SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, October 30, 2013

UMNO Online - “Pas Timbulkan Isu Sebagai Pelemah, Wanita Yakin Sungai Limau Milik BN” plus 9 more

UMNO Online - “Pas Timbulkan Isu Sebagai Pelemah, Wanita Yakin Sungai Limau Milik BN” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pas Timbulkan Isu Sebagai Pelemah, Wanita Yakin Sungai Limau Milik BN

Posted: 29 Oct 2013 06:02 AM PDT

YAN, 29 Okt. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil yakin keikhlasan Barisan Nasional (BN) dalam membawa perubahan dan pembangunan kepada masyarakat setempat akan membawa hasil.

Katanya, penerimaan pengundi tempatan amat baik terhadap UMNO apatah lagi jentera parti khususnya Wanita UMNO semakin mantap kerana komited dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

"Sehingga setakat ini tidak ada apa-apa insiden negatif, cuma ada satu dua iaitu apabila ada Wanita yang nak masuk ke kawasan yang dianggap gelap maka jentera sebelah sana, ada sedikit memberi ugutan yang mungkin kerana mereka takut jika wanita UMNO dapat masuk ke kawasan-kawasan mereka, namun kita tidak takut kerana niat kita suci, tak nak berkelahi dengan sesiapa.

shahrizat-ketua-wanita-umno-bn-pengundi-kaum-cina-pekan-sungai-limau-luar-kempen-prk

"Saya dan jentera masuk ke kawasan yang dikatakan gelap, namun layanan begitu baik sekali. Kita cerita apa dia wawasan Perdana Menteri, apa dia wawasan Datuk Mukhriz selaku Menteri Besar yang baru di Kedah dan alhamdulillah, penduduk di Sungai Limau ini sayang kepada Datuk Seri Najib, sayang kepada Datuk Mukhriz dan mereka bisik kepada saya bahawa mereka akan beri kepercayaan kepada Datuk Mukhriz."

Jelas beliau, jentera wanita masuk ke kawasan-kawasan di Sungai Limau dan bertemu dengan pengundi, meminta mereka apalah kiranya memberi peluang kepada BN kerana sejak sekian lama kawasan ini tidak ada pembangunan dan BN sedia berkhidmat kepada masyarakat yang ada di sini.

"Negeri Kedah sudah ditadbir oleh BN, kerajaan Persekutuan pun BN jadi kalau di DUN Sungai Limau ini pun diberi kesempatan kepada BN maka alangkah cantiknya pentadbiran akan berjalan."

Katanya, mesej BN sangat mudah dan percaya kalau BN mempunyai harapan untuk menang di DUN Sungai Limau.

"Isu-isu yang dibawa oleh Pas di sini dianggap sebagai 'pelemah' (bohong). Mereka pelemah sana, pelemah sini, gempak sana, gempak sini tapi apa yang mereka dapat. Pembangunan mereka tak bawa masuk langsung di kawasan ini."

"Kita faham bahawa penduduk di sini dikaburkan dengan pemahaman yang tertutup tetapi dengan ruang dan peluang yang ada, mereka perlu berhijrah dari yang lama kepada yang baru, daripada keadaan yang tidak membangun kepada masa hadapan yang cerah, untuk anak muda, untuk wanita dan masa hadapan maka berhijrahlah," tegasnya. – MediaUMNO

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Sambut Baik Usaha Kerajaan Memartabatkan Institusi Pondok

Posted: 29 Oct 2013 06:00 AM PDT

YAN, 29 Okt – Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu memartabatkan institusi pondok di negara ini dengan memberikan peruntukkan dana sebanyak RM 50 juta untuk disalurkan sebagai bantuan kepada sekolah-sekolah pondok di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Ustaz Ashiq Elahi menyifatkan peruntukan sebanyak RM 50 juta yang diumumkan di dalam bajet 2104 kerajaan baru-baru ini sebagai bantuan kepada institusi pondok yang terbesar dalam sejarah negara.

"Jelas di sini memperlihatkan komitmen pimpinan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memertabatkan institusi pengajian agama di negara ini.

muhyiddin-sekolah-agama-maahad-tahfiz-madrasah-mazahirul-ulum-kampung-bukit-choras-sungai-limau-02

"Jadi saya mewakili rakan-rakan yang lain mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesungguhan yang diperlihatkan oleh pimpinan kerajaan dalam usaha untuk membantu institusi pengajian pondok di negara ini melalui pemberian dana dan sebagainya," jelasnya kepada UMNO-Online ketika ditemui di program ramah mesra bersama penduduk Bukit Choras bertempat di Madrasah Mazahirul Ulum dekat sini hari ini.

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa pemberian peruntukan tersebut adalah sebagai gula-gula dalamn usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November ini.

"Tidak timbul soal gula-gula pilihanraya dan sebagainya berhubung pemberian peruntukan dan bantuan kerajaan terhadap institusi pondok seperti yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini, kerana kami daripada yayasan telah pun dimaklumkan sejak dari awal tahun lagi tentang peruntukan yang akan diberikan kepada institusi pondok di negara ini.

"Kami memang telah ternanti-nanti akan pengumuman bajet tersebut dan apabila diumumkan, bagi kami ia seumpama durian runtuh terhadap kami pengusaha dan tenaga pengajar di pondok-pondok madrasah tahfiz dalam usaha membantu dan mengembangkan lagi institusi pengajian pondok di Kedah khususnya dan di seluruh negara amnya,"ujarnya.

Manakala bagi Pengerusi Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras, Ustaz Shahrul Nizam Salleh, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana menggerakan hati pimpinan kerajaan untuk berterusan membantu institusi pondok di negara ini.

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang juga telah memberikan bantuan sebanyak RM 350 ribu untuk pembinaan bangunan dan sebanyak RM 50 ribu bagi membina jalan di madrasah Mazahirul Ulum ini.

"Saya juga berharap agar kerajaan meneruskan peruntukan dan bantuan seperti ini dan jangan dihentikan sehinggalah kita dapat mencapai matlamat yang sebenar agar umat Islam mempunyai pengetahuan agama yang cukup serta dapat pula menyebarkan Islam baik di dalam mahupun di luar negara," kata beliau.

Beliau juga berpendapat bahawa segala peruntukan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan hari ini membuktikan bahawa pimpinan kerajaan yang diketuai oleh umat Islam telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk perkembangan Islam di negara ini.

"Alhamdulillah ini menandakan sokongan pemimpin negara untuk terus memartabatkan Islam di negara ini dengan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada institusi pengajian pondok di negara ini.

"Saya juga minta mana-mana pihak yang mendakwa kerajaan hari ini tidak membantu perkembangan Islam dan pengajian pondok menghentikan dakwaan seperti itu kerana ia tidak baik dan akan menimbulkan pecah belah di kalangan umat Islam di negara ini," tegasnya. -MediaUMNO

Malaysia Akan Adakan Eksesais Pertama Dengan China Mulai Tahun Depan

Posted: 29 Oct 2013 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Malaysia dan China akan mengadakan eksesais bersama buat pertama kalinya pada tahun depan sejak Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pertahanan ditandatangani pada 2005.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dalam lawatan kerja sulungnya ke Beijing selepas memegang jawatan itu Mei lalu, berkata Malaysia bercadang mengadakan eksesais antara perkhidmatan dengan China melibatkan disiplin darat, laut dan udara.

Beliau berkata eksesais itu adalah antara persetujuan dicapai semasa pertemuan beliau dengan Menteri Pertahanan China, Jeneral Chang Wanquan pada Selasa, demi meningkatkan kerjasama strategik yang lebih komprehensif.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk merapatkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan terutamanya melalui eksesais bersama, pertukaran pegawai-pegawai tentera laut dan ketenteraan (lain), penubuhan kerjasama dalam bidang industri pertahanan, usaha-usaha memerangi keganasan, dan jenayah transnasional,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau dikirim dari Beijing kepada Bernama di sini.

Lawatan Hishammuddin itu untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara kedua-dua negara selain menyusuli lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 3 hingga 5 Okt lalu.

Malaysia mempunyai hubungan rasmi pertahanan dengan China sejak 2005 dan hubungan itu adalah baik tetapi terhad kepada pertukaran lawatan dan pendidikan.

Lawatan itu juga menjadi mercu tanda kepada ulang tahun ke-40 Persahabatan Malaysia-China yang akan disambut pada tahun depan, kata Hishammuddin.

Beliau turut mengundang Jeneral Chang untuk melawat Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah bagi sama-sama melancarkan penubuhan ‘hubungan terus’ antara Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dengan Pemerintah Armada Laut Selatan China.

Hishammuddin turut menemui beberapa pemimpin tertinggi lain China termasuk Timbalan Pengerusi 1 Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Jeneral Fan Changlong.

Hishammuddin turut dibawa melawat ibu pejabat Pemerintah Armada Laut Selatan China yang terletak di Zhanjiang dan melawat Wilayah Ketenteraan Guangzhou, yang merupakan salah satu daripada tujuh wilayah pentadbiran ketenteraan di China.

“Dengan lawatan ini, hubungan pertahanan Malaysia-China diharap dapat diperkembang ke bidang-bidang lain dan mengukuhkan interaksi antara kedua-dua negara,” katanya.

GST Will Not Burden People, Says Hasan Malek

Posted: 29 Oct 2013 05:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 29 – The implementation of the Goods and Services Tax (GST) in 2015 will not impose any burden on the people or incur losses for the country, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Hasan Malek said today.

The six per cent GST would replace the existing sales and service taxes amounting to 16 per cent, he said at a school cooperative entrepreneurship event, here.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also the finance minister, announced that the GST would be implemented on April 1, 2015, when he tabled Budget 2014 in the Dewan Rakyat last Friday.

On the suggestion for several sectors or essential goods to be exempted from the GST, Hasan said the government was open to suggestions to improve or streamline the proposed new tax.

On another matter, he said the ministry’s officers would go around the country to explain the rationale for the government’s removal of the subsidy for sugar on Oct 25.

“Although it was an unpopular decision, it was made with the people’s health at heart and, hopefully, will be well-received,” he said.

Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut, Pahang, won the ‘best cooperative’ award of RM12,000 cash, a travel package valued at RM3,000 and a certificate.

For the record, as of September this year, there were 2,288 school cooperatives out of the 10,769 registered cooperatives with a membership of 2.16 million.

PAS Youth Accepts Muhyiddin’s Explanation On Azizan Statement

Posted: 29 Oct 2013 05:49 AM PDT

YAN, Oct 29  - The issue over Tan Sri Muhyiddin Yassin’s statement about diabetes which was said to have allegedly insulted former Kedah menteri besar and Sungai Limau state assemblyman Tan Sri Azizan Abdul Razak has been resolved following the Kedah PAS Youth’s acceptance of his explanation today.

The Deputy Prime Minister said the statement during his meeting with parents and teachers at Sekolah Kebangsaan Sungai Limau last Saturday was only on the abolition of the sugar subsidy in the 2014 Budget and health matters and not to tarnish or belittle the late Azizan’s name.

“There was no intention to belittle him (Azizan). However, if the statement was misinterpreted or had hurt the feelings of his family, I apologise. I hope they can accept this explanation with an open heart.

“As Muslims it’s important for us to forgive and forget. I was only talking about the budget and of benefits to the people. So I hope it has not been taken advantage of (as a political ploy by PAS),” he told reporters after attending a gathering with Bukit Choras residents, near here today.

Earlier, after the Asar prayers at the Nurul Huda Mosque, the state PAS Youth chief Nasir Zakaria had approached Muhyiddin asking for an explanation on the matter.

The opposition party and its Youth wing had urged for Muhyiddin to retract the statement for allegedly upsetting and hurting the family of the late menteri besar.

Muhyiddin further emphasised that Minister in Prime Minister Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom, who was present that day, could vouch that he had only touched upon the budget.

Meanwhile, Nasir said they have accepted Muhyiddin’s explanation and furthermore the information on the statement was obtained secondhand.

“Some people were disappointed about it and Kedah Youth were pressured to do something. So we passed on this message to the Deputy Prime Minister. Tan Sri (Muhyiddin) said he may have been misquoted or misinterpreted.

“It was a perception that his views had hurt not only the Sungai Limau residents but Azizan’s family. We had to resolve the matter and I feel they’re satisfied with the explanation now,” he said.

Kerajaan Komited Teruskan Usaha Semarak Syiar Islam – Muhyiddin

Posted: 29 Oct 2013 05:44 AM PDT

YAN, 29 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyemarakkan syiar Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia hari ini menjadi contoh banyak negara Islam, khususnya dalam pembangunan iktisad (ekonomi) dan pendidikan.

Katanya, usaha kerajaan menubuhkan pelbagai institusi seperti Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tabung Haji dan Takaful telah memberi banyak manfaat kepada umat Islam.

muhyiddin-sekolah-agama-maahad-tahfiz-madrasah-mazahirul-ulum-kampung-bukit-choras-sungai-limau-01

“Institusi-institusi ini juga telah dikembangkan dari tahun ke tahun. Saya tidak tahu berapa besar aset umat Islam di institusi yang dibangunkan ini, tapi pastinya bukan kecil. Ini adalah pencapaian dan kemajuan yang boleh dibanggakan,” katanya semasa berucap pada program “Sepetang Bersama Penduduk Bukit Choras” di Madrasah Mazahirul Ulum dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Madrasah Mazahirul Ulum Shahrunizam Salleh.

Menyentuh mengenai pendidikan, Muhyiddin berkata adalah penting bagi melengkapkan generasi muda dengan ilmu pengetahuan Islam termasuk soal akidah, akhlak dan moral dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran pada masa ini.

“Pendidikan Islam akan diperkukuhkan lagi terutama bagi menghadapi cabaran baharu. Kita hendak tentukan melalui sistem pendidikan, anak-anak boleh menimba ilmu Islam sampai ke universiti di dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau juga berkata tiada negara Islam lain yang meletakkan Islam di tahap yang begitu tinggi sebagaimana dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun kebanyakan urusan berkaitan agama Islam adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, namun kerajaan Persekutuan tidak pernah mengambil sikap lepas tangan.

Merujuk kepada Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat pada Jumaat lepas,  Timbalan Perdana Menteri berkata lebih RM200 bilion diperuntukkan untuk pembangunan rakyat di negara ini.

Muhyiddin juga menegaskan peruntukan RM50 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat bukanlah ‘gula-gula’ sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, khususnya apabila terdapat banyak sekolah jenis itu di kawasan ini.

“Tahun lepas pun kita buat tapi tidak diumumkan. Lepas pilihan raya (kecil) ini, kalau ada lagi peruntukan kita akan teruskan,” katanya.

Muhyiddin turut meluangkan masa untuk minum petang bersama penduduk dan pelajar madrasah itu.

muhyiddin-sekolah-agama-maahad-tahfiz-madrasah-mazahirul-ulum-kampung-bukit-choras-sungai-limau-02

calon-bn-sohaimi-lazim-muhyiddin-sekolah-agama-maahad-tahfiz-madrasah-mazahirul-ulum-kampung-bukit-choras-sungai-limau

Voters In Sungai Limau Seem Prepared For Change – Khairy

Posted: 29 Oct 2013 02:51 AM PDT

YAN, Oct 29 – Voters in the Sungai Limau state seat seem prepared to make a “penghijrahan” or change, including in four black areas that have been penetrated by the Barisan Nasional (BN) machinery.

The four areas which are PAS strongholds are Bukit Choras, Bukit Besar, Permatang Buluh and Selengkoh.

BN Youth chief, Khairy Jamaluddin said BN would have a good chance in the by-election if PAS’ majority in its four strongholds in the constituency could be reduced.

“I was told that previously, you couldn’t even put up a BN flag in Bukit Besar but now, BN flags are flying there and you can also find BN posters and buntings all over. In fact, there are even staunch PAS supporters who are with us now.

“Whether they have become part of our machinery, supporting us or visiting our operations room in the polling districts, these are good signs. It means they are prepared to make a change,” he told reporters after visiting the polling district centres of Bukit Besar and Permatang Buluh, here, including four houses in Bukit Besar, today.

Khairy, who is also Youth and Sports Minister, said the young generation’s high hopes of seeing development and change in the area, was among the factors for increasing support among them for BN.

“They know that development and change can only come about if the area’s elected representative is from the same party that is administering the state and country.”

He said a moderate approach would continue to be used by BN Youth in the by-election campaign which included visiting voters from house to house and holding small-scale ceramah.

In a related development, Khairy who is also Umno Youth head, expressed regret that the good image of former Kedah menteri besar, the late Tan Sri Azizan Abdul Razak who was the incumbent from 1995 until his death recently on Sept 26, had been exploited by PAS in the Sungai Limau by-election campaign.

“I regret that the (superimposed) photograph is being disseminated just to show that the PAS candidate was close to the late Azizan as he knows that Ustaz Azizan was a well-respected figure. This is aimed at gaining the support of those who loved the late Azizan,” he said.

He was asked to comment on the said use of the superimposed photograph by PAS candidate Mohd Azam Abd Samat in his profile document for the by-election.- MediaUMNO

Subsidi Bina Rumah Mampu Milik Wajar Diperluas Kepada Pemilik Tanah Persendirian

Posted: 29 Oct 2013 01:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Subsidi RM30,000 yang ditawarkan kepada pemaju perumahan swasta yang membina rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) harus diperluaskan kepada pemilik tanah persendirian.

Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa), yang menyarankan demikian, berkata insentif itu diyakini mampu menarik pemilik persendirian yang memiliki tanah kecil khususnya di kawasan bandar, untuk membina rumah berkenaan dalam skala kecil.

Sambil memberi contoh Kampung Baru di sini yang berpotensi besar untuk dibangunkan, beliau berkata ia antara kawasan yang wajar dipertimbang untuk diberi subsidi itu kerana ia mempunyai 880 lot dengan keluasan 92 hektar yang dimiliki 5,000 pewaris.

“Jika insentif ini diperluaskan, mungkin pemilik-pemilik tanah yang kecil ini boleh bina enam atau lapan unit rumah, sekaligus ini boleh membantu pembinaan lebih banyak rumah mampu milik,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 yang antara lain memperkenal Skim MyHome untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana dengan menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta.

Beberapa kriteria ditetapkan untuk skim itu termasuk pemaju mesti membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan.

Kriteria lain ialah penetapan harga jualan maksimum rumah kos rendah pada harga RM45,000 dan kos sederhana RM170,000.

Dalam pada itu, Johari turut menyarankan kerajaan supaya mewujudkan sistem pemantauan bagi pembinaan 223,000 unit rumah mampu milik oleh kerajaan dan swasta bagi memastikan ia mematuhi jangka masa dan kualiti ditetapkan.

Beliau turut menekankan pentingnya lokasi rumah mampu milik dibina berdekatan dengan infrastruktur pengangkutan seperti transit aliran ringan (LRT), komuter, monorel dan aliran transit massa (MRT).

“Tidak guna bina rumah mewah di sekitar kawasan yang ada infrastruktur sebab orang kaya tidak menggunakan kemudahan MRT.

“Sebaliknya, bagi masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana, keperluan itu amat penting…ia akan menyebabkan kuasa beli golongan ini meningkat kerana mereka tidak perlu mengeluarkan duit petrol dan membayar ansuran kereta apabila tinggal berdekatan dengan stesen pengangkutan awam,” katanya.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) supaya kerajaan memastikan rumah mampu milik tidak dijual semula dalam tempoh antara 10 hingga 20 tahun. – MediaUMNO

Penerimaan Pengundi Muda Terhadap BN Di Sungai Limau Makin Meningkat – Khairy

Posted: 29 Oct 2013 12:42 AM PDT

YAN 29 Okt – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khary Jamaluddin melihat penerimaaan pengundi muda di Sungai Limau terhadap calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim semakin meningkat.

Menurut beliau antara faktor peningkatan sokongan tersebut adalah harapan generasi muda di kawasan berkenaan yang ingin melihat kemajuan dan juga peluang ekonomi di kawasan Sungai Limau.

"Mereka menaruh harapan tinggi bahawa kemajuan dan perubahan ini hanya dapat dibuat sekiranya wakil rakyat di sini adalah wakil rakyat daripada kerajaan parti yang sama yang mentadbir kerajaan negeri dan pusat iaitu BN.

"Selain itu, mungkin sebab pada penggal yang lepas mereka dapat seorang MB, Allahyarham Tan Sri Azizan  sebagai wakil rakyat.  Jadi kali ini mereka nak pastikan mereka juga akan dapat tumpuan daripada kerajaan negeri dan mereka tahu kerajaan negeri sekarang adalah kerajaan BN.

"Atas sebab itu saya nampak  mereka sudah bersedia untuk memberi sokongan kepada BN dengan harapan kerajaan BN d iperingkat negeri yang dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir  dan kerajaan di peringkat pusat dapat membawa pembangunan tersebut," katanya.

khairy-ketua-azwan-naib-pemuda-umno-bn-kempen-prk-sungai-limau-belia-kedah

Beliau berkata demikian selepas ramah mesra bersama jentera Pemuda di Peti Undi Matang Buloh, dekat sini. Turut serta Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun serta barisan Exco yang lain dan pimpinan Pemuda BN yang lain.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan pergerakan itu menyesuaikan pelbagai bentuk program untuk golongan muda berasaskan kepada kesesuaian semasa di Sungai Limau.

"Kita tidak anjurkan program besar-besaran…Kita gunakan pendekatan yang sesuai untuk Sungai Limau ini. Pendekatan kita lebih kepada program yang dibuat di peringkat peti undi. Kita dah buat banyak program peringkat PDM dan exco angkat serta Pemuda negeri angkat serta Pemuda bahagain dah buat banyak program.

" Program ziarah rumah ke rumah, buat program bantuan peralatan sukan, program santai, sembang, tidak lupa juga dengan ceramah kelompok. Ceramah tak besar. Sasaran dalam 100 orang…Pendekatan kita walaupun 'low profile' bagi saya berkesan yang mana beroperasi di peringkat PDM," katanya.

Terdahulu sebelum itu dalam ucapannya di Majlis Santai di Peti Undi Bukit Besar, Khairy berkata sekiranya pengundi Sungai Limau berani hijrah pada pilihan raya kali ini, ianya akan memberi satu perubahan kepada kawasan berkenaan.

"Saya nampak perubahan ke arah itu ada….dan ianya satu isyarat yang baik apabila saya difahamkan bahawa ada sesetengah tempat seperti di Bukit Besar dulunya susah untuk BN masuk. Sekarang ini kita tengok bendera dan poster serta banting calon BN dapat dinaikkan.

"Cuma tinggal lagi kepercayaan kepada calon kita… Saya lihat slogan 'Berani Hijrah'  yang dipilih oleh MB, Datuk Mukhriz  amat tepat sekali. Sebab kita nak beri keyakian kepada rakyat beranikan diri mereka untuk cuba BN. Kali ini BN adalah kerajaan dan mereka tak akan rugi kalau pilih BN sebab BN adalah kerajaan," ujar beliau. -MediaUMNO

DBKL Peruntuk RM80.69 Juta Selenggara Perumahan Awam, PPR

Posted: 29 Oct 2013 12:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan sejumlah RM80.69 juta tahun ini bagi tujuan penyelenggaraan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata daripada jumlah itu peruntukan untuk kerja awam adalah sebanyak RM32.03 juta, elektrik (RM24.96 juta), mekanikal (RM12.2 juta) dan membaiki lif (RM11.5 juta).

Bagi tujuan pembersihan di Bandaraya Kuala Lumpur pula, beliau berkata DBKL telah memperuntukkan sejumlah RM199.73 juta tahun ini berbanding RM195.1 juta tahun lepas.

Daripada jumlah itu, Dr J. Loga Bala berkata sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembersihan dan pencucian siar kaki, jalan, longkang dan kutipan sampah.

Sejumlah RM35 juta diperuntukkan untuk kerja operasi dan penyelenggaraan komprehensif stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, RM28 juta diperuntukkan untuk yuran ‘tipping’ bagi pelupusan sisa pepejal di Bukit Tagar.

Selain itu, katanya sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan rumah sampah dan RM180 juta untuk menurunkan iklan-iklan haram.

Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang ingin tahu mengenai perbelanjaan yang diagihkan kepada DBKL untuk tujuan PA dan PPR serta peruntukan untuk tujuan kebersihan Bandaraya Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT