SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, September 21, 2013

UMNO Online - “318 Borang Pemilihan Telah Diedar Selepas Tempoh Tamat” plus 9 more

UMNO Online - “318 Borang Pemilihan Telah Diedar Selepas Tempoh Tamat” plus 9 more

Link to UMNO Online

318 Borang Pemilihan Telah Diedar Selepas Tempoh Tamat

Posted: 20 Sep 2013 04:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Jumlah keseluruhan Borang Pencalonan Pemilihan UMNO 2013 yang dikeluarkan oleh Ibu pejabat UMNO selepas tamat tempoh pengambilan hari ini adalah sebanyak 318 borang.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 101 permohonan adalah untuk jawatan Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita 60, Pemuda 116 dan Puteri sebanyak 41 borang.

Justeru jelas beliau kaunter penyerahan borang pencalonan Peringkat Pusat akan dibuka seawal pukul 8.00 pagi di Bilik Kuala Lumpur, PWTC.

"Esok juga semua borang pencalonan peringkat bahagian haruslah diserahkan kepada Badan Perhubungan Negeri masing-masing. Hanya Peringkat Pusat akan diserahkan di Ibu pejabat UMNO.

"Borang-borang yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO tidak boleh serahkan ke Pejabat Perhubungan Negeri begitu juga sebaliknya kerana borang yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO Pusat mempunyai nombor siri," ujarnya ketika mengadakan sidang media berkenaan Pemilihan UMNO selepas tamat tempoh pengambilan borang di Ibu Pejabat UMNO hari ini.

ab-rauf-yusoh-suk-setiausaha-umno-malaysia

Selain itu, beliau turut mengingatkan calon peringkat pusat yang bakal menghantar borang esok, pencadang bagi calon haruslah ahli UMNO dan wakil calon pula haruslah ahli biasa yang tidak mempunyai sebarang jawatan.

Dijangkakan seramai 140 ribu ahli yang layak bakal mengundi berdasarkan cawangan yang telah berjaya mengadakan mesuarat masing-masing.

"Cawangan yang menerima bantahan pula diberi tempoh sehingga hari Ahad ini (tarikh tamat bermesyuarat adalah pada 15 September lalu). Selepas itu barulah kita akan mendapat jumlah sebenar ahli yang layak mengundi.

"Cawangan yang gagal bersidang pula tidak akan layak mengundi dan hanya memegang taraf sebagai pemerhati. Cawangan mereka tidak akan kita gantung kerana pendaftaran mereka sah mengikut undang-undang ROS.

"Hanya 10 peratus cawangan yang mempunyai bantahan dan berkemungkinan akan mengadakan mesyuarat semula. Di antara sebab mesyuarat mereka tidak sah adalah kerana tidak cukup bilangan hadir mesyuarat atau tidak mengikut agenda mesyuarat.

"Badan Perhubungan akan menilai perkara ini dan akan menentukan samada perlu atau tidak cawangan terbabit mengadakan mesyuarat semula," jelasnya lagi.

Ketika ditanya adakah calon-calon boleh berkempen selepas borang mereka diterima, jelas Rauf, semua calon haruslah mematuhi tata etika parti apa yang boleh dan tidak boleh sepanjang tempoh pemilihan ini. - MediaUMNO

Konspirasi, Diskriminasi Dan Nasib Lima Harimau Dalam DAP

Posted: 20 Sep 2013 04:36 AM PDT

Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan.

Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat.

Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini.

lima-5-harimau-tiger-dap-rasis-takut-dinasti-lim-famili-keluarga-empayar-parti

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau. Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng. Walaupun mereka kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu menerkam Lim Guan Eng. Mereka ialah;

Teng Chang Kim – Selangor
Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
Boo Cheng Hau – Johor
Nga Kor Ming – Perak
Ngeh Koo Ham – Perak

Kesemua lima diatas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu dibunuh oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP.

Teng Chang Kim adalah satu-satunya Adun DAP yang paling senior di Selangor. Beliau menang sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk di bawah pemerintahan BN.

Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.

Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.

Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam pilihanraya umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru hara pasti akan timbul. Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera cina sahaja.

Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka.

Chow Kon Yeow pula sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP Berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008. Bagaimanapun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri.

Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam pilihanraya umum ke 13. Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.

Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.

Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas.

Rancangan yang sedang dilakukan oleh Dinasti Lim umpama satu batu yang berjaya bunuh tiga ekor burung.

Bagaimana caranya dan adakah Dinasti Lim akan berjaya akan kami dedahkan dalam episod akan datang.

thedapinsider.blogspot.com

Sarawak Maju Hasil Kejayaan Politik Menerusi BN – Taib

Posted: 20 Sep 2013 04:30 AM PDT

SIBU, 20 Sept – Tan Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan bahawa Sarawak menjadi ‘sangat maju’ disebabkan kejayaan politik menerusi konsep perkongsian kuasa dan kesepakatan Barisan Nasional (BN).

“Kita telah dapat menyesuaikan diri. Kaum Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan kesemuanya dapat menyesuaikan diri dan bersatu dalam perpaduan.

“Kita semua dapat bersetuju dalam agenda bersama untuk membuat keputusan dan melakukan apa yang terbaik bagi negeri ini,” kata ketua menteri ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Rakyat Sarawak (PRS) kali ketiga di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira lima dekad lepas, masyarakat lebih memikirkan untuk melakukan perkara yang hanya memberi manfaat kepada komuniti masing-masing.

“Hari ini, pemikiran politik lebih matang dan masyarakat bersatu padu dalam membentuk masa depan negeri ini.

“Kita sudah semestinyalah tidak mahukan modul kegagalan Mesir kerana apabila rakyat gagal bersepakat, mereka mengadakan siri demonstrasi jalanan untuk melumpuhkan ekonomi dan negara.

“Kita ada modul perundingan dan kesepakatan cara Malaysia yang terbukti berjaya,” kata Taib.

Beliau berkata disebabkan keadaan yang menggalakkan, kerajaan dapat membuat perancangan untuk terus mempertingkatkan pembangunan dan kemajuan di negeri ini serta menggunakan sepenuhnya potensi besarnya dalam pertanian serta tenaga hidro.

“Kita memiliki sumbernya. Rizab kita dalam sekitar RM30 bilion manakala perbelanjaan pembangunan tahunan kita adalah RM3 bilion.

“Pada masa kami merancang pembangunan perindustrian berat di kawasan seperti Samalaju dan Tanjung Manis, kami turut memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar untuk kami mewujudkan perladangan kelapa sawit,” katanya lagi.

Mengenai projek empangan hidro, Taib berkata masyarakat boleh bergantung kepada projek itu untuk menikmati lebih banyak kemajuan, kekayaan dan peluang pekerjaan.

“Dalam tempoh 50 tahun akan datang dan seterusnya, tenaga hidro akan menjadi sumber terbesar kita untuk mewujudkan industri pengeluaran dan pusat pertubuhan baharu, selain membangunan industri ekopelancongan kita,” katanya.

Mengenai PRS, beliau memuji presidennya, Tan Sri Dr James Jemut Masing, dan para pemimpin parti itu kerana tumpuan mereka dalam menyatupadukan kaum Dayak dan membimbing mereka ke arah pembangunan serta kemajuan.

Hampir 100,000 Anggota Perwakilan Pilih Pimpinan Pergerakan Wanita

Posted: 20 Sep 2013 04:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Hampir 100,000 anggota perwakilan Pergerakan Wanita UMNO di seluruh negara akan memilih pucuk pimpinan sayap itu menerusi kaedah baharu pada 12 Okt ini, yang pertama kali dilakukan selepas pindaan perlembagaan parti.

hamidah-osman-sungai-rapat-perak-umno-bn-wanita

Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Hamidah Osman berkata mereka meliputi lima anggota terdiri daripada ketua, naib, setiausaha dan dua anggota dari setiap cawangan Wanita.

“Wanita UMNO mempunyai lebih 19,000 cawangan dari 191 bahagian di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata kira-kira 30,000 anggota perwakilan Wanita UMNO akan mengundi pada pemilihan barisan tertinggi parti termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada 19 Okt.

Setiap ketua Wanita cawangan secara automatik turut layak mengundi.

Pendaftaran pencalonan di peringkat Bahagian, pergerakan sayap dan MT dibuka pada Sabtu lepas dan berakhir 5 petang tadi.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata mengikut sistem ‘Electoral College’, undi akan dikira seperti satu bahagian bermakna satu undi diterima oleh setiap calon, mengikut kiraan tertinggi.

“Semua pertandingan dan pengiraan undi dijangka mengambil masa enam jam dan akan dibuat di bahagian masing-masing. Kemudian keputusan akan dikumpul dan diumumkan di ibu pejabat UMNO sama ada pada hari sama atau keesokannya,” katanya.

Calon bagi jawatan ketua dan naib ketua Wanita mesti menghantar wakil masing-masing ketika proses pengiraan undi supaya mereka berpuas hati dengan perjalanannya.

Beliau berkata pindaan Perlembagaan parti  itu memberi peluang kepada semua peringkat untuk memperkasa UMNO termasuk membuka ruang kepada lebih ramai anggota muda untuk bertanding.

Setakat ini, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan akan dicabar anggota UMNO seumur hidup Raihan Suleiman Palestin.

Sebaliknya, anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga bekas Ketua Puteri UMNO yang sebelum ini menguar-uarkan mahu mencabar Shahrizat, akan bertanding jawatan anggota MT.

Sementara itu, jawatan naib ketua Wanita besar kemungkinan menyaksikan pertembungan antara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun dan anggota Exco Wanita Datuk Suraya Yaacob.

Tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diadakan serentak pada 12 Okt.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan di peringkat Bahagian, pemilihan anggota MT dan wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 pula diadakan serentak pada 19 Okt.

Sikap Suka Berbohong, Bermuslihat Jawapan Untuk Tolak Ajakan Dialog Anwar

Posted: 20 Sep 2013 03:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyebabkan hilangnya kepercayaan kepimpinan kerajaan untuk bersetuju dengan apa jua cadangan beliau, termasuk cadangan untuk mengadakan dialog antara kepimpinan pembangkang dan kerajaan.

janji_anwar_buku_jingga_manifesto_bukan_janji

Menurut bekas Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, sikap Anwar yang amat gemar bermuslihat serta tidak teragak-agak untuk berbohong kepada siapa saja termasuk rakyat, menyebabkan kepimpinan kerajaan hilang kepercayaan termasuklah majoriti rakyat di negara ini.

"Hari ini, apa juga cadangan yang datang dari beliau, merupakan satu muslihat politiknya semata-mata. Bagi pemimpin UMNO dan BN, saya yakin mereka sudah hilang kepercayaan terhadap beliau dan amat meragui kejujuraan ketua pembangkang itu.

"Ini memandangkan sudah terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh beliau dan tidak sudah-sudah memfitnah pemimpin UMNO dan BN, serta tergamak membohongi rakyat demi untuk kepentingan politik peribadinya sendiri,"jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

penipuan_anwar_16_september

Katanya,  pembohongan Anwar seperti isu racun arsenik, isu pembunuhan Altantuya, isu kapal selam Scorpene, isu peralihan kuasa 16 September, isu 40 ribu warga Bangladesh, isu penipuan undi, blackout dan sebagainya sudah cukup untuk menghilangkan kepercayaan kepimpinan kerajaan dan rakyat terhadapnya.

"Bohong beliau bukan sekadar bohong di kedai kopi tetapi pembohongan beliau itu memberikan impak yang besar terhadap keharmonian dan kestabilan negara.

"Sudah terlalu banyak onar dan pengkhianatan yang beliau lakukan terhadap Islam, bangsa Melayu dan juga negara. Bagaimana kita mahu meletakkan kepercayaan untuk berunding atau berdialog dengan orang yang tidak jujur sepertinya," jelas beliau.

Beliau berpendapat, bahawa kerajaan tidak perlu lagi melayan kehendak Anwar yang kini dilihat cuba untuk memulihkan imej politiknya yang semakin pudar.

"Cadangan mahu berdialog dengan kerajaan itu juga merupakan satu lagi cara beliau untuk meningkatkan 'political milage' beliau. Jika kita melayan karenah beliau, maka sudah pasti kita akan terperangkap dengan permainan politik beliau yang licik.

"Bagi saya, tidak ada ruang untuk berbincang atau berdialog dengan manusia sepertinya yang boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada Islam, bangsa dan tanahair kita," tegasnya. -MediaUMNO

anwar_berlakon_sakit_lagi_bersih_2

Persatuan Bekas Polis Dan Pekida Berhimpun Bantah Kemasukan Abu Mayat Chin Peng

Posted: 20 Sep 2013 02:49 AM PDT

PASIR MAS, 20 Sept  – Kira-kira 150 anggota Persatuan Bekas Polis Cawangan Pasir Mas dan Pertubuhan Ekonomi, Kebajikan, Ilmu, Dana dan Aman (Pekida) berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi mengadakan bantahan menghalang mayat atau abu pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

bekas-polis-tentera-perkasa-pekida-bantah-abu-chin-peng-bukan-patriot-pejuang-merdeka-pengganas-komunis

Mereka turut membawa beberapa sepanduk dan membakar beberapa gambar Chin Peng sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kekejaman yang pernah dilakukan bekas setiausaha agung PKM itu ketika zaman darurat di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Pekida Kelantan Nik Lah Nik Soh berkata persatuan itu menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak membenarkan mayat atau abu Chin Peng dibawa pulang  untuk disemadikan di negara ini.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang cuba membawa pulang abu mayat Chin Peng,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pasir Mas hari ini.

Ketua Persatuan Bekas Polis cawangan Pasir Mas Kamarulzaman Abdul Majid berkata kerajaan wajar mengkaji semula penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan, bagi mengekang pelbagai anasir yang cuba merosakkan negara dari dalam.

“Jika lihat di negara-negara yang mengaplikasi ISA dalam undang-undang mereka, banyak anggota politik mahupun gengster tidak berani bersuara dan melakukan pelbagai hasutan.

“Kami harap kerajaan dapat mengkaji balik penggunaan ISA dan menghukum pembelot-pembelot negara supaya ia menjadi iktibar buat generasi akan datang,” katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan ada desakan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan abu atau mayat Chin Peng dibawa ke tanah air.

Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand Isnin lalu.

Banyak lagi pihak termasuk bekas anggota keselamatan negara membantah usaha membawa masuk mayat atau abu bekas ketua komunis itu.

Suara Ulama Sudah Tiada Nilai Untuk Perbetul Perjuangan Pas

Posted: 20 Sep 2013 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Sept – Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah melihat resolusi Multaqa Ulama Pas yang antara lain mencadangkan kajian semula 'tahaluf siyasi dengan sekutunya di dalam pakatan pembangkang tidak akan mengubah apa-apa.

Menurut beliau pendirian serta pandangan yang berbeza di kalangan kepimpinan parti itu bukan sahaja menunjukkan Pas berada di ambang perpecahan malah memperlihatkan bahawa parti terbabit dikuasai oleh golongan yang boleh merosakkan Pas sendiri.

pas-liberal-islam-sekular-dap-tolak-usul-saranan-ulama-syura-fatwa

"Paling nyata pimpinan Pas berbeza pandangan mengenai isu ini, dan yang jelas mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan lain.

"Justeru walaupun Multaqa Ulama Pas di Kota Sarang Semut baru-baru ini, membuat resolusi dan dikukuhkan dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, yang mahu partinya mengkaji semula "tahaluf siyasi" dengan PKR dan DAP, ianya tidak akan mengubah apa-apa.

"Bagi saya sejak awal lagi Pas telah ditipu. Lihatlah kandungan Buku Jingga dengan jelas boleh melihat bagaimana dasar Pas dinafikan dan beberapa dasar lagi tidak begitu jelas ditonjolkan," katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah kepimpinan Pas yang telah diwarnai oleh pelbagai golongan menyebabkan suara ulama di dalam Pas tidak dipandang serius.

"Kenapa Pas jadi begini….. saya fikir ia berlaku kerana dalam kepimpinan Pas, ia telah diwarnai oleh pelbagai golongan, liberal, ulama dan pelbagai kumpulan lagi. Justeru itu mereka sentiasa berbeza pandangan dalam banyak hal.

"Bagi saya Pas memang tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri dan saya juga melihat Pas sudah kehilangan identitinya apabila bersama PKR dan DAP. Paling jelas Pas tiada kekuatan dalam pakatan pembangkang yang hanya menjadi kuasa terkecil dan tidak dihormati sesama mereka,"ujarnya. -MediaUMNO

Syria Hargai Pemimpin UMNO Usaha Kembalikan Kedaulatan Negara Islam

Posted: 20 Sep 2013 02:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept. –Isu berkaitan kekejaman dan kemusnahan hingga mengakibatkan penderitaan rakyat Syiria mendapat maklumbalas rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Duta Besar Syria ke Malaysia, Dr. Mohamad Khafif menghargai usaha dan sokongan Malaysia termasuklah suara terbuka pemimpin negara, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mengambil peranan dan mengadakan perbincangan berkaitan konflik di Syiria.

"Kami ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi dan kami percaya bahawa usaha Malaysia untuk mengembalikan keamanan melalui meja rundingan tanpa melibatkan korban nyawa lagi di Syria akan dapat dicapai dengan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat terjamin," katanya.

duta-syria-malaysia-dr-mohamad-khafif-tengku-adnan-irmohizam-umno-bn-pwtc

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini.

"Kami mengharapkan agar UMNO dapat terus memainkan peranan dengan pelbagai cara agar semua pihak dapat memahami keadaan yang berlaku di Syria yang tercetus angkara konspirasi pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Syiria," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut menerangkan berkaitan konflik sebenar yang berlaku sebagaimana rakyat Syria teraniaya ekoran niat buruk pihak luar yang mahukan kerajaan Syria tumbang.

"Kami telah lakukan penyiasatan dan dakwaan kononnya terdapat senjata kimia digunakan adalah palsu sebaliknya terdapat pengganas yang diupah oleh pihak luar untuk menghuru-harakan bumi Syiria," ujarnya.

Dalam hal ini, Tengku Adnan menyambut baik usaha Dr. Mohamad Khafif dan menyatakan komitmennya untuk sentiasa menyokong keamanan Syiria dan negara-negara Islam lain.

Tengku Adnan turut menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Morocco ke Malaysia, Amed Faozi yang menyatakan minatnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan struktur organisasi UMNO dan pentadbirannya selain sepakat untuk akrabkan hubungan diplomatik dalam parti yang melibatkan kedua-dua negara. - MediaUMNO

duta-morocco-malaysia-amed-faozi-tengku-adnan-irmohizam-umno-bn-pwtc

Ketua Syiah Cabar Institusi Raja, Buat Laporan Polis Terhadap Mufti – Jamil Khir

Posted: 19 Sep 2013 11:42 PM PDT

YAN, 20 Sept  - Tindakan Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lepas boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).

ustaz-abdullah-hassan-ketua-syiah-pendang-kedah-malaysia

“Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekaligus mereka mencabar kedudukan Sultan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau dekat sini hari ini.

Jamil Khir berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.

Katanya beliau akan bertemu dengan penguat kuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di ibu negara bagi membincangkan cara untuk menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.

Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku mengenai fahaman Syiah setebal 500 muka surat sekiranya dia atau pengikutnya ditahan pihak berkuasa, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Laporan polis terhadap Syeikh Baderudin yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja’afariah di Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram.

Rumah Mampu Milik Diperbanyak Untuk Bumiputera Miliki Aset – Najib

Posted: 19 Sep 2013 10:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kerajaan akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata langkah itu akan dilaksanakan di bawah fokus ketiga  Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Najib-Pr1ma-rumah-murah-sederhana-mampu-milik-rakyat-malaysia

“Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad, dan kerajaan negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada kaum Bumiputera di seluruh negara,” katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Sabtu lepas, Najib mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasa ekonomi Bumiputera, berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan beliau sendiri.

MEB akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Antara strategi itu ialah menangani Bumiputera yang masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT