SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, June 5, 2013

UMNO Online - “Ali Hamsa Warns Of Action Against Civil Servants Who Continue Politicking” plus 9 more

UMNO Online - “Ali Hamsa Warns Of Action Against Civil Servants Who Continue Politicking” plus 9 more

Link to UMNO Online

Ali Hamsa Warns Of Action Against Civil Servants Who Continue Politicking

Posted: 04 Jun 2013 04:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 4 – Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa today warned of action against civil servants who continue to engage in politicking.

He said the action would be taken in accordance with the regulations, circulars and laws under the ambit of the Public Service Department (PSD).

All heads of department had been asked to monitor and take action or report to the PSD should they detect civil servants continuing to engage in politicking, especially in the social media, he told reporters after closing the 2013 annual conference of the Association of Wives of Public Servants and Women in the Public Service (Puspanita), here.

Ali said the period for politicking ended with the announcement of the outcome of the 13th general election (on May 5) and it was now the time for civil servants to assist the national administration to implement the national transformation agenda.

“Now is the time for the civil servants to move forward and carry on with the efforts towards implementing the national transformation agenda in earnest,” he said.

Ali was asked to comment on the advise by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for civil servants to refrain from excessive politicking that could retard the nation’s march forward.

He said civil servants should think ahead, be more productive and optimise the use of limited resources, be quick in making decisions, and be precise in formulating policies or programmes in the people’s interest.

Civil servants should also have integrity and be creative and innovative in using various approaches to improve public service delivery and using the social media to disseminate information on government policies, he said.

Asked about developments on the plan to establish the Transformative Remuneration System (SST) to substitute the Malaysian Remuneration System (SSM), Ali said the first stage of the process of establishing the SST, which covered 81 schemes of service, would be completed by the end of November this year.

“In July, we will have completed six schemes of service. The rest will be completed later. It is an ongoing process which will cover all the 289 schemes of service,” he said.

Parlimen Hanya Untuk Anggota Parlimen, Kata Shahidan

Posted: 04 Jun 2013 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Parlimen tidak boleh diguna oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat sidang akhbar, demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kasim yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal Parlimen.

“Jika mereka hendak mengadakan sidang akhbar, mereka mesti melakukannya di tempat lain,” kata Shahidan sambil menyatakan bahawa Bangunan Parlimen hanya untuk anggota Parlimen dan tidak disalahguna oleh pihak luar.

“Kita mesti hentikan semua gangguan dan halangan,” katanya.

Menteri itu berkata, beliau akan memastikan pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan di sekitar kawasan Bangunan Parlimen tidak menjejas anggota Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Kemudahan-kemudahan untuk mereka tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak, kata beliau.

“Adalah hak dan kebebasan untuk ahli-ahli Parlimen melaksanakan tugas mereka di Parlimen tanpa sebarang gangguan,” katanya kepada wartawan pada majlis penyerahan tugas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) kepada beliau di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Shahidan menegaskan bahawa walaupun orang ramai boleh melawat ke Parlimen, namun institusi itu dan kemudahannya adalah hanya untuk anggota Parlimen.

Fitnah SPR, Tipu Rakyat… SPR Digesa Segera Saman Anwar – Dr Puad

Posted: 04 Jun 2013 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa Anwarlah yang cuba menipu rakyat hari ini dengan mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) menipu undi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Tambah beliau lagi, Anwar telah menjadikan  SPR sebagai kambing hitamnya dalam usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes-kes jenayah seksual yang menyelubungi dirinya hari ini.

"Kita semua tahu, apa yang Anwar lakukan hari ini adalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes jenayah seksual yang dihadapinya.

"Selain itu, ia juga juga bertujuan untuk menutup penipuan Pakatan pembangkang yang mendakwa kononnya berlaku penipuan undi, blackout dan sebagainya, namun sehingga ke hari ini mereka masih lagi gagal membawakan bukti yang kukuh atas dakwaan mereka itu," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau turut mengesyorkan  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, yang kini secara berterusan memburukkan imej badan tersebut.

Katanya, SPR perlu bertindak tegas dengan menyaman Ketua Pembangkang sebagai satu pengajaran  agar Anwar berhenti daripada terus menabur fitnah dan memburukkan imej SPR di mata rakyat di negara ini.

"Saya sendiri pun tak tahu kenapa SPR lambat mahu bertindak untuk memfailkan saman terhadap Anwar. SPR sepatutnya tak boleh biarkan Anwar terus-terusan memburukkan imej SPR dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar," jelasnya.

Beliau seterusnya mempersoalkan sampai bila SPR harus membiarkan Anwar melempar dakyah dan tohmahan terhadap badan tersebut sehingga sedikit sebanyak hari ini penipuannya itu telah mempengaruhi segelintir dari rakyat di negara ini.

"SPR tidak perlu tunggu lagi. Anwar dan pembangkang  telah memburukkan imej SPR sebelum pilihanraya lagi, dan hari ini mereka masih lagi menjaja cerita tidak benar tentang SPR di dalam ceramah-ceramah mereka. Saya harap, SPR perlu lakukan sesuatu dengan kadar segera agar fitnah dan tohamahan itu dapat dihentikan.

"Tindakan Anwar yang mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU ini bukan saja menjatuhkan imej SPR, tetapi sebenarnya turut memburukkan imej kerajaan Malaysia," tegasnya. -MediaUMNO

Guna Kuasa Pengguna Kekang Kenaikan Harga Barang – Hasan Malek

Posted: 04 Jun 2013 03:28 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 Jun –  Pengguna perlu menggunakan hak mereka untuk membantu kerajaan mengekang tindakan pemborong dan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati, kata Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilakukan terutama dalam membantu mengawal harga barang bukan kawalan.

“Di samping tindakan penguatkuasaan oleh kementerian, langkah itu dilihat lebih berkesan kerana jika tiada pembeli maka peniaga yang menaikkan harga akan mengalami kerugian,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Hasan berkata demikian ketika mengulas rungutan pengguna berhubung tindakan pemborong menaikkan harga barang pada musim cuti sekolah.

Beliau berkata pengguna perlu tahu kuasa mereka serta tidak terlalu bergantung kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu kepenggunaan, sekali gus dapat mewujudkan kerjasama pengguna dan kerajaan.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kementerian mengambil sikap lepas tangan jika pemborong dan peniaga didapati sengaja menaikkan harga sesuka hati dan melampau.

“Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Anti Percatutan 2010, tetapi kalau boleh, kita tidak mahu berbuat demikian kerana mahu mewujudkan situasi menang-menang,” katanya.

PKR Should Adhere To Call By The King Against Holding Rallies – Tan

Posted: 04 Jun 2013 03:15 AM PDT

ALOR SETAR, June 4 – Kedah Gerakan Youth head Tan Keng Liang said the PKR should withdraw its plan to organise a rally on June 15 or any other day in future out of respect for the speech by the Yang Di-Pertuan Agong that the 13th general election (GE13) result should be accepted.

“If His Majesty (Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) has spoken, why should they continue with the rally. If they continue to hold the rally, they can be regarded as traitors for going against the wishes of His Majesty,” he said at a media conference, here today.

He said that as the Yang di-Pertuan Agong had spoken, PKR should accept the outcome of the GE13 which had been decided by the people according to the Federal Constitution.

Tan feared that such rallies could create doubts and incite the people against the outcome of GE13.

The political parties within the opposition pact should join in the efforts at national development and preserve the peace to ensure prosperity for the people and country, he said.

In conjunction with the birthday anniversary of the Yang di-Pertuan Agong on June 1, His Majesty had said that the people should accept the results of the GE13 which had been determined by the people themselves.

They should also use the methods of solving the issue which had been drawn up should there be differences of opinion, not to cast doubts on the institution which had been entrusted with managing the general election, and whatever political changes should be made peacefully according to the constitution and the law, the King had said in his speech.

Wanita UMNO Seru Kaum Wanita Bersatu Demi Menjamin Kestabilan dan Pembangunan Negara

Posted: 04 Jun 2013 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Wanita UMNO Malaysia menyeru seluruh rakyat, khususnya kaum wanita termasuk di kalangan penyokong dan ahli pembangkang untuk bersatu padu demi untuk terus menjamin kestabilan dan pembangunan negara.

Ketuanya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil berkata, biarpun mempunyai perbezaan ideologi dan pendekatan berpolitik, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kaum wanita terus berpecah belah.

"Bagi pihak Wanita UMNO, saya merasa amat bimbang dengan perkembangan politik polirisasi yang kini yang sedang berlaku di negara ini. Saya meminta semua pihak baik Barisan Nasional mahu pun pembangkang, marilah kita bersatu padu. Cukuplah, PRU 13 pun sudah lepas.

"Saya yakin, semua pihak sudah mengambil pelajaran dari iktibar PRU 13. Baik pada BN dan juga pihak Pakatan Pembangkang, pastinya ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari PRU yang lepas," beritahu beliau kepada media di Surau Ar Rahman, Putra Wolrd Trade Center di sini hari ini.

Beliau terdahulu menghadiri majlis tahlil yang diadakan khusus untuk Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani, veteran wanita UMNO yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan April lalu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah veteran wanita UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail.

Selain itu, beliau turut menyatakan rasa puas hati dengan prestasi Wanita UMNO yang banyak membantu kemenangan BN pada PRU kali ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jentera Jalinan Rakyat kerana kerja keras mereka telah menentukan kemenangan untuk BN pada PRU ke 13 baru-baru ini," ujarnya.

Seterusnya beliau berkata, Wanita UMNO akan terus mara ke hadapan dengan semangat yang tidak pernah pudar untuk membela agama, bangsa dan memajukan negara.

"Banyak kita telah pelajari dari PRU yang lepas. Dan kita sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi pelbagai perkara termasuk memperbaiki diri, mengubah cara dan pendekatan kita, untuk menghadapi PRU ke 14 lima tahun lagi," jelasnya.

Sementara itu, beliau turut meminta agar pihak berkuasa terbabit agar mengambil tindakan yang tegas bagi sesiapa saja yang menghina struktur perlembagaan negara, seperti menghina Yang DiPertuan Agong dan sebagainya.

"Wanita UMNO tidak boleh menerima mana-mana pihak menghina atau mencerca  mana-mana Sultan, Raja-Raja apatah lagi yang Dipertuan Agong. Kita mesti sedar, kita hidup di dalam sebuah negara yang mempunyai struktur kenegaraan yang begitu baik sekali.

"Jadi, sesiapa yang melanggar undang-undang, tatasusila dan peradapan dengan menghina institusi negara, maka saya rasa tindakan yang sewajarnya perlulah diambil sebagai satu iktibar pada yang lain," tegasnya.

Berkenaan cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal pula, beliau berkata setakat ini masih belum ada sebarang ketetapan pendirian di kalangan  ahli dan exco wanita setakat ini tentang isu tersebut.

"Tapi daripada respon yang saya dapati wanita UMNO, apa yang jelas rata-rata kaum wanita di dalam UMNO,  mereka masih teramat sayang pada UMNO," katanya. -MediaUMNO

Penafian DAP Terlibat Taja Red Bean Army Merupakan SOP Pemimpin Pakatan

Posted: 04 Jun 2013 02:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Tindakan DAP menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang cybertrooper digelar ‘Red Bean Army’ oleh Utusan Malaysia yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu memang sudah dijangka, kerana tindakan penafian ini memang merupakan standard operation prosedur (SOP) pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sejak sekian lama.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini merupakan SOP mereka untuk menutup segala kesalahan yang mereka buat, khususnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka akan menafikan terlibat, kemudian mereka akan salahkan orang lain dan menuduh orang lain khususnya menuduh UMNO kononnya mereka-reka cerita.

“Modus operasi Read Bean Army memang jahat. Mereka menipu dan membuat fitnah-fitnah jahat malah ada antara mereka yang berani mengugut dan mengancam orang lain khususnya mereka yang menyokong BN," ujarnya yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Jelas beliau lagi beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, namun ianya merupakan akaun-akaun palsu yang dimiliki oleh beberapa orang pejuang siber yang dipercayai dibiayai DAP.

"Red Bean Army bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka. Mereka adalah tentera siber yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

“Red Bean Army ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta kita percaya kumpulan ini turut dibayar gaji tetap untuk membuat kerja-kerja jahat ini," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Kerajaan Negeri Tumpu Selesai Kemelut Kuin – Tajul Urus

Posted: 04 Jun 2013 01:45 AM PDT

SUNGAI PETANI, 4 Jun – Kerajaan negeri akan menumpukan untuk menyelesaikan kemelut kewangan dan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain .

Beliau berkata masalah asrama pelajar Kuin di kampus Kuala Ketil, Baling kini di peringkat perbincangan dan dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.

“Kuin jelas mempunyai masalah daripada segi pengurusan…kita juga dapati ada masalah daripada segi kewangan dan telah bersetuju untuk meletakkan bendahari negeri untuk membantu menjalankan urusan bendahari Kuin, malah kita juga minta audit untuk masuk,” katanya selepas melawat laluan baharu di belakang Kompleks Central Square  di sini hari ini.

Beliau berkata Timbalan Rektor Kuin Datuk Che Barni Mohd Noh dilantik sebagai pemangku rektor institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu berikutan Prof Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan pada 20 Mei lepas.

Mengenai laluan baharu itu, Tajul Urus berkata ia akan mula beroperasi esok namun hanya dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.

Sementara itu, beliau turut melawat kawasan perumahan di Taman Pahlawan dan Taman Wira di sini yang terjejas akibat pembinaan Landasan Keretapi Elektrik Berkembar (Padang Besar-Ipoh) oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd (MMC-Gamuda).

“Hasil lawatan hari ini, saya dapati 16 buah rumah yang terjejas namun hanya dua yang mengalami kerosakan teruk. Kita akan minta pihak pemaju mengambil tindakan segera berhubung masalah ini,” katanya.

Suspek Wanita Hina Agong Ditahan – SKMM

Posted: 04 Jun 2013 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis pada Selasa berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook yang bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.

“Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.

Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog ‘Whats Up Brades’.

Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit.

Kebersamaan Islam Harus Diperkukuh Untuk Perbaharui Semangat Perpaduan – Najib

Posted: 04 Jun 2013 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun  - Kebersamaan umat Islam harus diperkukuh melalui pandangan dunia terhadap Islam untuk memperbaharui semangat perpaduan dan ikatan komuniti dalam kalangan ummah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini merupakan antara perkara penting yang harus diambil kira jika masyarakat Islam mahu memainkan peranan yang lebih luas dan aktif dalam Asean.

Katanya perkara penting lain ialah keperluan untuk menghormati prinsip kepelbagaian dan mewujudkan keadilan sosial berdasarkan prinsip keagamaan universal yang abadi.

“Harus diakui bahawa tiga perkara penting ini harus dilaksanakan dalam kerangka bersepadu Islam yang menggalakkan penghargaan sepatutnya terhadap Islam sebagai satu kuasa bagi kemanusiaan, kemajuan dan pembangunan”.

Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian pada Simposium Antarabangsa Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) mengenai ‘Islam dan Era Baharu Negara-negara Asean: Perpaduan Daripada Pandangan Dunia Ke arah Kemakmuran Bersama” di sini hari ini.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi IKIM.

Persidangan dua hari itu adalah untuk mengenal pasti asas untuk kerjasama Islam menerusi kaca mata dunia Islam dan untuk mencari inisiatif sesuai dalam mendepani krisis ketamadunan dan sosio ekonomi pada masa kini.

Najib berkata Islam adalah kepercayaan global yang mengikat orang Arab, Parsi, Mesir, Berber, Turki, Eropah, Afrika, Indo-Pakistan, Kaukasia, Cina dan Melayu-Indonesia menerusi ikatan bersama.

“Oleh kerana kini terdapat hampir 220 juta umat Islam Asean yang merupakan kira-kira 40 peratus populasi Asean, terdapat keperluan untuk memperbaharui kefahaman mengenai Islam.

“Kita perlu memberi penekanan kepada warisan bersama kita dan mengetepikan sebarang perbezaan taifah yang boleh membawa kepada perpecahan dan konflik. Kita perlu mengutamakan pelaburan kita dalam pendidikan dan kemahiran,” katanya.

Untuk menghormati prinsip-prinsip perbezaan, beliau berkata perbezaan daripada aspek tradisi agama, kebudayaan, bahasa dan warna kulit perlu dihargai sewajarnya.

Najib berkata asas perpaduan harus kekal tidak berubah manakala agama menawarkan kuasa luarbiasa bagi transformasi untuk mencapai kegembiraan dan kesejahteraan.

“Menerusi agama, kita mampu mengatasi perkara-perkara remeh untuk bangkit ke tahap baharu, untuk mencapai syurga kestabilan yang memerlukan penolakan terhadap sebarang bentuk keganasan jenayah, ekstremisme, keganasan dan ketenteraan yang merupakan sumpahan kepada kestabilan,” katanya.

Perkara penting ketiga, Najib berkata ialah perlu dicari penyelesaian kekal terhadap masalah golongan minoriti pribumi Islam seperti di Filipina, Thailand dan Myanmar.

“Masyarakat Islam ini harus faham bahawa mereka perlu hidup di bawah kerajaan semasa di negara mereka, Mereka perlu mengiktiraf tanggungjawab sebenar dalam negara masing-masing dan menyumbang untuk pengukuhan moral dan sosio-ekonomi di negara berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, katanya satu bentuk autonomi, bukan kemerdekaan tetapi autonomi agama, kebudayaan dan pendidikan perlu diberikan kepada mereka.

"Dan dengan itu kami mahu lihat bahawa demi masa depan, Malaysia akan terus memainkan peranan kami kerana sebagaimana yang anda tahu, kami telah menjadi orang tengah sehingga Perjanjian Rangka Kerja ditandatangani antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).”

Menyifatkannya sebagai satu pencapaian besar berikutan konflik yang berlarutan selama beberapa generasi telah berakhir, beliau berkata keadaan di selatan Filipina kini adalah aman.

“Walaupun terdapat pencerobohan kecil yang tidak dijangka, tetapi ia kini sebuah kawasan yang aman dan kami yakin rangka kerja penyelesaian aman itu akan membuahkan kejayaan.

“Ia merupakan kejayaan besar untuk kedua-dua belah pihak, diusahakan oleh Malaysia tanpa sebarang campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu. Kita perlu beri masa untuk rundingan damai itu berjaya,” katanya.

Beliau berkata amat berbaloi untuk melabur dalam keamanan, menghabiskan masa dan usaha ke arah itu dan ia merupakan cara hidup Islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT