SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, October 6, 2013

UMNO Online - “Jangan Jadikan Pemilihan Umno ‘Pesta’ Cari Tukang Karut – Tengku Adnan” plus 9 more

UMNO Online - “Jangan Jadikan Pemilihan Umno ‘Pesta’ Cari Tukang Karut – Tengku Adnan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jangan Jadikan Pemilihan Umno ‘Pesta’ Cari Tukang Karut – Tengku Adnan

Posted: 05 Oct 2013 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota parti agar mematuhi peraturan dan etika ditetapkan bagi memastikan pemilihan parti tidak menjadi ‘pesta’ mencari tukang karut atau tukang nyanyi.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berstruktur, etika dan peraturan dalam pemilihan Umno sudah lama wujud serta diamalkan, dan ia juga diluluskan anggota Umno sendiri.

tengku-adnan-mansor-menteri-bn-umno-wilayah

“Tak payahlah kita nak ghairah buat satu keadaan di mana pemilihan Umno ini dijadikan sebagai pesta. Jangan… kita nak pilih pemimpin, bukan nak pilih tukang nyanyi atau tukang karut, kita nak pilih pemimpin untuk masa depan negara.

“Apa yang dalam etika kata boleh buat, buat, kalau tak boleh buat, jangan buat. Jika esok ada yang tertangkap (disebabkan pelanggaran etika), jangan salahkan mana-mana pihak kerana kita juga adalah parti yang punya struktur.

“Saya harap sesiapa yang bertanding pada pemilihan kali ini sentiasa mengingati cogan kata Umno iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Perumahan Awam Sementara Air Panas A, dekat sini, yang berlaku pagi tadi.

Beberapa pemimpin dan calon yang bertanding mempersoal tata etika, yang antara lain, tidak membenarkan calon berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diatur Badan Perhubungan Umno setiap negeri.

Mereka berpendapat keadaan itu menyukarkan mereka berkempen terutama calon yang kurang dikenali perwakilan.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa kebakaran selain memberi jaminan akan memindahkan mereka ke PPR Bukit Jalil dengan segera.
Beliau turut mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memindahkan 186 penduduk lain ke PPR Bukit Jalil memandangkan kawasan perumahan kayu yang sudah usang itu berisiko tinggi terbakar.

“Kita akan menyediakan kemudahan logistik semasa proses perpindahan itu. Kita mahu rakyat Wilayah Persekutuan mendapat kehidupan lebih lestari dan mereka sentiasa gembira,” katanya.

Kod Etika Pemilihan UMNO Relevan – Hishammuddin

Posted: 05 Oct 2013 07:09 AM PDT

KLUANG, 5 Okt – Penyandang Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kod etika pemilihan Umno kali ini adalah relevan dan tidak menyukarkan calon-calon untuk berkempen.

hishammuddin-menteri-umno-bn-pemilihan-naib-presiden

Beliau berkata calon-calon dalam pemilihan Umno boleh menggunakan alam siber untuk berkempen tanpa perlu turun ke padang untuk bertemu dengan perwakilan.

“Orang politik jikalau hendak berkempen dia akan mencari cara untuk berkempen. Peraturan (kod etika pemilihan Umno) masih relevan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Mindef di sini, hari ini.

Kod etika pemilihan itu bertujuan untuk membendung budaya tidak sihat ketika berkempen seperti rasuah, fitnah, menanam kebencian sehingga merosakkan perjuangan parti dan memecah-belah perpaduan, katanya.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, turut meminta Jawatankuasa Disiplin Umno untuk bertindak jika ada di antara calon-calon yang menggunakan cara-cara tidak sihat untuk berkempen.

Code Of Ethics For Umno Elections Relevant – Hishammuddin

Posted: 05 Oct 2013 04:19 AM PDT

KLUANG, Oct 5 – Incumbent Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein said Umno’s code of ethics for its elections were still relevant and did not make it difficult for candidates to campaign.

Hishammuddin, who is also Defence Minister, said candidates could turn to cyberspace to campaign without having to go down the the ground to meet voting delegates.

“Politicians are very resourceful people, they will find a way (to campaign). The code of ethics is still relevant,” he told reporters after launching the 1Mindef Carnival here today.

He said the code was introduced to curb unhealthy political culture like corruption, slander, spreading hatred and others, all which would be detrimental to the party.

However, he said while it was still relevant, it should also be enforced in fair and transparent manner.

He added that it was incumbent upon Umno’s disciplinary council to come down hard on those who did not follow the rules.

Meanwhile, asked to comment on DAP publicity chief Tony Pua allegedly labelling the Utusan Malaysia newspaper as “anjing Umno” (Umno’s running dog) following the controversy on DAP’s polls for its Central Executive Committee), Hishammuddin said if true, it showed the DAP leader was an insolent person.

On fears that Filipino rebel leader Nur Misuari, who is being hunted down by the Philippines army, might slip into Sabah, he said the armed forces and and police were prepared for all scenarios.

“We also have very good relations with Philippines intelligence agencies,” he added.

Dr Mahathir Proposes Association In Memory Of Admiral Cheng Ho

Posted: 05 Oct 2013 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 5 – Tun Dr Mahathir Mohamad has proposed that Malaysia and China set up a business and trade association to serve as platform to further boost the bilateral relationships of the two countries.

Making the proposal to China’s President Xi Jinping during a meeting here today, the former prime minister proposed that the association be called the ‘Cheng Ho Multi-cultural and Friendship Association’.

Speaking to reporters after the meeting at a hotel here, Dr Mahathir said the idea for the association was also to remember the Ming Dynasty seafarer Admiral Cheng Ho’s contributions to the Malaysia-China relationship.

“He (Xi) is very supportive of that proposal,” he said, adding that he hoped the association could be set up soon.

Xi ended his three-day state visit to Malaysia today.

Dr Mahathir noted that Xi had also voiced concern over the shipping congestion issue at the Straits of Melaka.

“We need to reduce the number of ships passing through the Straits by building a pipeline in the north to take the oil and other products across the Peninsular without having to go around the Peninsular.

“So, he (Xi) will consider this because he thinks this is a good idea and he will see what he can do to support it,” he added.

Other issues discussed in the hour-long meeting included intensifying trade volume between both countries, said Dr Mahathir.

“We like to see more Chinese investments in Malaysia. At the moment, Malaysia’s investment in China is more than Chinese investments in Malaysia,” he added.

Dr Mahathir had also invited Xi to encourage more Chinese to invest in the Rubber City and the Automotive Components City, to be built at Kota Putra, situated at the Malaysia-Thai border.

Jabatan Khidmat Negara Perkenal Dua Submodul Baharu Di Kem PLKN Tahun Depan

Posted: 05 Oct 2013 04:12 AM PDT

KLUANG, 5 Okt – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan dua submodul baharu — Malaysia Berdaulat dan Klik Bijak@PLKN –di kem-kem latihan khidmat negara mulai Januari tahun depan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata submodul Malaysia Berdaulat adalah di dalam Modul Kenegaraan manakala submodul Klik Bijak@PLKN pula sebahagian daripada Modul Pembinaan Karakter.

“Pengenalan submodul Malaysia Berdaulat bertitik tolak daripada insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Mindef di sini, hari ini.

Ia bertujuan memastikan setiap rakyat Malaysia khususnya generasi muda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi serta memahami asas kedaulatan negara, katanya.

Pada ketika ini kata Hishammuddin, submodul ini sedang dilaksanakan secara projek perintis di sembilan kem PLKN di Pahang mulai Ogos lepas melibatkan 180 jurulatih PLKN.

Katanya, 25 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memegang Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) telah dikenal pasti untuk berkongsi pengalaman mereka dengan pelatih Khidmat Negara.

Sebahagian daripada mereka telah mula melawat kem-kem PLKN, katanya.

Mengenai submodul Klik Bijak@PLKN pula, Hishammuddin berkata ia akan menyertakan elemen-elemen yang mampu mendidik pelatih PLKN tentang keselamatan, waspada dan tanggungjawab ketika melayari internet dan menggunakan media sosial.

“Sub-Modul ini membolehkan pelatih PLKN menilai dan menganalisis kesahihan maklumat yang dipaparkan dalam internet dan berteraskan prinsip Rukun Negara serta selari dengan Kempen Budi Bahasa dan nilai murni,” katanya.

Submodul itu menurut beliau, akan mula diperkenalkan kepada pelatih Kumpulan 3 Siri 10/2013 menerusi perlaksanaan projek perintis di tujuh Kem PLKN Zon C di Selangor.

Setakat ini, seramai 140 jurulatih PLKN di Selangor terlibat mengajar submodul ini, katanya.

Lebih 380,000 Individu Diperiksa Dalam Ops Cantas Sejak 17 Ogos Lalu

Posted: 05 Oct 2013 04:10 AM PDT

MELAKA, 5 Okt – Seramai 380,343 orang telah diperiksa dalam Ops Cantas yang dijalankan sejak 17 Ogos lepas sehingga semalam di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 178,217 merupakan kaum Melayu, Cina (77,104); India (73,505) dan lain-lain (51,517).

polis-pdrm-malaysia-gerak-khas-unit-ops-cantas-gangster-tembak-pistol-senjata

“Daripada jumlah itu, polis berjaya menahan seramai 14,511 anggota kumpulan kongsi gelap dan samseng,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ahmad Zahid berkata Selangor mencatat tangkapan paling tinggi dengan 6,191 individu diikuti Johor (2,682) dan Kuala Lumpur (1,185).

Bagi negeri Melaka sahaja, Ahmad Zahid berkata seramai 2,600 individu diperiksa dan mereka yang didapati terlibat dalam kes jenayah akan dibawa ke mahkamah.

Katanya beliau berpuas hati dengan tindakan polis Melaka dalam membanteras jenayah bagi memastikan negeri yang terkenal dengan destinasi pelancongan itu berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menunggu Akta Pencegahan Jenayah (PCA) untuk dikuatkuasakan setelah ia diwartakan nanti.

“Dengan taring baharu melalui PCA yang diberikan kepada polis ini, ia telah memulihkan semula semangat di kalangan pegawai dan anggota polis untuk memerangi jenayah,” katanya.

Terdahulu di KUALA TERENGGANU, Ahmad Zahid berkata kerjasama padu pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) berjaya meletakkan Terengganu sebagai negeri sifar jenayah berat.

Komitmen tinggi rakyat di negeri ini yang memberi kerjasama kepada polis dalam membanteras jenayah seumpama itu turut membantu Terengganu berada pada kedudukan itu, katanya ketika ditemui pada majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di sini hari ini.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan perkhidmatan PDRM di negeri ini termasuk membina kompleks baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

“Mengikut perancangan, kompleks baharu itu akan dibina di satu lokasi di kawasan pentadbiran baharu negeri di Kuala Nerus dengan anggaran kos kira-kira RM200 juta,” katanya.

S’gor Adakan Simulasi Pemilihan UMNO Peringkat Negeri

Posted: 05 Oct 2013 04:06 AM PDT

SHAH ALAM, 5 Okt – Umno Selangor hari ini mengadakan Simulasi Pemilihan Umno 2013 peringkat negeri, bagi memberi lebih pemahaman kepada anggota jawatankuasa pemilihan dalam mengendalikan sistem baharu pemilihan barisan kepimpinan parti pada 12 dan 19 Okt ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Umno Selangor Datuk Salamon Salamat berkata inisiatif itu diambil memandangkan jawatankuasa pemilihan berdepan cabaran besar apabila hak mengundi kepimpinan kali ini dikembalikan kepada perwakilan di peringkat akar umbi.

“Sebab itu jawatankuasa pemilihan yang terlibat di peringkat akar umbi bahagian mesti tahu prosedur pemilihan,” katanya kepada pemberita selepas simulasi yang berlangsung di Dewan Annex, Universiti Teknologi Mara di sini.

Katanya menerusi simulasi itu juga pihaknya meneliti masalah di peringkat bawah dan mempertimbang langkah sewajarnya untuk menangani isu yang mungkin berbangkit pada hari pemilihan.

“Sekiranya jawatankuasa pemilihan di peringkat bahagian dapati situasi yang memerlukan bantuan daripada Umno negeri kita akan berikan bantuan,” katanya.

Beliau berkata sesi simulasi itu membabitkan 400 perwakilan dari Umno Shah Alam bermula pukul 8 pagi hingga 1 petang.

simulasi-pemilihan-undi-mengundi-umno-2013-selangor-01

simulasi-pemilihan-undi-mengundi-umno-2013-selangor-03

simulasi-pemilihan-undi-mengundi-umno-2013-selangor-02

Patuhi Peraturan Pemilihan, Jaga Perpaduan, Kata Najib

Posted: 05 Oct 2013 04:01 AM PDT

PEKAN, 5 Okt – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua calon yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjaga perpaduan parti.

Perdana Menteri berkata hanya menerusi perpaduan, Umno akan terus berjaya dalam perjuangannya bagi membela bangsa, agama dan negara.

“Jaga perpaduan dalam pemilihan Umno…kalau kita bersatu, kita akan berjaya dalam perjuangan kita,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah dan wakalah lembu korban sempena Aidiladha kepada surau dan masjid di kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

najib-masjid-salam-puasa-ramadan-malaysia

Beliau berkata calon yang bertanding perlulah menjaga kepentingan parti dan tidak mengutamakan kepentingan diri atau kebendaan semata-mata dalam perjuangan mereka.

Dengan mengambil iktibar daripada peristiwa korban dalam Islam, Najib berkata prinsip perjuangan Umno perlulah berlandaskan kepada dua perkara iaitu ketaatan kepada Tuhan dan sanggup melakukan pergorbanan demi perjuangan kepada bangsa dan negara.

Katanya perjuangan tidak boleh dilihat kepada perjuangan peribadi semata-mata, tetapi ianya menuntut kepada pergorbanan bagi mencapai matlamat perjuangan itu.

Perdana Menteri berkata peristiwa korban dalam Islam melibatkan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail, menuntut umat Islam supaya memahami bahawa skop pergorbanan itu sebenarnya luas, asalkan berpaksi kepada ketaatan kepada Allah swt.

Beliau berkata para pejuang Umno pada peringkat awal juga sebenarnya telah berkorban nyawa dalam menuntut kemerdekaan negara ini.

“Kita berjaya menempuh ujian kerana ada sebahagian daripada kita yang sanggup melakukan pengorbanan yang mutlak iaitu dengan nyawa mereka sendiri semata-mata menghadapi cabaran bangsa, agama dan negara.

“Perjuangan melalui Umno pula, kita berkorban dan berjuang dalam satu barisan dan mengutamakan perpaduan rakyat semasa kita mencapai kemerdekaan dulu, dan ini menjadi pengajaran serta ramuan kepada pembentukan negara kita,” katanya.

Menurut Najib, Umno kini menghadapi cabaran berbeza namun semangat perjuangan dan pengorbanan para pengasas Umno perlu dihayati dalam menghadapi cabaran pada masa kini.

“Ancaman pada abad ke-21 berbeza sewaktu kita menuntut kemerdekaan atau melalui proses pasca-merdeka, tetapi nilainya yang perlu dihayati dan ia tidak lari daripada apa yang dilakukan dan ini berkaitan dengan ibadah korban, jika kita sanggup berkorban dan bertindak dalam ikatan yang padu, Allah akan member kemenangan kepada kita,” katanya.

Pada majlis itu Najib menyerahkan 303 ekor lembu untuk diagihkan kepada masjid dan surau untuk ibadah korban sempena Aidiladha.

Najib To Lead Malaysian Delegation To Apec Summit

Posted: 05 Oct 2013 01:42 AM PDT

NUSA DUA (BALI), Oct 5 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will lead the Malaysian delegation to the two-day Asia Pacific Economic Cooperation (Apec) Leaders Summit in Bali, Indonesia, beginning Oct 7.

About 15 leaders and six special representatives from member countries are expected to attend the summit including China’s President Xi Jinping and Canadian Prime Minister Stephen Harper.

United States President Barack Obama has confirmed that he will not attend the forum’s summit and will be represented by Secretary of State John Kerry.

Deputy Foreign Minister Datuk Hamzah Zainudin said Obama’s absence would not jeopardise the smooth running of the summit but several meetings scheduled with other economic leaders would have to be cancelled.

“The Apec Summit usually involves economic leaders including Obama but since he will not be able to attend, his representative will be there.

“As such, all decisions made at the summit will have inputs from representatives of participating economies including the voice of the United States,” he told a press conference here today.

Najib is also scheduled to hold bilateral meetings with his counterparts from Australia and New Zealand on the sidelines of the summit.

It is understood that Najib will also meet Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono.

This year’s Apec Summit, themed “Towards Resilient Asia-Pacific, Engine of Global Growth” kicked off with the Senior Officers Meeting on Oct 1-2 followed by the Apec Ministerial Meeting on Oct 4-5 and the leaders summit on Oct 7-8.

Islamic Finance Growing Despite Challenging Economic Environment,Says Zeti

Posted: 05 Oct 2013 01:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 5 – Islamic finance has continued to grow over the last five years despite the challenging economic and financial environment, Bank Negara Malaysia Governor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz said today.

“The important aspect of Islamic finance is that it contributes to economic growth and development. All financial transactions must be supported (by) an underlying economic transaction. So, it has a close links to the economy,” she said.

Zeti was speaking to reporters after the fifth convocation of the Global University of Islamic Finance, INCEIF, here today.

Zeti, who is also the INCEIF Chancellor, said the Islamic finance industry had built-in checks and balances, leading to financial stability and its sustainability.

“Therein, lies the inherent strength of Islamic finance. Significant financing is being raised, like in sukuk, and provided by banking institutions as well as other types of financial institutions.

“This is alongside having developed many new products and services,” she added.

The INCEIF convocation today saw 146 graduates from 30 countries receiving their scrolls from Zeti.

Of the 146 graduates, five had doctorates in Islamic Finance, 20 graduated with a Masters degree in Islamic Finance, while 121 were Chartered Islamic Finance Professionals.

INCEIF was set up by Bank Negara to develop human capital for the global Islamic finance industry.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT