SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, November 22, 2013

UMNO Online - “Penyandang SUA, Bendahari dan Ketua Penerangan Kekal, Naib Ketua Sayap MT Tambahan” plus 9 more

UMNO Online - “Penyandang SUA, Bendahari dan Ketua Penerangan Kekal, Naib Ketua Sayap MT Tambahan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penyandang SUA, Bendahari dan Ketua Penerangan Kekal, Naib Ketua Sayap MT Tambahan

Posted: 21 Nov 2013 09:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan penerusan penyandang jawatan Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dalam kepimpinan tertinggi parti.

najib-ahli-majlis-tertinggi-baru-umno-2013-mesyuarat-lafaz-ikrar-sumpah

Jelasnya, pelantikan tersebut adalah mengikut fasal-fasal dalam Perlembagaan yang turut memutuskan pelantikan wakil tambahan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

"Mengikut Perlembagaan diputuskan Naib Ketua Pergerakan Wanita iaitu Datuk Azizah Mohd Dun dilantik sebagai wakil jawatankuasa MT tambahan bersama Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar sementara bagi wakil MT tambahan Pemuda ialah Khairul Azwan Harun selaku Naib Ketua Pemuda dan wakil MT tambahan Puteri, Zahida Zarik Khan yang menjawat Naib Ketua Puteri UMNO," katanya.

Jelas beliau, MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri-menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT.

"Ini agar mereka dapat juga memberi pandangan dalam MT tanpa menyekat untuk ahli-ahli MT tambahan yang lain bersuara," katanya.

Untuk senarai nama MT tambahan yang lain akan diumumkan pada minggu hadapan. - MediaUMNO

Ahli UMNO Terima Proses Pemilihan, Tubuh Jawatankuasa Untuk Cadangan Dan Penambahbaikan

Posted: 21 Nov 2013 08:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov. – UMNO menerima baik keputusan pemilihan parti yang berlangsung Oktober lalu dengan melihat pada keseluruhanya ahli-ahli UMNO telah menerima kaedah dan sistem pemilihan yang didapati lebih demokratik, lebih telus dan lebih inklusif, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, perubahan ini menunjukkan bahawa UMNO mempunyai iltizam politik untuk melakukan transformasi agar parti ini menjadi lebih progresif mengikut tuntutan dan perubahan masa.

"Namun kita juga melihat ada beberapa penambahbaikan yang boleh diperbaiki. Oleh itu Majlis Tertinggi mengambil ketetapan bahawa kita boleh menerima apa-apa pandangan dan cadangan yang boleh dikemukakan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn, Khamis malam.

najib-muhyiddin-ahli-majlis-tertinggi-sebelum-mesyuarat-baru-2013-pwtc-tingkat-39

Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

"Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menerima apa-apa cadangan penambahbaikan yang akan dikaji tanpa melibatkan perubahan prinsip fundemental iaitu jumlah pemilihan dilakukan oleh bilangan yang ramai ini.

"Itu merupakan satu prinsip yang kita sudah terima dan prinsip yang amat baik untuk diteruskan."

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa masih ada aduan-aduan yang diterima tentang perjalanan pemilihan yang telah diadakan sebelum ini.

"Maka, sebuah jawatankuasa khas bantahan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Azmi Khalid dan jawatankuasa ini akan melapor kepada jawatankuasa pengurusan yang akan menurunkan mandat kepada MT untuk membuat keputusan muktamad tentang bantahan yang kita telah terima," tegasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali selaku pengerusi Jawatankuasa pemilihan dan ahli-ahli jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam pemilihan UMNO 2013 yang telah bekerja dengan begitu keras.

Beliau juga memaklumkan bahawa MT juga telah menetapkan berkaitan persiapan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung bermula dengan Taklimat Presiden pada 3 Disember dan diikuiti perasmian persidangan pergerakan sayap pada sebelah malamnya dengan persidangan sayap pada 4 November dan kemudiannya Perhimpunan Agung UMNO pada 5 November. Tiga usul telah diputuskan iaitu ucapan dasar Presiden, usul ekonomi dan usul agama dan pendidikan.

Sebelum itu pada 1 dan 2 November, Forum Antarabangsa akan diadakan yang bertemakan The Politic of Moderatin Accommodates and Balances Competing Principles That Leads to Peace and Stability. - MediaUMNO

Najib Umum Senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Posted: 21 Nov 2013 08:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majli Tertinggi UMNO di sini Khamis malam.

Beliau juga mengumumkan pelantikan empat anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO tambahan iaitu dua daripada pergerakan Wanita dan masing-masing seorang daripada sayap Pemuda serta Puteri.

Najib berkata mereka ialah Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

“Kita ada kuasa untuk melantik 13 orang anggota MT tambahan, dua daripada Wanita, seorang daripada Pemuda dan Puteri, jadi baki lagi sembilan orang akan diumumkan pada awal minggu depan,” katanya.

“MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini,” katanya.

Berikut adalah senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

1. Perlis
Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi – Tuan Azlan Bin Man

2. Kedah
Pengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah

3. Pulau Pinang
Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi – Datuk Reezal Merican Naina Merican

4. Perak
Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Husni

5. Selangor
Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi – Datuk Abdul Shukor Idrus

6. Wilayah Persekutuan
Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik

7. Negeri Sembilan
Pengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi – Datuk Hasan Malek

8. Melaka
Pengerusi – Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Abdul Ghaffar Atan

9. Johor
Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad

10. Pahang
Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin

11. Terengganu
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – Datuk Jailani Johari

12. Kelantan
Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek

13. Sabah
Pengerusi – Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak

najib-umum-kepimpinan-umno-sidang-media-selepas-mesyuarat-majlis-tertinggi-baru-2013-pwtc

UMNO Anjur Persidangan Meja Bulat Bincang Kehendak dan Aspirasi Orang Melayu Akar Umbi

Posted: 21 Nov 2013 02:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Jawatankuasa Usul akan mengadakan satu persidangan meja bulat yang melibatkan golongan profesional, cendekiawan, NGO-NGO bagi mendapatkan input untuk diperbahaskan di dalam perhimpunan Agung UMNO 2013 pada 2 hingga 7 Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ini akan menjadikan perbahasan usul di dalam perhimpunan Agung kali ini  lebih inklusif, agar perkara yang dibangkit dan dibahaskan benar-benar menepati citarasa dan kehendak bangsa Melayu.

"Justeru itu, kita telah membuat keputusan,  perjalanan kita menuju ke perhimpunan Agung kali ini akan melibatkan NGO-NGO Melayu, Bumiputera, cendekiawan dan profesional Melayu dalam hal yang berkisar pada usul-usul  agama, pendidikan dan ekonomi yang akan dibahaskan.

pengurusi-usul-perhimpunan-agung-umno-2013-hishammuddin-mustapa-jamaluddin-pwtc

"Ini juga selaras dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin yang meminta agar perbahasan di dalam perhimpunan Agung kali ini lebih terbuka, tanpa ada sebarang sekatan mahupun kekangan, tetapi ianya akan menjadi lebih serius,"jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kali ke tiga jawatankuasa usul bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini. Turut hadir Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Ujarnya lagi, penglibatan golongan cendekiawan dan NGO-NGO ini dilihat penting kerana ia memperlihatkan perjuangan UMNO itu sentiasa relevan kepada semua pihak.

"Berdasarkan pengalaman yang telah kita lalui ketika pilihanraya umum baru-baru ini, begitu juga pemilihan parti yang baru saja selesai, kehendak akar umbi telah diterjemahkan dengan jelas iaitu kemahuan dan kehendak berhubung pengisian di dalam perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara.

"Kita dapat rasakan bahawa bangsa Melayu hari ini meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada perjuangan UMNO. Dan menjadi matlamat kita pada persidangan kali ini, harapan, aspirasi dan kehendak bangsa Melayu diperingkat akar umbi dapat diterjemahkan melalui perbahasan di dalam perhimpunan kali ini, " katanya. -MediaUMNO

Dewan Rakyat Tolak Usul Bantah Penyenaraian Keluar Bernas Dari Bursa

Posted: 21 Nov 2013 02:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Usaha seorang Anggota Parlimen pembangkang  untuk membawa usul membantah penyenaraian keluar PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) dari Bursa Malaysia ditolak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul yang dibawa oleh Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) itu telah ditelitinya dan didapati tiada keperluan untuk dibawa ke Dewan, memandangkan isu tersebut sudah dalam perhatian kerajaan.

Bagaimanapun, keputusan Pandikar Amin itu tidak dapat diterima beberapa Anggota Parlimen pembangkang yang kemudiannya cuba untuk mencabar keputusan tersebut.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) turut mencelah dalam perbalahan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu.

Perbalahan hampir 15 minit itu akhirnya berhenti setelah Pandikar Amin memberi amaran untuk menyuruh mana-mana lagi Anggota Parlimen yang membantah keputusannya itu, walaupun telah berkali-kali diperjelaskan, supaya keluar dari Dewan.

“Sila teruskan Setiausaha sebelum ada lagi orang yang saya usir,” kata Pandikar Amin.

Tiada Salah Laku Dalam Pembayaran RM1.6 Juta Artis K-Pop – PAC

Posted: 21 Nov 2013 02:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis mendapati tiada sebarang salah laku dalam isu pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop dari Korea Selatan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tahun lepas.

Nur-Jazlan-Mohamed-UMNO-BN-Pulai-Johor

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini kerana segala pembayaran semasa sambutan Hari Belia 2012 itu mengikut prosedur pembayaran.

“PAC berpuas hati dengan penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya selepas Ahmad Shabery menemui jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bayaran itu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, di bilik jawatankuasa itu di Parlimen, di sini.

Ahmad Shabery yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia secara sukarela berjumpa dengan PAC yang dianggotai Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk memberikan penjelasan dan bukannya dipanggil oleh PAC bagi memberi keterangan.

“PAC tidak bercadang untuk memanggil Ahmad Shabery kerana penjelasan yang diberikan sudah memadai,” kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu tidak mendapati sebarang salah laku dalam isu pembayaran K-Pop, cuma berlaku salah faham mengenai prosedur pembayaran.

“Saya rasa, jawapan daripada menteri memuaskan. Pada pandangan saya dan jawatankuasa saya yang terdiri daripada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, beliau (Ahmad Shabery) telah memberikan (penjelasan) secara keseluruhan mengenai dasar dan proses Hari Belia yang dijalankan,” katanya.

Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih.

“Sejumlah RM1.6 juta telah dikeluarkan untuk membawa masuk tiga artis K-Pop dari Korea Selatan. Daripada jumlah itu sebanyak RM900,000 merupakan bayaran untuk artis dan bakinya merupakan kos dalam bentuk cukai, pengangkutan, penginapan yang diuruskan syarikat promoter,” kata Nur Jazlan.

Masalahnya ramai pihak hanya melihat kepada skop yang sensasi iaitu artis K-Pop itu sendiri sedangkan kumpulan artis itu hanya menjadi modal tarikan untuk mendatangkan keuntungan yang lebih besar pada Hari Belia itu sendiri yang disifatkan oleh Nur Jazlan sebagai berjaya dan mencapai matlamat.

“PAC akan menyediakan perincian mengenai isu pembayaran artis K-Pop dan Hari Belia 2012 melalui satu laporan khas yang akan dibentangkan kepada umum selewat-lewatnya awal tahun depan,” kata Nur Jazlan.

Sementara itu Ahmad Shabery pada sidang akhbar lain, berkata kerana daya tarikan K-Pop, Hari Belia 2012 berjaya memberi pulangan sebanyak RM140 juta.

Ahmad Shabery berkata artis-artis K-Pop yang dipanggil telah menyemarakkan sambutan Hari Belia 2012 sehingga mendapat tajaan yang besar daripada pihak swasta.

Ini termasuk ada tajaan yang memberikan nilai pulangan sehingga RM26 juta yang dianjurkan oleh Telekom Malaysia dan ada pula tajaan yang memberikan pulangan RM1.9 juta atau keuntungan dalam bentuk tunai setinggi RM2.3 juta tetapi keuntungan sebenar datang dalam bentuk beransur-ansur, katanya.

“Saya beritahu mereka, jangan melihat tentang isu K-Pop secara berasingan, acara yang dibuat ialah hala tuju belia secara besar. K-Pop hanya menjadi satu daripada 500 acara yang dibuat sempena Hari Belia itu dan telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung,” katanya.

Ahmad Shabery berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu merupakan antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit dari RM900,000 perlu dibayar.

Beliau menjelaskan isu yang dipolitikkan ialah isu deposit pendahuluan yang menggunakan duit kerajaan tetapi secara keseluruhan, program artis K-Pop itu berjaya mendapat tajaan daripada pihak swasta berjumlah RM2.3 juta.

“Kalau Brazil ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest, biarlah Malaysia mempunyai satu hari yang bersifat ikonik iaitu festival Hari Belia itu sendiri,” kata Ahmad Shabery.

Cukai Pintu : Kerajaan Ambil Berat Pandangan Rakyat – Tengku Adnan

Posted: 21 Nov 2013 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Nov – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengadakan perjumpaan bersama Ahli Parlimen daripada kawasan berkenaan dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menafaat penduduk di Kuala Lumpur.

Menurut beliau apabila wakil rakyat mendengar daripada akar umbi, ianya merupakan satu perkara yang perlu diambil berat dan jalan penyelesaian terbaik perlu dicari untuk manfaat bersama.

"Pada pandangan saya apabila wakil rakyat menyuarakan apa yang mereka dengar daripada akar umbi, ini merupakan satu perkara yang kita kena ambil berat dan untuk selesaikan masalah ini ini kita kira menang-menanglah… kepada rakyat dan juga bandaraya.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pun tidak mahu membebankan rakyat. Inilah yang kita tekankan," katanya.

menteri-wilayah-mesyuarat-menara-dbkl-tengku-adnan-umno-bn-rakyat-kl-bandar

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli parlimen Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Tengku Adnan seterusnya menjelaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan kadar baharu cukai pintu yang akan dikenakan tidak akan membebankan mana-mana pihak.

“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin ke atas kesejahteraan rakyat, pihak saya dan DBKL akan memastikan cukai pintu yang baharu ini tidak membebankan mana-mana pihak, tetapi rakyat perlu faham kenaikan ini adalah untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Pada mesyuarat itu semua ahli parlimen dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hadir telah bersetuju dengan tindakan DBKL menaikkan kadar cukai pintu pada tahun hadapan. Bagaimanapun mereka menegaskan kenaikan itu mestilah tidak membebankan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop.

Menurut Tengku Adnan, tindakan menaikkan cukai pintu pada tahun hadapan adalah kerana DBKL memerlukan lebih banyak dana bagi tujuan pembangunan dan penyelengaraan infrastruktur jalan dan bangunan selain kemudahan-kemudahan awam lain di ibu kota.

“DBKL tidak boleh terlalu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat sepenuhnya kerana kerajaan pusat mempunyai pelbagai lagi komitmen yang perlu diberi keutamaan, selain itu sebagai sebuah kerajaan tempatan, DBKL perlu menjana sendiri dana bagi kegunaannya,” katanya.

Selain itu Tengku Adnan juga meminta sesiapa yang tidak bersetuju untuk mengemukakan bantahan mereka kepada DBKL sebelum 17 Dis ini dan bantahan akan diteliti oleh panel yang dilantik oleh DBKL.

Sehingga hari ini DBKL telah menerima sebanyak 2,500 bantahan.

Govt Optimistic Over GDP Growth Of 5.5 Pct For Next Year

Posted: 21 Nov 2013 01:41 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 21  - The government is optimistic over Malaysia notching a Gross Domestic Product (GDP) growth of 5.5 per cent next year, driven by strong economic fundamentals and the many projects to further strengthen the economy.

Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said the Malaysian economy is on track to achieve the full-year growth target of between 4.5 per cent and 5.0 per cent for 2013.

He said this at a media briefing here today on the one-day seminar on national economic empowerment, on Nov 24.

Ahmad said the seminar will cover three major agenda of the national economy, namely, the Budget 2014, economic empowerment of Bumiputera’s and the Goods and Services Tax (GST).

It is being organised by the government following the announcement on the implementation of the GST on April 1, 2015.

The minister expressed confidence that through the seminar, 75 per cent of Malaysians will understand the need and importance of implementing the GST.

The seminar will see 3,000 participants from among the political fraternity,  community leaders, non-governmental organisations, government agencies and youths.

Similar seminars will also be held in other states such as Kelantan, Penang,  and Selangor from mid-December to early February 2014.

“Experts will share insights on how to master the GST concepts and discuss opportunities, processes, challenges, as well as critical issues that can impact a business,” Ahmad said.

Lima Hari Hampir Berlalu, Desakan Pemuda Pas Ibarat Anjing Menyalak Bukit

Posted: 21 Nov 2013 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Tindakan Dewan Pemuda Pas mendesak DAP agar mengambil tindakan tegas terhadap Karpal Singh ekoran kenyataannya berhubung kewujudan parti politik berteraskan kaum dan agama adalah berbahaya di negara ini termasuklah parti Pas dilihat tidak lebih seperti anjing menyalak bukit dan sekadar menyiram air di daun keladi.

Menurut Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nor Sabrina Azizan, sudah tibanya masanya Pas celik mata bahawa DAP bukanlah rakan sekutu yang ideal kerana ini bukan kali pertama Pas digula-gulakan DAP.

"Seharusnya Pas sudah lama sedar DAP hanya mempergunakan mereka dan apabila ada peluang Pas akan disingkirkan. Kali ini dengan beraninya Karpal bersuara Pas perlu dihapuskan kerana berasaskan kaum dan agama. Adakah ini masih tidak menyedarkan Pas bahawa DAP hanya memperalatkan mereka.

"Sudah tiba masa Pas kena melihat dengan mata hati dan tidak hanya mementingkan politik sehingga membiarkan mereka diperkotak katikkan. Saya amat yakin, desakan Pemuda Pas agar Karpal memohon maaf tidak akan pernah menjadi kenyataan.

"Siapa tidak kenal Karpal… Tidak pernah sekalipun dia memohon maaf kepada sesiapapun," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah Sabrina lagi yang juga merupakan Ketua Puteri Bahagian Kulim dan juga Exco Negeri Kedah, sekiranya benar Pas adalah sebuah parti berlandaskan Islam maka tindakan tegas harus diambil terhadap Karpal Singh.

“Tiada guna sekiranya hanya mendesak hanya untuk tunjuk protes tetapi tiada sebarang tindakan susulan dilakukan. Di mana kredibiliti parti ini sekiranya hanya berdiam walaupun telah dipijak 'kepalanya'. Sebagai rakan sekutu sepatutnya DAP tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Jadi Pas harus memikirkan sesuatu agar rakan sekutu mereka sedar bahawa Pas bukanlah parti yang boleh diperalatkan," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Anwar Loses Appeal, Shafee To Lead Prosecution Against Sodomy Acquittal

Posted: 21 Nov 2013 01:16 AM PST

PUTRAJAYA, Nov 21  - Datuk Seri Anwar Ibrahim failed in his appeal at the Federal Court here today, to disqualify lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah from appearing as public prosecutor to lead the prosecution in its appeal against his acquittal on a sodomy charge.

A five-member panel chaired by Court of Appeal president Tan Sri Md Raus Sharif unanimously dismissed Anwar’s appeal.

Following this decision, the prominent lawyer can lead the prosecution in its appeal which has been set for hearing on Dec 11 and Dec 12, this year at the Court of Appeal.

In his judgment, Md Raus said no case had been made out to disqualify Muhammad Shafee to act as public prosecutor.

“We see no reason to nullify Muhammad Shafee’s appointment to act as public prosecutor in the appeal,” he said.

Raus presided on the panel with Federal Court judges Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah and Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Raus said the issue raised by Anwar’s counsel Karpal Singh that Muhammad Shafee could not appear as public prosecutor in the appeal because he (Muhammad Shafee) was a material witness in the sodomy trial, was a non-issue.

“At the trial, both the prosecution and defence did not find Muhammad Shafee a relevant witness,” he noted.

Therefore, he said, the issue that there would be a conflict of interest if Muhammad Shafee acted as public prosecutor in the appeal, as contended by Karpal, was a non-issue.

Raus said there was also no merit in Karpal’s argument that Muhammad Shafee’s appointment as public prosecutor was a nullity as Section 379 of the Criminal Procedure Code, one of the sections under which he was appointed, was no longer applicable.

Anwar, 66, is appealing to the Federal Court against the decision of the Court of Appeal on Sept 18, this year to dismiss his (Anwar’s) application to have Muhammad Shafee disqualified from leading the prosecution in its appeal.

On Jan 9, last year, the High Court in Kuala Lumpur acquitted and discharged Anwar on a charge of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, at Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara here, between 3.10pm and 4.30pm on June 26, 2008.

Judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, in acquitting Anwar, had ruled that there was penile penetration but it was uncorroborated by other evidence.

He had held that the court could not be 100 per cent certain on the integrity of samples taken for DNA testing from Mohd Saiful as the samples could have been compromised before they reached the chemistry department for analysis.

The prosecution lodged an appeal to the Court of Appeal against the High Court’s decision.

Muhammad Shafee was appointed to appear as public prosecutor to lead the prosecution in its appeal against Anwar’s acquittal by way of a ‘fiat’ under Section 376 (3) and 379 of the Criminal Procedure Code and Article 145 of the Federal Constitution.

His letter of appointment was signed by the attorney-general on July 2, this year.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT