SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, June 2, 2013

UMNO Online - “Rakyat Awam Digalak Beri Pandangan, Cadangan Mengenai Belanjawan 2014” plus 3 more

UMNO Online - “Rakyat Awam Digalak Beri Pandangan, Cadangan Mengenai Belanjawan 2014” plus 3 more

Link to UMNO Online

Rakyat Awam Digalak Beri Pandangan, Cadangan Mengenai Belanjawan 2014

Posted: 01 Jun 2013 03:21 AM PDT

IPOH, 1 Jun — Masyarakat awam digalakkan memberi pandangan dan  dan cadangan mengenai Belanjawan 2014 melalui kiriman emel, memorandum atau surat kepada Kementerian Kewangan untuk kerajaan meletakkan teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan itu.

 

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata setiap kumpulan masyarakat awam boleh mengemukakan apa sahaja pandangan atau cadangan dari perspektif mereka dan ia akan dinilai pasukan khas kementerian itu.

 

“Sesiapa sahaja, anda boleh menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai apa sahaja pandangan anda, jangan bimbang, pandangan yang betul atau salah dari perspektif anda, tidak mengapa.”

 

“Anda hanya berikan kepada kami dan kami mempunyai pasukan untuk mengkajinya dan membuat penilaian. Apabila kami bentangkan belanjawan itu, ia bukan belanjawan kerajaan semata-mata tetapi belanjawan negara, belanjawan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan bersama-sama penduduk Gugusan Manjoi di sini hari ini.

 

Katanya kementerian itu turut mengadakan perbincangan secara bersama dengan agensinya selain mula mendapat maklum balas daripada kumpulan fokus seperti badan profesional, pertubuhan bukan kerajaan, tenaga akademik institut pengajian tinggi dan perniagaan sebaik sahaja sesi perundin belanjawan dimulakan.

 

“Kini, kita melihat Belanjawan bukan sekadar bajet untuk perbelanjaantahunan sebaliknya ia juga adalah bertujuan untuk kita membangunkan negara dalam jangka panjang, maknanya kita ada matlamat besar iaitu menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020,” katanya.

 

Oleh yang demikian, Ahmad Husni berkata asas kepada pertumbuhan untuk

mencapai matlamat besar itu perlu diletakkan sebagai teras dalam Belanjawan 2014 dengan kesemua maklum balas, pandangan, cadangan dan hasil perbincangan diteliti serta dinilai.

 

“Kita berharap setiap rakyat tampil ke hadapan memberi pandangan dan cadangan mereka. Isu ideologi (politik) telah tamat, masa pilihan raya kita ada

ideologi parti  A, B, C dan D. Sekarang kita ada ideologi untuk membantu negara mencapai pendapatan tinggi, kejayaan kita semua akan memberi kesejahteraan kepada rakyat, jadi kita menuju ke depan untuk mencapainya,” katanya.

 

Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, berkata kerajaan akan memasukkan beberapa Aku Janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas dalam  Belanjawan 2014 seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan ditambah nilai peruntukannya dengan melihat kedudukan tahunan kewangan kerajaan.

 

Bagi belanjawan tahun ini, sasaran defisit 4.0 peratus dijangka dapat dicapai selepas mendapati pendapatan serta perbelanjaan negara menuju ke arah itu,  katanya.

 

“Pada tahun depan, kita sasar ia diturunkan kepada 3.5 peratus, dan pada tahun 2015 sebanyak 3.0 peratus sebelum kita terus berusaha untuk mendapatkan  belanjawan seimbang dan kemudian ada lebihan. Itu matlamat kita dari segi pengurusan kewangan negara,” katanya.

 

Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini, katanya.

Cadangan BN Jadi Parti Tunggal Tidak Sesuai – Ahmad Maslan

Posted: 01 Jun 2013 03:12 AM PDT

PONTIAN, 1 Jun — Cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebuah parti tunggal adalah tidak sesuai dan amat sukar dilaksanakan memandangkan ia tidak mampu mewakili suara semua kaum di negara ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai kaum termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak dan jika cadangan itu dilaksanakan beliau khuatir suara kaum minoriti ini kelak tidak dapat diwakili dengan baik.

“Kita tahu dari Sabah dan Sarawak, BN mempunyai parti kompnen yang mewakili pelbagai etnik yang tidak ramai di sana yang jika BN disatukan, suara mereka akan terhakis serta tidak mampu didengari lagi,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan Agama Seri Anom Parit Satu di sini hari ini yang melibatkan peruntukan pembinaan sebanyak RM1.9 juta.

Ahmad berkata secara peribadi, beliau sendiri tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang bakal menjadikan Umno, satu-satunya parti yang memperjuangkan hak orang Melayu selama ini terkubur.

“Saya sendiri tidak bersetuju Umno bubar untuk wujudkan parti BN tunggal tanpa komponen dan saya yakin 3.4 juta ahli Umno juga tidak bersetuju,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau meminta cadangan untuk mewujudkan keahlian terus BN tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN sebelum ini diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal.

Dengan cara itu, BN boleh menarik pelbagai persatuan atau kesatuan menjadi ahli bersekutunya.

Jangan Rosakkan Kepercayaan SPR Hanya Kerana Kepentingan Politik- Najib

Posted: 31 May 2013 09:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

 

Perdana menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar.

 

Beliau menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tert

Kerajaan BN Payung Kepada Setiap Rakyat Malaysia – Najib

Posted: 31 May 2013 09:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.

Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.

Najib bagaimanapun berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akur bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang menyokong mereka ataupun tidak susulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan BN kembali menerajui kerajaan persekutuan.

“Kerajaan Tuanku ialah kerajaan yang menjadi payung kepada setiap rakyat Malaysia,” tegas beliau dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Kerajaan, kata perdana menteri, akan merangka pelan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan kebangsaan serta membaik pulih persefahaman nasional, dan ini memerlukan kerjasama semua pihak.

“Ia harus diasaskan kepada dialog membina di semua peringkat. Ia harus menjadi agenda semua pihak bagi mencapai kejayaan serta membuahkan hasil,” kata Najib.

Pihak-pihak tertentu dilihat cuba mempertikaikan keputusan PRU13 yang memihak kepada BN dengan membangkitkan isu seperti undi popular, penggunaan dakwat kekal, dakwaan kehadiran ‘pengundi hantu’ dan kononnya berlaku gangguan elektrik ketika pengiraan undi.

Najib menarik perhatian sesungguhnya amat mudah untuk mengambil jalan menidak dan menyalahkan, namun ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah mahupun merungkai segala cabaran yang dihadapi Malaysia.

“Kerajaan ingin menyeru kepada pertimbangan rakyat Malaysia bagi melihat faktor-faktor kebersamaan yang mampu mempersatukan kita daripada melihat kepada titik-titik yang akan terus membuatkan kita terperangkap dengan nostalgia serta realiti lalu,” katanya.

Perdana menteri seterusnya berkata kerajaan komited untuk mencipta masa depan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia.

“Kami impikan sebuah Malaysia di mana semua kaum dan penganut pelbagai kepercayaan mampu hidup secara aman dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, sebuah Malaysia yang maju serta makmur, bumi yang mencukupi untuk semua,” katanya.

Najib berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akan terus mempertahan, melindungi dan memelihara prinsip keluruhan perlembagaan, kedaulatan undang-undang, meraikan kepelbagaian, mengamalkan sikap inklusif dan mendahulukan rakyat dalam mengurus hal ehwal negara di bawah lembayung Seri Paduka.

1 comment:

  1. saya mencadangkan pihak kerajaan memberi bantuan bulanan sebanyak rm150 kepada keluarga yang mempunyai anak melebihi 5 orang yang berumur bawah 18 tahun. Memandangkan kedaan semasa memerlukan perbelanjaan taraf hidup yang tinggi.

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT