SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, October 29, 2013

UMNO Online - “BR1M : Janji Ditepati, Dulu RM500 Kini RM650” plus 9 more

UMNO Online - “BR1M : Janji Ditepati, Dulu RM500 Kini RM650” plus 9 more

Link to UMNO Online

BR1M : Janji Ditepati, Dulu RM500 Kini RM650

Posted: 28 Oct 2013 04:11 AM PDT

Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas membawa berita gembira untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila Kerajaan Pusat yang diterajui BN menepati janjinya untuk menaikkan kadar bantuan tunai tersebut.

Dalam Akujanji BN sempena PRU-13 yang lepas, BN telah membuat perakuan bahawa dalam tempoh 5 tahun akan datang jumlah bantuan tunai BR1M akan dinaikkan sedikit demi sedikit sehingga mencecah maksimum RM1,200.00.

najib_jelajah_janji_ditepati

Menepati perakuan yang dikrarkan itu maka bermula Bajet 2014 ini para penerima BR1M yang sudah berkeluarga bakal memperolehi RM650.00 berbanding RM500.00 semasa ia mula diperkenalkan pada 2012, manakala individu bujang pula akan mendapat RM300.00 berbanding cuma RM250.00 sebelumnya.

Peningkatan itu mungkin dilihat kecil namun besar maknanya bagi ramai orang kerana sedikit sebanyak ia dapat meringankan bebanan kewangan mereka terutama bagi ibu bapa yang kerap mengalami masalah kewangan selepas bermulanya sesi persekolahan baru pada awal tahun.

Selain itu, buat pertama kalinya juga bermula tahun hadapan ketua isi rumah yang berpendapatan sederhana antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan juga layak menerima BR1M yang bernilai RM450.00. Ini satu lagi berita gembira yang seharusnya disambut baik oleh khalayak.

Pun demikian, tak semua yang meraikan kenaikan ini kerana ada segelintir pihak yang berkepentingan politik melihat BR1M sebagai satu umpan politik untuk kelangsungan Kerajaan BN yang diibaratkan oleh mereka umpama dedak ayam dan candu untuk menagih sokongan rakyat.

Sedangkan di masa yang sama golongan yang mempertikaikan program bantuan tunai ini jugalah yang sering mengambil kesempatan mengutip 'cukai' dan merompak wang hasil penat lelah rakyat marhaen dengan mengusung tin milo dan uncang semasa berceramah di atas pentas politik.

Tak kurang juga ada golongan politikus dari pembangkang yang merasakan bantuan sebegini hanya akan menyebabkan negara dibebani masalah hutang yang lebih besar kelak tanpa mereka sedari bantuan tunai sebegini memberi impaknya yang tersendiri menjana ekonomi dalam negara.

Ini asas putaran ekonomi yang patutnya difahami ramai kerana wang yang dibelanjakan oleh jutaan penerima BR1M akan berlegar dalam negara dan membolehkan para peniaga mendapat keuntungan dan hasilnya pula dinikmati oleh semua pihak samada peniaga, pengedar, pekerja seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi.

Apapun, tahniah kepada PM dan Kerajaan BN kerana telah membuktikan janji yang diikrarkan benar-benar ditepati sekaligus meletakkan perbezaan besar BN dengan janji dicapati oleh pakatan pembangkang yang sampai sekarang hanya sekadar tahu menabur janji sahaja.

mykmu.net

Ahmad Sohaimi Is Not Just A Lecturer : Village Leader

Posted: 28 Oct 2013 04:08 AM PDT

YAN, Oct 27  - Sungai Limau Barisan Nasional (BN) candidate Dr Ahmad Sohaimi Lazim would usually lead prayers as the imam at the Kampung Titi Batu surau whenever he happened to be home, according to a village development and security committee (JKKK) leader here.

Kampung Titi Batu JKKK chairman Safie Romli, 60, attesting to Ahmad Sohaimi’s religious temperament, said the Sultan Idris University of Education lecturer would also offer to deliver the sermon during Hari Raya Aidilfitri and Aidiladha prayers.

“He is much respected by the villagers who affably address him as ‘Chegu’ or ‘Abang Mi’. I am very glad that he has been chosen to represent the BN in the by-election,” he told Bernama here today.

The Sungai Limau constituency consists of 50 households with about 200 residents who are mostly farmers.

Ahmad Sohaimi, 52, is in a straight fight with PAS candidate Mohd Azam Abd Samat, 37, for the state seat in the by-election on Nov 4.

Safie said Ahmad Sohaimi who possessed a doctorate of philosophy in political history from Universiti Sains Malaysia had also served as a teacher at two religious schools here.

Resident Cik Sarah Hashim, 54, expressing her regard for the BN candidate, referred to his gesture to unfailingly provide the villagers with glutinous rice every Hari Raya enabling them to amply prepare traditional recipes, making the celebrations much merrier.

Cik Sarah also described the BN candidate as an amiable person who readily warmed to the villagers even though he only occasionally returned home.

Meanwhile, a food outlet operator who declined to be identified, said villagers regarded Ahmad Sohaimi and his family in high esteem for their modesty.

GST: Pembangkang Hanya Menangguk Di Air Keruh

Posted: 28 Oct 2013 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak pembangkang tidak terus mengelirukan rakyat dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pembangkang seolah-olah ‘menangguk air di sungai yang keruh’ apabila kerap memutarkan isu GST semasa musim pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

“GST adalah mekanisme yang lebih adil kerana jika ada pihak yang sebelum ini mengelak untuk membayar cukai, mereka kini perlu juga membayar enam peratus cukai kepada kerajaan, dan pendapatan itu akan disalurkan semula kepada rakyat seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau rasionalisasi subsidi,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat di sini.

Reezal Merican berkata kerajaan tidak pernah berhasrat menekan rakyat menerusi cukai, malah bersedia untuk memberikan tempoh pelaksanaannya sehingga 1 April 2015.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mempersoalkan tindakan pembangkang yang ‘begitu takut’ dengan pelaksanaan GST, sedangkan orang lain telah menerima cukai itu.

“Malah GST tidak akan dilakukan dengan serta-merta. Ada lebih setahun sebelum ia berlaku dan ada ruang untuk meneliti sehalus-halusnya pelaksanaannya supaya semua mendapat kebaikan,” katanya.

Perkara itu juga dipersetujui Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr James Dawos Mamit yang berpendapat pembangkang tidak seharusnya menyembunyikan fakta bahawa GST tidak akan dilaksanakan kepada barangan keperluan asas seperti makanan.

Anggota Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail berkata pembangkang hanya berani menabur dakyah negatif mengenai GST di kawasan luar bandar memandangkan masyarakat di kawasan bandar tidak mudah ‘termakan’ dengan dakwaan mereka.

Justeru, bagi menangkis ‘serangan’ pembangkang dalam isu GST, Shaharuddin mencadangkan semua anggota Parlimen BN memainkan peranan untuk member penerangan sebetul-betulnya kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Puteri UMNO berkata pihaknya akan mengkaji dan memahami isu GST sedalam-dalamnya untuk menangkis helah pembangkang terhadap rakyat.

UMNO Permatang Pauh Tetapkan KPI Untuk Lakukan Transformasi

Posted: 28 Oct 2013 03:47 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 28 Okt – UMNO Bahagian Permatang Pauh menetapkan sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi semua sayap dan cawangannya sebagai langkah transformasi dalam memperkasa parti, terutama dalam usaha memenangi hati rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata KPI UMNO Bahagian itu ialah menambah jumlah keanggotaan dan membuka cawangan baharu agar parti lebih kuat.

Beliau berkata semua sayap dan cawangan diberi tempoh sehingga Mesyuarat Agung tahun depan untuk mencapai KPI sebelum dinilai untuk penambahbaikan.

“Ketika ini, kita ada seramai 16,000 anggota dan 98 cawangan, saya mahu semua sayap dan cawangan dapat meningkatkan jumlah sedia ada. Sebagai contoh, Puteri ketika ini hanya mempunyai 23 cawangan dan saya mahu bilangan ini ditambah.

“Untuk itu, UMNO Bahagian sediakan insentif iaitu sebanyak RM10 akan diberi kepada setiap cawangan yang berjaya mendaftar seorang anggota baharu dan  sehingga mesyuarat tahun depan, mana-mana cawangan yang mencatat jumlah tertinggi, akan diberi sagu hati RM3,000 dengan jumlah minimum 50 orang,” katanya selepas prapelancaran Program Gelombang Sayangi Permatang Pauh hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ibrahim Ahmad, Naibnya Abdul Aziz Shik Ahmad, Ketua Wanita Rosni Salleh, Ketua Pemuda Abu Bakar Sideek Zainol Abidin dan Ketua Puteri Nurshazana Mohd Soberi.

Mohd Zaidi juga berkata UMNO Bahagian memfokus kepada tiga teras untuk diperjuang iaitu pendidikan, kebajikan dan pembangunan ekonomi serta sahsiah.

Beliau berkata dalam bidang pendidikan, pihaknya menyasar memohon kepada kerajaan untuk membuka sebuah Sekolah Agama Berasrama Penuh di Parlimen Permatang Pauh.

“Bagi aspek kebajikan pula, kami akan beri keutamaan kepada anggota parti dan juga anggota Barisan Nasional yang lain, dan kemudian masyarakat di sekitar Permatang Pauh.

“Setiap permasalahan yang berlaku akan cuba diselesaikan dengan segera, dan kalau masalah besar, kami akan dapatkan agensi berkaitan untuk membantu manakala untuk pembangunan ekonomi pula, UMNO Bahagian akan membawa peluang perniagaan serta dana yang disediakan kerajaan,” katanya.

DBKL Keluar 40 Notis Kepada Pemilik Iklan Tak Utama Bahsa Melayu

Posted: 28 Oct 2013 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Okt – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 40 notis kesalahan kepada pemilik iklan yang melanggar syarat dan tidak mengutamakan Bahasa Melayu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL juga menurunkan 77 papan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul berdasarkan Undang-Undang Kecil (3) dan Undang-Undang Kecil (4) Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982.

Beliau berkata undang-undang itu mewajibkan pengiklan mendapat pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung penggunaan Bahasa Melayu yang betul pada visual iklan papan tanda.

“Penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam perlu terus diberi perhatian yang serius.

“Di beberapa buah lokasi di Kuala Lumpur, masih ada nama bangunan, kompleks perniagaan dan taman perumahan baharu yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan malah menonjolkan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris,” katanya pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan juga berkata beliau berharap DBP tidak memberi pengesahan kepada permohonan iklan yang gagal mematuhi undang-undang kecil itu selain memantau dan mengenal pasti paparan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.

“Ini supaya DBP dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, saya yakin dan percaya bahawa kerjasama erat antara DBKL dan DBP mampu, pada satu hari nanti, memberikan wajah nasional kepada Kuala Lumpur,” katanya.

Pembangkang Pakar Putar Belit… Janji BR1M Hingga RM1,000 Adalah Secara Berperingkat

Posted: 28 Oct 2013 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini membidas pembangkang yang disifatkan sebagai golongan pakar putar belit apabila cuba mengelirukan rakyat dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jelas beliau, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak menepati janji untuk menaikkan jumlah BR1M kepada RM1,000 adalah tidak benar sama sekali.

"Mereka harus melihat manifesto BN. Kita memang akan menaikkan BR1M tetapi secara berperingkat. Bajet 2014 telah memutuskan untuk menaikkan jumlah tersebut kepada RM700 tetapi RM50 dipotong untuk caruman insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau –BR1M.

"Saya lihat pembangkang sebenarnya takut dengan pengumuman bajet baru-baru ini kerana mereka sedar mereka tidak akan mampu melakukan seperti itu. Dek kerana takut rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada BN maka mereka cuba memutar belitkan isu pemberian BR1M.

bung-moktar-sabah-umno-bn-parlimen

"Jangan lupa mereka pernah mengeji pemberian BR1M kononnya ibarat memberi makan haiwan. Kini mereka kata pula kita tidak mengota janji… Pembangkang harus ingat bahawa BN bukan seperti mereka yang hanya pandai berjanji kosong. Janji kita adalah janji ditetapi," ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi memang sudah menjadi tabiat pembangkang setiap kali kerajaan memperkenalkan skim bantuan kepada rakyat maka pembangkang dilihat akan mula berkokok memburukkan apa sahaja usaha kerajaan membantu rakyat.

“Dalam isu Br1M ini.. pembangkang sebenarnya cuba kelirukan rakyat sedangkan jelas apa yang kerajaan janjikan adalah untuk menaikkan jumlah bantuan tetapi bukan sekaligus, ianya akan dilakukan secara berperingkat sehingga RM1000.  Jika sebelum ini rakyat menerima RM500 tetapi untuk 2014 rakyat akan menerima RM650 iaitu kenaikan sebanyak RM150.

“Jika melihat trend ini sudah pasti dalam masa akan datang penerima BR1M akan menikmati jumlah mencecah RM1000.  Ini yang buat pembangkang takut sebab janji BN adalah janji yang ditepati bukan seperti mereka yang janji hanya tinggal janji”, katanya.

Baru-baru ini Perdana Menteri telah membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat yang menyaksikan tambahan jumlah daripada yang sebelumnya. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Selain itu beliau turut mencadangkan i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700. - MediaUMNO

JPM Terima Peruntukan Besar Bajet 2014 Kerana Perbelanjaan Modal

Posted: 28 Oct 2013 02:53 AM PDT

KUCHING, 28 Okt – Jabatan Perdana Menteri menerima antara peruntukan terbesar bernilai RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014 kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) menguasai kesemua perbelanjaan modal untuk perancangan pembangunan seluruh negara, kata menterinya Datuk Seri Idris Jala hari ini.

JPM-Jabatan-Perdana-Menteri-Kerajaan-Malaysia

Beliau berkata EPU ialah pertubuhan besar yang menyelaraskan semua program transformasi ekonomi melibatkan perbelanjaan modal untuk mengembangkan ekonomi negara.

“Saya gembira dengan peruntukan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata belanjawan ini ialah mengenai memenuhi janji-janji yang tidak membebankan rakyat,” kata beliau kepada pemberita selepas perasmian forum serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013 di sini.

Beliau berkata di bawah bajet itu, defisit fiskal akan terus dikurangkan bagi memastikan negara dapat mengukuhkan daya tahan ekonominya dan mempercepatkan program transformasi kerajaan.

Penurunan berperingkat disasarkan oleh Malaysia ialah daripada 4.5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini, 3.5 peratus tahun depan dan tiga peratus pada 2015, kata beliau.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST), apabila menjadi cukai penggantian pada April 2015, akan meluaskan asas percukaian tanpa membebankan rakyat kerana barangan asas seperti beras, ikan dan bawang tidak akan terjejas, kata beliau.

Terdahulu, beliau berkata petunjuk prestasi utama (KPI) akan memastikan kerajaan dan kakitangan awam bertanggungjawab kepada orang awam di dalam pelaksanaan pelbagai program transformasi.

Dr Sohaimi Ikrar Manfaatkan Segala Pengalaman Untuk Penduduk Sungai Limau

Posted: 28 Oct 2013 02:13 AM PDT

YAN, 28 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr Sohaimi Lazim berkata beliau sedia berkongsi segala pengalamannya sebelum ini untuk berkhdimat kepada penduduk di Sungai Limau.

Menurut beliau jika diberikan kepercayaan dan BN menjadi pilihan pengundi pada hari pengundian nanti, Insyaallah segala pengalaman seperti menjadi pensyarah dan juga guru sebelum ini akan menjadi sandaran kepada beliau dalam melunaskan tanggungjawab berkenaan.

"Saya mengambl keputusan ini dengan tujuan untuk bersama dengan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang sekarang ini bekerja keras untuk majukan Kedah termasuklah di kawasan ini.

"Jadi sekiranya saya dipilih saya rasa satu kelebihan kepada masyarakat di sini yang mana kita ada penyelarasan antara DUN dengan parlimen. Insyallah akan ada penyelarasan yang sekaligus memudahkan kita merancang projek pembangunan dan sebagainya untuk dinikmati oleh penduduk Sungai Limau ini," ujar beliau kepada UMNO-Online.

muhyiddin-pembangunan-sungai-limau-kedah-prk-sohaimi-lazim

Ketika ditanya kesanggupannya yang meninggalkan jawatan sebagai pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) beliau berkata keputusan tersebut merupakan satu keputusan yang sukar.

"Namun atas semangat untuk berkhidmat kepada penduduk di Sungai Limau ini saya mengambil keputusan untuk menerima pencalonan berkenaan dan Insyallah saya akan kongsi pengalaman saya sebelum ini untuk berkhidmat di sini.

"Dengan pengalaman dalam pendidikan saya kira amat berguna  untuk beri idea serta perancangan untuk perkasakan dunia pendidikan dan sebagainya. Begitu juga dalam soal pembangunan modal insan…kita juga akan sama-sama tingkatkan untuk generasi muda di sini mendapat manfaat sebaik mungkin," ujarnya.

“Kita tawarkan diri untuk menjadi penghubung antara rakyat dengan kerajaan di peringkat negeri tanpa kira ideologi politik untuk kepentingan  masyarakat keseluruhan” katanya. – MediaUMNO

Guna Gambar Palsu Di Sungai Limau Ingatkan Semula Peristiwa Di Bagan Pinang

Posted: 28 Oct 2013 02:09 AM PDT

ALOR SETAR, 28 Okt – Kalau tidak kerana akhbar Sinar Harian mendedahkan perkara sebenar sudah pasti ramai rakyat terutama pengundi di Sungai Limau tertipu dengan gambar palsu menunjukkan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat mengadakan pertemuan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Justeru walaupun Pas sudah mengakui kesilapan yang dikatakan terlepas pandang itu namun Pas mesti membuat pengakuan maaf secara terbuka kerana cuai sehingga gambar palsu sedemikian digunakan untuk kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau.

Mengulas lanjut perkara itu Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani, Shahnim Mohamad Yusoff berkata walau apa pun alasan yang diberikan ternyata perbuatan menggunakan gambar palsu itu memperlihatkan  parti itu amat terdesak dan tidak matang dalam berkempen.

pas-sungai-limau-mahfuz-azim-tipu-bohong-nafi-gambar-palsu-azizan-kempen-prk

Malah tegas beliau lagi rakyat sudah pasti tidak akan lupa bagaimana pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang beberapa tahun lalu, Pas juga menggunakan gambar kononnya seorang petugas mereka telah diserang dengan parang hingga cedera parah tetapi akhirnya selepas disiasat ternyata gambar itu palsu semata-mata.

"Pas patut malu menipu rakyat dengan cara kotor ini. Kita menyambut baik pengakuan Pas terhadap gambar palsu dalam pilihan raya kecil Sungai Limau ini namun kita juga mahu Pas membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tindakan kotor ini," ujarnya kepada UMNO-Online.

Hari ini Akhbar Sinar Harian membuat penjelasan berkenaan sebuah risalah parti politik menggunakan foto wartawan mereka yang diubah suai untuk berkempen di PRK Sungai Limau. Tindakan ini dianggap taktik desperado demi mengelirukan rakyat.

Tambah Shahanim lagi taktik kotor, fitnah dan serangan peribadi sepatutnya dihentikan kerana ini bukanlah cara politik yang matang dan profesional.

“Kita yakin pengundi Sungai Limau bijak untuk menilai apatah lagi selama ini Pas gagal membawa pembelaan sebenar kepada rakyat.  BN bukan sahaja menawarkan calon yang baik tetapi jauh lebih penting calon BN ini berupaya untuk menjadi wakil rakyat sebenar terutama di dalam membangunkan kawasan Sungai Limau ini.

"Sudah sampai masanya untuk rakyat di Sungai Limau mempercayai kredibiliti BN di dalam mentadbir negeri ini apatahlagi dengan Menteri Besar yang baru ini. Pentadbiran Kedah juga sudah berubah dan pastinya sekiranya BN berjaya di Sungai Limau maka DUN ini akan berubah wajah serta penduduknya akan lebih menikmati kemajuan," jelasnya lagi. -MediaUMNO

ASNB Now Has 11.65 Mln Account Holders

Posted: 28 Oct 2013 01:35 AM PDT

MELAKA, Oct 28  - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) now has 11.65 million account holders who subscribed to the company’s nine products with an average investment of 14,720 units each.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) President and Chief Executive Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman said the increase in the number of account holders was encouraging compared with 7.26 million account holders with an average investment of 4,000 units each in 1999.

He said for the first nine months of this year, ASNB attracted 400,000 new account holders subscribing for its various products namely Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Didik and Amanah Saham 1Malaysia.

Its other four products are Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Nasional 2, Amanah Saham Nasional 3 and Amanah Saham Gemilang.

“This is a huge success considering the intense competition in the last decade with more products introduced by other unit trust companies comprising 600 products from 40 companies,” he said.

He said this during his speech at the launch of ASNB inheritance planning services at the state level by Melaka Chief Minister Datuk Seri Idris Haron in Ayer Keroh here today.

Hamad Kama Piah said PNB now manages funds worth about RM255 billion, taking into account the unit trust funds managed by PNB as well as assets and PNB’s own funds.

He said the funds allowed PNB to have interests in more than 200 listed companies on Bursa Malaysia and non-listed companies spanning various sectors of the economy which are seen as strategic and have potential for future growth.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT