SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, June 24, 2013

UMNO Online - “Air Quality In Muar, Bandaraya Melaka Remains Hazardous Despite Decline In API” plus 9 more

UMNO Online - “Air Quality In Muar, Bandaraya Melaka Remains Hazardous Despite Decline In API” plus 9 more

Link to UMNO Online

Air Quality In Muar, Bandaraya Melaka Remains Hazardous Despite Decline In API

Posted: 23 Jun 2013 07:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 23 – The air quality in Muar, the district which has been declared as emergency zone due to haze, is still at hazardous level despite the fact that its Air Pollutant Index (API) reading had declined to 507 this evening from 690 earlier.

The air quality in Bukit Rambai and Bandaraya Melaka also remained at hazardous levels, with the API in Bukit Rambai increased to 443 from 428, while the API in Bandaraya Melaka declined to 373 from 415, according to the Department of Environment (DOE) website here today.

Two new locations that recorded very unhealthy air quality today were Port Klang in Selangor and Port Dickson in Negeri Sembilan, with API readings of 214 and 276 respectively.

In Kuala Lumpur, the areas of Batu Muda and Cheras recorded an unhealthy air quality this evening with the API readings increased to over 130 from only 110 previously.

Other areas with unhealthy API readings this evening are:

Selangor: Petaling Jaya with API reading of 151, Banting (133), Shah Alam (130) and Kuala Selangor (112).

Negeri Sembilan: Nilai (137) and Seremban (103).

Pahang: Indera Mahkota (138) and Balok Baru, Kuantan (183).

Terengganu: Paka (115) and Kemaman (174).

Putrajaya (138)

Based on the air quality index, reading of between 0-50 is categorised as good, 51 to 100 (moderate), 101-200 (unhealthy), 201 to 300 (very unhealthy), and 300 and above hazardous.

Disaster Committee To Decide Whether To Close Gov’t Depts In Muar And Ledang Due To Haze

Posted: 23 Jun 2013 07:13 AM PDT

MUAR, June 23 – The Muar District Natural Disaster (Air Pollution and Haze) Committee will meet tomorrow to decide whether the government departments in Muar and Ledang should be temporarily closed following the declaration of a state of emergency for the two districts due to haze.

The committee chairman, Abdul Rahman Mohamed Dewam said certain government departments, agencies and utility offices, however, would remain open to ensure smooth service delivery to the public.

At a press conference after chairing a meeting here today, he said among the agencies to remain open were those supplying electricity, water, and telecommunication, telegraph, fire and rescue, and banking services, as well as the Prisons Department and Health Department.

“The petrol stations will operate as usual while so far, there is no order to close shops. However, eatery operators and their staff must wear face masks at their premises,” he said.

He added that the public were encouraged not to eat outside but could buy food and take it home to eat.

“This state of emergency is not for security reason but to take care of the people’s health. We are not forcing people to stay indoors, though. What is important is to reduce outdoor activities for the time being until the next measures are announced.”

Abdul Rahman said the Muar Air Pollutant Index (API) reading was 746 as at 7am today and improved to 331 at 8am before rising to 710 (10am) and then down to 660 (noon) and 598 (2pm).

“We urge everyone not to do open burning and all agencies including the police, Fire and Rescue Department, Muar Municipal Council and Department of Environment will continue to monitor for such action.”

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today declared a state of emergency for Muar and Ledang in Johor effective immediately after the API readings exceeded 750 this morning.

Zakat Payment Through Kiosk Will Be Extended

Posted: 23 Jun 2013 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 23 -The zakat (tithe) payment system through the kiosk in the Federal Territory of Kuala Lumpur will be extended to other areas as it is now only operating at the Kampung Baru Jamek Mosque, here.

Federal Territory Islamic Religious Council’s Zakat Collection Centre (PPZ-MAIWP) chief executive officer, Mohd Rais Alias said it was holding discussions with the relevant parties to help in providing the service.

“It is up to the kiosk providers to offer their service to us. At the moment, we are just using the facility (at the jamek mosque) provided by the kiosk provider,” he said after opening a Ramadan carnival at the Al-Ikhlasiah Mosque in Pantai Dalam, here, today.

The one-day carnival, jointly organised by PPZ-MAIWP and Bernas, Sinar Harian and the pharmacy division of the Kuala Lumpur Health Department, was aimed at bringing Muslims to the mosque, besides creating awareness on activities carried out by various agencies.

Mosques And Surau In Pekan Receive Contributions For Ramadan

Posted: 23 Jun 2013 07:07 AM PDT

PEKAN, June 23 – Fifty-eight mosques and 166 surau in the Pekan parliamentary constituency today received contributions in conjunction with the coming Ramadan month.

Chini assemblyman Datuk Abu Bakar Harun represented Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in handing out the contributions to the recipients at the Pekan Umno building, here.

Abu Bakar in his speech said Muslims in this country should be grateful as they received various assistance to celebrate the fasting month.

“Muslims in some countries are facing uncertainties while our country is safe and we are able to perform our religious obligations in a peaceful environment,” he added.

At the event, the mosques each received a contribution of RM1,200 and the surau, RM700 each.

 

All Schools In KL And Selangor To Close Tomorrow Due To Haze – Palanivel

Posted: 23 Jun 2013 07:05 AM PDT

 

KUALA LUMPUR, June 23 -All schools in Kuala Lumpur and Selangor will be closed tomorrow as advised by the prime minister, said Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri G. Palanivel.

He said he would ask Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh to take the necessary action.

“The haze situation was worsening as of 5pm and the schools are ordered to be closed as a precautionary measure since the bad air quality will affect the health of students,” he said in a statement, here, today.

Palanivel also advised parents to keep their children indoors and use face masks if they needed to go out.

The Department of Environment (DoE) reported that the Air Pollutant Index (API) reading in Muar, which has been declared an emergency area, recorded a slight drop with a reading of 690 at 11am today, from 746 four hours earlier.

The API readings for Melaka City and Bukit Rambai in Melaka, which earlier recorded hazardous levels of 357 and 334 respectively, soared to 415 and 428.

States which have registered unhealthy API readings include the federal capital, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan and Johor. The two areas categorised as having good air quality are Sandakan and Tawau in Sabah.

 

Kerajaan Rancang Bina Klinik Kesihatan Di Kawasan Penempatan Orang Asli

Posted: 23 Jun 2013 06:56 AM PDT

JELI, 23 Jun – Kerajaan pusat merancang untuk mewujudkan klinik kesihatan di petempatan Orang Asli di negeri Kelantan pada masa akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pembinaan klinik kesihatan di kawasan petempatan masyarakat itu yang terletak di pedalaman negeri adalah penting terutama dalam mencegah penyakit berjangkit.

Kerajaan sentiasa menitikberatkan tahap kesihatan masyarakat di kawasan pedalaman khususnya masyarakat Orang Asli, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli Sungai Rual di sini, hari ini.

Bulan lepas, lebih 100 Orang Asli di Sungai Rual dijangkiti demam malaria yang dipercayai dibawa oleh pekerja asing yang menjalankan aktiviti perladangan di kawasan berhampiran petempatan mereka.

Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli berkata kerajaan tidak mahu kes wabak penyakit berjangkit seperti itu berulang dalam kalangan masyarakat itu.

Pada majlis itu kira-kira 200 Orang Asli di Sungai Rual menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai.-MediaUmno

PDRM Akan Bantu DBKL Ambil Tindakan Terhadap Kumpulan Berkhemah Di Padang Merbok – KPN

Posted: 23 Jun 2013 06:49 AM PDT

PETALING JAYA, 23 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jika diperlukan, bagi mengambil tindakan terhadap kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata meskipun kawasan itu di bawah tanggungjawab DBKL, polis sedia membantu sekiranya diperlukan.

Setakat 3 petang ini, masih terdapat 30 khemah didirikan di Padang Merbok walaupun DBKL mengeluarkan notis mengosongkan kawasan itu pada pukul 10 pagi tadi.

Khalid memaklumkan pemberita selepas majlis kempen kesedaran jenayah di sini hari ini, bahawa tindakan tetap diambil terhadap penganjur seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

Menyentuh jerebu di beberapa kawasan di selatan Semenanjung Tanah Melayu yang terus kritikal, beliau berkata pihaknya akan memberi bantuan jika memerlukan perpindahan.

Pada majlis itu, Khalid berkata satu kumpulan ‘walkie-talkie’ diwujud bagi menjadi mata dan saluran kepada polis dalam usaha membanteras jenayah melalui kerjasama dengan Persatuan Komuniti Kepolisan Malaysia.

“Saya difahamkan persatuan ini tampil beri kerjasama dengan PDRM menggunakan walkie-talkie di mana kita dapat menyebarkan maklumat berkaitan penjenayah dengan cepat.

“Saya dimaklumkan, seramai 300 pengguna walkie-talkie persatuan ini berada di seluruh pelusuk Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu mengawasi perbuatan jenayah,” katanya.

 

Kawalan Ketat Bagi Pastikan Proses Angkat Sumpah Lancar Esok

Posted: 23 Jun 2013 06:47 AM PDT

PETALING JAYA, 23 Jun -Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen esok berjalan lancar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.

“Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini hari ini.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22 Julai hingga 1 Ogos.

Sementara itu, Khalid berkata selain Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), tiada tangkapan lain berhubung kesalahan menghasut mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan serta boleh mengugat keselamatan dan keamanan negara.

“Sebelum inipun saya pernah bercakap janganlah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin merunsingkan orang ramai, yang boleh membuat rakyat keliru, jadi sudah semestinya akan ada tindakan yang akan diambil.

“Jadi mereka (Husam dan bekas mahasiswa Uitm itu) akan disyorkan dituduh di bawah Akta Hasutan. Tempoh tahanan (reman) ini untuk memudahkan kita menjalankan siasatan serta mengemaskinikan kertas siasatan sebelum kita kemukakannya kepada pihak Peguam Negara,” katanya.

Semalam, Husam, 54, ditahan pada 4 petang di Kampung Pandan, Ampang,Selangor oleh polis Bukit Aman sebelum dibawa ke Kota Baharu berhubung kenyataan ‘mati syahid’ di Kelantan baru-baru ini.

Bekas mahasiswa Uitm yang berusia 23 tahun pula ditahan pada 5.30 petang di depan rumahnya di Klang, Selangor berhubung kenyataan di laman blog beliau yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Merbok.-MediaUmno

 

Tindakan Peserta Perhimpunan Berkhemah Ketika Jerebu Perbuatan Bodoh – NGO

Posted: 23 Jun 2013 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun -Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengutuk tindakan peserta perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang berkhemah di kawasan Padang Merbok ketika negara di selubungi jerebu dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak munasabah serta sia-sia.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih tegas terhadap kumpulan berkenaan kerana kelonggaran undang-undang yang diberikan kepada kumpulan itu hanya akan melahirkan persepsi bahawa undang-undang negara adalah lemah.

“Pendapat ini juga disuarakan NGO lain yang bersama PPIM…ini adalah perbuatan yang paling bodoh, terutama kalau kita tengok keadaan cuaca sekarang, dengan jerebu lagi.

“Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini, kerana kita takut rakyat pada masa hadapan akan terus tidak endah kepada undang-undang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, sepuluh NGO dengan 240 anggota mendirikan 60 khemah dan bermalam di Padang Merbok, selepas perhimpunan Black 505 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan PRU13.

Setakat pukul 4.30 petang, sebahagian kumpulan yang berkhemah di kawasan itu bersurai setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis dua jam supaya mengosongkan kawasan tersebut, manakala selebihnya masih berdegil dan tidak berganjak.

Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Mohd Hafiz Ariffin berkata tindakan protes dengan berkhemah tidak patut diadakan kerana Malaysia yang menuju ke arah Wawasan 2020 sepatutnya mempunyai rakyat yang lebih bertindak matang dan berganding bahu sekiranya berhadapan masalah.

Mohd Hafiz turut mengajak generasi muda bertindak lebih rasional dan praktikal demi masa hadapan negara dan tidak menjadi ‘anti-establishment’ dengan melakukan pelbagai protes di jalan raya dan bertindak agresif.

“Generasi muda sepatutnya mempunyai intelektual segar dan metodologi perundingan dan diplomasi (supaya) kita akan lebih diterima, tetapi sekiranya generasi muda menghindari cara ini, harapan kita untuk mempunyai pemimpin masa depan (bagi) memandu negara akan menjadi gelap,” katanya.

Turut mengutuk tindakan itu ialah Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia Amir Ansaa yang berpendapat ada lebih banyak perkara yang lebih penting perlu diberi keutamaan oleh kumpulan berkenaan.

Amir berkata kerajaan yang wujud selepas PRU13 dipilih mengikut undang-undang negara, dan sehingga sekarang, tidak ada masalah kronik timbul seperti kebuluran, jika sekiranya didakwa kerajaan sekarang adalah kerajaan tidak berkemampuan.

“Demonstrasi seperti ini hanya mencemarkan nama negara,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ruslan Kasim menggesa kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan muda itu supaya tidak secara melulu terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang.

“NGO itu sebenarnya hanya diperkudakan pihak Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik mereka sendiri.

“Pembangkang sudah pun setuju untuk mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, ini bermakna mereka terima dan iktiraf keputusan PRU13, jadi apa perlu diadakan perhimpunan, apatah lagi melakukan kerja sia-sia berkhemah di Padang Merbok,”katanya.

 Sementara itu, Pensyarah di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Maszlee Malik berkata titik noktah perlu dijelaskan pemimpin pembangkang khususnya Anwar berhubung hala tuju politik selain daripada perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang sering diadakan kebelakangan ini. 

“Kita akui hak rakyat untuk berhimpun menyatakan hasrat dan sebagainya selagi aman tetapi perlu dijelaskan selama mana nak dibawa? Kita tidak mahu rakyat tidak iktiraf keputusan pilihan raya umum ke-13 dan menyatakan kerajaan yang dipilih tidak sah tetapi akhirnya tidak tahu ke mana arah tuju rakyat untuk maju ke depan.

“Harapan kita terhadap kerajaan yang dipilih supaya memperkasakan masyarakat untuk turut bersama dalam tadbir urus agar suara rakyat dapat digunakan untuk membangunkan negara, dan bukannya hanya suara orang politik sahaja,” katanya.

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mencadangkan agar pemimpin pembangkang khususnya Anwar memberikan fokus kepada kemaslahatan (faedah) rakyat berbanding melakukan perkara bersifat retorik.

Beliau berkata tidak dinafikan hak berkumpul secara aman diiktiraf Perlembagaan Persekutuan tetapi mereka perlu turut memikirkan apa jua yang dilakukan perlulah membawa kebaikan kepada rakyat bukan sekadar bermotifkan perasaan peribadi individu atau sesuatu pihak.

“Jika benar perhimpunan itu diadakan untuk rakyat, jadi perlulah fikir soal kesihatan mereka juga, mungkin boleh tangguh atau sebagainya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sejauh mana perhimpunan atau demonstrasi yang diadakan kebelakangan ini memberi pulangan positif kepada rakyat.-MediaUmno

Jerebu : Istiadat Angkat Sumpah Anggota Dewan Rakyat Esok, Tidak Akan Ditangguh

Posted: 23 Jun 2013 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun -Majlis istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen esok, tidak akan ditangguhkan meskipun negara kini dilanda jerebu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata istiadat tersebut diteruskan memandangkan ia dilakukan di dalam bangunan Parlimen dan bukannya di kawasan terdedah kepada cuaca jerebu.

“Walaupun Perdana Menteri telah mengisytiharkan darurat di beberapa daerah dan masih terdapat daerah yang berdepan peningkatan IPU, mengambil kira majlis dilakukan di dalam bangunan, ianya tetap akan diteruskan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shahidan juga turut menggesa pemimpin pembangkang mengarahkan penyokong mereka yang berkhemah di Padang Merbok supaya bersurai atas faktor kesihatan.

“Perbuatan berkhemah di tempat terbuka dalam cuaca jerebu akan mengundang pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan. Pembangkang kena bagi perhatian dan nasihat penyokong mereka untuk bersurai dari berkhemah… ketepikan sebentar soal politik dan prihatin terhadap kesihatan penyokong,” katanya.

Beliau juga berkata tindakan pemimpin pembangkang yang terus membiarkan penyokong mereka terdedah dengan cuaca tidak sihat serta boleh memudaratkan kesihatan, boleh dianggap sebagai satu dosa.

Shahidan turut berharap orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka serta melaporkan sebarang kes pembakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.-MediaUmno

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT