SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, November 29, 2013

UMNO Online - “Pelaburan Merosot, Kerajaan Selangor Perlu Beri Alasan Kukuh Naik Gaji Adun” plus 9 more

UMNO Online - “Pelaburan Merosot, Kerajaan Selangor Perlu Beri Alasan Kukuh Naik Gaji Adun” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pelaburan Merosot, Kerajaan Selangor Perlu Beri Alasan Kukuh Naik Gaji Adun

Posted: 28 Nov 2013 04:43 AM PST

SHAH ALAM, 28 Nov – Kerajaan negeri Selangor perlu memberi alas an kukuh berhubung kenaikan gaji kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa 1 Jan depan kerana jumlah kemasukan pelaburan di negeri itu merosot bagi tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kaedah dan pengiraan kenaikan yang dilihat mendadak perlu diperjelaskan malah kerajaan negeri tadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu tidak sesuai menggunakan formula 75 peratus kenaikan kadar gaji seperti dilakukan Sarawak.

khalid-ibrahim-defisit-ekonomi-kerajaan-negeri-selangor-gagal

Noh berkata kerajaan negeri Sarawak bebas menaikkan kadar gaji mereka kerana menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) bagi Januari hingga Julai tahun ini, Sarawak berada di tangga kedua tertinggi kemasukan pelabur berbanding Selangor, di tangga kelima.

“Bab gaji naik ni siapa tak sokong, tiada orang tak sokong kerana ia pemberi semangat kepada wakil rakyat untuk terus berbakti namun, kita kena ukur baju pada badan sendiri, gaji naik 100 peratus tetapi mengikut perangkaan Mida, Selangor merudum ke tangga kelima kemasukan pelabur dan saya difahamkan ini sejarah paling teruk.

“Saya mahu tunggu sehingga hujung tahun ini dan saya nak minta menteri besar bentangkan berapa pelaburan diterima Selangor… pelaburan merudum, gaji menteri besar naik kenapa sedangkan agenda PR adalah demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Noh pada masa sama turut mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantu menaik taraf golongan pendakwah di negeri itu yang kini menerima gaji di bawah paras kemiskinan negeri iaitu RM1,500.

“Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), guru takmir dan imam di Selangor kini berpendapatan kurang daripada paras kemiskinan… contohnya, guru kafa mendapat gaji bulanan RM1,300 sebab kerajaan pusat salurkan RM800, dan selebihnya kerajaan negeri.

“Apa salahnya jika kerajaan negeri beri sama banyak maka mereka boleh keluar daripada garis kemiskinan itu dan perkara yang sama juga dengan guru takmir dan imam… mereka masih belum dapat pembelaan sepatutnya sepertimana yang kerajaan negeri canang sebelum ini,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenaikan gaji sepatutnya juga melibatkan penjawat awam negeri, ketua pembangkang negeri, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata pihaknya akan terus memperjuang perkara tersebut kerana penjawat awam adalah tonggak kecekapan pentadbiran negeri.

Mohd Shamsudin berkata walaupun Abdul Khalid mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri semalam, namun kadar kenaikan gaji perlu juga diberi perhatian terutamanya golongan pendakwah dan pihaknya akan cuba mengusulkan perkara tersebut dalam persidangan DUN yang akan berakhir Isnin depan.

Selepas Tiga Kali… Isu Muzakarah Hanya Tipu Daya Pemimpin Pas

Posted: 28 Nov 2013 04:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov –Seorang ahli akademik, Prof Madya Mohd. Hanafiah Harun menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang berhubung kesediaan parti tersebut untuk bermuzakarah dengan UMNO hanyalah sebagai satu tipu daya bagi menggambarkan kononnya kepimpinan Pas tidak menolak agenda perpaduan sesama Islam.

Prof-Madya-Mohd-Hanafiah-Harun-UITM-Shah-Alam

Beliau yang juga Pengarah Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam,berkata, termasuk kenyataan terbaru, ini  merupakan kali ketiga Presiden Pas membuat kenyataan berhubung muzakarah antara UMNO dan Pas.

"Kalau benar-benar kepimpinan Pas ikhlas mahu bermuzakarah dengan UMNO, sejak kenyataan pertama yang keluar dari mulut Presiden Pas tidak lama dulu, usaha muzakarah ini sudah pun berjalan dan mungkin hari ini sudah terlaksana permuafakatan antara UMNO dan Pas khususnya dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam.

"Namun sehingga ke hari ni, sudah masuk tiga kali kenyataan mahu bermuzakarah ini keluar dari mulut Presiden Pas, namun tidak ada sebarang usaha pun yang dilakukan oleh parti tersebut ke arah itu," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Lantaran itu kata beliau, isu muzakarah yang dibangkitkan oleh Presiden Pas itu tidak lain hanya sebagai tipu daya kepimpinan tertinggi parti tersebut, bagi mengekalkan sokongan ahli-ahli akar umbi yang sebahagian besarnya menyokong usaha perpaduan Islam dan menarik simpati rakyat di luar parti itu.

"Sebagai umat Islam, sebagai sebuah parti Islam, kita boleh bermuzakarah dengan sesiapa saja demi untuk kebaikan, termasuk orang kafir dan Yahudi. Bahkan Rasulullah saw dulu pernah berbincang dan bermuzakarah dengan kaum kafir Quraisy dalam episod sejarah perjanjian Hudaibiyah yang terkenal.

"Jika Rasulullah saw boleh bermuzakarah dengan kafir Quraisy, apa alasan Pas yang melengah-lengahkan usaha muzakarah ini, bahkan ada ketikanya menolak usaha perpaduan sesama Islam, khususnya dengan UMNO yang juga merupakan parti politik umat Islam,"ujarnya.

Beliau seterusnya menggambarkan sikap kepimpinan Pas lebih teruk daripada Yahudi sekiranya mereka sanggup menggunakan isu perpaduan ini sebagai modal dan mainan kata-kata untuk meraih keuntungan politik.

"Ya saya berani katakan begitu kerana beginilah sikap yang diperlihatkan oleh Yahudi, yang sanggup menjual agama mereka untuk ditukarkan dengan kepentingan duniawi yang sedikit. Pas hari ini memberi seribu satu alasan untuk tidak bermuzakarah dengan UMNO, khususnya apabila kepimpinan mereka menerima tekanan dari DAP dan PKR.

"Apabila dikritik oleh umat Islam tentang sikap mereka yang bodoh sombong dan menolak perpaduan, lantas mereka mengalihkan kesalahan itu kepada DAP dan PKR yang konon-kononnya tidak bersetuju dengan muzakarah ini atas nama Pakatan Rakyat.

"Kepimpinan Pas seperti biasa akhirnya  terpaksa menjual nama DAP dan PKR untuk menutup kelemahan mereka dalam isu ini," jelasnya lagi.

5,726 Perwakilan, 101 Wakil Parti Negara Luar, 73 Kelab UMNO Antara Yang Hadir Perhimpunan Agung UMNO 2013

Posted: 28 Nov 2013 04:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Sebanyak 5,726 anggota perwakilan UMNO dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula Isnin depan.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.

“Sebanyak 101 wakil 32 parti dari 28 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan sebanyak 80 anggota perwakilan dari 73 Kelab UMNO Luar Negara dan tujuh badan perhubungan negara juga akan hadir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

Berhubung usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata ia akan merangkumi ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, ekonomi, agama dan pendidikan.

Anggota perwakilan juga dijangka membangkitkan isu berhubung pemilihan parti Oktober lepas dan persiapan bagi pilihan raya umum ke-14, katanya.

Tengku Adnan berkata presiden parti mungkin menekankan kepada beberapa garis panduan mengenai bagaimana UMNO harus bergerak ke arah pilihan raya umum akan datang.

“Akan ada perkara yang harus diperbetulkan dan beberapa perubahan untuk dilakukan dan bagi kami maju ke hadapan untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tengku Adnan juga memaklumkan sebanyak 1,724 petugas media dari 118 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger akan membuat liputan perhimpunan itu.

Laman Media diwujudkan di aras dua PWTC dan sidang media akan diadakan di bilik Pulau Pinang untuk kegunaan naib-naib presiden dan ketua pergerakan sayap serta pemimpin tertinggi parti, katanya.

“Kami juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di laman media bagi mengelakkan orang bukan media daripada memasuki kawasan berkenaan,” jelas beliau.

Tengku Adnan menambah kata setiap petugas media diminta untuk memakai kad yang dikeluarkan UMNO semasa membuat liputan.

Tengku Adnan juga memaklumkan bahawa pelbagai program diadakan sepanjang perhimpunan berlangsung dimulai dengan Persidangan Kelab UMNO Luar Negara pada Ahad ini (1 Dis) di Dewan Tun Ismail, PWTC.

Satu forum antarabangsa bertemakan politik kesederhanaan dan prinsip kestabilan akan diadakan pada Isnin dan Selasa.

Perdana menteri dijadual menyampaikan ucap tama pada forum itu manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama peserta forum itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijadual merasmikan majlis penutup forum itu.

tengku-adnan-setiausaha-agung-umno-sidang-media-perhimpunan-2013

tengku-adnan-setiausaha-agung-umno-sidang-media-perhimpunan-lagi-2013

Gaji MB Naik 100 Peratus, Kakitangan Negeri Hanya Dapat Bonus Setengah Bulan

Posted: 28 Nov 2013 04:04 AM PST

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti 'Pakatan Harapan Rakyat', 'Demi Kesejahteraan Rakyat', 'Kerajaan Rakyat' dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.

Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan 'janji manis' dan 'sandiwara' mereka khususnya rakyat di Selangor.

Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

kenaikan-gaji-ub-mb-selangor-khalid-peratus

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam.

Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan 'gula-gula' berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.

Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Malah ekoran kritikan itu juga, ramai merasakan ia adalah merupakan 'signal' agar Khalid segera meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah 'merajuk' untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar. Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila 'pergelutan' tersebut berjaya diselesaikan secara 'kompromi'.

Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.

Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal berakhir tidak lama lagi, maka Khalid terpaksa mengunakan 'gear 3' dengan mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji. Sekiranya umpan ini berjaya, Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Apa pun ia hanyalah 'cakap-cakap' politik, sama ada benar atau tidak hanya Allah, Anwar, Azmin dan Khalid sahaja yang tahu.

Berbalik kepada isu asal, sekiranya kita membuat perbandingan secara rational, rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil. Namun kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua ahli-ahli parlimen.

Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI.

Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang berjumlah RM20,250.00 sebulan.

Kesimpulannya, terserahlah kepada rakyat khususnya pengundi di Selangor bagi menilai kewajaran kenaikan gaji yang mendadak ini. Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi Rakyat seperti yang didakwa, atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan kerajaan pakatan di Selangor?

mykmu.net

Jika Kakitangan Awam Sendiri Digelar “Kucing Kurap”, Bagaimana Dengan Rakyat??

Posted: 28 Nov 2013 03:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov. – Kepimpinan DAP terserlah sebagai tidak tahu menghargai golongan bawahan dan masyarakat tempatan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimennya dari Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun atas tindakan biadab menggelar penjawat awam sebagai ‘kucing kurap’, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Siti Azmeera Azmi.

Katanya, bayangkanlah jika seorang yang bergelar pemimpin melabel orang bawahannya yang terdiri dari kakitangan dalam pentadbirannya sendiri sedemikian maka bagaimana pula dengan rakyat biasa.

"DAP menjadi pentadbir dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang dan label 'kucing kurap' tersebut diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka maka secara langsung ia menunjukkan sikap kurang ajar pemimpinnya yang tak tahu menghormati apatah lagi untuk menghargai golongan bawahan," katanya kepada UMNO-Online.

jeff-ooi-lim-guan-eng-dap-rasis-parti-kucing-kurap-tokong-penang

Dilaporkan, baru-baru ini, Ooi telah mengeluarkan kenyataan melabelkan beberapa pengawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ kerana tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong, selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"Kenyataan tersebut juga ada agenda di sebaliknya sebagaimana melihat jumlah penjawat awam itu sendiri yang lebih ramai dianggotai oleh orang Melayu maka sebutan 'kucing kurap' juga adalah berbaur rasis yang ditujukan kepada bangsa Melayu juga.

"Label negatif sedemikian ini juga menunjukkan nilai kepimpinan yang secara tidak langsung menggambarkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang gagal menggambarkan nama baik atau mendukung konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT)."

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Jelutong merasakan perbuatan melabel orang lain sebagai 'kucing kurap' juga adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

"Ini adalah penghinaan kerana kita semua tahu makna 'kucing kurap' itu sendiri," katanya.

Tindakan negatif terhadap penjawat awam bukanlah perkara baru membabitkan Dap kerana sebelum ini Tony Pua selaku Ketua Publisiti DAP dilaporkan telah menyuarakan berhasrat mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan pusat yang kemudiannya telah dipetik oleh sebuah akhbar Cina tempatan. - MediaUMNO

Unit Intipan, Risikan Khas Sentiasa Digerak Tangani Intipan Pihak Luar – Ahmad Zahid

Posted: 28 Nov 2013 03:05 AM PST

KLUANG, 28 Nov - Kementerian Dalam Negeri sentiasa menggerakkan unit intipan dan risikan khas bagi menangani sebarang kegiatan intipan oleh pihak luar ke atas negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata unit itu merupakan antara langkah yang dilakukan kementerian sebagai benteng menangkis sebarang ancaman.

“Kita mempunyai kawalan dan ‘firewall’ dalam menangani intipan tetapi intipan dapat dilakukan menerusi satelit.

“Sehubungan itu, kita akan sedaya usaha menangkis ancaman berkenaan dan saya amat menekankan kepada negara kuasa besar supaya sentiasa menghormati kedaulatan negara lain serta menghormati kerahsiaan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim di sini Khamis.

Beliau berkata sebarang kegiatan intipan ke atas sesebuah negara memang tidak dapat diterima mana-mana kerajaan, dan perkara itu tidak boleh dikompromi.

Sebuah portal berita melaporkan berkaitan dokumen rahsia yang dibocorkan pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan, yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip, di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh laporan terkini media berkenaan berhubung dakwaan pembabitan Singapura dalam kegiatan mengintip Malaysia dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, mengulas insiden rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London, Siti Aishah Abdul Wahab, Ahmad Zahid berkata wanita berkenaan bukan lagi merupakan ancaman kepada negara jika beliau pulang ke tanah air.

Beliau berkata meskipun sudah uzur, kementerian berharap wanita itu tidak meneruskan aktiviti berhaluan kiri seperti siri jelajah untuk memberi perspektif pemikirannya.

“Saya harap dia tidak meneruskan aktiviti pada tahun 70-an yang tidak lagi relevan ketika ini, dan eloklah dia kembali kepada agama serta bertaubat,” katanya.

Gaji Adun Selangor : Bukti Kerajaan Pakatan Hanya Jaga Kebajikan Sendiri

Posted: 28 Nov 2013 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov  - Kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang diumumkan semalam, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang mempermain harapan rakyat dan hanya berminat menjaga kebajikan sendiri, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Naib Presiden UMNO itu berkata kenaikan itu yang berkuat kuasa 1 Jan depan juga menunjukkan gabungan PKR-PAS-DAP yang membentuk kerajan negeri umpama “cakap tak serupa bikin” apabila gagal memperjuang agenda membela nasib rakyat seperti mengurangkan kemiskinan dan jurang pendapatan penduduk bandar.

“Mereka cakap tak serupa bikin, mereka tuduh kita (Barisan Nasional) macam-macam… di Selangor, rakyat terpaksa mengharungi kesusahan, kesesakan dan taraf hidup yang tinggi.

“Tindakan itu bukan saja tidak hiraukan kesusahan rakyat, malah lebih memikirkan kedudukan diri sendiri. Saya ucap tahniahlah kerana mereka Berjaya menaikkan taraf ekonomi diri sendiri,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hishammuddin ditanya tentang Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam untuk membolehkan kenaikan gaji menteri besar, exco dan Adun, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata kenaikan itu membuktikan pembangkang sebenarnya lebih teruk daripada tuduhan yang sering dilemparkan kepada kepimpinan kerajaan BN, namun bijak mengaburi mata rakyat untuk kepentingan sendiri.

“Apabila diberikan tempat untuk memimpin, mereka bukan sahaja gagal mengotakan janji yang dibuat, malah apa yang dilakukan lebih teruk daripada yang dituduh kepada kerajaan dan pemimpin BN,” katanya.

Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 Janji Kelainan – Razali

Posted: 28 Nov 2013 02:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 awal Disember, akan tampil dengan format baharu berkonsepkan persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata format itu julung kali diaplikasikan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih menjurus kepada konvensyen, seminar, dialog dan forum.

razali-ibrahim-pembangkang-anwar-peralat-emosi-persepsi-rakyat

Katanya perubahan itu akan menjurus kepada satu platform interaktif yang dapat memberi pendedahan asas perdebatan dalam Parlimen kepada mahasiswa yang terlibat dalam persidangan itu.

“Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa.

“Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro IPT UMNO itu memerlukan peserta mencadangkan usul serta membahaskan empat bidang utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

“Di penghujung persidangan, saya sendiri akan menerima usul yang telah diundi dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi UMNO,” katanya.

Razali berkata pihaknya akan mengenal pasti tiga wakil KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Bertemakan ‘Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa’, persidangan  melibatkan 150 peserta itu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Dis.

Mereka termasuk pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di IPT di 14 negara antaranya Mesir, Kanada, Perancis, Ireland dan Korea Selatan.

Peace-Loving Malaysia Must Be Robust In Defence Matters – Muhyiddin

Posted: 28 Nov 2013 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 28  - Peace-loving Malaysia must be able to react in a way that supersedes its friendly disposition when the lives of its people come under threat, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the country’s military and police must be able to crush enemies with such ferocity and vigour that this in itself would be a deterrent to any aggressor in the future.

“It’s a fact that we’ve never been known to be an aggressor and, very often, diplomacy and restraint are our chosen means when faced with an aggressor.

“However, when such avenues are exhausted, and when the lives of our people are threatened and lost, we must be able to react in a manner that supersedes our friendly demeanour,” he said.

Muhyiddin said this in his keynote address on the theme ‘National Resilience towards a Developed Nation’ when opening the Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) Conference 2013, here, today.

Muhyiddin pointed out that Malaysian security forces must have the resilience to be involved in a protracted security operation not only in their homeland but also abroad when the need arose.

“The Lahad Datu incident was indeed a wake-up call to our nation and security forces,” he said, alluding to the intrusion by armed gunmen in Sabah earlier this year that claimed the lives of 10 security personnel.

He reminded the country’s armed forces and police on the need to always remain vigilant and constantly engage in training simulations and be prepared for any eventuality.

“To be fully equipped with the latest weapons and equipment is never enough if one does not have the mental resilience and necessary skills,” the deputy prime minister said.

Muhyiddin drove home the point that national security was inseparable from political stability, economic success and social harmony.

“Without these elements, our nation would not be able to prevent a potential enemy from intruding and making us vulnerable,” he said.

Muhyiddin talked about the need for the country to have a total defence capability involving not only the armed forces but also police, other enforcement agencies as well as the entire population.

He noted that, in fact, the concept of total defence or HANRUH had been in place since 1986 when the threat of the Communist Party of Malaya still loomed.

He said strengthening resilience as a nation in times of crisis called for a coherent security cooperation between the security forces and all enforcement agencies to enable them to respond to a crisis in coordinated effort effectively, efficiently and speedily.

“I believe that such cooperation must also be extended and imbued in the responses to humanitarian and disaster relief operations when the nation is affected as well as when our help is needed elsewhere,” he said.

On economic resilience, Muhyiddin pointed out that while providing subsidies to essential goods and petrol was a noble and responsible deed by the government, it must not be done at the expense of leaving the country vulnerable and unable to address fiscal deficits it may face in the future.

“To me, it’s simple economics that we remain vigilant yet pragmatic when it comes to prudent spending and getting our priorities right no matter what the cynics may say,” the deputy prime minister said.

Muhyiddin also urged the public to be fully aware and understand measures taken by the government to prepare them for any eventuality.

“The measures or initiatives adopted are always in the best interest of the people and will allow us to be resilient in overcoming future setbacks,” he added.

As for Malaysians themselves, he said, they should be imbued with traits such as being friendly, hospitable, polite, diligent and tolerant, and yet possess the necessary attributes in times of hardship and adversity, which were to be vigilant and resilient.

“Only with these qualities can an individual contribute to societal resilience which, I believe, is vital to the nation’s survivability in times of adversity,” he added.

Public Urged To Give Fair Chance To Govt To Improve Taxation System

Posted: 28 Nov 2013 01:06 AM PST

GEORGE TOWN, Nov 28 – The people have been urged to give the government a fair chance to explain and clarify the issues revolving around the implementation of the Goods and Services Tax (GST) in a bid to improve the national taxation system.

State Development Officer of the Implementation and Coordination Unit, Prime Minister’s Department, Syed Shaari Syed Abdullah, said the people should give the chance to the government to provide a clearer picture on the issues and not to blindly believe the allegations made by certain quarters.

“In any other countries, the GST is deemed as the relatively fair system. Maybe we are not so used to it, so many allegations are made.

“The government is mulling the implementation of the GST. That is why they are taking some time before finally implementing it. We must be fair to the government, give it a chance to improve the taxation system,” he told reporters after opening the GST Briefing Session here today.

Also present was Penang Information Department director Ishak Abdullah.

The session, which was organised jointly by Penang Federal Development Office and Penang Information Department, was attended by some 300 participants from government agencies, community leaders and 1Malaysia Community.

Ishak said the GST Briefing Session would be held continuously from time to time, with focus given to civil servants, who were deemed unofficial spokesmen for the government.

He said the sessions for the people at the grass root level would be held in a smaller scale through the non-governmental organisation, 1Malaysia Community.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT