SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, October 5, 2013

UMNO Online - “Hampir 2,000 Perwakilan Hadir Ke Sesi Pengenalan Calon Wilayah Persekutuan” plus 9 more

UMNO Online - “Hampir 2,000 Perwakilan Hadir Ke Sesi Pengenalan Calon Wilayah Persekutuan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hampir 2,000 Perwakilan Hadir Ke Sesi Pengenalan Calon Wilayah Persekutuan

Posted: 04 Oct 2013 08:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Hampir 2,000 perwakilan daripada Wilayah Persekutuan berjaya diperkenalkan dengan calon-calon yang bertanding di semua peringkat.

Kehadiran yang begitu ramai ini membuktikan bahawa sistem baru pemilihan UMNO ini diterima di semua peringkat dan ianya adalah satu bukti transformasi yang baik buat parti keramat UMNO.

Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Nong Chik Raja Zainal dalam ucapan memperkenalkan calon melahirkan rasa gembira dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan ini serta berasa yakin bahawa UMNO Wilayah Persekutuan akan menjadi penyumbang menentukan pucuk pimpinan parti demi masa hadapan parti.

Selain itu beliau juga melahirkan harapan agar para pengundi memilih calon yang benar-benar layak untuk menjawat jawatan yang dipertandingkan.

Majlis yang penuh meriah ini turut menyaksikan setiap wakil calon yang berkempen mengamalkan budaya sihat di dalam berkempen tanpa ada insiden-insiden tidak diiingini berlaku.

Menurut Hussein Zulkarai, 37 yang bakal mengundi di bahagian Setiawangsa, majlis sebegini adalah satu pembaharuan yang perlu dikekalkan kerana para pengundi boleh mengenali calon yang bakal mereka pilih membela nasib rakyat dan juga parti.

"UMNO adalah sebuah parti keramat yang perlu dikekalkan dengan baik. Transformasi yang dibuat ini jelas memberi nafas baru kepada parti dan juga ahli-ahlinya untuk memastikan masa hadapan parti terus kukuh di dalam menerajui kepimpinan negara," jelasnya.

Seorang lagi yang bakal mengundi di bahagian Wangsa Maju, Shahrizan Mustapha Al Bakri berpendapat sesi pengenalan calon ini mampu merapatkan lagi hubungan dan mengurangkan jurang antara pemimpin dan rakyat.

"Kita boleh berjumpa dengan pemimpin dengan lebih dekat tanpa ada halangan malah kita juga boleh mengenali dan menilai sikap pemimpin di dalam berkempen. Dengan cara ini sudah pasti ianya membantu kita untuk memilih ketika mengundi nanti," ujarnya. - MediaUMNO

No Impact Yet From Partial US Govt Shutdown, Says Ahmad Husni

Posted: 04 Oct 2013 05:04 AM PDT

SHAH ALAM, Oct 4 – The partial shutdown of administrative operations of the United States government following the stalemate over President Barack Obama’s signature healthcare programme, is yet to have any impact on Malaysia, says Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“We don’t know how it would impact us as we are unsure of the products involved. But, the impact right now is negligible… I don’t see any significant impact, he told reporters after launching a book titled “To Drive Transformation” written by former Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah.

The book captures the essence of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s transformation programme in education, youth, new political realities and the economy.

Ahmad Husni said no one could predict how long the shutdown would last.

On the 1Malaysia People’s Aid programme, he said it would continue despite comments to the contrary by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said the government was looking at several options to help the  middle-income group.

Persepsi Umum Terhadap Badan Kehakiman Kekal Positif – Ketua Hakim

Posted: 04 Oct 2013 04:20 AM PDT

GEORGETOWN, 4 Okt – Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini berkata persepsi umum terhadap sistem kehakiman negara kekal positif.

Namun begitu katanya pegawai kehakiman masih perlu meneruskan usaha untuk mempertingkatkan kepercayaan orang awam terhadap badan itu dengan mendasarkan tindakan mereka terhadap pencapaian hari ini.

“… dengan ini orang ramai akan mempunyai keyakinan penuh terhadap badan kehakiman apabila mereka datang ke mahkamah untuk menuntut keadilan. Mereka tahu mereka akan diberi keadilan pada akhirnya. Ini yang saya cuba pupuk dalam kalangan pegawai terbabit, betapa pentingnya memberi keadilan.

“…tidak ada kompromi. Keadilan bukan separuh-separuh. Juga tidak wujud cukuplah kita dapat 70 peratus. Keadilan bukan seperti itu…mesti 100 peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kehakiman 2013 di George Town.

Sebanyak 582 pegawai kehakiman termasuk hakim, majistret dan timbalan pendaftar dari seluruh negara menghadiri persidangan empat hari yang bermula semalam itu.

Arifin juga memberi jaminan badan kehakiman negara adalah bebas dan tidak terikat dengan pengaruh luar termasuk daripada kerajaan atau pembangkang dalam membuat keputusan.

“Apabila kita bercakap soal campurtangan dan pengaruh, kita sentiasa ingat kerajaan sahaja. Tidak semestinya. Pihak lain juga cuba mempengaruhi hakim jika mereka boleh berbuat demikian. Parti-parti juga cuba mempengaruhi hakim,” katanya.

Sambil menegaskan semua pegawai kehakiman mesti bertindak bijak dan berhati-hati apabila bergaul dengan orang awam, beliau berkata pergaulan mesti dibataskan bagi mengelak syak wasangka.

“Dalam Islam juga menyatakan hakim mesti diasingkan daripada masyarakat umum… Malah mereka tidak digalak untuk bergaul bebas agar tidak dilihat berat sebelah,” katanya.

Ditanya mengenai Rang undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam, Arifin berkata:”Jika saya ulas apa yang dibuat oleh badan perundangan, saya menceroboh bidang tugas mereka.

“Saya hanya akan buat keputusan apabila tiba masa saya di mahkamah. Jika kita harapkan pihak eksekutif tidak campur tangan dalam bidang kerja kita, kita juga tidak boleh campur tangan atau cuba berbuat demikian dalam tugas mereka,” katanya.

Pembangkang Pertikai PCA Sebab Takut Bayang-bayang Sendiri

Posted: 04 Oct 2013 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Abdul Halim Sidek membidas mana-mana pihak yang mempertikaikan berkaitan kelulusan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) walaupun pemindaan pemerluasan akta tersebut telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat Rabu lalu.

Tegasnya, PCA diputuskan bagi menjamin keselamatan rakyat daripada penjenayah tegar dan bukannya disasarkan terhadap parti-parti politik yang tidak sealiran pendapat khususnya pembangkang.

"Mana-mana individu termasuklah golongan pembangkang yang tidak sependapat dan berlainan pendirian dengan kerajaan tidak perlu gusar jika tidak lakukan apa-apa jenayah kerana undang-undang ini ditujukan kepada pelaku yang bertindak melanggar undang-undang dan bukannya kepada ahli politik," katanya kepada UMNO-Online di sini.

pembangkang-pakatan-anwar-ngo-aktivis-majlis-peguam-bantah-pinda-akta-isa-pca-parlimen

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata pakatan pembangkang akan mengadakan bantahan dalam bentuk kempen dan forum bagi membantah undang-undang tersebut dengan menganggapnya sebagai undang-undang rakus dan disalah gunakan.

"Pakatan pembangkang sememangnya suka mencari jalan untuk mempertikaikan apa saja tindakan dan dasar kerajaan termasuklah PCA walaupun secara jelas tahanan tanpa bicara di dalamnya adalah berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dimansuh pada April 2012.

"Ini kerana PCA masih mewujudkan elemen-elemen hak-hak kemanusian dan ada hak-hak untuk membela diri namun sekiranya ia disalahguna maka memanglah akan menjadi rakus sebagaimana jawatan ketua pembangkang yang juga disalahguna sehinggakan apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan akan dibangkang dan dianggap negatif."

Ujarnya, sewajarnya ketua pembangkang dan pakatan pembangkang yang bijak akan dapat membezakan mana-mana perkara yang patut untuk dipertikai dan ada perkara-perkara yang disokong khususnya yang berkait dengan soal kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

"PCA ini mensasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah terancang dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara sebagaimana ISA dan EO namun bezanya ISA dan EO diletakkan di bawah kuasa eksekutif atau kuasa menteri.

"Ini berbeza dengan PCA yang diletakkan di bawah lembaga yang dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat penilaian tanpa kuasa atau campurtangan daripada mana-mana menteri kerana ia adalah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi.

"Ini adalah akta yang telah dibahas dan diluluskan dengan dianggotai oleh badan bebas yang sememangnya mempunyai kredibiliti dalam profesionalisme mereka, mempunyai akuantibili dan ketelusan tanpa campurtangan mana-mana pihak sekalipun badan politik."

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), PCA dikaitkan dengan ISA dan EO kerana secara kebetulannya ketika pengaplikasiannya ramai diantara tahanannya adalah ahli-ahli politik yang mempunyai kecenderungan membangkang dan juga ahli-ahli parti pembangkang.

"Barangkali kerana itulah mereka ini beranggapan PCA adalah disasarkan kepada mereka walhal sebenarnya ia dibuat berikutan peningkatan jenayah berat yang melibatkan senjata api dan jenayah terancang dengan langkah jangka pendek adalah sebagaimana Ops Cantas manakala PCA adalah langkah untuk jangka masa panjang."

“Jika badan kehakiman juga dipertikaikan oleh pembangkang, maka persoalannya siapa lagi yang mereka akan percayai sekiranya suatu hari nanti mereka sendiri yang menjadi serangan atau mangsa dalam jenayah berat.

"Setiap individu, tanpa mengira latar belakang politik atau idealogi pegangan mereka akan bertumpu kepada pihak berkuasa dan anggota polis sekiranya diserang, dirompak atau rumah mereka dipecah masuk maka tentunya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk melakukan siasatan

Menurut kajianberkaitan kejadian tembak dan bunuh, mendapati sejumlah 31 kes serangan atau pembunuhan melibatkan senjata api telah berlaku dalam tempoh empat bulan (April – Julai 2013), dengan 43 orang telah menjadi mangsa, 22 nyawa terkorban dan 21 orang mengalami kecederaan.

Dilaporkan juga, sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun 2013 telah memperlihatkan bilangan kes tembak-bunuh yang jauh lebih banyak daripada tahun 2012 dengan angka sebanyak 38 kes, dengan purata 2 kejadian tembak-bunuh berlaku dalam tempoh seminggu sementara dalam bulan Julai 2013 sahaja, sebanyak 14 kes tembak-bunuh telah dilaporkan. - MediaUMNO

BN Kedah Optimis Tawan Kubu Kuat Pas Di DUN Sg Limau

Posted: 04 Oct 2013 04:05 AM PDT

IPOH, 4 Okt – Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Kedah dilihat sebagai kawasan kubu kuat Pas, namun Barisan Nasional (BN) Kedah tetap optimis untuk menawan DUN tersebut pada Pilihan Kecil DUN Sungai Limau, 4 November ini.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, BN Kedah sudah pun mengerakkan jentera untuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ini.

mukhriz-jerlun-umno-bn-calon-mb-kedah-kempen

“Apa yang penting ialah untuk memastikan jentera kita sudah bergerak di 19 buah peti undi di kawasan DUN Sungai Limau, sambil BN negeri sedang menapis senarai calon untuk ditampilkan mewakili BN nanti.

“Kita faham dan tahu bahawa DUN ini kubu kuat Pas, namun kita sebagai kerajaan negeri mahu membawa pembangunan ke kawasan DUN Sungai Limau. Kita tak mahu kawasan tersebut tertinggal dari pembangunan arus perdana.

“Jadi, itu tawaran kami kepada rakyat khususnya pengundi dan masyarat DUN Sungai Limau,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Pengenalan Calon Majlis Tertinggi dan Calon Pergerakan Sayap-sayap Peringkat Negeri Perak di sini pagi tadi.

Dalam masa yang sama, beliau menjanjikan calon yang terbaik untuk mewakili BN, yang mempunyai peluang yang cukup tinggi untuk membawa kemenangan BN pada pilihanraya kecil tersebut.

“Namun, seperti selalu saya katakan, kita merupakan underdog pada pilihanraya kecil ini. BN mempunyai ramai calon yang layak diketengahkan dan kita akan menyenarai pendek tiga nama bersama latar belakang mereka untuk diserahkan kepada pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan,” tambahnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Khamis lalu berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, Ahad lalu. -MediaUMNO

Sesi Pengenalan Calon UMNO Di Selangor Meriah Bagai Satu Keluarga

Posted: 04 Oct 2013 04:02 AM PDT

SHAH ALAM, 4 Okt – Suasana di sekitar bangunan UMNO Selangor petang ini cukup meriah dengan kehadiran calon serta wakil mereka yang bertanding pada majlis memperkenalkan calon-calon UMNO di semua peringkat.

Mereka yang bertanding merayu undi para perwakilan yang hadir dengan mengedarkan nombor calon masing-masing serta pelbagai bentuk risalah memperkenalkan diri bagi memudahkan para perwakikan yang akan mengundi serentak kelak.

Bermula di lobi sehinggalah ke tingkat 7 bangunan UMNO Selangor, kedengaran nombor calon-calon yang bertanding dilaungkan dan menjadi cukup hangat dan dalam suasana penuh persaudaraan seperti adik beradik.

ketua-wanita-raihan-sulaiman-palestin-shahrizat-abdul-jalil-maznah-mazlan-pemilihan-umno-selangor-kenal-calon

Transformasi dalam parti yang dicetuskan oleh Presiden UMNO, Datuk seri Najib Razak nampaknya bukan sahaja diaplikasikan oleh calon yang bertanding malah perwakilan yang akan mengundi kelak.

Suasana membuktikan segala-galanya dan perkara ini turut diakui oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam ucapan aluan-aluannya sebelum memperkenalkan calon-calon yang bertanding.

Tambah Datuk Seri Noh, itulah senario yang menggambarkan bagaimana transformasi dalam UMNO yang sedang berjalan dan mengharapkan perwakilan memilih calon yang terbaik untuk parti.

Majlis memperkenalkan calon yang bertanding dimulakan dengan calon daripada negeri Selangor untuk jawatan kepimpinan pusat dan seterusnya calon-calon daripada negeri lain yang menawarkan diri. -MediaUMNO

Malaysia, China Can Make Strong Contribution Towards Asia Agenda, Says Najib

Posted: 04 Oct 2013 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 4 – Malaysia and China can make a strong contribution towards driving Asia’s agenda by continuing their tradition of mutual cooperation in pursuit of shared ambition, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

He said as Asia assumed a greater role in world affairs, the decisions made nationally, bilaterally and regionally would have a profound impact on the global economy.

“We can show through our actions that Asia’s influence will yield peace and prosperity – in our nations, our region and our world.

buah-tempatan-kerjasama-china-xi-jinping-malaysia-rantau-asean-najib-razak

“Whether on bilateral trade relations or international efforts to build a more sustainable global economy, we are strongest when we work together,” said the prime minister in his keynote address at the Malaysia-China Economic Summit.

Also present was China’s President Xi Jinping, who is currently on a three-day state visit to Malaysia, beginning yesterday.

Najib said today’s signing of the five-year programme for economic and trade cooperation by both trade ministers also marked the beginning of a new stage in the relationship of the two countries.

“And it sets out a clear vision of our common ambition: deepening bilateral and economic relations, yielding an elevated strategic partnership between our countries,” said Najib, who is also the Finance Minister.

The programme, which will see the bilateral trade between the two nations hit US$160 billion by end of the fifth year, is a rolling plan including an early harvest of low-hanging fruits — those that have been identified for immediate implementation — as well as those which required further development.

Najib said the covered areas of cooperation include agriculture, energy and mineral resources; manufacturinf and engineering.

The prime minister also said the Chinese president shared the same sentiment with him and expressed their meeting using a Mandarin expression which means “at the first meeting, we felt like old friends”.

Najib said the bonds between the two nations were forged in the past but has grew stronger in the present.

“By committing to further cooperation in pursuit of common aims, we can drive development and progress; not just in our countries, but in our region and the wider world.

“China’s dream and Asia’s promise can be fulfilled together: in an age marked by prosperity and stability in equal measure,” he said.

To further facilitate trade, Najib said there is a need to further promote the bilateral currency swap arrangement agreement between Malaysia and China among the business community.

The prime minister said Malaysia is the first country outside China to use renminbi, with the central bank being the first in Asean to hold renminbi reserves.

“2.3 per cent of the world trade are settled in renminbi in Malaysia but too few entrepreneurs are aware that it can be done. We should do more to deepen and promote this particularly monetary cooperation, which can be so beneficial for both our countries,” he said.

The prime minister also thanked the Chinese government for the support and opportunities to the Malaysian companies that explored business opportunities in China and are looking forward to make further investments in the future under the new Chinese leadership.

“As we look forward to the creation of the Asean Economic Community and all the opportunities it will unlock, we are heartened that China under the new leadership of President Xi and his dynamic team will continue to actively forge strategic economic partnerships in South East Asia; building peace, prosperity and stability in the region,” Najib said.

He said together China and Asean built the largest free trade area, with the China-Asean Free Trade Aagreement comprising 1.9 billion people in a market worth US$6 trillion.

Asean-China trade was US$8 billion when relations were established back in 1991, growing to US$318.6 billion as of last year.

About 1,000 delegates from China representing 100 companies attended the summit.

PKR Duri Dalam Daging Yang Hancurkan Pakatan Pembangkang Di Sabah

Posted: 04 Oct 2013 02:11 AM PDT

BATU SAPI, 4 Okt – Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya berkata, beliau percaya akan ramai lagi penyokong pembangkang di Sabah bakal mengikut tindakan ADUN Luyang, Hiew King Cheu keluar parti.

lajim_bumburing_jualan_murah_anwar_beli_sabah

Ujarnya, perpecahan pembangkang di Sabah dilihat semakin serius apabila pendapat penyokong tidak dipedulikan rentetan daripada perlantikan Datuk Seri Lajim Ukin dari PKR sebagai Ketua Pembangkang di negeri itu.

"Penyokong pembangkang tahu bahawa Lajim Ukin adalah seorang individu yang pentingkan diri sendiri. Cara kepimpinan Lajim tidak digemari maka tidak mustahil akan ramai lagi yang akan keluar parti pembangkang kerana Lajim.

"PKR yang dilihat cuba mendominasi pakatan pembangkang tanpa menghiraukan pendapat penyokong mereka akan membawa bencana dan musibah kepada pembangkang sendiri. Maka secara tidak langsung PKR akan menjadi punca perpecahan pembangkang di Sabah menjadi semakin kronik.

"Malah Pas di Sabah juga boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang akan meletup bila-bila masa kerana turut tidak berpuas hati," katanya kepada UMNO-Online.

Oleh kerana itu jelas Samsudin, pembangkang tidak mungkin bertapak kukuh di Sabah kerana rakyat negeri ini dapat melihat betapa jauh berbezanya pembangkang dengan Barisan Nasional (BN).

Keutuhan parti BN dalam memerintah jauh lebih baik malah kesepakatan kesemua komponen BN tidak mampu ditandingi oleh pakatan pembangkang yang hanya mempunyai tiga parti gabungan.

"Mereka hanya tiga parti tetapi tidak mampu mencapai kata sepakat dan sering berebut kuasa. Kita BN telah menunjukkan betapa saling sepakat dan patuh kepada pemimpin. Segala permasalahan juga diselesaikan dengan baik dan bukannya dengan cara menjatuhkan rakan sendiri.

"Pembangkang boleh terus bermimpi untuk menguasai Sabah kerana rakyat Sabah tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kabinetnya," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Malaysia-China Unjur Dagangan Dua Hala AS$160 Bilion Menjelang 2017

Posted: 04 Oct 2013 02:06 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 Okt - Malaysia dan China mengunjurkan dagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah AS$160 bilion menjelang 2017, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

hubungan-ekonomi-baik-malaysia-najib-razak-china-xi-jinping

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di sini Jumaat, mereka turut membincangkan program lima tahun membabitkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara, serta bersetuju meningkatkan kerjasama strategik semasa Malaysia-China dalam “Perkongsian Strategik Komprehensif”.

Perdana Menteri berkata, China juga menyuarakan minat untuk mengambil bahagian dalam projek kereta api berkelajuan tinggi, selain Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou serta Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, yang memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Kami juga membincangkan kerjasama dalam perkhidmatan kewangan. Kami mahu melihat lebih banyak perdagangan antara negara diselesaikan menggunakan mata wang tempatan, Renminbi dan Ringgit,” katanya pada sidang media bersama Xi selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan tertutup di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra di sini, Jumaat.

“Maklumat perlu disebarkan kepada sektor swasta kedua-dua negara. Kami juga bersetuju supaya institusi kewangan di Malaysia dan China memain peranan yanglebih besar di kedua-dua negara,” katanya.

Migrant Workers To Get Special ID Card By Nov 15 – Zahid

Posted: 04 Oct 2013 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 4 – The Home Ministry is to issue a special identification card with high security features difficult to emulate to all migrant workers in the country by Nov 15.

Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the card would be issued in stages to all the 2.5 million migrant workers in the country.

The high security features incorporate biometrics and bar code, which would make it easy for the Immigration Department to detect illegal migrant workers, he said.

“Migrant workers will only have to produce the i-card and not their passport to verify their identify,” he told a news conference after launching a Quran interpretation event at the headquarters of Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), here, today.

Also present at the event were Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar and the ministry’s secretary-general, Datuk Abd Rahim Mohd Radzi.

Ahmad Zahid said the more sophisticated i-card could store much more data about the holder than the previous identification document and could be examined easily by the security authorities.

The minister also said that the authorities would press on with the operation to haul up illegal migrant workers even after issuing the i-card.

“We will not relent, and will carry on (with the operation) until the end of this year and even into next year. The i-card will serve to differentiate the legal and illegal foreigners,” he said.

Ahmad Zahid the i-card would come in different colours to identify the workers in the various sectors of employment and the cost would be borne by the holder.

He said the ministry would study the immigration laws to determine the duration for renewal of the card, either annually or biennially.

He also said that the i-card would be introduced for foreign students, holders of firearms licences and Department of Civil Defence and People’s Volunteer Corps (Rela) volunteers.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT