SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, October 2, 2013

UMNO Online - “Sabah Beri Kerjasama Penuh Kepada Kerajaan Persekutuan Untuk Laksanakan Projek PPR” plus 9 more

UMNO Online - “Sabah Beri Kerjasama Penuh Kepada Kerajaan Persekutuan Untuk Laksanakan Projek PPR” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sabah Beri Kerjasama Penuh Kepada Kerajaan Persekutuan Untuk Laksanakan Projek PPR

Posted: 01 Oct 2013 04:51 AM PDT

KOTA KINABALU, 1 Okt – Kerajaan Sabah sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan yang terlibat dalam pembangunan perumahan untuk rakyat, termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini termasuk membantu mengenal pasti kawasan tanah yang sesuai untuk menjayakan pelaksanaan PPR di seluruh Sabah.

“Sabah akan terus kita bangunkan, sesuai dengan janji kita semasa pilihan raya,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah PPR Kepayan Ridge yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor.

Musa berkata pelaksanaan PPR itu bukan sahaja bakal memberikan manfaat dari segi pemilikan rumah bagi rakyat berpendapatan rendah, bahkan memberikan kemudahan yang lebih selesa dan tersusun untuk rakyat.

“Usaha ini sekali gus akan mengurangkan masalah setinggan dan mengatasi masalah-masalah sosial yang kerap berlaku di kawasan setinggan.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kita sentiasa berusaha untuk menyediakan perumahan yang berkualiti dan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Musa berkata keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan pusat kepada rakyat dan negeri Sabah terbukti apabila kerajaan pusat mengutamakan keperluan dan kehendak rakyat sama ada kemudahan asas, pendidikan dan perumahan yang selesa untuk rakyat.

“Inilah yang kita katakan sebagai keikhlasan, keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata kementeriannya sedang dalam peringkat cadangan untuk menyelaraskan kadar harga jualan rumah PPR di seluruh negara.

Katanya kementerian itu mencadangkan agar harga jualan PPR di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diselaraskan pada kadar yang sama iaitu RM35,000 seunit seperti harga rumah jenis itu di Semenanjung.

Selain itu, Abdul Rahman berkata kementerian juga memperkenalkan Program Rumah Transit untuk membantu golongan muda yang baru berkahwin, dan dicadangkan 10 hingga 20 peratus daripada unit rumah PPR yang akan dibina dijadikan sebagai rumah transit.

Belanjawan Tidak Akan Diguna Untuk ‘Umpan’ Pengundi – Ahmad Maslan

Posted: 01 Oct 2013 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt -  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan tidak akan menggunakan Belanjawan 2014 untuk “mengumpan” pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah nanti.

Beliau berkata pembangkang tidak perlu bimbang jika PRK itu diadakan selepas pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Okt ini.

najib_bajet_2013_belanjawan_rakyat

Katanya parti pembangkang tidak seharusnya mencampuri urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menetapkan tarikh PRK itu kerana badan itu mempunyai mekanisme tersendiri untuk menentukannya.

“Kita tidak tahu bila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) akan meninggal dunia dan hanya secara kebetulan PRK ini berlaku dalam tempoh yang terdekat dengan (pembentangan) Belanjawan 2014,” katanya dan menambah, untuk itu, pembangkang tidak seharusnya takut dengan pengumuman Belanjawan 2014.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen di sini hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar semalam, yang mahu PRK Sg Limau diadakan sebelum pembentangan Belanjawan 2014 bagi mengelak sebarang pengumuman, khususnya berkaitan pemberian tunai, digunakan sebagai modal berkempen.

“Sepatutnya mereka (pembangkang) ini mengalu-alukan berita gembira (yang diumumkan dalam Belanjawan nanti)…kita tahu banyak berita gembira pada pembentangan Belanjawan 2014,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak dari Pas meninggal dunia pada 26 Sept lalu di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi, manakala dua calon Bebas Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad hilang wang pertaruhan.

Mengenai subsidi minyak, Ahmad berkata kerajaan telah membelanjakan banyak wang dalam pemberian subsidi minyak termasuk RM8.853 bilion seperti yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) diluluskan Dewan Rakyat Selasa.

“Kadang-kadang rakyat tidak sedar akan pemberian subsidi, sedangkan wang yang dibelanjakan begitu besar. Bayangkan jumlah RM8.853 bilion itu begitu besar dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan jika tidak dibelanjakan untuk subsidi minyak,” katanya.

Sabotaj Parti : Tiga Anggota UMNO Di P.Pinang Digantung Keahlian

Posted: 01 Oct 2013 04:24 AM PDT

GEORGE TOWN, 1 Okt – Keahlian tiga anggota UMNO di Pulau Pinang digantung dua hingga tiga penggal mulai semalam selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan mensabotaj parti semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata mereka ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Datuk Jasmin Mohamed, Naib Ketua UMNO bahagian yang sama Dr Md Rozi Yusof dan Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian itu Datuk Muhamad Mustaffa Idrus.

penang umno

“Saya terima surat daripada Lembaga Disiplin parti semalam dan tiga orang daripada anggota UMNO di negeri ini telah didapati bersalah kerana mensabotaj parti semasa PRU13 lepas,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini UMNO Pulau Pinang mengumumkan keahlian 28 anggota parti itu digantung kerana disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO berikutan beberapa kesalahan.

Katanya Jasmin yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Dua dikenakan hukuman penggantungan selama tiga penggal selepas didapati bersalah mengsabotaj calon Barisan Nasional (BN) di Tasek Gelugor semasa kempen PRU13 lepas.

“Md Rozi dan Muhamad Mustaffa dikenakan penggantungan selama dua penggal kerana telah membantu dan menyokong seorang calon bebas semasa kempen pilihan raya,” katanya.

Musa berkata bagaimanapun mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin dan ibu pejabat UMNO.

“Badan Perhubungan UMNO negeri tidak buat naya (aniaya) (merujuk kepada hukuman yang dikenakan) pada sesiapa dan kita ikut perlembagaan parti dan keputusan itu dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas didapati bersalah mensabotaj parti, jadi mereka kena terimalah hukuman,” katanya.

Sementara itu, katanya pihaknya turut menerima surat daripada Lembaga Disiplin UMNO yang memaklumkan tiga anggota parti itu yang sebelum ini disiasat didapati tidak bersalah.

Beliau berkata mereka ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah, AJK UMNO Bahagian Tasek Gelugor Rahim Che Noor dan Ketua Wanita cawangan di Tasek Gelugor Marziah Ahmad.

“Selepas Lembaga Disiplin UMNO menjalankan siasatan dan mendapati tiga yang berkenaan tidak bersalah kerana tidak mempunyai bukti yang nyata, UMNO Pulau Pinang juga telah mendapat surat pelepasan mereka.

“Selepas mendapat surat itu, saya telah berbincang Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (Datuk Daud Taha) dan beliau memaklumkan jika tiga orang yang didapati tidak bersalah itu ada menghantar borang pemilihan pada 21 Sept lepas, mereka layak untuk bertanding,” katanya.

Musa berkata beliau difahamkan dua daripada mereka yang didapati tidak bersalah itu ada menghantar borang pada pemilihan 21 Sept lepas iaitu Abdul Rashid yang mahu bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal dan Rahim sebagai AJK UMNO Bahagian Tasek Gelugor.

Berikutan itu, UMNO Nibong Tebal akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi merebut jawatan Ketua Bahagian antara Abdul Rashid dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata beliau akan berbincang bersama penyokongnya sama ada mahu meneruskan hasrat bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal pada pemilihan UMNO kali ini.

Beliau berkata keputusan Lembaga Disiplin itu merupakan berita gembira buatnya serta menyemarakkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam UMNO.

“Saya bersedia untuk bertanding tetapi saya perlu berbincang dengan rakan-rakan saya dahulu, kerana dalam perjuangan politik ini kita tidak berjuang sendirian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tidak Cerdik Kalau Tuduh Agenda Perkasa Ekonomi Bumiputera Tidak Adil

Posted: 01 Oct 2013 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt. – Tindakan segelintir pihak yang masih terus-terusan mempertikaikan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera adalah sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi dalam keadaan Malaysia berwawasan untuk menuju negara maju.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya menganggap bahawa pihak yang masih melontarkan tuduhan kononnya agenda tersebut bersifat tidak adil adalah mereka yang tidak cerdik dan tidak memandang ke hadapan.

"Sebagai rakyat, kita sewajarnya berterima kasih dan menghargai usaha pemimpin yang sentiasa dapat memahami aspirasi masyarakat dan berpandangan jauh ke hadapan dengan melihat setiap kelemahan dalam satu-satu kaum yang mana mereka ini perlu dibantu," katanya kepada UMNO-Online.

najib-ucapan-majlis-pemerkasaan-ekonomi-bumiputera-agenda-nasional-melayu-malaysia-dewan-uitm-shah-alam

Ujar beliau, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri menyedari jurang perbezaan kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain di negara ini dan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera adalah alternatif ke arah memastikan masyarakat yang seimbang.

"Tuduhan kononnya pemimpin kita bersifat tidak adil sengaja diwujudkan sebagai usaha menggagalkan niat murni kerajaan dalam memastikan wujudnya masyarakat yang aman dan sejahtera.

"Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum maka tentunya ketidakseimbangan satu-satu kaum akan memberi kesan kepada pembangunan negara dan boleh mengundang huru-hara sebagaimana yang berlaku di beberapa negara-negara luar."

Jelas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, tentunya pihak yang melemparkan tuduhan dan menganggap bahawa usaha kerajaan ke arah keseimbangan kaum adalah berniat negatif.

"Segelintir pihak ini sengaja mewar-warkan kepada orang ramai dengan menakut-nakutkan mereka atas tujuan ia akan gagal walhal keadaan sebenarnya, mereka yang melemparkan tuduhan rasis kepada kitalah sebenarnya yang lebih rasis.

"Pembangkang tidak pernah ada komitmen walau sedikit pun untuk membantu kaum bumiputera yang merupakan majoriti rakyat di negara ini sebaliknya mereka sentiasa melemparkan tuduhan negatif dengan pelbagai tohmah lain tanpa memikirkan kesan pelaksanaannya."

Ujarnya, sewajarnya semua pihak menyokong penuh usaha yang baik dan mampu memberi manfaat bukan saja kepada satu-satu kaum biarpun ia adalah agenda untuk bumiputera.

"Individu yang bertanggungjawab akan memikirkan masyarakat keseluruhan tanpa perbezaan kaum dan dalam situasi sekarang, kaum bumiputera tertinggal dalam sektor ekonomi maka dengan agenda memperkasa ekonomi bumiputera ini diharapkan kaum bumiputera dapat bersaing dengan sihat."

Melalui Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, lima fokus diketengahkan yang melibatkan Mendaya Modal Insan Bumiputera, Mantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat, Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera, Memperhebatkan keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera dan Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan. – MediaUMNO

Selangor Hanya Belanja 31 Peratus Peruntukan Pembangunan Kerajaan Pusat

Posted: 01 Oct 2013 03:55 AM PDT

SHAH ALAM, 1 Okt – Kerajaan Selangor setakat ini hanya membelanjakan 31 peratus daripada RM2.8 bilion peruntukan pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi tahun ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar berkata kadar itu jauh lebih rendah berbanding 59 peratus yang patut dibelanjakan menjelang bulan ini.

“Selangor bukan di bawah BN (Barisan Nasional), jadi timbul beberapa masalah dari segi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini,” katanya dalam siding media di sini, hari ini.

Bagi melancarkan pelaksanaan projek serta program pembangunan persekutuan di Selangor, Noh berkata semua 12 anggota dewan undangan negeri dan dua anggota parlimen BN termasuk beliau, dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaan program dan projek Persekutuan di negeri itu.

Beliau berkata tugas setiap pengerusi penyelaras adalah memantau dan menilai projek pembangunan di Selangor yang dijalankan oleh kementerian di peringkat persekutuan.

“Pengerusi ini juga akan membantu 44 jabatan termasuk agensi kerajaan persekutuan di Selangor bagi memastikan setiap projek serta program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan pusat memberi manfaat kepada pembangunan negeri ini,” katanya.

Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata matlamat utama pelantikan pengerusi penyelaras itu juga bagi memastikan semua peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat di Selangor benar-benar dapat dilaksanakan dan memberi kesan kepada pembangunan negeri Selangor.

“Kita harapkan rakyat Selangor dapat melihat, menilai dan menghargai sumbangan yang dilakukan oleh kerajaan pusat walaupun negeri ini ditadbir oleh pembangkang,” kata Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Malaysia Can Achieve Developed Nation Status By 2018 – Muhyiddin

Posted: 01 Oct 2013 03:08 AM PDT

KOTA KINABALU, Oct 1 – Malaysia can achieve developed nation status by 2018, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Some economists who analysed the economy of Malaysia told Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and I at in a cabinet meeting that Malaysia can achieve the status of developed nation and a high income-economy earlier, maybe by 2018, two years earlier than (the targetted year of) 2020,” he said.

Thus, he called on university students to back the government in its effort to achieved this lofty goal (developed nation status by 2020).

Muhyiddin said undergraduates as the country’s frontline leaders would have a great responsibility in further improving the development of the nation in the future.

He was speaking at a gathering of students of Universiti Malaysia Sabah (UMS) and Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah branch at UMS’ Dewan Canselor here today.

Also present were Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and UMS vice-chancellor Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said the Government Transformation Programme (GTP) had succeeded in raising the per capita income of the people from US$320 during Merdeka (1957) to US$9,970 last year.

“The per capita income of the people showed a vast improvement from the time we achieved independence at US$320 to US$1,820 (1980); US$2,370 in 1990 to US$6,700 in 2009 to US$9,700 in 2011 and US$9,970 last year,” he said.

As such, he said the government was targeting the per capita income of the people to surpass US$15,000 which could be met based on various efforts and policies taken to develop the nation.

According to him, the development achieved by the country also created employment opportunities which reduced unemployment to an estimated three per cent now.

“It is estimated that a total of three million foreigners are working in Malaysia with two million entering through proper channels while a million entered illegally.

“It means we have plenty of opportunities and in the few years under the National Transformation Policy, we have created 3.3 million jobs and there should be no unemployment if we are not choosy or have the entrepreneur skills to start one’s own business,” he said.

At the function, Muhyiddin and Musa witnessed the handing over of a new UMS resident college from the developer to Dr Mohd Harun.

The college comprising three apartment blocks has 384 units which can accommodate 2,688 students.

Meanwhile, at the groundbreaking ceremony of the Kepayan Ridge People’s Housing Project (PPR) here which was performed by Muhyiddin, Musa said the state government would give its full cooperation to the federal government in developing housing for the people especially under the PPR programme.

“Sabah will continue to be developed as promised during the general election,” he said.

Also present were State Legislative Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Tun Said, Sabah Deputy Chief Minister Datuk Seri Yahya Hussin, Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan and State Local Government and Housing Minister Datuk Hajiji Noor.

Pemilihan DAP Perlihat Cengkaman Dua Dinasti Untuk Kekalkan DAP Parti Keluarga

Posted: 01 Oct 2013 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt – DAP hari ini terus kekal sebagai parti yang dikuasai oleh dua dinasti keluarga, Dinasti Lim dan Dinasti Karpal biarpun terdapat suara-suara ahli akar umbi parti yang mendesak agar DAP lebih bebas pentadbirannya daripada terus dikuasai oleh kepimpinan ala dinasti kekeluargaan seperti yang sedia ada hari ini.

raja-dap-karpal-lim-parti-dinasti-rasis

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Shakar Shamsudin berkata, pemilihan CEC ini memperlihatkan bahawa dinasti Lim dan dinasti Karpal terus menguasai gelanggang kuasa pentadbiran parti tersebut, apabila kesemua calon dua dinasti keluarga itu terpilih sekali lagi untuk memegang tampuk kekuasaan parti.

"Perwakilan DAP nampaknya merestui pemerintahan ala dinasti dan kronisme di dalam parti mereka. Ini adalah disebabkan majoriti ahli DAP berpandangan bahawa keluarga  Karpal dan keluarga Lim ini merupakan ikon perjuangan DAP kepada mereka.

"Karpal adalah individu yang menghabiskan usianya menentang kerajaan melalui DAP. Begitu juga dengan Lim Guan Eng yang kini merupakan Ketua Menteri pertama di dalam DAP," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Berdasarkan faktor tersebut jelas beliau, mana mungkin dua ikon daripada dua dinasti keluarga  ini dikalahkan di dalam DAP.

"Faktor ini sudah cukup untuk memperlihatkan cengkaman penguasaan dua dinasti ini terhadap para perwakilan mereka, biarpun secara jelas suara akar umbi di dalam parti ada yang menolak kepimpinan ala dinasti dan kronisme seperti yang berlaku hari ini," ujarnya.

Biarpun begitu, kata beliau lagi, DAP tetap lantang dalam menuduh parti lain khususnya UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan amalan kronisme, walaupun pada hakikatnya tidak ada anak beranak yang memegang jawatan tertinggi di dalam UMNO, seperti mana yang berlaku di dalam DAP dan juga PKR.

"Ini adalah pendekatan 'reverse psychology' yang digunakan oleh DAP untuk mencampakkan persepsi kepada  rakyat terbanyak di negara ini bagi melindungi keboborokan kepimpinan dinasti mereka, serta memindahkan kesalahan itu kepada UMNO.

"Tetapi malangnya,ramai di kalangan rakyat, khususnya kaum Cina termasuk juga sebahagian kecil orang Melayu yang terpengaruh dengan fitnah dan propaganda yang ditaburkan oleh DAP, sehingga menganggap apa yang diperjuangkan oleh DAP itu betul dan benar belaka," jelasnya. -MediaUMNO

Cabinet Approves Team To Monitor Projects Above RM500 Million – Low

Posted: 01 Oct 2013 01:59 AM PDT

ALOR SETAR, Oct 1 – The Cabinet has approved the setting up of a team to monitor projects valued at RM500 million and above, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Paul Low Seng Kuan, adding that it reflected the seriousness of the government in fighting corruption.

The government had also taken steps to enhance the effectiveness of the Public Complaints Bureau, he said, adding that the measures included retraining officers and emplacing the best officers in the agency.

“We have to be cautious with large-scale projects because there can be much leakage,” he said at the closing of a discourse on integrity for Kedah elected representatives, including from the opposition, at a hotel here.

The discourse was closed by Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Low said the National Key Results Area (NKRA) team would visit all states to explain the integrity and corruption-eradication plan and assist government-linked companies to implement good governance.

“I am convinced that when our governance improves and we are more outgoing, it will make it easier to draw investors to the country,” he said.

Low advised politicians and elected representatives to better understand corruption issues and good governance because studies showed that a majority of young people expected them to have high values of integrity.

He said it was hoped that Kedah would be the model for good governance in two or three years from now.

Meanwhile, Mukhriz welcomed the idea of setting up a team to monitor projects valued at RM500 million and above, saying there was a possibility of leakages which could undermine the credibility of the government and raise questions among the people.

He also said that the state government would cooperate with the Prime Minister’s Department which wanted to assist it to better govern Kedah and make it a state of high integrity.

He said he felt honoured that Kedah had been chosen as the model state for implementation of an integrity programme that would assist the state government in the area of good governance.

The state government would discuss the finer points of the implementation with Low, he told reporters.

In his speech earlier, Mukhriz said negligence on the part of leaders and the people due to excessive emphasis on Malaysia attaining developed nation status could cause negative elements to seep into society’s value systems.

“The people assume that the crime rate, drug abuse among youths and environmental pollution are on the rise. This cannot be ignored because it will erode these value systems.

“As such, every leader should gladly accept the people’s views and criticism and regard them as input for improvement,” he said.

Audit Negara: Polis Hilang Senjata Api & Kenderaan Bernilai RM1.3 Juta

Posted: 01 Oct 2013 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt -  Kira-kira RM1.3 juta aset termasuk senjata api, kenderaan dan gari telah hilang daripada pihak polis sepanjang tempoh tiga tahun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa.

Ia antara bahan buangan yang ditekankan dalam laporan yang turut mendapati pengurusan aset polis yang hilang sebagai tidak memuaskan.

Ian menyatakan bahawa berlaku kelewatan dalam penemuaan semula aset-aset yang hilang serta membuat laporan kerugian kepada ketua jabatan dan pihak polis dalam menyediakan laporan awal mengenai aset-aset yang hilang.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat banyak kes kehilangan pada 2010 dan 2011 yang masih belum diselesaikan, serta surcaj yang dikenakan masih belum dikutip.

“Selain itu, rekod di Bukit Aman dan ibu pejabat polis kontigen mengandungi maklumat mengenai kehilangan aset dan status penyiasatan masih perlu dikoordinasikan,” tambahnya.

Dalam kes lain melibatkan Jabatan Kastam, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan sebanyak RM602, 089 kasut yang dibeli untuk kegunaan pekerjanya dimusnahkan kerana kesilapan spesifikasi.

Jabatan tersebut memusnahkan sebanyak 7,659 pasang kasut baru yang dibeli pada 2009 kerana kakitangannya mendapati kualiti kasut dan but berkenaan rendah kerana ia telah berada di kedainya selama tiga tahun.

Laporan tersebut menyatakan saiz kasut yang dikeluarkan tidak memenuhi keperluan pegawai dan ujian sampel yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

STRIDE mendapati tapak kasut menjadi haus dan pecah, menurut laporan tersebut.

Ia menyatakan barangan tersebut merupakan sebahagian daripada pakaian seragam yang diedarkan kepada kakitangannya dengan setiap seorang diperuntukkan sebanyak dua pasang kasut sebelum penghujung April setiap tahun.

Sijil Kematian Jemaah Haji M’sia Di Tanah Suci Dikeluarkan Dalam 24 Jam

Posted: 01 Oct 2013 12:44 AM PDT

PUTRAJAYA, 1 Okt – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian kepada waris jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di tanah suci pada musim haji ini dalam tempoh 24 jam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kepantasan pengeluaran sijil kematian itu hasil integrasi Sistem Pendaftaran Kematian JPN dan Sistem Pendaftaran Jemaah Haji Lembaga Tabung Haji.

“Maklumat jemaah haji yang meninggal dunia akan disalurkan secara online terus ke pangkalan data JPN di ibu pejabat JPN,” katanya pada sidang media selepas majlis pengisytiharan Hari Pendaftaran Negara di ibu pejabat JPN di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said.

Ahmad Zahid berkata sehingga 30 Sept lepas, sebanyak empat jemaah haji Malaysia meninggal dunia meninggal dunia di Makkah dan Madinah, Arab Saudi dan sijil kematian mereka dihantar kepada waris masing-masing di Johor, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Katanya selain daripada maklumat asas individu yang meninggal dunia, maklumat mengenai tarikh, tempat, sebab kematian dan pegawai perubatan yang mengesahkan kematian turut direkodkan di dalam pangkalan data JPN.

Sementara itu, ketika ditanya kebimbangan sesetengah pihak mengenai cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dilihat seperti memperkenalkan semula penahanan tanpa perbicaraan, beliau mengingatkan pihak berkenaan supaya tidak menyebelahi penjenayah dengan menentang pindaan itu.

(NGO (badan bukan kerajaan) dan peguam tidak seharusnya mempersoalkan niat baik kerajaan dan akta berkenaan adalah untuk penjenayah.

“Tiada lagi penangguhan terhadap akta berkenaan, saya akan membentangkan akta itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini (Selasa),” katanya.

Beliau berkata sebarang kemusykilan mengenai pindaan akta itu seharusnya dibangkitkan oleh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Dewan Rakyat dan bukannya menerusi kenyataan kepada media.

“Saya terbuka untuk berdebat mengenai akta ini tapi jangan gunakan media, gunakan platform yang sesuai iaitu di Parlimen. Saya akan menyampaikan penjelasan saya semasa sesi bahas, mereka yang menentang Akta PCA ini boleh bangkitkannya di Dewan Rakyat,” katanya.

Mengenai pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas DAP baru-baru ini, Ahmad Zahid memuji usaha DAP dalam mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan semula CEC.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana proses pemilihan semula CEC itu telah berjalan lancar dalam keadaan aman selari dengan perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan DAP,” katanya.

Sementara itu, Jariah berkata 1 Okt diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara sempena peristiwa bersejarah pelaksanaan Undang-Undang Pendaftaran Negara kali pertama dikuatkuasakan di negeri-negeri Selat pada 1 Okt 1868.

Selain itu pada 1 Okt 1948, Kad Pengenalan kertas pertama dikeluarkan kepada penduduk Tanah Melayu, katanya.

Dalam pada itu, Jariah meminta rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri untuk melaporkan perkara itu kepada JPN dengan segera.

JPN mencatatkan 28.4 juta rakyat Malaysia telah mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri iaitu Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan atau Sijil Kewarganegaraan Malaysia, katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT