SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, October 7, 2013

UMNO Online - “Lebih 1,000 Perwakilan Hadir Sesi Pengenalan Calon Di Kuala Terengganu” plus 9 more

UMNO Online - “Lebih 1,000 Perwakilan Hadir Sesi Pengenalan Calon Di Kuala Terengganu” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lebih 1,000 Perwakilan Hadir Sesi Pengenalan Calon Di Kuala Terengganu

Posted: 06 Oct 2013 05:49 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 6 Okt – Lebih dari 1,000 perwakilan UMNO negeri hadir dalam sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi UMNO bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dalam ucapan alu-aluannya meminta semua calon yang bertanding agar menjalani proses pertandingan dengan cara yang sihat tanpa memburukkan mana-mana pihak.

“UMNO merupakan sebuah keluarga yang besar. Justeru itu, saya berharap agar kesemua calon yang bertanding mempamerkan semangat kekeluargaan yang tinggi di dalam pemilihan ini.

“Elakkanlah daripada fitnah memfitnah, memburukkan sesama sendiri kerana jika perkara ini berlaku, maka ia akan menjejaskan keharmonian dalam pertandingan sekaligus boleh mencemarkan imej UMNO di mata rakyat yang mengikuti perkembangan pemilihan ini,” jelasnya.

Antara calon Naib Presiden yang hadir ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Manakala antara calon MT yang turut hadir dalam majlis tersebut antaranya Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Perlis Azlan Man, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa calon lagi.

Turut hadir ialah calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin.

Setelah selesai sesi pengenalan calon, masing-masing kemudiannya mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan perwakilan yang hadir.

Pemilihan bagi exco ketiga-tiga sayap dijadual 12 Okt dan MT pada 19 Okt. – MediaUMNO

Anak Tempatan Antara Calon BN Di Sungai Limau, Mukhriz Jumpa TPM Esok

Posted: 06 Oct 2013 05:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 6 Okt – Anak tempatan antara yang bakal menjadi pilihan untuk diletak sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov.

mukhriz-jerlun-umno-bn-calon-mb-kedah-kempen

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bagaimanapun, pihaknya masih menilai beberapa calon yang sesuai bagi mewakili BN di kawasan itu.

Menteri Besar Kedah itu akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan persiapan PRK esok.

“Esok saya akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri untuk bincang mengenai persiapan PRK, termasuk calon yang akan diletak di kawasan itu, saya ingat orang tempatan dan seboleh-bolehnya yang mendekati serta disenangi rakyat, itu antara beberapa kriteria yang akan diperhalusi, boleh kita banggakan.

“Buat masa ini, kita masih di peringkat menilai beberapa orang calon yang sesuai dan tidak menolak kemungkinan antara kriteria yang dikenal pasti adalah seorang calon tempatan,” katanya selepas majlis Pengenalan Calon Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Pergerakan Sayap Umno di stadium tertutup di Gong Badak hari ini.

Mukhriz berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kerusi DUN Sungai Limau menjadi milik BN pada PRK itu nanti meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat PAS.

Beliau berkata calon yang bakal diketengah mungkin juga seorang ahli agama dan profesional, namun tidak semestinya orang muda.

“Kawasan itu adalah satu tempat yang agak payah untuk BN merampas kembali namun ia tidak bermakna kita akan serah diri di peringkat awal, kita akan berusaha untuk yakini pengundi di Sungai Limau,” katanya.

Mukhriz juga berkata pihaknya akan berkempen secara berhemah dan menggunakan cara sedikit berbeza dengan tempat lain kerana Sungai Limau merupakan kawasan bekas Menteri Besar Kedah (Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar).

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian Azizan dari PAS akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 Sept lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majority 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN.

Wanita Kalabakan Disaran Pilih Pemimpin Sehaluan Dengan Barisan Kepimpinan

Posted: 06 Oct 2013 03:44 AM PDT

TAWAU, 6 Okt – Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyarankan supaya anggota Wanita Umno bahagian itu memilih pemimpin wanita yang sehaluan dengan barisan kepimpinan bahagian berkenaan.

ghapur-salleh-kalabakan-sabah-malaysia

Abdul Ghapur yang juga anggota Parlimen Kalabakan berkata anggota wanita perlu bijak memilih pasukan yang kuat dan sehaluan dengan kepimpinan bahagian bagi memudahkan usaha menjayakan pelbagai program parti.

“Ini penting untuk masa depan wanita. Jika mahu cerah masa depan sokong yang sehaluan, gelap masa depan sokong yang sebelah sana,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Karnival Usahawanita Peringkat Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Kalabakan di sini hari ini.

Abdul Ghapur juga mengingatkan calon yang terpilih memegang jawatan peringkat bahagian kelak agar melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan masalah anggota.

“Kalau jadi ketua Wanita atau naib ketua Wanita, jika ada yang datang memohon pertolongan, jangan tanya di mana dia mengundi, kita mahu selesaikan masalah bukan mahu tanya di mana orang itu mengundi,” katanya.

Johor Susun Semula Program Satu Daerah Satu Industri

Posted: 06 Oct 2013 02:20 AM PDT

JOHOR BAHARU, 6 Okt – Kerajaan Johor akan menyusun semula pelaksanaan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) agar menepati asas yang diharapkan kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penyusunan semula yang akan dilaksana melalui pejabat-pejabat daerah itu bertujuan memastikan program itu benar-benar dapat meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat secara lebih berkesan.

Setiap daerah perlu tampil dengan produk yang menonjolkan kekuatan yang boleh dijadikan identiti mereka, katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Daerah Satu Industri peringkat negeri Johor di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata pelan menyeluruh akan dirangka bagi memastikan setiap peringkat rantaian sesuatu industri akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Contohnya nanas, setiap peringkat daripada penanaman, pengangkutan, pemprosesan hinggalah ke pemasaran perlu dapat melahirkan usahawan terdiri daripada masyarakat di daerah terbabit,” katanya.

Beliau berkata apabila berjaya dilaksanakan sebaiknya ia bukan hanya dapat membuka pasaran untuk produk yang dihasilkan malah mampu menarik kehadiran pelancong ke daerah berkenaan.

Lima puluh buah gerai dibuka sejak Jumaat lepas bagi mempamerkan pelbagai produk termasuk perabot, makanan, kraftangan dan ubat-ubatan tradisional.

Jentera PRK Sg Limau Perlu Siap Sedia Walaupun Hadapi Pemilihan Parti – Hishammuddin

Posted: 06 Oct 2013 02:14 AM PDT

KUALA KANGSAR, 6 Okt – Umno perlu mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun parti berdepan dengan pemilihan ketika ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini kerana pertandingan dalam Umno umpama pertandingan dalam keluarga, tetapi di Sungai Limau melibatkan saingan politik sebenar yang perlu dihadapi dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi.

“Ibu Pejabat Umno, Badan Perhubungan Umno Kedah serta sayap-sayap parti walaupun sibuk dengan pemilihan parti, jangan lupa dengan tanggungjawab yang lebih besar iaitu memastikan calon kita menang pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama bahagian-bahagian Umno di Perak di sini hari ini.

Beliau berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di PRK Sungai Limau amat penting demi memantapkan lagi kedudukan BN di Kedah setelah berjaya merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Menambah satu lagi kerusi di Kedah bermakna kita berjaya mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kemampuan BN untuk mentadbir dan memimpin negeri itu,” katanya.

Hishamhmuddin berkata pada perjumpaan hari ini beliau meminta Umno Perak memberi bantuan dan serta sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir serta jenteranya demi memastikan kemenangan BN di Sungai Limau.

Katanya sumbangan dan sokongan daripada Umno Perak terutamanya dari segi logistik amat penting kerana mereka merupakan negeri terdekat dengan Kedah.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada 26 Sept lepas. Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada PRU13, Mei lalu selepas mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

Sesi Perkenal Calon UMNO Di Kelantan

Posted: 05 Oct 2013 11:58 PM PDT

KOTA BAHARU, 6 Okt – Sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi Umno di Kelantan hari ini dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan Umno negeri.

Kesemua calon naib presiden, anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Exco untuk ketiga-tiga sayap parti diperkenalkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam majlis di Bangunan Umno Negeri di sini.

Antara calon yang hadir ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding untuk jawatan naib presiden.

Hadir sama calon MT, antaranya Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Perlis Azlan Man, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Turut hadir calon Ketua Wanita Datuk Maznah Mazlan.

Mereka kemudiannya mengambil peluang untuk bertemu perwakilan. Pemilihan bagi exco ketiga-tiga sayap dijadual 12 Okt dan MT pada 19 Okt.

sesi-pengenalan-calon-bertanding-umno-pusat-kelantan-01

sesi-pengenalan-calon-bertanding-umno-pusat-kelantan-02

sesi-pengenalan-calon-bertanding-umno-pusat-kelantan-03

sesi-pengenalan-calon-bertanding-umno-pusat-kelantan-04

TPPA May Not Be Concluded This Year, Says Najib

Posted: 05 Oct 2013 11:57 PM PDT

PUTRAJAYA, Oct 6 – The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) is expected to take a longer time to be concluded than its initial year-end timeline, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“The end of the year is very tight timeline,” he said.

Najib said leaders from countries involved in the TPPA will meet at the Asia-Pacific Economic Cooperation summit in Bali next week to further discuss the feasibility of the timeline.

“We will have our discussions in Bali and we will have a sense of whether that timetable is feasible.

“But our sense is that it (TPPA conclusion) may take longer than the time horizon of the end of the year,” he said at a joint press conference with his Canadian counterpart Stephen Harper here today.

TPPA, a proposed free trade agreement under negotiation by 13 countries including Malaysia, is said to be a high-standard agreement specifically aimed at emerging trade issues in the 21st Century.

Harper arrived in Malaysia on Friday for a three-day working visit and will depart for Bali today to attend the APEC summit.

It was his inaugural visit to Malaysia since taking office as Canadian Prime Minister in February 2006.

Petronas, Largest Fdi Investor In Canada, Says Najib

Posted: 05 Oct 2013 11:55 PM PDT

PUTRAJAYA, Oct 6 – National oil corporation, Petronas, has emerged as the largest foreign direct investor in Canada following its recent investment of C$36 billion in Canada’s liquefied natural gas (LNG) industry.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak confirmed that Petronas would set up an LNG plant in Canada with related upstream facilities including pipelines for the project.

“The corner stone of our relations has always been in the field of economic and business. We are also very pleased and enlighten with the Canadian’s government approval for Petronas’ earlier investment of C$5 billion in progress energy which is a very significant investment for us in Canada.

“We (also) have several significant Canadian companies operating in Malaysia and I have been informed by the Canadian Prime Minister that they have been enjoying a positive business experience in Malaysia,” he told a joint press conference with his Canadian counterpart, Stephen Harper, here today.

Najib said Malaysia recognised Canada as an important partner in its national economic development and that economic relations between both countries were on the right track with many positive developments having taken place in recent years.

Tabung Haji Buat Persiapan Rapi Pergerakan Jemaah Ke Padang Arafah – Jamil Khir

Posted: 05 Oct 2013 11:52 PM PDT

KOTA BAHARU, 6 Okt – Tabung Haji sudah membuat persiapan rapi bagi pergerakan jemaah haji Malaysia dari Makkah ke padang Arafah, termasuk mereka yang sedang menerima rawatan di hospital, untuk wukuf pada 9 Zulhijjah bersamaan 14 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau yang belum memperoleh jumlah terkini jemaah haji yang sedang menerima rawatan di hospital, berkata mereka akan dibawa ke padang Arafah menggunakan ambulans dan kenderaan pesakit.

“Bagi jemaah haji yang berada di hospital, insyaAllah Tabung Haji akan menguruskan pergerakan mereka ke padang Arafah supaya mereka dapat berwukuf kerana syarat utama haji ialah wukuf di padang Arafah. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji.

“Mesti hadir di Arafah, maka orang (jemaah) yang terluput waktu dan juga hari untuk (berada) di padang Arafah maka dia terlepas (terkeluar) daripada ibadah haji,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi pengenalan calon anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Exco pergerakan tiga sayap Umno di pejabat Badan Perhubungan Umno Kelantan di sini, hari ini. Jamil Khir hadir sebagai seorang daripada calon MT.

Beliau berkata bagi jemaah haji yang sihat, Tabung Haji akan mengerakkan mereka ke padang Arafah menggunakan kenderaan yang telah disediakan dan jumlahnya mencukupi.

“InsyaAllah semua persiapan telah berada dalam kemuncak terakhir dan kita mendoakan untuk semua jemaah haji kita sempurna mengerjakan ibadah haji dengan sebaik mungkin,” katanya.

Jumlah jemaah dari Malaysia untuk haji musim ini ialah sebanyak 22,320 dan jumlah itu berkurangan 20 peratus berbanding sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi.

Najib To Deliberate On Apec’s Three Priorities During AELM

Posted: 05 Oct 2013 10:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 6 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is scheduled to deliberate on the Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec)’s three priorities during the 21st Apec Economic Leaders’ Meeting (AELM) in Bali, Indonesia, beginning Monday.

A Foreign Ministry statement said Apec 2013′s three priorities are ‘Attaining the Bogor Goals’, ‘Promoting Connectivity’ and ‘Achieving Sustainable Growth with Equity’.

“Apart from exchanging views with other leaders on these issues, the prime minister will also explore new and innovative ideas to further enhance cooperation among Apec economies,” said the statement.

Najib, who will lead the Malaysian delegation to the AELM, will be accompanied by his wife Datin Seri Rosmah Mansor, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, Deputy Foreign Minister Datuk Hamzah Zainudin and senior officials from the Prime Minister’s Office, Foreign Ministry, International Trade and Industry Ministry and Finance Ministry.

The two-day AELM, to be attended by Heads of Government of the 21 Pacific Rim member economies, will assume a vital role in promoting trade as well as investment in the Asia-Pacific region.

The outcome of the 21st Apec Economic Leaders Meeting will be documented in the Apec Economic Leaders’ Declaration.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT