SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, June 3, 2013

UMNO Online - “Johor to Impose New property Tax Rate On Foreign Ownership” plus 3 more

UMNO Online - “Johor to Impose New property Tax Rate On Foreign Ownership” plus 3 more

Link to UMNO Online

Johor to Impose New property Tax Rate On Foreign Ownership

Posted: 02 Jun 2013 07:35 AM PDT

 

JOHOR BAHARU, June 2 (Bernama) — The Johor Government will impose a new tax rate on about 130,000 foreign ownership of property in the state, which varies from the rate imposed on local ownership.

 

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the move was to boost earnings for the local authorities while enhancing services to residents.

 

“The time has come for the state government to look at foreign ownership in the state because our people in other countries are also imposed a different tax rate.

 

“So, we are initially starting with the property tax rate,” he told reporters after visiting the Permas zone here today.

 

Mohamed Khaled, who is also Permas state assemblyman, was confident that the local people would agree with the decision as it would provide returns for them while foreigners must learn to appreciate their ownership of property here.

 

Meanwhile, he said the state local authorities would re-assess the value of properties in their respective jurisdiction to determine the tax rate to be collected.

 

He said the last assessment was made in the ’80s, adding that the prevailing property value was now higher.

 

On the Permas zone, Mohamed Khaled said RM4 million had been allocated to rehabilitate the area, besides sealing and widening existing roads and building new ones.

Kedah Akan Laksana Pelan Transformasi Negeri Rangsang Ekonomi – Mukhriz

Posted: 02 Jun 2013 07:28 AM PDT

LANGKAWI, 2 Jun — Kedah menyasar meningkatkan ekonominya dengan melaksanakan pelan transformasi negeri yang membolehkan lebih ramai pelabur domestik dan asing meneroka sektor-sektor baharu di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri merancang untuk memiliki hab kuasa ekonominya sendiri yang akan menjana aktiviti inovasi tempatan yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global.

“Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada pendapatan negara kasar (PNK) Kedah dan kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan sektor tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pekan Artisan Sdn Bhd.

Beliau berkata Kedah mempunyai banyak daya tarikan untuk meningkatkan ekonominya, terutamanya pulau tersohor, Langkawi, yang boleh menarik pelabur dalam dan luar negara.

Mukhriz berkata Langkawi, penyumbang potensi kepada PNK Kedah, boleh menarik lebih tiga juta pelancong setiap tahun, dengan PNK berkaitan pelancongan diunjur mencecah RM3.8 bilion menjelang 2015.

“Buat permulaan, kami berusaha untuk menarik pelaburan bernilai kira-kira RM5 bilion, di samping mewujudkan sekurang-kurangnya 4,200 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan dan meningkatkan kedatangan pelancong,” katanya.

Beliau berkata tahun lepas, dengan kira-kira tiga juta kedatangan pelancong direkodkan di Langkawi, perolehan pendapatan ialah sekitar RM2.6 bilion.

Menurut Mukhriz, Langkawi mendapat faedah daripada pelaburan domestik dan asing sejak pelaksanaan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi (2011-2015).

Pada Disember 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan pelan tindakan tersebut untuk menjadikan Langkawi sebagai satu daripada 10 destinasi pulau utama dunia.

Pembangunan Prasarana Luar Bandar Akan Diberi Keutamaan Dalam Belanjawan 2014

Posted: 02 Jun 2013 07:16 AM PDT

IPOH, 2 Jun — Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2014, khususnya bagi wilayah pedalaman di Sarawak dan Sabah, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jumlah peruntukan bagi pembangunan prasarana luar Bandar di Sarawak dan Sabah serta negeri-negeri lain akan diputuskan selepas pihaknya mengadakan perbincangan serta penelitian bagi merangka pelan perbelanjaaan tahunan berkenaan.

“Pastinya tumpuan belanjawaan perlu diberikan kepada kawasan luar bandar, terutama dari segi jaringan jalan, semua ini kita perlu mengambil kira. Lihat kes feri karam baru-baru ini, ia sungguh menyedihkan apabila negara kita sedang maju, namun ada rakyat yang terpaksa naik feri pergi ke satu tempat dengan dua, tiga jam,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Parlimen Tambun, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof baru-baru ini bahawa pihaknya akan berusaha mendapatkan pembiayaan daripada kerajaan pusat untuk membangunkan prasarana Sarawak terutamanya hubungan pengangkutan darat di kawasan muka bumi berbukit di Belaga dan Kapit.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata apa yang disuarakan oleh Menteri Kerja Raya itu adalah benar dan sudah pasti pembangunan prasarana kawasan luar bandar akan diberi kepentingan.

“Sudah pasti pembangunan luar bandar akan diberi keutamaan mengikut kemampuan belanjawan kita kerana kita juga mensasarkan untuk mengurangkan defisit perbelanjaan. Kita akan berusaha dengan kemampuan kita dan lebih banyak peruntukan untuk kawasan dan pembangunan infrastruktur luar bandar,” katanya.

Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan luar bandar akan terus dibangunkan untuk mengurangkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar, di mana sebanyak RM4.5 bilion telah diperuntukkan ke arah pelbagai projek pembangunan prasarana luar bandar.

Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu Kepada Pegangan Asing

Posted: 02 Jun 2013 07:10 AM PDT

JOHOR BAHARU, 2 Jun — Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan.

 

“Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini.

 

Katanya, usaha itu juga bertujuan meningkatkan hasil dan mengukuhkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor serta meningkatkan tahap  perkhidmatan kepada penduduk.

 

Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini.

 

Turut hadir, anggota Parlimen Pasir Gudang Normala Abdul Samad dan Datuk

Bandar Johor Baharu Burhan Amin.

 

Dalam pada itu, beliau berkata PBT di negeri ini juga akan melakukan penilaian semula terhadap nilai hartanah di kawasan pentadbiran masing-masing bagi membolehkan cukai dikenakan mengikut kadar harga pasaran hartanah semasa.

 

Katanya kali terakhir penilaian dibuat pada sekitar tahun 1980-an dan nilai hartanah tentunya meningkat dan berbeza berbanding dahulu.

 

“Cukai yang dikutip masa ini adalah berasaskan kepada nilai pada 1980-an, maknanya jika rumah kedai berharga RM30,000 pada waktu itu, cukai yang dikenakan kini masih berdasarkan nilai RM30,000 walhal kita percaya harga rumah kedai itu meningkat kepada nilai yang lebih besar,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi pembangunan baik pulih, penurapan dan pelebaran jalan raya serta membina jalan baru di Zon Permas.

 

Peruntukan di bawah kerajaan pusat dan negeri itu bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk setempat, katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT