SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, October 19, 2013

UMNO Online - “My Rukun Negara Mampu Lahir Generasi Contoh – Jainab Ahmad” plus 9 more

UMNO Online - “My Rukun Negara Mampu Lahir Generasi Contoh – Jainab Ahmad” plus 9 more

Link to UMNO Online

My Rukun Negara Mampu Lahir Generasi Contoh – Jainab Ahmad

Posted: 18 Oct 2013 03:37 AM PDT

KOTA KINABALU, 18 Okt — Penubuhan ‘My Rukun Negara’ bertepatan dengan aspirasi bagi menjadikan negara maju menjelang 2020 yang mampu melahirkan generasi contoh kelas pertama yang berpendidikan tinggi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata jika pelajar mempraktikkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian, mereka akan tahu membezakan antara baik dan buruk.

“Pelajar harus menimba ilmu pengetahuan agar menjadi manusia yang berguna dan sentiasa menjaga tingkah laku dan displin agar tidak terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat,” katanya ketika melancarkan My Rukun Negara di Dewan Auditorium Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Beliau juga menasihati pelajar agar menyambung pengajian dalam bidang kemahiran, khususnya jika mereka benar-benar berminat dalam bidang tersebut, bagi membentuk modal insan berkemahiran yang amat diperlukan oleh negara.

“Sekiranya negara mempunyai pelajar kemahiran yang berkualiti, kenapa perlu kita menerima pekerja asing untuk membangunkan negara,” katanya.

Program ‘My Rukun Negara’ diwujudkan di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dalam usaha memupuk perpaduan dan semangat cintakan negara.

Tindakan Tegas Untuk Ahli Langgar Tataetika UMNO Dalam Pemilihan Parti

Posted: 18 Oct 2013 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Lembaga Disiplin UMNO hari ini member amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota parti yang melanggar tataetika UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.

tengku-ahmad-rithaudeen-megat-najmuddin-lembaga-disiplin-umno-malaysia-parti-pusat

Pengerusinya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata pihaknya telah menerima aduan berkaitan pelanggaran tataetika itu dan siasatan akan dibuat dengan teliti berdasarkan merit kes.

“Aduan yang diterima merangkumi pelanggaran yang dibuat oleh calon yang bertanding bagi jawatan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan bahagian serta dalam pemilihan sayap-sayap parti di peringkat bahagian dan pusat pada 12 Okt lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pemilihan peringkat bahagian dan MT akan berlangsung esok.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan akan diteruskan sekiranya Lembaga Disiplin menerima aduan dalam masa enam bulan selepas tamat proses pemilihan UMNO di peringkat bahagian.

Selain itu, beliau juga memaklumkan 51 anggota UMNO telah dipanggil di hadapan panel Tribunal Lembaga Disiplin berhubung kes sabotaj parti pada pilihan raya umum ke-13.

Daripada jumlah itu, 28 didapati bersalah dan digantung hak mereka di dalam parti selaras Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

“Lima anggota telah disyorkan kepada MT untuk dipecat kerana kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan boleh menjejaskan nama baik dan reputasi parti,” kata Tengku Ahmad Rithauddeen.

Menurutnya, 12 yang lain didapati bersalah dan diberi amaran, manakala enam lagi didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

Beliau menegaskan tindakan yang diambil Lembaga Disiplin adalah berdasarkan laporan yang dibuat anggota UMNO dan badan itu menjalankan tugas tanpa gentar atau pilih kasih.

Kalimah Allah : Provokasi Berterusan Pembangkang Bakal Gugat Keamanan Negara

Posted: 18 Oct 2013 03:30 AM PDT

Isu kalimah Allah memberi kesan yang amat  besar kepada umat Islam.  Iman umat Islam memang tidak sama, ada yang tinggi, sederhana dan rendah.  Namun  dalam diri setiap umat Islam faham bahawa kalimah Allah merupakan antara perjuangan jihad yang perlu bagi memastikan kesinambungan maruah Islam di mata dunia yang selama ini telah cuba dicalar dengan begitu teruk dan hina oleh segolongan kaum bukan Islam.

lim-guan-eng-guna-kalimah-allah-khalifah-umar

Oleh itu memang menjadi satu kemushkilan bagaimana Nik Aziz bersama Haji Hadi dan Anwar Ibrahim telah mengambil keputusan menyokong penggunaan kalimah Islam oleh kaum kafirun hanya semata-mata mereka tunduk dan sujud terhadap DAP demi kepentingan politik.

Ini perlu dinilai dengan bijak dan tenang oleh seluruh umat Islam di Negara kita. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu-padu bagi memelihara kegemilangan dan keagungan Islam dari terus dipijak, diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun  umat Islam dapat menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan  melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah atas dasar bahawa penggunaan nama 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Maka dengan itu terdapat empat kesan  daripada keputusan tersebut iaitu:

1. Titular Roman Katholik Archbishop tidak dibenar untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald.

2. Arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada pihak Roman Katholik melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald adalah sah dan mengikut lunas-lunas perundangan,

3. Arahan Kabinet pada 5 Disember 1986 memutuskan bahawa empat istilah agama Islam iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah adalah eksklusif untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama lain.

4. Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang bertanggungjawab menasihati Sultan dalam isu-isu agama Islam mempunyai kuasa untuk menentukan perkara-perkara berkaitan dengan kesucian Islam.

Dengan itu sesiapa sahaja yang melanggar Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 termasuk menggunakan kalimah Allah di luar Islam boleh dihukum berdasarkan enakmen tersebut.

Perlanggaran terhadap enakmen tersebut adalah sama dengan tindakan seseorang individu di negara ini yang melanggar undang-undang iaitu kesalahan dilakukan akan dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum secara adil.

teresa-kok-pembangkang-paderi-herald-cabar-kalimah-allah-islam-mahkamah

Namun begitu terdapat pihak gereja yang seolah-olah masih cuba mencabar kesucian agama Islam dalam isu kalimah Allah.  Presiden Gereja Malaysia, Dr. Eu Hong Seng  telah mengeluarkan kenyataan bahawa gereja Kristian seluruh negara akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam acara keagamaan, doa dan bahan pendidikan kerana alasannya keputusan Mahkamah Rayuan hanya tertakluk kepada penyiaran majalah mingguan, The Herald.

Ini menunjukkan betapa mereka mempunyai agenda tersembunyi yang bakal menggugat keharmonian dan keamanan Negara.  Provokasi terhadap isu sensitif melampau secara berterusan memang mampu menggugat kestabilan Negara.

Dan pembangkang  yang berkepentingan politik jahat mahu terus menggunakan pendekatan provokasi keagamaan ini. Kami mahu pihak kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap mereka yang bergerak atas agenda mengganggu ketenteraman awam demi politik.

Perlu kita ingat juga bahawa setiap pihak yang terlibat dengan usaha mempertahankan kesucian kalimah Allah harus sentiasa bersedia bagi menghadapi  apa-apa jua rayuan seterusnya perkara yang berkemungkinan dilakukan oleh pihak Gereja Roman Katholik berhubung keputusan tersebut.

Alhamdulillah setakat ini keputusan tersebut telah meletakkan kembali kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan yang terhakis akibat kecelaruan penggunaan kalimah suci itu sebelum ini. Umat Islam seluruh Negara harus terus bersatu demi agama, bangsa dan Negara.

mykmu.net

Pemilihan Parti Perkukuh Stabiliti UMNO Berlandaskan Perlembagaan, Bukan Populariti

Posted: 18 Oct 2013 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt. – Transformasi yang diserapkan dalam pemilihan UMNO menjadikan parti ini satu-satunya parti yang memperkukuh satbiliti dan mengekalkan imbangan kuasa yang ada berlandaskan kepada Perlembagaan UMNO, kata penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Kling.

perwakilan-wakil-ahli-majlis-tertinggi-umno-perhimpunan-agung-bersemangat

Jelas beliau, kelancaran proses pemilihan yang berlangsung sebagaimana perjalanan sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sabtu lalu adalah manifestasi kepada pembaharuan UMNO dengan anggotanya bersedia melaksanakannya di semua peringkat.

"Wujud keseimbangan dalam pemilihan apabila secara keseluruhannya terdapat ramai di antara pemegang jawatan yang menang tanpa bertanding dan ada juga jawatan-jawatan yang bertukar wajah baru dengan memperlihatkan bahawa UMNO menggabungkan kepimpinan muda dan yang berpengalaman sebagai teraju untuk gerakan di akar umbi," katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, keterbukaan yang dilaksanakan dalam parti memberi ruang kepada para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu melaksanakan amanah apabila mengekalkan 'orang lama' dengan makna bahawa pengalaman-pengalaman mereka dalam pentadbiran tetap diperlukan.

"Dalam masa yang sama, mereka juga menonjolkan wajah baru sebagai gabungan yang akan menjadi pelapis dan melengkapkan barisan kepimpinan dalam parti itu sendiri," katanya.

Tegas beliau yang juga profesor di Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), kemampuan UMNO sebagai sebuah parti politik yang unggul telah terbukti apabila kepimpinannya dipilih secara terbuka dengan jumlah perwakilan yang ramai dan bukanlah bergantung kepada populariti.

"UMNO juga telah membuktikan bahawa parti ini berpegang teguh kepada prinsip demokrasi yang amat luas dengan penglibatan ahli-ahlinya dalam jumlah yang sangat besar terlibat secara langsung, ahli-ahlinya bukan sahaja dapat menjadi perwakilan tetapi juga dapat mencalonkan diri untuk bertanding sekiranya merasakan layak berdasarkan kepada syarat-syarat yang amat kecil.

"Pemilihan ini memberi makna yang amat besar apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan parti-parti politik lain yang ada di negara ini hari ini, dalam soal keterbukaannya telah menolak parti lain yang selama ini kononnya berjuang atas nama demokrasi tetapi makna demokrasi sebenar telah diterjemah oleh UMNO."

Tegas beliau, d ikalangan parti pembangkang sendiri, walaupun antara mereka laungkan demokrasi namun tingkah mereka sangat buruk, bermain dengan para perwakilan, terdapat sekatan-sekatan tertentu, ada yang tidak menerima jemputan dan macam-macam lagi permasalahan yang timbul.

"Walaupun ada juga berlaku beberapa kelemahan sebagaimana di Kalabakan namun jika diukur secara keseluruhan maka dapat dilihat bahawa proses peremajaan yang dilaksanakan oleh UMNO berjaya.

"Dengan kejayaan UMNO ini dapat menolak pelbagai persepsi negatif yang sebelum ini banyak dikaitkan dengan UMNO sebagaimana wujudnya politik tidak sihat, kronisme, nipotisme dan macam-macam lagi." – MediaUMNO

Sungai Limau By-Election A Test For New UMNO Leadership

Posted: 18 Oct 2013 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 18  - The Sungai Limau by-election in Kedah next month will be the first big test for the new UMNO leadership in wresting the state seat from PAS.

UMNO information chief, Datuk Ahmad Maslan said today the by-election would measure the party’s capability in winning the hearts of the voters to capture the seat which had been held by PAS for the last five terms.

“Those who get elected (in the UMNO elections) must be prepared as the by-election is drawing near and much needs to be done.

“It (by-election) will be a yardstick for all involved in the UMNO elections, whether at the divisional, wing, supreme council or vice-presidency level,” he said.

Earlier, Ahmad attended the pre-launching event for the Malaysia Islamic  Integrated Madrasah, here.

The Sungai Limau by-election will be held following the death of its incumbent assemlyman and former Kedah menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak on Sept 26.

The Election Commission has fixed Oct 23 for the nomination of candidates and Nov 4 for polling. The Sungai Limau constituency has 27,222 registered voters.

On the UMNO supreme council election tomorrow, Ahmad said the delegates should choose candidates who could really work for the party and garner votes for Barisan Nasional (BN) in the 14th General Election.

“Find factors in the candidates which can help UMNO and BN win two-thirds majority,” he said.

The party elections tomorrow involve 71 candidates contesting for the deputy permanent chairman, vice-president and supreme council member posts.

The 144,297 delegates nationwide will decide the party leadership at the divisional and national levels simultaneously.

Evaluate Candidates Wisely For UMNO Election Tomorrow – Muhyiddin

Posted: 18 Oct 2013 03:14 AM PDT

HANOI, Oct 18 – UMNO deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin hopes that delegates will scrutinise every candidate contesting in the party election tomorrow before making their choice.

He said good candidates were those who were qualified, experienced, willing to serve and fight for the party, race, religion and country and were not involved in any malpractices.

Muhyidin, who is also the deputy prime minister, was confident that the approximately 146,000 delegates from 191 divisions would make a wise decision which would eventually reflect that UMNO was a party that was competent and had integrity while the leaders elected were capable, wise, and possessed high morals.

Muhyiddin said this when approached by Malaysian media representatives after delivering a speech at the meeting of Industry Leaders from Malaysia and Vietnam here today which was attended by 60 leaders of various industries.

A total of 71 candidates will contest for 29 posts namely the Deputy Permanent Chairman (three candidates), Vice-President (six) and Supreme Council members (62).

Muhyiddin said the results of the election would be evaluated not only by UMNO members but also all Malaysians.

Whatever the outcome, he hoped that UMNO would emerge as a stronger party that would be more respected and not tainted by any negative action after the election.

As for the candidates, he said winning and losing in the election was part of the democratic process.

“The vanquished is a party member, and so is the winner. But for those who are not elected, it does not mean that they no longer have any responsibility or role,” he said, reminding that he too had previously lost in the party polls but had continued the party struggles.

He called on the defeated candidates to continue to give their support to those who would be elected even if the majority was merely one vote because it was the democratic process chosen by UMNO.

On the possibility of a split in the party after the election process, Muhyiddin said that in any election process there would always be problems but these should not lead to a split in the party.

“If party members are concerned about the image and integrity of the party, then they should not take any action that can be detrimental to UMNO,” he added.

Buku Senarai Calon Majlis Tertinggi Palsu Di Kesan Di Perak – Rauf

Posted: 18 Oct 2013 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Ibu Pejabat UMNO Malaysia hari ini menerima laporan bahawa wujudnya buku senarai calon Majlis Tertingi (MT) palsu yang diedarkan di bahagian-bahagian negeri Perak yang bertujuan untuk mengelirukan perwakilan dalam proses pengundian untuk MT esok.

suk-rauf-pengerusi-jawatankuasa-pemilihan-umno-buku-calon-majlis-tertinggi-palsu-tambun-perak-kompas

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Rauf Ab Yusuh, ibu pejabat telah mengesan buku-buku senarai palsu yang diletakkan di pejabat bahagian Tambun,  yang didapati di dalamnya telah menukarkan nombor-nombor calon yang bertanding.

"Buku senarai calon tersebut didapati telah memalsukan nombor-nombor calon di peringkat MT di dalam buku ini, bermula dari calon no 11, iaitu Datuk Musa Syeikh Fadzil sehinggalah calon yang ke 63, di mana nombor calonnya tidak sama seperti yang ada di dalam buku sebenar yang dikeluarkan oleh ibu pejabat.

"Oleh itu, saya memohon kepada semua perwakilan esok, diminta supaya meneliti buku yang diedarkan dan hanya buku yang diedarkan oleh ibu pejabat saja yang mempunyai maklumat nombor calon yang sebenar. Saya minta perwakilan agar mengabaikan buku palsu tersebut sekiranya mereka menerima buku itu esok hari," jelas beliau.

Beliau berkata demikian di hadapan pemberita dalam satu sidang akhbar bertempat di Tingkat 38, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini ibu pejabat hanya menerima laporan dan maklumat tentang kewujudan buku palsu tersebut di sekitar bahagian di negeri Perak sahaja.

"Maklumat di dalam buku tersebut saya lihat mengambil petikan daripada media-media cetak arus perdana. Ibu Pejabat juga akan membuat laporan polis berhubung kewujudan buku senarai palsu calon-calon itu dalam masa yang terdekat.

"Saya juga meminta agar media arus perdana membantu menyebarkan berita ini tentang kewujudan buku senarai calon palsu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh berlaku pada hari pengundian pada esok hari," ujarnya. -MediaUMNO

gambar-pemilihan-umno-buku-calon-majlis-tertinggi-palsu-tambun-perak-kompas

UMNO Catat Sejarah, Hampir 146,000 Akar Umbi Tentukan Saf Tertinggi UMNO

Posted: 18 Oct 2013 02:42 AM PDT

Kesinambungan langkah transformasi UMNO diteruskan apabila buat julung kalinya kira-kira 146,000 anggota akar umbi akan menentukan saf kepimpinan tertinggi parti dalam pemilihan esok.

Tarikan pastinya tertumpu kepada siapa yang bakal memenuhi barisan kepimpinan utama parti untuk bergandingan dengan presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telahpun menang tanpa bertanding.

Juga penting, pemilihan serentak di seluruh 191 bahagian UMNO itu juga akan menentukan teraju kepimpinan parti di peringkat bahagian sebagai tonggak pergerakan UMNO di peringkat akar umbi.

Ahli UMNO Bersemangat

Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan UMNO berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem “electoral college”, di samping bertujuan membasmi gejala politik wang.

Sebelum ini, nasib pemimpin parti pusat hanya ditentukan kira-kira 2,500 perwakilan di perhimpunan agung parti sahaja.

Bagi memenuhi carta Majlis Tertinggi, sebanyak 71 orang calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).

Esok tumpuan pasti kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Ramai yang mahu melihat adakah ‘pakej’ Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Shafie masih mampu mengekal kedudukan, tidak kurang yang mencongak gabungan baharu akan terbentuk dengan Mukhriz yang dikatakan sebagai calon ‘pilihan’ dalam kalangan tiga pencabar tersebut.

Ramai yang mahu melihat adakah ‘pakej’ Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Shafie masih mampu mengekal kedudukan, tidak kurang yang mencongak gabungan baharu akan terbentuk dengan Mukhriz yang dikatakan sebagai calon ‘pilihan’ dalam kalangan tiga pencabar tersebut.

Tidak kurang menariknya pertandingan merebut kerusi MT yang menyaksikan pencalonan 62 orang, gabungan muka baharu dan lama untuk menempatkan diri memenuhi 25 kerusi yang dipertandingkan.

Bagi jawatan itu, tiga pemimpin tertinggi negeri iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Perlis Azlan Man menawarkan diri untuk bertanding.

Turut bertanding lapan menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Selain itu, empat timbalan menteri turut disenarai sebagai calon MT iaitu Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique.

Beberapa penyandang MT turut mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Abd Latiff Ahmad, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Beberapa nama besar yang menawar diri termasuk Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Azalina Othman Said, Tun Faisal Ismail Aziz manakala kemunculan semula Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman turut mencuri perhatian sama ada mereka mampu menggugat peluang calon-calon lain.

Pemilihan esok juga akan menyaksikan pertemuan tiga penjuru bagi merebut jawatan timbalan pengerusi tetap yang disandang Datuk Mohamad Aziz, dengan pencabarnya Ahmad Fariz Abdullah dan Datuk Abd Rahman Palil.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin sebelum ini telah diumum menang tanpa bertanding.

Setakat ini ibu pejabat UMNO belum memberi sebarang tempoh bila keputusan pemilihan akan diumumkan.

Sharifah Nur Shahrizad Syed Mohamed Sharer (Bernama)

Naib Ketua Pemuda Akan Ditentukan Pada Pemilihan Semula Di Tiga Bahagian

Posted: 18 Oct 2013 02:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Nasib kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Azwan Harun yang terikat seri akan ditentukan dengan mengadakan pemilihan semula di tiga bahagian iaitu Sabak Bernam, Bachok dan Gelang Patah yang akan dijalankan khusus untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, demikian menurut Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa UMNO, Tan Sri Tajol Rosli.

Menurut beliau, pemilihan semula sayap pemuda di ketiga-tiga bahagian yang terbabit  akan dijalankan secara serentak pada hari Rabu ini (23 Oktober 2013).

"Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua calon, Jamawi dan Azwan kerana telah bersetuju dengan keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah berhubung perkara ini.

"Kedua-dua calon ini telah meletakkan kepentingan UMNO melebihi kepentingan peribadi dalam isu ini. Ingin saya tegaskan bahawa dalam pertandingan ini antara Jamawi dan Azwan, tidak ada pemenangnya kecuali UMNO.

undi-semula-sabak-bernam-gelang-patah-bachok-naib-ketua-pemuda-umno-pemilihan-2013-jamawi-azwan

"Yang menang tidak dapat semua dan yang kalah tidak hilang semua dan inilah pendapat yang dikongsikan bersama oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, " demikian tegas beliau dalam satu sidang akhbar berhubung isu jawatan Naib Ketua Pemuda yang terikat seri.

Manakala menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusuh, setelah meneliti dari segenap sudut, maka kedua-dua pihak telah menzahirkan beberapa perkara yang perlu diperincikan.

"Hasil daripada perbincangan antara kedua-dua pihak, satu langkah telah diambil iaitu untuk mengadakan semula pemilihan di ketiga-tiga bahagian yang terdapat sedikit keraguan di dalam keputusan pemilihan baru-baru ini.

"Oleh yang demikian, kedua-dua calon telah pun bersetuju untuk memberikan sokongan kepada keputusan ini bagi memastikan satu keputusan muktamad berhubung jawatan ini," ujarnya.

Manakala menurut Jamawi Jaafar, beliau menerima keputusan jawatankuasa pemilihan UMNO berhubung status pemenang yang bakal ditentukan dengan pemilihan semula di ketiga-tiga bahagian seperti yang telah diputuskan.

"Saya sebagai seorang yang mendokong institusi pemuda UMNO, akan terus memberikan sepenuh kepercayaan kepada jawatankuasa pemilihan dan saya berikrar sekiranya  tidak memenangi undi di ketiga-tiga bahagian tersebut maka saya akan tetap menyumbangkan jasa pada UMNO.

"Saya menyerahkan sepnuhnya nasib saya kepada ketiga-tiga bahagian tersebut dan insyaAllah kita akan mendapatkan keputusan terbaik untuk masa depan Pemuda UMNO Malaysia," ujarnya.

Bagi Azwan Harun pula, beliau turut berkongsi pendapat dengan Jamawi di mana dalam isu ini kepentingan peribadi perlu diketepikan dan semangat perpaduan dan kekeluargaan UMNO perlu diutamakan.

"Kita dalam pertandingan yang bersifat kekeluargaan. Jadi saya rasa tidak perlu ada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej parti. Saya sendiri meletakkan jauh kepentingan peribadi dan meletakkan kepentingan parti itu mengatasi kepentingan peribadi," jelasnya. -MediaUMNO

Pilih Pemimpin Yang Mampu Bawa Kegemilangan Kepada UMNO – Ahmad Maslan

Posted: 18 Oct 2013 02:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt -  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan perwakilan yang bakal memilih barisan kepimpinan baharu parti esok, agar menaikkan calon yang dapat bekerja untuk parti selain membawa kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-14.

“Carilah faktor (yang ada pada calon) yang boleh membantu kegemilangan UMNO dalam mendapat undi dua pertiga seperti sebelum ini,” katanya selepas menghadiri prapelancaran mengumpul dana untuk pembinaan Madrasah Integrasi Islam Malaysia, di sini hari ini.

semangat-pemimpin-umno-perhimpunan-majlis-tertinggi-pemilihan

Beliau diminta mengulas mengenai pemilihan peringkat bahagian dan pusat UMNO yang akan berlangsung serentak esok membabitkan 144,297 perwakilan dari seluruh negara, kecuali Sarawak.

Bagi pemilihan peringkat pusat, sebanyak 71 calon bertanding bagi jawatan timbalan pengerusi tetap, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi.

Ditanya mengenai pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ahmad berkata PRK itu menjadi medan pertarungan pertama bagi barisan kepimpinan baharu Umno untuk merampas DUN berkenaan daripada Pas.

“Mereka yang dipilih itu mestilah sudah bersiap sedia kerana PRK semakin dekat dan banyak yang perlu dibuat bagi menambat hati pengundi,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Okt ini sebagai hari penamaan calon dan 4 Nov hari pengundian. Kawasan itu mempunyai 27,222 pemilih.

Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya pada 21 Okt ini.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, meninggal dunia pada 26 Sept lalu.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT