SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, June 9, 2013

UMNO Online - “Tengku Adnan Wakili BN Beri Penghormatan Terakhir Taufik Kiemas” plus 7 more

UMNO Online - “Tengku Adnan Wakili BN Beri Penghormatan Terakhir Taufik Kiemas” plus 7 more

Link to UMNO Online

Tengku Adnan Wakili BN Beri Penghormatan Terakhir Taufik Kiemas

Posted: 08 Jun 2013 08:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli-ahli Majlis Tertinggi bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga Bapak Taufik Kiemas yang meninggal dunia hari ini.

BN akan menghantar Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mewakili BN/UMNO untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Taufik dengan berlepas ke Indonesia esok pagi.

Allahyarham Taufik yang juga Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia adalah suami kepada bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam ini di Hospital Besar Singapura.

Beliau yang juga penaung Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dimasukkan ke hospital tersebut awal minggu ini selepas mengadu keletihan.

Pertengahan tahun lalu, delegasi UMNO yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin telah melakukan kunjungan ke Indonesia dan berkesempatan menziarahi Bapak Taufik yang sedang sakit di rumahnya.

Sebelum itu, Allahyarham Taufik turut melakukan kunjungan ke Kuala Lumpur bersama delegasi MPR dan disertai media Indonesia pada penghujung 2011 serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib selain turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Menurutnya, kunjungan beliau bersama rombongannya ke negara ini adalah untuk merapatkan hubungan antara kedua negara bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi turut membabitkan di kalangan rakyat dan pihak media.

Beliau turut berharap perkara persempadanan kedua-dua negara itu dapat diselesaikan secara harmoni supaya hubungan keakraban dapat dipertahankan kerana kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dalam banyak perkara.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah – MediaUMNO

Tengku Adnan Tells June 15 Rally Organiser To Use Stadium And Not Padang Merbok

Posted: 08 Jun 2013 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 8 – Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor has advised those organising a gathering at Padang Merbok on June 15 to not go ahead with the plan as the location is not suitable.

He said the place was “too open” and holding a rally there could cause congestion in the area.

He suggested the organiser look for an alternative venue at a stadium.

“To me, Padang Merbok is an open place and we cannot let them hold the gathering there.

“We have laws, so they have to abide by them by choosing another place.

“If they want Merdeka Stadium or the Bukit Jalil Stadium, just let the owners know,” he told reporters after opening the ministry’s Clients’ Day here Saturday.

He was commenting on the “Black 505″ gathering being planned by the Opposition at Padang Merbok, which comes under the jurisdiction of City Hall here. – Bernama

Pahang MB : Top Umno posts should not be uncontested

Posted: 08 Jun 2013 08:41 AM PDT

KUANTAN, June 8 – Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob has disagreed with calls for Umno’s top positions to be left uncontested in the coming party elections.

He said Umno was a democratic party and if it wanted to remain relevant to youths and the educated, it must not be exclusive.

“I do not agree with statements supporting the positions to be closed for contest. For me, it must be open.

“We can support Datuk Seri Najib Tun Razak for the president post but how can the president, deputy president, Umno Youth chief and Wanita chief posts be uncontested?

“It is better if we do not do this because it will show that we are autocratic,” Adnan told reporters after visiting the Jom Heboh carnival at the MPK2 field here Saturday.

He said it was not because he was not loyal to the party president and deputy president but Umno would not be democratic if such statements were being made.

It was reported that Umno Youth chief Khairy Jamaluddin had expressed the wing’s wish for the party’s top two posts to be uncontested at its coming elections.

Several Umno leaders, including vice president Datuk Seri Dr Zahid HamidI  and information chief Datuk Ahmad Maslan had supported the call.

Meanwhile, Umno Youth deputy chief Datuk Razali Ibrahim had said the wing unanimously wanted Khairy to continue as its chief.

To a question on whether he was eyeing any position, Adnan said he was already old and would like to focus on doing what must be done.

Kajian Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Hujung Tahun Ini – Wan Ahmad

Posted: 08 Jun 2013 08:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai,” katanya melalui ceramah bertajuk ‘Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini, Sabtu.

Wan Omar berkata pihaknya mula mengumpul data melalui Pejabat SPR negeri dan melantik beberapa pegawai dari Jabatan Perangkaan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri bagi membantu kajian persempadanan itu dari segi melakar peta serta mengira jumlah populasi penduduk kawasan.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat, dan dalam kes ini, pada 2003.

Wan Ahmad berkata persempadanan kawasan kali ini dijangka lebih mencabar kerana semakin ramai akan menyatakan rasa tidak puas hati semasa hasil siasatan awal dipamer kerana mendakwa ia berat sebelah.

“Sekarang siasatan belum dijalankan pun dah ada orang yang tidak puas hati.

“Ada yang menuding jari ke arah kami dan menyatakan persempadanan itu dilakukan untuk kepentingan parti tertentu, tetapi kami melakukannya kerana dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sudah semestinya negara akan mengalami perubahan termasuk penambahan populasi penduduk, urbanisasi dan pembangunan pesat.

“Bagi mengelakkannya (dituduh berat sebelah), kami berusaha melibatkan orang ramai untuk membantu kami menjalankan kajian pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata semasa kajian persempadanan yang terakhir, pihaknya mengambil masa tiga bulan sama ada untuk mempamer, mengubah suai dan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan turun padang ke setiap kawasan kajian yang terlibat.

Wan Ahmad berkata rayuan semasa tempoh pameran kajian hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan lebih daripada 100 pemilih berdaftar tanpa sokongan mana-mana parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas seminar itu, Wan Ahmad menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang, yang menggesa beliau dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletak jawatan, sebagai tidak munasabah.

“Jika mereka ini merasakan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak diterima, mereka boleh menfailkannya melalui petisyen pilihan raya untuk dikemukakan kepada Mahkamah Pilihan Raya seperti mana yang termaktub dalam perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

“Biar Mahkamah Pilihan Raya buat keputusan dan kami akan memprosesnya, semua ini adalah prosedur dan undang-undangnya, bukannya sesuka hati minta orang letak jawatan,” katanya.

Beliau berkata kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan. -BERNAMA


Jawatan Khas Dakwa Penderhaka Perlu Diwujudkan

Posted: 08 Jun 2013 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mahkamah khas dan pendakwa raya khas perlu diwujudkan untuk mendakwa “penderhaka” jika kerajaan berminat untuk menggubal undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.

Peguam dan juga ahli politik Datuk Zulkifli Noordin berkata, wujudnya jawatan baharu ini akan dapat mengelakkan wujudnya konflik kepentingan kerana Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan manakala pendakwa raya khas itu boleh mewakili institusi Diraja.

“Tidak sesuai jika Peguam Negara menjalankan pendakwaan bagi pihak raja,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Beliau menyokong cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mahu kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas mengenai kesalahan derhaka kepada raja.

Katanya, sistem perundangan Malaysia perlu diubah untuk disesuaikan dengan undang-undang penderhakaan ini. “Sudah sampai masanya pendakwaan dibuat oleh seorang pegawai undang-undang yang mahir dalam perundangan kerana selama ini, kadang-kala pendakwaan dibuat oleh pegawai polis dan ini mempunyai beberapa kelemahan,” katanya.

Katanya, sehingga sekarang, tidak ada satu pun peruntukan undang-undang yang membicarakan secara khusus mengenai kesalahan penderhakaan.

Sekarang ini, mereka yang dikatakan menderhaka akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 atau pun di bawah Kanun Keseksaan, katanya.

“Masalahnya undang-undang sedia ada sekarang ini tidak mempunyai definisi khusus tentang kesalahan penderhakaan ini,” katanya.

Zulkifli juga melontarkan idea bahawa satu Mahkamah Khas diadakan untuk membicarakan kes-kes penderhakaan yang dianggap serius dan hukuman yang dikenakan mestilah berat supaya rakyat tahu kepentingan kuasa raja.

Cadangan untuk penggubalan undang-undang khas ini mula timbul selepas beberapa kes penghinaan rakyat ke atas institusi raja negara ini ekoran kegagalan orang ramai memahami kuasa dan fungsi raja bagi Malaysia.

Perkenal Semula Sistem Kuota Pencalonan Jawatan Presiden, Timb. Presiden UMNO – Salleh

Posted: 08 Jun 2013 08:14 AM PDT

KOTA BELUD, 8 Jun – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO, yang pernah dipraktikkan sebelum ini.

Beliau berkata langkah itu difikirkan relevan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak kebelakangan ini yang mahukan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini.

“Lebih penting, pengenalan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah untuk menentukan mereka yang bertanding jawatan tersebut mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, di sini Sabtu.

Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud berkata sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah mekanisme terbaik memastikan keutuhan parti sebagai tunjang pemerintahan negara ini.

Jika tidak, katanya, sembarangan orang termasuk mereka yang tidak mempunyai kredibiliti boleh menawarkan diri bertanding jawatan tersebut, dan ia tidak baik untuk parti.

“Sementara bagi jawatan-jawatan lain, termasuk naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi (AMT), ketua bahagian dan semua sayap parti boleh dikekalkan sistem pencalonan dan pertandingan yang sedia ada,” katanya.

Ini, katanya, selaras dengan semangat pindaan perlembagaan UMNO yang dibuat sebelum ini, yang memberi peluang kepada lebih ramai ahli menentukan hala tuju kepemimpinan parti.

Bekas Ketua Menteri itu berkata semangat pindaan perlembagaan tersebut perlu dipertahankan demi kelangsungan perjuangan UMNO..

Sebelum ini, calon yang ingin bertanding jawatan presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 bahagian, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan kerusi Majlis Tertinggi (5 peratus).

Pada 24 April 2009, Majlis Tertinggi UMNO bersetuju perlembagaan parti dipinda yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan supaya ia lebih telus, terbuka dan demokratik.

Pindaan perlembagaan UMNO kemudian dibuat pada perhimpunan agung tahunan UMNO pada Oktober tahun yang sama.

Dalam pada itu, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan mengajak ahli parti semua peringkat supaya memperkukuh semangat perpaduan, demi menjadikan UMNO kekal sebagai parti inklusif.

“Kekuatan ahli UMNO di peringkat akar-umbi memainkan peranan besar dalam mengupayakan perjuangan dalam usaha menjadikan UMNO lebih inklusif,” katanya.

Usaha Memerangi Jenayah, Satu Peperangan – PM

Posted: 08 Jun 2013 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Usaha memerangi jenayah adalah satu ‘peperangan’ yang memerlukan komitmen dan sokongan berterusan daripada semua lapisan masyarakat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penyertaan daripada masyarakat secara aktif dan proaktif dan bukannya dalam bentuk pasif atau “lip service” adalah perlu bagi membantu menjayakan hasrat kerajaan mewujudkan perasaan selamat, tenteram dan bebas daripada perasaan takut ketika berada di negara ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kadar penurunan jenayah bukanlah muktamad berdasarkan statistik dan perangkaan yang dicapai hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif sejak ia dilancarkan pada tahun 2010.

“Penyertaan secara aktif dan proaktif oleh masyarakat bukan dalam bentuk pasif atau lip service. Kalau kita sebagai individu dapat melakukan penyertaan masing-masing secara proaktif dan aktif, saya percaya sokongan dan dokongan daripada komuniti adalah asas yang amat penting yang boleh membawa kepada kejayaan kita memerangi jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen Bersatu Menentang Jenayah anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di KLCC Park di sini.

Dalam menyeru semua lapisan masyarakat supaya bersatu memerangi jenayah, Perdana Menteri turut meminta pihak swasta khususnya pemilik pusat beli-belah meningkatkan tahap keselamatan di premis mereka seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dan menyediakan lebih ramai pengawal keselamatan.

“Jangan fikir mengenai keuntungan sahaja, kena juga fikir mengenai sumbangan perangi jenayah. Kalau pusat membeli-belah itu selamat dari jenayah, ia akan lebih popular. Kita mesti lihat dari sudut tersebut,” katanya.

Katanya pemaju perumahan juga perlu membina projek-projek perumahan yang menerapkan ciri-ciri komuniti selamat seperti mengelak daripada membina lorong-lorong sunyi. “Ini adalah satu peperangan yang hanya akan berjaya jika semua lapisan rakyat mendokong dan menyokongnya (usaha). Kalau kita tidak bersatu perangi jenayah, jenayah akan menghantui kita,” katanya.

Selain itu, Najib juga menyarankan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji cadangan mewujudkan talian khas kecemasan yang disambungkan terus ke Bukit Aman supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan dalam tempoh masa lebih singkat.

Beliau berkata cadangan itu dibangkitkan oleh seorang bekas pegawai tertinggi polis dalam satu perjumpaan veteran polis bersama beliau baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Kempen Bersatu Menentang Jenayah telah dilancarkan Mac lepas dan orang ramai boleh membuat ikrar untuk memerangi jenayah melalui laman webwww.unitedagainstcrime.com.my.

Setakat ini, sejuta orang dan 30 syarikat swasta telah mengatakan ikrar mereka terhadap tujuan tersebut. -BERNAMA

Kerajaan Akan Bertindak Tegas Pertahan Institusi Penting Negara – Muhyiddin

Posted: 08 Jun 2013 07:58 AM PDT

MUAR, 8 Jun – Rakyat menyampaikan mesej yang jelas dalam pilihan raya umum ke-13 yang lepas bahawa mereka mahukan kerajaan bertindak lebih tegas dan berani mempertahan institusi-institusi penting negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah penting untuk memastikan institusi yang selama ini telah kerajaan wujudkan untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara tidak diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya dapat mesej yang jelas sewaktu pertemuan bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kini kerajaan yang memerintah mesti lebih efektif, cekap, berani serta bersedia hadapi apa sahaja di hadapan.

“Jangan biarkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab mengganggu-gugat keamanan dan perpaduan. Mereka (rakyat) mahukan kerajaan lebih berani.

“Saya nak ulangi, kita akan bertindak lebih tegas mempertahan segala institusi yang telah dibina untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan, keselamatan dan keamanan negara,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin negeri dan parti komponen BN.

Muhyiddin berkata, mesej berkenaan antara dapatan yang diperoleh hasil analisis yang dilakukan oleh BN daripada keputusan pilihan raya umum lepas.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan akan menumpukan perhatian yang lebih terhadap kelompok masyarakat yang menyokong BN dalam pilihan raya lepas sehingga parti itu dapat terus mentadbir negara.

“Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN. Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru semua pihak supaya akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya umum lepas dan tidak perlu mempertikaikan lagi perkara itu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Beliau berkata sudah sampai masanya, agenda pembangunan negara berjalan seperti sediakala dan menurutnya rakyat sedang menunggu kerajaan untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya sebelum ini.

Pada sidang media kemudiannya, Muhyiddin berkata hasil laporan terperinci keputusan analisis pilihan raya yang dilakukan oleh BN itu dijangka diketahui pada bulan depan.

“Saya telah minta kajian lebih terperinci dilakukan di samping menilai bagaimana keputusan bagi setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri.

“Ia bagi membolehkan inisiatif boleh diambil untuk hadapi cabaran masa depan baik daripada aspek pengundi mahupun isu pembangunan dan sebagainya.

“Laporan ini kita jangka akan terima pada bulan hadapan,” katanya.

Menurutnya analisis itu penting supaya BN dapat menggariskan strategi yang boleh diambil untuk memastikan parti itu mampu terus memperoleh mandat dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT