SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, June 21, 2013

UMNO Online - “Antara Black 505 dan Sidang DUN: Siapa Pengkhianat Sebenarnya?” plus 9 more

UMNO Online - “Antara Black 505 dan Sidang DUN: Siapa Pengkhianat Sebenarnya?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Antara Black 505 dan Sidang DUN: Siapa Pengkhianat Sebenarnya?

Posted: 20 Jun 2013 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub membidas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan mana-mana kepimpinan Pas yang tidak menyokong perhimpunan black 505 sebagai pengkhianat dan menyifatkan kenyataan itu adalah lebih tepat untuk ditujukan pada dirinya sendiri.

Menurut beliau, Husam sepatutnya mencermin diri sendiri terlebih dulu sebelum mengatakan orang lain sebagai pengkhianat parti.

"Bagi saya, Husam perlu sedar beliaulah yang  ebenarnya telah melakukan pengkhinatan yang lebih besar terhadap rakyat yang telah memberikan mandat kepada beliau, apabila beliau tidak hadir upacara angkat sumpah baru-baru ini.

"Walaupun Husam memberikan pelbagai alasan di atas ketidak hadirannya itu, namun jika dia benar-benar ikhlas berkhidmat untuk membantu rakyat, beliau perlu hadir dalam upacara angkat sumpah tersebut bagi memperlihatkan kesungguhannya untuk membantu rakyat," tegas Jazlan kepada UMNO-Online hari ini.

Tambahnya lagi, Husam bukan saja mengkhianati amanah rakyat, tetapi turut menjadi pengkhianat kepada negara dengan terlibat memburuk-buruk imej negara di mata rakyat dan dunia luar.

"Saya nak tanya Husam, pihak manakah yang seringkali menjaja keburukan negara sehingga imej negara terjejas akibat pengkhianatan seperti itu. Bukankah beliau termasuk salah seorang yang seringkali menjaja keburukan negara dengan fitnah dan tohmahan yang tidak ada asasnya,"

"Contohnya seperti sebuah keluarga. Jika ada seseorang ahli keluarga kita yang suka menyebarkan keburukan kita pada orang lain, apakah kita boleh menerima individu itu sebagai ahli keluarga lagi?

"Sudah tentu bagi kita, dia tidak layak untuk menjadi ahli keluarga kita kerana sikapnya yang suka menabur fitnah dan memburukkan keluarga sendiri," tegasnya.

Justeru itu, beliau menasihati rakyat agar tidak terpengaruh dengan provokasi pembangkang yang cuba memfitnah bagi memburukan imej SPR dengan mendakwa pilihanraya ke 13 ini penuh dengan penipuan dan penyelewengan.

"Pembangkang akan sentiasa mencari alasan untuk memperlihatkan kekalahan mereka itu adalah akibat penyelewengan SPR. Mereka cuba pengaruhi rakyat dengan isu yang tidak ada bukti seperti blackout, isu dakwat kekal dan sebagainya.

"Ketika PRU pada 2004, BN Kelantan kalah kepada pembangkang hanya satu kerusi dengan majoriti hanya dua undi, untuk membentuk kerajaan. Namun kita tidak pula bising-bising dengan mengatakan pilihanraya di Kelantan itu tipu dan sebagainya, biarpun pembangkang menang hanya dengan kelebihan satu kerusi dan majoriti dua undi.

"Bagi saya, Inilah sikap pembangkang yang tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti rakyat di negara ini menolak mereka. Mereka tidak realistik dan mampu menerima hakikat kekalahan mereka dalam PRU yang ke 13 baru-baru ini," ujarnya. – MediaUMNO

Masyarakat Berilmu Perlu Dilengkapi Dengan Moral Dan Akhlak Terpuji – Najib

Posted: 20 Jun 2013 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat berilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji untuk membentuk masyarakat dan negara terbilang.

Perdana menteri berkata masyarakat berilmu juga bakal melonjakkan prestasi dan menjamin kemakmuran negara.

“Secara peribadi, saya juga berpendapat bahawa ilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji. Gabungan ilmu dan moral akan membentuk masyarakat dan negara terbilang,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Najib berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai kepentingan melabur menerusi ilmu.

Baru-baru ini, Mohamed Khaled mengingatkan golongan belia supaya terus menguasai ilmu, kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih menyeluruh.

Sifat ‘melabur diri’ itu akan menjadikan belia lebih berdaya saing dan berfikiran positif sekali gus menjadikan mereka aset penting dalam masyarakat, tegas Mohamed Khaled.

Berhati-Hati Keluarkan Pendapat Mengenai Agama Untuk Elak Kekeliruan

Posted: 20 Jun 2013 03:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Semua pihak diingatkan agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang berhubung kait dengan agama Islam termasuklah jihad dan kerana ianya dikhutairi boleh menimbulkan kekeliruan.

Pensyarah Kanan Jabatan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustaz Dr Fadlan Othman berkata langkah itu penting agar ianya tidak menimbulkan kemusykilan kerana dikhutiiri boleh menimbulkan pelbagai pendapat umum mengenainya.

Menurut beliau perkara dan kenyataan seumpama itu tidak seharusnya dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya sebaliknya hanya mereka yang layak dan sepatutnya kerana terdapat beberapa syarat dan sebagainya.

“Antaranya perlu ada dalil yang kukuh dan berdasarkan kepada metodologi Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ada juga beberapa syarat lain, janganlah kita sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengenai persoalan jihad dan perkara yang berkaitan umat Islam.

“Ini kerana kita bimbang ianya bukan sahaja boleh mengelirukan umum tetapi boleh mengundang dosa untuk pihak yang bercakap itu. Jadi sama-samalah kita berhati-hati dalam hal-hal sedemikian,” katanya.

Beliau seterusnya memetik Hadi Nabi yang bermaksud: Hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah khulafa Al-rasyidin.

“Ada lagi hadis Nabi lain yang menyebut: Apa yang aku berpegang dengannya dan juga sahabat-sahabatku,” katanya.

Justeru beliau menyarankan sekali lagi kepada mana-mana pihak agar berhati-hati dan tidak sewenangnya megeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam.

“Biarlah mereka yang ada autoriti dan selayaknya bercakap mengenainya. KIta khuatir sepertimana yang disebutkan di atas boleh mengelirukan antara satu sama lain,” katanya. – MediaUMNO

56 Johor Assemblymen Take Oath Of Office

Posted: 20 Jun 2013 03:18 AM PDT

NUSAJAYA, June 20 – Fifty-six Johor assemblymen took their oath of office in conjunction with the commencement of the first term of the 13th State Assembly sitting at the Sultan Ismail Building in Kota Iskandar here today.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin led the assemblymen in taking their oath before the newly-appointed Speaker Datuk Mohamad Aziz.

Mohamad’s appointment was proposed by Mohamed Khaled and seconded by Mahkota assemblyman Md Jais Sarday, who is also State Education, Entrepreneur Development and Cooperatives Committee chairman.

Mohamad, 72, was the assemblyman for Parit Yaani from 1986 to 1999 and Sri Gading Member of Parliament since 1999 until he lost the seat in the last polls.

He had also served as Johor Social Development and Community Welfare Committee chairman from 1990 to 1995 and Umno Deputy Permanent Speaker since 2008.

In his speech, Mohamad said the appointment was an honour and he promised to supervise the State Assembly sitting to the best of his ability.

Barisan Nasional formed the Johor government with a two-thirds majority by winning 38 of the 56 state seats in the May 5 general election.

Thirteen other state seats were won by DAP, four by PAS and one by PKR.

Sabah Terima Pelaburan Bernilai RM5.83 Bilion Tahun Lepas

Posted: 20 Jun 2013 03:17 AM PDT

KOTA KINABALU, 20 Jun – Sabah menerima dan meluluskan 48 projek sektor pembuatan yang melibatkan pelaburan bernilai RM5.83 bilion tahun lepas, peningkatan sebanyak 373 peratus berbanding 54 projek pada 2011 dengan nilai pelaburan RM1.56 bilion.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM5.55 bilion merupakan pelaburan tempatan manakala selebihnya merupakan pelaburan asing dan pelbagai sumber lain.

Ketika menggulung ucapan dasar kerajaan bagi Kementerian Pembangunan Perindustrian negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, Tan yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri berkata pelaburan berkenaan dijangka menyediakan kira-kira 3,060 peluang pekerjaan.

Beliau berkata nilai pelaburan asing di Sabah, berjumlah RM11 juta pada tahun lepas, kebanyakannya dari Thailand untuk pembinaan kilang pengeluaran makanan laut sejuk beku, kilang pembuatan baja biokimia dari Amerika Syarikat dan Switzerland serta Rusia bagi mengeluarkan perabot berasaskan kayu serta buluh.

“Ada juga pelabur dari China yang mendirikan kilang memproses tayar terpakai, Singapura yang melaksanakan perusahaan mengetin makanan laut, daging serta buah-buahan dan Korea Selatan,” katanya.

Sementara itu beliau berkata penemuan kawasan penerokaan minyak dan gas baharu di persisiran Sabah menjanjikan potensi yang besar kepada pembangunan industri hiliran minyak serta gas di negeri ini.

“Pembinaan Terminal Pendaratan Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis, paip penyaluran gas dari Kimanis ke Bintulu serta pembangunan Taman Perindustrian Minyak dan Gas di Sipitang adalah sebahagian daripada projek yang menerajui era perindustrian minyak dan gas.

“Sektor minyak dan gas ini bakal menjana peluang pelaburan bernilai lebih RM30 bilion sehingga 2020. Kementerian saya akan bekerja keras untuk membangunkan sektor ini dengan lebih pesat termasuk menarik pelaburan,” katanya.

Mengenai peluang pekerjaan di Kluster Perindustrian Minyak Sawit (POIC), Lahad Datu, Tan berkata, industri itu bukan saja menyediakan pekerjaan bertaraf separuh mahir malah turut menjana peluang pekerjaan berkualiti, professional serta menawarkan pendapatan tinggi.

“Kesemua 42 syarikat yang berada di POIC Lahad Datu apabila beroperasi sepenuhnya, bakal mewujudkan 2,345 peluang pekerjaan dalam pelbagai peringkat.

Sehingga kini, sebanyak 308 pekerjaan telah diwujudkan secara langsung oleh 15 syarikat yang sudah siap mendirikan kilang mereka di POIC Lahad Datu.

Daripada jumlah ini, 60 peratus adalah Bumiputera,” katanya.

Hanya Sejuta Rakyat Diklasifikasi Pembayar Cukai – Ahmad Maslan

Posted: 20 Jun 2013 03:13 AM PDT

CYBERJAYA, 20 Jun – Daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya sejuta diklasifikasikan sebagai pembayar cukai, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Katanya dari segi syarikat pula, hanya 75,000 daripada 450,000 yang ada fail di LHDN diklasifikasi pembayar cukai.

“Jumlah itu jika dibandingkan dengan penduduk dan syarikat adalah kecil sebenarnya. Jadi ada banyak lagi runag yang boleh kita cari untuk meningkatkan hasil negara,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Menara Hasil di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin LHDN mampu mencapai sasaran kutipan hasil RM130 bilion tahun ini berdasarkan kedudukan ekonomi semasa.

Jumlah itu adalah 61 peratus daripada hasil negara, berbanding kutipan tahun lalu pada 51 peratus dengan sumbangan RM124.99 bilion, katanya.

“Sehingga 31 Mei tahun ini, sebanyak 2,376,720 Borang Nyata telah diterima oleh LHDN melalui aplikasi e-filing. Melalui angka ini saya sangat yakin sasaran penerimaan e-filing yang ditetapkan LHDN pada tahun ini sebanyak 2.7 juta BNCP (Borang Nyata Cukai Pendapatan) akan dapat dicapai,” katanya.

Ahmad juga menasihatkan pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan agar menghantar BNCP 2012 (Borang B) selewat-lewatnya 30 Jun ini.

Namun, katanya mereka yang memilih untuk mengggunakan e-filing, diberikan kelonggaran untuk menghantar Borang B itu selewat-lewatnya 15 Julai ini.

“Nasihat saya, gunakan e-filing kerana ia mudah, kiraan cukainya juga lebih tepat, menjimatkan kos dan penghantaran maklumat cukai juga lebih selamat,” katanya.

56 ADUN Johor Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Posted: 20 Jun 2013 01:55 AM PDT

NUSAJAYA, 20 Jun – Sebanyak 56 anggota dewan undangan negeri (Adun) Johor hari ini mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.

Kesemua Adun daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang itu mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negeri Johor.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speakar DUN yang baharu dilantik Datuk Mohamad Aziz dengan didahului Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu Mohamed Khaled mengemukakan nama bekas Anggota Parlimen Sri Gading itu sebagai Speaker DUN yang baharu dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Adun Mahkota, Md Jais Sarday.

Majlis diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah Timbalan Speaker yang baharu, Datuk Baderi Dasuki, yang juga Adun Panti dan disusuli semua Adun lain.

Mohamad, 72, pernah berkhidmat sebagai Adun Parit Yaani dari 1986 hingga 1999 dan pernah menggalas jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat negeri Johor bagi tempoh 1990 hingga 1995.

Pada pilihan raya umum 1999 beliau menang kerusi Parlimen Sri Gading yang dipertahankannya pada pilihan raya 2004 dan 2008. Mohamad juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Umno sejak 2008.

Sementara itu, dalam ucapannya Mohamad menyifatkan pelantikan berkenaan sebagai satu penghormatan dan berjanji akan mengendalikan persidangan DUN Johor sebaik mungkin.

Beliau turut berterima kasih kepada bekas Speaker Datuk Mohd Ali Hassan dan bekas Timbalan Speaker Datuk Osman Jais atas jasa kedua-dua mereka sepanjang mengendalikan persidangan penggal lepas.

Pada pilihan raya 5 Mei lepas, BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga apabila menang 38 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Daripada 18 DUN yang dimenangi pembangkang, 13 daripadanya DAP, empat (PAS) manakala satu daripada PKR.

Pahang Targets 10 Million Tourist Arrivals This Year

Posted: 20 Jun 2013 12:31 AM PDT

KUANTAN, June 20 – The Pahang government has set the same target to have 10 million tourist arrivals this year, according to State Tourism and Culture Committee chairman Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.

He said the government was confident that the target could be achieved following the various initiatives taken to develop new tourist destinations and to preserve the existing ones.

“Last year, we set the same target to have 10 million tourist arrivals, but our records showed that only 6.5 million tourists visited Perak last year.

“Hence, with the activities lined up at the various tourist destinations in the state, we do hope that the number of tourist arrivals this year will show an increase compared to last year.”

He said this to reporters after opening the Sustainable Archival Knowledge programme with Pahang institutions of higher learning (IPT) at the Pahang National Archives Building here today.

Mohd Sharkar said among the state’s new tourist destinations that were capable of luring tourists were the caves in Merapoh, Kuala Lipis.

“A total of 85 caves in the district have been gazzetted as new tourist destinations and they will become major attractions for nature lovers and cave explorers.

“Apart from that, we will also revive the various recreational activities along our beaches, especially in Cherating, which was once deemed the state’s tourism icon,” he said.

He said the efforts would be implemented with the cooperation from the tourism industry players to ensure that each tourism destination in the state would meet the standard requirements, especially in terms of cleanliness and comfort for the visitors.

“This is important aspect to welcome the tourists in conjunction with the Visit Malaysia Year next year,” he said.

Isu Air : Guan Eng Diselar Tunjuk Keras Kepala Tak Bertempat

Posted: 19 Jun 2013 10:42 PM PDT

BALIK PULAU, 20 Jun – Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata, kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya tidak bersikap degil dan keras kepala dalam isu pembayaran perium bekalan air mentah kepada Kerajaan Negeri Kedah menerusi sumber air Sungai Muda.

Tegas beliau, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang tidak seharusnya membayar caj premium tersebut kerana bekalan tersebut adalah sumber mentah dan ianya terletak di dalam sempadan negeri Pulau Pinang adalah satu kenyataan dangkal.

"Sekiranya kita lihat dari segi asasnya, apa yang dikatakan oleh Guan Eng itu benar tetapi tidakkah dia sedar bahawa Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab menjaga sumber bekalan itu agar tidak tercemar. Komitmen bagi menjaga kebersihan sungai ini amat tinggi dan Guan Eng tidak boleh bersikap lepas tangan dan pentingkan diri sendiri.

"Selama bertahun-tahun Pulau Pinang mengambil kesempatan terhadap negeri Kedah. Beban dan kos menjaga kebersihan sungai ini ditanggung sendiri oleh Kedah. Oleh itu, sudah sampai masa Kerajaan Pulau Pinang harus membayar premium.

"Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pas sebelum ini juga telah mendesak Pulau Pinang membayar premium tetapi ianya tetap tidak diendahkan oleh Guan Eng," ujarnya  kepada UMNO-Online.

Terangnya lagi, kenyataan Guan Eng tersebut boleh disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan zalim kepada kerajaan Negeri Kedah kerana sudah terlalu lama 'dimanjakan'.

"Bagi memastikan sumber bekalan air tersebut tidak tercemar, sebarang aktiviti tidak boleh dijalankan, pokok bakau berkualiti tidak boleh ditebang untuk bantu sumber ekonomi dan sekiranya sekitar kawasan Sungai Muda berpotensi untuk dimajukan juga tidak boleh dilakukan semata-mata mahu menjaga kebersihan dan kualiti air.

"Sebenarnya kerajaan Negeri Kedah boleh membina empangan khas bagi menyekat air masuk ke sempadan negeri Pulau Pinang tetapi adakah negeri kerajaan Negeri Kedah tergamak… Sudah pasti tidak kerana ianya melibatkan rakyat di negeri tersebut.

"Jadi saya rasa, sudah sampai masa Guan Eng cermin kepimpinannya dan jangan terus menindas kerajaan negeri Kedah. Dia harus sedar, ini bukan kerana BN memerintah Kedah dan DAP memerintah Pulau Pinang tetapi ini adalah kerana kos pemeliharaaan sungai amat tinggi. Ini bukan perkara politik," jelasnya lagi.

Hilmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau turut menyarankan agar Guan Eng berhenti daripada terus mengamalkan perangai 'diktator' dan menerima cadangan ketua Menteri Besar Kedah untuk berbincang perihal perkara ini. - MediaUMNO

Mohamad Aziz Dilantik Speaker DUN Johor

Posted: 19 Jun 2013 10:21 PM PDT

NUSAJAYA, 20 Jun –  Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Khamis.

Majlis angkat sumpah dibuat sempena mesyuarat pertama bagi penggal pertama DUN Johor dan majlis angkat sumpah exco kerajaan negeri di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat pemilihan Mohamad, 72, menggantikan Datuk Hassan Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker menggantikan Datuk Othman Jais.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT