SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, October 1, 2013

UMNO Online - “Bumbung Runtuh: CIDB Akan Gantung Lesen Kontraktor Jika Siasatan Dapati Ada Kecuaian” plus 9 more

UMNO Online - “Bumbung Runtuh: CIDB Akan Gantung Lesen Kontraktor Jika Siasatan Dapati Ada Kecuaian” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bumbung Runtuh: CIDB Akan Gantung Lesen Kontraktor Jika Siasatan Dapati Ada Kecuaian

Posted: 30 Sep 2013 04:46 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 30 Sept -  Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di sini yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Menurutnya, jika kontraktor terlibat didapati cuai atau tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan, maka ia bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.

“Menerusi maklumat awal yang kita lakukan kontraktor berkenaan memang berdaftar dengan CIDB dan penuhi akta yang ditetapkan dan kita akan serahkan laporan kejadian ini kepada ibu pejabat.

“Kita juga akan melantik panel tatatertib yang terdiri daripada pegawai kanan CIDB yang akan menilai kes berkenaan sebelum hukuman penggantungan lesen dikenakan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin. Beliau menegaskan, semasa projek itu dijalankan, kontraktor dan pembekal berkenaan berdaftar dengan CIDB.

Awal pagi semalam sebahagian bumbung dan siling ruang kedua solat Masjid Kampung Tebauk runtuh.

Insiden itu dipercayai berlaku pada pukul 4 pagi Isnin melibatkan kira-kira 20 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas dengan kos RM5.7 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.

Harga Rokok Dinaikkan Berikutan 14 Peratus Peningkatan Duti Eksais

Posted: 30 Sep 2013 04:44 AM PDT

PETALING JAYA, 30 Sept -  British American Tobacco (BAT) Malaysia telah menaikkan harga rokok berikutan peningkatan 14 peratus duti eksais, kenaikan tunggal terbesar dalam tahun kebelakangan ini.

Harga satu pek rokok 20 batang akan meningkat sebanyak RM1.50 kepada RM12 bermula hari Isnin.

Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano clini berkata peningkatan dalam duti itu adalah mengejutkan dan boleh membawa kepada peningkatan dalam perdagangan rokok secara haram.

“Pengumuman ini memang mengejutkan dan mengecewakan.

Kenapa Azizan Dibenci DAP, PKR Dan Kelompok Anwarinas Dalam PAS?

Posted: 30 Sep 2013 04:40 AM PDT

Ramai yang tak tahu, namun sejak beliau memegang tampuk kerusi MB Kedah, Azizan merupakan seorang MB PAS Kedah yang berpewatakkan cukup berbeza berbanding MB-MB dan Ketua Menteri Pakatan yang lain.

Dia adalah satu-satunya MB Pakatan yang berani mengkritik kepimpinan pakatan sendiri tanpa merisaukan kedudukan kuasa politiknya dalam parti dan pakatan. Antara tindakan yang cukup dikenang adalah apabila dia secara terang-terang menolak Buku Jinggay sebagai panduan dalam memaju dan menguruskan negeri Kedah.

Selain itu juga Azizan yang juga merupakan seorang pensyarah di UKM satu ketika dahulu tidak memandang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dimansuhkan kerana ianya dapat mendisiplin pelajar. Secara tidak langsung ini bertentangan dengan '[ersetujuan bersama' diantara pemimpin PAS-DAP-PKR.

bekas-menteri-besar-azizan-abdul-razak-kalung-pingat-medal-mahathir-kedah

Malah tindakan Azizan yang pernah mengalungkan 'medal' kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis penghargaan juga menimbulkan kritikan daripada pihak-pihak di dalam PAS.

Azizan sememangnya tidak disenangi oleh kepimpinan PAS terutama mangkuk-mangkuk hayun pro-Anwar ekoran sikap Azizan yang suka berbaik sangka dan mudah diajak berbincang dengan kepimpinan UMNO.

Kekalahan Pakatan Kedah kepada Barisan Nasional meluapkan lagi kemarahan geng barua Anwar di dalam PAS. Malah ada yang menganggap punca kekalahan PAS Kedah kepada BN adalah disebabkan kelemahan Azizan dalam pentadbiran negeri Kedah.

Sedangkan sekiranya PAS ini adalah kelompok mereka yang beriman, mereka seharusnya mengetahui bahawa punca kekalahan Azizan bukan disebabkan kekuatan BN, sebaliknya ianya ketentuan ALLAH.

bekas-menteri-besar-kedah-azizan-abdul-razak-bincang-rapat-pm-najib-umno-bn

Maki hamun, cercaan dilemparkan kepada Ustaz Azizan tatkala dia terdampar di Hospital. Ini dapat dibaca melalui tulisan Setiausaha Politik Azizan Razak disini. Selain itu juga 'pendedahan tabiat sebenar orang PAS' oleh Setpol Azizan ini juga menyebabkan beliau dicerca dan dihina kerana 'mendedahkan kelemahan dan keaiban jamaah sendiri' kepada orang ramai.

Natijahnya… Inilah perjuangan PAS. Bukan berjuang kerana ISLAM. Bukan berjuang kerana Tauhid.

Sebaliknya kerana mahu berkuasa. Jika dahulu PAS menolak SYIAH. Namun demi undi, hari ini PAS menerima Syiah.

Makluman tambahan : Azizan Razak adalah antara individu yang paling keras menentang Syiah di Kedah.

RPM

EPF Praises Govt Proposal To Introduces Value-For-Money Spending

Posted: 30 Sep 2013 04:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 30 – The Employees Provident Fund has welcomed the government’s proposal to introduce value-for-money spending for ministries in the upcoming budget.

Chief Executive Officer Datuk Shahril Ridza Ridzuan said the initiative ensured that the government gets the best results from the money spent.

“The government does not have endless money sources,” he told reporters on the sidelines of the Khazanah Megatrends Forum 2013 here today.

Shahril Ridza was one of the panelists at the two-day forum.

Earlier today, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the government is expected to announce value-for-money spending initiative for four ministries including finance in the upcoming Budget 2014.

The first phase initiative is planned to be expanded to other ministries next year.

Organised by the state fund Khazanah Nasional Bhd, the forum is being participated by over 600 people from local and foreign corporate figures policymakers and government agencies.

Apa Manfaat Dialog Jika Dalam Parlimen Pun Pembangkang Main Politik

Posted: 30 Sep 2013 04:33 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Sept – Ahli Parlimen Setiu Che Muhammad Zulkifly Jusoh bukan sahaja ragu-ragu malah turut melontarkan persoalan berhubung kesediaan pembangkang yang masih lagi bercakap soal dialog dengan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) hari ini.

Menurut beliau apa jua isu dan apa jua yang ingin dilontarkan oleh pembangkang bukan sahaja dengan jalan dialog tersebut tetapi ianya adalah lebih baik jika dilakukan menerusi saluran sedia ada seperti menerusi Parlimen.

najib-pandikar-anwar-mesra-ketawa-angkat-sumpah-parlimen-sesi-13-01

"Dialog itu baik cumanya kita ragu-ragu apa motif dan apa tujuan sebenar mereka. Atau mungkin juga akan timbul persoalan apakah ada agenda tersembunyi dan sebagainya. Jika ikhlas dan demi rakyat bukankah boleh sahaja dibincangkan menerusi Parlimen.

"Saya fikir menerusi kaedah itu (Parlimen) adalah lagi baik yang mana kerajaan menerusi Menteri dan sebagainya boleh memberikan penjelasan dan juga sebarang tindakan yang difikirkan perlu demi kepentingan rakyat khususnya, "katanya.

Beliau seterusnya melontarkan persoalan apakah kebaikan yang akan terhasil daripada dialog berkenaan.

"Berapa kali kita mahu dialog..sekali…dua kali..tiga kali dan hasilnya bagaimana. Jika menerusi Parlimen saya kira dan fikir tentu pelbagai manfaat akan diperoleh kelak.

"Lagi satu bagaimana kita mahu berdialog sedangkan di Parlimen pun wakil rakyat pembangkang kadangkala tidak menerima dengan baik jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

"Inilah antara yang saya ragu-ragu dan fikir apa motif dan tujuan sebenar pembangkang yang masih mencanang soal dialog dnegan kerajaan hari ini. Kita bukan tidak boleh berdialog…tetapi seperti yang saya katakan tadi..tujuan sebenarnya itu," katanya. -MediaUMNO

Kesepakatan Pembangkang Di Sabah Amat Rapuh, Hanya Tahu Hasut Rakyat Benci BN

Posted: 30 Sep 2013 04:14 AM PDT

KOTA KINABALU , 30 Sept – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Luyang, Hiew King Cheu yang keluar dari parti tersebut lalu menjadi ADUN bebas cukup untuk membuktikan kecelaruan dan ketidaksfahaman Pakatan Pembangkang di Sabah, demikian kata Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad.

Menurut beliau, tindakan Hiew itu memperlihatkan bahawa ketidaksefahaman antara kepimpinan Pakatan Pembangkang di Sabah tidak mampu dibendung lagi sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan mereka.

"Sebab itu rakyat di negeri ini tidak memilih pembangkang untuk mentadbir Sabah. Rakyat sebenarnya sudah nampak bahawa tidak ada kesepakatan dan persefahaman di antara pemimpin pembangkang di sini.

"Tindakan ADUN Luyang itu membuktikan bahawa apa yang difikirkan oleh rakyat di negeri ini adalah betul. Kepimpinan pembangkang tidak mampu membentuk persefahaman yang baik khususnya dalam membuat keputusan terbaik untuk rakyat di negeri ini," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, tindakan ADUN Luyang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana majoriti rakyat sudah tahu tentang kecelaruan kepimpinan pembangkang di negeri itu.

"Sebab itu, pembangkang gagal untuk menawan hati rakyat Sabah. Rakyat di negeri ini tahu sejauh mana kemampuan mereka untuk mentadbir negeri ini.

"Kecelaruan dan ketidaksepakatan mereka begitu ketara sehingga mereka tidak dapat nak sorok daripada pengetahuan rakyat. Apatah lagi, setakat ini tidak ada isu yang mampu pembangkang jadikan modal untuk menghentam kepimpinan BN di negeri ini,"jelasnya.

Justeru itu, beliau seterusnya meminta agar semua rakyat, khususnya di Sabah agar terus memberikan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada BN untuk terus mentadbir  negeri ini di masa yang akan datang.

"Setakat ini, BN telah membuktikan iltizam mereka untuk membantu rakyat khususnya di Sabah, dengan pelbagai-bagai pelan pembangunan baik dari sudut ekonomi dan sosial.

"Tidak seperti pembangkang yang tidak habis-habis berpolitik dan bercakaran sesama sendiri sehingga mengabaikan masa depan rakyat. Persepakatan dan persefahaman mereka amat rapuh dan boleh roboh pada bila-bila masa.

"Apa yang mereka tahu, hanyalah untuk memprovokasi rakyat agar membenci kerajaan, sedangkan hakikatnya mereka sendiri tidak mampu untuk menjadi kerajaan yang berkhidmat dan mendahulukan rakyat sepertimana yang BN lakukan hari ini," tegasnya. -MediaUMNO

Kerajaan Tidak Cadang Ambil Alih Lebih Raya, Kos RM400 Bilion – Rosnah

Posted: 30 Sep 2013 04:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih kesemua lebuh raya di negara ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang sangat tinggi – sebanyak RM400 bilion.

Sebaliknya, peruntukan sebanyak itu boleh digunakan untuk mengadakan program bermanfaat untuk rakyat, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab celahan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang mahu tahu sama ada kerajaan berhasrat mengambil alih semua lebuh raya dalam usaha mengurangkan bayaran tol, selain mengelakkan syarikat konsesi mengaut keuntungan besar akibat pertambahan jumlah trafik.

Rosnah berkata kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat konsesi menggunakan hasil kutipan tol untuk menaik taraf kemudahan di sepanjang lebuh raya demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

“Kita juga galakkan mereka untuk melaksanakan CSR (tanggungjawab korporat sosial) seperti pemberian diskaun tol di masa-masa perayaan dan juga pembayaran dividen,” katanya.

Menjawab pertanyaan Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) mengenai langkah kerajaan memastikan syarikat konsesi tidak mengaut keuntungan berlebihan, Rosnah berkata kementerian sentiasa memantau kesemua syarikat itu.

Beliau menjelaskan bagi lebuh raya baharu, kerajaan sedang mempertimbang untuk menjadikan ‘internal rate of returns’ sebagai sebahagian syarat dalam perjanjian konsesi.

“Ini exit policy kerajaan dalam memastikan syarikat konsesi bertanggungjawab selain usaha menstruktur semula lebuh raya. Ia juga melalui perkongsian hasil yang juga termasuk dalam syarat-syarat perjanjian konsesi,” katanya.

CEC DAP Diselubungi Persoalan Dan Perkauman

Posted: 30 Sep 2013 03:40 AM PDT

Pemilihan Semula CEC DAP telah diadakan tanpa sebarang insiden di sebuah Hotel 5 Bintang, One World, di Petaling Jaya semalam. Walaupun begitu, ia tetap menimbulkan beberapa persoalan di kalangan para pemerhati.

Persoalan pertama yang timbul berkenaan pemilihan ini ialah dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk dibazirkan bagi mengadakan mesyuarat dan pemilihan di hotel mewah?

lim-guan-eng-zairil-bukan-anak-khir-johari-tipu-undi-pemilihan-cec-pusat-dap-rasis

Persoalan kedua ialah bagaimana sudahnya kedudukan Lim Guan Eng yang kini jatuh ke tangga ke 5? Apakah alasan beliau untuk terus kekal di kerusi Setiausaha Agong sedangkan Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi?

Persoalan ketiga adalah lebih mengujakan iaitu tentang ketiadaan walau seorang pun wakil Melayu yang mampu meraih undi yang cukup untuk memegang jawatan utama. Dan kenapakah DAP masih tidak serik menipu dengan menggambarkan Zairil Khir Johari sebagai wakil Melayu?

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Zairil bukan Melayu dan tiada setitik pun darah Melayu dalam diri anak Cina yang menumpang nama bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari itu. Kedua-dua ibubapa Zairil adalah Cina.

Justeru, inilah diulang bahawa Zairil adalah Cina! Tidak ada sebab beliau diumumkan sebagai wakil Melayu, melainkan DAP mempunyai agenda jahat untuk mengelirukan orang Melayu kononnya DAP tetap memberi tempat kepada Melayu.

Sedangkan, hakikatnya, DAP terlalu rasis dan tidak sanggup memilih seorang Melayu sehingga memaksa mereka memilih seorang Cina untuk mewakili Melayu.

Lebih menarik lagi apabila Zairil sendiri meluahkan rasa terkejut dengan menyifatkan kemenangannya sebagai 'tidak dijangka'. Tentu sekali Zairil lebih tahu bahawa beliau bukanlah calon pilihan memandangkan beliau mendapat tempat corot dalam pemilihan awal. Bagaimanapun jumlah undi beliau melonjak ke tempat ke 12 dalam satu kiraan semula yang penuh misteri.

Justeru, tidak hairanlah jika Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya.

Sebenarnya, kita yakin Zairil telah ditolak pada awalnya kerana para perwakilan DAP menyangkakan yang beliau seorang Melayu. Kini, setelah segalanya terbongkar iaitu bahawa beliau seorang Cina, maka tentu sekali perwakilan DAP tidak punya masalah untuk memilihnya.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

Jelas di sini, bahawa walau apapun terjadi, perwakilan DAP tetap akan mengundi berdasarkan kaum.

Dengan itu, biarpun kemelut pemilihan CEC DAP akhirnya selesai, namun kredibiliti dan imej DAP sudah tidak mampu dipulihkan lagi.

Rakyat tidak mungkin akan lupa bahawa Lim Guan Eng tidak pernah mengaku salah memanipulasi undi dan soal 753 perwakilan yang tidak menerima notis sebelum ini masih belum terjawab.

Lim Guan Eng juga dikatakan akan terus memegang jawatan Setiausaha Agong walaupun undi beliau jatuh sehingga tangga ke 5 iaitu antara tercorot bagi seorang pemimpin dengan nama yang begitu besar. Zairil seorang Cina pula terus diwar-warkan sebagai wakil Melayu manakala mesyuarat pula diadakan dalam suasana penuh pembaziran.

Kesimpulannya, DAP sudah tidak layak untuk bercakap atau menegur BN atau mana-mana parti dalam konteks amanah, ketelusan, keterbukaan dan apa pun jua lagi selepas ini.

isuhot.com

Musa Wants Sabah Bumiputera Economic Empowerment Agenda To Be Intensified

Posted: 30 Sep 2013 03:23 AM PDT

KOTA KINABALU, Sept 30 – Chief Minister Datuk Seri Musa Aman wants the Sabah Bumiputera Economic Empowerment Agenda to be intensified to help uplift the economic status of the community.

In making the call, Musa said the state government always took into account the views of the Bumiputera community including their leaders and members of the Bumiputera Chambers of Commerce and Industry to bolster the state’s economic progress.

“I’m very satisfied and proud of the commitment, the role and contributions of the chambers of commerce to drive economic growth and business development in the state.

“I hope the cordial relations, cooperation and smart partnership be further improved not only among members but also with other Bumiputera chambers,” he said when speaking at the Sabah Bumiputera Economic Empowerment event today.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin officiated at the event. Musa said the Bumiputera Economic Empowerment Agenda launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was a right move and the best step to preserve Bumiputeras’ rights and interests and to guarantee a bright future for the community in this country.

He said the focus given to ensure success of the agenda was clear with the seriousness and sincerity shown by the government leadership in ensuring the well-being and prosperity which would eventually benefit the people from all walks of life.

"In the context of BUmiputeras’ achievements in Sabah, it cannot be denied that the rapid development and robust economic growth in the various sectors were driven by entrepreneurs and Bumiputera businessmen.

"However, I wish to stress that the Bumiputera community should not feel satisfied very fast with the level of achievement now,” he said.

Musa was confident that with the rapid development and the economic growth, the Bumiputera community in this state can achieve the expected success.

"Obviously, the business world is full of challenges and competition but we must remember success cannot be achieved easily, it needs seriousness and continued commitment.

"I am optimistic that with the political seriousness, thorough planning, policy implementation and pragmatic Bumiputera Empowerment Agenda by the government, solid support and involvement of the Bumiputera community, including successful Bumiputera entrepreneurs and traders, the noble objectives of the Bumiputera Economic Empowerment Agenda will be realised for the benefit of the people from all strata of society,” he added.

Kerajaan Dicadang Sedia Pelan Alternatif Bantu Golongan Pertengahan

Posted: 30 Sep 2013 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Kerajaan hari ini dicadang menyediakan pelan alternatif untuk membantu golongan pertengahan dalam menghadapi kos hidup yang semakin meningkat.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata kerajaan banyak memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah tetapi terlupa kepada golongan pertengahan  yang merupakan golongan paling banyak membayar cukai.

“Kumpulan ini sebenarnya pada ketika ini menghadapi himpitan kos hidup kerana kenaikan harga barang.

“Jadi, saya berharap satu pelan alternatif untuk membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang yang terus meningkat pada ketika ini dan kita juga jangan lupa skim-skim perumahan untuk mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Terdahulu, Ahmad mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu berhubung kenaikan harga petrol RON95 baru-baru ini.

“Kita tidak tahu siapa yang sebarkan perkara ini, dan kita tidak tahu apa tindakan dan siasatan kerajaan supaya perkara ini tidak berlaku lagi bagi memastikan perkara ini tidak menimbulkan keresahan (rakyat).

“Seharusnya kerajaan membuat pemantauan dan ambil tindakan drastik terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita palsu yang boleh menyebabkan banyak kesusahan termasuk penduduk di kampung,” katanya.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT