SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, June 13, 2013

UMNO Online - “Malaysia’s Moderation Approach A Shining Example For Other Countries” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia’s Moderation Approach A Shining Example For Other Countries” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia’s Moderation Approach A Shining Example For Other Countries

Posted: 12 Jun 2013 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 12 – The moderation concept adopted by Malaysia is an example for other countries to learn how a country with a large Muslim majority operates and how its people from different culture, background and religion can live together in peace and harmony, said Dewan Negara secretary Datuk Zamani Sulaiman.

“We wish to show the outside world that as a developing country with a Muslim majority population can live together in peace and harmony through the moderation concept,” he told reporters after receiving six youth Muslim leaders from Australia who visited the Parliament, here, today under an Australia-Malaysia exchange programme by Global Movement of Moderates Foundation (GMMF).

They will be in Malaysia from June 9 to 15.

Meanwhile, vice-president of the Islamic Council of Victoria Maryum Chaudhry said the visit had allowed her to see for herself and learn how a country with a large Muslim majority operated and how the people from different culture and background can live together in peace and harmony.

“I’m going to share that (experience) back in Australia,” she said.

Another participant Yassmin Abdel Magied (she) said she viewed Malaysia as a role model for other countries as a moderate nation.

“The cultural exchange has been fantastic. To get even understanding about what is that to live in Malaysia and what is happening in the Muslim community as well as the society in general, we can gain better understanding and hopefully we can connect in a long term,” she said.

Dewan Ulama Pas Perlu Buktikan Mereka Bukan Sekadar Alat Kosmetik

Posted: 12 Jun 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun – Dewan Ulama Pas perlu keberanian bagi membuktikan pandangan mereka dihargai dan diguna pakai bukan sekadar alat kosmetik semata-mata bagi mengaburi pandangan rakyat terutama menarik sokongan orang Islam di negara ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya berkata sampai bila Dewan Ulama Pas mampu bersilat dan 'main jalan selamat' hanya kerana takut diserang rakan pakatan mereka termasuklah di kalangan pemimpin mereka sendiri yang terus diulit mimpi indah untuk ke Putrajaya.

"Isu terkini berhubung penyertaan Pas dalam perhimpunan 'Black 505' adalah petanda yang sudah terang lagi bersuluh. Ini belun lagi isu-isu sebelum ini seperti isu sokongan keselamatan Israel, isu Negara Islam dan lain-lain lagi.  Pas sebenarnya makin bercelrau.. tanyalah pengikut mereka di akar umbi..Mana satu yang akan menjadi pegangan dan ikutan. Apakah acuan Pas sekarang?," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya menambah dalam situasi ketika ini Pas dilihat akan terus berputar belit dalam pendirian sebenar mereka.

"Dewan Ulama mereka perlu ada keberanian…barulah sejajar dengan parti tersebut yang bergelar Parti Islam Semalaysia. Nanti akan tertanya-tanya nak ikut arah mana," katanya.

Beliau seterusnya menasihatkan Pas agar menjadi pembangkang yang baik kepada negara menerusi tindakan yang bijaksana serta tujuan yang betul dan bukannya terus hanyut dengan mimpi pemimpin saudagar mimpi. -MediaUMNO

UMNO Tidak Rasis, Dukung Demokrasi Tanpa Ketepikan Bangsa Lain

Posted: 12 Jun 2013 03:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Tindakan segelintir pihak yang membuat tuduhan kononnya UMNO adalah parti yang tidak demokratik adalah tidak benar kerana sejak penubuhannya hinggalah kepada kemerdekaan parti ini sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, kata veteran UMNO, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Jelasnya, UMNO adalah parti yang benar-benar demokratik walaupun ia menjadi teraju dalam kemerdekaan negara tetapi masih berkongsi kuasa dengan kaum lain yang ada di negara ini.

"Melalui pembentukan parti Perikatan, UMNO bergabung bersama MCA dan MIC walhal UMNO boleh memerintah sendiri tetapi kerana menyedari negara kita adalah negara majmuk maka ia sanggup bersama-sama berkongsi kuasa," katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau yang juga Yang Dipertua Mubarak Selangor, bagi memastikan semua masyarakat di negara ini mendapat pembelaan UMNO tidak pernah mengenepikan kaum lain dan sistem ini tetap subur sejak dari pilihan raya pertama hinggalah ke hari ini.

"Dengan apa yang berlaku sejak dari penubuhan UMNO pada 1946 dan kemudiannya membawa kepada kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, tidak ada satu pun unsur-unsur rasis yang diterapkan sebagaimana tuduhan segelintir pihak terhadap UMNO.

"UMNO akan terus teguh dengan tujuan dan asas penubuhannya tetapi dengan dalam masa yang sama menjadi payung kepada kaum-kaum lain juga," katanya.

Terang beliau yang telah menyertai UMNO sejak tahun 1957 lagi, menjadi lumrah untuk UMNO mempelopori perjuangan membela nasib orang Melayu kerana kaum itu paling ramai dalam Malaysia dan kebetulan pula Melayu masih lagi kekurangan dalam pelbagai bidang berbanding kaum-kaum lain.

“Sebagai negara yang mengamalkan prinsip demokrasi kita memberi kebebasan kepada semua kaum dalam pelbagai aspek dengan sama-sama berusaha memastikan kesejahteraan dan pembangunan negara terus berjalan."

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini yang menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka - MediaUMNO

Langkah Pantau CCTV 24 Jam Dapat Bendung Kes Tahanan Mati

Posted: 12 Jun 2013 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Langkah polis untuk menugaskan pegawainya memantau rapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam lokap akan dapat membendung kes kematian tahanan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, pemantauan secara 24 jam itu adalah langkah bijak untuk memastikan kes kematian tahanan seperti yang berlaku di beberapa lokap polis sebelum ini tidak berulang.

“Ini adalah arahan yang baik tetapi kita harus pastikan bahawa arahan ini dapat dilaksana secara berkesan…sebab saya rasa apa yang berlaku dalam isu ini amat serius dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berhubung langkah itu.

Lee berkata, penugasan itu juga adalah satu-satunya cara untuk polis meraih semua kepercayaan masyarakat dalam mengendalikan tahanan lokap.

“Mereka ada asas untuk membuat tangkapan dan tahanan tetapi orang tahanan ini haruslah dijaga dengan baik juga berdasarkan hak asasinya supaya tidak timbul isu kononnya polis memukul tahanan dan sebagainya,” kata beliau.

Presiden Yayasan Pengaman Malaysia yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samshuri Arshad pula berkata, apa jua tindakan dan peraturan yang boleh meningkatkan penyeliaan tugas-tugas polis di dalam penyiasatan salah laku adalah dialu-dialukan.

“Ini untuk meningkatkan keyakinan awam dan professionalisme pasukan itu di mata masyarakat,” katanya.

Hanya Mahkamah Boleh Putuskan Pilihan Raya Diadakan Semula Atau Tidak

Posted: 12 Jun 2013 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Hanya mahkamah boleh memutuskan sama ada perlu diadakan pilihan raya semula bagi kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Proses ini tidak hanya tamat di mahkamah tinggi kerana mereka juga boleh membuat rayuan di mahkamah persekutuan dan keputusan itu adalah muktamad,” katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah radio Nasional FM di Angkasapuri di sini, Rabu.

Menurut Abdul Aziz, proses di mahkamah itu akan membuktikan sama ada SPR melanggar peraturan pilihan raya atau pembangkang sekadar membuat tuduhan untuk menjatuhkan kredibiliti badan berkenaan.

Katanya, apabila mahkamah berkenaan memutuskan ada keputusan kerusi parlimenatau dewan undangan negeri yang tidak sah atau batal, dan pilihan raya perlu diadakan semula, maka SPR akan melaksanakannya.

“Buat masa ini, SPR tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan supaya pilihan raya diadakan semula kerana desakan sesetengah pihak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR belum dapat mengenal pasti jumlah petisyen yang difailkan oleh calon parti-parti politik berhubung proses dan keputusan pilihan raya umum lepas.

“Sehingga lewat petang semalam (Selasa( tidak ada satu pun yang disampaikan kepada SPR walaupun dalam laporan media menyatakan bilangan tertentu,” katanya.

Menurutnya, mahkamah mempunyai 15 hari untuk menyemak petisyen tersebut.

Mengulas mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memboikot sidang Parlimen yang akan bermula 24 Jun ini, beliau berkata, parti itu perlu berhenti daripada mengingkari peraturan yang ditetapkan Parlimen.

“Jika tidak angkat sumpah tidak boleh masuk bersidang, kalau tak mahu (angkat sumpah) apa jadi sampai 6 bulan?” katanya.

Govt Step Up Efforts To Increase Financial Literacy Among Malaysians

Posted: 12 Jun 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 12 – The government will step up efforts to increase the financial literacy among Malaysians in order to help them tap into the capital market and achieve their investment goals, says Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan.

He said a number of investors’ education programmes were currently underway including the Securities Commission’s (SC) “National Smart Investment Campaign” which was held between October 2012 and March 2013 which reached close to six million new and potential investors.

“These are all initiatives to widen the financial and investment literacy of the rakyat, so that they can also benefit from the growing capital market,” he told reporters after a visit to the SC headquarters here today.

Financial literacy is crucial for the public to avoid them from dealing with attractive investment or financial scheme but which are illegal.

He pointed out that 19,000 investors had become victims of the investment scam, Swiss Cash.

Meanwhile, Ahmad said Malaysia’s capital market continued to play a key role in financing the domestic economy with a record amount of RM146 billion in funds raised last year.

“A substantial amount of capital has been channelled to finance the expansion of domestic economic activities.

“These include projects under the Economic Transformation Programme, which in turn has benefited the people on the ground,” he said.

Earlier, Ahmad said the SC’s commitment to investor protection remained steadfast with its continued efforts to not only conduct investors education roadshows but also to improve the country’s corporate governance framework.

He expressed confidence that the SC, which is celebrating 20 years of establishment, can put the country’s capital market to a higher level after putting in place a solid foundation through the two Capital Market Masterplans.

“Malaysia has consistently been ranked fourth for investor protection in the World Bank’s ‘Doing Business Report’,” he said.

Boikot Dewan Rakyat : Perangai Taraf Budak-budak

Posted: 12 Jun 2013 01:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun – Tindakan pembangkang ingin memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 jun ini bukan sahaja menghina sistem demokarasi  yang telah diamalkan sejak merdeka, sebaliknya mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad menyifat apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang itu sebagai kebudak-budakan dan menjadi kan perkara itu sebagai isu menunjukkan aras tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya lalu.

"Tidak perlu memboikot, letak sahaja jawatan termasuk jawatan menteri besar dan ketua menteri yang mereka pegang di negeri yang mereka menangi  jika masih tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, tak perlulah mengugut mana-mana pihak macam budak-budak.

"Mereka yang ingin membuat sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan amanah terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, apakah mereka ini layak untuk dipanggil wakil rakyat apabila lebih mengutamakan kepentingan lain daripada mandat yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas tindakan segelintir pembangkang yang ingin memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat kerana  tidak berpuas hati dengan keputusan PRU 13 serta tuntutan yang tidak dipenuhi.

Menurutnya, pembangkang perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan amanah serta kepercayaan yang diberikan kerana mereka telah dipilih untuk membela nasib pengundi yang memilih mereka.

"Sikap yang dilakukan oleh pembangkang itu tidak membawa sebarang kebaikan, malah yang rugi adalah rakyat apabila orang dipilih tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

"Selain itu, apa yang cuba dilakukan pembangkang itu adalah untuk mencemarkan nama baik negara ini dan sudah menjadi tabiat mereka sejak dahulu yang sengaja ingin memburuk-burukkan negara dalam apa sahaja isu untuk mendapat perhatian negara luar,"katanya.

Normala berkata, pembangkang boleh menggunakan Dewan Rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan mereka bukannya melakukan suatu tindakan bodoh yang akhirnya bukan sahaja merugikan mereka tetapi rakyat dan negara. -MediaUMNO

Pahang SKMM To Investigate Seditous Remarks On Social Media Sites During GE13 – Exco

Posted: 12 Jun 2013 12:48 AM PDT

KUANTAN, June 12 – The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will immediately investigate complaints on statements containing elements of sedition and defamation in the social media sites during the 13th general election (GE13).

State Women and Family Development, Communication and Multimedia Committee chairman Datuk Shahaniza Shamsuddin said SKMM received many complaints concerning seditious and defamatory statements in the social media sites during GE13.

At the same time, she praised SKMM for detaining a woman in an investigation on a case of insulting the Yang di-Pertuan Agong in her Facebook (FB).

“I feel it was a very good move to remind users of social media sites to be more careful and not arbitrarily make a posting,” she said.

She said this when met by reporters after a working visit to agencies and departments under her portfolio at Radio Television Malaysia (RTM) Pahang here today.

The Kuala Sentul State Assemblywoman also visited SKMM and the Special Affairs Depertment to listen to views of the relevant groups on how to improve the multimedia communication system in the state.

Shahaniza said she agreed with the suggestion of certain parties for controls to be put up in using facilities on the social media sites.

She said, SKMM would launch a ‘Click Wisely’ campaign on June 29 to explain on how to avoid from inciting, using bad word and from being trapped in cyber crimes.

SPR Tidak Akan Tunduk Desakan Pihak Tertentu Letak Jawatan

Posted: 12 Jun 2013 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun –  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

“Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang,” katanya selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah…buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat,” katanya.

Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

“Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal,” katanya.

Beliau juga berkata tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

“Buktikan melalui undang-undang…jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.

Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai, katanya.

“Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini,” katanya.

Beliau berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Beliau berkata SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibahas dan dilulus.

Pembangkang Lebih Ghairah Main Politik Sempit Tanpa Henti

Posted: 11 Jun 2013 09:27 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun – Sudah sebulan Pilihan Raya Umum ke 13 berlalu, Barisan Nasional sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan dan pentadbiran negara untuk tempoh lima tahun lagi, namun pembangkang tidak dapat menerima kenyataan impian mereka untuk menawan Putrajaya tidak tercapai.

Jika sebelum pilihan raya, mereka begitu yakin dapat menawan Putrajaya, tetapi apabila rakyat masih terus memberi kepercayaan kepada BN, pelbagai alasan dicipta termasuk untuk menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan pelbagai pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Borhan menyifatkan apa yang dilakukan itu menunjukkan pembangkang hanya berminat untuk mengejar publisti murahan dan bermain politik sempit sepanjang masa bukannya untuk berkhidmat selepas dipilih oleh rakyat.

"Mereka seharusnya menerima apa jua keputusan pada pilihan raya lalu, bukannya untuk mencari kesalahan, rakyat sudah membuat pilihan, proses pilihan raya sudah dijalankan dengan baik malah turut mendapat pujian daripada pelbagai pihak yang memantau proses itu dijalankan.

"Beberapa perubahan yang dicadangkan oleh pembangkang sudah diguna pakai dalam pilihan raya itu, mengapa masih lagi tidak berpuas hati, ini menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada menunaikan tanggungjawab dan amanah serta kepercayaan rakyat.

"Sepatutnya sekarang masa untuk bekerja , bukan untuk terus berpolitik, rakyat sudah memberi kepercayaan dengan memilih wakil rakyat yang mereka kehendaki dan mengharapakan perkhidmatan yang dijanjikan ketika pilihan raya lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online berhubung tindakan yang tidak henti-henti  menyatakan pilihan raya lalu sebagai tidak betul dan mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara dan yang terbaru mereka ingin memboikot persidangan Dewan Rakyat.

Halimaton yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang berkata, pembangkang sepatutnya mengemukakan ketidak puasan terhadap pilihan raya lalu melalui saluran yang ditetapkan bukannya mengajak rakyat untuk terus bersama mereka berhimpun membantah apa yang telah diputuskan.

"Sampai bila kita harus terus begini, masih banyak kerja yang perlu dilaksana oleh mereka yang telah diipilih sebagai wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang, kita tidak harus sebegini kerana bukan sahaja merugikan rakyat malah negara terutama di kaca mata negara luar.

"Apa yang dilakukan oleh pembangkang itu menunjukkan mereka sebenarnya ingin menunjukkan kepada negara luar kononnya rakyat tidak berpuas hati, sedangkan mereka yang menyertainya adalah segelintir sahaja bukannya keseluruhan rakyat negara ini.

"Tetapi apa yang jelas, pembangkang sebenarnya ingin menutup kegagalan mereka dengan mengadakan perhimpunan dan bantahan, mereka lebih suka mendapatkan perhatian daripada menjalankan tugas yang diberi, mereka lebih suka kepada publisti daripada menunaikan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Menurutnya . apa yang berlaku ini hanya membabitkan segelintir pemimpin pembangkang yang kecewa apabila impian mereka tidak tercapai terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan pemimpin parti pembangkang lain tidak bersetuju apa yang dilakukan kumpulan terbabit. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT