SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, June 1, 2013

UMNO Online - “UMNO Muncul Parti Terkuat, Menyamai Pencapaian Gabungan Tiga Parti Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “UMNO Muncul Parti Terkuat, Menyamai Pencapaian Gabungan Tiga Parti Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

UMNO Muncul Parti Terkuat, Menyamai Pencapaian Gabungan Tiga Parti Pembangkang

Posted: 31 May 2013 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei – UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berdasarkan kepada peningkatan bilangan kerusi yang dimenangi berbanding pilihan raya umum yang lalu.

Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88 kerusi.

"UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam pilihan raya umum ke-13. Prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88.

"Jika kita bandingkan dengan pembangkang mereka mempunyai keseluruhannya 89 bererti bahawa UMNO sebagai parti tunggal boleh menyamai parti-parti pembangkang yang terdiri daripada tiga buah parti.

"Kita juga ambil kira bahawa kejayaan kita untuk menang di dua buah negeri yang dulu kita kalah iaitu Kedah dan Perak. Dan undi yang diperolehi UMNO juga bertambah lebih kurang 30 peratus peningkatan berbanding PRU lalu walapun sukar bagi kita untuk menentukan secara tepat sebab kebanyakan kawasan itu bercampur," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya memberitahu UMNO perlu terus berjuang dan melakukan usaha-usaha ke arah pemantapan dan kekuatan parti terbabit.

"Sehubungan ini Majlis Tertinggi telah menerima cadangan daripada jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana kita perlu mewujudkan, mengkaji semula pentadbiran ibu pejabat dan seterusnya mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa yang melibatkan bidang-bidang seperti penyelidikan dan latihan, media sosial, penerangan dan sebagainya.

"Kita akan susun semula sesuai dengan keperluan kita untuk mewujudkan tenaga profesional, tenaga sepenuh masa dan tenaga yang dedikasi untuk tugas-tugas yang perlu diberi tumpuan supaya mesej UMNO dan segala keputusan dan pengarahan Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan lebih berkesan lagi," katanya.

Beliau turut memberitahu, sebanyak 99 kes aduan sabotaj parti telah diterima oleh Sekretariat Lembaga Disiplin yang berlaku sepanjang berlangsungnya PRU ke-13 yang lalu selain 192 ahli UMNO bertanding sebagai calon bebas dan sertai parti pembangkang. – MediaUMNO

Pemilihan UMNO Tahun Ini, 15 Julai – 31 Ogos Mesyuarat Cawangan

Posted: 31 May 2013 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baru UMNO, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini.

Ujarnya, perlembagaan parti yang baru ini adalah lebih mencabar dan lebih kompleks kerana ia adalah sejajar dengan pembaharuan dan reform yang dilakukan tiga tahun lalu tetapi belum dikuatkuasakan dalam pemilihan.

"Dari segi pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT), bilangan yang memilih akan mencecah hampir 150,000 orang yang akan terlibat bagi menentukan pucuk pimpinan parti daripada Presiden sampailah kepada MT," katanya.

Jelas beliau, jika dihitung dengan anggota Pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, ia akan membabitkan pertambahan 100,000 bagi setiap sayap.

"Bilangan ini menunjukkan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada apa yang pernah dilalui dalam pemilihan sebelum ini."

Selaras dengan itu, satu pasukan akan turun padang ke tiap-tiap negeri yang akan diketuai oleh Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Rauf Yusoh dan beberapa anggota lagi.

"Pasukan ini akan menjelaskan apakah kaedah yang baru berdasarkan perlembagaan parti.

"Oleh itu mesyuarat cawangan akan bermula selepas proses penerangan ini selesai diadakan dan tarikh paling awal yang dapat kita adakan mesyuarat cawangan adalah pada 15 Julai hingga 31 Ogos tahun ini," katanya lagi.

Jelas beliau, selepas mensyuarat cawangan akan diikuti mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO yang tarikhnya akan diumumkan kemudian selepas sesi penerangan di setiap bahagian berkaitan keperluan logistik dalam pemilihan.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn hari ini.

Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. – MediaUMNO

Program Pemulihan Pemasyarakatan Diperluas Ke Lima Lagi Kem Tentera – Ahmad Zahid

Posted: 31 May 2013 02:01 AM PDT

KAJANG, 31 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperluaskan program Pemulihan Pemasyarakatan ke lima lagi kem tentera susulan kejayaan program itu yang dilaksana di lima kem setakat ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perluasan itu akan bermula dengan Kem Kota Belud dalam masa terdekat.

Hampir 100 peratus penghuni atau orang diselia (ODS) yang keluar daripada lima pusat pemulihan sedia ada tidak menjadi penjenayah berulang, katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan sulung ke Jabatan Penjara Kajang, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata program pemulihan itu merupakan usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Jabatan Penjara dan agensi lain di bawah KDN serta kementerian lain bagi mengurangkan kes penjenayah berulang.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata ODS juga diberi latihan dan kursus pembangunan kerjaya, bantuan modal serta peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

“Setakat ini ada 88 ODS yang sedang ikuti kursus diploma dan ijazah dan saya akan tentukan bahawa akan lebih ramai lagi ODS ikuti kursus peringkat ijazah.

“Dari segi bantuan modal kepada bekas banduan, kita dapat kerjasama daripada Amanah Ikhtiar dan Tekun, saya juga akan berbincang dengan Permodalan Nasional Berhad mengenai hal ini supaya mereka juga dapat membantu dan memberi latihan keusahawanan,” katanya.

Menurutnya bagi meningkatkan lagi sistem penjara, kementeriannya merancang mewujudkan sistem perubatan dalam penjara bagi membolehkan banduan dirawat di institusi itu dan tidak perlu lagi dirujuk ke hospital luar.

Beliau juga berkata semua 43 kompleks penjara di negara ini akan dinaik taraf dengan keutamaan di Sabah yang sudah melebihi kapasiti.

“Kita juga akan meningkatkan tahap sistem keselamatan elektronik seluruh penjara tanpa libatkan kos tambahan yang banyak daripada kerajaan, tetapi kita akan gunakan pendekatan beberapa sumber kewangan dalaman,” katanya.

Keyakinan Rakyat Kedah Terhadap BN Terjemahan Gagalnya Pentadbiran Lalu

Posted: 31 May 2013 01:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Keyakinan serta kepercayaan rakyat Kedah terhadap Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kembali negeri berkenaan selepas pilihan raya umum ke-13 yang lalu adalah satu terjemahan kepada gagalnya pentadbiran pembangkang yang lalu.

Justeru pelbagai pelaksanaan dan pembaharuan yang akan dibawa oleh barisan baru kerajaan negeri diyakini akan memberi limpahan yang amat bermakna kepada rakyat Kedah setelah memberi kepercayaan kepada BN untuk urus tadbir negeri berkenaan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Kamarol Salleh.

Menurut beliau dengan gabungan muka lama dan muka baru termasuk kalangan orang muda tentunya pelbagai pembaharuan dapat dijayakan sebaik mungkin demi kepentingan seluruh rakyat Kedah di semua lapisan peringkat.

"Kita sedar dan kita pun tahu setelah sepenggal di bawah pemerintahan yang lalu pelbagai perkara yang telah timbul dan kita nampak kerajaan yang ada hari ini telah dan sentiasa akan membawa sinar yang lebih baik untuk rakyat.

"Suara-suara sinis adalah asam garam dalam politik dan kita percaya kepimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mampu membawa satu lonjakan perubahan yang cukup baik hasil kerjasama dan muafakat serta buah fikiran pelbagai pihak di negeri ini.

"Sehubungan itu semua pihak perlulah sama-sama komited dalam menjayakan perancangan kerajaan yang baru nanti agar kepercayaan dan keyakinan rakyat yang telah mengembalikan teraju negeri kepada BN membuahkan hasil untuk mereka," katanya.

Bercakap lebih lanjut beliau seterusnya mengalu-alukan pengiktirafan terhadap pemimpin muda yang diangkat menjadi Exco kerajaan negeri.

"Belum terlambat lagi rasanya saya menyatakan soal ini. Kita nampak dalam perkara ini bukan sahaja di Kedah, malah di negeri-negeri lain dan kabinet pusat. Ini sesuatu yang kita amat dialu-alukan kerana gabungan muka lama dan orang muda tentunya impak dan kesan yang lebih luas.

"Apa pun rakyat sedang memerhatikan dan saya berkeyakinan penuh segala tanggungajwab yang diamanahkan akan dapat dilaksana sebaik mungkin sebagaimana amanah rakyat demi kepentingan semua pihak," katanya. – MediaUMNO

Pembangkang Perlu Buktikan Penipuan PRU Di Mahkamah, Bukan Di Jalanan

Posted: 31 May 2013 01:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Sejak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diwartakan pada 23 Mei lalu, mana-mana pihak mempunyai tempoh selama 21 hari untuk mengemukakan sebarang petisyen mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta 5. Selepas PRU, pembangkang juga telah menjelajah dari satu negeri ke satu negeri mengadakan perhimpunan haram 505 bagi membantah keputusan PRU-13 yang kononnya tidak telus namun sehingga kini tempoh yang ada masih berbaki 13 hari tetapi masih tiada satu pun patisyen yang telah dikemukakan sebagai bantahan kepada keputusan PRU-13.

Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakyat tertunggu-tunggu bilakah pembangkang yang begitu lantang bersuara untuk menfailkan petisyen tersebut.

"Kita masih terus tunggu. Masih ada tempoh untuk mereka failkan sebarang bantahan itu pun jika ada. Tapi kita sedar dan tahu pembangkang ini selalunya sekadar cakap dari segi bantahan. Setakat ini tidak ada yang jelas. Mereka telah pusing banyak negeri mengatakan ada penipuan, ada pengundi hantu… jadi buktikanlah… jangan sekadar cakap.

"Kalau ada pengundi bangla 40 ribu mana dia… kita nak tahu senarai pengundi itu dimana… dimana mereka mengundi yang sudah termasuk dalam daftar pemilih, jika benar maka mereka kena buktikan. Kalau tidak benar, kita akan saman mereka.”

Katanya, tuduhan terbabit adalah satu penipuan sehingga membolehkan mereka berjaya untuk meraih undi daripada rakyat di peringkat akar umbi.

“Jangan hanya cakap, jangan hanya menggunakan media sosial atau portal yang ada untuk menabur fitnah sehingga rakyat terikat, terpikat. Mereka lakukan pembohongan kononnya ada berpuluh ribu pengundi bangla yang kita (BN) sudah daftarkan jadi pemilih jadi buktikanlah di mahkamah.

"Anwar dalam ucapannya cakap macam-macam… itulah inilah… kita nak tahu mana dia pengundi-pengundi bangla ini.”

Ujar beliau lagi, UMNO juga akan melihat kalau ada pengundi-pengundi yang sebenarnya tidak etika ketika melaksanakan tugas sebagai pengundi dalam PRU lalu.

“Contohnya yang berada di Singapura, asal dari Pulau Pinang atau Melaka, bekerja dan menetap di Singapura tetapi mengundi di Johor, kita akan lihat perkara ini dan akan teliti kalau-kalau kita juga akan buat bantahan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Teringgi UMNO mendesak agar pembangkang menggunakan tempoh 21 hari ini dengan sebaik mungkin bagi membuktikan memang terdapat penipuan seperti yang dicanang mereka.

"Macam saya cakap tadi, sekiranya mereka gagal mengemukakan sebarang petisyen selepas tamat 21 hari maka bersedialah untuk di saman," jelasnya lagi. – MediaUMNO

Rural Sarawakians Rally Behind BN, Understand BN Development Plan – Taib

Posted: 31 May 2013 01:30 AM PDT

KUCHING, May 31 – Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud today thanked the people, especially those from the rural areas, for strongly rallying behind the Barisan Nasional (BN) government in the May 5 general election and for fully understanding that election promises will be fulfilled.

Taib, who is also state BN chairman, said the win strongly reflected the strong support of Sarawak towards Datuk Seri Najib Tun Razak as prime minster to continue leading the country.

“This is a sign of the strength of the Sarawak people who are united, stable and understand that more and more funds will come from the federal government to pave the way for more development for their benefit as promised (by the prime minister),” he said in his Gawai Dayak message.

In Sarawak, he said, the BN government allocated 70 percent annually to development from the overall budget to expand the development programmes, especially those in the rural sector as part of efforts to enhance the economy and eradicate rural poverty.

Taib was also very pleased to note that the people in the rural sector was aware of the importance of education, with the rural students achieving better results in the public examinations.

“These students will be the ones who will become highly educated to become future leaders to lead others towards better progress,” he said, adding that the state needed more manpower and human resource, who were highly educated to meet the demand of jobs being offered in the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) and elsewhere statewide.

For this reason, he said, the government established six universities, technical colleges, vocational schools, training institutes, youth training centres with the private sector to provide technical education and trainings to the people.

Meanwhile Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu said he noticed that the rural community fully understood the need to strongly support the BN government, which had good programmes and strategy to develop the state and uplift the people's living standard.

It also ensured the young generation had the opportunity to be educated up to the tertiary level, including in technical education to guarantee their future.

“As our state is stable, I am very pleased that rural parents acknowledged the importance of continuous support to the government and thank you for the increasing support from the rural areas,” he said in a similar Gawai Dayak message here.

The BN government would repay their good deeds with the relevant development plans and programmes for the people, who were very lucky to Najib and Taib, who were both talented and kind in the BN to understand the kind of hardship being faced by the people living in the rural sector.

BN Berterima Kasih Kepada Rakyat Sarawak Sentiasa Beri Sokongan

Posted: 31 May 2013 01:15 AM PDT

KUCHING, 31 Mei – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak, kerana menyokong teguh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei lepas, serta kerana memahami janji pilihan raya itu akan dikotakan.

Taib yang juga Pengerusi BN negeri, berkata kemenangan besar itu mencerminkan sokongan padu Sarawak terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri untuk terus meneraju negara ini.

“Ini petunjuk kekuatan rakyat di Sarawak yang bersatu, stabil dan memahami bahawa banyak lagi peruntukan akan disalurkan kerajaan persekutuan bagi pembangunan yang memberi manfaat kepada mereka seperti dijanjikan (Perdana Menteri),” katanya dalam mesej sempena sambutan Hari Gawai, di sini.

Di Sarawak katanya, setiap tahun kerajaan BN memperuntukkan 70 peratus daripada belanjawan, untuk pembangunan terutama di kawasan luar bandar, sebagai usaha mempertingkatkan taraf ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan.

Taib juga gembira kerana masyarakat luar bandar semakin peka dengan kepentingan pendidikan berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar di kawasan itu dalam peperiksaan umum.

“Mereka inilah yang akan menjadi golongan berpendidikan tinggi, menjadi pemimpin pada masa depan dan meneraju yang lain ke peringkat lebih tinggi,” katanya menambah negeri itu memerlukan lebih banyak tenaga manusia berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan yang ditawar oleh Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dan tempat lain di Sarawak.

Atas faktor itulah kerajaan katanya mewujudkan enam institusi pengajian tinggi, sekolah vokasional dan pusat serta institusi latihan belia dengan kerjasama swasta bagi menyediakan pendidikan dan latihan teknikal kepada rakyat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata beliau melihat masyarakat luar bandar memahami sepenuhnya akan keperluan menyokong kerajaan BN yang mempunyai program dan strategi baik untuk membangunkan negeri serta menaikkan taraf hidup rakyat.

Kerajaan BN juga memastikan generasi muda mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti termasuk pendidikan teknikal bagi menjamin masa depan mereka.

“Terima kasih atas sokongan yang bertambah daripada masyarakat luar bandar,” kata Jabu dalam mesej Hari Gawainya.

Menurut Jabu, kerajaan BN akan membalas budi mereka dengan program dan pembangunan untuk rakyat yang bertuah mempunyai Najib dan Taib sebagai pemimpin mereka, kerana kedua-duanya bukan sahaja berkebolehan tetapi juga memahami keperluan rakyat termasuk kesukaran yang dihadapi penduduk di pedalaman.

Jangan Terlibat Tindakan Cemar Institusi Raja Berperlembagaan

Posted: 31 May 2013 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Umat Islam diingatkan supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebaliknya, umat Islam dan rakyat Malaysia perlu bersatu padu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan bagi mengekalkan suasana aman damai.

“Janganlah ada daripada kalangan kita yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama dan bangsa kerana kepentingan diri dan ideologi masing-masing serta ada yang sanggup bersubahat dengan pihak tertentu untuk mempertikaikannya atas alasan bagi mempertahankan hak asasi pihak lain.

“Ingatlah bahawa musuh-musuh Islam senantiasa berusaha memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat khas di Masjid Negara hari ini bertajuk ‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Paksi Kekuatan Ummah’ sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah esok.

Tuanku Abdul Halim turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Orang kenamaan lain yang turut kelihatan ialah Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, timbalannya, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan anggota jemaah menteri.

Tuanku Abdul Halim, 85, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, ditabalkan pada 11 April tahun lepas. Seri Paduka pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970 ketika berusia 42 tahun.
Jamil Khir menarik perhatian jika umat Islam hilang integriti, hilang maruah dan diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri.

Justeru, katanya, pengekalan Institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu Islam di tanah air sebagai warisan bangsa dan merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia.

“Walaupun negara kita begitu unik dengan berlatar belakang penduduk yang berbilang kaum dan agama, namun proses perpaduan ummah telah memberikan impak besar kepada pembentukan masyarakat.

“Mimbar percaya bahawa proses mengurus krisis dan pertelagahan dalam masyarakat yang berlangsung dengan pantas adalah berdasarkan kewibawaan dan kebijaksanaan pemerintahan Raja-Raja Melayu.

“Baginda dalam menyempurnakan amanah tersebut akan memastikan perpaduan ummah terpelihara, kesucian agama Islam terjaga, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam terus dilindungi daripada sebarang bentuk pencerobohan,” katanya.

Beliau menegaskan kedaulatan Islam dan perpaduan ummah menjadi tonggak kepada kekuatan kepimpinan dan oleh itu, tanggungjawab rakyat adalah memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah negara.

Elak Perbezaan Fahaman Politik Sebagai Penyebab Keretakan Perpaduan

Posted: 31 May 2013 12:18 AM PDT

KUCHING, 31 Mei – Rakyat Sarawak diingatkan agar terus menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dibuat mengikut lunas demokrasi berperlembagaan dan mengelak daripada menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai penyebab keretakan perpaduan di negeri ini.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng turut berharap mereka tidak terbawa-bawa dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian sedia ada.

“Dalam kita menyambut perayaan Gawai Dayak ini, adalah amat penting bagi kita semua untuk meningkatkan kesyukuran dan menyuburkan lagi keharmonian serta perpaduan kaum yang telah lama terbina selama ini di Sarawak,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak esok.

Rakyat, katanya, dapat menyaksikan dan belajar bagaimana keadaan huru-hara dan rusuhan yang melanda sesetengah negara akibat perbalahan agama dan politik, telah menghancurkan serta menghalang proses pembangunan dan aktiviti ekonomi negara terbabit.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan, yang telah dibentuk semula, dan di peringkat negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana memenangi PRU13 dengan cemerlang.

Abang Muhammad Salahuddin berkata tahun ini juga amat bermakna bagi rakyat Sarawak kerana menyambut perayaan 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia dengan pelbagai aktiviti anjuran kerajaan negeri sejak pelancaran sambutan pada Mac lepas.

Beliau berkata sambutan perayaan berkenaan antara lain bertujuan mengingatkan rakyat agar menginsafi peristiwa serta liku sejarah negeri Sarawak dari zaman penjajahan sehingga mencapai kemerdekaan dan kemajuan yang bersama dikecapi pada hari ini.

“Tanpa mengenali sejarah negeri sendiri, kita tidak akan tahu mengenai asal-usul kita dan apakah masalah yang telah nenek moyang dan para pemimpin terdahulu daripada kita hadapi sebelum ini,” katanya.

Namun begitu, katanya, rakyat juga harus ingat bahawa sesebuah negara atau negeri yang maju adalah hasil daripada peranan dan sumbangan setiap kaum kerana tanpa perjuangan dan kerjasama sedemikian, tidak mungkin negeri ini boleh mencapai kemajuan seperti yang dinikmati pada masa kini.

Beliau yakin dengan adanya keharmonian yang telah lama tercipta, rakyat Sarawak akan terus hidup dengan aman dan makmur, bersesuaian dengan slogan sambutan 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia iaitu ‘Sarawak harmoni, kemakmuran dinikmati’.

Sambil mengucapkan selamat Gawai Dayak kepada semua masyarakat Dayak, beliau meminta agar mereka merancang perjalanan balik ke kampung dan rumah panjang bagi mengelak berlakunya kemalangan.

Yang Mana Satu Prinsip Pas, Sokong Demokrasi Atau Demonstrasi?

Posted: 30 May 2013 08:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Pas sebenarnya tersepit di tengah-tengah apabila seakan terpaksa menyertai perhimpunan haram 505 sedangkan pucuk pimpinannya mengakui bahawa mereka menerima keputusan pilihan raya atas nama demokrasi.

Jelas Zainal, sebagai parti yang sering melaung untuk memperjuang dan menegakkan agama Islam, sudah pasti mereka tahu bahawa agama Islam menegah kekerasan dan berdemo di jalanan tetapi demi menjaga hati rakan sekutu iaitu PKR dan DAP, mereka terpaksa turut serta dalam perhimpunan 505.

"Saya rasa dalam hati sesetengah pemimpin Pas memang menolak kekerasan dan menyokong sistem demokrasi yang ada termasuklah perjalanan sepanjang proses mengundi tetapi mereka tersepit.

"Takut hilang kepercayaan daripada rakan sekutu dan juga takut penyokong lari. Oleh itu mereka terpaksa menyertai perhimpunan haram dan mengenepikan ajaran Islam,” katanya.

Ujar beliau lagi, Pas juga terpaksa menjaga hati penyokong tegar mereka yang selama ini telah disogokkan bahawa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, pucuk pimpinan negara akan berubah dan apabila ini tidak menjadi kenyataan maka perhimpunan 505 adalah jawapan untuk memujuk hati para penyokong tegar.

"Sebab itu kita dapat lihat ada sesetengah pemimpin yang mengeluarkan kenyataan tidak menyokong demonstrasi jalanan dan menyokong demokrasi tetapi ada sesetengahnya pula terlibat dalam perhimpunan haram membantah keputusan PRU-13. Ini jelas menggambarkan bahawa Pas bukanlah parti yang memperjuangkan Islam secara benar dan ia tidak layak untuk dihormati," ujar Zainal kepada UMNO-Online.

Zainal menyeru kepada rakyat agar cuba memahami dan merenung kembali proses pengundian dijalankan dan cuba nyatakan di manakah ruang untuk menipu.

"Sekiranya PRU-13 tidak telus, bagaimana dua calon MCA di Pulau Pinang boleh hilang wang deposit. Ini tidak pernah terjadi. Kalau benar kita boleh menipu, saya akan pastikan saya sendiri menang. Ini tidak, saya juga kalah dan BN terima setiap kekalahan.

"Kita telah lakukan segalanya, namun BN masih gagal mmerampas kembali Pulau Pinang dan kita masih menerimanya dengan baik termasuklah di negeri-negeri lain. Jadi, beritahu saya di manakah ruang ada yang kita boleh menipu? Jika betul ada dan ada bukti, kemukakanlah… buat aduan dengan segera. Bagi saya negara ini mempunyai undang-undang yang hebat dan Perlembagaan yang baik jadi gunakanlah dengan bawa bukti yang ada ke mahkamah.

"Jangan sekadar cakap kosong dan mempergunakan rakyat untuk membenci kerajaan dan BN. Walaupun kita rasa tertipu dengan sikap sesetengah pihak namun kita terima keadaan ini tapi kita tidak boleh terima bila pembangkang bercakap kosong dan tidak menerima keputusan PRU-13," jelasnya lagi.

Selepas tamat PRU-13, beberapa pemimpin Pas dan majlis Syura telah menyatakan pendirian bahawa Pas sama sekali tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan penganjuran himpunan 505.

Namun begitu, dilaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pernah mengeluarkan kenyataan menyokong perhimpunan tersebut. Selain Mustafa, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan turut menyatakan sokongan yang sama.

Membuktikan lagi keterlibatan Pas dalam himpunan 505 adalah apabila perhimpunan ini diadakan di Kompleks Pas di negeri Kedah manakala di perhimpunan di negeri Terengganu juga menyaksikan pemimpin Pas seperti Mustafa dan Husam Musa turut hadir. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT