SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, October 15, 2013

UMNO Online - “Exco Baharu Pemuda UMNO Diajak Perkukuh Sayap” plus 9 more

UMNO Online - “Exco Baharu Pemuda UMNO Diajak Perkukuh Sayap” plus 9 more

Link to UMNO Online

Exco Baharu Pemuda UMNO Diajak Perkukuh Sayap

Posted: 14 Oct 2013 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengajak anggota jawatankuasa pergerakan itu yang baharu dipilih agar bersama-samanya memperkukuh sayap Pemuda berlandaskan ideologi progresif.

Katanya bakti yang ditabur kepada rakyat juga harus dilakukan dengan jujur dan ikhlas.

“Tak guna kita popular dalam parti tapi ditolak oleh rakyat. Akhirnya rakyat juga yang bakal menentukan kepimpinan negara,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mengundi beliau sehingga berjaya mempertahankan jawatannya untuk meneraju sayap itu bagi penggal baharu.

“Sokongan padu perwakilan di seluruh negara menginsafkan saya dan membuatkan saya sedar akan amanah dan tanggungjawab yang berat ini. Ini membuktikan perwakilan akar umbi menyokong agenda progresif dan politik penyelesaian yang saya amalkan selama ini,” katanya.

Khairy berkata kejayaan itu juga merupakan satu manifestasi bahawa sayap Pemuda utuh dan kekal bersatu.

“Saya yakin kesatuan ini akan memudahkan gerak kerja Pemuda dalam mendekati dan menyakinkan generasi muda amnya,” katanya lagi.

Dalam pemilihan yang berlangsung Sabtu lepas, Khairy dicabar oleh Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi,Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali bagi jawatan itu.

Kemenangan Sayap Tidak Menjanjikan Kemenangan Saya – Hishammuddin

Posted: 14 Oct 2013 10:05 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 14 Okt - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kemenangan dua pemimpin sayap parti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bukan penentukemenangannya.

Katanya, kemenangannya bergantung di tangan 150,000 perwakilan dan apa yang dimainkan dalam blog atau forum mengenai dirinya bukanlah pandangan benar.

“Saya ingin tegaskan kemenangan saya bukan kerana sayap tetapi kerana tuan, ia bersandarkan kepada isu, kepimpinan, ujian dan pengalaman,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin UMNO negeri Pulau Pinang, Isnin.

“Ini kerana pada pemilihan UMNO 2008, seramai lapan orang bertanding dimana mereka (blogger) kata saya tiada peluang dan kalah pada kedudukan nombor lapan tetapi saya dapat nombor dua,” katanya.

Ditanya keyakinannya untuk mempertahankan jawatannya, Hishammuddin berkatabeliau mahu perwakilan membuat keputusan bersandarkan kebenaran dan keadilan keatas dirinya.

Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata anggota UMNO perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan, pengalamanserta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji.

“Pemilihan dalam UMNO  amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggotamajlis tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak merekayang dah lalui pahit getir kepimpinan UMNO dan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para perwakilan agar mengetepikan soal emosi ketika mengundi.

“Saya berharap para perwakilan akan mengundi pemimpin yang boleh bekerjasama dengan pucuk kepimpinan untuk memastikan parti akan kekal relevan,” katanya.

Umat Islam Perlu Bersatu Hadapi Cabaran – Muhyiddin

Posted: 14 Oct 2013 09:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi membina kekuatan untuk menghadapi apa juga cabaran yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata umat Islam kini berdepan ancaman paling besar terhadap perpaduan, yang boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian yang dikecapi selama ini.

Menurutnya pergolakan di negara-negara Islam lain akibat sengketa sesama sendiri perlu dijadikan pengajaran supaya umat Islam di negara ini tidak mengalami nasib yang sama.

“Kita di Malaysia amat bertuah kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan damai,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha.

Beliau berkata Aidiladha atau Hari Raya Korban membawa mesej yang penting kepada seluruh umat Islam untuk sentiasa dihayati dan diteladani.

“Antaranya ialah sifat pengorbanan tinggi yang harus dimiliki oleh umat Islam bagi mencapai kejayaan yang diredai Allah S.W.T. Dalam hubungan ini, Islam sebenarnya menuntut umatnya supaya sentiasa memiliki kesabaran dan sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Kesabaran dan pengorbanan yang benar-benar disandarkan atas sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T, akan menjamin kejayaan yang cukup bermakna, seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dengan menuruti perintah Allah S.W.T,” katanya.

Justeru, katanya, umat Islam seharusnya mengambil mesej penting itu sebagai panduan hidup seharian bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan.

“Saya percaya dengan pendekatan itu, kita bukan sahaja dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan harmoni, malah lebih penting daripada itu, umat Islam akan sentiasa memperoleh rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Insya-Allah,” katanya.

Sempena Aidiladha, Muhyiddin mengingatkan umat Islam supaya memperingati dan menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk diamalkan dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Semoga dalam semangat Aidiladha ini, umat Islam di Malaysia menjadi contoh kepada semua umat Islam. Jalani ibadah korban dengan ikhlas dan dengan niat mahu berkongsi nikmat kurniaan Allah bersama golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia dan rakyat Malaysia yang meraikannya di seluruh dunia.

BN Kedah Senarai Tidak Kurang Tiga Nama Untuk PRK Sungai Limau

Posted: 14 Oct 2013 09:46 AM PDT

SUNGAI PETANI, 14 Okt - Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama untuk menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov depan.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata senarai itu akan diserahkankepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu ini.

“Nama sudah ada. Tak bolehlah bagi tau…tunggulah,” katanya kepadapemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian yang baharu dari seluruh Kedah, Isnin.

Mukhriz berkata jentera Umno dan BN Kedah telah bergerak sepenuhnya dan mula turun padang bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian penyandang yang juga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 Sept lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali mewakili BN.

Jangan Tubuh Pasukan Pada Pemilihan Untuk Elak Perpecahan – Noh

Posted: 14 Oct 2013 09:42 AM PDT

KUALA SELANGOR, 14 Okt - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati calon-calon pada pemilihan parti supaya tidak menubuhkan pasukan tertentu demi menjamin perpaduan parti.

Beliau berkata penubuhan pasukan dikhuatiri boleh menimbulkan perasaan kurang senang atau tidak puas hati kepada calon lain.

“Pasukan yang kalah mungkin jadi pembangkang dalam bahagian-bahagian dan perkara ini tidak bagus untuk perpaduan parti,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan penyampaian anugerah cemerlang kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan SijilPelajaran Malaysia dari Parlimen Tanjung Karang, Isnin.

Dalam pada itu, beliau berharap UMNO Pusat dapat mengatasi masalah yang timbul semasa pemilihan kepimpinan sayap dan bahagian Sabtu lepas sebelum pemilihan Majlis Tertinggi diadakan Sabtu ini.

Antara lain, katanya bahagian-bahagian UMNO perlu membuat semakan awal terutamanya daftar perwakilan yang menjadi pemilih untuk mengelak kekecohan.

Noh yang mempertahan jawatan Ketua Bahagian Tanjung Karang berkata UMNO bahagian itu telah mengadakan 11 program jelajah bagi memperkenalkan 63 calon Anggota Jawatankuasa Bahagian kepada para perwakilan termasuk pencabar beliau pada kali ini Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed.

Kalimah Allah: Wakil Peguam Tujuh Majlis Agama Negeri Akur Responden Berhak Merayu Kepada Mahkamah Persekutuan

Posted: 14 Oct 2013 09:39 AM PDT

PUTRAJAYA, 14 Okt -  Wakil peguam bagi tujuh Majlis Agama Negeri yang rayuannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam The Herald diluluskan oleh Mahkamah Rayuan pada Isnin, meminta semua pihak menghormati keputusan mahkamah tetapi pada masa yang sama mengakui hak responden membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu berkata, responden mempunyai tempoh 30 hari bermula hari ini untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

“Pihak responden perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum rayuan mereka boleh didengar,” jelas Zainul kepada kira-kira 300 wakil badan bukan kerajaan, parti politik dan orang ramai yang berkumpul di hadapan Istana Kehakiman sejak awal pagi ini.

Ketiga-tiga hakim, Mohamed Apandi, Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara melarang The Herald, penerbitan mingguan Katolik, menggunakan kalimah Allah.

Mereka juga membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai merujuk kepada ‘Tuhan’.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia berkata pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu semua penghakiman berasingan yang dibuat ketiga-tiga hakim berkenaan.

“Kita perlu menghormati hak peguam yang mewakili responden untuk merayu dan sementara itu, pihak kami pula bersedia sekiranya rayuan seterusnya sampai di Mahkamah Persekutuan nanti,” katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pula berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu harus dihormati semua pihak.

Ini kerana secara asasnya, perkataan Allah bukan menjadi fundamental dalam pengajaran Kristian, katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata isu kalimah Allah telah dipolitikkan hingga menampakkan seolah-olah umat Islam negara ini bermusuh dengan penganut Kristian.

“Kita tidak pernah bermusuh dengan agama lain…Perlembagaan dan undang-undang syariah jelas menyatakan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama selain Islam,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Hermen Shastri berkata: “Kita tidak perlu bertelagah berhubung penggunaan perkataan Allah”.

Hanya Surendran Ditawar Sertai Operasi Berdepan Penjenayah Bersenjata

Posted: 14 Oct 2013 01:00 AM PDT

SEPANG, 14 Okt -  Tawaran untuk menyertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata hanya untuk Naib Presiden PKR N. Surendran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata anggota Parlimen Padang Serai itu perlu menandatangani perjanjian indemniti terlebih dahulu untuk berhadapan dengan sebarang risiko ketika operasi itu dijalankan.

“Tawaran ini untuk YB Surenderan sahaja. Tidak terbuka kepada orang ramai ataupun lain-lain YB. Saya ucap tahniah kepada dia (Surendran) kerana sanggup untuk terima cabaran kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum berlepas ke Cartagena, Colombia untuk menghadiri Perhimpunan Agung Interpol ke-82, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, Isnin.

Surendran dan peguamnya juga telah menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berhubung butiran perjanjian indemniti dan prosedur lain, katanya seperti dilaporkan Bernama

Beliau berkata polis akan menghubungi Surendran apabila pasukan itu menjalankan operasi berkenaan dan anggota parlimen itu perlu bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa termasuk lewat tengah malam atau awal pagi.

Khalid sebelum ini memberi jaminan bahawa Surendran yang mengkritik polis kononnya bertindak keterlaluan dalam memerangi penjenayah bersenjata, akan disediakan perlindungan mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan itu.

Sementara itu, Khalid berkata beliau kesal apabila kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai ‘shoot-criminal-first’ (tembak penjenayah dahulu), telah dipolitikkan dan diputarbelitkan pihak tertentu.

Beliau berkata kenyataan itu sebenarnya menggesa anggota polis bertindak mempertahankan diri ketika berhadapan penjenayah bersenjata.

“Apabila nyawa kami (anggota polis) diancam, kami tidak ada jalan lain untuk mempertahankan diri,” katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai bulat-bulat berita portal yang sengaja mensensasi dan memutarbelit sesuatu berita.

Mengenai Perhimpunan Agung Interpol ke-82 yang akan menghimpunkan ketua-ketua polis seluruh dunia di Cartagena, Colombia dari 21 hingga 24 Okt, Khalid berkata ia penting dalam usaha mengurangkan jenayah secara kolektif.

“Sekarang ini jenayah tak ada sempadan, jadi saya rasa amat penting untuk kami berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain dalam kami menangani jenayah merentasi sempadan,” katanya.

Rapatkan Kembali Barisan Sayap Parti – Ismail Sabri

Posted: 14 Oct 2013 12:59 AM PDT

BERA, 14 Okt  - Semua barisan kepimpinan sayap UMNO dan anggotanya perlu merapatkan kembali barisan mereka bagi meletakkan parti itu di landasan betul untuk menghadapi cabaran mendatang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan pemilihan sayap UMNO meliputi pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri itu perlulah diterima anggota parti dan semua calon yang bertanding.

“Musuh hanya akan gentar jika kita bersatu serta menganjurkan pelbagai program dan aktiviti. Kita akan bertambah kuat bila bersatu dan akan diyakini rakyat,” katanya di sini.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata sudah tiba masanya semua barisan kepimpinan sama ada yang menang mahupun yang kalah, kembali bekerja kuat serta bersatu hati dalam membela nasib bangsa, agama dan negara.

Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata barisan kepimpinan sayap parti perlulah mula menyusun strategi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang pastinya lebih mencabar.

“Jika semasa berkempen pemilihan parti kita sanggup bersengkang mata,  selepas ini kita perlu tingkatkan kerja dengan turun padang menemui masyarakat dan rakyat untuk menarik mereka supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata sayap parti merupakan jentera penting kepada UMNO yang akan menentukan hala tuju parti itu di masa depan.

“Peranan sayap bukanlah setakat menganjur kegiatan dan aktiviti, tetapi perlu lebih mendekati golongan muda bagi menarik mereka menyertai UMNO kerana  masih ramai yang belum lagi menjadi anggota mana-mana parti politik dan mendaftar sebagai pemilih pada pilihan raya umum,” katanya.

Pas Terdesak.. Semai Persepsi Negatif Janji BN Bangunkan DUN Sungai Limau

Posted: 14 Oct 2013 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt. – Pelbagai manipulasi akan digunakan oleh pihak pembangkang apabila terdesak dalam mencari isu untuk mendapatkan sokongan rakyat sebagaimana yang berlaku menjelangnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, kata Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Nordiana Shafie.

Jelas beliau, pakatan pembangkang khususnya Pas yang mula menyebarkan pelbagai spekulasi negatif berkaitan kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi berdepan dengan PRK DUN Sungai Limau pada 4 November adalah kerana terdesak dan tandus isu.

muhyiddin-muara-empangan-tali-air-sungai-kuala-besut-umno-bn

Terbaru, pemimpin Pas  menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya BN menang dilabel sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.

"Ini bukan ugutan kepada rakyat sebaliknya inilah realiti janji yang akan dimanifestasikan oleh kerajaan BN kepada masyarakat setempat sebagaimana yang berlaku di tempat-tempat lain sebelum ini," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, tentunya pemimpin pembangkang rasa tercabar apabila Menteri Besar Kedah sendiri menyatakan kesediaan untuk membangunkan kawasan DUN Sungai Limau sedangkan kawasan terbabit yang sememangnya dikenali sebagai kubu kuat Pas dan selama ini berada di bawah kepimpinan pembangkang.

"Sememangnya rakyat sedar bahawa kepimpinan pembangkang termasuklah Pas sendiri tidak dapat melaksanakan amanah yang diberi sebagaimana peluang oleh rakyat Kedah yang memberi mandat kepada Pas berkerajaan di negeri terbabit namun malangnya semusim berlalu dan Kedah tidak membangun.

"Kepercayaan masyarakat jelas berpihak kepada BN setelah apa yang mereka rasai apabila Pas mentadbir BN bukan sahaja di Parlimen Jerai tetapi di negeri Kedah dan mandat rakyat ini dikembalikan semula kepada BN apabila Pas gagal membawa perubahan."

Ujarnya, apabila pemimpin Pas sanggup membuat tuduhan kononnya BN mengugut rakyat lantaran memberi janji-janji pembangunan maka jelas bahawa Pas tidak yakin dengan keupayaan mereka sendiri untuk mempertahankan DUN Sungai Limau.

"Pemimpin Pas cuba mempermainkan emosi rakyat dengan mengelirukan mereka berdasarkan kenyataan yang telah dijanjikan oleh Menteri Besar Kedah sendiri kepada masyarakat di DUN Sungai Limau namun saya yakin rakyat bijak membuat penilaian.

"Kredibiliti BN telah terbukti dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan adalah terancang dengan pelaksanaan yang berkesan bukan hanya di Kedah malah di Ibu Kota Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar di negara ini, ini bukti nyata dan bukan janji palsu," tegasnya lagi.

Dilaporkan, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan bahawa BN tawarkan khidmat bakti dan perjuangan untuk membela penduduk di Sungai Limau dengan melaksanakan khidmat terbaik supaya DUN Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan.

Sementara Mukhriz berkata, gandingan kerajaan negeri yang kini di bawah BN dan kerajaan Pusat mampu memastikan kawasan DUN Sungai Limau turut sama dalam arus pembangunan nasional.- MediaUMNO

ROS Diminta Siasat Perwakilan Dari 120 Cawangan Baharu Semasa Pemilihan Semula CEC

Posted: 14 Oct 2013 12:32 AM PDT

GEORGE TOWN, 14 Okt – Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat status 450 perwakilan dari 120 cawangan baharu yang hadir semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Katanya pemilihan semula CEC pada bulan lepas itu sepatutnya berpandukan kepada senarai perwakilan dan jumlah cawangan yang ‘status quo’ pada tarikh 15 Dis tahun lepas.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

Zulkifli yang juga Ketua Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bayan Baru mendakwa pemilihan semula CEC pada 29 Sept lepas merupakan satu sandiwara berbentuk provokasi penipuan yang dirancang.

“Pada pandangan saya dari sudut dalaman, penipuan kali ini lebih halus, licik dan dahsyat berbanding dengan pemilihan CEC pada 15 Dis tahun lalu, katanya.

“Apakah ini bermaksud bahawa satu lagi penyelewengan berulang dengan kehadiran 450 perwakilan haram dari 120 cawangan yang asalnya dari kategori sijil B yang seharusnya menjadi pemerhati dan tidak layak menghantar perwakilan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“CEC juga tidak ada kuasa untuk meluluskan atau menaik taraf cawangan sijil B kepada sijil A pada tahun ini kerana CEC dianggap tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS),” kata Zulkifli.

Justeru itu, beliau meminta ROS menyiasat kehadiran dan pengundian yang melibatkan 450 perwakilan dari 120 cawangan baharu yang hadir pada pemilihan semula CEC bulan lepas.

Zulkifli mendakwa undi sebenar yang diterima Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya sekitar 900 sahaja berbanding 1,304 undi jika tidak mendapat sokongan daripada 450 perwakilan haram itu.

Beliau juga mencabar Pengerusi Jawatankuasa Displin DAP dan Jawatankuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Lim atas tindakannya sehingga menyebabkan proses pemilihan semula terpaksa diadakan semula atas arahan ROS.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT