SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, October 25, 2013

UMNO Online - “Mukhriz Terima Serangan Peribadi Pembangkang Dengan Hati Terbuka” plus 9 more

UMNO Online - “Mukhriz Terima Serangan Peribadi Pembangkang Dengan Hati Terbuka” plus 9 more

Link to UMNO Online

Mukhriz Terima Serangan Peribadi Pembangkang Dengan Hati Terbuka

Posted: 24 Oct 2013 08:34 AM PDT

YAN, 24 Okt – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menerima dengan hati terbuka beberapa episod serangan peribadi yang dilemparkan pembangkang terhadap beliau, sejak kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Sungai Limau, bermula semalam.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu berkata, beliau tidak bercadang membalas dakwaan-dakwaan itu, sebaliknya hanya akan menumpukan kepada kempen secara sederhana dengan mengelak sebarang serangan peribadi.

“Yang kita akan gunakan… yang penting kita akan tekankan soal calon anggota DUN kita yang datangnya dari pihak sama dengan kerajaan yang memerintah negeri, yang juga mendapat sokongan kerajaan pusat.

“Jadi apa yang kita janji sudah tentu kami berupaya dan akan tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis ‘Kami Prihatin’ Yayasan Felda di Kompleks Penghulu Mukim Sala Besar, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa Mukhriz ditolak Umno kerana tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di sini hari ini turut mendakwa Mukhriz tidak memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri enam bulan sejak mengambil alih pentadbiran, sebaliknya hanya menumpukan kepada pemilihan jawatan tertinggi Umno.

Mukhriz berkata penduduk setempat sepatutnya sudah mengetahui taktik pembangkang kerana sebelum ini, bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak turut menerima layanan sama dari pihak pembangkang walaupun daripada pihak yang sama.

“Penduduk (DUN) Sungai Limau pun tahu kami amat sayangkan Almarhum (Tan Sri Azizan Abdul Razak), kita imbau kembali mungkin dua tiga tahun lepas hingga saat akhir apabila arwah terlantar sakit dan meninggal dunia, masih ada lagi kenyataan-kenyataan dan komen-komen yang agak kasar dibuat pihak daripada parti dia sendiri, yang mana saya pun tak faham kenapa ia boleh berlaku,” katanya.

Sebab itu, katanya, BN melancarkan kempen PRK dengan slogan ‘Berani Hijrah’ kerana selain bersempena sambutan Maal Hijrah pada 5 Nov ini, ia juga bagi membuka ruang supaya masyarakat setempat boleh bersama-sama berhijrah kepada satu keadaan yang lebih baik.

Semua Negeri Kecuali Selangor Akan Terima Ketua Pemuda Baharu – Khairy

Posted: 24 Oct 2013 04:25 AM PDT

KOTA TINGGI, 24 Okt – Semua sayap Pemuda UMNO negeri kecuali Selangor akan menerima ketua baharu kerana kebanyakan mereka sudah melepasi had umur kelayakan bagi jawatan itu.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pemimpin baharu akan diketahui selepas Perhimpunan Agung UMNO awal Disember ini, setelah beliau berbincang dengan pengerusi badan perhubungan UMNO negeri terbabit.

“Kita akan minta pandangan untuk dapatkan calon yang terbaik bukan sahaja untuk Pemuda pusat tetapi juga UMNO negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Program Latihan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Petronas-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bandar Penawar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata pemilihan akan dilakukan dengan teliti bagi memastikan mereka terpilih bukan sahaja berkebolehan tetapi juga mempunyai hubungan baik dengan UMNO negeri.

Sementara itu menyentuh tentang kekecohan pemilihan ketua Pemuda Bahagian Gelang Patah, Khairy berkata beliau akan berjumpa dengan dua pihak yang bertanding bagi jawatan itu untuk menjernihkan kembali keadaan.

Pemilihan jawatan ketua Pemuda Bahagian Gelang Patah pada 12 Okt lepas menjadi kecoh apabila jumlah kertas undi yang diterima melebihi bilangan perwakilan menyebabkan berlaku perang mulut dan tolak-menolak antara perwakilan.

Perebutan jawatan Ketua Pemuda Gelang Patah menyaksikan pertembungan antara Julnizam Janisan dan Abdul Hamid Soaip.

Calon BN Ada Kelebihan Di Sungai Limau Dari Sudut Personaliti & Latar Belakang

Posted: 24 Oct 2013 04:22 AM PDT

SUNGAI PETANI, 24 Okt – Rata-rata pengundi di Sungai Limau berpendapat bahawa calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau ini merupakan satu  pilihan yang tepat  dan mampu menjana sokongan pengundi kepada BN di sekitar DUN ini.

Menurut Datuk Abdul Halim Samad, salah seorang pemimpin jentera UMNO Selangor, calon BN kali ini merupakan seorang anak tempatan yang diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat di kawasan DUN Sungai Limau dekat sini.

"Kami percaya Dr Suhaimi mampu untuk menarik sokongan rakyat untuk menyerahkan kembali DUN Sungai Limau ini di bawah pentadbiran BN.

muhyiddin-pembangunan-sungai-limau-kedah-prk-sohaimi-lazim

"Berdasarkan maklum balas dari pengundi di kawasan DUN ini, insyaAllah saya kira Dr Suhaimi akan beroleh kejayaan dan mampu menarik sokongan rakyat di sekitar kawasan ini," jelasnya kepada UMNO-Online ketika ditemui di sini hari ini.

Manakala menurut seorang pekerja swasta, Fatimah Salleh, 48, yang juga merupakan seorang pengundi di DUN Sungai Limau menyatakan keyakinannya terhadap personaliti dan komitmen calon BN, Dr Suhaimi untuk menjadi wakil kepada rakyat di DUN ini.

"Saya juga menyeru kepada para pengundi di kawasan DUN ini agar memberikan sokongan terhadap calon BN yang terbaik dan merupakan anak jati kawasan ini dan kami yakin beliau mampu untuk membawa perubahan di kawasan ini.

"Selama Pas menjadi wakil di kawasan DUN ini, banyak perkara yang kami ketinggalan  khususnya dari sudut pendidikan, dari segi pembangunan mahupun dari segi pembinaan infrastruktur kemudahan seperti pejabat pos dan sebagainya bagi rakyat di kawasan ini,"ujarnya.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Presiden Gabungan Kelab Usahawan Melayu Malaysia, Shafie Samad, di mana pemilihan calon BN kali ini disifatkan beliau sebagai yang  terbaik bagi mendukung aspirasi rakyat di DUN Sungai Limau.

"Kami badan NGO menyokong penuh Dr. Suhaimi, calon yang ditampilkan oleh BN kerana kita nampak calon ini berkaliber serta merupakan penduduk tempatan di kawasan DUN ini. Jadi berdasarkan faktor tersebut, ditambah lagi dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman politik beliau, maka kita yakin beliau mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat di kawasan ini.

"Kami menyeru kepada semua pengundi di DUN Sungai Limau, khususnya ahli-ahli Kelab Gabungan Usahawan Melayu di Kedah agar memberikan sokongan penuh kepada Dr. Suhaimi agar beliau dapat mencapai kemenangan dan seterusnya dapat berkhidmat untuk membantu  masyarakat di kawasan ini," katanya. -MediaUMNO

Disciplinary Action Will Also Be Taken Against Those Who Lodge False Reports

Posted: 24 Oct 2013 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 24  - Disciplinary action will not only be taken against those who flout Umno rules during the party election recently but also against members who lodge false reports.

Umno Disciplinary Board chairman Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas said the board would not compromise with those who deliberately wanted to topple others by sowing defamations and making baseless accusations.

He said complainants must submit proof if there were any indiscipline or cases of money politics detected before investigations and further action were taken by the board.

“To lodge a report including on indiscipline and money politics, ensure there is proof and witness. If it is only talk and hearsay but not backed by proof, it is of no use.

“We don’t want complaints to contain concocted accusations aimed at ridiculing others, it is a most despicable act. As such, if reports are found to contain lies or falsehoods, we will act against the complainants,” he told Bernama today.

Megat Najmuddin said the board received many complaints on the process of the 2013 Umno Election for the Wanita, Youth and Puteri wings on Oct 12 and supreme council members on Oct 19.

Every complaint must be in written form and officially submitted because the Disciplinary Board would only investigate if there was a complaint in black-and-white and accompanied by firm evidence, Megat Najmuddin added.

States Except For Selangor To Get New UMNO Youth Chief

Posted: 24 Oct 2013 03:35 AM PDT

KOTA TINGGI, Oct 24  - All states except for Selangor will get new Umno Youth chief as most of post holders have reached the age limit to hold the post.

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin said the successors would be named after the Umno general assembly in December following discussions with menteri besar, chief ministers or state Umno liaison committee chairmen.

“The candidates must have good leadership traits, capability and good relationship with the Umno leadership at the state and national levels.

“They must be diligent, know how to carry themselves and have good rapport at the divisional level, and not merely at the Youth wing level, and maintain good ties with the state Umno liaison committee chairman.

“This is important in an effort to produce a pool of Youth leaders capable of becoming icons and sources of inspiration within and outside the party,” he said.

He was speaking to reporters after attending the launch of the Health, Safety and Environment Training programme conducted by Petronas and the Youth and Sports Ministry at the National Youth Skills Institute, Bandar Penawar here, today.

Petronas president and chief executive officer Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, and chief operating officer and executive vice-president (downstream business) Datuk Wan Zulkifli Wan Arriffin were present.

On an uproar during the Gelang Patah Umno Youth chief polls, Khairy said he would meet the contenders to resolve the issue.

“I will meet both sides, although in terms of management it has been settled, but the hearts are still broken and the wounds still bleeding… I have to heal them,” he said.

The contest between Julnizam Janisan and Abdul Hamid Soaipon Oct 12 became disarray after ballot papers issued allegedly exceeded the number of delegates leading to a war of words and jostling between them.

Mampukah PAS Pertahankan Kekuatannya Di Sungai Limau?

Posted: 24 Oct 2013 03:13 AM PDT

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N20 Sungai Limau secara rasminya akan bermula sebaik sahaja selesai proses penamaan calon hari ini. Sebagai penyandang, PAS mempunyai kelebihan berbanding BN kerana DUN Sungai Limau yang dulu dikenali sebagai Sala sering dianggap sebagai kubu kuatnya.

Pun demikian, jika rekod PRU-PRU terdahulu dijadikan sandaran, secara umumnya Sungai Limau bukanlah kubu kuat PAS dalam erti kata sebenar. Kenapa penulis katakan begitu?

kedah-pas-mahfuz-omar-mb-mukhriz-mahathir-umno-bn-kedah

Sungai Limau walau pun kelihatan seperti kubu PAS namun ia tidak seperti PAS Pengkalan Chepa yang kubunya sukar ditembusi, sebaliknya penguasaan PAS di Sungai Limau turun naik dan kekuatannya pernah diruntuhkan oleh BN beberapa kali sebelum ini.

Bukan sekali dua BN melakukannya tetapi 4 kali yakni sebelum Allahyarham Ustaz Azizan diangkat mewakili PAS di sini.

BN menguasai DUN Sungai Limau pertama kalinya pada PRU 1959 diikuti PRU-02 1964, kemudian mengulanginya lagi pada PRU 1982 dan 1990. Manakala PAS pula juga menawannya sebanyak 4 kali yakni semasa PRU tahun 1969, 1974 (PAS-BN), 1978 dan 1986.

Dari imbasan rekod itu jelas penguasaan bersilih ganti dan memperlihatkan kekuatan pengaruh BN dan PAS seimbang di Sungai Limau.

Dari imbasan rekod itu jelas penguasaan bersilih ganti dan memperlihatkan kekuatan pengaruh BN dan PAS seimbang di Sungai Limau.

Hanya bermula PRU-09 1995 hingga PRU-13 barulah ia dikuasai PAS secara konsisten melalui Allahyarham Ustaz Azizan dengan perolehan undi yang meningkat saban kali PRU meskipun di masa yang sama undi majoriti kemenangannya turun naik sepanjang 5 penggal Allahyarham bertanding di Sungai Limau.

Jelas sekali, PAS hanya dilihat dominan di Sungai Limau disebabkan adanya faktor pengaruh peribadi Allahyarham Ustaz Azizan yang diketahui umum dihormati penduduk setempat yang mendorong kemenangan Allahyarham di sana.

Selain itu, Allahyarham juga memiliki hubungan kekeluargaan dengan ramai ahli dan penyokong UMNO di Sungai Limau yang mana sebahagian besarnya atas faktor menghormati Allahyarham telah turut menyumbang kepada undi yang besar kepada PAS semenjak 5 penggal yang lepas.

Kini tanpa kelibat Allahyarham ditambah pula dengan penghinaan yang pernah dilemparkan oleh sesetengah pimpinan PAS Kedah dan Pusat terhadap Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang 5 tahun menjadi MB Kedah, tidak dapat tidak ia akan memberi kesan terhadap perolehan undi untuk PAS dalam PRK DUN Sungai Limau.

Ini bermakna, walau pun mungkin sekadar cahaya di hujung terowong tapi peluang untuk BN menguasai kembali DUN Sungai Limau tetap ada jika kena dengan gerak kerja yang dilaksanakan sepanjang kempen PRK ini. Satu tugas berat tapi tidak mustahil untuk direalisasikan.

Kalau tak menang pun paling tidak BN berpeluang untuk mengurangkan jumlah undi dan majoriti kemenangan PAS. Itu sudah satu kemenangan moral bagi BN selaku calon underdog.

Andaikata PAS berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah yang dipegangnya sejak PRU-09 1995 hingga PRU-13 2013 dengan peningkatan undi dan jumlah majoriti, bermakna ia satu petanda baik untuk PAS kekal relevan di Kedah selain dapat membantu memulihkan kembali pengaruh PAS di arena politik nasional.

Sebaliknya jika PAS tewas atau pun cuma menang dengan majoriti yang kian berkurangan, ia akan menjadi mimpi ngeri yang menandakan kemerosotan pengaruh PAS dan bakal membawa kesan buruk untuk parti itu pada PRU-14 kelak.

HackerXP

Pensyarah Kanan VS Guru Tadika… Buat Pilihan Bijak!

Posted: 24 Oct 2013 03:02 AM PDT

Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.

Kedua-dua calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.

Mari kita lihat biografi kedua-dua calon ini, pertama kita selak latar belakang calon PAS. Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah. Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang anak.

penamaan-calon-umno-bn-sohaimi-lazim-pas-azam-samad-samat-sungai-limau-spr

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.

Dalam bidang politik, selain ketua pemuda PAS Jerai, beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Kedah.

Calon BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim  dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Jadi sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini, perbandingan antara Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.

Antara mereka berdua, nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang pensyarah.

Tinggi mana pun belajar, pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir. Berdasarkan umum calon BN yang sudah 52 tahun, rasanya beliau lebih banyak makan garam berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.

Pertaruhan PAS nampaknya kurang menggigit, tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi. Cuma kalau pengundi bijak, mereka pasti tahu bagaimana untuk menilai dan memilih wakil rakyat mereka.

Apa yang pasti, penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.

Kedua-dua calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.

Mari kita lihat biografi kedua-dua calon ini, pertama kita selak latar belakang calon PAS. Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah. Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang anak.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.

Dalam bidang politik, selain ketua pemuda PAS Jerai, beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Kedah.

Calon BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim  dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Jadi sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini, perbandingan antara Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.

Antara mereka berdua, nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang pensyarah.

Tinggi mana pun belajar, pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir. Berdasarkan umum calon BN yang sudah 52 tahun, rasanya beliau lebih banyak makan garam berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.

Pertaruhan PAS nampaknya kurang menggigit, tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi. Cuma kalau pengundi bijak, mereka pasti tahu bagaimana untuk menilai dan memilih wakil rakyat mereka.

Apa yang pasti, penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Haji Suboh Awal

Transformasi Pemilihan Bawa Perubahan Progresif Kepada UMNO – Armand

Posted: 24 Oct 2013 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Pemilihan parti yang berlalu baru-baru ini yang menggunakan mekanisme baru telah menyaksikan satu proses pemilihan lebih demokratik dan satu manifestasi transformasi politik terhadap perubahan yang progresif.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Hj Abu Hanifah berkata pendekatan ini selaras dengan konsep transformasi politik yang diterapkan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

ahmad-maslan-armand-azha-exco-pemuda-berani-hijrah-transformasi-sungai-limau-kempen

"Pelaksanaan pemilihan sebegini membuktikan amalan demokrasi yang subur dalam UMNO. Ia merupakan satu mekanisme baru yang memperlihatkan ketelusan UMNO dalam pemilihan pemimpin yang benar-benar layak mengemudi parti Melayu terbesar di negara ini.

"Pemilihan kali ini memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding namun yang akan menentukan kemenangan mereka adalah majoriti sokongan yang diraih. Pemimpin yang bakal dipilih adalah pilihan suara majoriti anggota dan bukan semata-mata perwakilan yang mewakili bahagian," ujarnya yang juga Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Tambahnya, transformasi ini telah memberikan ahli akar umbi UMNO ruang untuk bersuara, dan mereka telah menterjemahkan suara mereka di dalam bentuk pemilihan yang baru berlalu.

"Ini adalah bukti transformasi politik yang dilaksanakan telah diterima baik oleh ahli akar umbi UMNO. Sebenarnya ini adalah kejayaan ahli akar umbi UMNO yang berjaya membuktikan kematangan politik yang tinggi," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Setiap Bantahan Pemilihan UMNO 2013 Akan Diteliti Jawatankuasa Khas – Ab Rauf

Posted: 24 Oct 2013 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh hari ini berkata, semua bahagian yang ingin mengemukakan sebarang bantahan berkenaan Pemilihan UMNO 2013 diberi tempoh seminggu selepas mesyuarat diadakan untuk menghantar setiap bantahan ke Ibu Pejabat UMNO.

rauf-tajol-jawatankuasa-pemilihan-siasat-aduan-ibu-pejabat-umno

Walaupun begitu jelasnya, Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO hanya akan merujuk kepada bantahan mengenai perjalanan mensyuarat sahaja dan ianya akan diteliti oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada pegawai kanan Ibu Pejabat yang mempunyai latar belakang untuk mengendalikan peraturan dan perlembagaan UMNO.

Setiap bantahan yang disemak juga akan diberi nasihat oleh penasihat undang-undang UMNO sebelum sesuatu keputusan mengenai bantahan tersebut dibuat.

"Semua bantahan akan diberi penilaian terlebih dahulu samada mempunyai asas untuk disiasat atau tidak bersandarkan peraturan dan perlembagaan parti.

"Sekiranya bantahan itu tidak mempunyai asas dan tidak berhubungkait dengan perjalanan mesyuarat yang tidak mengikut peraturan maka ianya akan ditolak dan mana-mana bantahan yang mempuyai asas akan dijalankan siasatan sebelum keputusan dibuat," ujarnya dalam sidang Media Pemilihan UMNO 2013 di Ibu Pejabat UMNO sebentar tadi.

Di dalam sidang media tersebut juga beliau turut menyatakan rasa berpuas hati terhadap perjalanan pemilihan yang diadakan baru-baru ini. Walaupun terdapat sedikit permasalahan namun ianya berjaya diselesaikan dan akan dijadikan panduan di masa akan datang.

"Keseluruhan kaedah yang dijalankan selepas pindaan perlembagaan 2009 telahpun berjaya dilaksanakan walaupun ada ketidaklicinan tetapi secara keseluruhannya telah berjaya menunjukkan transformasi politik ini UMNO telah ke hadapan dan mendepani satu sistem yang mendahului daripada parti politik lain di negara ini.

"Ini jelas menunjukkan satu kejayaan dan bagi pihak ibu pejabat dan pengurusan saya ingin setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan jawatankuasa pemilihan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Taraf perlaksanaan kaedah ini bagi saya berjaya melebihi 90 peratus," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Siren Amaran Dibunyikan Satu Jam Sebelum Air Empangan Ringlet Dilepaskan

Posted: 24 Oct 2013 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt -  Siren amaran dibunyikan selama satu jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing sebelum air empangan di Ringlet, Cameron Highlands dilepaskan.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid berkata mengikut SOP, penduduk seharusnya berwaspada apabila siren dibunyikan tanpa henti bagi mengosongkan kawasan kediaman kerana limpahan dari empangan boleh menyebabkan banjir kilat.

“Selain itu, pihak polis juga membuat rondaan sambil menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada penduduk berpindah serta-merta demi keselamatan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan beberapa pihak dalam internet bahawa siren amaran lambat dibunyikan.

“Saya sendiri berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands…dakwaan itu tidak benar kerana sebelum pelepasan air yang pertama pada 1 pagi, pihak berkuasa empangan telah membunyikan siren,” katanya.

Soiman menjelaskan setiap empangan mempunyai SOP sendiri dan lazimnya penduduk akan dimaklumkan segera oleh pihak berkuasa empangan jika berlaku limpahan air di empangan.

Beliau berkata pada setiap musim tengkujuh, air di empangan akan melimpah sekiranya ia tidak dilepaskan ke saliran tertentu dan ini boleh mengakibatkan bencana besar.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga orang terbunuh – dua daripadanya lemas dan seorang akibat serangan jantung – dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah susulan pelepasan air empangan di Ringlet.

Kejadian itu turut memusnahkan 80 kediaman musnah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT