada di Madinah sebelum bertolak ke Makkah pada 15 Sept ini bagi menunaikan ibadat haji yang bermula pada 14 Okt depan.

Sebanyak 22,320 jemaah haji yang menaiki 65 penerbangan dari Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci pada tahun ini dan jumlah itu berkurangan 20 peratus daripada tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT