SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, June 10, 2013

UMNO Online - “Rakyat Perlu Inklusif Bukan Eksklusif – Najib” plus 7 more

UMNO Online - “Rakyat Perlu Inklusif Bukan Eksklusif – Najib” plus 7 more

Link to UMNO Online

Rakyat Perlu Inklusif Bukan Eksklusif – Najib

Posted: 09 Jun 2013 03:19 AM PDT

SELANGAU (Sarawak) 9 Jun – Rakyat di seluruh pelosok negara digesa agar bersikap inklusif bukan eksklusif dalam semangat keberkesamaan di bawah payung 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, menerusi pendekatan seumpama itu, negara akan kekal menjadi kuat sebagaimana Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang berfungsi di bawah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Kalau kita bersikap inklusif sama ada kita daripada etnik besar, minoriti ataupun kecil sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman kita semua mesti merasai semangat keberkesamaan.

“Kita semua mesti merasai bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk kita dan akan terus memperjuangkan untung nasib kita dan rakyat Malaysia akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama di bawah kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada majlis Ngabang Gawai di Rumah Panjang Jangit, Tamin, kira-kira 60km dari Sibu.

Majlis itu turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga anggota Parlimen Selangau dan tuai rumah panjang itu.

Mukhriz : Kedah To Reserve Exco Seat For MCA Until Year End

Posted: 09 Jun 2013 03:13 AM PDT

ALOR  Star, 9 Jun – Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir is willing to reserve the additional seat in his state cabinet for one of the two MCA assemblyman until end of this year.

He said the state government would wait for MCA to rescind its decision on “no goverment posts” stand for another six months before appointing the tenth state executive councillor.

In the meantime, the post of state executive councillor (exco) in charge of State Environment, Chinese Community Affairs, Health and Unity portfolio remain vacant.
“We will wait until end of this year for MCA to decide whether or not to accept the post.
“Until then, I will help to oversee the matters related to the portfolio reserved for the MCA assemblyman with the assistance of eight other state executive councillors,” he said when met at his office in Wisma Darulaman here today.
He was asked to comment on MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s statement on the party’s decision not to accept any government or political posts following its dismal performance in the country’s recently concluded 13th general election.
According to Chua, the party required to hold an extraordinary general meeting (EGM) or wait for its annual general meeting, slated for Dec 21, to decide if it wanted to lift its resolution.
Mukhriz stressed that he would not seek assistance from Sultan of Kedah Council of Regency in appointing an MCA assemblyman as state exco if the party insist on rejecting the post.
“State government is looking forward to have a Chinese representative, who can understand the needs and interest of Chinese community better, in the state cabinet.
“However, we will respect MCA’s stand if the party decided otherwise after the party’s annual general meeting in December,” he said.
Earlier, Mukhriz received a courtesy visit from Agriculture and Agro-based Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at his office.
In the visit, Mukhriz discussed proposals and plans to develop agriculture and agro-based industry in the state with the minister.
Among the plans discussed is to carry out revenue-generating activities on the high-value land and padi field which could not yield crops to develop the state and improve the people livelihood.
“State government will discuss further on the matter with Muda Agriculture Development Authorities (MADA) and state Economic Planning Unit (UPEN).
“We will seek MADA’s assistance to identify the potential land in the state which could be developed,” he said.

Identiti Individu Hina Nabi Dikenal Pasti – Ahmad Shabery

Posted: 09 Jun 2013 02:59 AM PDT

KEMAMAN, 9 Jun – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

“Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini,” katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Jumaat lalu, dua akaun Facebook menggunakan nama ‘Calvin Gani’ dan ‘Rakyat Anarki’ mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata, langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

“Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab…cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.

“Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat…..mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya,” katanya.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan.

DOSH Probe Now On Full Swing

Posted: 09 Jun 2013 02:12 AM PDT

BAYAN LEPAS, June 9 – The Department of Occupational Safety and Health’s (Dosh) investigation is now on full swing following the calling off the search and rescue operation of the collapsed Second Penang Bridge ramp at Batu Maung on Saturday.

State Dosh director Mohd Anuar Embi said a team of 13 men from his department had been deployed to the scene since Thursday to carry out thorough investigation into the incident.
“The team, comprising of three forensics from Putrajaya and senior officers from Penang will look into factors contributing to the collapse, worker competency, management of contractors and whether proper work procedures were adhered,” he said in a press conference at the scene today.
In the 7.15pm incident, three people were injured while one is feared dead after a 30-m wide ramp of the under-construction Second Penang Bridge in Batu Maung collapsed on Thursday.

Johor Kumpul Dana RM23 Juta Untuk Ambil Balik Tanah Di Senibong

Posted: 09 Jun 2013 01:59 AM PDT

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Kerajaan negeri Johor melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta bagi pengambilan balik tanah seluas 14 hektar di kawasan Senibong daripada syarikat Tebrau Teguh Berhad.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini bagi menunaikan janji kerajaan negeri di bawah bekas Menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini untuk memberikan hakmilik tanah kepada penduduk Kampung Senibong.

“Kerajaan memang sedang menyelesaikan permohonan yang dikemukakan penduduk kampung tersebut dan untuk itu kita sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta bagi tujuan ambil balik tanah bagi menyempurnakan janji kerajaan kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-2 Koperasi Warisan Kampung Senibong Johor Bahru Berhad di sini hari ini.

Katanya, pihak Tebrau Teguh memahami janji kerajaan kepada penduduk kampung yang terbabit dan tahu memang sudah terdapat permohonan hakmilik tanah oleh penduduk kampung semasa mengambil alih tanah yang terlibat daripada KPRJ.

Oleh yang demikian, Khaled berharap Tebrau Teguh tidak melakukan apa-apa transaksi di atas tanah yang telah dijanjikan kerajaan itu termasuk di Kampung Rumah 10, Kampung Plentong, Kampung Plentong Baru dan Kampung Sri Bahagia.

Permohonan hakmilik tanah di kampung-kampung terbabit, katanya akan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan diselesaikan secara berperingkat.
Sementara itu, beliau memuji Koperasi Warisan Kampung Senibong kerana merancang membina sebuah pusat inap desa di kawasan itu.

Katanya, usaha itu bukan sahaja boleh menambah pendapatan ahli-ahli koperasi itu malah memberi kemudahan penginapan kepada orang ramai yang berkunjung ke bandaraya ini.

Menurut Khaled, kerajaan negeri akan berusaha mengupayakan koperasi di Johor agar dapat mengambil peluang dalam kegiatan ekonomi yang wujud hasil pembangunan yang pesat di negeri ini.

Usaha itu termasuk pemberian bantuan pinjaman, sokongan dan latihan agar koperasi mendapat manfaat daripada pembangunan pesat itu, katanya.

DAP, PAS Tolak Cadangan Boikot Sidang Parlimen

Posted: 09 Jun 2013 01:43 AM PDT

PETALING JAYA, 9 Jun – DAP dan PAS menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pakatan pembangkang memboikot majlis perasmian persidangan Parlimen penggal ke-13.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen, manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Anwar membuat cadangan itu selepas gesaan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memboikot persidangan yang akan bermula pada 24 Jun ini.

“Pendirian kami (DAP) sama dengan pandnagan (penasihat parti) Lim Kit Siang,” kata Loke.

Sebelum ini Lim dipetik dalam portal berita sebagai berkata bahawa DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot Parlimen.

Sementara Dr Mahfodz berkata bahawa menjadi satu kewajipan bagi mereka yang memenangi pilihan raya untuk menghadiri sesi Parlimen.

“Kita tidak perlu menghina Parlimen, kerana ia adalah serupa dengan membelakangkan rakyat,” kata Dr Mahfodz yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Johor pada PRU yang lalu.

Dr Mahfodz, yang juga Pesuruhjaya PAS Johor berkata bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya hendaklah memfailkan petisyen di mahkamah.

Kaum Cina Jangan Berfantasi Tentang DAP

Posted: 09 Jun 2013 01:39 AM PDT

PASIR SALAK 9 Jun – Masyarakat Cina di negara ini dinasihatkan supaya tidak terus ‘berfantasi’ dengan mempercayai kononnya DAP boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, agenda yang dibawa oleh DAP amat berbahaya dan tidak membawa kebaikan kepada keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini bersikap adil kepada semua kaum melalui dasar perkongsian kuasa sehingga tidak ada kaum yang berasa tertindas.

“Kaum Cina perlu melihat hal ini dalam keadaan realiti dan bukannya fantasi. Kerajaan kita amat adil kepada semua kaum sehingga semua kaum dijaga kepentingan mereka,” katanya pada Majlis Kesyukuran BN Parlimen Pasir Salak di Dewan Besar Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

PM Umum RM30 Juta Ukur Tanah Adat Sarawak

Posted: 09 Jun 2013 01:27 AM PDT

BETONG (Sarawak), 9 Jun – Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta untuk meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk kerja pengukuran tanah itu sebagai proses untuk mengesahkan hak pemilikannya.

“Jumlah ini (yang telah diperuntukkan sebelum ini) perlu ditambah lagi untuk tahun depan dan tahun 2015 bagi membolehkan sejumlah 680,000 hektar tanah adat di negeri ini siap pengukurannya,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Gawai Dayak di Rumah Panjang Wilson Begat Bakir, Penom, Ulu Paku, di sini.

Menurutnya, usaha pengukuran perimeter tanah adat ini adalah di antara aku janji pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang akan ditunaikan.

“Dalam pilihan raya umum ini, masyarakat pribumi dan di luar bandar Sarawak telah menjadi tunjang kepada kemenangan Barisan Nasional,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT