SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, June 7, 2013

UMNO Online - “Pemuda Sokong, Minta Khairy Terus Kekal Sandang Jawatan Ketua Pemuda UMNO – Razali” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda Sokong, Minta Khairy Terus Kekal Sandang Jawatan Ketua Pemuda UMNO – Razali” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda Sokong, Minta Khairy Terus Kekal Sandang Jawatan Ketua Pemuda UMNO – Razali

Posted: 06 Jun 2013 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR,  6 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta Khairy Jamaluddin, menawarkan diri mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya sekarang pada pemilihan UMNO akan datang.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, memandangkan tidak ada lagi pencalonan di peringkat bahagian untuk satu-satu calon melayakkan diri untuk bertanding, jadi Pemuda merayu agar Khairy mengisi borang pencalonan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang dan Pemuda UMNO telah sepakat untuk membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda dalam pemilihan nanti.

"Kita tidak boleh membuat ketetapan untuk orang lain untuk menawarkan diri tetapi kita telah melalui proses kepimpinan bersama selama hampir lima tahun dan kita dapati bahawa perjalanan pilihan raya ini telah disumbangkan oleh Pemuda di bawah kepimpinan beliau.

“Kalau kita perasan tidak banyak isu calon yang merajuk, dari segi sabotaj parti di kalangan Pemuda dan sebab itu kita rasa perlu untuk kita kekalkan mandat baru kepada saudara Khairy memandangkan beliau juga akan menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang menjurus kepada orang muda dalam kerajaan.

“Saya harap di peringkat akar umbi tanpa kita menyekat semangat demokrasi dalam parti, kita hanya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman kita bersama dan kita rasa Khairy sesuai untuk mengisi jawatan tersebut, malah usianya juga masih muda untuk menjayakan agenda kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Tambahnya, Pemuda tidak boleh menyekat mana-mana ahli untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, tetapi kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO telah bersama selama lima tahun ini, telah menilai dan hasilnya ialah pada PRU13 lalu.

"…..Tetapi kalau ada lain yang nak lawan, mereka boleh isi borang, lawanlah…. tetapi pada kita, atas semangat kita selepas PRU ini, kita ada banyak kerja dari perkara tersebut. Apapun terjadi, kita tidak mahu perpecahan yang terlalu panjang," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Rasis Dan Cauvinis Sudah Jadi Darah Daging Perjuangan DAP

Posted: 06 Jun 2013 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din,  membidas kepimpinan DAP yang mendakwa bahawa parti tersebut mengamalkan demokrasi, kebebasan dan ketelusan dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan parti itu sendiri.

Menurut beliau, biarpun kepimpinan DAP cuba menyakinkan rakyat bahawa parti tersebut terbuka  dan cuba membentuk persepsi rakyat dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti rasis, namun hakikatnya rakyat di negara ini tidak buta untuk melihat sikap rasis, tidak telus dan bersikap tidak adil yang diamalkan oleh kepimpinan DAP hari ini.

"Di mana kebebasan dan keadilannya apabila DAP sendiri menghalang akhbar tertentu daripada menghadiri program mereka dan amat takut dikritik?

"Di mana pula keadilan di dalam DAP apabila peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang ditindas dan dinafikan hak mereka? Adilkah DAP apabila lebih menumpukan kepada pembangunan hartanah mewah dan melupakan rakyat miskin di Pulau Pinang?

"Di mana demokrasi di dalam DAP yang dilaung-laungkan oleh pemimpin mereka apabila pemilihan CEC parti mereka sendiri  penuh dengan penyelewengan?," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, jika benar UMNO sebuah parti yang  bersikap rasis, sudah pastinya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tidak akan menjaga kepentingan semua rakyat di negara ini sebaliknya hanya akan menjaga kepentingan bangsa Melayu saja.

"Biarpun UMNO sebuah parti berteraskan bangsa, namun presiden UMNO adalah Perdana Menteri Malaysia dan jelas beliau mewakili semua kaum di negara ini. Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak dan bersikap rasis terhadap mana-mana kaum.

"Kita berusaha untuk berlaku adil terhadap semua kaum dan agama. UMNO hanya akan bersikap rasis terhadap parti yang rasis dan cauvinis seperti DAP yang tidak tahu menghormati undang-undang dan perlembagaan negara, serta bercakap ikut sedap tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain," jelasnya.

Justeru itu, beliau menasihati kepimpinan DAP agar memperbetulkan diri dan parti mereka terlebih dahulu, sebelum menuduh orang lain tidak adil, tidak telus dan tidak mengamalkan prinsip demokrasi yang sebenar.

"Saya yakin, rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu tidak mudah tertipu dengan permainan DAP yang konon-kononnya parti untuk semua kaum. Kita tidak dapat  menerima prinsip DAP yang jelas nampak bersikap rasis dan suka mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Islam yang sudah termaktub di dalam perlembagaan.

"DAP berusaha untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu. Inilah sikap rasis dan cauvinis DAP yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara selain akan timbulnya perselisihan faham dan pergeseran antara kaum. Inilah sebenarnya sikap rasis dan cauvinis DAP yang cuba diselindungkan mereka," ujarnya. -MediaUMNO

Pemuda Usul Najib, Muhyiddin Kekal Presiden, Timbalan Presiden UMNO

Posted: 06 Jun 2013 04:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat ketetapan agar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Si Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan UMNO akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO menghormati semangat demokrasi dalam parti UMNO terutamanya menerusi pindaan dalam perlembagaan parti yang akan memperluas jumlah perwakilan yang akan memilih jawatan tertinggi parti termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO termasuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO dan jawatan tertinggi dalam pergerakan sayap.

"Kita menghormati semangat demokrasi tersebut, kami juga berpendapat bahawa dalam senario pasca PRU13, kita dapati perkara pertama yang perlu kita utamakan ialah untuk memperkukuhkan parti kita sendiri. UMNO telah mencatat prestasi yang baik, kita telah meningkat kerusi parlimen kita, sekarang ini jauh lebih baik dari PRU12.

“UMNO juga telah banyak menyumbang kerusi yang paling banyak dalam BN. Oleh yang demikian, kita harus memperkukuhkan lagi UMNO supaya UMNO terus jadi tunjang kepada BN dan pada waktu yang sama, ada beberapa parti kompenan menghadapi sedikit masalah, UMNO mesti berada di hadapan untuk mengetuai dan memaju pembangunan dan menentukan hala tuju BN menjelang PRU14," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn  di sini, petang tadi.

Justeru tambah beliau walaupun menghormati proses demokrasi dalam UMNO, tetapi atas kesedaran perlu diperkukuhkan lagi UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat ketetapan dan mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dan menyokong agar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan yang akan datang.

Pada masa yang sama, jelas beliau lagi Pemuda UMNO turut menolak cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal yang akan mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Masanya belum sesuai untuk BN dijadikan parti tunggal.  Sistem parti komponen dalam BN yang mewakili kaum tertentu dilihat masih relevan dalam amalan politik di Malaysia.

“Pemuda UMNO mahu komponen dalam BN kekal sebagai parti yang mewakili bangsa masing-masing seperti sedia ada,” ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.

Ini merupakan mesyuarat pertama Exco Pemuda selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.

Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

Mengulas lanjut Khairy sebaliknya mencadangkan supaya resolusi yang diluluskan Dewan Tertinggi BN sebelum ini bagi membuka keahlian terus tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal. -MediaUMNO

Johor Akan Kaji Semula Pengeluaran Lesen Perniagaan Pusat Hiburan Keluarga

Posted: 06 Jun 2013 01:34 AM PDT

JOHOR BAHARU, 6 Jun – Kerajaan negeri Johor akan mengkaji semula pengeluaran lesen perniagaan pusat hiburan keluarga oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini sebagai usaha membanteras kegiatan jenayah dan gejala sosial.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rombakan perlu dilakukan memandangkan ada pusat perniagaan yang didaftarkan atas nama pusat hiburan keluarga itu mengendalikan perniagaan tidak sewajarnya seperti judi Internet.

“Ada beberapa kesukaran apabila pihak berkuasa melakukan serbuan kerana pengendalinya mengubah pusat judi itu sebagai pusat hiburan keluarga. Mereka (pengendali) bijak, jadi kita (kerajaan negeri) mesti kena lebih jadi bijak.

“Kalau mahu berfungsi sebagai pusat Internet, maka lesen hendaklah berdaftar sebagai pusat Internet dan tidak boleh berdaftar sebagai pusat hiburan keluarga,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian  selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Beliau berkata terdapat 155 pusat hiburan keluarga di seluruh negeri ini dan kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan lesen untuk perniagaan pusat hiburan keluarga sekiranya masalah berkenaan berterusan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan di negeri ini demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pelabur.

“Saya ditaklimatkan bahawa keadaan di Johor aman, selamat dan terkawal. Indeks jenayah di negeri ini juga menunjukkan penurunan selama lima tahun berturut-turut. Johor bukan negeri tertinggi dari segi jenayah walaupun ada pihak yang menuduh sedemikian,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled turut meminta orang ramai supaya sentiasa bekerjasama dengan polis memandangkan penglibatan orang awam khususnya penyertaan dalam Rakan Cop merupakan cara terbaik dalam menangani jenayah.

Pas Dicabar Buat Pendirian Rasmi Berhubung Isu Himpunan Blackout 505

Posted: 06 Jun 2013 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Parti Islam SeMalaysia (Pas) dicabar untuk menyatakan keputusan dan pendirian rasmi parti tersebut berhubung perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang, yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Tegas Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor, Ustaz Rosdi Long, sehingga ke hari ini, kenyataan kepimpinan Pas masih lagi berdolak dalik dan samar-samar berhubung pendirian mereka terhadap himpunan tersebut.

"Biarpun Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh yang  menasihati ahli Pas agar tidak terlibat dengan himpunan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan itu, namun kenyataan itu bagi saya hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak menjadi dasar kepada pendirian parti.

"Ini kerana ada juga pemimpin Pas yang menggalakkan ahlinya untuk menyertai perhimpunan tersebut. Jadi apa pendirian Pas sebenarnya? Kenyataan kepimpinan Pas bercanggah sesama sendiri, tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, beliau berpendapat bahawa kenyataan Ketua Dewan Ulama itu hanyalah sekadar untuk memperlihatkan kepada umum bahawa perjuangan Pas masih lagi berlandaskan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di mana haram bagi umat Islam menjatuhkan kerajaan Islam yang dipilih oleh rakyat hari ini.

"Kita tahu di dalam persepakatan ulama ahli Sunnah, menjatuhkan kerajaan dengan cara membuat huru hara adalah haram. Jadi, kenyataan itu tidak lebih hanyalah sebagai wayang Pas sedangkan hakikatnya kepimpinan Pas menggalakkan ahli-ahlinya menyokong dan hadir di dalam perhimpunan haram tersebut," ujarnya.

Jika perjuangan Pas benar-benar berlandaskan ajaran Islam, kepimpinan parti tersebut , ahli Dewan Ulama Pas dan juga mursyidul Am Pas perlu bersidang untuk memutuskan keputusan dan pendirian Pas berhubung penglibatan mereka di dalam perhimpunan tersebut.

"Sehingga hari ini tidak ada sebarang perbincangan rasmi kepimpinan tertinggi Pas berhubung soal tersebut bagi membuat keputusan dan pendirian yang kemudiannya akan dijadikan dasar parti.

"Saya cabar sekiranya perjuangan Pas masih lagi berlandaskan Islam, maka Pas mesti mengeluarkan satu kenyataan rasmi dan menjadi dasar parti berhubung perkara tersebut.

"Janganlah berdolak dalik dan buat kenyataan yang bercanggah sesama sendiri sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahl dan umat Islam. Jangan pergunakan Islam, untuk menghalalkan perkara yang haram, semata-mata demi kepentingan politik,"tegasnya. -MediaUMNO

Fatwa Council To Appoint Expert To Explain On Laws Pertaining To Islam

Posted: 06 Jun 2013 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 6  - The National Fatwa Council will appoint a Fellow or consultant to explain and clarify on laws pertaining to the fatwa or edicts.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said there were many groups currently that were issuing statements or responding to issues pertaining to the fatwa.

“(As such) There should no longer be any dispute on the credibility of those who would be appointed later. Whatever response on problems pertaining to (Islamic) rules and laws would come from this source.

“We don’t have the appropriate candidates at the moment and this matter will be discussed (for a final decision),” he said.

Jamil Khir said this after attending a special meeting with the National Fatwa Council Committee, here today.

Former Judge Suggest Formulation Of Special Law On Treason

Posted: 06 Jun 2013 12:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 6 – Former Court of Appeal judge Datuk Mohd Noor Abdullah has suggested the formulation of a special law on treason.

He said although there was already the Sedition Act 1948 which covered acts of treason, but there were differences between sedition and treason.

“There should be a special law on what constitutes acts of treason. This law is appropriate because some people do not really understand the actual powers of the ruler.

“Very timely for the government to legislate law on treason, not under sedition,” ” he told reporters on the sideline of a seminar on the monarchy organised by Universiti Malaysia Perlis here.

He said the special law should clearly define what constituted a treason, in terms of action, speech, satire, graphics and others, and to impose a stern penalty of at least imprisonment for two years, on those found guilty.

“This is to make the people know that there is no forgiveness for those who commit treason,” he added.

Before formulating the law, he said, the society, especially the young generation, should be exposed and given explanation on the system of constitutional monarchy practised in the country.

“Taking action without providing an explanation is tyranny, but let the explanation be done by the legal experts.

“Don’t let politicians with vested interests to do it,” he added.

He said laws are rules of life and the people should abide by them.

Earlier, when tabling a working paper, Mohd Noor said freedom of speech did not allow an individual to question the powers, rights and privileges of a ruler that had been enshrined in the constitution.

“In fact, anyone who attempt to incite the abolishment of the monarchy, even in Parliament, can be charged in court eventhough they have the immunity to discuss other matters in the august House,” he added.

The seminar, themed “Making Monarchical Rule Sustainable” is held in conjunction with the Raja of Perlis 70th birthday celebration.

Malindo Air Yakin Kemampanan Strategi Penetapan Harga Tambang

Posted: 05 Jun 2013 11:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Syarikat penerbangan baharu, Malindo Air yakin boleh menarik pasaran Malaysia dengan strategi penetapan harga tiket dan struktur kos mampan yang dipacu pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Airways Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu yakin tambang rendah yang ditawarkannya mampan di bawah struktur kos yang terkawal.

Ini berbeza dengan pendapat beberapa penganalisis dan pakar-pakar penerbangan bahawa harga tiket yang rendah yang ditawarkan Malindo Air tidak mampan secara fiskal kerana kos operasi yang tinggi.

Chandran berkata dalam perniagaan syarikat penerbangan, terdapat empat komponen kos utama iaitu pesawat, penyelenggaraan, bahan api dan perbelanjaan organisasi.

“Bagi Malindo Air, kami amat bernasib baik kerana mempunyai dua syarikat besar (induk) Lion Group dan NADI (National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd).

“Melalui syarikat induk ini, Malindo Air menjimatkan kos yang besar memandangkan Lion Group mempunyai pesanan terbesar pesawat Airbus manakala NADI, pakar penyelenggaraan pesawat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Malindo Air juga merancang untuk memanfaatkan Lion Group, yang mengendalikan Lion Air dari Indonesia, untuk membeli alat ganti pesawat pada harga yang lebih ekonomi.

Semasa ditanya sama ada strategi tambang Malindo Air akan tetap rendah, Chandran berkata ia bergantung kepada bekalan berbanding ekosistem permintaan.

“Jika permintaan besar, secara automatik harga akan menjadi lebih berdaya saing. Tunggu dan lihat. Saya lebih suka membuktikan melalui tindakan saya, bukannya kata-kata,” katanya.

Malindo Air, yang memulakan perkhidmatan pada akhir Mac 2013, dilihat banyak pihak sebagai ancaman kepada Malaysia Airlines dan AirAsia dari sudut produk dan tambang rendah.

Pada masa ini, kumpulan pesawat Malindo Air yang terdiri daripada dua pesawat Boeing 737-900ER, mengadakan perkhidmatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, dengan tiga penerbangan setiap hari ke Kuching dan tiga penerbangan harian ke Kota Kinabalu.

Malindo Air juga mengadakan perkhidmatan dari Subang ke Kota Baharu, Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Syarikat penerbangan itu juga sedang mengkaji untuk memulakan penerbangan antarabangsa sulung ke India dan Singapura pada Ogos.

Malindo Air juga dijangka mempunyai kumpulan 10 pesawat dan empat pesawat turboprop ATR menjelang akhir tahun.

Syarikat Bumiputera Perlu Tingkat Penglibatan Di Bursa Malaysia – Ahmad Maslan

Posted: 05 Jun 2013 10:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Penglibatan syarikat bumiputera dalam pasaran saham tempatan perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan mereka mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Kita berharap syarikat bumiputera akan mengambil peranan aktif dalam pasaran saham yang bukan hanya bertujuan untuk menambah modal mereka tetapi membuka peluang yang cerah untuk mengembangkan syarikat mereka di luar negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Bursa Malaysia Bhd di sini hari ini.

“Jika kita bawa syarikat-syarikat tempatan yang tidak disenaraikan ke luar negara, mereka akan dianggap oleh pelabur asing di sana sebagai syarikat yang kecil.

“Namun, kalau syarikat tersebut merupakan syarikat yang tersenarai, mereka akan dianggap sebagai syarikat yang cekap, berdaya maju dan telus yang juga merupakan ciri-ciri untuk syarikat tersenarai dalam pasaran saham,” jelas beliau.

Beliau berkata umum mengetahui bahawa daripada 914 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, majoriti yang terlibat dalam aktiviti pasaran saham tempatan adalah dalam kalangan syarikat bukan bumiputera.

“Ini berlaku kerana ramai dalam kalangan kaum bumiputera masih kurang faham tentang aktiviti yang berlaku di pasaran Bursa Malaysia,” kata beliau.

Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata pendidikan mengenai Bursa Malaysia harus diperluaskan terutamanya di peringkat pengajian tinggi awam dan swasta agar sistem perdagangan dapat difahami dengan bahasa yang lebih mudah.

“Pemilikan ekuiti syarikat bumiputera juga masih berada di sekitar 20 peratus dan ini masih belum mencapai sasaran kerajaan iaitu berjumlah 30 peratus,” kata Ahmad.

Oleh, beliau berkata, penglibatan mereka perlu ditambah dan usaha perlu digandakan bagi memastikan sasaran ini mampu dicapai dalam tempoh yang tidak terlalu panjang.

“Tiga puluh peratus itu tidak banyak, namun kalau ia mampu dicapai, itu sudah dianggap kejayaan besar bagi kita,” kata beliau.

Cadangan Gubal Undang-Undang Khas Kesalahan Derhaka Kepada Raja

Posted: 05 Jun 2013 10:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun –  Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah pada Khamis mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada Raja.

Beliau berkata meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yang mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia merupakan perbuatan yang berbeza.

“Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja.

“Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan,” katanya  di luar Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara.

“Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebelum undang-undang itu digubal, masyarakat khususnya generasi muda perlu terlebih dahulu diberi pendedahan dan penjelasan tentang sistem Raja Berperlembagaan yang diguna pakai di negara ini.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mengambil tindakan kepada seseorang yang didapati melakukan kesalahan tanpa individu berkenaan diberi pendedahan yang secukupnya.

“Mengambil tindakan tanpa menjelaskan adalah menganiaya. Tetapi biarlah penjelasan itu dibuat oleh orang yang pakar dalam undang-undang. Jangan diserah kepada orang politik yang ada kepentingan. Takut nanti terpesong Perlembagaan mengikut kecenderungan politik mereka,” tegasnya.

Tambahnya, undang-undang ialah peraturan hidup dan rakyat seharusnya mematuhi apa yang termaktub di dalamnya.

Terdahulu ketika membentangkan kertas kerja, Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara tidak membolehkan mana-mana individu mempersoal kuasa, hak dan keistimewaan Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Malahan, sesiapa yang cuba mengapi-apikan penghapusan institusi Raja dalam Parlimen sekalipun boleh didakwa di mahkamah walaupun mereka kebal untuk membincangkan perkara-perkara lain di dalam Dewan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sistem Raja Berperlembagaan telah diterima pakai sejak merdeka.

Justeru, katanya, pemerintah negara yang sebenar ialah Raja manakala Kabinet hanya menjalankan tadbir urus atas nama Raja.

“Oleh itu, tidak timbul soal undi popular atau ingin menukar pemerintahan beraja kepada presiden,” tegasnya.

Seminar dua hari bertemakan “Melestarikan Pemerintahan Beraja” itu buat julung kalinya dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-70 Raja Perlis.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT