SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, June 12, 2013

UMNO Online - “Sabah Expects To Attract Up To RM15 Billion In Investments This Year : Musa” plus 9 more

UMNO Online - “Sabah Expects To Attract Up To RM15 Billion In Investments This Year : Musa” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sabah Expects To Attract Up To RM15 Billion In Investments This Year : Musa

Posted: 11 Jun 2013 05:26 AM PDT

TAWAU, June 11 – Sabah expects to attract from RM10 billion to RM15 billion in investments this year, with the bulk to come from the palm oil sector, especially downstream processing, including in biomass.

Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman, said the state has Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah Sdn Bhd and Sawit Kinabalu to push for new  frontiers in value-added ventures.

“On the federal side, we have the Malaysian Palm Oil Board, the Ministry of Plantation Industries and Commodities and the National Innovation Agency assisting in realising our full potential in oil palm,” he said.

Musa said this at the opening of the 4th Malaysia International Palm Oil Technology Expo and Palmex 2013 here today.

The text of his speech was read by Deputy Chief Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

He said the National Innovation Agency under the Prime Minister’s Department was responsible for the success in initiating large-scale biomass manufacturing in Sabah.

Musa said the signing of the joint-venture cluster agreement between the National Innovation Agency and five major oil palm companies in Lahad Datu yesterday could be a good formula to address the challenge of accessing biomass.

“The joint-venture cluster is a breakthrough because it brought together biomass owners, buyers of raw materials, buyers of end-products and technology suppliers to unleash the economic potential of biomass,” he said.

He urged plantation and mill owners throughout the state to come froward to participate in such a model to drive the biomass processing industry forward.

Speaking to reporters later, Tan, who is also the state Industrial Development Minister, urged the oil palm millers in Sabah to move a step forward from being merely crude palm oil producers to biomass-based product producers.

He said the millers could generate more profits and extra wealth from palm oil dawnstream industries with the right technology including in biomass products.

GPMS Urges Kedah State Govt To Set Up Special Committee On Kuin

Posted: 11 Jun 2013 03:14 AM PDT

ALOR SETAR, June 11  - The Kedah chapter the Federation of Peninsular Malay Students (GPMS) urged the state government to set up a special committee to make some improvements to Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Its chairman, Shamsul Bahar Abd Rani said the committee would study and make recommendations to ensure that Kuin’s status as a state-owned higher learning institution was defended.

“GPMS will send an official memorandum for this proposal to the state government this week to seriously look into this matter and solve the problems faced by the college,” he told reporters here today.

He said GPMS also suggested that Kuin should give priority to Kedahans and experts to fill various posts including lecturers, administrators and others.

Shamsul Bahar said Kuin also should focus on specific areas like during their early years of establishment so that the college re-branding process could be generated and build its own strength.

“We do not want Kuin to offer too many courses. We want Kuin to have its own specific courses and when people talk about Kuin, they will know that Kuin is the expert in certain courses such as Islamic Studies like before,” he said.

Apart from that, he hoped that the state government could tackle the college’s RM330 million debt wisely so that it would not burden the state.

“It is hoped that other parties could come forward and help the college to solve the debt problem,” he said.

Isu Pemilihan CEC DAP Lebih Memalukan Dari Isu Dakwat Kekal PRU 13

Posted: 11 Jun 2013 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Isu dakwat kekal yang digunakan oleh Pakatan Pembangkang untuk menyerang Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak dapat mengatasi isu salah kira ketika berlansungnya pemilihan jawatankuasa tertinggi pusat (CEC)  Demoractic Action Party (DAP) yang dilihat lebih memalukan parti tersebut yang seringkali melaungkan soal ketelusan dan intergriti.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan, apa yang perlu difahami, dakwat kekal itu merupakan salah satu elemen tambahan bagi mengelak penyelewengan undi di mana sudah ada beberapa elemen keselamatan yang lain bagi tujuan tersebut.

"Dakwat kekal merupakan salah satu elemen keselamatan tambahan bagi mengelakkan penyelewengan, seperti mana yang diminta oleh pihak pembangkang. Ada beberapa lagi prosedur selain itu yang diguna pakai bagi mengelakkan penyelewengan undi.

"Jika pembangkang mendakwa dakwat kekal itu tidak kekal, dan merupakan punca penyelewengan undi, bagaimana pula kaedah keselamatan lain yang kita gunakan seperti menempatkan wakil-wakil parti politik di dalam tempat mengundi?

" Jika kita tidak menggunakan dakwat kekal sekalipun, susah bagi pengundi untuk menipu undi atau mengundi setiap kali kita mengundi, nama kita akan dipotong dari senarai SPR di hadapan wakil-wakil parti politik kedua-dua belah pihak," tegasnya.

Tegasnya, DAP cuba menggambarkan parti tersebut sebagai sebuah parti yang telus dan bebas rasuah, namun pemilihan CEC dan pendedahan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz ternyata mencemar kesucian parti tersebut.

"Ternyata penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan CEC DAP lebih teruk jika dibandingkan dengan isu dakwat kekal yang tidak konkrit. Pemilihan CEC dibantah oleh lebih 700 ahlinya sendiri.

"Di mana ketelusan DAP apabila lebih 700 ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin mereka. Hidupkah demokrasi di dalam DAP dengan apa yang berlaku hari ini?

"Sebab itu, pemimpin DAP jangan menuding jari terhadap orang lain. Betulkan diri dan parti sendiri sebelum mengkritik dan mengatakan orang lain menipu, menyeleweng dan tidak telus. Hanya penipu saja yang selalu syak orang lain juga penipu sepertinya," ujarnya. -MediaUMNO 

Pas Patut Utamakan Pandangan Dewan Ulama Mereka

Posted: 11 Jun 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Jun – Walaupun atas dasar peribadi atau kenyataan peribadi, ketokohan dan kewibawaaan yang ada pada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib seharusnya dihormati oleh ahli mereka dan bukan bersikap sebaliknya.

Dan sekiranya wajar, pandangan berkenaan perlu diambil kira sesuai dengan nama parti tersebut  sebagai Parti Islam Semalaysia, demikian pandangan  Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti Dr. Fadlan Mohd. Othman berhubung pendirian Pas dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya  13 yang dianjurkan pakatan pembangkang.

Beliau seterusnya memetik Surah Al-Anbiya' ayat 7 yang bermaksud " Dan kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat) : maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui."

Ustaz Fadhlan seterusnya menambah apabila namanya Parti Islam, sepatutnya pandangan tokoh ulama itu didengar dan perlu diambil kira sebaik mungkin.

"Dan seharusnya kedudukan ulama dalam Pas perlu diberikan kedudukan istimewa oleh ahli-ahli mereka sendiri. Seperti yang saya sebutkan di atas, sekiranya wajar ketokohan beliau itu sewajarnya perlu diambil kira walaupun kenyataan peribadi," ujarnya.

Ujar Dr Fadhlan lagi sebarang perhimpunan berhubung keputusan pilihan raya umum baru-baru ini sebenarnya boleh menjurus kepada perkara yang tidak sihat untuk masyarakat serta negara.

Nasihat beliau janganlah mana-mana pihak mempermainkan emosi rakyat dan janganlah menganggu gugat perasaan mereka kerana sepatutnya semua pihak perlu bersama membangunkan negara.

"Kita hari ini mahu sama-sama bangunkan negara. Ikutlah undang-undang yang sedia ada. sepertimana pandangan umum, gunalah saluran yang betul kerana itulah yang sebaik-baiknya," ujar beliau. -MediaUMNO

Commission Appoints Eight To Task Force To Probe Custodial Deaths

Posted: 11 Jun 2013 02:16 AM PDT

PUTRAJAYA, June 11  - The Enforcement Agency Integrity Commission today announced the appointment of eight people to sit on a special task force to investigate the standard operating procedures in two cases of custodial death.

Commission chairman Datuk Helilah Mohd Yusof said the task force was headed by herself and commissioner Datuk Seri Jacob Ridu while the director of the operations division, Ahmad Mohd Sidek, was the secretary.

She said three of the other members were the director of the policy, research and innovation division, Foon Hui Yi; the legal advisor, Eda Mazuin Abdul Rahman and an investigating officer, Mohd Nadzri Ibrahim.

“The two other people are former deputy inspector-general of police Tan Sri Mohd Jamil Johari and former president of the Malaysian Bar Council Lim Chee Wee. They were appointed to give their views based on their expertise and skills,” she told a news conference at her office.

The task force was established to investigate the SOP in the cases of the custodial death of N. Dharmendran, 32, at the Kuala Lumpur Police headquarters on May 21 and R. Jamesh, 40, at the Penang Police headquarters on May 26.

Helilah said the task force would investigate the system at the lockup, from the time a person was detained until completion of investigation, to determine the factors that could contribute to death.

“Our report is transparent so that the people are convinced and get the true picture of what actually happened,” she said.

Lapan Dilantik Anggotai Pasukan Khas Siasat SOP Kematian Dalam Lokap

Posted: 11 Jun 2013 02:07 AM PDT

PUTRAJAYA, 11 Jun – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (Suruhanjaya Integriti) hari ini mengumumkan pelantikan lapan anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam dua kes kematian semasa dalam tahanan polis.

Pengerusi Suruhanjaya, Datuk Helilah Mohd Yusof berkata pasukan petugas itu diketuai beliau serta Pesuruhjaya Suruhanjaya, Datuk Seri Jacob Ridu, manakala pengarah Bahagian Operasi, Ahmad Mohd Sidek bertindak sebagai setiausaha.

Beliau berkata tiga anggota lain terdiri daripada Pengarah Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Inovasi, Foon Hui Yi; Penasihat Undang-undang, Eda Mazuin Abdul Rahman serta seorang Pegawai Penyiasat, Mohd Nadzri Ibrahim.

“Dua lagi ialah mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Jamil Johari dan mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee. Mereka dilantik untuk memberi pandangan berdasarkan kepakaran dan kemahiran mereka,” katanya dalam satu persidangan media di pejabatnya di sini Selasa.

Pasukan petugas khas itu ditubuhkan bagi menyiasat SOP dalam kes kematian N.Dharmendran, 32, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPKL) Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas, dan R.Jamesh, 40, di IPK Pulau Pinang pada 26 Mei lepas.

Helilah berkata pasukan itu akan menyiasat sistem di dalam lokap, dari awal seseorang itu ditahan sehingga selesai, untuk melihat faktor penyumbang sehingga boleh menyebabkan kematian di dalam lokap.

“Laporan yang kita buat adalah telus supaya masyarakat yakin dan mendapat gambaran sebenar mengenai apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Hina Rasulullah Murtad Bentuk Baharu – Jamil Khir

Posted: 11 Jun 2013 01:10 AM PDT

KOTA BAHARU, 11 Jun –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan segelintir pihak menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad baharu.

Jamil Khir berkata beliau melihat perkembangan terkini itu sebagai satu perancangan berstrategi pihak yang tidak senang dengan Islam, kerana tindakan itu bukan sahaja merobek keharmonian antara kaum, malah mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

“Jangan kita menganggap perkara ini (menghina nabi) mempunyai satu dorongan daripada pihak yang bukan Islam, tapi daripada kelompok-kelompok (pihak) yang tidak senang dengan Islam.

“Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara,” katanya  selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan pada Selasa.

Sambil menegaskan pihaknya memandang berat isu itu, Jamil Khir berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak berkenaan melalui jawatankuasa pemantau yang ditubuhkan di peringkat negeri dan pusat.

“Pemantauan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti polis, Jabatan Imigresen, pejabat-pejabat agama di setiap negeri ini kita akan perkemaskan lagi. Ia bukan sahaja melibatkan penghinaan terhadap Islam, malah terhadap agama-agama lain juga,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan anasir luar dan dalam negara bertindak menggunakan laman sosial bagi menggerakkan gelombang kedua untuk memurtadkan umat Islam, selepas gelombang pertama menggunakan penyebaran risalah di tempat awam dapat dikesan.

Jakim berkata daripada pemantauan 1,000 laman web dari Januari hingga Mei lalu, 4.4 peratus atau 44 laman dikenal pasti mengandungi unsur-unsur meragukan dan 31 daripadanya telah dikenakan tindakan menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah serta Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata kerajaan telah bersetuju dengan cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaik taraf gred perkhidmatan Pegawai Tadbir Agama Daerah.

“JPA telah meluluskan berdasarkan kepada dua skim iaitu bagi kategori A di daerah-daerah terpilih, akan memiliki lima perjawatan iaitu seorang pegawai gred S48, S41 (dua orang), S32 dan S27, manakala kategori B pula akan memiliki tiga pegawai iaitu seorang pegawai S44, S27 dan S17 sebagai pembantu kumpulan sokongan di pejabat agama daerah masing-masing,” katanya.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM775 juta pada tahun ini untuk membayar gaji kepada 14,200 imam, guru kafa (34,000), guru takmir (3,600), Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (117), tidak termasuk baik pulih masjid dan membina masjid baharu.-

Runtuh : Jambatan Kedua P.Pinang Mungkin Siap Lebih Lambat

Posted: 11 Jun 2013 12:37 AM PDT

GEORGE TOWN, 11 Jun –  Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion itu mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakan runtuh Khamis lepas, namun Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata mereka akan berusaha mengikut jadual.

Pengarah Pembinaan JKSB Mohd Ashari Alias berkata pihaknya kehilangan masa kerja ekoran pemberhentian kerja-kerja pembinaan selepas lokasi kejadian diserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) untuk tujuan siasatan.

Kerja-kerja siasatan itu dijangka mengambil masa sebulan dan kami hanya boleh menyambung semula kerja selepas siasatan selesai, katanya.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 km daripadanya berada di atas permukaan air dijadual siap pada September ini, namun kini mungkin lewat selama dua bulan kepada November.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kejadian itu membabitkan Tanjakan Dua yang menghubungkan Batu Maung ke jambatan, namun kerja di tiga lagi tanjakan turut dihentikan.

Jelas beliau tiga lagi tanjakan ialah Tanjakan Satu yang menghubungkanjambatan dengan George Town, Tanjakan Tiga (jambatan ke Batu Maung) dan TanjakanEmpat (George Town ke jambatan).

JKSB merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan danditubuhkan pada 9 Julai 2008 bagi membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara jambatan itu yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau, Pulau Pinang.

BN Failkan 21 Petisyen Pilihan Raya Hari Ini

Posted: 10 Jun 2013 11:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Barisan Nasional (BN) memfailkan 21 petisyen pilihan raya di mahkamah hari ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ujarnya, walaupun pada mulanya BN merancang untuk memfailkan 50 petisyen tetapi setelah mengambil kira pelbagai faktor maka ia dikurangkan.

"Setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk bagi tujuan menjimatkan masa mahkamah dan mengelakkan perbelanjaan yang tidak munasabah, dan setelah mempertimbangkan nasihat yang diberikan oleh pasukan petugas undang-undang maka BN memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya," katanya dalam satu siaran media hari ini.

Jelasnya, BN tidak mahu membangkitkan isu-isu remeh semata-mata di mahkamah kelak.

"21 Petisyen yang difailkan ini insya-Allah mempunyai asas yang kami percaya adalah kukuh dan mempunyai merit yang wajar dipertimbangkan oleh mahkamah.

"Kami berharap dan percaya bahawa perkara-perkara ini juga dipertimbangkan oleh pihak pembangkang di dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka, dan kami harap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.

Walau apapun, tegasnya, beliau percaya benteng kerajaan yang dipimpin oleh parti BN akan kekal dan akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat

Antara asas-asas petisyen pilihan raya difailkan oleh BN adalah berkenaan dengan perbuatan rasuah oleh calon-calon pembangkang sama ada oleh dirinya atau wakil calon itu sendiri, taktik intimidasi dan menakut-nakutkan pengundi oleh pembangkang, ketidakpatuhan undang-undang oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), proses undi ditolak terutamanya yang melibatkan dakwat kekal dan kelayakan calon bertanding yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tempoh 21 hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diwartakan akan berakhir pada Rabu ini. - MediaUMNO

Tidak Boleh Sertai Sidang Dewan Rakyat Jika Tidak Angkat Sumpah – Speaker

Posted: 10 Jun 2013 11:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kesemua 222 anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagipenggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat, justeru menjadikan mereka ‘strangers of the House’.

Beliau menjelaskan mengenai Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakananggota-anggota parlimen perlu mengangkat sumpah pada hari pertama persidanganbagi satu penggal baharu itu setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat.

“Jika anda tidak (berbuat demikian), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota parlimen, Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Mengulas lanjut, Pandikar berkata mereka yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan daripada hari pertama persidangan Dewan Rakyat juga akan lucut jawatan sebagai anggota parlimen secara automatik.

Sebanyak 111 anggota parlimen menghadiri taklimat hari ini termasuk seorang anggota parlimen pembangkang Er Teck Hwa (DAP-Bakri).

Ditanya mengenai ketidakhadiran anggota parlimen pembangkang yang lain, Pandikar berkata kemungkinan mereka mempunyai hal lebih penting kerana kehadiran pada taklimat itu tidak diwajibkan.

Menyentuh mengenai urusan persidangan Dewan Rakyat, Pandikar berkata Parlimen akan memperkenalkan e-Risalat dalam semua urusan mesyuarat mulai penggal ini.

Dengan ini semua penyata rasmi mesyuarat, risalat termasuk Laporan Tahunan Badan-badan Berkanun dan agensi-agensi kerajaan akan diedarkan kepada semua anggota Parlimen dalam bentuk cakera padat (CD) dan boleh dimuat turun di laman web rasmi Parlimen, katanya.

Terdahulu dalam taklimatnya, Pandikar menasihatkan anggota parlimen supaya sentiasa menjaga tatasusila dan kesopanan ketika menyuarakan pandangan atau semasa berbahas pada persidangan.

“Walaupun pilihan raya umum dan tempoh berkempen telah berakhir, tetapi suhu politik di negara kita adalah tinggi. Malah, tiada tanda-tanda bahawa ianya akan sedikit reda. Banyak isu dan permasalah rakyat telah dibangkit dan dibincangkan melalui pelbagai saluran maklumat.

“Memandangkan perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat sering menjadi focus perbincangan rakyat di seluruh negara, anggota parlimen perlu sentiasa memelihara nilai-nilai sedemikian ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab di Parlimen,” katanya.

Pandikar berkata Parlimen juga telah memohon kepada kerajaan untuk menilai, menyemak dan mengkaji semula kadar saraan bagi anggota parlimen memandangkan kali terakhir semakan saraan dilakukan ialah pada 2004.

Pada majlis itu, Pandikar turut melancarkan e-Buku Profil Parlimen Malaysia yang diterbitkan dalam bentuk CD untuk kegunaan anggota parlimen, yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan Parlimen termasuk fungsi, tugas serta kemudahan yang boleh didapati dan digunakan di bangunan Parlimen itu.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah memberi taklimat mengenai prosedur dan perjalanan sidang Dewan Rakyat, dan Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Lamien Sawiyo menyampaikan taklimat mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di bangunan Perlimen.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT