SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, November 6, 2013

UMNO Online - “Keputusan PRK Sungai Limau Tamparan Hebat Buat Pas – Khairy” plus 7 more

UMNO Online - “Keputusan PRK Sungai Limau Tamparan Hebat Buat Pas – Khairy” plus 7 more

Link to UMNO Online

Keputusan PRK Sungai Limau Tamparan Hebat Buat Pas – Khairy

Posted: 05 Nov 2013 06:40 AM PST

PETALING JAYA, 5 Nov – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengurangkan majoriti undi Pas dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah adalah tamparan hebat buat parti tersebut, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau turut menyifatkan pengurangan majoriti undi lebih daripada separuh itu sebagai satu kemenangan moral buat BN.

“Ini menunjukkan kita boleh menembusi kubu kuat Pas yang kita tahu dahulunya dipegang oleh pesuruhjaya Pas. Wakil rakyat baharu (Sungai Limau) tak boleh duduk dengan selesa,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, di sini hari ini.

kempen-prk-sungai-limau-pemuda-umno-bn-jamawi-azwan-khairy

Menteri Belia dan Sukan itu turut melahirkan rasa kesal dengan insiden keganasan yang melibatkan penyokong pembangkang dan anggota Wanita UMNO ketika merayu undi dalam pilihan raya kecil itu semalam.

“Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila ada penyokong pembangkang yang ‘bergelak ketawa’ dalam media sosial, menaip LOL (laugh out loud), sedangkan jika terjadi pada pihak mereka, mereka akan kata kita bertindak ganas.

“Ini menunjukkan pihak pembangkang gagal mempromosikan politik cara berhemah dan menunjukkan tahap kebencian mereka telah sampai ke tahap yang tidak berperikemanusian,” katanya.

Pada PRK semalam, Pas mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Calonnya Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi.

Walaupun Pas menang kerusi DUN Sungai Limau, majoriti undi yang diperoleh Mohd Azam merosot sebanyak 61 peratus berbanding majoriti diperoleh bekas penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.

BN Machinery Should Not Be Disappointed With Sg Limau By – Election Results – Muhyiddin

Posted: 05 Nov 2013 06:31 AM PST

PARIS, Nov 5 – The Barisan Nasional (BN) machinery should not be disappointed with the results of the Sungai Limau state by-election as despite the loss, the majority votes obtained by the opposition had been reduced, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“I wish to thank the entire BN machinery for their hardwork in Sungai Limau and despite not winning, we managed to reduce PAS’ majority.

“This means, efforts undertaken by all party leaders and machinery have increased the support of voters for the BN,” he told Malaysian journalists here today.

He said BN members at all levels should take lessons from the defeat and be prepared to work even harder in the future.

“The area, despite being touted as a PAS stronghold, has been penetrated by BN, and I am confident that a larger portion of those who gave us their votes were fence-sitters who may have supported the opposition but are drawn to us, this time around,” he noted.

Muhyiddin said the support of the Chinese community in the area had also improved as compared to the general election in May, based on the results of the Polling District Centre (PDM).

“I am confident that during our campaign, we managed to repel all sorts of propaganda and attacks made by the opponents on national issues, that BN is corrupt or the growing inflation, and so on.

“Some of the    issues relating to the 2014 Budget have been explained but I believe we need to continue the effort as the situation could change in future,” he added.

He said BN might need to look at the aspect of campaign effectiveness and  study the capability of the machinery, including from the angle of logistics, information and so on, in a by-election post-mortem.

On the performance of Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, he said according to a report he received, voter acceptance of Mukhriz was excellent.

“They saw him as a young leader, friendly to the people and he also reached out to the grassroots, and villagers. I believe he could also look at development in the state,” he said.

Muhyiddin said, what had been promised during and after the by-election by both the federal and state governments, should be implemented.

“I did not say the promises were conditional, whatever we have announced, we will carry them out,” he added.

He did not deny the influence of the late Tan Sri Azizan Abdul Razak (former Kedah menteri besar) was still strong in the area.

“But it was inevitable that the PAS leader still has a hold over the people but I do not think it will continue as we have managed to chip away their majority,” he noted.

PAS retained the Sungai Limau seat with a reduced majority of more than half in the by-election yesterday.

BN candidate Dr Ahmad Sohaimi Lazim who obtained 10,985 votes, lost to Mohd Azam Abd Samat by a 1,084 majority. The PAS candidate received 12,069 votes.

In the 13th General Election in May, (former Kedah menteri besar) Tan Sri Azizan Abdul Razak (PAS) won the state seat in a four-cornered fight, with a majority of 2,774 votes.

Muhyiddin is currently in the French capital for a five-day working visit to attend the 37th United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco) General Conference, beginning today.

Kempen Sederhana, Peribadi Mukhriz Faktor Sokongan BN Meningkat

Posted: 05 Nov 2013 06:22 AM PST

YAN, 5 Nov - Kemampuan Barisan Nasional (BN) menguasai 10 daripada 19 daerah mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Isnin selain mengurangkan majoriti kemenangan PAS, menunjukkan keberkesanan sentuhan peribadi parti itu semasa berkempen.

Keputusan PRK DUN Sungai Limau semalam menyaksikan BN menawan empat daerah mengundi baharu iaitu iaitu Sungai Limau dengan majoriti 105 undi, Kabu Sepuloh (55), Kampung Titi Batu (951) dan Padang Lumat (50), di samping mengekalkan enam yang dimenangi pada PRU13 dengan majoriti bertambah.

Daerah mengundi yang dikekalkan adalah Sungai Kering dengan majoriti 202 undi berbanding 178 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Simpang Tiga (48 – 46), Selengkoh (195 – 119), Sungai Daun (293 – 137), Dulang Kechil (939 – 506) dan Dulang Besar (533 – 187).

kempen-pilihanraya-prk-damai-sungai-limau-kedah-sederhana-peribadi-mukhriz-kedah

Kejayaan mengurangkan majoriti PAS sebanyak 61 peratus atau 1,690 undi berbanding yang diperoleh parti itu pada PRU13 Mei lepas, selain undi kepada BN meningkat sebanyak 4.4 peratus atau 465 undi menunjukkan BN semakin mendapat tempat di hati penduduk DUN Sungai Limau.

Kredibiliti Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang baru enam bulan mengambil alih tampuk pentadbiran negeri Kedah juga dilihat membuka mata masyarakat setempat untuk lebih ramai “berhijrah” menyokong BN dan mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk melihat perubahan sokongan kepada BN.

PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau, yang dikuasai mereka sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, menerusi Ketua Pemuda Jerai Mohd Azam Abd Samat yang meraih 12,069 undi mengatasi Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, (BN) yang memperoleh 10,985 undi, untuk menang dengan majoriti 1,084 undi.

Bagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kejayaan BN menguasai lebih banyak daerah mengundi berbanding PAS adalah kerana parti itu dapat memahami demografi penduduk Sungai Limau dengan baik dan menggunakan kelebihan itu untuk berkempen secara sederhana.

“Pendekatan kempen BN yang sihat dilihat sesuai dengan kehendak penduduk yang kuat agama, konservatif dan hidup sederhana. BN tewas (teruk) di Bukit Besar dan Bukit Choras yang memang (kawasan penyokong) tegar PAS, tapi hasil kempen dicerminkan dengan keputusan semalam dan majoriti PAS berkurangan,” kata Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ketika dihubungi pada Selasa.

Untuk rekod PAS berjaya menguasai dua daerah mengundi yang besar dengan pengundi yang ramai iaitu Bukit Choras (menang majoriti 554 undi berbanding 601 pada PRU13) dan Bukit Besar (majoriti 1,113 undi berbanding 1,199 pada PRU13 ), yang menjadi penentu kemenangan PAS pada Isnin.

Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berkata bukan mudah untuk BN mengalih sepenuhnya sokongan masyarakat Sungai Limau yang telah lebih 18 tahun bersama PAS.

“Saya percaya BN kerja kuat sampai boleh mengurangkan majoriti PAS dan menambah sokongan. Mukhriz sebagai Menteri Besar muda dilihat mempunyai potensi yang meyakinkan untuk merampas Sungai Limau pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya soal sokongan pengundi muda yang banyak memihak kepada PAS, Mohd Azizuddin berkata pendedahan kepada dunia luar menyumbang kepada perkara itu.

“Penduduk tempatan, walaupun mereka (ramai) penyokong tegar PAS tetapi jelas dilihat sokongan kepada kedua-dua parti bertanding adalah seimbang,” katanya. Ramlah pula berkata di sebalik amalan demokrasi, pengundi harus membuka minda dan tidak bersikap berat sebelah jika mahu melihat negara maju.

“Aspek pendidikan, ekonomi dan modal insan itu amat penting. Jadi, mengundilah untuk pembangunan negara dan bukannya kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Bagi memastikan kerusi DUN Sungai Limau menjadi milik BN pada pilihan raya umum akan datang, kedua-dua ahli akademik ini berpendapat parti itu harus lebih faham kehendak masyarakat setempat.

Mohd Azizuddin berkata penduduk yang majoritinya golongan petani dan nelayan sudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki mereka sekarang ini, namun mengharapkan beberapa nilai tambah untuk meningkatkan hasil keluaran dan taraf hidup masing-masing.

“Mungkin BN boleh melabur dari segi teknologi pertanian dan industri. Selain menjana lebih pendapatan, ia juga dapat menyediakan lebih banyak peluang kerja untuk mesyarakat setempat,” tambahnya.

Ramlah pula percaya bayangan Azizan yang dibawa PAS ketika ini akan hilang pada PRU14 dan BN harus membawa pembangunan yang sekata di seluruh negara agar setiap lapisan masyarakat mendapat limpahan hasilnya.

Kemenangan PAS pada Isnin tidak boleh dinafikan banyak disumbangkan oleh faktor Azizan, di mana Mohd Azam dalam kempennya seringkali menggambarkan dirinya sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Pistol Di Stadium : Khairy Kecewa Aspek Keselamatan Dikompromi

Posted: 05 Nov 2013 06:18 AM PST

PETALING JAYA, 5 Nov - Susulan penemuan pistol pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Ahad lepas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Selasa melahirkan rasa kecewanya dengan jawatankuasa keselamatan pertandingan tersebut.

Beliau yang terperanjat dengan laporan berkaitan penemuan pistol itu, berkata perkara itu amat serius dan menunjukkan kelemahan pihak penganjur.

“Jika pistol itu sudah ada sebelum pertandingan, maknanya jawatankuasakeselamatan tidak teliti dalam memeriksa kawasan stadium termasuk tandas, jika didapati selepas penonton masuk, maksudnya jawatankuasa gagal memeriksa setiappenonton yang masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan KejohananMenembak Asia Tenggara di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, di sini.

Beliau bagaimanapun mengakui perlu menunggu dahulu hasil siasatan pihak polis.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan itu, polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas stadium berkenaan.

Pihak polis kini masih dalam usaha mencari pemilik pistol itu dan mengenal pasti motif senjata itu ditinggalkan di kawasan stadium.

Selain itu, Khairy berkata sistem penjualan tiket sedia ada sudah lapuk dan sepatutnya digantikan dengan sistem baharu iaitu secara online.

Beliau yang diminta mengulas mengenai kebanjiran tiket palsu pada perlawanan itu berkata sistem penjualan yang dikendalikan FAM ternyata saban tahun gagal membanteras aktiviti ulat tiket.

“Jika FAM tidak boleh ‘handle’ penjualan tiket, KBS boleh syorkan prosedur yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dihubungi Bernama berkata, beliau masih belum mempunyai maklumat lengkap mengenai kejadian tersebut dan enggan mengulas lanjut.

Gagal Jelas Isu Setempat Antara Punca Kekalahan BN Di Kelantan Pada PRU-13

Posted: 05 Nov 2013 06:16 AM PST

KOTA BHARU, 5 Nov - Kegagalan untuk menjelaskan isu-isu setempat dan kurangnya tokoh agama dikenal pasti antara tiga punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas.

tok-pa-mustapa-mansor-salleh-pengkalan-kubur-tok-bali-pelabuhan-kelantan

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, turut menyumbang kepada perkara itu ialah kelemahan jentera penerangan yang disifatkan kurang berkesan memainkan peranan mereka.

“Dalam post mortem kita baru-baru ini, ini tiga perkara utama yang menjadi punca BN tewas di Kelantan dan ini semua akan diperbaiki dalam persediaan menghadapi PRU-14.

“UMNO Kelantan akan mengadakan persiapan lebih awal bagi menghadapi PRU-14 dan ini memerlukan semangat yang tinggi di kalangan pemimpin dan anggota UMNO semua,” katanya selepas berucap pada Perhimpunan Barisan Kepimpinan Baharu UMNO Bahagian dan forum bertajuk ‘Amanah Diberi, Tanggungjawab Digalas Menghadapi PRU-14′.

Pada PRU-13, BN berjaya memenangi 12 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) dan lima daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan. Sebelum PRU13, BN hanyamenyandang tujuh kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga yakin sekiranya isu-isu setempat berjaya disampaikan dengan sempurna, rakyat akan dapat memahamikedudukan perkara itu dengan lebih jelas, seterusnya membuat pilihan lebih tepatapabila tiba masanya.

“Antaranya isu air bersih dan isu pembalakan, jika dapat diterangkan dengan baik sudah tentu rakyat akan memahaminya…sebab itu kita memerlukanjentera penerangan yang benar-benar mantap,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa berharap UMNO Kelantan mampu mengubah keadaan pada PRU14 dan kembali memerintah Kelantan.

“Banyak faktor lain juga kenapa kita gagal untuk menewaskan Pas, antaranya perbalahan sesama sendiri yang tiada noktah,” katanya sambil mengharapkan kepimpinan baharu UMNO mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN.

Umat Islam Jangan Terpengaruh Fahaman Menyimpang – Jamil Khir

Posted: 05 Nov 2013 06:10 AM PST

PUTRAJAYA, 5 Nov - Seluruh umat Islam perlu berwaspada dan jangan sesekali terpedaya dengan pengaruh atau fahaman menyimpang yang sedang menular dan cuba merosakkan tradisi amalan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan keperibadian.

Beliau berkata penetapan dasar ini sesuai dengan konsep maqasid syariah (objektif undang-undang Islam) yang meletakkan pemeliharaan agama sebagai objektif utamanya.

“Dalam sesebuah negara, sememangnya tanggungjawab menjaga keluhuran serta kesucian agama terletak di bahu pemerintah, dan di sinilah kerajaan Malaysia berperanan menjalankan prinsip memelihara agama dan mentadbir negara berteraskan maqasid syariah,” katanya semasa berucap di majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Selasa.

Katanya tema sambutan tahun ini “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” merujuk kepada pendekatan sederhana yang diamalkan Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda, dan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah lama mengamalkan prinsip-prinsip wasatiyyah ini.

Jamil Khir berkata prinsip-prinsip ini terkandung kukuh dalam dasar-dasar ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sejak agama Islam mula disebarkan dalam negara; dan ia menyebabkan tidak ada dalam lipatan sejarah negara yang menyaksikan Islam didakwahkan dalam bentuk paksaan, peperangan, pergaduhan atau kaedah yang menyusahkan.

“Sebaliknya ajaran Islam disampaikan dan disebar meluas oleh para pendakwah terdahulu dengan penuh hikmah wasatiyyah sehingga ia boleh diterima daripada setinggi-tinggi kedudukan seperti raja sampai ke peringkat rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata perpaduan nasional yang tuntas tidak mungkin dicapai oleh umat jika tiada ijmak dalam prinsip-prinsip agama, ditambah pula polemik tanpa kesudahan yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

Katanya hijrah bukan sekadar merujuk kepada perpindahan ke arah kebaikan semata-mata, malah ia turut berkait dengan soal kepekaan, daya kreativiti dan inovasi terhadap perkara-perkara yang hendak dilaksanakan.

Keluar Parti Bukti PKR Makin Parah, Hilang Kepercayaan Kepimpinan Parti

Posted: 05 Nov 2013 06:08 AM PST

KOTA KINABALU, 5 Nov - Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremmy Malajad keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa pada Isnin menunjukkan kalangan pemimpin parti itu juga sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman percaya ada lagi anggota dan pemimpin PKR akan bertindak sedemikian kerana mereka didakwa semakin tidak meyakini parti itu dalam membela nasib rakyat khususnya di Sabah.

Jeremmy-Malajad-Keluar-Parti-Pkr-Pr-Sabah

“Adun PKR Kadamaian keluar parti ini dan ada akan keluar atas kesedaran mereka boleh menolong dan membantu rakyat apabila mereka bekerjasama dengan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, di sini, Selasa.

Musa yang juga pengerusi BN negeri mengulas tindakan Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.

“Tindakan itu jelas menunjukkan mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan parti PKR. Ini jelas mereka yakin hanya parti dan kerajaan BN yang boleh membela nasib rakyat termasuk di kawasan mereka sendiri,” katanya.

Jeremmy yang disertai kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian pada Isnin dipetik berkata, keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

Katanya, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 Mei lepas membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.

Dalam pilihan raya umum ke-13 lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi untuk mengalahkan penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang mendapat 4,988undi dalam pertandingan empat penjuru.

Difahamkan, seorang lagi Adun pembangkang dijangka mengadakan sidang akhbar minggu ini berhubung hala tujunya dalam parti termasuk kedudukan sebagai anggota PKR.

Sebelum ini, Adun Luyang Dr Hiew King Cheu bertindak meninggalkan DAP pada 27 September lepas dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sokongan Pengundi Cina Kepada BN Pada PRK Sungai Limau Meningkat – Najib

Posted: 05 Nov 2013 05:59 AM PST

PUTRAJAYA, 5 Nov - Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (SUN) Sungai Limau, Kedah semalam secara sepintas lalu menunjukkan terdapat peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan dua peti undi yang bilangan pengundi dari kaum Cina didapati lebih ramai menunjukkan bahawa sokongan mereka kini memihak kepada calon BN.

“Kalau kita lihat sepintas lalu, memang ada peningkatan, tapi kita perlu membuat kajian lebih mendalam mengenainya,” katanya selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di PICC di sini Selasa.

Keputusan PRK pada Isnin menyaksikan PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya Mohd Azam Abd Samat, memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, yang mendapat 10,985 undi.

Najib berkata walaupun tewas, prestasi BN boleh dikatakan menggalakkan kerana ia berjaya mengurangkan majoriti PAS, dan kawasan itu pula merupakan kubu kuat parti itu.

“Kalau dahulu majoriti kita kalah di tempat ini ialah 2,774 dan kini berkurangan kepada 1,084 undi, ini menunjukkan ada trend sokongan ke arah BN,” kata Najib.

“Kita tahu ini kubu kuat PAS sebab kawasan ini sudah lima kali Pilihan Raya Umum kita tidak menang, namun PRK kali ini kita berjaya menembusi 10 pusat daerah mengundi berbanding PAS sembilan,” katanya.

Najib berkata beliau percaya dengan kemenangan PAS, parti pembangkang pasti tidak akan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti lazimnya yang sering dilakukan mereka apabila tewas pilihan raya.

“Ini menunjukkan demokarasi di Malaysia segar dan telus dan perjalanan serta keputusan PRK ini tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan peringkat nasional yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; peringkat negeri yang diterajui Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta peringkat bahagian diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Terima kasih juga kepada wakil BN negeri, sayap wanita, pemuda dan puteri. Ini adalah kerjasama berpasukan yang baik antara peringkat negeri dan bahagian, mereka bekerja keras dan menunjukkan prestasi yang baik di dalam BN,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT