SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, October 4, 2013

UMNO Online - “PCA Jaga Kepentingan Masyarakat Umum – Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “PCA Jaga Kepentingan Masyarakat Umum – Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

PCA Jaga Kepentingan Masyarakat Umum – Zahid

Posted: 03 Oct 2013 05:02 AM PDT

PUTRAJAYA, 3 Okt – Kepentingan masyarakat umum menjadi keutamaan dalam Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dengan melihat kepentingan hak asasi majoriti diutamakan tanpa meminggirkan hak asasi kumpulan minoriti.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semasa isu hak asasi manusia penjenayah menjadi aspek yang sering dipersoalkan dalam rang undang-undang itu, hak yang sama juga perlu dipertahankan buat mangsa.

“Kami bertanya di parlimen semalam, apa hak asasi manusia di pihak yang menjadi mangsa, kenapa tidak dipertahankan. Bagaimana dengan polis yang ditembak mati penjenayah, apa hak asasi mereka, kenapa hanya hak asasi kalangan ketua kongsi gelap atau ahli kongsi gelap sahaja dipertahankan,” katanya.

Beliau yang ditemui semasa melawat Pameran Polis Umum ke-3 dan Pameran dan Persidangan Kelengkapan Khas Asia 2013 (GPEC Asia 2013) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu, lewat malam tadi.

Beliau berkata semasa aspek hak asasi manusia dalam undang-undang dihormati, penting juga dilihat aspek keseluruhan, iaitu pencegahan dan penghapusan jenayah perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuhnya, selain kemampuan polis dalam tindakan-tindakan mereka.

“Kami tidak menolak sepenuhnya pendapat pembangkang terutama daripada kalangan ahli parlimen pembangkang yang mempunyai latar belakang guaman dan pengamal undang-undang, kami mengambil kira beberapa klausa yang mereka rasakan perlu dikaji semula,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam berhubung undang-undang itu.

Beliau berkata pihaknya bersikap terbuka berhubung perkara itu dan yang penting ‘roh’ dan objektif utama pelaksanaan undang-undang itu untuk membendung jenayah difahami.

Langkah itu bagi memastikan hasrat ke arah pembendungan dan pembanterasan jenayah dapat dilakukan demi menjamin hak asasi rakyat yang mahukan perlindungan sewajarnya, katanya.

“Kalau pun PCA ini tidak boleh diterima sepenuhnya, harap ia dapat dihormati sebagai undang-undang pencegahan dan pembanterasan jenayah.

“Kami tidak mahu PCA dianggap sebagai proses tahanan tanpa bicara sepenuhnya walaupun saya dah jelaskan beberapa kali bahawa terdapat badan pencegahan jenayah sebagai badan yang akan menjatuhkan hukuman untuk penahanan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau turut terbuka untuk sebarang perbincangan bagi memperbaiki klausa dalam undang-undang berkenaan.

Kudis, Pekong Dalam Pembangkang Sudah Tidak Mampu Lagi Disembunyikan

Posted: 03 Oct 2013 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt. – Kepincangan dalam pakatan pembangkang semakin ketara dengan pelbagai pendedahan berkaitan keburukan mereka sebagaimana kebobrokan DAP yang dibongkar sendiri oleh bekas ahli termasuklah antara yang pernah menjadi pemimpin di dalamnya.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab menganggap segala kepincangan dan pendedahan terbabit bukanlah perkara baru kerana ia sememangnya adalah sebahagian daripada rutin dalam parti-parti pembangkang.

"Jika sebelum ini pembangkang termasuklah DAP sering menuding jari kepada pelbagai pihak termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai kata-kata negatif misalnya tidak cekap, tidak telus, berlaku penipuan dan sebagainya dalam hal-hal melibatkan pilihan raya, sistem pengundian, daftar pemilih dan macam-macam lagi tetapi dengan apa yang berlaku dalam parti itu sendiri telah memperlihatkan dakwaan mereka terkena batang hidung sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, lihat sajalah apa yang berlaku apabila pakatan pembangkang dapat menguasai kerajaan negeri yang mana mereka telah menunjukkan kerakusan untuk memegang kuasa dengan banyak perkara tidak diutamakan malah sehingga kini pun banyak manifesto mereka tidak terlaksana.

"Sehingga hari ini di Pulalu Pinang sahaja, mana perumahan kos rendah yang dicanangkan, mana bantuan kepada keseluruhan rakyat kerana agihan hanya diberikan kepada golongan tertentu, mana pembangunan secara menyeluruh yang dijanji kerana yang ada sekarang hanya bertumpu untuk golongan mewah dengan kemajuan dilihat dikawasan lereng-lereng bukit sahaja."

Ujarnya, sebelum ini, DAP yang mentadbir Pulau Pinang telah ditempelak lantaran kegagalan mereka menterjemah slogan Cekap, Akauntibiliti, Telus (CAT) sebaliknya banyak projek-projek kerajaan negeri yang diberikan secara terus dan tanpa tender selain siri pendedahan perlakuan rasuah kepimpinan DAP seperti isu rasuah bekas Naib PengerusinyaTunku Abdul Aziz dan juga isu rasuah tanah terhadap dua orang kepimpinan tertinggi DAP Perak.

"DAP sering melemparkan tohmah kepada BN dan UMNO sedangkan dalam anggota mereka sendiri penuh dengan pelbagai sifat negatif malah tuduhan kronisme dan nepotisme yang dibuat kepada BN dan UMNO sebenarnya adalah bagi menutup apa yang berlaku dalam parti mereka."

Terangnya, dalam DAP sendiri bukan saja bapa dan anak sebagaimana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng jadi pentadbir tetapi menantu pun ada bersama.

"Ini termasuklah Karpal Singh dan dua orang anaknya manakala dalam kepimpinan PKR telah terbukti ketidakwujudan demokrasi apabila ketua umum pun melalui lantikan manakala dibawahnya yang memegang kuasa adalah isteri dan anaknya sedangkan dalam BN ia tidak pernah berlaku dalam satu masa serentak," ujarnya lagi.

Tegasnya, adakah parti-parti dalam sekutu pembangkang yang lebih berunsurkan anak-beranak dan kaum keluarga adalah salah satu kepimpinan untuk dijadikan contoh terbaik?

"Kalau pendedahan dan keburukan dalam parti terbabit didedahkan oleh anggotanya sendiri maka apa lagi yang mahu dibanggakan tentang pakatan pembangkang kerana telah jelas banyak perkara yang negatif berbanding usaha yang sewajarnya boleh dicontohi."

Terang beliau, usaha pembangkang untuk menutup pekung di dada tidak akan berhasil dengan satu persatu terdedah hinggakan ADUNnya pun turut keluar parti sebagaimana terbaru oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Hiew King Cheu selain Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak yang turut hilang kepercayaan terhadap perjuangan DAP.

"Secara tidak langsung, gambaran dan tuduhan bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah lebih sesuai untuk parti mereka sendiri kerana dalam UMNO dan BN permuafakatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan."

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat untuk bijak membuat penilaian dan tidak terpengaruh deangan sikap bermuka-muka parti-parti dalam pakatan pembangkang yang hanya mahu mengaburi mata rakyat. - MediaUMNO

KBS Bakal Laksana Sistem Tender Terbuka Bagi Festival Belia Putrajaya

Posted: 03 Oct 2013 03:31 AM PDT

PUTRAJAYA, 3 Okt – Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi syarikat mendapatkan sebarang perkhidmatan untuk penganjuran aktiviti serta program Festival Belia Putrajaya.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemberian penganjuran secara langsung tidak akan ditawarkan lagi bertujuan mengelak pembaziran.

“Pendekatan itu sebenarnya telah dilaksanakan kementerian berhubung pemberian tender pada tahun ini sebelum penerbitan Laporan Ketua Audit Negara 2012,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan audit berhubung perbelanjaan kementerian bagi promosi dan publisiti Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM1.1 juta yang disifatkan tinggi dan tidak berhemat.

Menurut laporan itu, Jabatan Belia dan Sukan Negara di bawah KBS menggunakan RM2.94 juta untuk perbelanjaan keseluruhan bagi program Hari Belia itu, termasuk membelanjakan RM1.6 juta untuk pembayaran artis K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Khairy berkata kementerian turut mengenal pasti proses tertentu untuk mengelak pembaziran namun festival berkenaan tetap diadakan meskipun dikritik pihak tertentu.

“Festival itu bakal diteruskan tetapi kita akan memperbaiki prestasi penganjuran berdasarkan pemantauan saya sendiri selaku menteri dan juga melalui teguran Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.

Sementara itu, katanya, dalam usaha untuk mengaktifkan kegiatan sukan dan rekreasi di peringkat akar umbi, Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) akan ditubuhkan.

“Rasional penubuhannya adalah sebagai badan penggerak untuk menganjurkan aktiviti di peringkat Parlimen di samping mengukuhkan komuniti setempat daripada pelbagai kaum,” katanya.

SRCC akan dilaksanakan menerusi program sukan seperti larian, senamrobik, berbasikal, perkhemahan, sukan lasak, seni mempertahankan diri dan bola sepak.

PCA Akan Beri Lebih ‘Tenaga’ Kepada Polis – Khalid

Posted: 03 Oct 2013 03:27 AM PDT

PUTRAJAYA, 3 Okt – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Permerluasan) 2013 yang baru diluluskan akan memberi lebih ‘tenaga’ kepada polis dalam menangani jenayah khususnya jenayah terancang.

Sambil merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan, beliau sekali lagi menegaskan bahawa undang-undang baharu itu hanya melibatkan tindakan terhadap penjenayah, tidak sekali-kali disasar kepada ahli politik.

Beliau berkata ia juga langsung tidak melibatkan kuasa eksekutif kerana daripada proses awal tangkapan sehingga rayuan, semuanya berkisar kepada proses kehakiman.

“Ada banyak tahap ‘check and balance’ dalam rang undang-undang ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan satu persidangan industri yang diadakan sempena Pameran Polis Umum ke-3 dan Pameran dan Persidangan Kelengkapan Khas Asia 2013 (GPEC Asia 2013) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, yang masuk hari kedua hari ini.

Beliau berkata bagi memastikan kelancaran pelaksanaan undang-undang itu, polis kini mula membincangkan langkah-langkah untuk mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) serta penambahbaikan kepada Hukuman Tetap Ketua Polis Negara (IGPSO).

Khalid berkata ia perlu dibuat serta merta kerana pihaknya perlu bergerak selari dengan kerajaan yang mengambil tindakan segera dalam meluluskan undang-undang itu.

“Semua persiapan sedang diatur, bila rang undang-undang ini diwartakan nanti, saya percaya kami boleh terus melaksanakannya…SOP dah ada, cuma kami kena kemas kini mengikut apa jua peruntukan yang diluluskan dalam udang-undang baharu itu,” katanya.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama Rabu lepas itu, diluluskan Dewan Rakyat pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Khalid berkata polis akan menggunakan proses undang-undang untuk membolehkan majikan suspek utama kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, diekstradisi ke negara ini jika lelaki yang kini dipercayai berada di Australia itu gagal tampil menyerah diri minggu ini.

“Kami masih beri dia masa untuk pulang menyerah diri,” katanya sambil menegaskan bahawa polis Malaysia mempunyai hubungan yang amat baik dengan polis Australia.

Semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki tempatan yang juga ahli perniagaan berusia 53 tahun itu dipercayai meninggalkan negara tiga hari selepas kejadian pembunuhan itu.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas, dan polis menahan suspek utama kes itu di Taiping, Perak bersama-sama dua rakannya pada 22 Sept.

Merujuk kepada tiga penjenayah yang ditembak mati di Gerik awal pagi semalam pula Khalid berkata ketiga-tiga mereka adalah samseng tempatan, dan bukannya anggota kumpulan kongsi gelap.

Polis sedang mengumpul bukti menerusi pengambilan cap jari untuk melihat sekiranya ketiga-tiga penjenayah itu terlibat dengan banyak lagi kes-kes jenayah, katanya.

Calon BN DUN Sungai Limau Diumum 21 Okt – Mukhriz

Posted: 03 Oct 2013 03:03 AM PDT

ALOR SETAR, 3 Okt – Barisan Nasional (BN) Kedah kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi DUN itu, pada 21 Okt.

mukhriz-jerlun-umno-bn-calon-mb-kedah-kempen

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pihaknya sememangnya telah mula membuat persiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat DUN Sungai Limau pada 8 Okt ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami (BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam Kedah di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum memutuskan dan sedang berusaha untuk menyenarai pendekkan nama calon yang akan bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengumumkan tarikh PRK DUN Sungai Limau pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Mengenai tarikh penamaan calon yang hampir dengan pemilihan Umno, Mukhriz berkata perkara itu harus diterima kerana ia telah ditetapkan SPR.

“Kalau dah diputuskan, kita terpaksa menerimanya walaupun dari segi masa contohnya untuk saya sendiri, berkempen pun akan jadi sedikit tersekat.

“Tetapi tak apa, tugas dan tanggungjawab lebih kepada PRK ini… bila-bila kita bersedia, ia tak dianggap sebagai merugikan,” katanya.

Pengundi DUN Sungai Limau Diminta Beri Kemenangan Kepada BN

Posted: 03 Oct 2013 02:25 AM PDT

MELAKA, 3 Okt  – Barisan Nasional (BN) meminta para pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah, pada 4 Nov agar ‘lebih mesra’ dengan memberikan kemenangan kepada BN yang kembali menerajui negeri itu selepas pilihan raya umum lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan negeri kini dipimpin tokoh muda berkaliber Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar yang mampu membawa Kedah menjadi lebih maju.

“Cabaran bagi BN dan UMNO di kawasan itu bukan mudah tetapi kita anggap ia sebagai satu cabaran yang perlu kita hadapi dan membantu dalam member kemenangan kepada kita,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan UMNO Melaka di Bandar Hilir, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi UMNO dan BN Melaka Datuk Idris Haron.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 4 Nov sebagai hari pengundian dan 23 Okt sebagai tarikh penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata calon BN bagi pilihan raya kecil itu kebiasaannya akan diumumkan dua hari sebelum hari penamaan calon setelah pucuk pimpinan BN meluluskan senarai nama calon yang dikemukakan BN Kedah.

Beliau berkata BN Kedah telah diminta mengenal pasti calon yang sesuai dengan perwatakan terbaik, berpengalaman dan mudah diterima masyarakat di situ.

Muhyiddin juga berkata BN akan menggunakan tempoh 10 hari berkempen untuk menerangkan dasar dan perjuangan BN dalam membantu orang Melayu dan Bumiputera serta berjumpa dengan seberapa banyak pengundi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan segelintir calon mengenai syarat ketat yang dikenakan pada pemilihan UMNO, Muhyiddin berkata prosedur yang tersenarai dalam pemilihan itu sebagaimana pemilihan terdahulu sewaktu membanteras politik wang.

“Peraturan dah diguna pakai dulu, dahulu pun tak ada orang komplen…yang paling utama sekali, kita tak mahu unsur politik wang atau pun unsur fitnah, tohmah mengatakan calon yang sana tak sesuai,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata calon boleh menggunakan media massa mahupun media sosial untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan.

Pembangkang Dibidas Gagal Fahami Kepentingan Pencegahan Jenayah

Posted: 03 Oct 2013 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ahli Parlimen Pembangkang dibidas kerana cuba menggagalkan usaha kerajaan untuk meluluskan akta pencegahan jenayah sedangkan sebahagian besar daripada mereka tahu,  bahawa akta ini amat penting dalam usaha membendung peningkatan jenayah di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd Johari Baharom, pindaan rang undang-undang akta pencegahan jenayah ini adalah sebagai ganti kepada Ordinan Darurat yang dimansuhkan baru-baru ini.

"Kita semua tahu, setelah undang-undang Ordinan Darurat dihapuskan, kes-kes jenayah seperti kes-kes rompakan dan membunuh semakin meningkat. Ini berpunca kerana sebahagian besar daripada penjenayah yang ditahan dalam akta tersebut telah bebas dan balik ke kawasan mereka masing-masing.

"Jadi saya lihat dengan lulusnya akta undang-undang baru ini, akan dapat membantu kerajaan dalam usaha untuk menangani masalah jenayah. Usaha ini bukan senang kerana ketika saya sebagai timbalan menteri Dalam Negeri saya amat sukar bagi pihak polis untuk menjalankan siasatan kerana bukan senang untuk menahan penjenayah kerana ia memerlukan bukti dan saksi," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, beliau amat menyokong pindaan dan pemerluasan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013  yang menyaksikan kuasa menahan tanpa bicara dikembalikan kerana ia amat penting untuk melindungi rakyat di negara ini daripada ancaman jenayah, khususnya jenayah terancang.

Manakala menurut Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar, pindaan akta pencegahan Jenayah 1999 merupakan satu keperluan bagi negara bagi membendung aktiviti jenayah yang berkait rapat dengan aktiviti kongsi gelap dan pembunuhan terancang yang dilihat semakin meningkat di negara ini.

Bagaimanapun kata beliau, dalam usaha meluluskan pindaan rang undang-undang akta pencegahan jenayah ini,  ia terpaksa mengambil masa hampir sembilan jam untuk diluluskan akibat tentangan keras daripada pihak pembangkang yang cuba menidakkan pindaaan akta ini, yang dilakukan oleh kerajaan demi keselamatan rakyat.

"Sebetulnya kerajaan telah menyediakan ruang lingkup yang baik dengan memberikan kuasa kepada pihak polis untuk memerangi jenayah. Akta ini bukanlah untuk menggantikan ISA seperti mana yang didakwa oleh pembangkang, untuk memerangi orang awam atau ahli politik.

"Saya sendiri tidak akan bersetuju sekiranya akta ini bertujuan untuk memerangi orang awam atau sebahagian ahli politik, biarpun saya adalah ahli parlimen BN. Tetapi sudah saya teliti sejak sekian lama dan merasakan akta ini perlu untuk kita memerangi jenayah yang berlaku di negara ini," tegasnya.

Apa yang jelas, kata beliau setelah penghapusan Ordinan Darurat dan ISA, kes-kes jenayah yang melibatkan organisasi jenayah terancang semakin meningkat dan dilihat mengancam keselamatan rakyat di negara ini.

"Kes-kes seperti ugut dan rompak, pembunuhan terancang semakin meningkat di sebabkan ketua-ketua kongsi gelap ini dibebaskan dan pulang ke kawasan masing-masing, yang membuatkan mereka kembali aktif dalam kegiatan jenayah di sekitar kawasan mereka itu.

"Jadi pada saya untuk memperkasakan negara, sudah tentu kita perlukan satu akta pencegahan jenayah bagi memerangi kumpulan kongsi gelap-kongsi gelap yang aktif melakukan jenayah di negara ini.

"Pada saya keputusan yang diambil oleh kerajaan ini, biarpun dianggap sinis oleh pihak pembangkang,tetapi saya melihat inilah keputusan yang terbaik yang diambil kerajaan demi memelihara kemakmuran dan keamanan di negara kita," ujarnya. -MediaUMNO

PCA To Create Safer Environment, Says DR Mahathir

Posted: 03 Oct 2013 01:40 AM PDT

PETALING JAYA, Oct 3 – The enactment of the Prevention of Crime Act (PCA) is aimed at creating a safer environment, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said the PCA, which was passed in Parliment at midnight, was to contain the increasing rate of serious crimes, following the repeal of the Internal Security Act (ISA).

“The people (citizens) are not safe anymore. People (criminals) do all kinds of things and there are people (contract killers) who take a small fee for killing people.

“I was told a few thousand dollars was enough for them to go and kill people. Do you want that kind of society,?” he asked reporters after the opening of the fifth World Chinese Economic Forum (WCEF) here today.

Also present were China’s Ambassador to Malaysia Chai Xi, Governor of Victoria, Australia Alex Chernov and Council for Promotion and International Trade chairman Wan Jifei.

Asked whether the PCA was the reverse to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s earlier move to repeal the ISA, Dr Mahathir said laws were made for the good of the people.

“Yes, you have to be liberal, you have to be free, but there is limit to freedom.

“He (Najib) made the promise, but he didn’t foresee the kind of crimes that were committed after the law was repealed.

“But with the (increasing) number of crimes, you are not safe walking in the streets now,” he said.

During the ceremony, Dr Mahathir also launched a book, ‘Mahathir bin Mohamad on the Contemporary World (A Conversation with Vitaly Naumkin)’, which is based on an interview between him and Russian academic Dr Vitaly Naumkin.

A wide range of issues was discussed in the book, including the trajectory of development of contemporary world and the state of relations between the West and Muslim world.

Meanwhile, the two-day WCEF, themed ‘Global Economic Partnership: Realising Opportunities, Connecting East and West’, garnered more than 600 participants from over 30 countries.

Dewan Rakyat Ditangguhkan Selepas Lapan Hari Bersidang

Posted: 03 Oct 2013 01:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 23 Sept lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan lapan hari itu, Dewan Rakyat meluluskan empat rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013, Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) dan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Sementara itu, 12 rang undang-undang yang dijadual dibacakan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat kali ini ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika membentangkan usul menangguhkan mesyuarat hari ini, mengucapkan terima kasih kepada anggota Parlimen dan memohon maaf sebarang kekasaran bahasa sepanjang persidangan itu berlangsung.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata beliau bagi pihak Yang Dipertua Dewan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota Parlimen yang memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan mesyuarat itu dapat disempurnakan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen, wakil media massa dan pihak yang turut terlibat.

“Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Kerajaan Belanja Lebih RM6 Bilion Laksana PPR

Posted: 03 Oct 2013 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt  - Kerajaan membelanjakan lebih RM6 bilion untuk melaksanakan dan menjayakan Program Perumahan Rakyat (PPR) sejak 1998, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata langkah kerajaan membina rumah PPR itu adalah khusus bagi golongan setinggan dan pemohon yang memohon menerusi sistem pendaftaran terbuka.

“Adalah tidak benar rumah di bawah Program Perumahan Rakyat lebih kepada orang yang mampu, dan disewakan,” katanya ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Shamsul ingin tahu pendekatan terbaik kerajaan dalam mengagihkan kuasa pasaran ke negeri-negeri bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan.

Abdul Rahman berkata selain itu, dakwaan kerajaan hanya menumpu kepada pembangunan di kawasan tertentu sahaja adalah tidak berasas berikutan kerajaan dari semasa ke semasa akan melaksanakan projek pembangunan di seluruh Negara bergantung kepada peruntukan yang diperoleh.

Abdul Rahman berkata kerajaan sememangnya mengambil berat mengenai keperluan perumahan sebagai satu keperluan asas untuk semua golongan rakyat sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 25, peruntukan hak asasi manusia universal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kerajaan, katanya, telah mengambil tindakan untuk meningkatkan kemampuan pemilikan rumah melalui penyediaan lebih banyak rumah berkualiti dan mampu dimiliki di pasaran melalui program seperti PPR, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi tumpuan dalam memperkukuhkan usaha menyediakan perumahan yang berkualiti serta menepati standard melalui penglibatan agensi kerajaan dan badan profesional yang berkaitan.

Buat masa ini, katanya, semua pembinaan rumah kos rendah tertakluk kepada standard seperti yang terkandung dalam Piawaian Industri Pembinaan (CIS) yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Kemudahan masyarakat yang meliputi kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan, dewan orang ramai, perpustakaan awam dan kebajikan perlu disediakan secukupnya dengan keluasan tertentu berpandukan piawaian tadahan penduduk sesebuah kawasan perumahan,” katanya.

Abdul Rahman berkata seiring dengan perkembangan pembangunan negara, kepadatan penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

Katanya selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencapai paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi adalah Selangor (91.4 peratus) dan Pulau Pinang (90.8).

Sebaliknya, katanya, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah ialah Kelantan (42.4), Pahang (50.5) dan Perlis (51.4).

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT