SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, June 15, 2013

UMNO Online - “Strategi Jual Publisiti Politik Murah Cara Anwar Menjengkelkan” plus 9 more

UMNO Online - “Strategi Jual Publisiti Politik Murah Cara Anwar Menjengkelkan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Strategi Jual Publisiti Politik Murah Cara Anwar Menjengkelkan

Posted: 14 Jun 2013 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Jun – Hasrat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk mendapatkan simpati serta sokongan rakyat dengan mengajak Ahli Parlimen pembangkang memboikot majlis angkat sumpat Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti, akhirnya memakan diri.

Pengumuman dan keputusan pemimpin DAP dan Pas untuk hadir pada majlis berkenaan dan tidak menyertai perancangan Anwar memberi tamparan kepada bakal Ketua Pembangkang itu, apabila tidak mendapat sokongan.

Keadaan bertambah parah, apabila anak emasnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan bahawa dia bersama dengan beberapa Ahli Parlimen PKR lain akan hadir pada majlis itu untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Pensyarah dan Penganalisa politik, Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata apa yang cuba dilkukan oleh Anwar itu hanyalah untuk mendapat perhatian, dan berkeyakinan bahawa Anwar akan hadir untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

"Seperti ketahui umum, Anwar mempunyai pelbagai muslihat untuk mendapat simpati atau sokongan daripada orang ramai, kegagalan menawan Putrajaya pada pilihan raya lalu telah memberi kesan bukan sahaja kepada pembangkang malah kepada dirinya sendiri.

"Pelbagai usaha cuba dilakukan olehnya, termasuk menuduh adanya berlaku penipuan serta mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya ke seluruh negara namun, sambutannya tidak begitu mengalakkan daripada orang ramai.

"Walaupun pihaknya menyatakan kehadiran melebihi 100 ribu pada perhimpunan yang diadakan di Kelana Jaya, namun dianggap gagal kerana ramai pemimpim pembangkang yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu diadakan," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan dirinya terus diingati, Anwar akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian dan pada persidangan Dewan Rakyat nanti sudah pasti dia akan memastikan dirinya terus mendapat perhatian masyarakat.

"Persidangan Dewan Rakyat akan digunakan oleh pembangkang untuk menyerang dan mencari kesilapan kerajaan seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sudah pasti dengan pertambahan Ahli Parlimen pembangkang pada persidangan kali ini, pembangkang mempunyai pelbagai strategi terutamanya Anwar," katanya. -MediaUMNO

Suhakam Will Engage With Govt To Focus On Five Main Agendas

Posted: 14 Jun 2013 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 14 – The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) will focus on improving five main agendas by engaging with the government and relevant authorities to move forward, said reappointed Suhakam chairman Tan Sri Hasmy Agam.

He said the five issues were an ageing population, children with learning disabilities, human rights in business, public inquiries and education on human rights at primary schools.

Hasmy noted that Suhakam could be a powerful force for change when utilised strategically to address the voice and needs of civil society.

“There are several different ways that Suhakam will engage with the government and relevant bodies, including having talks with ministers of respective ministries, providing reports, sending complaints and raising situations of human rights violations.

“The key is to know when to use which approach, and how to maximise our efforts,” he told reporters at Suhakam’s headquarters, here today.

Besides Hasmy, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid and James Deva Nayagam have also been reappointed as Suhakam commissioners for for a three-year term effective April 26.

The three new members of Suhakam are Dean of Faculty of Law, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Aishah Bidin, former Sub-Editor of Sabah Times Sylvester Madating@ Nordin Kasim and honorary secretary for Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Francis Johen anak Adam.

On another note, Hasmy said Suhakam faced a tough challenge to push the government to ratify six core United Nations (UN) Human Rights conventions, among others the International Convention on the Elimination of all Forms of Racial Discrimination; the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and the UN Convention against Torture.

He added that Malaysia had demonstrated its continuing commitment to being part of the global human rights community and had ratified three Conventions.

They are the Convention on the Rights of the Child (CRC) and Convention On The Elimination of All Forms Of Discrimination Against Women (CEDAW), both in 1995; and Convention on the Rights of Persond with Disabilities (2010).

“Suhakam will take this as a challenge to convince Malaysia to consider ratifying the conventions, as these conventions will greatly enhance the nation’s credibility and influence in the UN Human Rights Council, and also in the international community,” he said.

Siri Jelajah Terangkan Kaedah Baharu Pemilihan UMNO Bermula Esok

Posted: 14 Jun 2013 03:51 AM PDT

PUTRAJAYA, 14 Jun – Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan memulakan siri jelajah untuk menerangkan kaedah baharu pemilihan parti berkenaan mulai esok, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ia bertujuan memberi penerangan kepada setiap anggota di peringkat akar umbi.

“Menerusi kaedah baharu itu akan diwujudkan hari pencalonan untuk jawatan tertinggi parti dan hari pemilihan,” katanya selepas majlis taklimat mengenai perkhidmatan bas Nadi Putra oleh Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB) di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa itu berkata, semakan senarai calon akan dibuat sebelum nama-nama tersebut diumumkan untuk membolehkan kira-kira 150,000 anggota di peringkat cawangan dan bahagian membuat pengundian.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, mengumumkan pemilihan UMNO kali ini akan dilaksanakan dengan mengguna pakai perlembagaan baharu parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 anggota di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.

Pemilihan akan dijalankan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti.

Satu jawatankuasa pemilihan diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ditubuhkan untuk menerangkan kaedah pemilihan baharu berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2009 itu.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata pihaknya telah mengeluarkan surat untuk setiap cawangan bermesyuarat yang dijadual diadakan bermula 15 Julai hingga 30 Ogos ini.

Namun, katanya, tarikh pemilihan bahagian dan pusat masih belum ditetapkan kerana menunggu maklum balas daripada jawatankuasa pemilihan memilih tarikh yang sesuai.

Kesepakatan BN Buktikan UMNO Tidak Rasis, Utama Konsep Kongsi Kuasa

Posted: 14 Jun 2013 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun – UMNO telah terbukti bukanlah sebuah parti politik yang bersifat rasis atau mempunyai niat untuk memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob.

Katanya, jika UMNO adalah sebuah parti yang mementingkan diri atau hanya mengutamakan bangsa Melayu sahaja maka tentunya tidak akan wujud Barisan Nasional (BN).

"UMNO telah sepakat dan bersatu hati dengan pemimpin pelbagai kaum yang ada di negara ini untuk membentuk sebuah parti yang pada mulanya dinamakan Perikatan dan kemudian BN, dan sehingga kini kekal dalam kesatuan menjadi teraju kerajaan," katanya kepada UMNO-Online.

Soal beliau, bagaimana pakatan pembangkang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan pentadbiran BN sedangkan untuk membina satu logo atau lambang sebagaimana dacing bagi BN pun mereka gagal laksanakan.

"Pakatan pembangkang hanya ada tiga parti sahaja tetapi sampai ke hari ini mereka masih gagal membentuk satu bukti kesepakatan sebagaimana BN yang bersekutu sedangkan pembangkang masih lagi kekal dengan logo dan lambang antara ketiga-tiga parti.

"Dalam BN ini semua tidak berlaku kerana setiap keputusan diambil secara konsensus iaitu melalui perbincangan bersama dan disepakati oleh semua 13 anggota komponen parti termasuklah parti yang terkecil sekalipun."

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kedah, berkata biarpun UMNO adalah parti atas nama Melayu tetapi setiap dasar dan program yang dilaksanakan adalah berteraskan kesatuan dalam kepelbagaian yang melibatkan kepentingan kaum-kaum lain juga.

"Dasar yang dilaksanakan oleh UMNO bersama-sama BN adalah atas keutamaan semua kaum tanpa ada yang berkepentingan, saling bertolak ansur dan mempunyai persefahaman yang kukuh.

Tambahnya lagi, UMNO sentiasa mengutamakan perkongsian kuasa tanpa ada rasa cemburu kepada pihak lain termasuklah kedudukan ekonomi walaupun ternyata bangsa Melayu masih jauh ketinggalan.

"Secara jelas kita melihat bahawa kedudukan ekonomi dikuasai oleh kaum lain tetapi ia tidak pernah dihalang atau ditentang oleh bangsa Melayu sebaliknya persaingan secara sihat dibuat agar wujud keseimbangan dalam semua aspek."

Parti-parti pembangkang telah membentuk pakatan pada 2008 yang bersetuju membuat keputusan serta menetapkan dasar perikatan antara mereka dengan dikendalikan oleh satu Majlis Pimpinan dan Sekretariat Bersama namun sehingga ke hari ini masih tidak berdaftar sebagai pertubuhan sebagaimana BN lantaran gagal mencapai satu matlamat yang dapat dipersetujui berkaitan idealogi antara DAP, Pas dan PKR. – MediaUMNO

Belia Diminta Sahut Seruan PM, Gerakkan Aktiviti Sukarelawan

Posted: 14 Jun 2013 01:46 AM PDT

SHAH ALAM, 14 Jun –  Golongan belia diminta menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi program ’1Malaysia For Youth’ (1M4U) dan ‘Dana Sukarelawan 1Malaysia’ (DRE1M) dengan menggerakkan usaha kesukarelawan membantu masyarakat tempatan.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata melalui pendekatan itu, belia dapat mengenal pasti permasalahan mereka selain turut sama membantu menyelesaikannya.

“Belia pada hari ini seharusnya mengambil peluang melibatkan diri dengan komuniti dan aktiviti sukarelawan.

“Atas sebab memahami aspirasi belia pada masa ini juga, Perdana Menteri menubuhkan 1M4U dan DRE1M sebagai platform untuk belia melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang bersifat transformatif kepada masyarakat,” katanya semasa berucap merasmikan program Siri Syarahan Tahunan KSN bertajuk ‘Belia Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Ali berkata langkah itu juga mampu memastikan golongan belia dapat meneruskan kesinambungan dan menggalas tanggungjawab pemimpin hari ini yang turut turun padang membantu masyarakat setempat.

“Satu program kesukarelawan yang kreatif ialah program ‘Telekung People’ yang dijayakan warga Universiti Malaysia Pahang (UMP)…kumpulan ini telah membantu membersihkan telekung wakaf yang kotor dan menyumbang telekung bersih di kawasan tempat solat awam.

“Dengan kolaborasi 1M4U, ‘Telekung People’ telah meluaskan perkhidmatan mereka ke surau dan masjid di Kuantan, Mentakab dan Mersing,” katanya.

Melalui pelaksanaan program seperti itu, katanya kerajaan juga yakin golongan belia mampu membantu kerajaan melaksanakan agenda transformasi negara dengan jayanya.

“Atas dasar itu, kerajaan baru-baru ini telah memperkenalkan program Felo Perdana bagi membuka peluang kepada anak muda yang cemerlang dan berbakat untuk mengurus tadbir negara,” kata Ali.

Apakah Kedudukan Sebenar Dewan Ulama Pas?

Posted: 14 Jun 2013 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Jun – Pendakwah Bebas, Ustaz Toharudin Yaakob mempersoalkan apakah kedudukan sebenar ulama di dalam Pas hari ini setelah pandangan daripada golongan tersebut seolah-olah tidak diambil kira.

Menurut beliau parti berkenaan perlu memperhalusi segala tanggapan umum mengenainya supaya masyarakat secara keseluruhannya tidak tertanya-tanya peranan sebenar Dewan Ulama di dalam parti tersebut.

"Mengambil contoh pandangan Datuk Harun Taib mengenai keputusan pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini, perhimpunan 'black 505' dan sebagainya, saya kira rakyat boleh nilai sendiri sejauh mana pandangan beliau diambil kira.

"Dan secara tersiratnya, bagi mereka yang nampak akan nampak bahawa seolah-olah ada keretakan serta kecelaruan kepimpinan di dalam parti tersebut. Pada pandangan saya begitulah…….

"Pelbagai persepsi dan pebagai tanggapan telah timbul hari ini dan itulah yang sepatutnya diambil kira oleh pucuk pimpinan Pas supaya tanggapan sedemikian rupa tidak berterusan. Nak masuk campur lebih-lebih dalam urusan parti mereka itu bukan hak saya cumanya sekadar lontaran persoalan," katanya.

Kata beliau lagi jika senario dan keadaan itu berterusan, kedudukan Dewan Ulama Pas akan terus-menerus dipersoalkan oleh masyarakat umum hari ini.

"Sampai bila mereka nak berterusan dengan keadaan tersebut. Sudah tiba masanya rasa kira Dewan Ulama berada pada tempat yang sebetulnya. Sekurang-kurangnya pandangan daripada intitusi itu diambil kira. Jika melihatkan kepada satu dua contoh hari ini begitulah," katanya.

It’s Not A Telecommunications Tower

Posted: 14 Jun 2013 12:29 AM PDT

PENANG, June 14 – The tower which collapsed because of the storm and left two people dead in Jalan Macalister, Penang yesterday was not a telecommunications tower as reported by the media.

Acting swiftly, officers from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Northern Regional Office who had rushed to the scene and surveyed the area found that the tower was not a structure for telecommunications but a ‘lightning arrestor’ that was cosmetically designed to reflect a more suitable appearance.

"We can confirm that the collapsed structure was not a telecommunications tower. It was a ‘lightning arrestor’ built cosmetically. We also found that the structure that had held the tower in its place collapsed and crashed onto road," said Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop, Head of Northern Regional Office, MCMC.

New Internet Laws Needed To Check Cyberspace Abuse In Malaysia

Posted: 13 Jun 2013 09:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 14 – Many would agree that the government should come up with new laws or revise the existing cyber laws to reduce instances of misuse of the Internet and social media sites.

Some parties also suggest that the culture of local communities must be taken into account when formulating the laws, and that the Internet laws used in the West should be studied before being adopted.

Nevertheless, the sensitivities of various communities, their history, education levels, and readiness to accept such laws must also be given due consideration.

The Dean of Universiti Teknologi Mara (UiTM)’s Faculty of Communication and Media Studies, Prof Dr Azizul Halim Yahya, stated that although people in the United States for example have the freedom of expression, whether it be in the real world or in cyberspace, they are still subject to various Acts, such as the Harrassment Act and Invasion of Privacy Act, which are meant to protect them.

The communities there still have to be careful about what they say, because what they say can be either laughed off as a joke or taken seriously, particularly if it involves national issues, the country’s president, and so on.

“For example, if something defamatory has been said about someone, the person who has been allegedly defamed can challenge or counter the accusation.

If the accusation is proven to be false and the person who had made the statement is found guilty, he or she would have to face the punishment.

However, such matters are seldom raised in Malaysia. Many Malaysians are confused about the issues of defamation or harrassment,” he noted.

Prof Dr Azizul said the freedom of expression must be accompanied by a sense of responsibility, including being prepared to be taken to the court.

Recently, Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the government will be studying the Internet regulations of three countries – the United States, Britain and Australia – in its efforts to tackle the issue of social media abuse in the country.

In spite of the freedom given to the people to express their views on the federation and states, the use of Internet in the US comes under the jurisdiction of a set of laws.

The authorities there have the power to confiscate the domain profile and computer of a user – without notice – and ban the website’s operations.

In Australia, Internet content is monitored by the Australian Communications and Media Authority (ACMA), which has the power to censor Internet content in the country.

The ACMA can also blacklist foreign websites, apart from censoring their content.

It has banned many sites, mostly containing child pornography, sexual violence and illegal activities, after Internet users report such sites to the government.

Meanwhile, in Britain, Internet censorship measures include blocking access to websites, enforcing the laws on publishing offences, or having materials classified as defamatory, copyright infringement, harassment and child pornography.

The Internet Watch Foundation (IWF) was set up there to compile and maintain blacklisted URLs, mostly webpages containing child pornography.

BEING IN LINE WITH CULTURE

Prof Dr Azizul said while Malaysia has adopted laws similar to Britain's, such as the new 2013 Harrassment Act, the latter dealt with such cases faster and more efficiently than Malaysia, because Britain had been practising the law for a long time.

In Malaysia, there are too many instances and cases of defamation, both within and outside the cyberspace, and it has become difficult to establish their source or cause.

The authorities, therefore, should take quick action against perpetrators, because if the trend is not nipped, the country’s harmony will be compromised – and that could give rise to unrest.

Meanwhile, the Deputy Director of Universiti Islam Antarabangsa (UIA)’s Department of Industrial Relations, Dr Norbaiduri Ruslan, said the people in the West are more responsible, better understand their rights, and give priority to freedom and privacy.

“We are yet to be well informed (in this area). When we realise our rights and other people’s rights, then we will know how to be mindful of our actions, both in the virtual and real world," he stated.

“The awareness campaign on how to be civic-minded in the cyberspace and Internet must start at the primary school level. Currently, there is too much exposure around the world, but our exposure is still limited. We are not strong in the areas of spirituality and personal development, and we are weak psychologically," Norbaiduri pointed out.

“If we hanker too much to be on a par with the advanced countries, we will lose our culture,” she warned.

EDUCATING MALAYSIANS

Norbaiduri said Malaysians need to be aware of their rights while operating on the social media, and they should not take it for granted that they can say anything without being mindful of the country’s laws.

A legal practitioner, Khairul Azam Abd Aziz, said writers must be responsible for what they write – irrespective of the medium they use – and they should also be prepared to face the consequences.

“If the writing is constructive, there is no reason to worry, but if it is to disturb or jeopordise public peace, some form of regulation must address that issue,” he said.

Meanwhile, a blogger, who wanted to be identified only as Hazrey, said the government should review all existing Acts relating to the social media for the benefit of future generations.

“The abuse of social media is getting increasingly rampant now. When an adult resorts to doing something (on the Net) without any care or concern and merely to take revenge for something, it can become a trend. The younger generation is no exception, either," he pointed out.

“At the children's level, this can even give rise to the problem of cyber bullies,” Hazrey added.

SPR Digesa Jangan Layan Desakan Badut Politik Pembangkang

Posted: 13 Jun 2013 09:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kepimpinan Pakatan Pembangkang terus dibidas berhubung desakan mereka agar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan atas tuduhan kegagalan melaksanakan pilihanraya dengan telus dan adil.

Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, kepimpinan pembangkang perlu menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya  meletakkan jawatan.

"Mereka bising-bising suruh Tan Sri Aziz letak jawatan kerana mereka dakwa berlakunya penyelewengan ketika pilihanraya, sedangkan tidak ada langsung  bukti yang mereka kemukakan," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu kata beliau lagi, jika kepimpinan Pakatan Pembangkang mahu Tan Sri Aziz meletakkan jawatan, mereka  juga perlu meletakkan kesemua jawatan yang mereka pegang di negeri-negeri yang mereka menangi.

"Kita cabar mereka juga perlu meletakkan jawatan yang mereka pegang di negeri-negeri yang dimenangi oleh mereka. Itu baru adil.

"Malah kita cabar mereka meletakkan jawatan di dalam parti mereka kerana berlakunya banyak penyelewengan, nepotisme, kronisme dan unsur-unsur rasuah sepertimana yang berlaku di dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

"Mereka ini menuduh orang lain untuk menyembunyikan salah silap  mereka. Bila mereka silap, cepat-cepat kesilapan itu diletakkan di atas bahu kerajaan BN dan UMNO," tegasnya.

Jelasnya lagi, amat malang di negara ini mempunyai pembangkang yang bukan saja tidak mampu memberikan idea dan pendekatan untuk kebaikan negara, malah sanggup bertindak memfitnah, membuat tohmahan serta menghasut rakyat menghuru harakan negara semata-mata kerana ingin berkuasa.

"Kita tengok pembangkang di Malaysia seolah-olah malaikat. Tidak ada salah dan silap. Semua yang mereka buat itu betul dan benar belaka. Apa yang orang lain buat, terutama kerajaan semuanya tidak kena dan membazir belaka.

"Inilah sikap pembangkang yang tidak profesional dan tidak mahu berpijak di alam yang nyata. Mereka gunakan nama rakyat, kononnya semua rakyat di negara ini menyokong apa yang mereka buat, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

"Bila kalah pilihanraya, mereka tak dapat terima. Buat himpunan haram di sana sini memburukkan kerajaan,melemparkan fitnah dan tohamahan terhadap SPR.

" Mereka tak dapat nak terima hakikat, bahawa majoriti rakyat tidak yakin mereka mampu untuk memerintah negara. Bagi saya, Tan Sri Aziz tak usah layan desakan yang datang dari clown dan bozo politik seperti mereka ini," tegasnya. -MediaUMNO

Politik Kebencian Melampau Bakal Musnahkan Asas Pembinaan Negara Bangsa

Posted: 13 Jun 2013 05:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pakatan pembangkang seharusnya menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tindakan mengheret rakyat melalui politik melampau selepas kegagalan merampas Putrajaya, seharusnya dihentikan.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Abdul Halim Bin Sidek berkata kesan tindakan politik melampau dan politik kebencian ini telah menyebabkan rakyat sudah tidak lagi menghayati dan menghormati Rukun Negara yang menjadi asas kepada kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara.

Tegas beliau sepatutnya setiap warganegara Malaysia mesti mendukung, berikrar dan berpegang teguh kepada cita-cita dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang merupakan salah satu asas pembinaan negara bangsa.

Beliau berpendapat bahawa kebelakangan ini ramai pemimpin pakatan pembangkang membelakangi asas-asas pembinaan negara bangsa di dalam kenyataan-kenyataan dan tindak tanduk mereka serta menyinggung ramai pihak.

"Sekarang ini mereka seperti sudah tidak ada lagi jati diri sebagai rakyat Malaysia. Jika mereka mempunyai jati diri, sudah pasti mereka akan mengutamakan negara berbanding keutamaan diri mereka sendiri.

" Jika jati diri mereka kuat, semangat patriotik mereka kuat dan kental, mereka akan jadi warganegara yang baik, akan menjaga keamanan dan sedia berkorban untuk Negara bukan cuba untuk memporak perandakan, membuat huru hara dan akhirnya akan menganggu-gugat keharmonian Negara.

"Walaupun mungkin ada perbezaan pendapat dari segi ideologi politik, tetapi kita tidak seharusnya mengorbankan negara dengan mewujudkan suasana yang tidak harmoni ini kerana akhirnya negara akan rosak atau musnah," katanya.

Beliau juga berkata, "Bagi memastikan perpaduan kaum di Negara ini terpelihara, setiap warganegara hendaklah dari segi perlakuan dan tindak-tanduk mereka tidak mengenepikan kewujudan cita-cita serta prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan setiap rakyat di negara ini".

Pada masa yang sama beliau juga menyeru agar prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, yang menekankan kepada personaliti dan perlakuan seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi juga tidak diketepikan bagi membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni di samping senantiasa memelihara perpaduan kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT