SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, October 18, 2013

UMNO Online - “Kerajaan Rugi RM2 Bilion Akibat Penyeludupan Rokok – KP UPP” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Rugi RM2 Bilion Akibat Penyeludupan Rokok – KP UPP” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Rugi RM2 Bilion Akibat Penyeludupan Rokok – KP UPP

Posted: 17 Oct 2013 03:39 AM PDT

PASIR MAS, 17 Okt -  Kerajaan kerugian kira-kira RM2 bilion sejak Januari hingga September tahun ini, selepas gagal mengutip cukai berkaitan bahan tembakau berikutan aktiviti penyeludupan rokok melalui sempadan negara.

Ketua Pengarah Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Datuk Abdul Rahim Ismail berkata jumlah itu hasil kajian yang dilakukan sebuah syarikat pengeluar rokok British American Tobacco (BAT) pada tahun ini.

“Permintaan terhadap rokok seludup semakin meningkat berikutan kenaikan harga rokok sebanyak 14 peratus baru-baru ini memandangkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu membeli rokok yang telah dicukaikan.

“Rokok seludup mendapat permintaan tinggi oleh golongan berkenaan kerana harga yang murah dan boleh didapati serendah RM2.50 sekotak yang mengandungi 20 batang rokok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Makan Tengah Hari Sempena Aidiladha di Pondok Haji Ismail Baginda, Kampung Jenerih, Jalan Meranti di sini Khamis.

Pada majlis tersebut, UPP turut mengorbankan empat ekor lembu untuk diagihkan kepada 400 anggotanya dari Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis serta penduduk kampung itu.

Turut hadir Komander UPP Kelantan Rusli Karim, Komander UPP Perak Kasturi Othman, Komander UPP Kedah Abd Latif Ab Rahman dan Komander UPP Perlis Zakaria Ab Rahman.

Abdul Rahim berkata UPP berdepan cabaran baharu bagi menangani pendatang asing tanpa izin berbangsa Rohingya yang berasal dari Myanmar berikutan pergolakan berkaitan agama yang berlaku di negara tersebut pada masa kini.

“Pendatang asing tanpa izin ini masuk ke Malaysia secara haram, terutama di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dengan menjadikan Selatan Thailand sebagai pusat transit.

“Mereka mudah masuk ke negara ini kerana terdapat 356 pengkalan haram yang beroperasi di kawasan sempadan tersebut dan tidak dibina pagar sebagaimana di bahagian utara negara,” katanya.

Beliau berkata selain penyeludupan rokok, mercun dan diesel turut mendominasi aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan berkenaan.

“Bagaimanapun, aktiviti penyeludupan masih terkawal dan kita turut mendapat kerjasama daripada agensi penguatkuasaan lain,” katanya.

Panel Antarabangsa Nilai Program Transformasi SPRM – Abu Kassim

Posted: 17 Oct 2013 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt -  Sebuah panel antarabangsa akan menilai program transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai awal tahun depan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata penilaian itu diharap menjadi lonjakan perspektif terhadap usaha SPRM membanteras gejala rasuah.

“Banyak kejayaan yang kita kecapi sepanjang program transformasi sejak dilaksanakan pada 2011 dengan kadar sabitan rasuah di Mahkamah Rendah meningkat daripada 54 peratus pada 2009 kepada 85 peratus pada 2012.

“Aduan dakwaan kekerasan ketika sesi diambil keterangan juga menurun daripada 26 kes pada 2008 kepada 12 kes pada 2009, satu kes pada 2011 dan sifar pada 2013,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Khas Sempena Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM ke-46 di sini, Khamis.

Ditubuhkan sebagai BPR pada 1967 dan dikenali sebagai SPRM pada 2009, suruhanjaya itu menyambut ulang tahunnya pada 1 Oktober lepas.

Abu Kassim berkata penurunan aduan itu disumbang oleh penubuhan bilik rakaman berkamera video (VIR) dan Bilik Gerakan Operasi Siasatan (BGOS).

“Siasatan secara berpasukan telah memendekkan tempoh masa untuk menjalankan siasatan. Pada 2012, sebanyak 69.91 peratus kertas siasatan berjaya disiapkan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dan 99.34 peratus dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Menurutnya walaupun program transformsi itu dilaksanakan pada 2011, SPRM menjalankan usaha penambahbaikan sebelum 2009 yang merangkumi sektor operasi modal insan dan pencegahan.

SPRM perlu terus berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat walaupun kadar keyakinan itu meningkat daripada kira-kira 30 peratus pada 2009 kepada 64 peratus pada 2012.

Beliau berkata SPRM dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) juga telah diiktiraf sebagai pusat latihan antarabangsa dengan MACA akan mengendalikan modul program Sarjana Akademik Pencegahan Rasuah Antarabangsa.

“MACA juga sedang menaikkan taraf kursus asas pegawai siasatan menjadi program bertaraf diploma,” katanya.

Shahrizat Outlines Factors Influencing Wanita’s Choice For VP

Posted: 17 Oct 2013 03:36 AM PDT

PETALING JAYA, Oct 17  - Candidates vying the post of Umno vice-presidents must fulfil the criteria that are capable of defending the country’s sovereignty, peace and prosperity, said Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

The Wanita Umno chief said the three factors were indicators that would influence the movement in making its choice.

“To me, the six candidates offering themselves for the election have their own distinction but Wanita is focusing on the factor that whoever can ensure the country’s sovereignty, peace and prosperity will be elected…that’s the message of Wanita Umno Malaysia,” she said at a media conference which was also attended by Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, here today.

Earlier, Shahrizat together with the Wanita leadership held a closed-door meeting lasting almost two hours with Hishammuddin, who is also defending his vice-presidency at the Umno Supreme Council election on Saturday.

Asked whether the statement meant that Wanita Umno is attempting to maintain the status quo of the three incumbent vice-presidents, Shahrizat said the statement was fair to all the candidates, and in fact respected the stand of all the delegates who would be casting their votes.

Besides Hishammuddin, others who would be defending their posts as vice-presidents are Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Others contesting for the vice-presidents’ posts are former Melaka chief minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and former Negeri Sembilan menteri besar Tan Sri Isa Samad and Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

On the issue concerning the resignation yesterday of 14 of the 15 committee members of the Kalabakan Wanita Umno division, who had won in the election last Saturday, Shahrizat said that so far the Umno headquarters had not received an official report on the matter.

As such, she asked the people concerned to submit their official protest letters to the Umno Election Committee as soon as possible for further action.

Takut Janji Pembangunan BN Bukti Pas Selama Ini Tak Buat Kerja Di Sungai Limau

Posted: 17 Oct 2013 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt  –  Tindakan Pas  menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dilabel sebagai ugutan jelas memperlihatkan Pas sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Kamarol Salleh dakwaan Pas itu sebenarnya membuktikan bahawa parti itu sememanganya gagal membela nasib pengundi terutama membawa pembangunan di kawasan itu meskipun kawasan itu sebelum ini adalah milik Menteri Besar Kedah yang menguasai negeri ini sejak tahun 2008.

Jelas beliau sekiranya Pas melakukan banyak jasa dan pembangunan di kawasan itu sepatutnya Pas tidak perlu berasa gentar dengan janji-janji BN.

kedah-pas-mahfuz-omar-mb-mukhriz-mahathir-umno-bn-kedah

“Mereka (Pas) takut bayang-bayang sendiri.  Kalau betul mereka sudah banyak buat kerja mereka boleh buktikan dalam kempen mereka nanti bagi menafikan janji-janji yang akan dibawa BN.  Kalau sudah banyak buat pembangunan sudah pasti pengundi akan tolak janji pembangunan BN.

“Jelas mereka tiada isu. Apa yang mereka dakwa janji pembangunan sebagai politik ugutan hanya memperlihatkan mereka mengakui mereka tak buat kerja untuk pengundi di Sungai Limau," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini pemimpin Pas  menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya BN menang dilabel sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.

Malah terdapat juga pimpinan Pas lain yang mengeksploitasi  pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut Kamarol seterusnya menegaskan pihaknya akan turun padang untuk sama-sama membantu kemenangan BN pada  pilihan raya kecil itu nanti.

"Kita percaya sokongan dan sumbangan kita nanti sedikit sebanyak akan memberi nilai tambah kepada kekuatan jentera Pemuda yang lain di Sungai Limau nanti.

"Insyaallah kita juga bersedia untuk sama-sama membantu jentera tempatan khususnya menangkis serangan dan juga pelbagai tohmahan nanti selain dariapda tugasan hakiki yang lain. Ini adalah tugas dan tanggungajwab yang akan kita pikul bersama-sama. Insyaallah," ujarnya. -MediaUMNO

 

Tuduh ROS Sebagai Anjing Tapi DAP Lupa Merekalah Yang Paling Suka Menyalak

Posted: 17 Oct 2013 02:39 AM PDT

KLUANG, 17 Okt – Sekiranya DAP menuduh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai anjing UMNO kerana isu kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP maka kepimpinan DAP perlu ingat bahawa ROS pernah mengharamkan UMNO suatu ketika dahulu, ujar Ujar Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor, Md Jais Sarday,

tony-pua-dap-rasis-anwar-running-dog-anjing-pakatan-pr-umno

Namun katanya DAP masih terus diberi ruang oleh ROS untuk memperbaiki kelemahan walaupun agensi kerajaan ini dikecam dan didesak agar lebih bertegas menangani kontroversi DAP.

Justeru tegas beliau DAP perlu sedar bahawa ROS menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti tanpa ada prejudis kerana sikap integriti yang tinggi itulah maka UMNO pernah diharamkan.

"Maka tidak timbul bahawa ROS menjadi anjing UMNO sedangkan DAPlah yang hanya tahu menyalak menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri.

"Selama ini DAP tidak pernah cakap seiring dengan perbuatan mereka. Mereka pertikaikan ketelusan tetapi mereka sendiri tidak pernah telus dan pemilihan semula CEC ini menjadi bukti. Jika tidak, mana mungkin ahli DAP sendiri mempertikaikan parti ini.

"Ini cakap pasal demokrasi tetapi demokrasikah mereka apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan DAP terus menjadi parti anak-beranak. Mereka bercakap pasal undang-undang tetapi mereka sendiri tidak hormat dan tidak ikut undang-undang," ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kluang turut menambah, ROS mengambil tindakan berdasarkan apa yang termaktub di dalam perlembagaan DAP sendiri bukan berdasarkan perlembagaan UMNO.

Seharusnya kata beliau lagi DAP menerima kelemahan mereka dan akui bahawa parti mereka memang ada ketidaktelusan.

"Ahli DAP sendiri sebenarnya sudah tidak mahu parti ini terus dikuasai oleh anak-beranak kerana itulah mereka bersuara malah telah meminta agar Guan Eng meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP. Tetapi kerana tamak, apa sahaja dilakukan demi memastikan Dinasti LIM terus berkuasa dalam DAP.

"Bagi saya, DAP sebenarnya bukanlah sebuah parti yang demokrasi dan melambangkang pelbagai kaum tetapi adalah sebuah parti yang memperjuangkan satu bangsa. Terlalu banyak kepincangan yang terdapat di dalam DAP sehinggakan ianya tidak mampu ditutup lagi.

"Setiap kali mereka menuding jari ke arah pihak lain, akan terbuka kepincangan lain pula. Mereka harus berhenti menyalahkan pihak lain atau mengalih isu. Selesaikan masalah yang ada, bukan lari dari masalah. Jawab masalah berkaitan CEC termasuk berkenaan kehilangan perwakilan yang semakin meningkat. Barulah ahli mereka akan percayakan kepimpinan DAP semula," jelasnya lagi. - MediaUMNO

Pertelagahan Kelompok Parahkan Lagi Konflik Dalam PKR – Ruslan Kassim

Posted: 17 Oct 2013 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyifatkan pertelagahan akibat perbezaan dua kelompok di dalam PKR  Selangor dan Sabah kini semakin meruncing seumpama retak menanti belah.

Menurut beliau, pertembungan dan ketidaksefahaman diantara dua kelompok ini telah menyebabkan timbulnya konflik yang boleh menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negeri Selangor yang dikuasai oleh parti tersebut.

"PKR Selangor janganlah cuba menutup bangkai gajah dengan daun nyiru. Konflik antara Penasihat Ekonomi negeri, Anwar Ibrahim dan juga Khalid Ibrahim sebagai ketua eksekutif negeri, tidak boleh disembunyikan lagi.

"Biarpun perkara ini cuba dinafikan oleh kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri dan akar umbi, tetapi saya yakin bahawa mereka tidak mampu untuk menegakkan benang yang basah," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

ruslan_kassim_penerangan_pribumi_perkasa_bekas_pkr_anwar

Di Sabah pula kata beliau, PKR dikatakan menjadi punca kepada keretakkan dan konflik yang berlaku di dalam pakatan pembangkang di sana berhubung ketidakpuasan hati  kepimpinan dan ahli PKR peringkat akar umbi berhubung isu perlantikan Lajim Ukim sebagai pengerusi PKR Sabah.

"Ekoran daripada itu kita lihat ada ADUN DAP, Luyang Hiew King Cheu mengambil keputusan untuk keluar dari pakatan pembangkang di Sabah lalu menjadi ADUN bebas. Daripada beberapa sumber dalam juga, ada maklumat yang mengatakan ada beberapa lagi pemimpin pakatan Sabah yang akan berbuat perkara yang sama dalam masa terdekat ini.

"Jadi, segala slogan yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang yang kononnya mereka ini bersatu, berpadu hanyalah sekadar slogan kosong dan palsu untuk menyembunyikan konflik mereka daripada pengetahuan rakyat," tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di seluruh negara supaya membuka mata dan minda untuk menilai sejauh mana kemampuan Pakatan Pembangkang untuk mentadbir.

"Apa yang jelas, pakatan sebenarnya tidak mampu untuk menjadi pentadbir yang baik. Mereka lebih suka bertelagah sesama sendiri. Ini juga secara tidak langsung membuktikan ketua pembangkang, Anwar,  tidak mampu nak selesaikan masalah ketidaksefahaman dan konflik yang berlaku di dalam pakatan hingga ke hari ini.

"Itu baru mentadbir negeri sudah huru hara. Bagaimana pula kalau mereka kita berikan kepercayaan untuk mentadbir negara, sudah pasti jika mereka terus bertelagah sesama sendiri, pembangunan negara dan ekonomi akan terbantut. Jika ini berlaku, rakyat juga akan menerima kesannya,"akhiri beliau. -MediaUMNO

Kerajaan Ambil Langkah Kurang Popular Bagi Jamin Kestabilan Ekonomi – Mustapa

Posted: 17 Oct 2013 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Kerajaan perlu mengambil langkah ‘kurang popular’ tetapi mampu menjamin kestabilan ekonomi negara bagi jangka masa panjang dalam Belanjawan 2014, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang semasa pembentangan Belanjawan 2014 yang mungkin akan menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan rakyat.

“Diharapkan rakyat dapat menerima apa jua langkah yang diambil kerajaan dalam konteks untuk memastikan negara kita dalam jangka masa panjang selamat, aman dan makmur,” katanya pada pemberita pada majlis prapelancaran Kongress Usahawan Muda Bumiputera di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri dan presiden Generasi Muda Berjaya (GMB) Agil Faisal Ahmad Fadzil.

Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan pada 25 Oktober ini dikaitkan dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan program rasionalisasi subsidi.

Pengenalan GST dan pengurangan subsidi berkenaan mengikut sesetengah penganalisis ekonomi adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan defisit kerajaan yang dijangkakan berjumlah empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada hujung tahun ini.

Sementara itu, bercakap mengenai Kongres Usahawan Muda Bumiputera, Mustapa berkata kementeriannya menyokong penuh acara anjuran GBM berkenaan yang dianggap sebagai menyusuli seruan Perdana Menteri untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Beliau yang juga penaung GMB berkata kongres berkenaan amat penting kerana dapat membuka ruang kepada golongan muda yang berperanan besar dalam menggerakkan ekonomi negara untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Kita harap kongres dapat memberi input kepada kerajaan bagaimana dapat memantapkan ekonomi bumiputera,” kata beliau.

Kongres berkenaan yang dicadangkan berlangsung pada Februari tahun hadapan, disasarkan dapat menarik 2,000 penyertaan usahawan muda untuk berkongsi maklumat, pendapat serta jalinan perniagaan.

UMNO Perlukan Lebih Ramai Pemimpin Muda – Razali

Posted: 17 Oct 2013 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt  UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin muda menganggotai barisan kepimpinan Majlis Tertinggi bagi menghadapi realiti dan landskap politik semasa, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata pemilihan lebih ramai pemimpin muda dapat menyediakan UMNO untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan menyaingi parti lawan yang banyak membariskan pemimpin muda.

“Berkongsi pengalaman dengan pemimpin lama dan idea segar daripada pemimpin muda sudah tentunya dapat menterjemahkan konsep meremajakan parti sekali gus mampu meraih sokongan rakyat kepada UMNO,” katanya.

BNYCT

Razali percaya para perwakilan akan memberi ruang kepada pemimpin muda untuk membarisi kepimpinan parti bagi membolehkan UMNO terus segar dan relevan, selain mewujudkan gandingan pemimpin lama dan baharu bagi memastikan keseimbangan landskap politik hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peluang pemimpin muda membarisi Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan Sabtu ini yang melibatkan 71 calon yang bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding.

Sabtu ini, 144,297 perwakilan Umno di seluruh negara akan menentukan pucuk pimpinan parti di peringkat bahagian dan pusat secara serentak.

Pelaburan MARA Signs Strategic Collaboration Agreement With 1Machine System

Posted: 16 Oct 2013 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 17  -  Pelaburan Mara Bhd (PMB), a wholly-owned subsidiary of MARA, today signed a strategic collaboration agreement with 1Machine System Sdn Bhd, the producer of Malaysia’s first anti-virus system.

Through the agreement, PMB will assist 1Machine System to commercialise innovative anti-virus system products or internet security software services  produced by Bumiputera companies among government agencies and its own subsidiaries, apart from marketing it at the regional or global levels.

PMB chairman Datuk Sohaimi Shahadan said the collaboration signed was one of MARA’s investment strategies to make the company a foremost investment and asset management entity.

“The business activities of PMB are being expanded by having a majority equity holding in companies in the infrastructure, real estate, oil and gas as well as technology sectors,” he said at the signing ceremony here.

He also said the collaboration provides an opportunity for students completing their studies at MARA colleges and its other institutions to undergo industrial training, obtaining information, as well as cooperating in the technology and innovation sectors.

Sohaimi signed the agreement for PMB, while, IMachine System chief executive officer Abbyamir Sapie signed for the company.

The event was witnessed by the Deputy Director General of Education Datuk Abdul Rahim Abdul Ghani and 1Machine System chairman Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid.

Meanwhile, Abbyamir said 1Machine after the first commercial production of its anti-virus system, was now expanding its business to the United kingdom and South Sudan, as its first step towards entering the global market.

“1Machine hopes the government can extend more support to companies like us. It need not be only in the form of funding or finance, but from the aspect of promoting and introducing 1Machine to the international stage,” he said when asked to comment on expectations for the Budget 2014 to be announced on Oct 25.

Puteri UMNO Serah Kepada Perwakilan Pilih Tiga Naib Presiden – Mas Emieyati

Posted: 16 Oct 2013 11:53 PM PDT

ALOR GAJAH, 17 Okt – Puteri UMNO yakin perwakilan pergerakan itu akan menimbangkan sebaiknya dan membuat pilihan bijak calon untuk mengisi tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Sabtu ini.

Ketuanya Mas Emieyati Shamsudin berkata apa yang pasti keutamaan akan diberikan kepada trio yang diyakini mempunyai keserasian untuk bekerja bersama, mampu meneruskan perjuangan parti dan telah berjasa dalam usaha mengukuhkan parti keramat orang Melayu itu.

Beliau percaya mana-mana calon yang dipilih nanti akan berkhidmat dengan cemerlang untuk parti dan seluruh rakyat Malaysia.

“Sudah pasti enam calon (naib presiden) itu sama hebat, tetapi saya (secara peribadi) tidak boleh mewakili mereka (Puteri UMNO) untuk memberikan pandangan kepada siapa yang mereka hendak (pilih jadi naib presiden).

“Saya serah kepada perwakilan kerana saya percaya mereka (perwakilan) bijak memilih dan pertimbangkan sebaiknya…setiap perwakilan punya hak memilih siapa yang layak tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Alor Gajah dan Klinik Cure and Care 1Malaysia Alor Gajah di sini, hari ini.

Sabtu ini enam calon bakal berentap merebut jawatan naib presiden UMNO iaitu tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Sementara itu, berhubung pandangan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dalam program ‘Soal Jawab’ terbitan TV3 malam tadi bahawa masih ada yang melihat UMNO sebagai sebuah parti bersifat eksklusif, Mas Emieyati berkata UMNO bukan untuk orang UMNO sahaja tetapi mempunyai peranan penting berkhidmat untuk rakyat.

“Lebih banyak program bagi membantu rakyat perlu diadakan bagi memastikan UMNO ini parti yang ‘inklusif’ bukan ‘eksklusif’,” katanya.

Beliau berkata dengan cara itu kepercayaan rakyat terhadap UMNO dapat dikukuhkan dan usaha menarik lebih ramai rakyat terutama golongan muda menyertai parti itu akan menjadi lebih mudah bagi memastikan UMNO kekal relevan pada masa depan.

Dalam program itu, Zulkefli juga berkata kewujudan sesuatu cawangan UMNO itu perlu dilihat dapat memayungi seluruh penduduk setempat dan apabila UMNO terlalu mengejar perkara lain selain khidmat kepada masyarakat, masyarakat itu akan merasa tersisih daripada parti tersebut.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT