SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, October 3, 2013

UMNO Online - “Dalam Parti Sendiri Pun Tikam Menikam Inikan Pula Dalam Pakatan – Bolkiah” plus 9 more

UMNO Online - “Dalam Parti Sendiri Pun Tikam Menikam Inikan Pula Dalam Pakatan – Bolkiah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dalam Parti Sendiri Pun Tikam Menikam Inikan Pula Dalam Pakatan – Bolkiah

Posted: 02 Oct 2013 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt. – Kecelaruan ikatan dalam pakatan pembangkang tidak dapat disembunyikan lagi khususnya di Sabah sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Hiew King Cheu hinggakan bertindak keluar parti yang dianggotainya iaitu DAP.

ADUN Bengkoka, Datuk Bolkiah Ismail melihat tindakan keluar parti dari kalangan pakatan pembangkang bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sedia maklum bahawa ikatan yang terjalin dalam pembangkang bukanlah lahir dengan keikhlasan sebaliknya ia sebahagian daripada lakonan untuk kepentingan masing-masing.

"Jika dalam pilihan raya pun mereka tidak dapat bersatu dengan menggunakan satu lambang sebagaimana yang dilaksanakan dalam Barisan Nasional (BN) maka tentunya dalam menjalani kehidupan berpolitik seharian pun akan lebih rumit lagi," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, pembentukan pakatan pembangkang dari awal lagi sudah terbukti tidak mempunyai kesepakatan, gagal mencapai kesatuan dan sering bertingkah pendapat termasuklah untuk mengisi jawatan ketua pembangkang Sabah.

"Ini adalah perpecahan awal selepas pilihan raya umum ke-13 dan tunggulah perpecahan yang berikutnya kerana pakatan pembangkang di Sabah tidak pernah mencapai muafakat sebaliknya sering bertelagah antara satu sama lain, tidak mustahil akan ada lagi yang keluar parti selepas ini."

Dilaporkan, tindakan Hiew keluar DAP adalah rentetan daripada pengumumannya menarik diri daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang dikatakan berkait dengan pelantikan Datuk SericLajim Ukin dari PKR sebagai Ketua Pembangkang Sabah dan tidak menyokong anggota DAP sendiri untuk jawatan terbabit.

"Jika dalam satu pakatan pun tidak ada kesatuan jadi bagaimana mereka dapat bersatu untuk berkerajaan kerana antara PKR dan DAP itu sendiri sepatutnya selari iaitu parti pembangkang namun lebih teruk lagi apabila dalam PKR itu juga ada yang tidak bersetuju dengan pelantikan Ketua Pembangkang di Sabah biarpun dari PKR sendiri, bukankah ini lebih bercelaru?

hadi-lerai-pakatan-rapuh-rebut-kuasa-pm-anwar-kit-pru13

"Ini amat berbeza dengan apa yang diaplikasikan dalam BN kerana parti-parti yang bergabung dalam satu kesatuan sentiasa sepakat dan menghormati setiap keputusan yang dilakukan oleh pusat."

Jelas beliau, biarpun pelantikan ketua pembangkang di Sabah diiktiraf oleh pemimpin pembangkang pusat namun di kalangan anggota parti pembangkang di Sabah masih terus kedengaran rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

"Dalam BN ini semua tidak berlaku kerana kesepakatan yang kukuh dan ikatan yang terjalin dibentuk melalui akar umbi, menghormati pemimpin peringkat negeri dan akur dengan keputusan daripada pimpinan pusat apatah lagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri telah terbukti ketokohan dan kebijaksanaannya dalam pentadbiran.

"Dengan perpecahan dan tindakan saling tikam-menikam d ikalangan pakatan pembangkang ini sewajarnya ia menjadi iktibar dan tauladan kepada kita bahawa jalinan yang kukuh hanya akan dapat dicapai melalui perpaduan dan pakatan yang ikhlas, bukan dengan agenda negatif atau niat tidak baik."

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kudat, konsep BN masih diterima dengan baik oleh rakyat, mengekalkan perkongsian kuasa dengan sikap saling hormat menghormati biarpun BN sendiri dianggotai oleh parti pelbagai kaum, berbeza agama dan berlainan budaya.

"Kita tidak nafikan memang wujud juga perbezaan pendapat namun semuanya ditangani secara matang sebagaimana usia BN sendiri, kita selesaikan setiap perselisihan melalui rundingan dan dengan cara yang bijak tanpa merosakkan perpaduan di akar umbi," tambah beliau lagi. - MediaUMNO

PDRM To Acquire New Assets To Further Strengthen The Force – IGP

Posted: 02 Oct 2013 03:30 AM PDT

PUTRAJAYA, Oct 2 – The Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar announced the acquisition of seven new assets to further strengthen the Royal Malaysian Police (PDRM).

He said the assets included information and communication technology equipment and crime data gathering and analysis systems, particularly for the force’s Criminal Investigation Department.

There would also be additional forensics equipment to improve efficiency in collecting evidence at crime scenes, he told a press conference after the 3rd General Police and Special Equipment Exhibition and Conference Asia at the Putrajaya International Convention Centre here today.

“Furthermore, 1,000 motorbikes will be added as well to step up the motorbike patrol unit’s role in combating break-ins at housing estates,” he said.

Khalid said the force also needed suitable four-wheel drive (4WD) vehicles for the east coast of Sabah.

“In the near future, we need at least 10 4WDs. Not armoured personnel carriers but armoured pickup trucks suited to Sabah’s east coast terrain,” he said.

He outlined other needs in Sabah such as bullet proof vests, ballistic helmets, fire arms, bullets and armoured vehicles.

Apart from these equipment, the police would acquire 30 horses for its horse patrol unit in charge of controlling riots and preventing crimes, he added.

“The acquisition of these assets is our short-term effort to strengthen and modernise the police force,” he said.

3,200 Rumah PPR Dan 3,500 Rumah Mampu Milik Dirancang Di Melaka

Posted: 02 Oct 2013 03:27 AM PDT

MELAKA, 2 Sept –  Sebanyak 3,200 unit rumah dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 3,500 unit rumah mampu milik sedang dirancang untuk dibina di Melaka dalam tempoh lima tahun akan datang.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman berkata pembinaan rumah PPR itu membabitkan tujuh projek dengan enam daripadanya merupakan 2,800 unit rumah teres dan satu projek 400 unit rumah pangsa PPR Sungai Putat 2.

Beliau berkata perumahan mampu milik itu pula akan dilaksanakan secara penswastaan dengan keluasan 850 hingga 1,200 kaki persegi berharga di bawah RM150,000 seunit.

“Kerajaan negeri percaya projek ini akan membantu rakyat berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah di Melaka,” katanya menjawab soalan tambahan Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Menjawab soalan asal Tey, Ismail berkata terdapat 4,656 pemohon sedang menunggu untuk mendapatkan rumah sehingga 15 Sept lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu 2,233 pemohon dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (1,415) dan Jasin (1,008).

Sementara itu, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata kerajaan negeri membuat peraturan baharu bagi penternakan babi di negeri itu termasuklah berkaitan kawalan pencemaran.

“Peraturan baharu ini memberi penekanan terhadap amalan perladangan yang baik meliputi aspek kebersihan ladang, kawalan pencemaran sisa makanan, kawalan lalat dan bau,” katanya menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) tentang operasi penternakan babi di Kampung Baru Paya Mengkuang.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sentiasa memantau tahap pencemaran daripada penternakan babi itu supaya tidak menjejaskan alam sekitar dan kesihatan penduduk di Melaka.

“Kerajaan negeri akan mengkaji sama ada kos yang dikeluarkan untuk membersihkan pencemaran itu berbaloi dengan pendapatan diperoleh. Sekiranya tidak kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan penternak sama ada memindahkan operasi mereka ke negeri lain atau ada penyelesaian lain,” katanya.

Pengukuhan Sains, Teknologi Dan Inovasi Penting Untuk Kemajuan Negara – Muhyiddin

Posted: 02 Oct 2013 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt - Kerajaan komited menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan anjakan itu memerlukan pengukuhan peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) yang merupakan pemacu kepada kemajuan negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menyedari akan kepentingan STI dalam memacu pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah, sedang dan akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk membudayakan STI dalam kalangan masyarakat.

“Antara aspek kritikal untuk mencapai objektif-objektif tersebut ialah negara perlu mempunyai jumlah saintis dan jurutera penyelidik (RSE) yang mencukupi.

“Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang diluluskan kerajaan awal tahun ini mensasarkan pencapaian nisbah 72 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang tahun 2020, berbanding nisbah sekarang 58.2 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pameran 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim di Pusat Sains Negara (PSN) di sini Rabu.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dan Penaung 1001 Inventions berkata kemerosotan minat dalam bidang sains seolah-olah merupakan suatu fenomena kontemporari universal, ketika dunia bergerak ke era selepas pemodenan, yang turut dirasai Malaysia.

Berdasarkan laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera oleh Kementerian Pendidikan pada 2012, trend penurunan penyertaan dalam aliran sains dan teknologi telah bermula pada 2006, katanya.

Menurutnya, pada 2011, peratus pelajar aliran sains dan teknologi pada peringkat menengah hanya 44.01 peratus.

“Antara sebab masalah ini berlaku ialah persepsi negatif di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi.

“Mata pelajaran sains dan matematik dianggap sukar dikuasai untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejaskan peluang melanjutkan pengajian di universiti,” katanya.

Muhyiddin berkata jika dijejaki asas kepada ciptaan moden kini yang merangkumi bidang kejuruteraan, tenaga hijau, matematik, perubatan dan seni bina, ia sebenarnya bermula semasa era tamadun Islam.

“Kita sedia maklum ketika zaman kegemilangan tamadun Islam, ramai cendekiawan dan tokoh ilmuan Islam terkenal telah dilahirkan dan mempelopori penemuan hebat dalam bidang yang diceburi.

“Sebagai contoh, ramai yang beranggapan bahawa adik-beradik Wright merupakan yang pertama menakluki langit pada 1903.

“Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa (cendekiawan dan tokoh ilmuan Islam) Abbas Ibnu Firnas terlebih dahulu melakukannya pada abad ke-9 dengan menggunakan ‘sayap terbang’ yang diperbuat daripada sutera dan bulu helang,” katanya.

Mengenai pameran yang dibawa khas dari United Kingdom dan berada di PS Nsehingga Februari 2014 itu, Muhyiddin berkata ia dapat membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar khususnya terhadap bidang STI.

Pameran itu dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang dan bayaran masuk ialah RM20 untuk dewasa, RM15 untuk kanak-kanak atau pelajar dan RM6 untuk warga emas dan prasekolah (4-6 tahun).

Bila Amerika Pun Tak Boleh Bayar Gaji….

Posted: 02 Oct 2013 02:55 AM PDT

Dalam negara ini belum pernah berlaku keadaan dimana kakitangan kerajaan tidak dibayar gaji.  Jangan kata tak bayar gaji, kakitangan kerajaan di negara ini adalah yang paling sukar dibuang kerja walaupun ada diantara mereka prestasi macam haram dan sokong pembangkang pulak tu.

Yang mati-mati sokong kerajaan, nak jadi kerani pentadbiran pun payah, walaupun ijazahnya bergulung.

Seingat penulis, kes paling hampir berlaku apabila pentadbiran negeri Kedah (semasa dibawah pentadbiran pembangkang) dikaitkan dengan kegagalan membayar gaji di sektor kerajaan tertentu menggunakan dana dari kerajaan negeri, sebaliknya dana lain.

america-usa-shutdown-sealed-amerika-lumpuh-henti-operasi-negara-dewan-senat-obama

Tak pasti kebenaran tentang itu, tapi yang nyata ada pekeliling yang menyebut tentang pemotongan elaun perjalanan dan sebagainya.

Selangor pula selepas PRU13 yang lepas pun hampir menghadapi keadaan sama, bila kerajaan negeri terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak RM 761 juta Julai lepas atau kerajaan negeri akan mengalami masalah kewangan – termasuk gagal membayar gaji.

Kita perlu ingat, bajet 2013 Selangor yang dibentangkan pada tahun lepas, hanya bernilai RM 1.63 billion, tapi peruntukkan tambahan saja sudah jauh lebih dari separuh – belum habis setahun pun.

Semua ini berlaku di negeri pembangkang walaupun BN yang sering kali dituduh cuba membankrapkan negara.

Perkara ini (tidak membayar gaji) bagaimanapun berlaku di Amerika Syarikat -negara yang kononnya kaya, maju dalam serba serbi, canggih, terkuat dan apa jadah, bila sejuta kakitangan kerajaan negara tersebut tidak akan dibayar gaji akibat peruntukkan kewangan yang dipohon Presiden Barrack Obama, tidak dilepaskan Kongres.

Sehinggakan, ada kakitangan yang terpaksa cuti tidak bergaji dan pejabat ditutup kerana masalah tersebut.  Sementara yang masih bergaji, berkemungkinan besar akan menerima bayaran lambat.

Walaupun soalnya bukan tidak ada wang, cuma peruntukkan yang tidak diluluskan, tapi ia masih lagi satu peristiwa yang mencemar imej negara Uncle Sam tersebut.  Di Zimbabwe yang kadar inflasinya beribu kali tinggi dari USA pun, belum ada lagi berita serupa yang dilaporkan.

Maka itu penting disebutkan bahawa pengurusan kewangan negara perlu diuruskan dengan baik dan kerajaan juga perlu mempunyai kekuatan politik yang meyakinkan untuk memastikan perkara sedemikian tidak berlaku di negara kita.

Isu negara bankrap dan tidak mempunyai wang ini boleh berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana negara yang tidak mempunyai pengurusan kewangan dan politik yang baik – termasuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Negara kita tak jadi macam itu, bersyukurlah.

mykmu.net

Air Oh Air, Bangau Oh Bangau, Khalid Oh Khalid!!!

Posted: 02 Oct 2013 02:51 AM PDT

Terlalu lucu bila melihat cara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berfikir dan menyelesaikan masalah air yang melanda di negeri pentadbirannya.

Seperti kita semua sedia maklum, masalah kekurangan bekalan air di Selangor menjadi parah sejak tahun lepas di mana bekalan air mentah dan air terawat di Empangan Kuala Selangor semakin hari semakin susut.

Ia meleret sehingga ke hari ini apabila Khalid menunding jari menyalahkan kepada pihak SYABAS dan melemparkan tohmahan mengatakan masalah bekalan air tidak cukup timbul sebab pengurusan yang tidak cekap dilakukan oleh SYABAS.

khalid-ibrahim-lena-tidur-gagal-menteri-besar-selangor-pkr-pakatan-tv3

Walhal ia berlaku kerana Kerajaan Negeri Selangor terlalu degil untuk tidak melihat secara dalam isu penstrukturan air di Selangor dan pembinaan loji rawatan air Langat 2 (Langat 2) tidak dipersetujui seperti mana yang telah disarankan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam Manifesto PR sebelum PRU12 dahulu juga, Khalid menjanjikan akan memberikan bekalan air percuma kepada seluruh rakyat Selangor.

Hakikatnya, itu adalah omongan kosong sahaja kerana janji mahu memberikan air percuma hanya tertakluk kepada syarat seperti jenis rumah dan beberapa kawasan sahaja yang terpilih yang layak diberikan air percuma.

Itupun kuantiti air percuma yang diberikan hanyalah sebanyak 20 meter padu.

Mengenai isu air ini, baru-baru ini Khalid memberikan kenyataan penyusunan industri air di negeri Selangor yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun ini akan diselesaikan sebelum 31 Disember ini.

Sekali lagi Khalid memberikan janji dan satu kata putus yang kononnya masalah air bakal dihentikan selamanya dari menghantui kehidupan rakyat Selangor.

Lebih melucukan dan memperlihatkan Khalid seperti boneka di mata rakyat apabila kenyataan beliau dalam akhbar rasmi negeri Selangor, Selangor Kini, air percuma akan terus diberikan sehingga 10 tahun lagi.

"Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya di hujungnya, tetapi masih belum selesai dan kita akan teruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang," kata Khalid.

Justeru, persoalan sekarang ini bagaimana Khalid dapat memberikan janji yang beliau belum pasti dapat tunaikan walhal penstrukturan semua industri air di Selangor belum berjaya diselesaikan lagi.

Masalah bekalan air yang kerap tidak mencukupi di beberapa kawasan di Selangor pada waktu-waktu tertentu juga menunjukkan masalah air tidak berkesudahan.

Dan, memberikan janji air percuma akan terus diberikan untuk tempoh 10 tahun lagi menunjukkan Khalid yakin yang beliau akan terus menjadi MB Selangor untuk dua penggal akan datang.

Persoalan juga, bagaimana Khalid dapat menilik nasib dirinya sendiri yang yakin akan kekal menjadi MB Selangor untuk tempoh 10 tahun lagi? Hebat insan bernama Khalid Ibrahim ini.

Maka setiap kali kita berhadapan masalah air di Lembah Klang, Khalid akan terus menyanyikan lagu bangau oh bangau menyalahkan semua orang kecuali pentadbirannya.

Nur Azlina Shaari

Kehilangan Aset PDRM Sudah Dimaklumkan Kepada Jabatan Audit Negara – Ahmad Zahid

Posted: 02 Oct 2013 02:11 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Okt -  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian sudah memaklumkan kepada Jabatan Audit Negara berhubung kehilangan 309 aset milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM1.33 juta bagi memastikan tiada sebarang unsur penyelewengan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 berhubung perkara itu.

“Ianya telah dijelaskan tetapi tidak sempat dimasukkan dalam laporan yang telah dicetak. Saya ingin memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan. Itu yang penting dalam perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Polis Umum ke-3 dan Pameran dan Persidangan Kelengkapan Khas Asia di Pusat Konvonsyen Antarabangsa Putrajaya di sini Rabu.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat semalam menjelaskan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api.

Laporan itu menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan jumlah sebenar aset yang hilang adalah 37 senjata api, 166 gari serta 32 kenderaan melibatkan tiga kereta dan 29 motosikal.

Menurutnya kehilangan itu telah disiasat secara terperinci oleh 212 anggota jawatankuasa inkuiri PDRM yang akan melihat sama ada prosedur Prosedur Operasi Standard dipatuhi atau terdapat sebarang kecuaian dalam hal itu.

“Sebanyak 94 kes telah diperakukan tindakan surcaj bernilai RM167,984 dan 118 kes lagi sedang menunggu keputusan. PDRM memandang serius perkara ini dan kita telah pun mengambil tindakan, sedang ambil tindakan dan akan ambil tindakan yang patut untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang lagi,” katanya.

Khalid berkata setakat ini tiada sebarang laporan mengenai kehilangan senjata-senjata api itu yang digunakan untuk tujuan jenayah.

“Senjata-senjata itu mempunyai individual ID. Jadi kena bayar baliklah siapa (anggota) yang hilangkan aset itu. Kehilangan itu tidak semestinya jatuh kepada penjenayah. Mungkin atas pelbagai keadaan termasuk jatuh dalam bot semasa di laut dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata jabatan integriti yang akan ditubuhkan dalam kementerian juga akan melihat segala aspek kelemahan dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam memperbaiki sistem pengurusan aset PDRM.

Pembangkang “Gelabah Biawak” Mula Cipta Skrip Awal Sungai Limau

Posted: 02 Oct 2013 01:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt  - Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Zubir Zabidi menyifatkan desakan pembangkang agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau sebelum pengumuman Bajet 2014 pada 25 Oktober nanti sebagai provokasi awal.

Sambil menyifatkan desakan itu sebagai “gelabah biawak”, beliau berkata ia hanya memperlihatkan pembangkang seperti mencipta skrip awal bagi mencari alasan sekiranya mereka tewas dalam pilihanraya kecil itu nanti.

kedah-pas-mahfuz-omar-mb-mukhriz-mahathir-umno-bn-kedah

“Ini semua taktik biasa pembangkang.  Tiada satu pun yang betul.  Mereka hanya senyap bila sudah menang.  Ini memang perangai pembangkang dan skrip pilihanraya ini akan berulang-ulang pada bila-bila masa.

"Bagi kita segala-galanya terserah kepada SPR.  BN sentiasa bersedia dan kita serahkan segala-galanya pada kebijaksanaan pengundi," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Setar seterusnya yakin BN mampu merampas DUN Sungai Limau dari tangan Pas berdasarkan kepada sokongan semasa penduduk setempat setelah melihat pentadbiran baru apabila BN mengambil alih negeri tersebut pada pilihan raya umum yang lalu.

Sambil mengakui ianya pertembungan yang sengit, beliau menambah perubahan yang dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Muhkriz Tun Mahathir tentunya mahu dirasai oleh penduduk Sungai Limau.

"Dan tentunyalah atas dasar tersebut pengundi dan penduduk kawasan berkenaan tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan yang akan dibawa oleh kepimpinan baru hari ini.

"Sengit memang sengit kerana mereka pun pasti mahu mempertahankan kemenangan. Tetapi segala-galanya terletak kepada pengundi di kawasan tersebut. Mereka sudah boleh melihat dan menilai bagaimana pentadbiran baru hari ini," ujarnya.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 26 September lalu akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Menteri Besar Kedah itu memenangi DUN Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan majoriti 2,774 undi. -MediaUMNO

Malaysian On Right Track To Improve Public Transportation System, Says Analyst

Posted: 02 Oct 2013 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 2 – Malaysia has taken taken the right steps to improve the efficiency of public transport system, is on track to see the results soon, said Frost and Sullivan Global Vice President, Transportation and Logistics Practice, Gopal R.

The analyst said the country’s public transport system lacked integration and the Land Public Transport Commission (SPAD) has taken steps to address it such as the introduction of feeder buses and taxis for the mass rapid transit (MRT) project.

“If you have feeder buses or a taxi system connecting different parts from different stations and so on, then the reach of the public transport system will be better.

“That is what SPAD is working towards and it is very good,” he told Bernama on the sidelines of the Rail Systems Asia 2013 summit here today.

Gopal was one of the speakers at the summit.

He said the impressive pace of MRT work and extended reach through feeder buses and taxis will help Malaysia achieve its vision of being a developed country by 2020.

Nevertheless, he said, there was still a big gap between supply and demand of public transport in this country as compared to neighbour, Singapore, or other Asian country such as Hong Kong.

“Supply is not as good as demand in terms of public transportation facility. But I think it is developing faster over the last few years.

“I think in the next two to three years, the growth in the public transport efficiency and infrastructure will come closer to the demand,” he said.

The three-day summit, beginning yesterday, attracted over 70 local and foreign participants, including railway contractors and operators to discuss the development of railway system in Asia.

Obama Tangguh Datang Ke Malaysia

Posted: 02 Oct 2013 12:35 AM PDT

SEPANG, 2 Okt -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menangguhkan lawatannya ke Malaysia berikutan krisis penutupan operasi pentadbiran di negara itu.

Najib yang menerima panggilan daripada Obama pagi Rabu, berkata beliau memahami masalah yang dihadapi oleh Obama yang berdepan dengan permasalahan dalaman negara dan cabaran beliau untuk menaikkan had maksimum hutang negara pada 17 Oktober ini.

“Namun demikian, Obama menyatakan beliau tetap berhasrat melawat Malaysia pada satu tarikh yang akan kita tentukan.

obama_najib_hebat_malaysia

“Saya telah menyatakan bahawa saya faham keadaan domestik di AS yang tidak mengizinkan beliau melakukan lawatan dan sekiranya beliau membuat lawatan ke Malaysia sudah tentu akan dipertikaikan oleh masyarakat di sana,” kata Perdana Menteri pada sidang media selepas melancarkan pembinaan Hangar Kedua Pusat Penyelenggaraan dan Baikpulih (MRO) Pesawat Airbus Serantau dan Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus di sini.

Najib berkata Obama turut menyatakan bahawa beliau tetap komited untuk membuat lawatan ke Malaysia.

“Beliau (Obama) menghargai peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan juga hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat,” kata Najib.

Presiden AS itu dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Keempat (GES) 2013 di Kuala Lumpur pada 11 Oktober. Ia akan menjadi lawatan pertamanya ke Malaysia.

Pejabat Pengurusan dan Belanjawan White House semalam mengarahkan sebahagian agensi kerajaan AS ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu belanjawan persekutuan khas bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan, kali pertama seumpamanya dalam tempoh 17 tahun.

Najib berkata Obama turut memaklumkan bahawa lawatan beliau akan diwakili oleh Setiausaha Negara AS John Kerry, Setiausaha Perdagangan Penny Pritzker dan wakil perdadangan AS Michael Froman.

“Ia merupakan suatu yang tidak dijangka dan diduga (mengenai krisis) … saya bersimpati dan faham, sekiranya saya berada dalam situasi yang sama, saya akan melakukan perkara yang serupa, dengan krisis penting dalam negara yang sudah tentu menjadi sangat sukar bagi Presiden AS meninggalkan negaranya.

Semasa ditanya mengenai krisis berkenaan yang mungkin menjejaskan ekonomi Malaysia, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam jangka segera, perkara itu tidak akan memberi kesan.

“Tetapi kita tidak tahu selama mana penutupan itu akan berterusan.

“Kesan yang paling serius adalah pada 17 Okt apabila mereka tidak mengkaji semula had maksimum hutang, yang bermakna akan membawa akibat yang serius kepada ekonomi AS dan dengan kelembapan dan kemelesetan yang teruk, ia tentunya akan mempengaruhi pertumbuhan global dan akan menjejaskan juga Malaysia.

“Masih terlalu awal untuk menyatakan. Kami akan memantau keadaan dengan teliti,” kata beliau.

Semasa ditanya mengenai sama ada Malaysia akan meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) setelah AS sebagai negara tuan rumah berdepan dengan krisis, Najib berkata: “Ia suatu yang berbeza daripada krisis semasa di AS yang tertakluk kepada proses dalaman. Ia tiada kaitan dengan TPPA”.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT