SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, October 11, 2013

UMNO Online - “By-Election Takes Precedence Over Umno Election Contest, Says Mukhriz” plus 9 more

UMNO Online - “By-Election Takes Precedence Over Umno Election Contest, Says Mukhriz” plus 9 more

Link to UMNO Online

By-Election Takes Precedence Over Umno Election Contest, Says Mukhriz

Posted: 10 Oct 2013 04:38 AM PDT

KOTA KINABALU, Oct 10 – Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir said today the Sungai Limau state by-election in Kedah took precedence over his contest for an Umno vice-presidency in the party elections.

He said the by-election was more important as it was the first in the state under his leadership, and he wanted to ensure a victory for the Barisan Nasional (BN).

Mukhriz said the attention given to the by-election would curtail the time he would have to tour the country to garner support for himself in the run-up to the Umno elections on Oct 19.

Nomination for the Sungai Limau by-election is on Oct 23 and polling is on Nov 4.

“It looks like I may not have much time to meet my supporters at the divisional level. Besides contesting in the Umno elections, I am also taking charge of the party machinery for the by-election.

“The by-election comes close on the heels of the Umno elections. It is our responsibility to give preference to the by-election over the preparations to contest the party elections.

“As such, I may not come to Sabah again (to meet supporters before the Umno elections). I hope my supporters here understand this,” he told a news conference here.

The Sungai Limau seat fell vacant following the death of former Kedah menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak on Sept 26.

Azizan had held the seat since 1995 and, in the last general election, in May this year, beat Mohd Fazillah Mohd Ali of the BN by a majority of 2,774 votes to retain it.

Mukhriz, commenting on his visit to several Umno divisions in Sabah including Sepanggar, Kudat and Kota Marudu, said he had received a rousing reception.

Mukhriz said he had attended a session on the introduction of electoral candidates in Kota Kinabalu yesterday evening, at which Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman was also present.

“This evening, I will proceed to Sandakan before returning home. Sabah is an important state. In terms of (party) divisions, it has the second highest number in the country,” he said.

Mukhriz said Sabah had proven to be BN’s fixed deposit in any general election and “it is my hope that my visit garners the support of friends in Sabah”.

He said he had always been accorded the best hospitality during his visits to Sabah, and expressed the hope that he would be able to obtain votes from several divisions in the state.

IKBN To Conduct 2 Sessions From Next Year – Khairy Jamaluddin

Posted: 10 Oct 2013 04:37 AM PDT

SEPANG, Oct 10 – The National Youth Skills Institute (IKBN) will conduct two sessions from next year onwards to accommodate the increased student intake.

Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin Abu Bakar said the approach was in line with the ministry’s plan to boost the number of students at the IKBN from 10,000 to 15,000 yearly.

“This will directly maximise the student capacity which is presently about 70-80 percent,” he told reporters after a gathering with IKBN Alumni here today.

According to him, the expansion would cover two years, with a student intake of 2,500 in the first year and the rest in the second year.

“In this regard, IKBN will increase the number of beds and learning facilities for students, which will cost RM50 million, and the teaching staff to 200,” he said.

Khairy Jamaluddin said the two-session approach would indirectly save government expenditure as there would be no necessity to build another branch which would cost more than RM100 million.

Meanwhile, he opined that more IKBN students and teachers should be given the opportunity to visit developed countries for exposure in the technical and vocational field.

Teguran ADUN Pas Buka Pekung Pentadbiran Kerajaan Kelantan

Posted: 10 Oct 2013 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali berharap kerajaan negeri Kelantan mengambil perhatian serius terhadap segala teguran dan kritikan pada persidangan DUN Kelantan yang hari ini.

Menurut beliau segala teguran khususnya kalangan wakil rakyat mereka sendiri menujukkan kelemahan yang cukup ketara kerajaan negeri setelah memerintah sekian lama.

"Saya melihat itu adalah bukti bagaimana kelemahan kerajaan Pas Kelantan yang makin terdedah sedikit demi sedikit. Sebelum ini mungkin perkara tersebut 'disimpan' daripada pengetahuan umum.

"Semalam terpancul di persidangan DUN dan lebih menarik ianya datang daripada wakil rakyat mereka sendiri. Kita melihatnya satu perkembangan menarik dan mengharapkan kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap teguran-teguran tersebut," ujarnya.

husam-adun-salor-kelantan-masalah-air-kerajaan-negeri-parti-pas

Akhbar hari ini melaporkan wakil rakyat daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik kerajaan Pas Kelantan yang didakwa gagal menangani beberapa perkara yang menjadi isu rakyat sejak sekian lama.

ADUN Pas Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim , membidas tindakan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang disifatkan hanya memikirkan keuntungan dalam pembinaan rumah mampu milik dan bukannya bagi membantu rakyat berpendapatan rendah mempunyai kediaman sendiri.

Sementara itu, ADUN Guchil (PKR), Roslan Puteh menyelar Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang didakwa gagal membekalkan air bersih dengan secukupnya kepada penduduk.

Adun Salor, Datuk Husam Musa pula membangkitkan kepincangan dalam urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), pembinaan lebuh raya rakyat, pelantikan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) dan pelaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.

Zulkifli seterusnya percaya bahawa banyak lagi kelemahan kerajaan negeri selain daripada yang disebutkan dalam persidangan ini dan percaya kerajaan negeri yang ada hari ini ‘panas punggung’.

“Saya kira wakil-wakil rakyat BN pun dan pimpinan BN negeri yang lain dah bangkitkan soal ini namun dalam persidangan ini jelas menunjukkan bahawa anggota dalam kerajaan mereka sendiri membuat kritikan. Perkara-perkara yang disebutkan itu saya rasa dah banyak juga yang telah diperkatakan.

“Cumanya kali ini perkara tersebut datang daripada kalangan mereka sendiri. Kita tunggu apa tindakan selanjutnya daripada kerajaan negeri hari ini,” katanya.

Dewan kemudiannya ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. – MediaUMNO

Propaganda Tarikh PRK Taktik Pembangkang Cari Populariti di Sungai Limau

Posted: 10 Oct 2013 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt. – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal berlangsung pada 4 November depan sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi terdapat segelintir pihak yang mengatakan tarikh tersebut sengaja dipilih untuk memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) selepas pembentangan bajet yang kononnya akan memberi undi dalam PRK tersebut.

Namun kenyataan tersebut dibidas oleh ADUN Kulim-Bandar Baharu, Datin Norsabrina Mohd Noor yang menganggap ia sebagai tuduhan yang sengaja diwujudkan untuk dijadikan propaganda pembangkang bagi mencari populariti.

"Jadual pembentangan bajet bukan baru dibuat kerana sebagai kerajaan sememangnya menjadi tanggungjawab BN memberikan yang terbaik kepada rakyat, bukan sahaja untuk para pengundi di DUN Sungai Limau tetapi untuk masyarakat keseluruhan," katanya kepada UMNO-Online.

kedah-pas-mahfuz-omar-mb-mukhriz-mahathir-umno-bn-kedah

Sebelum itu dilaporkan, Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar telah mempersoalkan keputusan SPR yang menetapkan tarikh 4 November sebagai hari membuang undi di DUN Sungai Limau yang dikaitkan dengan tarikh pembentangan bajet pada 25 Oktober ini sebagai untuk menarik undi lantaran lebih awal daripada hari pengundian.

"Ini bukanlah perkara baru kerana sememangnya menjadi sebahagian kerja pembangkang yang gemar melakukan propaganda dengan memanipulasikan apa sahaja walaupun BN tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sebagaimana tarikh PRK di Sungai Limau.

"Isu ini ditimbulkan lantaran mereka sedar bahawa sememangnya bajet memberi impak positif kepada rakyat apatah lagi selama ini bajet yang dilaksanakan dapat membantu mengurangkan beban masyarakat dengan pelbagai bantuan yang disalurkan," jelasnya.

Tegas beliau, keyakinan UMNO untuk merampas DUN Sungai Limau bukanlah berdasarkan kepada pembentangan bajet yang akan dibuat pada 25 Oktober depan sebaliknya ia melihat kepada sokongan masyarakat terhadap BN.

"Negeri Kedah telah kembali kepangkuan BN, Parlimen Jerai juga demikian maka kita yakin atas sokongan jentera di akar umbi dan berdasarkan kepada pencapaian BN sendiri dalam menerajui negeri ini maka untuk menawan DUN Sungai Limau bukanlah sesuatu yang mustahil."

Tambah beliau lagi, dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, masyarakat tempatan dapat melihat bahawa BN menampilkan kebijaksanaan dalam pentadbiran tanpa ada perselisihan atau sikap saling memburukkan.

"Pemimpin-pemimpin BN enggan bersikap angkuh atau bangga diri apatah lagi untuk memburuk-burukkan kepimpinan terdahulu di negeri Kedah yang diterajui Pas malah dalam sidang Dewan Negeri baru-baru ini, kepimpinan BN telah dapat memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan beberapa isu tempatan.

"Ini antara lain adalah faktor yang boleh memberi sumbangan kepada kelancaran BN dan UMNO untuk menawan DUN Sungai Limau," jelasnya yang juga calon bagi jawatan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. – MediaUMNO

Kajian Halang Naik Pangkat Pegawai Perubatan Enggan Khidmat Di Pedalaman – Dr Hilmi

Posted: 10 Oct 2013 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kementerian Kesihatan akan mengkaji dasar baharu menghalang kenaikan pangkat mana-mana pegawai dan kakitangan perubatan yang enggan berkhidmat di kawasan pedalaman.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata kaedah itu adalah untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan pedalaman seterusnya mengatasi masalah kekurangan doktor di kawasan pedalaman.

“Ramai doktor enggan berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman serta pelbagai alasan diberi, contohnya doktor Semenanjung yang dihantar pergi Sabah dan Sarawak.

“Sebenarnya mereka juga turut diberi insentif tambahan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) iaitu elaun wilayah sebanyak 12.5 hingga 15 peratus daripada gaji asas sebulan dan ‘hardship allowance’ (elaun sukar hidup) sebanyak RM500 hingga RM1,500 jika menerima ‘attachment’ (penempatan) itu ke kawasan pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dr Hilmi berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Pau Chiong Ung yang ingin tahu tindakan KKM bagi mengatasi masalah kekurangan doktor di kawasan pedalaman.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata Malaysia akan mencapai nisbah pegawai perubatan kepada penduduk iaitu 1:434 menjelang tahun 2020 berikutan kadar pengeluaran graduan perubatan dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata buat masa sekarang, nisbah pegawai perubatan kepada penduduk di Malaysia ialah 1:758.

“Kementerian mempunyai jumlah pegawai perubatan yang mencukupi memandangkan jumlah graduan perubatan yang semakin meningkat setiap tahun. Bagaimanapun, kementerian masih menghadapi kekurangan pegawai perubatan pakar,” katanya.

Sehingga 30 Jun ini, jumlah keseluruhan pegawai perubatan ialah 25,616 orang dan daripada jumlah itu, seramai 3,598 orang adalah pegawai perubatan pakar.

Selain itu, Dr Hilmi berkata pelaksanaan moratorium yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri berkuatkuasa mulai 1 Mei 2011 hingga 30 April 2016, dan sehubungan itu penubuhan program perubatan baharu tidak dibenarkan.

“Pengiktirafan ke atas permohonan dari institusi baharu luar negara juga tidak dibuat, maka dijangkakan masalah lebihan bilangan doktor dalam negara akan dapat dielakkan,” katanya.

Institusi Keluarga Perlu Kukuh, Tangani Gejala Gangsterisme – Wan Junaidi

Posted: 10 Oct 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Institusi keluarga perlu diperkukuh sebagai membantu kerajaan menangani gejala gangsterisme yang semakin berleluasa dalam kalangan belia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata ibu bapa perlu memberi didikan sempurna khususnya keagamaan dan memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak agar tidak terjebak dalam gejala tidak sihat.

“Saya menyeru supaya institusi kekeluargaan dan budaya tegur-menegur diperkuatkan. Kalau dahulu masa zaman saya, apabila anak beritahu ayah dia dipukul sekali oleh cikgu, bapa akan pukul anak tiga kali.

“Tetapi sekarang, anak beritahu kena pukul, bapa bawa peguam atau bawa tukul untuk pukul cikgu. Siasat dahulu, tanya kesalahan anak sebelum melenting. Amalkan budaya timur dan tolak budaya individualistik dan materialistik,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayan Perumal yang ingin tahu langkah holistik kerajaan menangani isu gangsterisme.

Kepada soalan tambahan Senator Muhamad Yusof Husin mengenai tahap profesionalisme polis, beliau berkata polis sentiasa memantau aktviti dan kegiatan kumpulan samseng yang aktif di seluruh negara dengan meningkatkan risikan maklumat untuk mengenal pasti lokasi dan aktiviti.

“Kementerian juga menjalin kerjasama dengan negara jiran melalui perkongsian maklumat bagi mengesan mastermind yang melarikan diri ke negara berkaitan, atau menjadikan negara itu sebagai markas operasi kumpulan itu,” katanya.

Wan Junaidi berkata Malaysia dan negara Asean lain bersetuju mendapatkan bantuan teknikal, kepakaran dan teknologi terkini dari Jepun, Korea Selatan dan China bagi mengatasi gangasterisme di rantau ini.

Mengenai Ops Cantas, Wan Junaidi berkata dari 17 Ogos hingga 7 Okt lepas, seramai 15,877 orang ditangkap selain 469 senjata api dan senjata berbahaya serta 678 kenderaan dirampas.

Kejayaan paling ketara dalam tempoh 52 hari operasi itu ialah penurunan jenayah indeks terutama yang melibatkan jenayah kekerasan seperti bunuh yang menurun hampir 33 peratus iaitu daripada 104 kes kepada 69 kes, katanya.

Kontraktor Baru Dilantik Untuk Siapkan Projek Naik Taraf KKIA

Posted: 10 Oct 2013 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kontraktor baru telah dilantik untuk menyiapkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), yang tertangguh setelah kontraktor asal ditamatkan kontraknya.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata kontraktor bagi kerja-kerja mekanikal dan eletrikal memulakan tugas pada 12 Ogos lepas manakala kontraktor sivil dan struktur, pada 1 Okt.

Beliau berkata dua pakej disediakan untuk projek itu termasuk pakej kerja menaik taraf bangunan terminal yang siap sepenuhnya pada 2010.

Satu pakej lagi ialah kerja menaik taraf di Kawasan Lapangan Terbang (Airside) seperti pelebaran landasan, laluan teksi dan tempat parkir pesawat, penggantian kabel lampu landasan serta menaik taraf sistem bantuan komunikasi dan sistem bantuan navigasi, katanya ketika menjawab soalan senator Datuk Chin Su Phin di Persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Chin bertanya mengenai kerja yang masih tertangguh di KKIA dan tindakan kementerian untuk mengatasinya.

Ab. Aziz menjelaskan hanya kerja-kerja menaik taraf pakej kedua yang tertangguh dan mengalami kelewatan.

Menjawab soalan tambahan senator Datuk Lim Nget Yoon, beliau berkata walaupun kerja menaik taraf masih dijalankan, ia tidak menjejaskan aktiviti harian dan perkhidmatan di lapangan terbang itu.

“KKIA tidak mengalami kelewatan ketibaan pesawat akibat kerja menaik taraf itu dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang-penumpangnya,” katanya.

Kajian Halang Naik Pangkat Pegawai Perubatan Enggan Khidmat Di Pedalaman – Dr Hilmi

Posted: 10 Oct 2013 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kementerian Kesihatan akan mengkaji dasar baharu menghalang kenaikan pangkat mana-mana pegawai dan kakitangan perubatan yang enggan berkhidmat di kawasan pedalaman.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata kaedah itu adalah untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan pedalaman seterusnya mengatasi masalah kekurangan doktor di kawasan pedalaman.

“Ramai doktor enggan berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman serta pelbagai alasan diberi, contohnya doktor Semenanjung yang dihantar pergi Sabah dan Sarawak.

“Sebenarnya mereka juga turut diberi insentif tambahan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) iaitu elaun wilayah sebanyak 12.5 hingga 15 peratus daripada gaji asas sebulan dan ‘hardship allowance’ (elaun sukar hidup) sebanyak RM500 hingga RM1,500 jika menerima ‘attachment’ (penempatan) itu ke kawasan pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dr Hilmi berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Pau Chiong Ung yang ingin tahu tindakan KKM bagi mengatasi masalah kekurangan doktor di kawasan pedalaman.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata Malaysia akan mencapai nisbah pegawai perubatan kepada penduduk iaitu 1:434 menjelang tahun 2020 berikutan kadar pengeluaran graduan perubatan dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata buat masa sekarang, nisbah pegawai perubatan kepada penduduk di Malaysia ialah 1:758.

“Kementerian mempunyai jumlah pegawai perubatan yang mencukupi memandangkan jumlah graduan perubatan yang semakin meningkat setiap tahun. Bagaimanapun, kementerian masih menghadapi kekurangan pegawai perubatan pakar,” katanya.

Sehingga 30 Jun ini, jumlah keseluruhan pegawai perubatan ialah 25,616 orang dan daripada jumlah itu, seramai 3,598 orang adalah pegawai perubatan pakar.

Selain itu, Dr Hilmi berkata pelaksanaan moratorium yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri berkuatkuasa mulai 1 Mei 2011 hingga 30 April 2016, dan sehubungan itu penubuhan program perubatan baharu tidak dibenarkan.

“Pengiktirafan ke atas permohonan dari institusi baharu luar negara juga tidak dibuat, maka dijangkakan masalah lebihan bilangan doktor dalam negara akan dapat dielakkan,” katanya.

LCS, Aset Utama TLDM, Mula Beroperasi Pada 2018

Posted: 10 Oct 2013 03:48 AM PDT

KLANG, 10 Okt – Kapal tempur pesisir pantai (LCS), yang akan menjadi aset utama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mula beroperasi pada 2018 bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Beliau berkata sebanyak enam LCS akan menjalankan tugas rondaan terutamanya di kawasan tumpuan ekonomi negara.

“Pada masa yang sama pihak kementerian juga akan membeli aset-aset kritikal dari negara-negara yang mempunyai hubungan erat dengan negara kita dalam industri pertahanan kerana ia lebih murah dan cepat (diperoleh) serta berisiko rendah,” katanya selepas menghadiri Hari Media bersama Kementerian Pertahanan dan TLDM di sini hari ini.

Hishammuddin juga berkata kerajaan akan menggunakan syarikat tempatan bagi perolehan aset penting pertahanan negara.

Dalam majlis itu, beliau bersama media belayar menaiki kapal KD Kelantan dan KD Laksamana Tun Abdul Jamil.

Hishammuddin berkata, kementerian juga sedang berusaha mendapatkan asset penting pertahanan bagi memperkasa keupayaan pertahanan negara.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata dalam Belanjawan 2014 kementerian akan berusaha mendapatkan peralatan dan aset baharu bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan sejumlah besar peruntukan itu akan digunakan untuk menambah baik aset sedia ada di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah membuat beberapa perancangan bagi memantapkan keupayaan pertahanan negara antaranya menubuhkan pasukan marin Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membina pangkalan TLDM yang baharu di Bintulu, Sarawak.

Martabat Bahasa Melayu, Pelajari Bahasa Lain – Idris Jusoh

Posted: 10 Oct 2013 03:44 AM PDT

KOTA BAHARU, 10 Okt – Dalam memartabatkan bahasa Melayu, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) turut digalakan menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain sebagai persediaan untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan pelajar mempelajari bahasa lain kerana yakin bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak akan diabaikan.

“Kita belajar bahasa Inggeris dan bahasa lain, tidak bermakna kita melupakan bahasa Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.

Idris berkata menguasai bahasa Inggeris dengan baik adalah penting kerana ia merupakan bahasa antarabangsa dan juga bahasa ilmu.

“Bahasa Melayu akan sentiasa digunakan di IPT dan kita lihat bahasa Inggeris juga penting kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu. Ia (bahasa Inggeris) tidak akan menghakis penggunaan bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh enam tahun penubuhan UMK sejak 2007, universiti itu berjaya tampil sebagai sebuah universiti keusahawanan yang berkembang dengan baik.

“Kita dapat lihat UMK berjaya mewujudkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajarnya dan juga perkakasan yang terdapat di universiti berkenaan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor Datuk Dr Raduan Che Rose.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT