SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, October 28, 2013

UMNO Online - “Penduduk Sambut Baik Peruntukkan RM2.7 Juta Membangunkan DUN Sungai Limau” plus 9 more

UMNO Online - “Penduduk Sambut Baik Peruntukkan RM2.7 Juta Membangunkan DUN Sungai Limau” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penduduk Sambut Baik Peruntukkan RM2.7 Juta Membangunkan DUN Sungai Limau

Posted: 27 Oct 2013 05:43 AM PDT

YAN, 27 Okt – Rata-rata penduduk dan pengundi di DUN Sungai Limau di sini menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di mana lebih RM 2.7 juta peruntukan akan diberikan dalam usaha untuk membangunkan kawasan DUN Sungai Limau untuk kebaikan dan kemudahan penduduk di sekitar kawasan ini.

Menurut seorang bekas pekerja kerajaan, Baharom Ibrahim, 69, amat gembira mendengar pengumuman tersebut dan menyifatkan ianya sebagai kena pada masanya.

"Sebagai penduduk di sini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan dalam usaha mereka untuk membantu memperbaiki taraf hidup dan nasib penduduk di DUN Sungai Limau di sini.

"Saya juga berharap agar Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan di PRK DUN Sungai Limau kali ini agar segala apa yang dijanjikan oleh kerajaan kepada penduduk di sini dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa sebarang masalah. Kita sudah berikan amanah kepada PAS sebelum ini tetapi mereka gagal untuk membangunkan kawasan ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

jamil-mukhriz-muhyiddin-tajuddin-sumbangan-prk-sungai-limau

Manakala bagi Datuk Salmah Md Isa, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pokok Sena berpendapat, peruntukan tersebut amat wajar diberikan kepada penduduk di DUN Sungai Limau ini yang agak ketinggalan dari sudut pembangunan dan lain-lain selama lima penggal di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

"Selama lima penggal Pas memegang kuasa di sini, saya lihat begitu banyak kelemahan-kelemahan dari sudut pembangunan infrastruktur kemudahan bagi para penduduk di kawasan ini. Ada rumah-rumah penduduk yang agak teruk dan tidak mendapat bantuan yang sepatutnya untuk kerja-kerja baik pulih.

"Keadaan masyarakat di sini juga dilihat agak daif di mana ramai diantara mereka adalah petani dan juga nelayan. Saya rasa, peruntukan sepertimana yang diumumkan oleh TPM itu sememangnya amat-amat diperlukan oleh penduduk di kawasan ini," jelasnya.

Begitu juga dengan Syed Mohd Hafiz Syed Jaya, 33, seorang pekerja swasta yang merupakan penduduk jati di DUN Sungai Limau dekat sini, Katanya,sebagai anak muda, beliau amat bersetuju dengan tindakan kerajaan memberikan peruntukan bagi membawa pembangunan di kawasan ini, sepertimana yang diumumkan oleh TPM baru-baru ini.

"Ini adalah untuk kebaikan anak-anak muda di kawasan ini, di mana sebelum ini dibawah pemerintahan Pas, kami tidak nampak sebarang perancangan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan ini. Sebab itu kami sebagai anak muda begitu dahagakan pembangunan dan pembaharuan di kawasan ini.

"Kita mahu satu perubahan corak hidup di mana anak-anak muda boleh mencari kerja di kampung halaman sendiri tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar kerana sepanjang lebih lima tahun di bawah pemerintahan Pas, tidak nampak perubahan yang ketara untuk penduduk di sini, khususnya bagi golongan muda.

"Sebab itu kita berharap agar BN memenangi PRK di DUN Sungai Limau ini agar penduduk di sini tidak terus ketinggalan seperti mana yang berlaku ketika di bawah pemerintahan Pas sebelum ini," tegasnya. – MediaUMNO

Politik Fitnah Sebati Dengan Pembangkang, Rakyat Boleh Nilai Untuk Pembangunan

Posted: 27 Oct 2013 05:34 AM PDT

YAN, 27 Okt. – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah menganggap tindakan Pas yang menggunakan kempen negatif seperti fitnah, manipulasi isu dan serangan peribadi kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang yang akan menggunakan fitnah apatah lagi dalam berkempen dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

"Kalau pembangkang memang kerjanya memfitnah, cerita isu gula, subsidi dan sebagainya tapi saya percaya pengundi di sini sudah faham kerana yang penting adalah keputusan yang nak dibuat pada 4 November iaitu untuk masa depan.

"Dalam berkempen, mereka gunakan cerita fitnah untuk gambarkan kepada masyarakat sedangkan untuk sepanjang berkempen di sini penyokong-penyokong Pas datang dari seluruh negara sedangkan mereka tak tahu apa yang berlaku di kawasan ini sejak lima penggal yang lalu," katanya.

ahmad-bashah-zahida-mukhriz-sohaimi-lazim-puteri-jerai-sungai-limau

Jelasnya, beliau menggunakan kesempatan yang ada dengan mengingatkan para pengundi terhadap kuasa yang mereka ada untuk membawa perubahan dan pembangunan di DUN Sungai Limau.

"Gunakan kuasa ini untuk tentukan masa depan. Mereka boleh lihat bagaimana pembangunan boleh dibawa dengan menjadikan contoh di DUN Guar Cempedak dan DUN Gurun tapi DUN Sungai Limau ini tertinggal di belakang jadi kita mahu samakan pembangunan di DUN Sungai Limau ini dengan DUN-DUN yang lain. Kita nak bawa pembangunan untuk kawasan di Jerai ini."

Tegas beliau, rakyat Jerai telah membuat keputusaan dalam PRU lalu dengan memberi wakil Parlimennya kepada BN dan kali inilah masanya untuk samakan DUN Sungai Limau dengan Parlimen.

"Saya yakin para pengundi dah mula nampak kerana jika sebelum ini mereka sayangkan arwah Tan Sri Azizan tetapi hari ini mereka perlu sayangkan masa depan mereka untuk kita bawa segala perubahan-perubahan di sini.

"Dulu nostalgia dah selesai tetapi pembangunan perlu dilakukan supaya seimbang dengan DUN yang ada dalam Parlimen ini. Lihat di Guar Cempedak pembangunan hebat, bank ada, macam-macam ada tetapi di sini tak ada kerana pembangunan terbantut selama lima penggal.

"Tak apalah kalau dalam empat penggal yang lalu kerana Pas adalah pembangkang tetapi dalam tempoh lima tahun sebelum ini wakil rakyat di sini adalah Menteri Besar. Apa yang telah dilakukan…?"

Katanya lagi, sememangnya perkara dah belalu dan tak perlu diungkit namun beliau percaya pengundi-pengundi di Sungai Limau boleh menilai, boleh melihat, dengar dan kemudian buatlah keputusan untuk rakyat dan keluarga di Sungai Limau ini.

"Wakil rakyat BN boleh beri perubahan untuk dibawa kepada keluaraga dan rakyat di sini.". – MediaUMNO

Penjawat Awam Kedah Dibenar Masuk Lewat Bila Mengundi

Posted: 27 Oct 2013 05:31 AM PDT

YAN, 27 Okt – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata penjawat awam negeri itu yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 Nov depan, dibenarkan masuk lewat bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Katanya, mereka diberikan pelepasan khas bagi membolehkan mereka mengundi sebelum memulakan tugas.

Pihak swasta di negeri ini juga disarankan supaya mengikut langkah kerajaan negeri bagi memastikan petugas mereka dapat keluar mengundi, katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan bersama jentera Puteri Umno di sini hari ini.

“(Para penjawat awam Kedah) Tidak perlu bimbang diambil tindakan kerana memang tanggungjawab kita sebagai pengundi. Ini adalah cara terbaik,” katanya.

Mukhriz berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri memberikan cuti umum kepada kakitangan negeri ini memandangkan hanya 27,222 pengundi yang terlibat pada PRK tersebut berbanding dua juta penduduk negeri ini.

Semalam Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya kerajaan negeri Kedah memberi cuti umum kepada kakitangan awam negeri sempena PRK itu.

PRK tersebut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

56 Permit Ceramah Dikeluarkan Bagi PRK Dun Sungai Limau

Posted: 27 Oct 2013 05:29 AM PDT

YAN, 27 Okt – Sebanyak 56 permit ceramah dikeluarkan kepada kedua-dua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sejak penamaan calon Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata pihaknya menerima sebanyak 58 permohonan daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS untuk tujuan ceramah, di mana 56 permit telah diluluskan manakala dua permohonan ditolak.

“Dua permohonan yang ditolak adalah kerana tempat yang dimohon untuk membuat ceramah tidak sesuai dan ia berdekatan dengan tempat parti politik yang lain bagi mengelakkan pertembungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata sebanyak 22 ceramah akan berjalan hari ini, di mana 16 adalah daripada PAS manakala enam ceramah adalah anjuran BN.

Katanya kempen kedua-dua parti politik berjalan lancar sejak penamaan calon pada 23 Okt lepas tanpa sebarang insiden yang menjejaskan kelicinan proses PRK itu.

Ismail berkata sebanyak tiga pondok polis dan tiga balai bergerak telah dilancarkan di sekitar pekan Sungai Limau bagi memantau pergerakan kedua-dua penyokong parti politik untuk memastikan ketenteraman penduduk setempat.

Berhubung kes penggunaan pembesar suara semasa penamaan calon oleh penyokong parti politik, Ismail berkata kes itu masih dalam siasatan dan pihaknya telah mengambil keterangan saksi.

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada 4 Nov ini menemukan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan Mohd Azam Abd Samat daripada PAS.

Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar Meninggal Dunia

Posted: 27 Oct 2013 04:59 AM PDT

GEORGE TOWN, 27 Okt – Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi tadi.

Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur. Beliau juga mengidap kencing manis.

Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zohor.

“Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus nafas terakhir,” katanya kepada pemberita.

Yang turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Mohd Zain meninggalkan tiga orang anak iaitu Marziani, 46, Mohd Zaini, 42, Mohd Zairani, 37, dan lapan orang cucu.

Allahyarham bergiat aktif dalam politik sejak 1960-an dan pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dan Teluk Kumbar serta anggota exco kerajaan negeri di bawah pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu.

Beliau juga merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang dan pernah membawa Skuad Harimau Kumbang itu menjuarai Liga Perdana pada tahun 1998.

Razali Sangkal Dakwaan Usaha Mentransformasi UMNO Gagal

Posted: 27 Oct 2013 04:54 AM PDT

MUAR, 27 Okt – Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Razali Ibrahim menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa usaha mentransformasi Umno pada pemilihan 19 Okt lepas gagal apabila hanya empat ‘orang muda’ terpilih menganggotai MT.

razali-ibrahim-pembangkang-anwar-peralat-emosi-persepsi-rakyat

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bilangan kecil golongan muda dalam MT bukan ukuran kegagalan usaha pembaharuan yang sedang dilakukan Umno malah menunjukkan kesediaan anggota untuk berubah.

Ketua Umno bahagian Muar itu juga berkata transformasi dalam Umno tidak hanya bergantung kepada penyertaan wakil muda malah kesediaan barisan sedia ada menerima perubahan.

Razali berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 586 nelayan dalam kawasan Parlimen Muar di Parit Jawa hari ini.

Beliau percaya golongan muda akan mendapat lebih banyak tempat pada pemilihan akan datang kerana perubahan secara drastik dalam Umno tidak akan berlaku secara tiba-tiba sebaliknya memakan masa.

Selain Razali, tiga calon muda yang terpilih menganggotai barisan MT ialah Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Sohaimi Shahadan.

RM50 Million Allocation For Sar Proves Government Is Serious – Jamil

Posted: 27 Oct 2013 03:36 AM PDT

YAN, Oct 27 – The RM50 million allocation for people’s religious schools (SAR) and government aided religious schools (SABK) in 2014 Budget is the first given by the government.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said this shows that the government is serious about aiding SARs in Kedah, Kelantan and Terengganu.

“Kedah has at least 12 SARs which are not under SABK. This means that the schools are still lagging in terms of teacher salary scheme, aid, equipment and basic facilities,” he said commenting on 2014 Budget tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Friday.

Earlier, Jamil attended a J-Qaf (Jawi, Al Quran, Arabic and Fardu Ain) programme with the students guardians, here today.

The J-Qaf programme had succeeded in educating students not only in understanding Jawi, Al Quran, Arabic and Fardu Ain but also co-curricular activities.

“The students may start by memorising in Arabic but over time, they can become proficient in Arabic,” he added.

The J-Qaf programme will provide the students with added value in mastering various languages namely Malay, English and Arabic.

Johor Govt, IRDA Develop Iskandar Malaysia Food Court In Gelang Patah

Posted: 27 Oct 2013 03:34 AM PDT

JOHOR BAHARU, Oct 27 – The Johor State Government and the Iskandar Region Development Authority (IRDA) will develop an Iskandar Malaysia Food Court near Gelang Patah, here, so that traders can benefit from development in the area.

Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the project was one of IRDA’s social development strategies and was the second in Gelang Patah under the ‘Friends of Iskandar Malaysia’ (KIM) programme after an eco-tourism project in Kampung Sungai Melayu.

“The Iskandar Malaysia Food Court is aimed at providing more systematic and comfortable commercial premises for hawkers and petty traders in the Gelang Patah area.

“The two-storey building in Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah, can accommodate 30 food traders when completed in December next year,” he said after a ground-breaking ceremony for the project in Gelang Patah, near here today.

Mohamed Khaled said the state government and IRDA would provide the premises and give the necessary support while the Gelang Patah Malay Entreprenuers and Traders Cooperative would manage it.

He said the RM3 million project, which would house food stalls on the ground floor and local products on the first floor, was expected to be a tourist draw when operational.

Wanita UMNO Agresif Memastikan Pengundi Wanita “Berani Hijrah” Pada 4 Nov

Posted: 27 Oct 2013 03:32 AM PDT

YAN, 27 Okt – Wanita Umno kini agresif untuk memastikan pengundi wanita yang merupakan lebih 50 peratus daripada 27,222 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau “berani hijrah” pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 4 Nov ini.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun berkata maklum balas yang diterima daripada program-program yang dijalankan oleh pergerakan itu di kawasan DUN itu amat memberangsangkan.

shahrizat-mas-ermieyati-wanita-puteri-umno-muslimah-pas-prk-sungai-limau

Ramai daripada kaum wanita di kawasan itu telah menyuarakan hasrat untuk ‘berhijrah’ pada PRK 4 Nov ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kepada Bernama di sini hari ini.

“Golongan wanita yang melebihi 50 peratus daripada jumlah pengundi di DUN itu adalah suara yang kuat dalam menentukan keputusan PRK DUN Sungai Limau nanti,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan kerusi roda sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Che Mah Ahmad, di Kampung Selengkoh di sini hari ini.

Azizah berkata slogan kempen ‘Berani Hijrah’ berjaya menarik perhatian penduduk setempat terutamanya golongan wanita yang inginkan perubahan demi generasi masa depan.

Katanya peruntukan tambahan untuk golongan wanita diumumkan dalam Bajet 2014 turut mendapat sokongan kaum hawa di sini.

Sementara itu, Che Mah atau lebih mesra dikenali Mak Nyah, 75, amat terharu dengan pemberian kerusi roda dan melahirkan rasa syukurnya atas pemberian tersebut.

“Dah lama mahu kerusi roda tetapi tak mampu beli. Makcik tinggal seorang dan kalau tidak ada kerusi roda memang susah mahu bergerak,” katanya.

Wakil Rakyat Perlu Salur Maklumat Kedai Runcit Untuk Dinaik Taraf – KPDNKK

Posted: 27 Oct 2013 03:31 AM PDT

YAN, 27 Okt – Wakil rakyat digesa memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat di kawasan masing-masing, mengenai program menaik taraf kedai runcit di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kementerian komited dalam membantu peniaga kecil bagi membaik pulih dan menaik taraf kedai runcit untuk membantu perniagaan mereka berkembang maju.

“Kita nak bantu peniaga dan pengguna di kawasan luar bandar khususnya. Wakil rakyat perlu main peranan bantu kita salurkan maklumat agar kita dapat bantu golongan sasaran untuk tukar wajah kedai runcit.

“Sokongan daripada wakil rakyat amat dialu-alukan. Dalam pada masa yang sama, kita di kementerian merancang untuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kedai Tukar Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata Koperasi SMK Sungai Limau merupakan projek rintis tajaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah program Tukar di DUN Sungai Limau dan berharap akan ada lagi kedai di kawasan ini dinaik taraf di masa hadapan.

“Tahniah kepada koperasi sekolah ini yang telah terpilih untuk dinaik taraf. Program ini diharap dapat bantu peruncit kecil selaras dengan aspirasi kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menaik taraf ekonomi masyarakat berpendapatan rendah di luar bandar,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Mengenai prestasi jualan kedai runcit koperasi yang menerima bantuan di bawah program Tukar di seluruh negara, katanya kesemua kedai yang terlibat di bawah program itu menunjukkan hasil jualan yang memberangsangkan.

Katanya sehingga Oktober ini kedai runcit koperasi mencatatkan jualan sebanyak RM89.6 juta.

“Harapan saya, moga lebih banyak lagi kedai runcit koperasi diwujudkan dengan wajah baharu mengaplikasikan sistem pengurusan lebih cekap dan sistematik setanding pasaraya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT