SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, June 16, 2013

UMNO Online - “Siri Jelajah Taklimat Pemilihan UMNO Pastikan Kaedah Pemilihan Baru Dapat Dilaksanakan Sempurna” plus 9 more

UMNO Online - “Siri Jelajah Taklimat Pemilihan UMNO Pastikan Kaedah Pemilihan Baru Dapat Dilaksanakan Sempurna” plus 9 more

Link to UMNO Online

Siri Jelajah Taklimat Pemilihan UMNO Pastikan Kaedah Pemilihan Baru Dapat Dilaksanakan Sempurna

Posted: 15 Jun 2013 10:24 AM PDT

BAYAN LEPAS, 16 Jun – Siri jelajah Taklimat Pemilihan UMNO berhubung kaedah perlaksanaan  dan tatacara pemilihan UMNO berdasarkan pindaan perlembagaan  yang telah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 2009, akan dijalankan di seluruh negara bagi memastikan bahawa kaedah pemilihan baru ini dapat dilaksanakan dengan sempurna di peringkat cawangan dan bahagian di setiap negeri.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab. Rauf  Yusoh, siri taklimat ini diadakan bagi menerangkan secara terperinci dan mendalam berhubung tatacara perlaksanaan pemilihan mengikut  kaedah pindaan perlembagaan UMNO yang baru.

"Ia merujuk kepada banyak perkara berhubung pindaan perlembagaan UMNO yang akan diperincikan di dalam siri-siri taklimat ini. Terutamanya berhubung tiada lagi pencalonan kelayakan bagi mereka yang ingin bertanding, berkenaan hari pencalonan dan persediaan untuk hari pencalonan.

"Sebagai contoh, bagi  mereka yang merasa layak untuk bertanding dalam peringkat pemilihan bahagian dan pusat, mereka kini hanya perlu mengisi borang saja.

"Bagaimanapun  ada juga syarat-syarat tertentu untuk bertanding sebagai contoh, mereka yang ingin bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi, mereka mestilah pernah memegang jawatan sekurang-kurangnya selama satu penggal di peringkat bahagian," jelas beliau kepada pemberita setelah selesai sesi taklimat UMNO negeri Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas di sini Sabtu.

Begitu juga bagi mana-mana ahli UMNO yang ingin bertanding jawatan AJK di peringkat bahagian juga mestilah pernah memegang jawatan AJK Cawangan selama sepenggal.

Manakala berkenaan tarikh pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, menurut Rauf ia masih belum diputuskan diperingkat majlis tertinggi UMNO.

"Setakat ini, hanya tarikh pemilihan cawangan saja yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO iaitu bermula pada 15 Julai ini sehingga 31 Ogos akan datang.

"Manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pusat pula hanya akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi sebaik saja selesai siri taklimat penerangan tatacara pemilihan ini di seluruh negara," ujarnya.

Kementerian Kerja Raya Tubuh Pasukan Pantau Kualiti Industri Pembinaan – Rosnah

Posted: 15 Jun 2013 04:26 AM PDT

KOTA KINABALU, 15 Jun – Kementerian Kerja Raya akan menubuhkan satu pasukan pakar bagi memantau kualiti keselamatan pembinaan bangunan yang dijalankan pihak kontraktor.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata usaha itu juga bagi mengelak berlaku insiden berlaku di tapak pembinaan di samping menggalakkan Amalan Pembinaan Baik di kalangan pemaju dan orang awam.

“Amalan Pembinaan Baik ini merujuk kepada garis panduan, piawaian dan juga peraturan yang lebih baik dikawal oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kursus Pengubahsuai Bangunan (B28) di Kompleks Tabung Haji di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sentiasa berusaha untuk memperkemaskan gerak kerja dalam menyediakan latihan dan kursus yang lebih dinamik kepada kontraktor.

Katanya PKK juga sedang menyusun kursus-kursus teknikal seperti jeti dan jambatan, bekalan air, kalis air, pemasangan Sistem Bangunan Industri (IBS) bagi memberi pendedahan khusus kepada para kontraktor, sekali gus bersaing untuk merebut peluang dalam sektor pembinaan.

“PKK juga memainkan peranan penting dalam memastikan semua kontraktor Bumiputera terus mendapat pembelaan sewajarnya di samping membantu dalam meningkatkan kapasiti dan kompetensi kontraktor,” katanya.

Seramai 120 peserta dari seluruh negeri menyertai kursus selama dua hari berakhir esok.

Ministry Will Fulfil Pledge On Affordable Homes

Posted: 15 Jun 2013 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 15 – The Ministry of Federal Territories will fulfil the promise to build 80,000 affordable homes in the Federal Territories within five years made by the Barisan Nasional.

Its minister, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor said today 50,000 units would be built in Kuala Lumpur, 20,000 units in Putrajaya and 10,000 units in Labuan.

It was to fulfil the government’s commitment to assist those earning between RM2,500 and RM3,000 per month to own homes, he told reporters after officiating the Simultaneous Tree Planting Programme at the Federal Territory level at Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, here.

He also said the ministry, together with the Kuala Lumpur City Hall, was studying the possibility of providing homes on a rental basis to the younger group who were still bachelors and earning RM900 and below per month.

Earlier in his speech, Tengku Adnan said the Simultaneous Tree Planting Programme at the Federal Territory level was to raise awareness among the city folks on the importance of tree planting and caring activities.

He said his ministry was targeting to plant 37,000 trees based on the greening the city programme this year under the ‘Greening Greater Kuala Lumpur/Klang Valley’ project.

Putrajaya Corporation Plans To Publicly Display Traffic Offence Recordings

Posted: 15 Jun 2013 03:28 AM PDT

PUTRAJAYA, June 15 – Putrajaya Corporation (PPj) will display the recordings of various traffic offences committed by the public, especially beating the traffic lights, to increase public awareness on road safety.

PPj Urban Services Department vice-president Datuk Abd Ghani Ahmad said the move was still in the planning stage with the aim of reducing road accidents in the area.

He said the number of road accidents in Putrajaya was worrying with 24 fatal cases reported from 2009 to 2011. However, he added, PPJ did have the statistics for 2012 until 2013.

“PPj has closed-circuit television (CCTV) camera recordings of people beating the traffic lights but for the time being, PPj will not be issuing summonses to the offenders.

“We will continue with monitoring through the CCTVs, controlling traffic flow and cooperating with the police in their investigations on road accidents and in crime prevention in Putrajaya.”

He said this after attending the Road Safety Carnival organised by PPj and the Road Safety Department in Precinct 9, here, today. It was officiated by Federal Territories Deputy Minister Datuk Dr J. Loga Bala Mohan.

Also present was the Road Safety Department’s director-general Datuk Dr Tam Weng Wah.

Dr J. Loga said road users must have a responsible attitude by not violating traffic rules as accidents would also involve other road users.

He hoped that such efforts as a road safety carnival could raise public awareness on how important it is for people to obey traffic rules for the safety of all road users.

Melaka Taming Sari Tower Lures 3.3 Million Visitors Within Five Years

Posted: 15 Jun 2013 03:26 AM PDT

MELAKA, June 15 – The Melaka Taming Sari Tower here has managed to lure 3.3 million visitors with ticket collection totalling RM29.9 million over the first five years of its operation.

Chief Minister Datuk Idris Haron said it was an increase of 0.8 million visitors from the original target set when it was first opened in April 2008.

Over the first five months this year alone, a total of 227,107 visitors with ticket collection of RM2.4 million were recorded, he said.

He said it was an overwhelming achievement, and hence proved the determination of the management of Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) in turning the 110m tall tower worth RM24 million into Melaka’s popular tourism product.

“We believe that this tourist product can contribute to the more developed and competitive eco-tourism industry,” he said after opening the 5th anniversary celebration of the tower here today.

Also present were MTSB chairman Datuk Mat Sirat Abu and chief executive officer Mazary Ahmad.

Idris said MTSB would also introduce a new tourism product soon, that is a ‘reverse bungee’, in a bid to diversify the tourism products at the tower.

However, he said the reverse bungee facility, which is expected to be built at the end of this year, must get prior approval from the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco) as it would be built on one of the world’s heritage site.

“It is still at the discussion stage and we will seek advice and consultancy from the supplier and Unesco about the suitability of the location and height,” he said.

At the event, Idris also launched the book published by MTSB titled ‘Heritage Trail Melaka Mosques’, which showcases the beauty of mosque architecture in Melaka, including at the Selat Mosque, Tengkera Mosque and Al-Azim Mosque.

Janji Bina Rumah Mampu Milik Akan Ditunaikan – Tengku Adnan

Posted: 15 Jun 2013 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kementerian Wilayah Persekutuan akan menunaikan janji kerajaan Barisan Nasional bagi membina 80,000 unit rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima tahun.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata 50,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 20,000 unit di Putrajaya dan 10,000 unit di Labuan.

“Langkah itu adalah komitmen kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan antara RM2,500 dan RM3,000 sebulan memiliki rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Penanaman Pokok Serentak peringkat Wilayah Persekutuan di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, di sini.

Beliau juga berkata kementerian bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengkaji kemungkinan menyediakan perumahan secara penyewaan kepada golongan muda yang masih bujang dan berpendapatan RM900 ke bawah sebulan.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Tengku Adnan berkata program itu adalah untuk memupuk minat dan meningkatkan kesedaran warga kota terhadap kepentingan aktiviti penanaman dan penjagaan pokok.

Katanya kementeriannya menyasarkan untuk menanam 37,000 batang pokok\ berdasarkan program penghijauan bandar pada tahun ini di bawah projek ‘Greening Greater Kuala Lumpur/Klang Valley’.

Pemilihan UMNO: Anggota Perlu Seimbang Prinsip Demokrasi, Perpaduan – Khairy

Posted: 15 Jun 2013 03:10 AM PDT

REMBAU, 15 Jun – Anggota Umno diseru agar mengimbangi antara prinsip perpaduan dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada perhimpunan agung akan datang demi memelihara keutuhan dan kesejahteraan parti.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jika dua prinsip itu gagal diseimbangkan setiap anggota parti, Umno mungkin boleh terjerumus dalam perpecahan.

“Bagi saya Umno merupakan parti paling demokratik dalam Malaysia kerana kita mempertandingkan setiap jawatan. Bukan seperti parti pembangkang di mana mereka lantik jawatan seperti Ketua Umum, Penasihat dan Mursyidul Am.

“Tetapi pada masa sama prinsip demokrasi perlu diseimbangkan dengan prinsip perpaduan kerana keseimbangan terhadap dua prinsip ini akan membawa kesepakatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pengundi Rembau di kediamannya di Gadong, di sini hari ini.

Sambil mengambil contoh pemilihan parti pada 2008 lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang dipertandingkan pada waktu itu telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru sehingga menyebabkan ia berpecah kepada tiga puak.

Beliau yang menang dalam pertandingan itu dengan menewaskan dua lawannya iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengakui ia merupakan cabaran besar dalam menyatupadukan semula anggota sayap Pemuda Umno dan mengambil masa lama.

“Tetapi itu tidak menjadi masalah dalam demokrasi namun ia membawa kesan kepada perpaduan dan perpaduan amat penting kepada parti untuk menjadi lebih kuat sekali gus memastikan kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Bagaimana pun katanya, semua itu terletak dalam tangan angota parti untuk menentukan keputusan pada pemilihan parti itu nanti.

Program Mesej Balat Beri Manfaat Kepada Penduduk Miskin Di Pulau Jambongan

Posted: 15 Jun 2013 03:05 AM PDT

BELURAN, 15 Jun – Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Ternakan Balat di Kampung Bahanan, Pulau Jambongan, di sini memberi manfaat kepada 70 orang peserta yang kini mampu menjana pendapatan RM2,000 sebulan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pelaksanaan projek tersebut berjaya mencapai sasarannya yang merupakan sebahagian salah satu daripada 45 Program Mesej dilaksanakan di seluruh Sabah bagi tujuan pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar.

Katanya pembasmian kemiskinan merupakan salah satu manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

“Kita akan terus melipatgandakan usaha seumpama ini agar rakyat mendapat manfaat serta kesenangan daripada program ini,” katanya pada majlis perasmian Mesej Akuakultur Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di Pulau Jambongan di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Radin Malleh berkata 45 program Mesej yang dilaksanakan di Sabah terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah 29 pertanian, enam (akuakultur), lapan (mikro) dan dua lagi bersepadu.

Katanya pada tahun ini, kementeriannya merancang untuk melaksanakan tiga lagi Mesej di kawasan Kota Belud, Kinabatangan dan Beaufort.

Menurutnya kerajaan juga akan mengkaji potensi Program Mesej Burung Walit untuk dilaksanakan di Pulau Jambongan.

PPJ Akan Pamer Kesalahan Lalu Lintas Kepada Umum

Posted: 15 Jun 2013 03:03 AM PDT

PUTRAJAYA, 15 Jun – Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mempamerkan kepada umum pelbagai kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya di sini, khususnya membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Datuk Abd Ghani Ahmad berkata ia bagaimanapun masih di peringkat cadangan dan merupakan antara inisiatif PPj dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

“PPj mempunyai rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) membabitkan pesalah lalu lintas yang melanggar isyarat lampu merah, bagaimanapun, buat masa ini, PPj tidak akan mengeluarkan saman kepada mereka yang melakukan kesalahan ini (melanggar isyarat lampu merah).

“Buat masa ini, PPj menerusi pemantauan CCTV, berperanan mengawal trafik dan lalu lintas dan turut bekerjasama dengan pihak polis dalam membantu kes siasatan kemalangan jalan raya dan operasi mencegah jenayah di sekitar Putrajaya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Karnival Keselamatan Jalan Raya – ‘Long Short Walk-Road Safety dan Child Road Safety Month’ anjuran PPj dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang berlangsung sejak 15 Mei lalu sehingga hari ini, di Presint 9, di sini.

Karnival dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan.

Turut hadir Ketua Pengarah JKJR Datuk Dr Tam Weng Wah.

Abd Ghani berkata kadar kemalangan di Putrajaya berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 24 kes kematian kemalangan jalan raya dilaporkan dari tahun 2009 hingga 2011.

Dalam perkembangan sama, Dr J. Loga berkata pengguna jalan raya perlu mempunyai sikap bertanggunjawab dengan tidak melanggar peraturan lalu lintas.

Sehubungan itu, katanya melalui karnival keselamatan jalan raya seumpama itu ia dapat meningkatkan kesedaran mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Pemberian BR1M 2.0 Kepada Pemohon Tercicir Bukti Ia Bukan Untuk Memancing Undi PRU13

Posted: 15 Jun 2013 02:57 AM PDT

TEMERLOH, 15 Jun – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada pemohon yang tercicir daripada senarai bantuan itu sebelum ini, membuktikan bahawa pemberian itu bukan bertujuan memancing undi semasa pilihan raya umum ke-13.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said berkata pihak pembangkang sebelum ini dilihat sentiasa memutarbelitkan apa jua tindakan kerajaan demi kepentingan politik mereka.

“Hari ini, seramai 98 orang di Parlimen Kuala Krau yang nama mereka tercicir sebelum ini, menerima bantuan BR1M, adakah ini bermotifkan pilihan raya?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata BR1M merupakan bantuan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat di negara ini tanpa mengambil kira fahaman politik, ideologi, bangsa dan agama.

Ismail yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata rakyat perlu bersyukur kerana memilih sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin dan berusaha meringankan bebanan rakyat.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk menambah lagi jumlah pemberian BR1M sehingga RM1,200 maka kita tunggulah.

“Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berjanji kosong, kerajaan akan melaksanakan apa jua yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT