SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, June 14, 2013

UMNO Online - “Rakyat Berdepan Karenah Gerombolan “Berpenyakit Lembu Gila”….” plus 9 more

UMNO Online - “Rakyat Berdepan Karenah Gerombolan “Berpenyakit Lembu Gila”….” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rakyat Berdepan Karenah Gerombolan “Berpenyakit Lembu Gila”….

Posted: 13 Jun 2013 04:10 AM PDT

Penyokong PKR terus membenarkan diri mereka dimanipulasi oleh para pemimpin mereka gara-gara hanyut dengan ketaksuban yang melampaui batas.

Penulis sendiri pun akan memanipulasi budak-budak ini cukup-cukup jika saya dapati mereka sudah terlalu taksub dan menurut saja apa yang saya cakap, demi untuk menunjukkan kekuatan dan kononnya “kebenaran” kepada umum.

Bila sudah terjerat dengan kenyataan Speaker Pendekar dan baru terasa tindakan memboikot sesi angkat sumpah sebagai “tindakan bangang”, senang-senang mereka boleh bagi alasan kenyataan mereka sudah disalahtafsir oleh media kerajaan.

Sewaktu pemimpin spin untuk boikot, penyokong pun sama spin. Bila pemimpin u-turn dengan memberi alasan kenyataan sudah diputarbelitkan, penyokong pun sama mengangguk, ‘memang media UMNO kaki fitnah”.

Dan, yang paling jelas menunjukkan minda pakatan ini sudah “tak centre” ialah bila mereka pandai-pandai mahu melantik Speaker Dewan Rakyat dengan mencadangkan nama Dato Abd Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Menambah lagi tanda-tanda PKR ini memang penganut fahaman undang-undang rimba, mereka beri alasan Speaker mesti betul-betul  bebas dari politik, sedangkan Speaker PKR Perak dulu sampai sanggup bersidang bawah pokok gara-gara tidak mahu menerima hakikat kerajaannya sudah tiada.

Kita rakyat Malaysia sangat malang kerana terpaksa berhadapan dan menghadapi gerombolan pemimpin dan penyokong yang meletakkan undang-undang dan peraturan di atas perasaan dan kehendak nafsu sendiri.

Karenah gerombolan yang menganut ideologi perundangan haiwan inilah yang “mahu tidak mahu” terpaksa dihadapi juga oleh seluruh rakyat negara ini.

Karenah gerombolan yang menganut ideologi perundangan haiwan inilah yang “mahu tidak mahu” terpaksa dihadapi juga oleh seluruh rakyat negara ini.

Kita tiada cara untuk berhadapan dengan lembu naik minyak atau berpenyakit lembu gila, melainkan terpaksa menghapuskan dan menembak mati gerombolan ini.  Jika dibiarkan, ia boleh memberi mudarat kepada banyak pihak.

Anutan fahaman haiwan ini sudah melampaui garis dan batasan sesebuah nilai kehidupan dan ketamadunan. Sebelum ia memudaratkan kehidupan masyarakat yang lebih besar, tindakan mereka ini harus dihentikan walaupun secara paksa dan keras.

Patut dikandangkan, kita kandangkan. Patut kita kemilikan. Patut kita letakkan di National Feedlot Corporation, kita feedlotkan. Bekalan lembu negara pun masih kekurangan.

Kamarulzaman Kamdias

Akhirnya Semua Adalah Wayang Putar Belit….

Posted: 13 Jun 2013 04:00 AM PDT

Tidak konsisten. Hanya itu istilah yang sesuai. Pendirian pemimpin pembangkang untuk tidak memboikot sidang Dewan Rakyat telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak konsisten dengan pendirian mereka selama ini.

Apabila mereka menyatakan persetujuan untuk hadir pada sidang Dewan Rakyat dan akan mengangkat sumpah yang dijadualkan 24 Jun ini ianya dilihat telah bercanggah dengan pendirian mereka yang tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

Hal ini sekaligus memperlihatkan ketidakwibawaan pimpinan PR apatah lagi kenyataan dan pendirian mereka selama ini tidak pernah selari dengan hasrat mereka.

Seperti sebelum ini mereka menyatakan bahawa mereka membantah, mempertikai dan menolak keputusan pilihan raya tetapi kerajaan PKR di Selangor, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PAS di Kelantan terus mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi.

Begitu juga bila mereka mengatakan tidak mempercayai kredibiliti SPR, tetapi mereka masih juga menerima kemenangan di kawasan yang dimenangi.

Jadi timbul persoalan, jika benar pakatan pembangkang terlalu mempercayai bahawa berlaku penipuan dalam pilihan raya kenapa perlu mereka mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat? Dan kini, biar apa pun hujah pembangkang, keadaan telah pun membuktikan mereka tidak pernah konsisten dengan apa yang mereka katakan.

Difahamkan isu memboikot majlis mengangkat sumpah di Parlimen ini mulanya adalah gesaan gabungan NGO SuaraRakyat505 dalam kenyataan terbuka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini.

Kumpulan NGO ini melihat ianya sebagai bukti untuk tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya di samping cara untuk menguatkan lagi bantahan pakatan yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan di seluruh negara.

Bagaimanapun selepas gesaan itu, cadangan tersebut telah ditolak oleh beberapa pimpinan DAP dan PAS. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyatakan bahawa Ahli Parlimen PAS akan tetap menghadiri sidang Parlimen seperti biasa, kecuali taklimat Parlimen yang diadakan baru-baru ini.

Bahkan ianya disokong oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan bahawa dakwaan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini tidak pernah dibincangkan sama sekali. Datuk Mahfuz sendiri menjangkakan semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir pada majlis angkat sumpah tersebut sekaligus akan mengikuti titah ucapan DiRaja pada 24 Jun ini.

Begitu juga dengan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengakui parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen kelak. Terkini, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk memulau majlis Angkat Sumpah Dewan Rakyat.

Bukan sekadar itu, terdapat ramai lagi pimpinan PR yang turut tidak bersetuju untuk memboikot sidang Dewan Rakyat. Terbaru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik PKR bahawa beliau tidak pernah menyebut untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Jadi apabila mereka memutuskan sebegitu, di manakah pendirian mereka selama ini yang tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya? Jika benar mereka menolak keputusan pilihan raya, mereka perlu bersepakat dalam segala hal. Jika tidak mereka harus akur dengan keputusan pilihan raya sejak dari awal lagi.

anwaraidc.com

SPAD Akan Kaji Permintaan Naik Tambang Bas 30 Peratus

Posted: 13 Jun 2013 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun –  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengkaji sama ada membenarkan pengusaha syarikat bas menaikkan tambang sebanyak 30 peratus.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang,” kata Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri Kembangan, dekat sini Khamis.

Beliau diminta mengulas persetujuan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) supaya kerajaan menaikkan tambang bas bagi mengelakkan syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi.

Namun, Syed Hamid berkata pengusaha syarikat bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

“Mereka memberi pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik untuk orang ramai,” katanya.

Syed Hamid juga berkata kerajaan memahami kehendak mereka yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Katanya kerajaan selama ini membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu syarikat berkenaan.

“Masa nak balik, bas mereka penuh. Tapi lepas perayaan, bas mereka kosong. Mereka perlu juga menanggung kos bawa pulang bas kosong. Dan ketika ini kita benarkan mereka kenakan surcaj 10 peratus itu,” katanya.

Malaysia Awaits Letter On This Year’s Haj Quota

Posted: 13 Jun 2013 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 13 – Malaysia is still waiting for a letter from the Saudi Arabian government on the Haj pilgrim quota for this year, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

He hoped the quota could be maintained at 28,000 pilgrims, same as last year’s figure because currently, about one million Muslims in this country were on the Haj waiting list.

“However, we understand that the Saudi Arabian government wants to provide comfort and the best services for Haj pilgrims. At the same time, in Mecca, there are some upgrading works going on…the tawaf area is reduced during the construction works for the pilgrims’ convenience.

“We learned that the Haj quota for our neighbour, Indonesia, has been reduced. If there are too many pilgrims, they may face difficulties in performing their religious obligations (during the Haj programme).

“Whatever it is, we will wait for the letter from the Saudi Arabian government and consider the next move,” he said after presenting awards for academic excellence to Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) Baitulmal students at Kompleks Pusat Islam, here, today.

Also present were MAIWP director Datuk Che Mat Che Ali and its chief executive officer Zainal Abidin Jaffar. A total of 510 excellent students  received financial assistance amounting to RM141,550 from MAIWP Baitulmal.

Yesterday, the Saudi Arabian government was reported to cut Indonesia’s quota by 20 per cent or 42,000 pilgrim for this year’s Haj season in view of the limited space following the ongoing expansion of the holy sites, particularly the Grand Mosque (Masjidil Haram) in Mecca and Nabawi Mosque in Medina.

Jamil Khir said for this year’s Haj quota, the government would give priority to pilgrims aged above 70.

“We will also scrutinise the appeals from applicants whom we should give consideration for reasons like wanting to accompany their disabled or frail relatives to perform the Haj.

Meanwhile, asked to comment on a news report about 22 women sentenced to whipping for syariah offences in Johor, he urged the people not to sensationalise the issue.

He said the public needed to differentiate between the whipping punishment under civil law and syariah law in determining their views on the issue.

“Whipping in syariah is different from that under civil law as the former does not injure the offender. It’s not only Johor, but other states too (impose whipping), so there’s no need to sensationalise the matter,” he said.

The 22 women were among 39 syariah offenders sentenced to receive six strokes of the cane for incest and having sex out of marriage in Johor since two months ago.

Kemajuan Malaysia Jadi Bukti UMNO Bukan Parti Rasis

Posted: 13 Jun 2013 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Osman Abdul membidas mana-mana pihak yang melemparkan tuduhan kononnya UMNO adalah parti yang rasis dan berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan dalam kepimpinan tertingginya.

Katanya, sudah banyak bukti yang ditunjukkan oleh Presiden parti yang juga Perdana Menteri sejak yang pertama hinggalah kini bahawa UMNO bukan rasis sebaliknya sentiasa mengutamakan kepentingan bersama.

"UMNO tidak pernah rasis walaupun ia adalah parti yang ditunjangi oleh orang-orang Melayu dan menjadi teras dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun para pemimpinnya tidak pernah pun menyuarakan isu-isu sensitif yang boleh menggugat permuafakatan bersama," katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau, UMNO yang ditubuhkan sejak 1946 menjadi pelopor dalam kemerdekaan dan Presidennya adalah Perdana Menteri tetapi kepimpinnya sentiasa membuktikan bahawa UMNO bersifat memahami dan bertolak ansur.

"Kalau kita rasis kita tidak boleh memimpin negara ini kerana selama hampir 55 tahun dan selepas merdeka kita masih mengekalkan konsep perkongsian kuasa dengan tidak pernah mengenepikan mana-mana kaum di negara sama ada dari aspek agama, kebudayaan, bahasa dan macam-macam lagi."

Ujar beliau, sikap pemimpin dalam UMNO yang bersama-sama membentuk kerajaan dengan parti-parti kompenan lain dalam BN adalah bukti nyata bahawa UMNO bukan bersifat perkauman.

"Sehingga hari ini, biarpun kita telah membuktikan kepimpinan kita dengan membawa kemajuan dan kejayaan kepada Malaysia, kita tidak pernah terfikir sekalipun untuk menubuhkan kerajaan sendiri walaupun asas perjuangan UMNO adalah berteraskan kepada kebangsaan Melayu.

"Ini kerana para pemimpin kita sedar dan tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, hidup rukun dalam masyarakat majmuk dan berpegang teguh kepada konsep demokrasi berparlimen sebagai tunjang utama."

Katanya lagi, parti yang rasis adalah parti yang bangun dalam masa ditubuhkan dengan memijak parti lain yang tidak sehaluan dengan mereka sedangkan UMNO tidak bersifat sedemikian sebaliknya mendang jauh ke hadapan dengan melihat keseluruhan masyarakat untuk sebuah negara maju.

Pada sambutan ulang tahun UMNO ke-67 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menegaskan, UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini malah sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, UMNO sentiasa menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa. – MediaUMNO

Gempak Boikot Dewan Rakyat Satu Lagi Episod Memalukan Anwar Ibrahim

Posted: 13 Jun 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa partinya tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 Jun ini bukan saja satu lagi episod yang memalukan malah membuktikan bahawa ketidak sependapat berlaku antara beliau dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun,  untuk menutup kononnya tiadanya permasalahan antara mereka berdua, Azmin menuding jari kepada  media dengan menyatakan bahawa perkara sengaja digembar-gemburkan sedangkan perancangannya adalah untuk memboikot majlis taklimat Parlimen pada 11 jun lalu bukannya angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan kenyataan Azmin itu adalah bukti bahawa wujudnya  ketidak kesefahaman di dalam parti berkenaan sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menafikan perkara  yang hangat diperkatakan.

"Jelaslah memang ada masalah dalam PKR, kenyataan Azmin itu jelas menunjukkan dia  tidak bersetuju dengan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar, tetapi untuk menutup perkara itu dia menyalahkan pihak media.

"Itu sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang untuk menyalahkan media, apa cuba dilakukan  mereka nampaknya memakan diri, untuk menutup kesilapan itu sudah pasti pihak lain menjadi sasaran yang kononnya ingin memburuk-burukkan imej parti itu.

"Ini bukan sesuatu yang baru kepada pembangkang mereka akan cuba mencari apa jua alasan dan menyalahkan pihak lain, begitu juga dengan apa yang berlaku pada pilihan raya ke, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sasaran selepas gagal menawan Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas menyataan Azmin bahawa PKR akan bersama-sama dengan DAP dan Pas untuk mengangkat sumpah sebagai  Ahli Dewan Rakyat, sedangkan Anwar dikatakan merancang untuk memboikot majlis berkenaan.

Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan adanya pertembungan pendapat antara kumpulan Anwar dengan Azmin,  bukan sahaja membabitkan isu memboikot Dewan Rakyat tetapi beberapa isu lain sebelum ini termasuk perlantikkan Menteri Besar Selangor.

"Bukan sahaja PKR, Anwar juga turut menghadapi masalah dengan rakan sekutunya DAP dan Pas. Keputusan Ahli Parlimen DAP dan Pas untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah itu secara tidak langsung menunjukkan Anwar tidak mampu untuk mengawal kedua parti berkenaan untuk mengikut telunjuknya.

"Anwar kini sudah hilang taring, bukan sahaja di kalangan parti pembangkang, malah di dalam PKR sendiri apabila arahannya kini sudah berani disanggah oleh orang kepercayaannya, Azmin Ali," katanya. -MediaUMNO

Perlantikan Saifuddin Agenda “Jaga” Politik Peribadi Pihak Tertentu

Posted: 13 Jun 2013 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Perlantikan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Selangor terus dipersoalkan kewajarannya serta dilihat mempunyai motif politik dalaman yang mengakibatkan timbulnya rasa kurang senang terutama di kalangan kepimpinan PKR Selangor sendiri.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim menegaskan kepimpinan tertinggi PKR  juga tidak dapat menjelaskan dengan terperinci apa matlamat dan tujuan perlantikan Saifuddin ke dalam pentadbiran negeri Selangor dengan diberikan jawatan yang tinggi.

"Selain daripada matlamat dan tujuan yang tidak jelas, ia juga memperlihatkan ada unsur-unsur nepotisme yang berlaku di dalam pentadbiran PKR apabila Saifuddin yang diketahui umum sebagai orang kuat Anwar di letakkan di situ.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kalah bertanding di Kulim baru-baru ini, diberikan jawatan yang begitu penting dalam pentadbiran di negeri Selangor? Ini sudah tentu ada agenda yang tersembunyi di sebalik perlantikan tersebut," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya, beliau tidak menolak sebab perlanti kan Saifuddin itu bertujuan untuk memantau pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, bagi mewujudkan keadaan check dan balance bagi setiap keputusan kerajaan negeri.

"Selain itu juga, saya melihat dalam masa yang sama, ia bagaikan satu strategi bagi menidakkan kepimpinan PKR Selangor, khususnya Azmin untukterlibat dan menguasai pentadbiran di negeri itu,"

"Jika Saifuddin diberikan jawatan ini khusus untuk menjalin hubungan politik di antara pentadbiran negeri dan parti, maka di mana pula peranan Setiausaha Politik? Apakah kerajaan negeri akan menghapuskan jawatan Setiausaha Politik negeri?," soalnya.

Lebih memburukkan keadaan lagi jelas beliau, kini Pas dan DAP juga mendesak untuk meletakkan wakil mereka di jawatan yang sama sepertimana yang dipegang oleh Saifuddin hari ini.

"DAP dan Pas juga mendesak untuk meletakkan wakil mereka di dalam pentadbiran negeri Selangor. Bagi saya, ini membuktikan kecelaruan dan ketidaksepakatan Pakatan dalam mengurus tadbir negeri yang lebih kepada agenda politik peribadi.

"Ini juga merupakan  tanda-tanda perpecahan di dalam PKR yang bagaikan retak menanti belah. Saya yakin, perkara ini akan berterusan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PKR Selangor yang selama ini bertungkus lumus bekerja untuk memenang PKR di Selangor,"jelasnya.

Perlantikan Setiausaha Agung PKR itu dipersoalkan kewajarannya oleh kepimpinan dan ahli akar umbi  PKR Selangor, termasuk juga parti sekutu mereka seperti Pas dan DAP.

Perlantikan Saifuddin yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan kongres parti kesembilan pada 25 Mei lalu di Petaling Jaya bagaimanapun disokong oleh beberapa pimpinan pakatan pembangkang seperti Khalid Samad, Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Suee Lim dan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri. -MediaUMNO

Najib : Many Employees Still Being Paid Below Minimum Wage

Posted: 13 Jun 2013 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 13  - Many employees are still being paid below the minimun wage, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said this was despite their employers registering huge profits and the minimum wage policy introduced last year.

He said this was travesty of both logic and justice.

“If we wish to become a more developed and more inclusive society, employee welfare must be prioritised. I ask all employers to commit to paying their workers a living wage,” he said in his keynote address at the Invest Malaysia 2013, here, today.

Malaysia had introduced the Minimum Wage Policy in July last year, and employers were given until early this year to begin complying with the new regulation.

The minimum wage in Peninsular Malaysia was set at RM900 per month and in Sabah and Sarawak, at RM800.

“We must ensure that we are providing equitable employment conditions across the workforce,” he said.

In advocating for gender equality in Malaysia’s businesses, the prime minister said he encouraged all public-listed and government-linked companies to make full voluntary disclosure of female participation rates, from the board level down.

Najib also urged companies to use the incentives in the federal budget to offer childcare facilities at the workplace in order to enable female employees to balance their work and family commitments.

He said by using the incentives to offer childcare facilities, Malaysians would all have the same opportunity to progress in their careers.

Pelantikan Ketua Pembangkang Di DUN Sabah Tidak Termaktub Dalam Perlembagaan

Posted: 13 Jun 2013 01:39 AM PDT

KOTA KINABALU, 13 Jun – Pelantikan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan dan peraturan mesyuarat DUN negeri, sebaliknya ketua pembangkang dipilih berdasarkan konvensional, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata jika parti pembangkang ingin melantik ketua pembangkang, mereka boleh mengemukakannya kepada Speaker, dan Speaker akan mengambil tindakan selepas menerima cadangan itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini pembangkang belum berbuat demikian,” katanya selepas majlis mengangkat sumpah 60 anggota Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas, dekat sini hari ini.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata demikian ketika diminta mengulas status sebenar ketua pembangkang di DUN Sabah.

Beliau berkata bilik khas untuk Adun pembangkang juga disediakan selaras dengan amalan demokrasi.

Mengenai perbahasan sidang DUN Sabah yang dijangka hangat dengan kehadirian 12 Adun pembangkang, Salleh berharap wakil rakyat dapat mematuhi peraturan mesyuarat sedia ada.

“Perbahasan sepatutnya dibuat secara sihat kerana masing-masing ada pandangan, dan apa yang penting ialah mereka perlu bersikap profesional.

“Sebagai Speaker saya akan menjalankan tugas secara profesional berpandukan standing order (peraturan tetap),” katanya.

Perasmian pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin, 17 Jun manakala persidangan DUN akan diadakan selama tiga hari bermula Selasa, 18 Jun.

Lonjakan Di Bursa Sehari Selepas Pilihan Raya Tanda Agenda Ekonomi BN Diterima

Posted: 13 Jun 2013 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lonjakan lebih 100 mata di Bursa Malaysia, dengan kenaikan sehari terbesar dalam sejarahnya, sehari selepas Barisan Nasional mengekalkan pemerintahannya pada pilihan raya umum ke-13, menunjukkan penerimaan pasaran terhadap agenda ekonomi kerajaan berbanding pembangkang.

“Adalah menarik untuk melihat peningkatan itu sebagai sokongan terhadap jalan yang telah kita pilih untuk Malaysia.

“Tetapi ia juga satu pernyataan kelegaan. Selepas setahun perkembangan yang tidak menentu, risiko politik berkurangan,” kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2013, persidangan yang dianjurkan Bursa Malaysia dan ditaja bersama oleh Maybank Investment Bank di sini hari ini.

Pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum, FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada paras tertinggi pada 1,752.02 mata, dan penganalisis mengaitkannya dengan kemenangan BN yang properniagaan, yang akan terus berkuasa.

Penganalisis berkata bursa akan terus mengalami kenaikan, dengan pelabur mula menggunakan tunai mereka, yang sebelum ini tidak memasuki pasaran kerana menunggu keputusan pilihan raya.

Mereka berkata selepas ini, akan terdapat peningkatan dalam aktiviti belian diterajui pelabur institusi tempatan dan asing.

Pasaran kini didagangkan pada 1,756.18 mata.

Mengenai masa hadapan, Perdana Menteri berkata lima tahun akan datang bakal memberi peluang kepada kerajaan untuk menetapkan laluan Malaysia bagi dekad seterusnya.

“Saya faham dan menerima mesej daripada pengundi, bahawa semasa kita terus melalui jalan ini, kita perlu telus dan bertanggungjawab, dan manfaat transformasi ekonomi mesti sampai kepada semua rakyat Malaysia.

“Saya akan berusaha untuk memastikan kejayaan negara kita tanpa meminggirkan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam dunia yang tidak menentu, beliau berkata, Malaysia muncul sebagai destinasi pelaburan yang menarik, menjadi tempat kepada antara pasaran modal utama di rantau ini, menawarkan pasaran bon korporat keempat paling aktif di Asia dan pasaran IPO kelima terbesar di dunia.

“Apabila digabungkan, mereka dua setengah kali lebih besar daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), menyediakan pembiayaan penting untuk perniagaan domestik dan antarabangsa.

“Terdapat petunjuk bahawa minat ini di Malaysia akan dikekalkan. Pasaran utama dijangka kekal kukuh tahun ini, dengan sebahagian besar daripada pembiayaan datang dari pasaran bon (dan) IPO yang dalam perancangan dijangka terus teguh, dengan lebih banyak penerbit berbanding tahun lepas.

“Tahun ini, penyertaan asing di Bursa Malaysia mencecah US$1 bilion buat pertama kalinya. Syarikat-syarikat yang disenaraikan di Indeks Komposit KL kini menjana 45 peratus daripada pendapatan mereka dari luar negara.

Beliau berkata tahun ini telah menyaksikan aliran masuk asing bersih yang besar ke dalam kedua-dua pasaran, dengan aset bawah pengurusan berkembang kepada RM505 bilion dan nilai aset bersih unit amanah semakin meningkat, mencecah 20 peratus daripada permodalan pasaran ekuiti.

Najib berkata pelancaran struktur alternatif seperti amanah perniagaan akan terus membuka pasaran modal.

Bagi tujuan ini, beliau berkata, usaha sedang dijalankan untuk menggalakkan keterangkuman pembiayaan yang lebih lagi dan memastikan akses yang lebih baik untuk mereka yang baru bermula, usahawan berwawasan dan entiti kecil dan sederhana.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT