SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, October 9, 2013

UMNO Online - “Prices Of PPR Units Maintained – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Prices Of PPR Units Maintained – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Prices Of PPR Units Maintained – Najib

Posted: 08 Oct 2013 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak said the prices of houses under the People’s Housing Project (PPR) will be maintained to ensure the target group can own homes.

The Prime Minister said this in his Twitter account to comment on a news report on the government’s move not to raise house prices under the PPR.

Yesterday, Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Abdul Rahman Dahlan said although the currently the prices were at the old rate, the government, for the time being, would not increase the rate.

He said the move was in line with the government’s aspiration to help the low income group own homes.

In an earlier tweet today, Najib said achievements like that by Siti Hawa Apandi proved that physical disability was no barrier in achieving dreams.

The tweet also attached a link to an article titled ‘Award-Winning Student: She proves being wheelchair-bound is not a barrier to earning a degree.’

Siti Hawa, who has spinal muscular atrophy, a genetic disorder that weakens and damages muscle functions, received a degree in computer science at Universiti Malaysia Pahang’s convocation last Saturday.

She was also the recipient of the Heitech Industry Excellence Award, given to outstanding students from the computer science faculty.

BN Rep Proposes External Audit For Kelantan State Govt Subsidiaries

Posted: 08 Oct 2013 08:53 AM PDT

KOTA BAHARU, Oct 8 – Kelantan State Legislative Assembly opposition leader Datuk Nozula Mat Diah has proposed that all Kelantan state government subsidiaries be audited by external parties to ensure no leakages and abuse at these companies.

Nozula (BN-Paloh) said this was in view of numerous court cases involving employees of these subsidiaries, which created an unhealthy perception to the community.

“I am proposing that the state government appoint an external auditor to audit the subsidiaries due to the numerous court cases on abuses.

“We are calling for the auditors to move in quickly to conduct detailed investigations,” he said when debating the 2014 Kelantan State Budget at the assembly here today.

The Auditor-General in his 2012 Report had also touched on a subsidiary of the state government which gave bonus of up to 10 months to its employees even though the company was reported to running at a loss.

Nozula also urged the Kelantan state govt to give more allocations to the local authorities in the state to enable them plan their programmes to increase revenue for Kelantan.

Apart from that, Nozula also touched on the People’s Farm programme which he alleged was not profitable to the people and wanted the state government to furnish a transparent report to the people on the actual status of the programme.

Kos PR1MA Rendah 30 Peratus Jika Kerajaan Negeri Sedia Tanah Percuma – Rahman

Posted: 08 Oct 2013 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt - Kos pembinaan rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mampu diturunkan 30 peratus jika kerajaan negeri sedia melepaskan tanah secara percuma bagi pembinaan kediaman berkenaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ini kerana komponen tanah merupakan antara kos tertinggi pembinaan rumah, dan ia dilihat sebagai kekangan bagi menyediakan rumah mampu milik untuk memenuhi permintaan semasa.

“Sebab itu saya gesa kerajaan negeri untuk lepaskan tanah mereka kepada PR1MA untuk kita gunakan bagi membina rumah mampu milik ini… jika tanah itu diberikan secara percuma, sudah tentu harga rumah itu akan rendah,” katanya sebelum mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di bawah program ‘Food For Life” Sekretariat Hal Ehwal Bandar di depan Masjid India, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status terkini PR1MA, yang antara komitmennya ialah mewujudkan 500,000 rumah mampu milik dengan harga antara RM150,000 dan RM400,000 dalam tempoh lima tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman berkata kementeriannya menerusi Belanjawan 2014, antara lain, mencadangkan agar insentif khas dapat diberi kepada pemaju bagi menggalakkan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik.

Mengulas program ‘Food For Life’ setiap Selasa di Masjid India sejak Mac 2010, beliau berkata sehingga kini, ia membantu kira-kira 25,000 gelandangan mendapat pekerjaan, 12,282 dihantar pulang ke kampung masing-masing, 15,000 mendapat perkhidmatan kesihatan percuma, 6,500 mendaftar sebagai pengundi dan 12,000 menerima borang Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Sikap Kuku Besi DAP Punca Ketua Pembangkang DUN Melaka Letak Jawatan

Posted: 08 Oct 2013 08:42 AM PDT

MELAKA, 8 Okt – Sikap kuku besi pemimpin DAP pusat terutama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng merupakan punca mendorong Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San meletak jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata peletakan jawatan Goh itu sememangnya telah dijangka kerana Lim dan pemimpin DAP pusat lain sering masuk campur urusan DAP di negeri ini sekaligus menyukarkan Goh menjadi seorang ketua pembangkang yang berkesan di Melaka.

Beliau berkata sikap kuku besi itu menyebabkan DAP Melaka berpecah dua, satu pihak menyokong kepimpinan DAP pusat manakala satu pihak setia dengan DAP Melaka di bawah kepimpinan Goh.

“DAP Melaka bagaikan retak meniti belah, sudah beberapa tahun dulu kita tahu DAP Melaka menghadapi perpecahan kerana sikap kuku besi Lim yang langsung tidak tahu menghormati pemimpin DAP Melaka,” katanya selepas majlis pengenalan calon UMNO di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.

Goh telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad pada pukul 12 tengah hari. Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan Goh mendakwa terdapat campur tangan pemimpin pusat parti itu dalam urusan DAP Melaka, menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin dan anggota DAP di negeri ini.

Mohd Ali berkata adalah tidak relevan bagi Goh kekal sebagai Pengerusi DAP Melaka berikutan perkembangan ini dan menasihatkan beliau mencari landasan perjuangan lain antaranya sebagai seorang anggota DUN bebas.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata ciri-ciri yang ada pada Goh sebenarnya tidak sesuai dengan parti DAP yang sering beremosi, tidak rasional dan mengamalkan sikap perkauman.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata Goh merupakan seorang pemimpin yang berbahas dengan rasional berdasarkan fakta dan angka, berbeza dengan anggota DUN Melaka daripada DAP yang lain di negeri ini.

Katanya adalah suatu yang menyedihkan kepada pihak pembangkang di Melaka dan DUN Melaka kerana kehilangan seorang ketua pembangkang seperti Goh yang mampu membincangkan masalah rakyat dalam sidang DUN secara ‘gentleman’.

“Seorang yang berperanan baik seperti ini meletak jawatan atas desakan pimpinan pusat DAP, daripada sini kita lihat DAP sebuah parti korup, pentingkan semangat perkauman tinggi menebal dan tidak ambil kira hati masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013

Posted: 08 Oct 2013 08:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 selepas dibahaskan sejak semalam.

Rang undang-undang itu memperuntuk wang tambahan sebanyak RM15.014 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan sebagai perbelanjaan pembangunan tambahan pertama tahun ini.

Antara yang memperoleh peruntukan tambahan itu ialah Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, peruntukan tambahan berkenaan turut melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata kenaikan harga minyak di pasaran merupakan antara faktor yang menjurus kepada keperluan menyediakan bajet tambahan.

Katanya, bajet tambahan juga diperlukan untuk perbelanjaan emolumen selaras dengan keputusan kerajaan untuk menambah baik skim perkhidmatan tentera dan polis.

Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, Ahmad Maslan berkata Kementerian Kewangan memandang serius perkara yang dibangkitkan dan akan mengkaji dokumen itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Persidangan dewan bersambung esok.

Tindakan Tegas Termasuk Buang Kerja Terhadap Individu Salah Guna Peruntukan

Posted: 08 Oct 2013 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Dua Ahli Dewan Negara mahu kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk dibuang kerja ke atas mereka yang terlibat dalam isu kepincangan pengurusan kewangan seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata selain tindakan displin, pegawai dan staf mana-mana kementerian yang melakukan penyelewangan itu perlu diheret ke mahkamah bagi memastikan kesalahan yang sama tidak diulangi.

Sambil menyifatkan pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai penjenayah, beliau berkata permasalahan laporan audit telah mencemarkan imej kerajaan dan negara di mata dunia.

“Orang Kelantan cakap ini `tipu atas darat’. Peliknya, selepas beberapa ketika, kita tak dengar pun tindakan-tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam mengurus, menyemak atau melulus pembelian seumpama itu.

“Oleh itu saya berharap, seperti harapan ahli-ahli Dewan Negara serta rakyat, supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat itu,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013, bacaan kali kedua.

Abdul Rahim berkata, jika `kepincangan’ yang berlaku itu didiamkan tanpa sebarang tindakan, perkara itu dibimbangi akan berterusan dan laporan audit yang diterbitkan setiap tahun akan hanya dilihat sekadar laporan semata-mata.

“Saya ingin cadangkan, kalau boleh dalam laporan audit akan datang, maklumkan apakah tindakan yang telah diambil susulan daripada laporan terdahulu,” tegasnya.

Sementara itu, Senator Baharudin Abu Bakar ketika mencelah perbahasan Abdul Rahim melahirkan rasa hairan berhubung kejadian penyelewengan dan salah laku pengurusan kewangan serta aset kerajaan yang berterusan tahun demi tahun seperti dicatatkan dalam laporan audit.

“Ini perlu diambil tindakan sebab ini berkaitan dengan imej kerajaan. Sebenarnya imej kerajaan tercalar bukan disebabkan pentadbiran, tetapi disebabkan oleh segelintir mereka yang dilaporkan dalam laporan audit,” katanya.

Terdahulu, Abdul Rahim ketika membahaskan perbekalan tambahan melibatkan Kementerian Dalam Negeri menempelak pihak-pihak tertentu yang dilihat membela nasib penjenayah apabila penjenayah itu diambil tindakan oleh pihak polis.

“Ini yang peliknya, sebaliknya tindakan polis itu pula dikritik. Apa yang menyedihkan, suara-suara itu datangnya daripada pihak yang kononnya berjuang atas kapasiti hak asasi manusia,” katanya.

Sekat Perwakilan Muflis Daripada Mengundi Untuk Kebaikan Parti – Shafie

Posted: 08 Oct 2013 08:17 AM PDT

PENDANG, 8 Okt – Tindakan UMNO menyekat 1,703 perwakilan yang muflis daripada mengundi pada pemilihan parti merupakan tindakan tepat demi kebaikan parti, kata Naib Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata tindakan itu juga diambil bagi memastikan mesyuarat tidak terbatal semata-mata kerana ada perwakilan melanggar peraturan.

UMNO memandang serius perkara ini kerana tidak mahu timbul pelbagai masalah kelak, katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditemui selepas melawat Program Bantu Rumah (PBR) di Kampung Paya Sulaiman, Padang Pusing di sini.

Katanya ketegasan itu juga boleh menarik minat orang ramai untuk menyertai UMNO.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, beliau berkata UMNO boleh mencatat kemenangan jika semua jentera parti itu bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Sungai Limau diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon 23 Okt.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

Sesi Pengenalan Calon UMNO Dialu-alukan – Perwakilan

Posted: 08 Oct 2013 04:21 AM PDT

MELAKA, 8 Okt – Sesi pengenalan calon-calon UMNO yang bertanding pada pemilihan parti itu yang diadakan di Melaka hari ini meriah dengan suasana berkempen yang penuh kekeluargaan.

Ditambah pula celoteh daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron yang menghangatkan suasana berkenaan.

Memulakan sesi berkenaan, Idris membacakan serangkap pantun yang sudah sebati dalam budaya negeri tersebut.

“Kapal dagang dari seberang,sarat muatan kayu meranti, dari seluruh negara tuan puan datang, kami di Melaka setia menanti,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Rata-rata mereka yang hadir ketika ditemui mengalu-alukan program tersebut yang diadakan di setiap negeri seluruh negara.

Bagi Zainurin Osman yang merupakan anggota Wanita UMNO bahagian Kota melihat sesi pengenalan calon seperti itu cukup baik yang mana perwakilan dapat melihat calon secara lebih dekat.

“Kaedah sebegini yang pertama kali diadakan cukup baik. Kita boleh tengok mana-mana calon yang menawarkan diri. ini adalah sesi yang cukup baik untuk seluruh perwakilan melihat dengan mengenali lebih dekat.

“Ada juga calon-calon yang kita dah kenal dan ada juga calon yang kita belum kenal. Dengan cara seperti ini dapatlah kita tengok,” katanya.

Sementara itu bagi Shahriza Harun, ahli Pemuda UMNO Bukit Katil turut sependapat seperti dan beranggapan ianya bukan sahaja memberi ruang kepada calon untuk bersemuka malah turut memberi seluruh perwakilan yang hadir membuat pilihan.

“Sekurang-kurangnya kami boleh nampak dan boleh lihat secara jelas calon yang bertanding khususnya calon-calon untuk Exco Pemuda UMNO,” katanya.

Bagi Shahrumnizam Mohd Sajori daripada Pemuda UMNO Air Molek pula menganggap kaedah sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang.

“Tentunya penambahbaikan akan dibuat oleh ibu pejabat dan saya melihat ianya cukup positif. Apa yang penting kita sebagai perwakilan dapat kenali calon,” ujarnya.

Beliau juga turut melihat jumlah calon yang ramai dalam pemilihan pada kali ini memberi banyak pilihan kepada perwakilan.

“Perwakilan di akar umbi akan dapat melihat serta membuat penilaian yang terbaik kelak. Sebab itu saya katakan jumlah calon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang memberi kelebihan kepada perwakilan nanti,” katanya.

Sementara itu Lina Saleh daripada Putri UMNO Kota Melaka berpendapat sesi tersebut bukan sahaja dapat mengenali calon serta nombor calon yang bertanding, malah dapat mengenali perwakilan yang lain.

“Ini sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli UMNO yang lain khususnya kalangan ahli Puteri itu sendiri,” katanya.

Katanya lagi barisan yang terpilih kelak tentunya barisan yang terbaik dan adalah diharapkan ianya akan menambahkan lagi kekuatan institusi UMNO itu sendiri,” katanya. – MediaUMNO

Rakyat Mahu Rumah Kos Rendah, Keselesaan Trafik Bukan Terowang Dasar Laut

Posted: 08 Oct 2013 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi peluang memerintah negeri Pulau Pinang, sudah pasti projek pembinaan terowong dasar laut yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri DAP ini akan menjadi keutamaan nombor sepuluh atau terakhir dalam senarai projek pembangunan negeri dan mensejahterakan rakyat, demikian tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Jelas beliau, kos untuk pembinaan terowong ini lebih baik digunakan untuk keutamaan rakyat yang amat mendesak di di negeri terbabit ketika ini iaitu menyelesaikan masalah trafik dan pembinaan rumah mampu milik serta kos rendah.

nelayan-rakyat-pulau-pinang-penang-tolak-terowong-bawah-tanah-laut-dap-01

Tambah beliau, pihaknya tidak nampak keperluan atau kepentingan rakyat dalam pembinaan terowong dasar laut ini memandangkan ketika ini sudah terdapat kemudahan feri serta jambatan kedua yang cukup untuk menampung kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang untuk jangka masa 20 tahun akan datang.

"Berdasarkan kajian terperinci yang dibuat, pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang akan membantu mengurangkan sebanyak 20 peratus masalah kesesakan di negeri ini. Jadi untuk apa lagi pembinaan terowong dilakukan?

"Sebab itu kita merasakan keputusan Kerajan negeri Pulau Pinang DAP menandatangani perjanjian konsesi untuk membina terowong ini adalah satu perkara yang dilihat mempunyai kepentingan lain selain daripada kepentingan rakyat Pulau Pinang.

"Ianya bukan satu tuduhan tetapi seakan ada yang tersirat dan tersurat. Seperti ada kepentingan lain yang berselindung di sebalik nama pembinaan terowong ini," jelasnya dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online di sini, hari ini .

Semasa pembinaan jambatan Pulau Pinang yang pertama kata beliau, pembangkang begitu kecoh kononnya ini satu projek yang membazir tetapi ternyata ianya memberi impak positif kepada negeri ini namun kini ianya tidak lagi mampu menampung keperluan trafik di Pulau Pinang.

Walaupun jambatan ini telah dilebarkan terang beliau lagi  ianya tetap tidak mampu untuk mengatasi masalah kesesakan di Pulau Pinang.

"Oleh itu, Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk membina jambatan kedua melibatkan kos melebihi RM4 billion. Kerajaan telah melakukan kajian terlebih dahulu dan setelah segalanya selesai maka jambatan ini dibina.

PVCtunn W8

"Tetapi, secara tiba-tiba tanpa rundingan dengan pihak Kerajaan Persekutuan dan tanpa melihat sebarang kajian yang mendalam termasuk kesan alam sekitar, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan untuk membina terowong bawah tanah.

"Seharusnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini berunding terlebih dahulu dengan Kerajaan Persekutuan kerana banyak perkara akan melibatkan Kerajaan Persekutuan.

"Namun nampaknya kerajaan negeri bertindak secara sendiri tanpa kajian yang lengkap dan terburu-buru. Ini melibatkan kos yang besar. Sebab itu saya melihat projek ini sebenarnya mempunyai agenda lain yang lebih utama dan berselindung di sebalik nama pembinaan terowong," ujarnya lagi.

Malah tidak mustahil tambah beliau, sekiranya timbul sebarang masalah kelak maka Kerajaan Persekutuan yang akan dipersalahkan kerana inilah kemahiran DAP di dalam meletakkan kesalahan di pihak lain terumanya pihak UMNO dan BN. – MediaUMNO

Calon BN Bagi PRK DUN Sungai Limau Diumumkan 21 Okt

Posted: 08 Oct 2013 02:30 AM PDT

YAN, 8 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 21 Okt ini.

muhyiddin-bn-umno-1malaysia-pengarah-prk-pilihanraya

Timbalan Perdana Menteri berkata senarai calon itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat ini untuk dipertimbangkan.

“Ramai yang berkelayakan. Yang pasti kita akan ambil kira pandangan negeri dan bahagian. Mereka juga ada nama tokoh-tokoh yang sesuai. Ini diambil kira.

“Nama calon akan diumumkan pada 21 Okt. Saya sendiri akan turun untuk buat pengumuman. Harapan saya proses pilihan raya kecil berjalan baik. Diharapkan mereka (pengundi DUN Sungai Limau) beri sokongan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno negeri Kedah serta Bahagian Jerai di pekan Sungai Limau di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT