SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, June 6, 2013

UMNO Online - “Tuduhan Demokrasi Mati : DAP Patut Suluh Muka Di Cermin” plus 6 more

UMNO Online - “Tuduhan Demokrasi Mati : DAP Patut Suluh Muka Di Cermin” plus 6 more

Link to UMNO Online

Tuduhan Demokrasi Mati : DAP Patut Suluh Muka Di Cermin

Posted: 05 Jun 2013 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Suffian Awang meminta kepimpinan DAP menyuluh muka dicermin apabila mendakwa sistem demokrasi di negara ini sudah mati di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, sedangkan hakikatnya parti tersebutlah yang telah mematikan prinsip demokrasi di dalam parti mereka sendiri.

Menurut beliau, DAP tidak perlulah untuk mempertikaikan amalan demokrasi yang dilakukan oleh BN sedang parti tersebut sendiri telah mencabul hak-hak demokrasi terhadap ahli-ahli mereka sendiri.

"Jika benar DAP mengamalkan dan memegang prinsip demokrasi secara telus, saya cabar mereka untuk adakan semula pemilihan CEC mereka baru-baru ini, yang secara jelas telah melanggar prinsip demokrasi.

"Penyelewengan yang berlaku di dalam pemilihan CEC sudah terbukti apabila ahli-ahli DAP sendiri dari seluruh negara telah menyatakan bantahan mereka. Jangan jadi pepatah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tegasnya lagi, tindakan kepimpinan DAP yang memekak telinga daripada mendengar bantahan lebih 700 ahli mereka yang dinafikan hak untuk memilih dalam pemilihan CEC membuktikan bahawa demokrasi di dalam DAP hanyalah mainan dimulut para pemimpinnya saja.

"Jika mereka mengatakan demokrasi sudah mati di bawah pemerintahan BN, bagi saya itu satu kenyataan orang yang tidak sedarkan diri. Mereka menuduh orang lain, sedangkan hakikatnya mereka sendiri mematikan demokrasi di dalam DAP.

"Lihat sajalah bagaimana urusan pemilihan jawatankuasa tertinggi DAP di jalankan. Hidupkah demokrasi di dalam DAP apabila lebih 700 anggota DAP yang layak mengundi dinafikan hak mereka, malah tidak dipanggil untuk memilih ahlijawatan kuasa tertinggi, sedangkan mereka berhak untuk pemilihan tersebut," tegasnya.

Justeru itu, beliau menasihat pemimpin parti tersebut jangan terlalu angkuh mengkritik orang lain sedangkan diri parti mereka sendiri bergelumang dengan ketidakadilan dan penyelewengan.

"Mereka ini ibarat ayam yang kuat berkokok, tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Pandai mengata orang, tetapi diri sendiri pun tak betul. BN sejak memerintah sehingga ke hari ini, berusaha untuk memastikan prinsip demokrasi itu tertegak di dalam negara dan ini sudah pun terbukti.

"DAP jangan berlakon seolah-olah mereka itu sebuah parti yang telus dan memegang teguh prinsip demokrasi sedangkan hakikat sebenarnya, demokrasi sudah lama mati dalam DAP dan diganti dengan amalan nepotisme dan kronisme pemerintahan ala-ala Dinasti di dalam parti tersebut hari ini," jelasnya. -MediaUMNO

 

Kedah Gov’t To Obtain Initial Funding For Projects From Federal Gov’t – Mukhriz

Posted: 05 Jun 2013 01:56 AM PDT

ALOR SETAR, June 5 – The Kedah government would obtain financial assistance from the federal government to carry out various development projects  for the people in the state, said Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

He said the funds would be acquired for the initial stage only before the state could become self-reliant.

Mukhriz said the state government did not have many sources of income and that he would ensure that the money spent would derive economic returns for the state.

“The Kedah government will be very prudent in managing the state’s finances. We don’t have huge income resources but we have big ambitions to develop this state.

“Every expenditure, every ringgit spent must generate revenue. It will not be like ‘mencurah air ke daun keladi’ (pouring water onto a yam leaf – a fruitless act). It should be highly beneficial for the people and contribute to income-generation for the state.”

Mukhriz said this after the appointment ceremony for the new Kedah state secretary and financial officer at Istana Anak Bukit, here, today.

He cited the building of the RM$330 million Kolej Universiti Insaniah (Kuin) main campus in Kuala Ketil which did not generate any income for the state government, which instead had to pay the debt of RM46 million a year.

Mukhriz said various projects like infrastructural ones which could directly contribute to the state’s economy, would be implemented.

However, he declined to elaborate on the projects planned by the state government as these were in the discussion process and would have to be carefully studied first.

On the leptospirosis case where a man died from the viral disease recently after swimming at the Lata Bayu Waterfalls in Baling, Mukhriz said he had met the forestry officer concerned and found the source to be littering by visitors to the waterfalls.

“They left their rubbish there which invited rats, whose urine with the virus had contaminated the water there,” said Mukhriz, who advised visitors to the recreational spot to help keep it clean.

Anggota Parlimen Perlu Zahirkan Taat Setia, Lindungi Perlembagaan – Abu Zahar

Posted: 05 Jun 2013 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Anggota Parlimen, sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara, hendaklah menunjukkan taat setia yang sebenar kepada Negara serta berazam untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata perkara ini penting memandangkan kebelakangan ini, jelas kelihatan berlakunya perbuatan melanggar atau mengingkari beberapa perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau berkata anggota Parlimen perlu mengelak daripada mengeluarkan kata-kata keterlaluan, yang boleh dianggap bukan sahaja melanggar ikrar sumpah dan taat setia, tetapi mempersoal kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan menolak peruntukan Perlembagaan.

Sepatutnya, anggota Parlimen boleh memahami dengan lebih mendalam kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan ‘Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan’, yang telah diterima pakai dengan baiknya sejak kemerdekaan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara mengangkat sumpah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waytha Moorthy sebagai senator hari ini di bangunan Parlimen.

Abdul Wahid, 49, dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU), manakala Waytha Moorthy, 47, dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Abu Zahar turut mengingatkan anggota Parlimen supaya berbahas dengan bijak dan mempraktikkan segala peraturan majlis mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, agar dapat dilihat sebagai kumpulan yang dihormati dan diyakini rakyat.

“Kebebasan bersuara memang diperuntukkan dalam Perlembagaan tetapi di Malaysia ada had batasannya kerana perkara ini kadang kala boleh mengguris perasaan pelbagai kaum di negara ini.

“Di Malaysia ada Akta Hasutan, walaupun kita bebas berucap tetapi akta ini telah diluluskan dalam dewan ini…juga oleh wakil-wakil rakyat, ” katanya.

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun, selepas pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 5 Mei lepas.

Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dihormati dan dijaga oleh anggota Parlimen seperti Perkara 152 melibatkan Bahasa Kebangsaan.

“Kita tahu, kerajaan sangat prihatin dalam penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perdagangan tetapi kita mesti menghormati dan jangan memperlekeh dan mempersenda Bahasa Kebangsaan kita,” katanya.

Beliau juga berkata Perkara 153 Perlembagaan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, tidak sepatutnya dipersoal oleh anggota Parlimen kerana ia boleh menimbulkan situasi sensitif dan menggugat keamanan negara.

“Perkara ini telah berjalan begitu baik dan jangan sesekali kita mempolitikkannya dan menggugat keharmonian negara ini,” katanya.

Kes Dharmendran : Polis Terlibat Akan Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini

Posted: 05 Jun 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun-  Anggota polis yang disyaki terlibat dengan kes kematian tahanan di dalam lokap, N. Dhamenderen, akan dihadapkan ke mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata laporan kertas siasatan telah diserahkan kepada jabatannya semalam setelah pasukan khas ditubuhkan polis sebelum ini selesai menjalankan siasatan terhadap kematian Dhamenderen, 31.

“Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata walaupun kejadian itu dikesali, tindakan segera diambil polis dalam kes kematian Dhamenderen adalah membanggakan dan menggambarkan komitmen pasukan itu untuk menegakkan kewibawaan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dhamenderen meninggal dunia dalam selnya di lokap Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas semasa dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh Dia ditahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei lepas.

Abdul Ghani berkata berdasarkan bedah siasat dijalankan Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei, punca kematian didapati sebagai kecederaan akibat hentakan objek tumpul.

“Jabatan Peguam Negara memandang serius kejadian terbaru kematian tahanan semasa dalam agensi penguatkuasaan ini dan komited untuk menangani mengikut undang-undang sebarang salah laku yang telah menyebabkan kematian Dhamenderen,” katanya.

Tuduh Pengundi Hantu, Bangla Tapi Menang Majoriti Besar Kawasan Pembangkang

Posted: 05 Jun 2013 12:56 AM PDT

KULAI, 5 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata tuduhan mengatakan wujud pengundi hantu malah kononnya ada 40,000 orang warganegara Bangladesh yang terlibat untuk membantu mengundi BN pada PRU13 yang lalu jelas perbuatan yang tidak bermaruah dan sengaja dicipta untuk mengelirukan rakyat.

"Mereka mewujudkan suasana tidak tenteram dan keliru dalam masyarakat. Tuduhan-tuduhan yang pelbagai ini sengaja direka cipta bagi memastikan kesinambungan dan momentum 'mengugat kepercayaan rakyat' dapat diteruskan sekurang-kurangnya sehingga PRU yang akan datang.

“Mereka berkata kononnya wujud pengundi hantu, pengundi warganegara Bangladesh, tetapi dalam masa yang sama, jika dikaji semula kemenangan calon-calon BN di dalam satu-satu kawasan, jumlah undi antara BN dan pihak pakatan nampak lebih seimbang berbanding di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh calon-calon pakatan ini, mereka menang dengan majoriti yang besar ….. adakah ini bukti wujud pengundi hantu dan pengundi warganegara Bangladesh terlibat dalam mengundi BN?," ujarnya yang juga EXCO  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tegas beliau  sepatutnya kini semua calon-calon yang menang tidak kiralah di pihak BN mahupun di pihak pembangkang seharusnya menolak ke tepi politik kepartian sebaliknya berganding bahu memastikan kesejahteraan rakyat terbela, memastikan rakyat hidup aman damai dalam sebuah negara majmuk, bukannya suasana tidak aman dan penuh rasa curiga dan sangsi seperti yang wujud sekarang ini.

"Sehubungan dengan itu, pihak pembangkang berhentilah untuk membuat tuduhan demi tuduhan jahat kerana jelas tindakan mereka ini sekadar untuk mengelirukan rakyat semata-mata, tanpa memikirkan kesan di masa yang akan datang.

“Mereka mempertikai kemenangan BN sebaliknya jika kemenangan di pihak mereka, semuanya tidak salah malah mereka bersedia pula untuk mengangkat sumpah menerajui beberapa kerajaan negeri seperti di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Mengapa tidak mereka pertikaikan kemenangan  pihak mereka di ketiga-tiga negeri ini dan di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen lain yang dimenangi mereka.

“Adakah mereka bersedia untuk tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat nanti ataupun mana-mana DUN yang dimenangi mereka, tidak perlu angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri masing-masing…… ," tambahnya lagi.

Terdahulu sebelum ini, tohmahan pihak pembangkang kononnya wujud pengundi hantu dari Bangladesh  hinggakan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina turut menjadi mangsa ‘politik kotor’ pihak pembangkang.

Pembangkang mendakwa jika pemimpin itu (Sheikh Hasina) dipaksa letak jawatan sekalipun, beliau masih boleh berhijrah ke Malaysia dan mudah mendapat kerakyatan Malaysia telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal. -MediaUMNO

AirAsia Remains Unperturbed By Malindo’s Aggressive Expansion Plans

Posted: 04 Jun 2013 09:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 5 – AirAsia Bhd remains unfazed by the aggressive expansion plans unveiled recently by its rival Malindo Air, citing  network connectivity as a major strength for the airline, moving forward.

AirAsia chief executive officer, Aireen Omar said the frills-free airline is not really concerned about the competition posed by its peer, due to differences in the business models.

“We have actually reported growth consistency in terms of network expansion and financial reporting, in line with the whole AirAsia Group’s growth prospects.

“Obviously, we will always monitor the competition. We welcome them because they will make us better and sharper, as to what we want to do,” she told Bernama.

Malindo Air was reported as desiring to kick-start its international flights by flying to India and Singapore after August, this year.

In India, the hybrid carrier is looking to first fly into New Delhi, Cochin and Trichy from Kuala Lumpur.

Cochin and Trichy are said to be AirAsia’s strongest Indian routes, while the New Delhi route was dropped by its sister airline, AirAsia X, due to high operational costs.

However, industry insiders have indicated that AirAsia might be looking to revive the axed New Delhi and Mumbai routes, to establish a strong northern domestic connectivity for the soon-to-be operational, AirAsia India.

Aireen said the AirAsia group has an almost complete travel map via its network, for customers, which gives it an edge when compared to Malindo Air.

She said the AirAsia Group across Malaysia, Indonesia, Thailand, the Philippines and Japan, had created a strong brand and carved a niche for itself among low-cost airlines globally, due to its extensive network reach, especially in the Asean region.

“We are certainly riding on the brand’s success among existing customers, while working hard to attract new guests on board.

“Adding to our brand success is AirAsia X, AirAsia Expedia, Tune Hotels and the many other entities which are part of the group. We do certainly have the compete travel package for our customers,” she added.

According to Aireen, it will take a huge amount of time, for a budding airline to compete at the same level.

“AirAsia will continue to work hard to maintain its edge and establish a stronger network, while keeping the low cost factor in all business segments.

“We will always focus on improvement, on what we can drive for the future, to strengthen our market, while at the same time continuing to emphasise on productivity,” she said.

Malindo Air is a joint venture between Indonesia’s Lion Air and Malaysia’s NADI (National Aerospace & Defence Industries).

Pentadbiran ‘People Oriented’ Bawa Misi Kedah Maju Selaras Wawasan 2020

Posted: 04 Jun 2013 09:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bahagian Jerlun berharap agar pentadbiran kerajaan negeri yang baru perlu bersifat “people oriented”, di mana rakyat perlu diberi ruang secara terus untuk berjumpa dengan pemimpin sama ada di peringkat Adun, Ahli Parlimen, Exco dan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah mereka.

Yang Di Pertuanya, Aswat Abu Bakar berkara, pemimpin BN di semua peringkat perlu ditekankan dengan amalan yang telus dan bersih.

Malah tambah beliau lagi pemimpin BN bukan saja perlu bersih malahan perlu dilihat bersih.

"Perpaduan di kalangan ahli dan penyokong parti perlu sentiasa diberi keutamaan. Ahli dan penyokong perlu mampu untuk menarik lebih sokongan kepada BN sebagai persediaan bagi menghadapi PRU 14.

“Usaha gigih perlu dilaksanakan bagi menarik kembali pelabur-pelabur masuk ke negeri Kedah setelah jumlah mereka berkurangan di bawah pentadbiran kerajaan yang lalu. Semua pihak perlu bekerja keras dalam melaksanakan misi penting ini. BN juga mesti menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis yang mempunyai kreadibiliti dan dinamik untuk memastikan BN akan terus relevan kepada rakyat negeri Kedah khususnya kepada generasi muda," ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun.

Jelas beliau lagi pemimpin-pemimpin di peringkat negeri perlu bergerak sederap dalam melaksanakan apa jua dasar yang bakal diputuskan oleh Kerajaan Negeri yang baru.

Sokongan dan dokongan secara bulat tegasnya  perlu diberikan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai ketua dalam pasukan baru pentadbiran negeri Kedah.

“Dasar-dasar baru yang bakal digubal perlu realistik dan kompetatif bagi memastikan negeri Kedah tidak terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri yang lain di samping ianya perlulah “appealing” kepada generasi muda. Dasar-dasar baru juga perlu fokus kepada perkara-perkara tertentu supaya tidak berlaku sebarang pembaziran sumber dalam perlaksanaan dasar-dasar tersebut.

“Kerajaan negeri juga mesti menganjurkan siri perbicangan secara terus dengan pelbagai lapisan rakyat bagi mendengar dan menyelami pandangan dan idea-idea baru secara terus daripada mereka," tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu katanya transformasi sikap segenap lapisan rakyat negeri Kedah perlu dilaksanakan sebagai persiapan kepada negeri Kedah untuk bersedia menjadi negeri maju selaras dengan Wawasan 2020 negara. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT