SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, October 22, 2013

UMNO Online - “Kejayaan Pemilihan UMNO Bukti Tranformasi Dilaksana, Demokrasi Diperkukuh” plus 9 more

UMNO Online - “Kejayaan Pemilihan UMNO Bukti Tranformasi Dilaksana, Demokrasi Diperkukuh” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kejayaan Pemilihan UMNO Bukti Tranformasi Dilaksana, Demokrasi Diperkukuh

Posted: 21 Oct 2013 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt. – Pemilihan UMNO telah berlangsung lancar sebagaimana perancangannya yang dibuat berdasarkan kepada Perlembagaan baru parti yang dipinda pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua anggota parti termasuklah jentera yang bertungkus-lumus memastikan setiap perancangan berlangsung lancar dan ahli-ahli UMNO di akar umbi.

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

"Inilah bukti bahawa UMNO tidak pernah menolak demokrasi malah mengaplikasikannya dari peringkat atas hinggalah kepada anggota parti di akar umbi," katanya.

Jelas beliau, sikap toleransi, kerjasama, permuafakatan dan saling menghormati yang ada dalam parti telah diterapkan melalui kelancaran pemilihan UMNO dan nilai tersebut perlu terus dimanfaat.

"Dalam menyelami perjuangan parti maka keharmonian dan jalinan yang rapuh tidak akan membawa kepada perpaduan yang teguh kerana hanya muafakat yang ikhlas akan membawa berkat."

Dalam hal ini beliau turut mengajak ahli-ahli parti dan masyarakat umum khususnya untuk membuat penilaian terhadap UMNO dan parti-parti politik yang lain.

"Kemelut yang berlaku dalam parti pembangkang menjadi cermin kepada kita dan rakyat dalam melakukan penilaian dengan melihat bagaimana parti yang kononnya telus dan memperjuangkan demokrasi tetapi gagal mengadaptasikannya.

"Perkara tersebut diketepikan dalam UMNO apabila transformasi dilakukan dengan pemilihan parti akan melibatkan lebih ramai ahli dalam proses untuk menentukan pemimpin disemua peringkat termasuklah pimpinan pusat."

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berharap agar ikatan dalam UMNO akan bertambah kukuh dengan adanya barisan kepimpinan yang menggabungkan wajah baharu dan lama.

"Kemenangan ini adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksana dengan ikhlas dan jujur tanpa demi kesinambungan perjuangan agama, bangsa dan negara," katanya.

Pada pemilihan UMNO Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan sebagai naib presiden UMNO untuk penggal 2013-2016 di samping 10 muka baharu dengan dua wanita mengisi jawatan 25 yang dipilih menganggotai MT. - MediaUMNO

11 Muka Baru – Petanda BN Sedia Terus Pertingkat Usaha Rampas Selangor

Posted: 21 Oct 2013 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam yang baru, Azhari Datuk Shaari menyifatkan kehadiran 11 orang muka baru yang menang di bahagian dalam Selangor merupakan satu petanda baru bahawa UMNO Selangor sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri dari Pakatan Pembangkang.

Azhari-Shaari-UMNO-BN-Shah-Alam-Selangor

Bekas Ketua Pemuda UMNO Shah Alam ini juga menyifatkan ia memberi harapan baru untuk membawa perubahan khususnya buat pengundi bukan sahaja di Shah Alam, malah di Selangor khususnya.

"Kini penyatuan dan pemerkasaan dengan misi merampas semula Selangor harus dijadikan agenda utama UMNO Selangor, dalam masa yang sama kita harus mengenetepikan jurang politik berpuak-puak kerana ia akan mengugat potensi UMNO dalam Pilihan Raya umum yang akan datang," tambahnya.

11 muka baru kepimpinan UMNO Bahagian di Selangor ialah Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Jamal Md Yunus (Sungai Besar), Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Hulu Selangor), Raja Hanipuddin Raja Nong Chik (Petaling Jaya Selatan), Mohd Hanif Koslan (Pandan), Yusoff M Haniff (Kelana Jaya) Datuk Zein Isma Ismail (Subang), Datuk Faisal Abdullah (Kapar), Datuk Nassaruddin Mohd Zin (Klang), Datuk Marsum Paing (Sepang) dan Azhari Shaari di Shah Alam sendiri.

"Kita menyambut baik pelan transformasi dan peremajaan dalam UMNO, walaupun sudah ada agenda penting untuk meremajakan parti, itu tidak sama sekali bermaksud golongan veteran harus diketepikan.

“Generasi muda perlu dijadikan fokus utama Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk PRU-14 kerana sebelum ini wujud jurang di antara suara muda dan veteran dalam parti UMNO.

“Kini, penting untuk kepimpinan UMNO mencari titik pertembungan dalam mengharmonikan jurang ini bagi mensiapsiagakan UMNO dan BN secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU-14″, ujarnya. -MediaUMNO

Bajet 2014 Pembangkang Nilai Kosong, Hanya Nak Tunjuk “Kerajaan Tiru”

Posted: 21 Oct 2013 04:46 AM PDT

Pagi tadi pakatan pembangkang ini membentangkan bajet 2014 mereka dibangunan parlimen.  Tak tahulah apa komen dan kesannya dari bajet tersebut, mungkin dah bergegar pasaran saham pagi tadi dek penangan bajet Pakatan, mungkinlah.

Yang copy & paste banyaklah, apa isinya entah, tengok pun tidak.  Tiap tahun macam ini, bentang bajet, tak sedar yang dia tu pengalah dan kita ni pemenang.  Masih perasan tak habis-habis.

Apa sekalipun, yang penting bajet ini tidak ada kesan kepada ekonomi negara apatah lagi ekonomi dunia seperti yang Anwar mahu balacinya percaya.  Ia lebih kepada beberapa helaian kertas dengan ayat-ayat yang sebenarnya biasa, tapi di bunga-bungakan dengan sengaja supaya nampak macam hebat dan lain dari yang lain.

janji_anwar_buku_jingga_manifesto_bukan_janji

Sebetulnya bajet ini dibentangkan pembangkang sebab nak tunjuk kepada rakyat bahawa mereka ini tahu apa yang rakyat belum tahu.  Senang nanti kalau ada persamaan dalam bajet sebenar yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, 25hb nanti, mereka akan kata Perdana Menteri ceduk idea mereka.

Atas sebab yang sama kenapa dalam hal bajet ini, sering kita lihat pembangkang yang bentang dulu.  Dalam lain-lain hal seperti pengumuman calon pilihanraya contohnya, pembangkang akan umum kemudian pulak.  Semua ini ada strategi dan motif politik tersendiri, bukan saja-saja buat.

Hakikatnya, bajet kerajaan bukan senang-senang boleh tukar (kononnya tiru pembangkang) beberapa hari sebelum dibentangkan.  Ini perkara serius tau bukan boleh main-main sebab ia ada kesan pada banyak perkara, pasaran saham dan turun naik ekonomi umpamanya.

Sedangkan bajet pembangkang itu apa?  Nothing, yilek, hanya nak buat havoc tak tentu pasal.  Pun dah tahu macam itu, ada juga yang jadi bodoh dengan mengulas bajet yang entah apa-apa, dipetik dari sumber yang tak kita tahu datang dari mana.

Dek rendahnya taraf bajet pembangkang ini, ia hanya dibincangkan setakat 3 orang di rumah MB Selangor, mungkin dengan pembantu-pembantu sekalilah.  Anyway, macamlah 3 ekor tu hebat sangat pasal ekonomi pun.

Pendek kata macam inilah, motifnya mengadakan pembentangan bajet ini, itulah dia - kalau ada sama, dia akan cakap Perdana Menteri tiru dia.

Bercakap tentang persamaan ini, ia sebetulnya bukanlah sesuatu yang pelik pun sebab macai-macai Anwar ada ramai dalam kerajaan amnya dan Kementerian Kewangan khasnya.  Tak payah sebut yang pangkat tinggilah, budak pejabat yang tolong buat salinan pun, ada yang berpotensi salur maklumat kepada Anwar.

Memanipulasi kakitangan awam (atau sesiapa for that matter) ini, bukan baru bagi Anwar Ibrahim.  Budak jambunya, Rafizi Ramli pernah memperalatkan kerani Public Bank untuk dapatkan statement bank syarikat NFC.  Akhirnya kakitangan rendah tersebut dibuang kerja dan kini mungkin jadi pegawai Rafizi di Parlimen dan di penjara besok (bila disabitkan kesalahan dibawah BAFIA).

Itu saja, bukan sebab Anwar ini terlalu hebat sehinggakan Perdana Menteri terpaksa tiru dia dalam bajet yang akan dibentangkan 25hb besok.

Sementara itu, penulis nak nasihatkan kepada semua yang menerima kononnya 'info awal' mengenai bajet ini melalui SMS, Whatsapp dan sebagainya, agar tidak mengendahkannya sebab ia memang salah satu strategi pembangkang untuk membodoh-bodohkan rakyat - macam yang dia buat masa PRU13 yang lepas (pengundi bangla dan blackout).

mykmu.net

Pendekatan Holistik, Bersepadu Perlu Untuk Jayakan Usaha Perangi Rasuah

Posted: 21 Oct 2013 04:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt -  Satu pendekatan holistik dan bersepadu dalam strategi termasuk memupuk tadbir urus yang baik diperlukan bagi membanteras rasuah secara berkesan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

Beliau berkata pendekatan secara kolektif ini memerlukan pihak berkepentingan untuk berurusan dengan institusi penguatkuasaan terutama badan kehakiman dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras rasuah.

Low menarik perhatian bahawa tadbir urus institusi penguatkuasaan perlu diperkukuh dan keberkesanannya bergantung kepada kebebasan mereka daripada cabang eksekutif kerajaan.

“Memerangi rasuah merupakan isu kompleks, dan sebarang usaha serius untuk membasminya secara signifikan memerlukan ahli strategi mempertimbang faktor-faktor berhubung kemampanan dan proses transformasi yang diperlukan,” katanya dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Serantau Asia mengenai Strategi Pencegahan Rasuah di sini, Isnin.

Mesyuarat itu dianjurkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu terhadap jenayah terancang merentas negara.

Low berkata iltizam politik yang kuat, melindungi institusi penguatkuasaan daripada campur tangan politik, konsisten dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan komitmen untuk tindakan bersepadu adalah antara lain yang diperlukan untuk memerangi rasuah.

“Secara peribadi, saya percaya bahawa iltizam politik adalah semata-mata keazaman pemimpin atau mana-mana orang yang berkuasa, untuk membuat keputusan dan menjadi peneraju bagi mencapai yang dihasratkan tanpa mengira wujudnya keupayaan untuk mencapai apa yang dihasratkan,” kata beliau.

Oleh yang demikian, beliau mengesyorkan supaya usaha memerangi rasuah perlu bermula dengan memiliki sikap ” dimana ada kemahuan di situ ada jalan”.

“Penyelesaiannya mungkin mustahil hari ini untuk apa jua sebab tetapi ia mungkin boleh dicapai pada masa depan.

Pemikiran seperti ini perlu ada bagi semua pejuang antirasuah dalam usaha memastikan harapan dan jangkaan kita sentiasa dalam perhatian supaya semangat dan minat kita tidak akan luntur,” katanya.

Low juga menggesa pembabitan menyeluruh semua pihak berkepentingan dengan membawa bersama sektor awam dan swasta bagi memerangi rasuah.

Katanya pembabitan mereka boleh dibantu melalui pembentukan gabungan sektor antirasuah bagi menempa tindakan secara kolektif dan menyalurkan idea untuk perubahan.

Kerajaan Komited Capai Sasaran Defisit Fiskal 3 Peratus Daripada KDNK Pada 2015

Posted: 21 Oct 2013 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt -  Kerajaan komited untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, kerajaan akan memastikan paras defisit terus turun kepada empat peratus daripada KDNK tahun ini.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi hasil dan pinjaman hanyalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.

“Komitmen tersebut penting bagi mengawal paras hutang sebagai peratusan KDNK agar tidak melebihi 55 peratus, selain memastikan kemapanan fiskal negara dalam jangka panjang,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri)di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Er meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang negara dan peratus hutang negara berbanding KDNK sehingga kini.

Najib berkata unjuran rasmi kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan bagi akhir tahun ini akan diterbitkan dalam Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan yang akan diedarkan di Parlimen pada Jumaat ini.

Beliau berkata hutang negara adalah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar negeri sahaja.

“Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (PABK) dan sektor swasta. Pada akhir Jun lepas, jumlah hutang negara adalah sebanyak RM284.7 bilion atau 28.2 peratus daripada KDNK,” katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hutang negara yang dimaksudkan hutang Kerajaan Persekutuan, maka ia melibatkan hutang yang ditanggung Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri.

“Sehingga Jun lepas, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM519.3 bilion atau 53 peratus daripada KDNK.

“Daripada jumlah tersebut, RM502.9 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala baki RM16.5 bilion atau 3.2 peratus merupakan hutang luar negeri,” katanya.

Katanya jumlah hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.

Najib berkata kerajaan terus melaksanakan dasar pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.

Katanya sehingga kini, semua pembayaran balik hutang telah dibuat dengan teratur seperti yang dijadualkan.

“Bagi tahun lepas, jumlah bayaran balik pinjaman (prinsipal) adalah sebanyak RM62.2 bilion manakala jumlah bayaran faedah atau khidmat hutang adalah sebanyak RM19.5 bilion atau 9.5 peratus daripada perbelanjaan mengurus,” katanya.

Christians In Sabah, Sarawak Not Affected By Appeals Court Decision On Use Allah Word – Najib

Posted: 21 Oct 2013 03:38 AM PDT

KOTA KINABALU, Oct 21 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Appeals Court’s decision on the use of the word Allah does not affect Christians in Sabah and Sarawak.

Najib said the contents in the 10-Point Agreement decided by the federal cabinet on the matter would be maintained for the two states.

“…recently when the Appeals Court made its decision on the use of the word Allah, it did not at all touch on the practices of christians in Sabah and Sarawak, in fact the 10-Point Agreement is still being maintained,” he said.

Najib, who is also Barisan Nasional (BN) chairman, said this when opening Parti Bersatu Sabah’s (PBS) 28th Delegates Conference in Penampang near here today.

On Oct 14, a three-man bench of the Appeals Court in Putrjaya in hearing an appeal by the government had ruled that the Catholic church in the country could not use the word Allah to refer to God in its weekly publication The Herald.

Also present were the Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor, Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and Sabah Deputy Chief Minister cum PBS president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Najib also reminded all communities that one of the pre-requisites for peace was to preserve the good relations between various races and followers of various religions in the country.

“To Sabahans, let there be no one who should feel oppressed as the practice of religions will remain as before.

“If we live in peace, we can foster and strengthen racial and religious harmony. We also want to see how we can bring more development to Sabah especially in the rural areas,” he said.

He said before the 1Malaysia concept was introduced, Sabah had already practised such harmony with the uniqueness of various races and ethnic groups living in harmony, which reflected the 1Malaysia community concept.

Undang-Undang Perlu Untuk Sekat Pihak Putar Belit Sejarah Negara

Posted: 21 Oct 2013 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Penguatkuasaan undang-undang diperlukan di negara ini bagi membendung pihak yang cuba mengelirukan masyarakat dengan memutarbelitkan sejarah negara.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata jika tidak dibendung, usaha meningkatkan rasa cinta kepada negara dan Jalur Gemilang akan gagal malah ia boleh mengelirukan generasi baru.

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Shamsul Anuar turut menempelak Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) kerana mempertahan tindakan mengibar bendera alternatif pada malam ambang merdeka oleh sekumpulan penyokong pembangkang.

“Sebenarnya kita tidak gagal, memang kita berjaya tetapi usaha tersebut hari ini nampaknya gagal apabila timbul orang-orang macam Shah Alam, Padang Serai dan sebagainya yang memutar belit sejarah, yang menimbulkan satu yang tidak betul dan keadaan menjadi keliru.

“Dulu kita tidak perlu undang-undang ini kerana tidak ada orang macam Shah Alam,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013.

Shamsul Anuar menempelak Khalid kerana anggota pembangkang itu mendakwa bendera alternatif berkenaan menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan kumpulan lain ketika berusaha mendapatkan kemerdekaan Malaysia selain daripada Parti Perikatan pada ketika itu.

Sementara itu, Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) berkata masyarakat Malaysia boleh berbeza pendapat atau pandangan serta fahaman politik tetapi tidak boleh berbeza bendera iaitu Jalur Gemilang yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

“Apakah salah hingga kita menolak Jalur Gemilang, apakah tafsiran dalam Jalur Gemilang itu tidak betul.

“Persoalan ini perlu dijawab, kalau jawapan adalah jelas bahawa Jalur Gemilang adalah satu-satunya bendera yang kita kena pakai maka kita kena berlapang dada dan kena terima bahawa itulah bendera yang kita dokong sebagai rakyat yang taat kepada negara,” katanya.

Menurut beliau, pada masa kini terdapat pelbagai jenis bendera yang mewakili kumpulan tertentu dan perlu ditetap serta diterima satu bendera secara kolektif iaitu Jalur Gemilang sebagai lambang negara.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata pindaan rang undang-undang itu bertujuan mengadakan satu peruntukan untuk melindungi lambang Kebangsaan terutama Jalur Gemilang daripada dihina pihak tertentu.

“Kebelakangan ini perbuatan menghina lambang kebangsaan terutamanya Jalur Gemilang semakin menjadi-jadi. Sebagai contohnya berlaku kejadian di mana Jalur Gemilang dengan sengaja dikibar secara terbalik, dipijak, dibakar dan mengibarkan bendera lain yang seolah-olah mewakili Jalur Gemilang.

“Baru-baru ini pada malam Ambang Merdeka 2013, terdapat sekumpulan orang yang telah mengibarkan bendera Sang Saka (Malaya) dan menyatakan ia sebagai bendera Malaysia. Walaupun kejadian-kejadian tersebut telah menjatuhkan maruah

dan menghina negara tetapi tiada tindakan undang-undang dapat diambil kerana tiada peruntukan kesalahan mengenainya,” katanya.

Beliau berkata rang undang-undang itu juga bertujuan memelihara keselamatan dan keamanan negara melalui peruntukan-peruntukan yang berupaya membanteras kegiatan jenayah daripada terus bermerajalela.

Nancy berkata kerajaan memandang serius perbuatan jenayah yang berlaku di negara ini dan atas sebab itu hukuman penjara jenayah seksual melibatkan rogol berkumpulan (kesalahan baharu), sumbang mahram, rogol menggunakan objek ditingkatkan tempoh penjaranya daripada 30 tahun berbanding 20 tahun ketika ini.

“Begitu juga dengan perbuatan jenayah terancang dan keganasan oleh pihak-pihak tertentu yang mana pindaan ini mewujudkan kesalahan-kesalahan tambahan seperti melindungi, bergaul, merekrut atau mengambil bahagian (dalam kumpulan jenayah terancang),” katanya.

Di bawah peruntukan jenayah terancang, Nancy berkata mereka yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara daripada lima tahun hingga 30 tahun berdasarkan kepada kategori kesalahan dilakukan serta boleh disebat dan didenda.

Merujuk kepada kejadian di Lahad Datu pula, katanya, pindaan telah memasukkan seksyen baharu iaitu 130QA bertujuan mengadakan satu peruntukan baharu iaitu menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan perbuatan keganasan dilakukan.

“Pengalaman getir serangan pengganas di Lahad Datu telah mendedahkan rantaian cara para pengganas beroperasi dan kaedah suapan merupakan satu cara yang digunakan oleh pengganas untuk menjayakan misi mereka.

“Mereka yang menerima suapan untuk tujuan ini akan dihukum mati jika perbuatan keganasan tersebut menyebabkan kematian dan dalam kes yang lain akan dihukum tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada tiga puluh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Selain itu, kata Nancy, kerajaan juga memandang serius berhubung perbuatan mendedahkan maklumat oleh mereka yang memperoleh maklumat ketika menjalankan tanggungjawab atau melaksanakan fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Katanya, seksyen baharu 203A telah dimasukkan bagi memperuntukkan suatu kesalahan iaitu mendedahkan maklumat, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM1 juta  atau penjara bagi tempoh sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Gabungan Muka Lama Dan Baharu UMNO Terengganu Perlu Bersatu Hati – Ahmad

Posted: 21 Oct 2013 03:30 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 21 Okt  - Gabungan kepimpinan baharu dan lama dalam UMNO bahagian di negeri ini perlu bersatu hati untuk memenangi semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

ahmad-said-pejabat-mb-terengganu-doa-allah-pru13

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata antara kerusi DUN yang perlu diberi perhatian ialah Tepoh, Rantau Abang, Alor Limbat, Paka dan Teluk Pasu yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) kalah tipis.

“Lupakan pertandingan dalam pemilihan UMNO yang sudah berlalu, kini masanya untuk kita semua rapatkan saf kepimpinan UMNO negeri Terengganu dan berganding bahu untuk mencapai matlamat itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penampilan 100 peratus muka baharu di kelapan-lapan bahagian bagi jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Puteri serta empat ketua bahagian.

Ahmad berkata gabungan muka lama dan baharu yang mengetuai UMNO bahagian dilihat mampu membantu memperkuat parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua bahagian yang kalah pada pemilihan Sabtu lepas ialah Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Yahya Khatib Mohamad (Marang), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus).

Prof Dr Sohaimi Lazim Calon BN Di Sungai Limau

Posted: 21 Oct 2013 03:26 AM PDT

prof-dr-ahmad-sohaimi-lazim-calon-bn-prk-dun-sungai-limau-jerai-kedah

JERAI, 21 Okt – Teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Limau terjawab apabila Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Sohaimi Lazim, 52, diumumkan sebagai calon.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai,  telah diumum Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon BN di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, Yan, Kedah hari ini.

Muhyiddin berkata pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

“Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya selepas majlis pengumuman itu. Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai Pas dalam lima pilihan raya umum sejak 1995, Muhyiddin berkata apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Mengenai dakwaan Pas bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Limau ini tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diterajui BN kerana masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata BN berharap untuk menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam soal pembangunan di DUN Sungai Limau.

“Kita tak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.

“Kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN lebih mudah (untuk membuat perubahan). Ini yang kita tawarkan,” katanya.

Muhyiddin berkata BN akan menumpukan kepada soal-soal positif pada pilihan raya kecil ini kerana baginya Pas dan UMNO mempunyai banyak persamaan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin berkata BN memutuskan untuk bertanding atas faktor demokrasi walaupun ada beberapa pihak yang meminta supaya BN dan UMNO memberi laluan mudah kepada Pas dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah,

“Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri kita lagi. Tak banyak beza antara Pas dan UMNO. UMNO berjuang untuk Islam begitu juga dengan Pas. UMNO perjuang Ummah begitu juga dengan Pas,” katanya.

Katanya BN menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu suara masyarakat di Sungai Limau didengari daan memastikan Sungai Limau maju.

Turut hadir pada majlis itu ialah Mukhriz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Nov ini sebagai hari pengundian PRK Dun Sungai Limau manakala 23 Okt sebagai hari penamaan calon. Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 Sept lepas.

muhyiddin-mukhriz-prof-dr-ahmad-sohaimi-lazim-calon-bn-prk-dun-sungai-limau-jerai-kedah

ESSCOM Implements Programmes To Safeguard Malaysia’s Sovereignty, Security

Posted: 21 Oct 2013 03:21 AM PDT

LAHAD DATU, Oct 21 – The Eastern Sabah Security Command (Esscom)has initiated various programmes in the Eastern Sabah Security Zone (Esszone) to safeguard the country’s sovereignty and security.

ESSCOM director general Datuk Mohammad Mentek said the programmes entailed reinforcing the security forces with additional defence and security assets, and personnel, and establishing new battalions in the Esszone to prevent a repeat of the terrorist intrusion in Tanduo.

“Esscom is also planning to re settle residents in the water villages within the Esszone. For the pilot project, we will focus on three districts, Semporna, Sandakan and Lahad Datu,” he told reporters here today.

He earlier gave a briefing on Esscom to a delegation from the Sabah Economic Development & Investment Authority at Esscom’s headquarters here today.

On the situation in the Esszone particularly Lahad Datu, Mohammad said it was under control and back to normal although the Tanduo incident last February did temporarliy jeopardise the tourism industry in Sabah.

Meanwhile, he said Esscom had managed to assure the people including tourists and foreign investors of the security in the Esszone.

“Recently on Oct 7, the Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster signed a memorandum of understanding with Evolution Energy LLC from the United States of America (US) involving an investment of RM500 million to produce petrol, diesel, aviation fuel, and clean burning coal from oil palm fronds and trunks by late 2015.

“Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who is also Esscom chairman  recently disclosed that the US through Darden Inc has invested USD$2 billion (RM6 billion) in lobster farming off Semporna, Sabah,” he cited.

On Esscom’s 24-hour operations room which was launched on Aug 12, Mohammad said they had received 54 complaints, which were mostly related to the presence of illegal immigrants.

The public can call 089-863181 or fax to 089-863182 to channel or obtain information.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT