SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, October 20, 2013

UMNO Online - “Keputusan Rasmi MT Diumumkan Jam Lima Petang Ini” plus 9 more

UMNO Online - “Keputusan Rasmi MT Diumumkan Jam Lima Petang Ini” plus 9 more

Link to UMNO Online

Keputusan Rasmi MT Diumumkan Jam Lima Petang Ini

Posted: 19 Oct 2013 11:19 AM PDT

najib-muhyiddin-keputusan-naib-presiden-majlis-tertinggi-tengku-adnan-rauf-pwtc

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli berkata pengumuman senarai penuh Majlis Tertinggi UMNO akan diumumkan secara rasmi pada pukul lima petang ini bertempat di Putra World Trade Center (PWTC).

Sehingga pukul 1.30 pagi carta kedudukan bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) sering berubah yang memperlihatkan saingan sengit antara 62 calon bagi merebut kedudukan 25 teratas senarai itu.

Pada sidang media kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Tan Sri Tajol hanya mengumumkan keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Presiden UMNO.- MediaUMNO

Zahid, Shafie dan Hishammuddin Kekal Jawatan Naib Presiden UMNO

Posted: 19 Oct 2013 11:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Keputusan rasmi berhubung pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein  terus mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.

naib-presiden-umno-vp-hishammuddin-zahid-shafie-pemilihan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperolehi sebanyak 185 undi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperolehi 174 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin pula memperolehi 100 undi. Datuk Mukhriz Mahathir pula memperolehi sebanyak 91 undi, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad pula masing-masingmemperolehi tujuh undi.

Selain itu, Tajol turut mengumumkan Datuk Mohamed Aziz telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dengan memperolehi undi sebanyak 158 berbanding dua calon lain iaitu Datuk Abdul Rahman Palil yang memperolehi 25 undi manakala Ahmad Faris Abdullah gagal memperolehi sebarang undi.

Manakala Tan Sri Badaruddin Amiruddin pula terpilih sebagai Pengerusi Tetap UMNO Malaysia apabila diumumkan menang tanpa bertanding. Keputusan pertandingan bagi jawatan Majlis Tertinggi pula akan diumumkan petang esok.

Carta Turun Naik, Saingan Majlis Tertinggi Sengit

Posted: 19 Oct 2013 10:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt  - Carta keputusan tidak rasmi bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) yang sering berubah menyaksikan saingan sengit antara 62 calon bagi merebut kedudukan 25 teratas senarai itu.

Setakat tengah malam ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed kekal mendahului senarai dengan 82 undi diikuti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Idris Jusoh, masing-masing memperoleh 80 undi.

Tiga calon lain, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendapat 79 undi diikuti Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang masing-masing meraih 77 undi.

Turut tersenarai Datuk Hasan Malek (72 undi), Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Seri Shahidan Kassim (masing-masing 69 undi), Datuk Seri Mohamad Hasan (68), Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (masing-masing 67 undi).

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (63), Tan Sri Annuar Musa (62), Datuk Seri Azalina Othman Said (59), Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (58), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (57), Dr Mohd Puad Zarkashi (55) dan Datuk Abd Latiff Ahmad (54).

Seterusnya, Datuk Bung Moktar Radin (43), Datuk Ab Aziz Kaprawi (43), Datuk Reezal Merican Naina Merican (42) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (41).

Keputusan Tidak Rasmi Anggota Majlis Tertinggi UMNO Setakat 8 Malam

Posted: 19 Oct 2013 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Berikut adalah keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi UMNO setakat 8 malam ini, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed                : 31 undi

2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob            : 30 undi

3. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim        : 30 undi

4. Datuk Seri Jamil Khir Baharom             : 29 undi

5. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek      : 29 undi

6  Datuk Seri Idris Jusoh                              : 29 undi

7. Datuk Abdul Rahman Dahlan               : 29 undi

8. Datuk Seri Idris Haron                            : 28 undi

9. Datuk Seri Mahdzir Khalid                     : 28 undi

10. Datuk Razali Ibrahim                            : 27 undi

11. Datuk Seri Shahidan Kassim               : 27 undi

12. Datuk Hasan Malek                                 : 27 undi

13. Datuk Tajuddin Abdul Rahman         : 25 undi

14. Tan Sri Annuar Musa                             : 24 undi

15. Datuk Seri Mohamad Hasan                 : 24 undi

16. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis    : 24 undi

17. Datuk Seri Azalina Othman Said       : 23 undi

18. Datuk Abd Latiff Ahmad                       : 22 undi

19. Datuk Shamsul Anuar Nasarah         : 21 undi

20. Dr Mohd Puad Zarkashi                       : 20 undi

21. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin    : 19 undi

22. Datuk Ab Aziz Kaprawi                         : 17 undi

23. Datuk Bung Moktar Radin                    : 16 undi

24. Datuk Halimah Mohamed Sadique   : 15 undi

25. Datuk Reezal Merican Naina Merican       : 15 undi

demokrasi-pemilihan-umno-perhimpunan-pemimpin-majlis-tertinggi-malaysia

Perwakilan Sifatkan Kaedah Pemilihan Baru Peluang Menterjemahkan Suara Di Peringkat Akar Umbi

Posted: 19 Oct 2013 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Rata-rata perwakilan dari UMNO Bahagian Bukit Bintang berpendapat bahawa kaedah pemilihan UMNO baru ini ternyata memberikan peluang kepada lebih 140 ribu perwakilan akar umbi dalam memilih pemimpin peringkat pusat yang dapat menterjemahkan aspirasi dan hasrat ahli-ahli diperingkat akar umbi.

Menurut Johari Kassim, Ketua Cawangan Munshi Abdullah, kaedah pemilihan terbaru ini merupakan satu transformasi UMNO dalam usaha untuk membuka lebih peluang kepada ahli diperingkat akar umbi untuk memilih calon pemimpin yang sesuai dengan kehendak dan aspirasi mereka.

"Saya secara peribadi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pimpinan pusat yang membuka peluang seluas-luasnya kepada para perwakilan di peringkat akar umbi untuk memilih kepimpinan yang dirasakan mampu untuk memperkasakan UMNO khususnya menghadapi PRU yang akan datang," jelasnya.

perwakilan-perhimpunan-agung-mesyuarat-umno

Manakala bagi Ketua Wanita Cawangan Munshi Abdullah, Norizwarni Nordin, ruang lebih luas yang diberikan kepada sejumlah besar akar umbi bagi memilih pemimpin melalui kaedah baru ini dilihat sebagai satu penambahbaikan yang lebih mantap dalam memilih kepimpinan di peringkat pusat.

"Ini merupakan peluang yang baik bagi kita diperingkat akar umbi untuk menterjemahkan hasrat dan aspirasi peringkat akar umbi untuk memilih kepimpinan pusat yang dapat membawa suara dan kehendak mereka.

"Saya, sepertimana perwakilan lain yang pertama kali melalui proses pemilihan dengan menggunakan kaedah terbaru ini berasa amat yakin dan memuji sistem dijalankan secara teratur dan tidaklah terlalu rumit seperti mana yang kita sangkakan sebelum ini," ujarnya.

Bagi Muzafar Ali Khan Mohd Sidek, dari cawangan Jalan Sultan Ismail, yang juga merupakan salah seorang calon Ketua Pemuda Bahagian yang bertanding di peringkat pemilihan sayap pemuda bahagian baru-baru ini berkata, bahawa keterbukaan pemilihan memberi peluang kepada lebih ramai perwakilan untuk menterjemahkan suara diperingkat akar umbi.

"Cuma apa yang saya rasakan bahawa perlu ada penambahbaikan di dalam sistem pemilihan ini agar ia lebih kemas dan teratur, antaranya seperti cadangan untuk mengadakan pemilihan secara berasingan di peringkat bahagian dan pusat," jelasnya.

Bagi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Jalan P.Ramlee, selebiriti Serina Redzuawan, beliau merasa gembira dengan kaedah pemilihan terbaru UMNO yang memberikan ruang kepada pemimpin baru dan lama untuk bertanding serta membuka peluang yang lebih luas kepada perwakilan untuk memilih pemimpin.

"Tetapi seperti biasa, kaedah terbaru ini juga mempunyai pro dan kontranya di mana ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik agar kaedah ini dapat menjadi satu kaedah pemilihan pemimpin yang lebih adil.

"Saya sebagai perwakilan yang pertama kali menjalani proses pemilihan baru ini pada awalnya agak keliru juga dengan tatacara pemilihan, namun setelah diberikan penerangan diperingkat cawangan dan bahagian, saya dapati proses pemilihan ini mudah dan dapat dilaksanakan dengan kemas dan teratur," ujarnya. – MediaUMNO

Pemimpin UMNO Terpilih Akan Berhadapan Cabaran Yang Besar

Posted: 19 Oct 2013 04:36 AM PDT

MUAR, 19 Okt – Pemimpin Umno yang terpilih dalam pemilihan parti hari ini, baik di peringkat bahagian mahupun peringkat Majlis Tertinggi, akan berhadapan dengan cabaran besar kerana mereka dipilih untuk mewakili akar umbi dan denyut nadi orang Melayu, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata untuk tempoh empat tahun akan datang terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14, adalah menjadi cabaran kepada mereka untuk terus memperkukuh parti dengan menarik lebih banyak pengundi Melayu terutama dalam kalangan pengundi muda.

muhyiddin-mengundi-pemilihan-umno-majlis-tertinggi-naib-presiden-pagoh-johor

“Setiap pemimpin terpilih harus tahu keberadaan mereka atas jawatan itu bukan kerana semata-mata dipilih tetapi kerana ia kehendak akar umbi bagi mewakili denyut nadi orang Melayu.

“Mereka mahu pemimpin yang berani, tegas, istiqamah, bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi juga berani dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Mereka diberi amanah lebih besar dengan tanggungjawab untuk mendengar rintihan ahli,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Mesyuarat Perwakilan Umno Pagoh di sini hari ini.

“Ini peringatan penting kepada mereka yang terpilih bahawa ada ahli berkuasa tentukan nasib mereka, jadi mereka bukan sahaja perlu turun ke bahagian,tetapi cawangan akar umbi untuk dengar suara hati mereka,” kata timbalan perdana menteri.

Muhyiddin berkata banyak yang berpendapat sistem pemilihan baharu Umno yang dilaksanakan hari ini adalah medium terbaik untuk menghapuskan politik wang, namun ia sebenarnya bukan perkara utama.

Sebaliknya ia dilihat sebagai suatu yang amat penting dalam memperkasa anggota parti berkenaan dengan mengubah cara pemilihan daripada hanya kira-kira 2,800 berpeluang memilih kepada lebih 145,000 anggota dari seluruh negara, katanya.

Politik Wang: Perlu Ada Bukti Kukuh – Megat Najmuddin

Posted: 19 Oct 2013 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt – “Cakap semua orang boleh cakap, bukti itu yang penting,” kata Pengerusi Tribunal Disiplin Umno Malaysia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas mengenai dakwaan kononnya terdapat politik wang dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yang sedang berlangsung.

rauf-tajol-najmuddin-disiplin-umno-pemilihan-rasuah-aduan-tuduhan-laporan-siasatan

Beliau berkata jika dilihat dari segi undang-undang, sukar untuk disabitkan seseorang dengan dakwaan rasuah kecuali ada bukti kukuh dan saksi-saksi mempunyai kredibiliti.

“Kalau saksi itu sendiri tidak berwibawa, nanti dia mudah dipesongkan oleh peguam di bilik mahkamah sehingga kes tidak sangkut akhirnya,” katanya hari ini.

Beliau tidak menafikan ada beberapa kes salah laku yang sedang disiasat oleh tribunal dan kes biasanya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk diselesaikan.

“Jika wujud perlakuan jenayah dan rasuah, kita akan laporkan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kaedah siasatan tribunal ini lebih rendah dari cara siasatan pihak berkuasa. Kita bukan mahkamah tetapi sebuah parti politik, sebagai parti politik, kita faham tujuan tuduhan-tuduhan ini dibuat dan kebanyakan bersifat untuk menjatuhkan orang,” katanya.

Ditanya sama ada benar berlaku politik wang yang serius, Megat Najmuddin berkata perkara itu tidak benar dan sengaja diperbesar-besarkan oleh blog-blog dan laman sosial bersifat politik.

Megat Najmuddin yang juga Anggota Lembaga Penasihat SPRM, berkata tribunal menerima bermacam-macam laporan sejak pilihan raya umum Mac lepas sehinggalah ke pemilihan jawatan Umno sekarang, membabitkan tuduhan politik wang, salah guna kuasa dan perangai tidak sopan.

“Banyak kepada fitnah sahaja, laporan berkaitan dengan segala salah laku ini sangat kurang sebenarnya. Kalau kita fikir guna akal kita konon berlaku politik wang, tidak mungkin mereka yang bertanding ini boleh memberi rasuah kepada 150,000 anggota Umno yang terlibat,” katanya.

Asas Perjuangan UMNO Perlu Berpaksikan Kejujuran, Keikhlasan – Najib

Posted: 19 Oct 2013 02:08 AM PDT

PEKAN, 19 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata asas perjuangan Umno perlulah berpaksikan kepada kejujuran dan keikhlasan.

Presiden Umno itu berkata perjuangan yang tidak berasaskan kepada dua sifat utama itu, tidak mendapat restu daripada Allah swt dan akan berakhir dengan kekecewaan.

“Pemimpin datang dan pergi, itu adat dan resam parti, tetapi selagi parti kuat dan utuh maka perjuangan kita tak akan habis, inilah perjuangan yang amat besar bagi kita.

“Nasib seseorang dalam politik juga Allah swt yang tentukan, kita boleh lakukan yang terbaik, tetapi hanya Allah yang menentukannya,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Umno Bahagian Pekan yang dihadiri 898 perwakilan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

najib-mengundi-naib-presiden-pemilihan-mesyuarat-umno-bahagian-pekan-pahang-2013

Najib berkata ganjaran yang diterima daripada perjuangan hanyalah bersifat sementara, dan hanya amalan yang jujur dan ikhlas sahaja yang akan dihitung oleh Allah swt.

“Ini menuntut kita agar berjuang dengan jujur dan ikhlas, kalau kuat beribadat pun mesti ikhlas, kalau tidak ikhlas amalan itu tidak diterima Allah swt,” katanya.

Menyentuh mengenai pemilihan Umno, beliau berkata mereka yang menang tidak boleh bermegah dan angkuh, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu digalas.

“Yang kalah itu tidak kalah sebenarnya, ini pertandingan persahabatan, rapatkan barisan, hulurkan tangan persahabatan dan teruskan perjuangan, (yang penting) hari esok (parti) akan lebih gemilang, lebih hebat,” katanya.

Najib berkata pemilihan Umno kali ini merupakan lembaran sejarah kerana ia melibatkan kira-kira 146,000 perwakilan bagi memilih pemimpin parti yang sebelum ini ditentukan oleh kira-kira 2,600 perwakilan sahaja.

Katanya pindaan perlembagaan Umno pada 2009 adalah satu perubahan radikal dalam usaha mentransformasikan Umno untuk menjadi sebuah parti yang inklusif, demokratik dan lebih terbuka.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Umno ini tidak pernah dilakukan oleh parti lain sebelum ini dan ini sekali gus meletakkan Umno sebagai sebuah parti yang berada di kelok perubahan.

“Kita tidak ekori parti lain, parti lain buat perhimpunan yang perwakilannya kecil (itu pun terpaksa buat pemilihan semula), belum ada lagi parti dalam negara yang buat sebagaimana yang Umno buat kali ini,” katanya.

Katanya, perubahan itu bukan sahaja memberi nafas baharu kepada parti, malah mencatatkan sejarah tersendiri apabila sebanyak 191 bahagian mengadakan persidangan serentak di seluruh negara untuk memilih anggota Majlis Tertinggi dan anggota jawatankuasa Umno di bahagian masing-masing.

Najib yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan turut mengundi bagi memilih anggota jawatankuasa bahagian itu.

Najib Congratulates Nicol On Win Over Laura

Posted: 19 Oct 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 19 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today congratulated Malaysia’s seven-time world squash champion Datuk Nicol Ann David when she retained her US Open title for the second successive year after defeating world number two Laura Massaro, of England.

The congratulatory message was picked up from Najib’s Tweeter account at 12.16pm today, after Nicol beat Laura in a gruelling five-set thriller in the final yesterday.

“Congratulations Nicol David for winning the US Championship title. Well done!,” he said in his Tweeter account.

The current world number one won her maiden US Open title last year when she defeated Egypt’s Raneem El Weleily in the final.

In this year’s final lasting one hour and 24 minutes, Nicol beat Laura 13-11, 11-13, 7-11, 11-8, 11-5 at Drexel University, Philadelphia at 7pm Friday (7am Malaysian time, Saturday).

New UMNO Election System, If Further Improved, Will Be Good Model – Rais

Posted: 19 Oct 2013 01:47 AM PDT

JELEBU, Oct 19 – The new Umno election system, if further improved, will be a good model not only for other political parties in Malaysia but throughout the world.

Social and Cultural Affairs adviser to the government, Tan Sri Dr Rais Yatim said the system, introduced for the first time now in the party elections, was more transparent and comprehensive.

“Admittedly, there are some weaknesses that can be overcome, especially in the counting of votes and in sending results to the national centre, and the problem of vote counting machines which could not be used effectively. It’s a technical problem that can be solved.

“There are many benefits from this new election system that is akin to the electoral college system used to elect the United States President and the British Prime Minister, which is more transparent.

“I congratulate the Umno supreme council and Umno Malaysia secretariat in handling the party elections in a transparent manner,” he said after opening the Jelebu Umno division delegates’ meeting at Dewan D’Sury in Kuala Klawang, here, today.

Rais, who is the division chief, is not seeking re-election this time.

The former Jelebu MP and former information, communications and culture minister said an improved party election system would enhance Umno’s image.

Rais, however, expressed his worry if Clause 3 of the party constitution with regard to training and inculcation of values in the party’s struggle for party members was not given prioriy as this could be detrimental to the party.

“The problem is, we always harp on the number of members we have in the party but not the quality. While we can be proud of having 3.4 million members, but if, for example, 5,000 branches out of the 20,800 do not hold their AGM, it’s a big percentage and does not portray a good image for Umno. Such a case is in conflict with party discipline and values,” he said.

Rais also said that Umno should not shy away or be slow in voicing out Malay economic interests . “We want to see more Malays in the economic sector,” he added.

He called on all party members to imbue the Umno struggle in the interest of their religion, race and nation, saying that Umno must be solidly strong in its struggle.

Rais believed the Malays in this country would be stronger if Umno, PAS and PKR (Parti Keadilan Rakyat) unite, and as such, Malay unity and strength must constantly be championed by members of the community.

“Our (Umno) wish is to see the Malays unite,” he said.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT