SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, October 24, 2013

UMNO Online - “RM40 Juta Diperlukan Untuk Penempatan Baharu, Baik Pulih Kawasan Sungai Bertam” plus 9 more

UMNO Online - “RM40 Juta Diperlukan Untuk Penempatan Baharu, Baik Pulih Kawasan Sungai Bertam” plus 9 more

Link to UMNO Online

RM40 Juta Diperlukan Untuk Penempatan Baharu, Baik Pulih Kawasan Sungai Bertam

Posted: 23 Oct 2013 04:29 AM PDT

CAMERON HIGHLANDS, 23 Okt -  Sebanyak RM40 juta diperlukan untuk membaik pulih kawasan sekitar Sungai Bertam, Ringlet di sini dan membina penempatan baharu bagi penduduk kawasan itu yang terlibat dalam banjir kilat awal hari Rabu.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau akan segera membuat permohonan peruntukan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sekiranya peruntukan diluluskan dengan segera, Sungai Bertam akan dibaik pulih dan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu dipindahkan ke rumah baharu di Tanah Rata atau di kawasan lain,” katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian, Rabu.

Beliau berkata penduduk di kawasan perumahan setinggan yang tinggal di tepi sungai itu telah menetap lebih 30 tahun dan penempatan baharu perlu disediakan kepada mereka.

Arus deras dan banjir kilat pada pukul 1 pagi ini, memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian akibat air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet itu turut menyebabkan tiga terbunuh – dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung.

Seorang wanita Indonesia pula masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki tempatan cedera.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet, beliau berkata bantuan seperti makanan, baju dan keperluan lain akan segera disalurkan kepada mereka.

Seramai 54 mangsa melibatkan 12 keluarga di pindahkan ke pusat pemindahan banjir itu.

Budget 2014 : SPNB Hopes To Build More Affordable Houses

Posted: 23 Oct 2013 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 23 – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hopes it will get an opportunity to build more affordable houses priced below RM250,000 for young people under the 2014 Budget.

Its president, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh said SPNB planned to build between 100,000 and 200,000 affordable houses nationwide from next year due to overwhelming requests from people who needed houses within their means.

“However, our focus is to build affordable housing in rural areas where we believe the demand is on the rise,” he told reporters after participating in the ‘Ruang Bicara’ (discourse) on Bernama TV yesterday.

The other panel members in the programme entitled ‘Budget 2014: Urban Poverty’ were the Malays Traders and Industrialists Association of Malaysia (Perdasama) vice-president Datuk Sohaimi Shahadan and Muslim Consumers Association of Malaysia executive secretary Datuk Nadzim Johan.

On declining supply of affordable housing, Kamarul said due to economic downturn in 1998, housing developers took precautions, causing a slowdown in the sector.

“The rural-urban migration, especially involving young people also causing house prices to rise,” he said.

Kamarul said SPNB was also working out plans with local councils and the Kuala Lumpur City Hall to turn old apartments or houses into rooms that could be sold to single youths at a price between RM5,000 and RM10,000 depending on the facilities provided.

He said this could help youths tide over the high cost of living at the outset of the career in urban areas.

Pahang Pandang Serius Tuntutan Comango – Adnan Yaakob

Posted: 23 Oct 2013 03:32 AM PDT

KUANTAN, 23 Okt  - Kerajaan Pahang memandang serius tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang didapati cuba mewujudkan liberalisme di negara ini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata isu itu akan dipersembah kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku ketua agama negeri dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ini antara enam resolusi yang diluluskan kerajaan negeri hari ini dalam pertemuan bersama ulama dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta semua anggota Exco kerajaan negeri.

Menurut Adnan, resolusi lain ialah kerajaan negeri tidak mahu ada pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi; menyokong Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva, Switzerland bagi memantau tuntutan Comango; dan memohon agar semua pihak dari seluruh negara menyokong MuslimUPro.

Kerajaan Pahang juga bersedia menjadi penyelaras bagi menghimpunkan ulama dan cendekiawan Islam dari seluruh negara untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang ancaman puak liberalismen ini; dan resolusi terakhir merangka pelan induk bersepadu bagi memperkasa dakwah Islamiah di negeri itu, katanya.

Menurut Adnan kerajaan negeri juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pendiriannya berhubung tuntutan Comango tersebut.

Water Release At Dam Followed Procedures – TNB

Posted: 23 Oct 2013 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 23 – The release of water via the spillway at the Sultan Abu Bakar Dam in Cameron Highlands early this morning followed fixed procedures, said Tenaga Nasional Berhad (TNB).

In a statement here, TNB said controlled release of water was done to prevent flooding in the entire Bertam Valley.

Heavy rain overnight and flash flooding around Ringlet caused an oveflow of water into the dam resulting in the water level exceeding the permitted maximum threshold, the statement said.

It added that TNB took all needed steps including liasing with the security authorities, local authority and the head of Bertam Valley’s village security  and development committee (JKKK) before the controlled release of water was undertaken.

About 80 houses downstream were damaged as a result of the sudden rush of water from the dam in the 1am incident.

The incident also claimed the lives of two foreign workers and a local while one other person is still reported missing.

EC Disappointed Political Party Supporters Flout Campaign Rules

Posted: 23 Oct 2013 02:48 AM PDT

YAN, Oct 23 – The Election Commission (EC) is disappointed with some party supporters in the Sungai Limau by-election for flouting the rules during the nomination of candidates today.

Its chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said some supporters were noisy and used loud speakers but he did not divulge the culprits.

He said the EC had told the contesting parties several times on the campaign rules but today some people still flouted them.

The by-election will see a straight fight between Barisan Nasional (BN) candidate Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, and PAS candidate Mohd Azam Abd Samat, 37.

Section 24A of the Election Offences Act 1954 banned loud speakers on nomination day, he said afer the nomination of candidates for the by-election here.

Those found guilty could be fined not exceeding RM2,000 or jailed for up to one year or both, said Abdul Aziz.

He also advised the BN and PAS candidates in the by-election to respect the law and to campaign courteously by not running down their opponents.

He said the voting this time would use indelible ink, as in the Kuala Besut by-election in July, seeing it did not generate any complaint to date.

He also said that BN and PAS could now put up their election banners and flags until midnight on Nov 3.

The Sungai Limau by-election will be held following the death of incumbent Tan Sri Azizan Abdul Razak of PAS on Sept 26.

Kalau Kedah Boleh BN Tawan, Apa Beza Dengan DUN Sungai Limau – Khairy

Posted: 23 Oct 2013 02:31 AM PDT

YAN, 23 Okt. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin menolak dakwaan bahawa BN tidak akan mampu untuk merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau lantaran ia dianggap sebagai kubu kuat Pas berdasarkan lima penggal pentadbiran mereka.

"Kalau nak kata macam itu, dulu Kedah pun Negeri tadbiran Pas tetapi kita mampu menawannya dalam PRU lalu."

Ujarnya, beliau yakin bahawa para pengundi tempatan akan memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memberikan mandat pentadbiran kepada BN.

"Rakyat di sini inginkan pembangunan. Mesej kita adalah penting untuk undi rakyat yang datang dari parti yang sama dengan kerajaan negeri kerana Datuk Mukhriz selaku Menteri Besar mempunyai perancangan yang hebat untuk pembangunan negeri

"Golongan muda juga menaruh keyakinan yang tinggi kepada Datuk Mukhriz sebagai pemimpin muda dan saya percaya jika sekiranya BN diberi mandat di Sungai Limau ini maka akan lebih banyak lagi perancangan yang mampu dilakukan untuk pembangunan masyarakat tempatan," katanya.

semangat-bn-calon-dun-sungai-limau-kedah-muhyiddin-pemimpin

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa sukacita terhadap perkembangan yang mantap dalam jalinan hubungan dalam parti biarpun UMNO baru sahaja berdepan dengan pemilihan parti Sabtu lalu.

"Kita baru sahaja selesai pemilihan parti tetapi perpaduan kita nampak amat-amat baik, kuat dan utuh kerana soal siapa yang menang dan tewas dilupakan dengan bertumpu kepada PRK ini.

"Semua ahli-ahli UMNO bertumpu kepada PRK dengan kita menunjukkan satu barisan yang mantap dan bersatu yang mana ia menjadi isyarat yang amat baik."

Berkaitan calon BN iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, beliua gembira kerana sambutan masyarakat tempatan pun amat baik yang merupakan anak tempatan dan seorang pensyarah universiti.

"Saya percaya bahawa gandingan beliau dan kerajaan negeri adalah amat penting bagi kawasan ini khususnya untuk pembangunan. Adalah perlu untuk seorang wakil rakyat yang datangnya sama dengan kepimpinan negeri dan kerajaan persekutuan bagi bergerak seiring."

Berkaitan jentera Pemuda, beliau menjelaskan bahawa perancangan telah dilakukan untuk program mirip untuk orang muda misalnya, program kesukasan, santai, kemasyarakatan, kerohanian dan keagamaan tetapi bukanlah dalam skala besar.

"Kita memahami bahawa DUN Sungai Limau adalah kawasan luar bandar dengan jentera menyelami budaya masyarakat tempatan dan tidak perlu terlalu ghairah dalam berkempen." – MediaUMNO

74 Kes Bunuh Libatkan Senjata Api – Zahid

Posted: 23 Oct 2013 02:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Sebanyak 74 kes bunuh melibatkan penggunaan senjata api direkodkan sejak Januari sehingga September tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu 15 kes diikuti Perak (10), Pulau Pinang (sembilan), Johor dan Sabah masing-masing tujuh, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak masing-masing lima kes, Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing empat dan masing-masing satu di Melaka, Pahang dan Terengganu, katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan lisan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, berhubung pecahan kes tembak mati sepanjang tahun ini dan langkah pencegahan yang diambil.

Ahmad Zahid berkata kebanyakan senjata api yang digunakan dalam kes itu dipercayai diseludup melalui negara jiran.

Selain itu, pergerakan keluar masuk pada kadar yang kerap, kesibukan lalu lintas di pintu masuk serta interaksi ekonomi antara penduduk di sempadan membuka peluang kepada aktiviti penyeludupan.

“Kewujudan lorong-lorong tikus di sepanjang sempadan juga digunakan penduduk tempatan untuk menyeludup masuk barang-barang termasuk senjata ke negara ini.

“Hubungan kekeluargaan dan faktor geografi seperti kedudukan Sungai Golok antara Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan yang begitu hampir mewujudkan rangkaian yang mendorong kepada aktiviti penyeludupan,” katanya.

Bagi menangani aktiviti penyeludupan di sempadan, Ahmad Zahid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain seperti Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa memperketat kawalan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

“PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan agensi yang terlibat melalui perkongsian maklumat dan operasi bersepadu bagi membanteras penyeludupan di sempadan,” katanya.

Menurutnya PDRM telah melaksanakan dua operasi khas iaitu Ops Laras dan Ops Api dari semasa ke semasa untuk mengekang penyeludupan dan mengawal penggunaan senjara api dalam aktiviti jenayah.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga sedang menimbang perolehan aset dan pembinaan infrastruktur baharu dalam usaha meningkatkan daya pengoperasian Pasukan Polis Marin (PPM), yang ditubuhkan pada 1 Sept 1947.

Sebelum ini, PPM yang ditugaskan menjaga kawasan daratan pantai, sungai, pelabuhan, pulau dan tasik akan diberi tanggungjawab di laut sehingga lima batu nautika dari pantai.

“Pengukuhan dan perluasan kawasan tanggungjawab PPM diyakini pertahanan perairan negara akan lebih tersusun dan mempunyai impak lebih berkesan dalam menangani pencerobohan yang meliputi keselamatan dan ketenteraman kawasan perairan negara,” katanya.

Yang Diumpan Rumah Mampu Milik, Yang Dibina Terowong Dasar Laut

Posted: 23 Oct 2013 02:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Yang diwar-warkan rumah kos rendah, rumah mampu milik tapi yang bersungguh untuk dibina adalah terowong dasar laut.  Inilah yang dikatakan politik cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

Demikian gambaran yang dinyatakan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan terhadap tindak tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung pembinaan terowong dasar laut yang penuh misteri.

lim-guan-eng-banner-ketawa-nasib-melayu-penang-pulau-pinang-banner

Tegasnya  sebagai kerajaan negeri yang memerintah di Pulau Pinang, DAP harus mengutamakan kebajikan dan keperluan rakyat.

Justeru kata beliau lagi hasrat untuk membina terowong dasar laut tidak seharusnya menjadi perkara utama kepada mereka sedangkan rumah kos rendah yang dijanjikan masih tidak tertunai sehingga kini.

"Jika dibandingkan pembinaan terowong dan rumah kos mampu milik, sudah pastilah rumah mampu milik lebih penting kerana Pulau Pinang sudah mempunyai dua jambatan maka tidak ada keperluan lagi untuk membina terowong dasar laut.

"Melainkan mereka mempunyai agenda lain yang tersembunyi… Namun DAP harus lebih bertanggungjawab kepada kepercayaan yang telah diberikan kepada rakyat untuk mereka. Rakyat telah memilih mereka menjadi pemerintah di Pulau Pinang oleh itu kebajikan rakyat tidak sepatutnya dipermainkan," ujarnya kepada UMNO-0nline.

Tambah Chandrakumanan, DAP tidak seharusnya membazirkan wang rakyat untuk perkara yang tidak berfaedah.

Wang rakyat katanya lagi boleh dikembalikan dengan cara pembinaan rumah mampu milik namun sayangnya sehingga kini kerajaan Pulau Pinang gagal menunjukkan di manakah pembinaan rumah mampu milik.

Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang pernah membuat kenyataanpada Mei 2012 kononnya sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh Kerajaan Negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta namun sehingga kini lokasi pembinaan tersebut masih terus menjadi misteri yang tidak terungkap.

"Terlalu banyak perkara yang membabitkan DAP menjadi misteri dan tanda tanya… Janji mereka juga begitu. Pada PRU 2008 mereka mahu hapuskan tol tetapi ini mereka pula akan buat tol sekiranya terowong dasar laut dibina.

"Mereka tuduh kerajaan pusat macam-macam tetapi pentadbiran negeri Pulau Pinang sendiri cacamarba. Kesimpulannya, DAP sememangnya parti yang cukup bijak berputar belit”, ujarnya. - MediaUMNO

Tiga Naib Presiden UMNO Yakin Peluang BN Cerah Di Sungai Limau

Posted: 23 Oct 2013 02:03 AM PDT

YAN, 23 Okt -  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada kali ini mempunyai peluang yang cukup cerah.

Menurut beliau apa yang penting  pengundi di Sungai Limau dapat diyakini sebaik mungkin khidmat bakti yang akan dicurahkan oleh wakil rakyat BN kelak sekiranya mereka memberikan kepercayaan kepada BN pada hari pengundian nanti.

"Paling penting untuk calon kita meyakinkan masyarakat sini bahawa kalau ianya diberikan peluang dia akan berkhidmat bersungguh-sungguh dengan kerajaan BN akan berada di belakang sebagai wakil rakyat.

"Dan kalau itu  mesej boleh disampaikan oleh calon itu sendiri dan janji mesti ditunaikan saya percaya sedikit sebanyak ianya mempengaruhi para pengundi di sini nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Dato' Madi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bagi Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO, melihat berpolitik bukan sekadar ketaksuban dan juga bukan hanya sekadar ideologi semata-mata.

Sebaliknya menurut beliau apa yang penting adalah masa depan penduduk di Sungai Limau termasuklah generasi seterusnya yang pasti ingin melihat kepada perubahan untuk manfaat semua pihak.

"Kita berpolitik bukan hannya semata-mata ideologi…bukan semata-mata  ketaksuban …kita hendak melihat masa depan. Perubahan untuk kebaikan… Bukan kita nak kekalkan tidak ada pembangunan, bukan nak kekalkan ketaksuban kita.

"Kita nak pastikan supaya ada kemajuan. Ini yang perlu imbangi. Ini yang kita tidak harus dipersalahkan apabila pembangunan di kampug dan di bandar yang menidakkan perubahan yang dikatakan dituntut tidak menjadi akibat ketaksuban. Harus berani membuat pilihan demi masa depan daerah ini dan anak-anak kita," katanya.

Dalam perkembangan sama beliau turut melihat penurunan demi penurunan undi yang dimenangi oleh Pas sejak pilihan raya umum 2004 hingga pilihan raya umum sebelum ini mencatatkan penuruan yang cukup ketara.

"Kita yakin bahawa dalam pilihan raya ini masyarakat walaupun mereka kekal menjadi ahli Pas mereka sudah pasti ingin melihat dan inginkan sesuatu perubahan. Bukan sahaja suasana keadaan kehidupan malah masa depan daerah ini. Perlu lihat secara rasional. Justeru saya berharap seluruh jentera kita dapat bergerak sebaik mungkin untuk merayu para pengundi agar mengundi BN," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula melihat calon yang diketengahkan oleh BN pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau ini merupakan seorang yang mempunyai kombinasi antara profesionalisme dan juga politik.

"Saya dapati calon BN bukan sahaja seorang pendidik yang professional tetapi beliau juga pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian ketika saya Ketua Pemuda…Mempunyai kombinasi antara profesionalisme dan juga politik.

"Beliau bergelumang dengan rakyat tempatan dan mempunyai pertalian saudara dengan ramai pengundi-pengundi di kawasan ini. Saya merasakan beliau akan dapat membawa perubahan bukan sahaja selaku calon BN tetapi dengan sifat beliau yang boleh bercampur gaul dengan semua lapisan masyarakat maka ia merupakan satu aset kepada BN.

"Begitu juga saya melihat apabila calon Ketua bahagian lalu Datuk Suhaimi bekerjasama dengan Datuk Jamil Khir. Ini merupakan satu sikap  yang amat baik, jentera di pihak parti mempunyai kombinasi dan semangat ukhwah dan kebersamaan  yang amat baik sekali," katanya. -MediaUMNO

naib-presiden-umno-zahid-calon-bn-sungai-limau-prof-dr-ahmad-sohaimi-lazim-kedah-mukhriz-penamaan-calon

naib-presiden-shafie-timbalan-muhyiddin-penamaan-calon-sungai-limau

naib-presiden-umno-bn-hishammuddin-jamil-jerai-mukhriz-kedah-penamaan-calon-sungai-limau

TPPA Tidak Akan Jejas Kepentingan Bumiputera – Hamim Samuri

Posted: 23 Oct 2013 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Kerajaan akan memastikan kepentingan usahawan Bumiputera tidak terjejas apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani kelak, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri hari ini.

Beliau berkata segala hak rakyat akan diutamakan dan terjamin dalam rundingan TPPA agar ia memberi faedah kepada semua pihak.

Oleh itu, kerajaan akan melaksanakan program ‘capaian’ kepada komuniti perniagaan semua kaum, termasuk Bumiputera, agar dapat meraih faedah dan tidak ketinggalan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pembinaan kapasiti dalam kalangan peniaga, usahawan dan pengeluar Bumiputera agar dapat bersaing dengan semua peniaga dan usahawan di dalam dan luar negara,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Noor ingin mengetahui sejauh mana Bumiputera bersedia untuk bersaing dengan masyarakat antarabangsa sekiranya TPPA ditandatangani, dan rancangan kerajaan supaya kaum itu tidak ketinggalan.

“Kaedah pelaksanaan program ini masih dalam penelitian dan pertimbangan dan dijangka meliputi pelbagai kumpulan pihak berkepentingan dengan objektif yang mungkin berbeza,” kata Hamim.

Antara program capaian untuk syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) itu merangkumi penerangan mengenai bab-bab berkaitan IKS, faedah dan peluang yang boleh diperoleh dan diterokai dalam perjanjian itu.

Katanya ia juga akan mengenal pasti bidang kerjasama atau pembangunan kapasiti yang diperlukan oleh IKS supaya ia dapat dibincangkan secara bersama dengan negara TPPA yang lain.

Hamim berkata program capaian itu yang juga akan dilaksanakan untuk badan bukan kerajaan serta orang awam, merangkumi penerangan mengenai perjanjian berkenaan.

“Diharapkan program ini akan diadakan secara komprehensif supaya  TPPA dapat dilaksanakan secara lancar untuk memastikan faedah dan peluang perniagaan dapat diraih daripada perjanjian itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT