SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, October 12, 2013

UMNO Online - “We Have No Such Policy As ‘Shoot First’ – IGP” plus 9 more

UMNO Online - “We Have No Such Policy As ‘Shoot First’ – IGP” plus 9 more

Link to UMNO Online

We Have No Such Policy As ‘Shoot First’ – IGP

Posted: 11 Oct 2013 05:14 AM PDT

MELAKA, Oct 11 – The Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar said the police force always followed its Standard Operating Procedure (SOP) and had no such policy as ‘shoot first’ in dealing with criminals.

“There is no such policy. We always follow the SOP and will only shoot when our lives are threatened,” he told reporters after attending an investiture in conjunction with the 75th birthday celebration of the Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob at Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh here today.

He was commenting on a Malaysiakini news portal report regarding Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’s statement on the police action of shooting criminals due to security reasons.

He emphasised that police would not resort to shooting if it did not pose a life threatening scenario.

Khalid was awarded the Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) which carries the title of Datuk Wira.

Leaders Should Not Use Harsh Words Against Government Agencies

Posted: 11 Oct 2013 05:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 11 – It is inappropriate for any politician to use abusive and harsh words against government bodies as this only shows they want to make people lose confidence in the government, says an academician.

Assoc Prof Datuk Dr Samsul Adabi Mamat said such remarks could also humiliate civil servants and tarnish the image of the said government bodies.

“Government departments and agencies are neutral and in the case of the RoS (Registrar of Societies), the agency has to carry out its duties of monitoring organisations such as political parties and NGOs (non-governmental organisations),” he said when contacted by Bernama today.

Samsul Adabi, a lecturer at the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), said this in response to DAP publicity chief Tony Pua allegedly labelling RoS and Utusan Malaysia newspaper as “anjing Umno” (Umno’s running dogs) following the DAP’s Central Executive Committee election controversy.

He said it was very sad for a government department or agency discharging its duties as provided in its jurisdiction to be accused of being a tool of a political party.

The main functions of RoS are to administer and enforce the Societies Act 1966, Societies Regulations 1984 and policies pertaining to societies, to control and supervise societies so as not to become incompatible with peace, welfare, security, public order, decorum or morality of Malaysia, as well as to manage and keep registration records relating to registered societies and their  branches.

Meanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Razali Ibrahim said the remark made by the DAP leader showed disrespect and was in conflict with the good manners and values of Malaysian society.

“I think his (Pua) statement is extreme and should not have out from his mouth.

“He wanted to portray that everything that the party (DAP) failed to do were due to Umno. He wanted to hide the party’s management weaknesses and inefficiency by shifting the blame to Umno,” he said

Razali, who is Umno Youth vice-chief, said RoS was just reacting to the complaints from DAP members.

At least five NGOs lodged police reports against Pua over his remark.

Masa Sudah Tiba… Pilihlah Calon Yang Paling Layak Hadapi PRU 14

Posted: 11 Oct 2013 04:56 AM PDT

Hari Sabtu (esok) akan berlangsung mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat bahagian secara serentak.

pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat

Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama dan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia juga diadakan serentak esok.

Empat tahun lalu (Oktober 2009), perwakilan Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan parti itu. Serentak pindaan itu sistem kuota dihapuskan.

Sistem kuota yang diguna pakai sebelum ini dilihat antara punca amalan rasuah dan lebih memihak kepada individu tertentu terutama penyandang jawatan.

semangat-wanita-umno-pemilihan-perhimpunan-agung-dewan-merdeka

Penghapusan sistem kuota itu memberi mesej kepada umum bahawa UMNO serius untuk berubah dan memberi ruang sebebas-bebasnya kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan mereka daripada peringkat cawangan, bahagian hingga Majlis Tertinggi (MT).

Pemilihan pemimpin peringkat sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – yang bermula esok dan diikuti seminggu kemudian pemilihan peringkat bahagian dan MT jelas menunjukkan pimpinan parti itu kelak adalah pilihan akar umbi.

Pemilihan kali ini juga memberi lebih ruang untuk proses demokrasi berlaku kerana pemimpin yang dipilih bukan lagi di tangan sekumpulan perwakilan seperti dahulu.

Jika sebelum ini, saf kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pusat hanya ditentukan oleh hampir 1,000 orang perwakilan, kini pemilihan ditentukan oleh lebih 10 kali ganda jumlah perwakilan sayap masing-masing.

Jika sebelum ini, saf kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pusat hanya ditentukan oleh hampir 1,000 orang perwakilan, kini pemilihan ditentukan oleh lebih 10 kali ganda jumlah perwakilan sayap masing-masing.

Kini pemimpin ketiga-tiga sayap UMNO mesti berani dan yakin pada perjuangan diri kerana mereka dalam suasana yang boleh ‘makan diri sendiri’ apabila membenarkan dicabar sesiapa pun yang layak. Perkara ini yang membezakan pemimpin UMNO yang dilihat lebih jujur dan ikhlas berbanding dengan pemimpin pembangkang.

Ahli UMNO Bersemangat

UMNO jauh lebih terbuka dan demokratik berbanding dengan DAP, PKR dan Pas yang sekadar melaungkan keterbukaan, namun tidak berani memberi kuasa kepada akar umbi untuk memilih pemimpin. Lihat kekecohan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember 2012 hingga keputusan pemilihannya dibatalkan.

PKR pun sama apabila pelantikan Ketua Umumnya langsung tidak dipilih ikut proses demokrasi. Begitu juga Pas yang mana kuasa utama ada pada Mursyidul Amnya.

Dalam soal memilih pemimpin, UMNO dilihat lebih terbuka. UMNO meletakkan kepercayaan kepada perwakilan yang terdiri daripada pelbagai peringkat golongan dalam UMNO.

Parti ini perlu bersiap siaga kerana bukan mudah untuk mengendalikan satu pemilihan yang disertai oleh 33,682 calon di peringkat bahagian dan 258 di peringkat pusat, ia akan ditentukan oleh 146,500 perwakilan.

Bermula esok dan kemudian pada 19 Oktober nanti, perwakilan UMNO akan menentukan saf kepimpinan parti di semua peringkat, dengan agenda utama ialah memastikan calon yang dipilih perlu bekerja keras untuk mempertahankan UMNO sebagai tunggak utama Kerajaan Pusat dan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

puteri_semangat_menyerang copy

Jadi ruang pemilihan yang besar ini harus dimanfaatkan para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak dan diterima juga oleh rakyat untuk menerajui peringkat pergerakan sayap, MT dan bahagian UMNO.

Pertembungan beberapa penjuru dalam merebut jawatan utama dalam Wanita, Pemuda dan Puteri membuktikan UMNO mempunyai banyak bakat pelapis yang sedia untuk menawarkan khidmat dan bakti kepada orang Melayu dan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

Banyak pihak melontarkan pandangan bahawa pemilihan UMNO kali ini sangat penting kerana ia adalah landasan dalam menyediakan pemimpin untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Oleh itu, perwakilan perlu juga memikirkan untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang dapat menyaingi barisan pemimpin pembangkang.

Di tangan perwakilanlah yang akan menentukan survival UMNO menjelang PRU-14.

Dr Muslim Umar

Laporan Audit : Anwar Perlu ‘Bersihkan Negeri Pembangkang’ Dahulu

Posted: 11 Oct 2013 04:40 AM PDT

Laporan Audit Negara yang baru dibentangkan menerima reaksi yang kurang menyenangkan dari semua pihak. Ketirisan yang masih berlaku amatlah dikesalkan. Benar, ia merupakan kes-kes terpencil yang melibatkan individu secara berasingan tetapi jumlah yang mencecah billion bukanlah kecil, terutama dalam keadaan ekonomi yang begitu menguji.

Walaubagaimanapun, pendedahan terbuka yang dibuat oleh Ketua Audit Negara menunjukkan yang kerajaan Malaysia adalah telus dan professional dalam menangani soal kewangan negara.

negeri-pakatan-pembangkang-anwar-selangor-pas-kelantan-dap-pulau-pinang-penang-lim-guan-eng-kit-siang

Dari sudut lain, ia juga membuktikan yang kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim adalah tidak telus dan tidak professional. Ini berikutan ketirisan yang berlaku bukan hanya melibatkan negeri BN tetapi juga negeri PR, namun Anwar telah memilih untuk menghentam kerajaan pusat seolah-olah negeri-negeri yang diperintah PR membentangkan audit yang sempurna dan tiada cacat cela.

Hakikatnya, beberapa laporan ketirisan audit di negeri PR memperlihatkan penglibatan di peringkat tinggi dan keseluruhan jabatan atau organisasi. Malah, ketirisan yang berlaku dalam audit tahun lalu juga masih belum ditangani oleh PR. Antara ketirisan audit di Selangor sahaja, iaitu negeri yang berada di bawah 'nasihat' Anwar ialah:

1. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang memperlihatkan seolah-olah ada 'cubaan rampas' oleh kerajaan negeri untuk dijadikan pusat budaya Cina.
2. Isu Talam.
3. Isu KHSB.
4. Kutipan premium tanah yang tidak seimbang.
5. Pembinaan kilang secara haram.
6. Penggunaan tanah tanpa kebenaran.
7. Memberi bonus tiga hingga empat bulan bagi kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor selama tiga tahun berturut-turut yang berjumlah RM887,620 dengna menggunakan lebihan peruntukan kerajaan.
8. 'Program hadiah anak masuk universiti' yang merekodkan pengurusan yang lemah di mana seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai yang menerimanya lewat sehingga lebih tiga tahun dan RM8.23 juta lagi masih terhutang kepada anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti.

Selain Selangor, Kelantan juga merekodkan penemuan audit yang mengejutkan antaranya:

1. Anak syarikat kerajaan Kelantan, Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang menerima konsesi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011. Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan.

2. Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu.

3.Pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011 sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian

Ini hanya beberapa ketirisan dari dua negeri yang diperintah PR. Hakikatnya, banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini.

Justeru, bukankah lebih baik Anwar menumpukan kepada siasatan terhadap apa yang terjadi kepada kewangan negeri-negeri PR sebelum membuat bising mengenai ketirisan yang melibatkan kerajaan BN? Jika 4 negeri sahaja tidak mampu 'dibersihkan', bagaimana Anwar boleh berangan ingin membersihkan seluruh Malaysia sekiranya PR memerintah?

isuhot.com

Ziarah Syukur… Penggiat Seni Turun Padang Berkempen Di PRK Sungai Limau

Posted: 11 Oct 2013 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Seramai 20 penggiat seni tanah air sedia untuk turun berkempen sekali lagi pada Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Penganjur Program Ziarah Syukur, Datuk Seri Zaienal Abidin Osman berkata menerusi program ZIARAH SYUKUR, penggiat seni tanah air akan membawa mesej tersendiri sepertimana pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau atas kejayaan pelaksanaan sebelum ini, mereka sekali lagi terpanggil untuk sama-sama berkempen menerusi gerak kerja serta kaedah tersendiri bersama penduduk setempat.

artis-sokong-kempen-bn-prk-sungai-limau-kedah-umno

"Program ini membawa mesej "bersyukur" kepada Allah s.w.t, ibu bapa. guru… pemimpin dan negara kita yang tercinta dapat dikongsi bersama dengan ribuan rakyat yang turut memeriahkan program ini.

"Bersyukur dilahirkan dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Ziarah Syukur yang dianggotai oleh pelbagai penggiat seni tanah air akan bersama dengan penduduk Sungai Limau sepanjang kempen nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran ZIARAH SYUKUR ke PRK Sungai Limau, di sini, hari ini.

Antara penggiat seni tanah air yang hadir Abon, Ali Mamak, A.R Badul dan beberapa penggiat seni tanah air yang lain.

Abon ketika ditemui berkata program berkenaan mengimbau kembali program sebelum ini dan kali ini sekali lagi akan turun ke kawasan yang yang boleh dianggap kawasan  panas.

"Sebelum ini pun kita telah menghulurkan  khidmat kita dalam usaha melahirkan rasa terima kasih kita kepada kerajaan yang banyak membela nasib artis. Dan inilah cara kami lahirkan penghargaan dan terima kasih kami…" katanya. -MediaUMNO

 

110,765 Perwakilan Wanita UMNO Diminta Buat Pilihan Tepat – Shahrizat

Posted: 11 Oct 2013 04:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Sebanyak 110,765 anggota perwakilan wanita diminta membuat pilihan tepat pada pemilihan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita Umno esok supaya sayap itu terus berpeluang mengangkat martabat wanita ke tahap lebih cemerlang.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata anggota perwakilan dari 19,665 cawangan itu perlu memilih calon yang mampu membawa wanita ke satu era mencabar sekali gus mencapai kecemerlangan golongan itu dan Barisan Nasional (BN).

“Zaman sekarang, landskap politik sudah berubah. Dahulu memang senang, sekarang sudah susah. Sekiranya tidak bertawakal, tidak mempunyai ketabahan, tidak ada keyakinan dan tidak ada kekuatan dalaman, amat susah untuk seseorang itu menjadi pemimpin pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis simulasi Pemilihan UMNO Penggal 2013-2016 UMNO Bahagian Kepong dan majlis doa selamat bagi kelancaran pemilihan esok di sini, hari ini.

Kira-kira 100 pelajar Tahfiz Darul Ulum Al-Furqani dari Puchong turut menyertai majlis itu.

shahrizat-ketua-wanita-ketua-pemilihan-umno-2013

Dalam pada itu, Shahrizat berkata jika diberi peluang sekali lagi untuk menerajui kepimpinan tertinggi sayap itu, beliau bertekad untuk meningkatkan pencapaian wanita supaya menjadi pergerakan yang disegani dan membuka ruang yang lebih luas kepada mereka melontarkan pandangan dan pendapat.

“…juga memberi ruang kepada wanita supaya diberi ruang bersuara lantang. Saya minat nak tengok suara lantang wanita di peringkat akar umbi jadi satu suara berkumandang seluruhnya,” katanya.

Di samping itu, Shahrizat berhasrat melihat pergerakan Wanita mampu mendapat pengiktirafan menjadi tulang belakang kepada UMNO secara keseluruhannya.

“Ini sangat penting…jika kepimpinan tertinggi UMNO setuju Wanita bukan sahaja lagi menjadi sayap tetapi tulang belakang UMNO, ini merupakan satu struktur yang cantik. Saya bertekad meminta kebenaran daripada UMNO untuk dapat pengiktirafan sumbangan dan pengorbanan jasa wanita,” katanya.

Ditanya mengenai sokongan anggota Wanita UMNO keseluruhannya terhadapnya, Shahrizat berkata beliau berpuas hati dengan sokongan mereka.

“Alhamdulillah, saya menerima kerjasama dan sokongan begitu baik sekali sehinggakan kita mampu mengeratkan tali silaturrahim di antara kami dan Wanita dapat menjalankan kerja politik dan kemasyarakatan dengan sebaiknya,” katanya.

Gagal Pecahkan Kesatuan BN Faktor Pembangkang Terus Kempunan Di Sabah

Posted: 11 Oct 2013 02:56 AM PDT

KOTA KINABALU,  11 Okt – Kegagalan Pakatan Pembangkang untuk menawan hati rakyat Sabah pada PRU ke 13 yang lalu adalah ekoran ketidakupayaan mereka memecah-belahkan perpaduan dan kesatuan gerak kerja di kalangan kepimpinan BN baik di peringkat atasan mahu pun di peringkat akar umbi, demikian jelas Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Menurut beliau, faktor utama kejayaan BN di Sabah adalah kerana usaha sama dan kesatuan kepimpinan dan peringkat akar umbi yang bekerja sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebagai pengerusi BN di negeri itu.

sepakat-semangat-calon-bn-sabah-kempen-pru13

"Di dalam mana-mana organisasi politik, jika kita tidak bekerja sebagai satu pasukan, maka agak susah untuk sesebuah parti politik itu untuk memberikan keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan mereka.

"Apabila kita bekerja sebagai satu pasukan, apatah lagi BN selama ini juga telah melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang sememangnya menjadi kehendak rakyat, sudah pasti rakyat akan sentiasa terus bersama kita,"jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Dalam soal politik pembangkang di Sabah hari ini menurut beliau, walaupun ada pertambahan kerusi pembangkang diperingkat Adun dalam PRU ke 13 baru-baru ini, tetapi BN telah membuktikan bahawa rakyat di Sabah masih memberikan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui pembangunan di negeri ini.

"Dan apa yang penting sekarang ialah kerajaan BN Sabah, mahupun di peringkat pusat wajib untuk  memastikan bahawa segala janji-janji BN Sabah dan juga kepada rakyat di seluruh negara mesti  dikotakan.

Untitled-1

"Ini kerana kita akan berdepan lagi dengan rakyat pada PRU ke 14 yang akan datang. Jadi kita tidak boleh terlalu memberikan tumpuan sekadar kepada pilihanraya saja, tetapi kita juga harus memikirkan bagaimana  kita untuk terus relevan dari aspek pembangunan dan kepimpinan supaya rakyat terus bersama kita,"katanya.

Justeru itu jelas Salleh, BN tidak pernah risau untuk bersaing dengan parti pembangkang kerana yakin bahawa rakyat akan terus bersama BN. Ini kerana kerajaan BN mengambil pendekatan yang telus dan tidak ada apa yang mahu disorokkan kepada rakyat.

"Parti yang  takut mahu bersaing hanyalah parti  yang tidak telus di dalam kepimpinan mereka.  Ini berbeza dengan BN kerana tidak ada perkara yang ingin kita sembunyikan pada rakyat. Jika ada perkara yang tidak boleh kita lakukan, maka kita akan kata kita tidak boleh lakukan.

"Jika ada perkara yang kita boleh pertimbangkang, maka kita akan pertimbangkan. Kalau benda yang kita boleh teliti, kita akan teliti. Dan jika ada benda yang boleh kita laksanakan, maka kita laksanakan.

"Apa yang penting, rakyat tidak mahu kita berbohong kepada mereka. Rakyat mahu realiti atau kenyataan yang sebenar. Dan bagi saya realiti sebenar itulah akan menentukan persepsi yang baik buat kerajaan dan parti,"akhiri beliau. -MediaUMNO

Melaka Needs To Maintain GDP Growth Of Seven Pct Yearly To Achieve Per Capita Income Target

Posted: 11 Oct 2013 02:50 AM PDT

MELAKA, Oct 11 – Melaka needs to maintain its gross domestic product (GDP) growth rate of seven per cent yearly to achieve a per capita income of RM52,2700 by 2020, said Chief Minister Datuk Seri Idris Haron.

He said Melaka recorded GDP growth of 7.2 per cent last year, higher than many states, including Selangor and Penang.

“The state government is working to furthr boost its competitiveness to attract more domestic and foreign investments. I have led trade missions to Japan and South Korea (in July) and South Africa (in August) to attract investors,” he said.

Idris said this at an investiture ceremony in conjunction with the 75th birthday of the Melaka Governor Tun Mohd Khalil Yaakob at Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh here today.

He said the state government, in its efforts to promote green technology, has identified Krubong as a location to set up an ‘eco industrial park’ in line with Melaka’s status as ‘Green Technology State’.

“This move will add value to the development of green technology in the state,” he said.

Idris said state government was in talks with giant corporations like Microsoft, Guardian Pharmaceutical and a Spanish firm to invest in renewable energy sector worth RM5 billion.

On tourism, Idris said Melaka planned to attract more tourists from the neighbouring and Arab countries and China to visit the historic state.

“The efforts to promote tourism, which is the state’s key economic sector, have bear fruit. The state attracted more than 13.71 million tourists last year,” he said.

Tiada Sebarang Penangguhan, Keputusan Pemilihan UMNO Diumum Selepas Disahkan

Posted: 11 Oct 2013 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, Ibu Pejabat dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menjalankan proses pengundian yang bakal berlangsung serentak dengan pengundian pemilihan ketiga-tiga sayap di seluruh negeri esok.

Ujarnya juga, semua keputusan tidak akan ditunda dan ianya akan diumumkan sebaik sahaja ianya diterima selepas disahkan.

"Ini tanggungjawab kita bagi memastikan setiap keputusan dimaklumkan kepada masyarakat khususnya ahli UMNO.

"Esok juga kertas undi akan dibawa keluar dari tempat penyimpanan dan akan terus dibawa ke tempat persidangan. Oleh itu, segala permasalahan teknikal tentang status pewakilan dan calon yang telah dimaklumkan terlebih dahulu telahpun dikemaskini dan dimuktamadkan kira-kira jam 4.00 petang tadi," ujarnya selepas melawat persiapan akhir bilik media di PWTC hari ini.

rauf-yusoh-keputusan-pemilihan-umno-2013-terus-langsung-tiada-tunda

Tambah Rauf, pengiraan undi akan dibuat sebaik sahaja semua perwakilan selesai mengundi dan ianya d jangka seawal jam 1.00 tengahari. Keputusan awal pula dijangka seawal jam 8.00 malam.

Keputusan rasmi pula di jangka diumumkan kira-kira pukul 2.00 pagi bergantung kepada maklumat yang diterima daripada seluruh bahagian.

"Ibu pejabat akan mengumumkan keputusan rasmi calon-calon yang bertanding di peringkat pusat. Namun demikian akan turut memaklumkan dari semasa ke semasa keputusan-keputusan yang diterima bagi keputusan calon bahagian.

"Harapan mengharapkan semua ahli UMNO dan perwakilan yang telah terpilih agar dapat memberikan tanggungjawab kepada parti yang telah memberikan ruang kepada sebahagian besar ahli UMNO untuk memilih pucuk pimpinan.

"Ini bakal menjadi sejarah buat pertama kalinya dalam 67 tahun UMNO ditubuhkan apabila peringkat akar umbi diberi kepercayaan untuk memilih pucuk pimpinan di peringkat tertinggi," ujarnya lagi. - MediaUMNO

22 Calon UMNO Terengganu Dibenarkan Bertanding Selepas Rayuan

Posted: 11 Oct 2013 02:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 11 Okt – Jawatankuasa Pemilihan UMNO Terengganu hari ini mengesahkan sebanyak 22 daripada 38 calon yang sebelum ini diumumkan tidak layak bertanding atas pelbagai faktor, dibenarkan bertanding pada pemilihan sayap parti yang diadakan esok dan peringkat bahagian pada minggu depan.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Muda Mamat berkata 17 calon yang dibenarkan bertanding itu memang belum cukup tempoh matang 36 bulan bersama UMNO, tetapi parti mengambil kira rungutan calon memandangkan ada calon yang diberi pengecualian sebelum ini.

“Jadi dengan kebenaran yang diberi itu, kesemua 17 mereka kini sudah bolehbertanding dan diharap tiada apa-apa isu timbul selepas ini,” katanya di sini hari ini.

Lima lagi calon dibenarkan bertanding setelah semakan dibuat dengan Jabatan Insolvensi dan mendapati tiada lagi masalah berkaitan jaminan pinjaman dan muflis.

Enam belas calon pula sah tidak dibenarkan bertanding kerana masih mempunyai masalah dengan Jabatan Insolvensi.

Sebanyak 1,567 borang pencalonan diterima oleh jawatankuasa itu — 601 bagi pemilihan peringkat Bahagian, Pergerakan Wanita (311), Pemuda (399) dan Puteri (256).

Beliau menjangkakan proses pengundian bagi negeri ini mengambil masa lima jam iaitu dari pukul 10 pagi hingga 3 petang manakala proses pengiraan mengambil masa kira-kira empat jam dan keputusan pemilihan akan dapat diberikan kepada media selewat-lewatnya pukul 7 malam.

“Sebanyak 21,694 anggota perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Terengganu akan membuat penentuan pemimpin pilihan masing-masing pada esok dan minggu depan.

“Daripada jumlah itu sebanyak 7,938 orang ialah perwakilan Bahagian, Wanita (5,098), Pemuda (4,927) dan Puteri (3,731),” katanya.

Beliau berkata sebanyak 24 tempat dijadikan mesyuarat pemilihan untuk pengundian pemimpin sayap parti esok.

Setiap bahagian pula akan menyediakan tiga tempat untuk mesyuarat bagi melicinkan lagi proses pemilihan, katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT