SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, June 18, 2013

UMNO Online - “Dr Mahathir Sokong Tiada Pertandingan Dua Jawatan Tertinggi UMNO” plus 9 more

UMNO Online - “Dr Mahathir Sokong Tiada Pertandingan Dua Jawatan Tertinggi UMNO” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dr Mahathir Sokong Tiada Pertandingan Dua Jawatan Tertinggi UMNO

Posted: 17 Jun 2013 05:13 AM PDT

PUTRAJAYA,  17 Jun – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.

Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam UMNO dan juga orang Melayu.

“Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan UMNO berpecah lagi.

“Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.

“Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden UMNO) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain… Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Mahathir sebelum itu melancarkan buku ‘The Prisoners Diaries’ yang disunting oleh Puan Sri Norma Hashim daripada Viva Palestina Malaysia.

Buku setebal 125 muka surat itu dihasilkan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Centre for Political & Development Studies di Gaza, menceritakan pengalaman banduan Palestin di penjara Israel.

Buku itu dijual dengan harga RM20 dan semua keuntungan daripada jualan akan diguna untuk membiayai projek kewartawanan dalam kalangan rakyat di Gaza.

Sementara itu, Dr Mahathir melahirkan kekecewaan apabila kuasa-kuasa besar yang lantang menyuarakan keadilan dan pemerintahan mengikut kedaulatan undang-undang “menghalalkan” tindakan Israel memenjara rakyat Palestin untuk ditukar sebagai tebusan jika askar Yahudi ditahan di Palestin.

“Israel merupakan satu-satu negara di dunia yang menahan rakyat musuh untuk pertukaran tebusan

“Lima ratus banduan Palestin yang ditahan akan digunakan sebagai pertukaran untuk seorang askar yang ditahan di Palestin,” katanya.

Dr Mahathir juga mengecam tindakan Israel yang sewenang-wenang melakukan apa sahaja termasuk melancarkan serangan di perairan antarabangsa dengan hanya alasan “bertindak atas kepentingan keselamatan”.

“Semuanya pasal keselamatan Israel, seolah-olah keselamatan orang lain tak penting… Inilah ketidakadilan yang berlaku tetapi ia dihalalkan negara-negara yang lantang menyuarakan keadilan,” katanya.

Kerajaan Jalankan Kajian ‘Suara Hati Johor’ Peroleh Maklum Balas Rakyat

Posted: 17 Jun 2013 03:08 AM PDT

NUSAJAYA, 17 Jun –  Kerajaan Johor pada Isnin memulakan inisiatif baharu bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyatnya melalui kajian yang dikenali sebagai ‘Suara Hati Johor’.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian selama tiga bulan itu akan dilaksanakan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menyasarkan kira-kira 8,000 responden.

Katanya, kajian itu bagi membolehkan kerajaan membuat tindakan seperti menggubal dasar berpandukan kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat dengan tema ‘Merakyatkan Kerajaan’.

“Bagi merealisasikan aspirasi ini, kerajaan menjalankan satu kajian melibatkan rakyat terhadap 100 hari pentadbiran saya sebagai Menteri Besar.

“Kajian ini dilihat sebagai satu wadah bagi memperkasa dan memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan menyeluruh ke arah pembentukan Negeri Johor Maju menjelang tahun 2020,” katanya pada sidang akhbar di Kota Iskandar, di sini, Isnin.

Objektif utama kajian itu adalah mengetahui beberapa indikator berkaitan permasalahan rakyat, mengenal pasti isu utama dihadapi rakyat dan mencadang dasar yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

Penyelidikan itu akan menggunakan dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif melalui kajian di lapangan dan laman web, katanya.

Beliau berkata, kajian itu diharap dapat menghasilkan hasil berguna untuk dijadikan dasar yang akan dilaksanakan kerajaan negeri.

Mohamed Khaled yakin akan keprihatinan rakyat Johor terhadap dasar kerajaan, mengalu-alukan penglibatan mereka dalam kajian tersebut yang akan dijalankan secara jujur, rasional, terbuka serta berterus-terang.

Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu boleh melayari http://surveys.suarahatijohor.com/s3/.

Norza Dilepaskan Daripada Tindakan Disiplin UMNO, Hak Dikembalikan

Posted: 17 Jun 2013 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun –  Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohamad Norza Zakaria, yang dibebaskan mahkamah daripada tuduhan rasuah berkaitan pemilihan UMNO pada 2009, telah dilepaskan daripada tindakan disiplin UMNO.

Mohamad Norza berkata beliau dimaklumkan mengenai pelepasannya daripada tindakan disiplin parti pada 29 Mei lepas melalui sepucuk surat yang diterima daripada Ibu Pejabat UMNO pada 12 Jun.

Dengan pelepasan daripada hukuman, hak kelayakannya sebagai ahli parti untuk memilih, dipilih dan dilantik bagi sebarang jawatan dalam parti itu kini dikembalikan kepadanya.

Tindakan disiplin dikuatkuasakan kepadanya pada 13 Mac 2009, hari yang sama beliau menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang atas dua tuduhan rasuah melibatkan RM3,400 untuk memenangi jawatan pada pemilihan Umno.

Bagaimanapun pada 17 Jun 2010, Mahkamah Sesyen di Temerloh melepas dan membebaskan beliau daripada tuduhan rasuah selepas saksi-saksi yang dikemukakan sebelum ini berpaling tadah.

Dalam sidang media di sini, pada Isnin Mohamad Norza meluahkan kesyukuran atas keputusan itu dan menganggap musibah yang menimpa dirinya itu sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu tindakan dalam dunia politik.

“Hari ini doa saya untuk lihat penutupan pada episod hitam dalam hidup saya telah berakhir dan hari ini membuktikan saya tidak bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO dan tidak terlibat dalam politik wang,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan beliau dalam pemilihan parti tahun ini berikutan pelepasan itu, Mohamad Norza berkata beliau masih belum mempunyai perancangan khusus setakat ini.

“Saya harus menimbang dengan sebaik-baiknya kerana pengalaman lepas telah beri saya pengajaran. Saya akan jumpa dengan pemimpin-pemimpin tertentu dan rakan-rakan di Wilayah Persekutuan untuk melihat dan mendengar pandangan daripada mereka,” katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang turut hadir pada sidang media itu meminta seluruh kepimpinan UMNO memberi peluang kepada Mohamad Norza untuk bergiat aktif kembali dalam politik khususnya UMNO di Wilayah Persekutuan.

Syed Ali menyifatkan Mohamad Norza, yang juga bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu, sebagai pemimpin yang setia pada parti dan mempunyai daya tahan yang tinggi biarpun berhadapan dengan tindakan disiplin daripada UMNO.

“Ada pemimpin yang ada jawatan pun tinggalkan parti, tidak setia pada parti, ada pemimpin yang dapat macam-macam pun sudah berhenti tinggalkan parti,” katanya

Gerak Kerja Pemilihan UMNO Transformasi Mantapkan Parti

Posted: 17 Jun 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kesungguhan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah agama, bangsa dan negara terbukti sebagaimana manifestasi perubahan dalam pemilihan parti yang mula digerakkan sekarang.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menegaskan bahawa langkah transformasi UMNO adalah memberi peluang kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk terlibat sepenuhnya dalam menentukan pemimpin atasan.

"Kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang mempunyai struktur dan organisasi mantap telah direalisasikan melalui perubahan untuk lebih demokratik dalam pemilihan iaitu daripada sekitar 2,400 perwakilan kepada hampir 150,000 ahlinya untuk memilih pemimpin parti," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, biarpun UMNO telah berusia 67 tahun tetapi ia sentiasa kekal relevan dengan melakukan perubahan sebagaimana perubahan masa yang ada.

"UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai sokongan kuat dari akar umbi dan kekuatan inilah yang menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan pada pilihan raya lalu iaitu meningkatkan jumlah kerusinya daripada 79 kepada 88 kerusi.

"Dengan sokongan daripada akar umbi ini, pemilihan yang akan melibatkan mereka secara langsung juga akan memberi impak positif dalam menyediakan sebuah landskap politik baru kepada generasi pelapis."

Ujar beliau, golongan muda akan melihat konsep demokrasi yang lebih meluas diaplikasikan melalui perubahan UMNO dengan semua lapisan masyarakat mempunyai ruang dan peluang menentukan siapakah bakal pemimpin mereka nanti.

"Berdasarkan keadaan dan perkembangan terkini dapat dilihat bahawa UMNO benar-benar menterjemahkan perubahan dan bilangan pemilih yang terlibat menunjukkan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada apa yang pernah dilalui dalam pemilihan sebelum ini akan dilaksanakan.

"Jika kita mahu UMNO kekal maka kita mesti sayang pada UMNO, kita kenal parti yang mendukung perjuangan Melayu dan menghayati sepenuhnya asas dan tujuan parti ditubuhkan lantas melaksanakan transformasi berdasarkan acuan untuk generasi pelapis."

Siri jelajah penerangan berkaitan pemilihan UMNO ke tiap-tiap negeri telah berlangsung bermula Sabtu lalu dan dijangka akan berakhir penghujung bulan ini sementara Majlis Tertinggi telah menetapkan Persidangan Cawangan bermula pada 15 Julai 2013 sehingga 31 Ogos 2013.

Pemilihan peringkat Cawangan masih dilakukan seperti kebiasaan dan tiada sebarang perubahan mengikut Perlembagaan UMNO dan Peraturan Persidangan yang telah ditetapkan.

Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. – MediaUMNO

PAS’ Claim Against Umno On Drug Bait, Slanderous To Tarnish Umno’s Image – Nozula

Posted: 17 Jun 2013 02:25 AM PDT

KOTA BAHARU, June 17  - A PAS state government backbencher’s claim that Umno and Barisan Nasional (BN) had resorted to giving “pil kuda” (methamphetamine) and liquor to individuals to entice them to work for and support the party during the recent general election, has been described as slanderous to tarnish Kelantan Umno’s image.

Opposition leader in the state assembly, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) said it was preposterous and crazy to say that Umno hired those involved in  drugs to work for it as “drugs are our enemy and we want to stamp out drug abuse”.

“I see that PAS leaders are slandering us to give us a bad image in the eyes of the public so that they will continue to reject Umno,” he told reporters during a rest break of the state assembly sitting, here, today.

Earlier, the debate on the motion of thanks for the Kelantan Sultan’s opening speech became heated when Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) alleged that BN had given “pil kuda” and liqour to its party workers, causing Nozula to stand up and object to the allegation.

Nozula said PAS simply made the wild accusation as it wanted to play on the  people’s sentiments, especially of Kelantanese youths living outside the state, so that they would continue to support PAS.

"That is why they (PAS) have also often told these people that the federal government has been marginalising Kelantanese.

“However, they didn’t tell them the various forms of assistance given by the federal government to the state government like salary payment for state government staff and allocations to solve the water supply problem.

“We want the Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) to bring about transformation to benefit the rakyat (people), not like his predecessor (Datuk Nik Aziz Nik Mat) who was always seen to ‘melempar batu, tapi sembunyi tangan (throw a stone but hide the hand,” he added.

Home Ministry To Reduce Foreign Detainees In Prisons – Ahmad Zahid

Posted: 17 Jun 2013 02:21 AM PDT

NIBONG TEBAL, June 17 – The Home Ministry is working out ways to reduce the number of foreign detainees in prisons, including by prisoner exchanges, Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said today.

He noted that 29.4 percent of the 39,144 prisoners nationwide were foreigners and the cost of funding them at RM35.00 daily could be better used for citizens.

“The government’s daily cost for keeping them in prison is about RM35.00 per person and this is a big amount,” he told reporters after the Penang Yang DiPertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas opened the Seberang Perai Prison, here today.

He added that most of the foreign detainees’ offences were overstaying or not having valid work permits.

Prisoner exchange discussions with Thailand were at the final stage and would later be expanded to Indonesia, he said.

Meanwhile, Ahmad Zahid said a large percentage of local convicts were in prison for drug offences.

He urged all parties concerned, including government agencies, non-government organisations and local communities to work together for the prevention and rehabilitation of drug offenders.

“The Prison Department’s KPI (Key Performance Index) for reducing the rate of recidivism is to maintain it at below 10 percent,” he said.

As of June this year, the Department has achieved a KPI of 7.97, he said.

Pembangkang “Depan Cakap Lain, Belakang Buat Lain”

Posted: 17 Jun 2013 02:14 AM PDT

LABUAN, 17 Jun – Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli berkata keputusan pakatan pembangkang yang akhirnya membatalkan tindakan yang kononnya akan memboikot upacara majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen memperlihatkan pembangkang sekali lagi bermain sandiwara.

Justeru beliau menyifatkan tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang masih ghairah untuk mengadakan perhimpunan haram 505 tidak lebih sekadar satu usaha untuk perbodohkan para penguikut mereka.

"Perhimpunan 505 adalah satu strategi mengelirukan penyokong mereka  atau dalam bahasa kasarnya ahli-ahli parti mereka. Ini semua hanyalah satu sandiwara mereka untuk menutup kegagalan dan harapan palsu yang diberikan sebelum ini kononnya mereka mampu menguasai Putrajaya.

"Mereka tidak mahu rakyat terutama penyokong mereka nampak kenyataan sebenar bahawa apa yang mereka laungkan selama ini terutama menjelang PRU 13 baru-baru ini hanyalah propaganda palsu.  Maka untuk menutup malu mereka mencipta pelbagai alasan dan fitnah terhadap SPR dan kerajaan BN", katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau lagi  sekiranya benar segala dakwaan mereka contohnya PRU-13 tidak telus, berlaku penipuan dan sebagainya maka kenapa pembangkang setuju untuk angkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat dan menerima negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sebagai negeri tawanan mereka.

Maka sudah jelas tambahnya lagi  bahawa pembangkang hanya memperalatkan penyokong mereka untuk mencapai agenda peribadi.

"Kita yakin rakyat makin tahu bahawa pakatan pembangkang hanya hidup atas sandiwara yang mereka mainkan. Malah tindak tanduk mereka ternyata berputar belit bak kata bidalan depan cakap lain, belakang buat lain", ujarnya. - MediaUMNO

Only RM2.6 Million Collected So Far From Public To Build RM2 Billion People’s Highway

Posted: 17 Jun 2013 12:57 AM PDT

KOTA BAHARU, June 17  - A sum of RM2.6 million has been collected from the public until May this year to build a people’s highway between Kota Baharu and Kuala Krai, estimated to cost RM2 billion.

State Infrastructure, Utilities and Information Technology Committee chairman Hanifa Ahmad said today that the Kelantan government was confident of collecting RM50 million soon for the project.

“This is because we believe that not only the people of Kelantan will assist us but all Malaysians. We have also been informed that a donor from an Arab country will also contribute,” he added in reply to a question from Mohd Fauzi Abdullah (Pas-Manek Urai) at the state assembly sitting, here.

Hanifa said the first package of the project involving 29 kilometres from Machang to Kuala Krai would commence next month.

To a question from Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor), Hanifa said the first phase was expected to be completed within three years.

He also said that the state government was willing to cooperate with the federal government in building the 73km people’s highway.

The Kelantan government had in May last year, launched the project estimated to cost RM2 billion, which would be collected through public donations.

Meanwhile, the state government denied that it had taken away customary land of the Orang Asli to implement the Ladang Rakyat project in the state.

In reply to a question from Ab Aziz Yusoff (BN-Nenggiri), Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob said the 25,000 hectares of land involved were actually state land located close to the Orang Asli settlement.

Penebat Kilat Runtuh : Pemuda UMNO Puji Kecekapan Pasukan Penyelamat

Posted: 17 Jun 2013 12:54 AM PDT

GEORGE TOWN, 17 Jun – Pemuda UMNO Pulau Pinang memuji kecekapan pasukan mencari dan menyelamat ketika melaksanakan tugas mereka dalam kejadian penebat kilat runtuh di Jalan Macalister, di sini Khamis lepas.

Ketuanya Dr Shaikh Hussein Mydin berkata mereka yang meliputi anggota bomba dan penyelamat, polis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan pekerja binaan telah melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan piawaian kerja yang ditetapkan.

“Justeru tidak adil sekiranya (ada) kata pasukan mencari dan menyelamat ini lambat buat kerja, beri mereka ruang untuk menyiapkan semua kerja mereka,” katanya selepas meninjau kawasan kejadian, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng mendakwa pasukan mencari dan menyelamat terbabit lambat dalam menjalankan kerja-kerja terbabit.

Mengulas lanjut, Shaikh Hussein berkata setiap perkara yang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat dilaksana dengan mengambil kira pelbagai aspek bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pada Khamis lepas, penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO  di Jalan Macalister di sini, runtuh dan menghempap jalan serta beberapa kenderaan, susulan kejadian angin kencang.

Insiden pukul 6.45 petang itu turut mengorbankan Jahir Sulaiman, 46, selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap struktur binaan penebat tersebut.

Selain itu, seorang lagi mangsa Lim Chin Aik, 44, juga dikhuatiri maut dalam kejadian berkenaan selepas polis menemui casis kereta yang terbenam di kawasan runtuhan sepadan dengan kereta milik penjual nasi lemak terbabit.

Usaha mencari dan mengesan Lim dihentikan hari ini selepas pihak berkuasa khuatir operasi menggali di kawasan itu akan menjejaskan struktur bangunan lain memandangkan keadaan tanah yang lembut dan mudah mendap.

Lim yang memandu kereta jenis Honda City dilapor tidak kembali ke rumahnya sejak keluar untuk menjemput anaknya di sekolah pada petang hari kejadian.

Gerakan Kedah Minta Guan Eng Perjelas Isu Air Mentah

Posted: 17 Jun 2013 12:50 AM PDT

ALOR SETAR, 17 Jun –  Pemuda Gerakan Kedah pada Isnin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memperjelaskan kedudukan sebenar isu caj bekalan air mentah antara Kedah dan Pulau Pinang kepada rakyat.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata ini kerana kenyataan Lim membayangkan Pulau Pinang terpaksa membayar harga air mentah yang dibekalkan Kedah selepas kerajaan negerinya diambil alih Barisan Nasional (BN).

“Guan Eng dah buat rakyat Pulau Pinang keliru kerana seolah-olah cadangan untuk mengenakan bayaran untuk air mentah ini datangnya dari kepimpinan BN, sekali gus menyebabkan rakyat tidak puas hati dan marah terhadap BN,” katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Tan, isu caj bekalan air mentah kepada Pulau Pinang itu diusul pada pembentangan belanjawan 2013 Kedah ketika negeri berkenaan masih ditadbir pakatan pembangkang.

Katanya Menteri Besar Kedah ketika itu Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga menyatakan perbincangan mengenai caj tersebut sedang berlangsung antara kedua-dua negeri.

“Kita harap kerajaan Pulau Pinang akan berterus-terang mengenai isu jualan air mentah ini dan tidak mengelirukan rakyat tentang asal-usul cadangan tersebut,” katanya.

Beliau turut menyarankan isu itu dibawa sebagai usul di Parlimen oleh anggota parlimen yang berkenaan sebagai langkah menjaga hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang.

“Kalau Parlimen kata boleh jual, kita jual, kalau kata tidak kita kenalah ikut arahan yang Parlimen keluarkan, dengan cara ini barulah masalah ini akan selesai,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid dilapor berkata sudah sampai masanya isu caj bekalan air mentah yang disalur dari Sungai Muda di Kedah ke Pulau Pinang itu dibincangkan, namun dalam kenyataan balasnya Lim berkata tidak ada sesiapa boleh menuntut pembayaran tersebut.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT