SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, June 26, 2013

UMNO Online - “State Exco Member Dr A Rahman In Stable Condition” plus 9 more

UMNO Online - “State Exco Member Dr A Rahman In Stable Condition” plus 9 more

Link to UMNO Online

State Exco Member Dr A Rahman In Stable Condition

Posted: 25 Jun 2013 04:02 AM PDT

KUALA TERENGGANU, June 25  - State Committee Chairman of Health, Women, Family and Community Development, Dr A Rahman Mokhtar is in stable condition in Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ) here.

His deputy, Mahdi Musa said Dr A Rahman was put to sleep by the hospital autority for treatment.

“I visited him in the Intensive Care Unit (ICU) at noon and found that his condition has improved. Let us pray for his quick recovery.

“He is always accompanied by family members and allowed only limited number of visitors,” he told reporters after a briefing by Kolej Tesdec at Riyaz Heritage Resort & Spa here today.

Dr A Rahman, the Kuala Besut State Assemblyman was rushed to Besut District Hospital for breathing problem on Thursday morning before tranferred to HSNZ.

Angkat Sumpah – Contoh Terbaik ‘PR’ Penipu Rakyat

Posted: 25 Jun 2013 03:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Ketua Pergerakan Pemuda UMNOi Perak, Khairul Azwan Harun menyifatkan tindakan dan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta 89 Ahli parlimen Pembangkang yang turut mengangkat Sumpah Ahli Parlimen kelmarin merupakan satu contoh terbaik yang digelar ‘PR- Penipu Rakyat’ kerana penyokong mereka sendiri pun ditipu.

“Baru-baru ini kita dapat lihat di Padang Merbok ramai pemimpin pembangkang termasuk Ahli-Ahli Parlimen mereka yang berceramah cuba meyakinkan penyokong-penyokong mereka bahawa apa yang mereka buat, perhimpunan 505 itu dibuat untuk menegakkan keadilan, tetapi hari ini kita tanya semula, di mana mereka.

“Terbukti semua Ahli Parlimen pembankang hadir di Parlimen untuk mengangkat sumpah dan inilah bukti sekali lagi mereka menipu rakyat dan rakyat yang dibohong hari ini ialah penyokong mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim dan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sedangkan dalam masa yang sama membiarkan penyokong-penyokong mereka di luar parlimen kepanasan, berdemostrasi kononnya menuntut keadilan dalam sistem pilihan raya.

Justeru beliau turut menasihatkan penyokong pembangkang agar sedar dan menilai tindakan mereka yang langsung tidak memberi apa-apa manfaat dan kebaikan.

“Buang masa sahaja, ditipu pagi petang, siang dan malam oleh pemimpin-pemimpin mereka yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab langsung, yang saya kira mereka-mereka ini mempunyai kepentingan peribadi, mempunyai agenda-agenda yang sempit semata-mata untuk mengejar kedudukan mereka sahaja melalui penipuan yang dibuat kepada rakyat termasuk penyokong mereka sendiri,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

60,000 Visitors At Floria Putrajaya Yesterday Despite Haze

Posted: 25 Jun 2013 02:04 AM PDT

PUTRAJAYA, June 25 – The hazy conditions did not keep Malaysians at home as about 60,000 headed to the Putrajaya Flower and Garden Festival (Floria Putrajaya) in Presint 2, here, yesterday.

Putrajaya Corporation (PPj) president Tan Sri Aseh Che Mat said although the number of visitors had dropped compared to the first day which recorded 100,000 and 80,000 on the second day, yesterday’s figure was encouraging considering the poor air quality.

“To protect visitors, PPj will continue distributing face masks at the entrance as well as have a health service van on standby,” he told reporters after launching the Women’s Health Forum, here, today.

“For their comfort, visitors also have the choice of visiting the Floria Pavilion, the main attraction, which is located in an air-conditioned building,” he said.

Aseh said the annual event hoped to draw more than a million visitors and break its previous record of 800,000 visitors.

The Floria Putrajaya, themed ‘Orkid – Khazanah Tropika’ (Orchid – Tropical Treasure), which began on June 22 will end this Sunday. It is open to the public from 9am to 10pm (Monday to Thursday) and 9am to midnight (Friday to Sunday).

Pemilihan UMNO Bukan Wayang Demokrasi Seperti Parti Pembangkang

Posted: 25 Jun 2013 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun – UMNO sentiasa memastikan ketelusan dan kejujuran dalam kepimpinannya bagi memelihara asas dan tujuan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menganggap parti ini sangat konsisten sehinggakan melakukan pembaharuan dengan mengadakan pemilihannya secara terbuka tahun ini.

"Walaupun UMNO sudah berusia lebih 67 tahun tetapi ia masih terus melaksanakan transformasi bagi disesuaikan dengan setiap generasi dan pemimpinnya dari akar umbi hinggalah ke peringkat tertinggi dipertandingkan," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, seharusnya rakyat menjadikan ia perbandingan dengan parti-parti pembangkang yang melaksanakan pemilihan dengan adanya satu-satu jawatan tidak dipilih oleh anggotanya sendiri walhal ia mempunyai kuasa yang melangkaui presiden parti.

"Rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar bekerja dan bukannya hanya tahu bercakap atau berpolitik sebagaimana anggota pakatan pembangkang yang kononnya mahukan ketelusan, kejujuran dan tiada penipuan dalam pemilihan sedangkan di kalangan mereka sendiri pelbagai perkara negatif berlaku.

"Kalau kita tengok dalam PKR, jawatan yang disandang oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum tidak dipertandingkan tetapi kuasanya melebihi daripada Dr. Wan Azizah selaku Presiden parti iaitu isterinya dan anak sulungnya pula menjadi Naib Presiden. Begitu juga dengan jawatan Mursyidul Am Pas yang melangkau kuasa Presiden, Hadi Awang. Adakah ini telus?"

Tegas beliau, dalam PKR sendiri telah menunjukkan bahawa dikalangan pemimpin mereka tidak mempercayai orang luar untuk diangkat sebagai ketua dan kuasa yang ada hanya berlegar dikalangan keluarga sendiri semata-mata.

"Begitu juga dengan DAP yang lantang mempertikaikan pengiraan undi dalam pilihan raya namun malangnya dalam pemilihan mereka sendiri pun berlaku salah kira undi, yang lebih buruk lagi apabila ia hanya diakui selepas dua minggu pemilihan selesai dengan ada sebilangan anggotanya yang tidak dijemput menghadiri pemilihan.

"Mereka bercakap soal demokrasi tetapi sebenarnya merekalah yang gagal menterjemah demokrasi kerana UMNO masih mengekalkan pemilihan dari peringkat cawangan, bahagian dan kepimpinan Majlis Tertinggi parti sedangkan pemimpin pakatan pembangkang tidak dipilih oleh ahlinya selain ada keraguan dalam proses pengiraannya."

Ujar beliau yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO, sepanjang penubuhan UMNO, pemilihan dan peralihan kuasa di kalangan pemimpinnya berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa sebarang huru-hara malah sekiranya ada perselisihan ianya akan diselesaikan dengan baik.

"Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat tidak gentar dalam pemilihan atau berdepan dalam jawatan yang dipertandingkan dan dalam hal ini pakatan pembangkang tidak layak untuk mempersoalkan berkaitan ketelusan dan integriti dalam pilihan raya kerana di peringkat partinya pun mereka ternyata gagal.

"Pembaharuan pemilihan UMNO yang akan berlangsung tahun ini adalah bukti jelas bahawa pemimpin UMNO tidak gentar dan terbuka untuk dicabar dan dinilai oleh anggotanya berlandaskan kepada kerja dan amanah yang telah dilaksanakan," katanya.

Seramai 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baru UMNO yang dilakukan tiga tahun lalu. – MediaUMNO

MTUC Mahu Majikan Sediakan Topeng Muka Secara Percuma Kepada Pekerja

Posted: 25 Jun 2013 12:15 AM PDT

PETALING JAYA, 25 Jun –  Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Selasa menggesa semua majikan menyediakan topeng muka secara percuma kepada pekerja mereka berikutan jerebu yang semakin teruk di negara ini.

Keutamaan patut diberikan kepada mereka yang bekerja di lapangan seperti pembinaan, perladangan dan pekerja pelabuhan, kata Naib Presidennya A. Balasubramaniam.

Beliau memberitahu Bernama, pada ketika ini sesetengah pekerja membeli sendiri topeng muka dan ini membebankan mereka daripada segi kewangan.

Balasubramaniam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan MTUC berkata majikan juga perlu memberi pertimbangan sewajarnya kepada pekerjamereka yang menghidap asma atau penyakit lain berkaitan pernafasan.

Beliau berkata, kategori pekerja seumpama itu patut diberikan bantuan perubatan sepatutnya atau cuti bergantung kepada keadaan jerebu dan keperluan kesihatan mereka.

Katanya, diharapkan kerajaan akan menyediakan insentif khas untuk menggalakkan majikan menjamin kesihatan pekerja mereka semasa tempoh kritikal ini. -

Bekas MB Johor Dilantik Pengerusi Sime Darby

Posted: 25 Jun 2013 12:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun –  Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby Bhd yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan pemangku Pengerusi Tan Sri Samsudin Omar.

Abdul Ghani, 66, akan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby manakala Samsudin ditukar menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby, demikian menurut konglomerat itu di dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 sehingga Mac 1995 sebelum menjadi Menteri Besar Johor sehingga Mei 2013,” katanya.

Samsudin dilantik sebagai pemangku Pengerusi Sime Darby berikutan persaraan Tun Musa Hitam sebagai pengerusi pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada8 November, 2012.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengalu-alukan pelantikan Abdul Ghani, sambil menyatakan ia baik bagi kumpulan multinasional itu.

“Sime Darby berbesar hati menerima beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah dan kami yakin beliau akan membantu menyumbang bagi mengemudikan syarikat itu ke tahap lebih tinggi lagi dan bagi mengharungi tempoh yang mencabar,” katanya.

Proton Aims To Recapture Number One Slot Within Next Two Years

Posted: 24 Jun 2013 11:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 25 – Proton Holdings Bhd is confident of recapturing the top car manufacturer slot in terms of sales volume in Malaysia, within the next two years.

Executive Chairman, Tan Sri Mohd Khamil Jamil said the national car maker is working very hard, to introduce new car models with value-added advantages to the local market, within the next 24 months.

“We intend and are sure of making a come back to the number one slot within the next two years,” he told reporters after Proton’s “Nama Siapa Hebat” contest.

The contest is for Malaysians to contribute a name for the national car maker’s upcoming, all-new compact car.

Last year, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) retained its number one position among other car manufacturers in terms of sales volume, with  sales of 189,000 units, followed by Proton at 141,121.

Proton’s parent DRB-Hicom Bhd had earlier this year, also set a target to sell 500,000 Proton vehicles within the next five years.

Mohd Khamil said the national auto maker had been receiving huge support from Malaysians, seen by the level of interest towards new models and announcements.

On the new compact car, he said it would be unveiled early next year, with the price and the assembling point to be announced by then.

“This car will be the starting point for a fresh range of cars by Proton. In this regard, we are looking at all segments of car production.

“We have to rationalise the utilisation of our plants before announcing where the new model would be assembled. But, as we have announced before, I think the new models would be assembled at the Tanjung Malim plant,” Mohd Khamil added.

Proton owns two assembly plants, namely in Shah Alam and Tanjung Malim.

Yang Di-Pertuan Agong Seru Rakyat Buang Sifat Yang Membawa Perpecahan

Posted: 24 Jun 2013 10:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun  - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini bertitah menyeru rakyat supaya membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan.

Seri Paduka bertitah masyarakat sebaliknya perlu mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan.

Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di sini, Seri Paduka turut berharap kedudukan agama Islam tidak dipersoal dan diselewengkan untuk kepentingan mana-mana pihak hingga memesongkan akidah umat Islam.

“Kerajaan Beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasid Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan,” titah Seri Paduka.

Turut berangkat hadir pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota parlimen yang lain.

Titah Tuanku Abdul Halim turut menyentuh aspek ketenteraman awam dan keselamatan negara yang menurut Seri Paduka tetap menjadi keutamaan kerajaan.

“Kerajaan Beta akan terus berusaha untuk memperbetulkan jurang antara persepsi dan hakikat tahap keselamatan di negara ini,” titah ketua negara itu.

Seri Paduka turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara dalam insiden serangan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac lepas.

“Jasa, khidmat bakti dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan orang awam serta semua pihak yang terlibat dalam memelihara keselamatan di timur Sabah amat dihargai dan disanjung tinggi,” titah Seri Paduka.

Selain itu, titah Seri Paduka turut berkisar kepada pencapaian ekonomi, isu-isu pendidikan, pelancongan, belia dan wanita serta inisiatif pencegahan rasuah dan komitmen negara di persada antarabangsa.

Seri Paduka menarik perhatian bahawa pencapaian ekonomi negara di peringkat global telah meningkat dan Malaysia diiktiraf sebagai negara yang paling berdaya saing dalam kalangan 30 negara dengan keluaran dalam negara kasar per kapita kurang daripada US$20,000.

Selain itu, Malaysia juga diiktiraf sebagai negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia dan menduduki tangga ke-10 sebagai destinasi pilihan pelaburan langsung asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Asing 2012.

“Tahniah Beta ucapkan atas pencapaian cemerlang pada 2012. Beta berharap tahun ini negara akan mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan antara lima peratus hingga enam peratus,” titah Seri Paduka.

Menurut Tuanku Abdul Halim, kerajaan akan terus berperanan sebagai pemudah cara dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi meningkatkan peranan sector swasta memacu pertumbuhan ekonomi.

Seri Paduka bertitah kerajaan juga akan terus menyedia dan membangunkan ekosistem yang lebih kondusif bagi pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai dan berteknologi tinggi serta mampu melonjakkan Malaysia sebagai sebagai negara pengeluar produk perkhidmatan yang inovatif dan kreatif.

Tuanku Abdul Halim bertitah usaha yang dilakukan kerajaan telah menarik pelaburan berjumlah RM49.3 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Seri Paduka turut menggesa rakyat untuk terus memberi sokongan kepada industri pelancongan terutama bagi program Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan memupuk budaya dan amalan positif yang dapat memikat hati pelancong.

Selain itu, Tuanku Abdul Halim berharap penjawat awam meneruskan usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan berdasarkan tiga aspek iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti, selain berfikiran kreatif, inovatif dan menekankan produktiviti.

Pembangkang Tidak Layak Pertikai SPR Kerana Mereka Penuh Kepalsuan

Posted: 24 Jun 2013 10:04 PM PDT

BATU PAHAT, 25  Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebenarnya dijadikan kambing hitam oleh pembangkang untuk merosakkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, imej SPR dirosakkan teruk dengan pelbagai tuduhan hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah diberi mandat untuk menerajui negara menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

"Rakyat telah membuat pilihan dan pilihan rakyat adalah BN. Pembangkang tidak dapat menerima hakikat kekalahan dan cuba menumbangkan kerajaan sedia ada menerusi revolusi jalan raya. Kononnya inilah sahaja cara mencari keadilan.

"Apa yang saya persoalkan adalah sekiranya benar PRU-13 tidak telus dengan tuduhan pengundi hantu, dakwat tidak kekal, blackout dan sebagainya, mengapa mereka tidak menghantar petisyen berkenaan perkara ini?

"Mereka boleh hantar petisyen untuk batalkan keputusan di beberapa kawasan dengan alasan politik wang tetapi mereka tidak mengemukakan petisyen berkenaan apa yang mereka jaja selama ini? Ini jelas membuktikan mereka hanya berbohong dan tiada bukti," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO Batu Pahat berkata pembangkang sebenarnya hanya ingin mewujudkan persepsi kononnya berlaku ketidakadilan tetapi hakikatnya tidak seperti itu.

"Bagi saya, sebenarnya telah wujud dua kumpulan di dalam perhimpunan haram ini iaitu satu puak yang benar-benar mahu membantah keputusan PRU dan satu lagi adalah untuk membantah pembangkang yang mengangkat sumpah.

"Sekiranya mereka tidak bersetuju dengan keputusan PRU dan menuduh kerajaan tidak betul mengapa mereka mengangkat sumpah. Oleh itu saya mencabar Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendiriannya adakah dia sebenarnya hanya berselindung di sebalik perhimpunan ini ataupun memang dia mahu menggulingkan kerajaan melalui revolusi jalanan.

"Sekiranya dia menyokong guling kerajaan melalui revolusi jalanan maka dia tidak boleh angkat sumpah. Tapi semalam dia telah angkat sumpah… maka dia harus menyelar penyokong mereka yang berhimpun ini…

"Tapi saya yakin, Anwar akan mencipta seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa dirinya benar. Sebab itu pembangkang sebenarnya sama sekali tidak layak untuk mempertikaikan SPR kerana mereka sendiri penuh dengan kepalsuan," jelasnya lagi. – MediaUMNO

Abdul Rahman Pledges To Bring Tremendous Developement To Kota Belud

Posted: 24 Jun 2013 10:02 PM PDT

KOTA BELUD, June 25 – Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan has promised to deliver development to Kota Belut and enhance the living standard of his constituents to justify the confidence they have placed in him.

Spelling out his development agenda for the next five years, he pledged to vigorously bring tremendous development to Kota Belud, including ensuring the successful completion of mega projects in  the constituency.

“Kota Belud has a bright future. It is ready for robust development for the state government has a clear vision of its development agenda,” the member of Parliament for Kota Belud told Bernama here today.

Abdul Rahman said Kota Belud had been earmarked for the Usukan Bay Oil and Gas Support Industry Centre, the Kota Belud-Pitas Agropolitan Project, a public housing project, a rice bowl of Sabah, and would make up part of the 2,300km Pan Borneo highway linking Sabah and Sarawak.

The Usukan Bay Oil and Gas Support Industry Centre, which is being developed by Sabah Foundation and Petronas Asian Supply Base, will create more than 1,000 employment opportunities.

“The project will help raise the income, skills and capabilities of locals, particularly young people who want to involve themselves in oil and gas industry and related sectors.

“As such, young people must be ready to learn and pursue relevant courses in order to contribute to the development of the industry within the next three years. Otherwise, they will miss the opportunity to grow with the industry,” he added.

He said the Barisan Nasional (BN) Kota Belud Parliamentary Constituency Office would work closely with Petronas Asian Supply Base to identify young people who were eligible to participate in the industry.

Abdul Rahman said in his capacity as urban wellbeing, housing and local government minister, he would identify suitable sites for 500 units of affordable houses in Sabah, including Kota Belud for middle-income residents.

“The ministry will accelerate the construction of affordable homes for the people and we are committed to ensure the successful completion of national housing projects in the state,” he said.

On Kota Belud development as one of the four new rice bowls of Sabah in the 2013 Budget, he said the area was set to yield 10 metric tonnes of rice per hectare within the next two or three years.

Asserting that the BN government has an exemplary track record for the past four and half years, Abdul Rahman said he would also tackle the utility and infrastructure needs of the people like education, roads, market and clean water within the next five years.

Located at the foot of the majestic Mount Kinabalu, Kota Belud hosted the state-level Kaamatan Festival recently, during which the Usukan Bay Oil and Gas Support Industry Centre was launched by Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

Abdul Rahman was among six ministers from Sabah appointed to join the new Cabinet of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT