SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, November 15, 2013

UMNO Online - “PKR Cabang Kota Belud Lumpuh, 90 Peratus AJK Isytihar Keluar Parti” plus 9 more

UMNO Online - “PKR Cabang Kota Belud Lumpuh, 90 Peratus AJK Isytihar Keluar Parti” plus 9 more

Link to UMNO Online

PKR Cabang Kota Belud Lumpuh, 90 Peratus AJK Isytihar Keluar Parti

Posted: 14 Nov 2013 04:07 AM PST

KOTA BELUD, 14 Nov  - Jika hampir dua minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini parti itu ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu hari ini.

Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.

“Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.

“Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ramai-ajk-pkr-kadamaian-keluar-parti-bebas-sokong-bn-jeremmy-malajad-kota-belud-sabah

Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang  Kota Belud kehilangan arah tujuan.

“(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan ‘hidup segan mati tak mahu,” katanya.

Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu  dan tidak bermaya.

Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah.

Alasan Auta PKR Cuba Tutup Masalah Dalaman

Posted: 14 Nov 2013 03:11 AM PST

Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman merasuah Jeremmy dan Jelani untuk keluar parti menjadi bebas. Tuduhan ini tidak berasas kerana BN sudah selesa dengan majoriti 2/3 di dalam DUN dan tiada sebab untuk memancing wakil rakyat pembangkang.

Kini mereka cuba alihkan pandangan dengan buat pula cerita dua ADUN BN dari Perak pula mahu melompat ke pembangkang. Kononnya dua ADUN misteri ini telah bertemu dengan Anwar berbincang terma-terma ‘penghijrahan’ mereka. Ini pun tidak logik kerana BN Perak tidak menghadapi sebarang masalah dalaman yang serius.

lajim_bumburing_jualan_murah_anwar_beli_sabah

Alasan auta PKR ini hanya menunjukkan Anwar takut lebih ramai wakil rakyatnya termasuk Ahli Parlimen akan melompat menyebelahi BN. Rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat mereka bukanlah rahsia lagi.

Sebenarnya yang berhadapan dengan masaalah dalaman adalah PKR. Tunggu saja Kongres parti akhir tahun ini untuk ketahui betapa serius.

Masaalahnya PKR di Sabah dimulakan oleh Azmin dan Anwar dengan melantik mereka-mereka yang boleh dijadikan boneka dan bukan mereka yang berpengaruh atau dihormati sebagai Ketua PKR Sabah. Anwar telah mengenepikan banyak ketua-ketua cabang tempatan Sabah sebagai calun di PRU13.

Tidak perlu PKR berdalh kerana kehilangan kehilangan kerusi Kadamaian dan Matunggong. Ini adalah satu tamparan buat Anwar Ibrahim yang begitu yakin pembangkang akan menawan negeri itu pada PRU13.

Dengan ADUN DAP Luyang yang keluar parti September lalu, pembangkang sudah kehilangan tiga kerusi DUN di Sabah. Tidak mustahil lebih ramai lagi wakil-wakil rakyat akan menyeberang menyokong BN setelah menyedari mereka dilayan secara buruk oleh pimpinan pusat PKR dan DAP.

Anwar dan pemimpin Pakatan dari Semenanjung hanya pandai membuat pelbagai janji manis. Namun apabila sudah menang, lain pula ceritanya. Apa yang nyata janji yang dibuat tidak ditunai. Mereka baru sedar Anwar adalah kaki pembohong nombor satu.

Beliau membawa isu kenaikan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus untuk meraih sokongan pengundi tetapi setelah pihak kerajaan memberi penjelasan dan kedudukan sebenarnya, rakyat sedar tembelang Anwar.

theunspinners.blogspot.com

Isu Picisan, Berbaur Perkauman Jadi Agenda Utama Pembangkang Serang BN

Posted: 14 Nov 2013 03:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov. – Seakan sudah menjadi rutin pakatan pembangkang yang akan mengambil apa-apa sahaja tindakan kerajaan sebagai bahan untuk dijadikan isu dan lebih teruk lagi mencetuskan api perkauman dalam propaganda mereka, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim.

Katanya, kegagalan pembangkang dalam melaksanakan tanggungjawab dan menimbulkan isu relevan berkaitan rakyat telah mendesak mereka untuk mengangkat hal-hal picisan sebagai isu politik untuk populariti mereka sendiri.

"Ini bukan perkara baru kepada pakatan pembangkang kerana mereka seakan telah merancang untuk membangkitkan kemarahan rakyat dengan memanipulasikan apa sahaja tindakan dan dasar yang dilaksanakan kerajaan apatah lagi yang membabitkan kepentingan umum dan masyarakat setempat," katanya kepada UMNO-Online.

v-sivakumar-dap-tronoh-perak-rasis-perkauman-politik-agama-kaum-sempit-kuil-parlimen

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan tindakan pembangkang iaitu ahli Parlimen DAP, V. Sivakumar yang cuba memanaskan Dewan Rakyat di Parlimen semalam dengan mempersoalkan berkaitan notis mahkamah yang membabitkan tempat ibadat di Jalan P. Ramlee selain pelbagai persepsi negatif dalam laman sosial pembangkang yang mengaitkan sentimen perkauman.

"Pakatan pembangkang memang suka menangguk di air keruh, cuba memanaskan keadaan sehinggakan mewujudkan rasa gelisah pada rakyat dengan harapan akan berlaku permasalahan dan huru-hara dalam negara.

"Ini adalah antara usaha mereka untuk menunjukkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan tugas pentadbiran negara dengan baik dengan harapan sokongan rakyat yang sebelum ini setia kepada BN akan bertukar dan bertumpu kepada mereka."

Sebelum ini, pakatan pembangkang juga turut mencetuskan api perkauman apabila kematian Teoh Beng Hock dijadikan polemik politik atas alasan kononnya mahukan keadilan walhal ia telahpun diselesaikan dengan baik dari sudut perundangan malah Hakim yang dilantik memberikan keputusan berdasarkan fakta namun ianya terus-terusan dijadikan isu sehingga mencetuskan sentimen perkauman biarpun Hakim terbabit turut berbangsa Cina.

Begitu juga dengan kes Aminur Rashid yang telahpun selesai dari sudut perundangan dengan polis yang mengaku tertembak diambil tindakan tetapi pakatan pembangkang ini masih menjadikan ia sebagai antara bahan politik untuk memburukkan kerajaan.

"Pakatan pembangkang mengangkat insiden dalam masyarakat yang boleh diselesaikan dengan baik sebagai isu remeh-temeh dan memaparkan perkara-perkara yang kotor dalam BN sebagai cara melenyapkan segala perbuatan buruk daripada kepimpinan mereka sendiri walaupun secara nyata terdapat banyak isu-isu yang tidak dijawab dalam pembangkang.

"Ini amat berbeza dengan BN kerana sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat, segala tindakan dan keputusan yang akan diambil terlebih dahulu difikirkan kesan dan akibatnya dari pelbagai aspek dan bukannya dibuat atas kepentingan peribadi semata-mata."

Dalam hal ini beliau mengaitkan kepada langkah positif kerajaan ke atas pelaksanaan Bajet 2014 dengan mengekalkan pelbagai bantuan sebagaimana yang diberikan oleh kerajaan pada Bajet 2013 lalu.

"Jika dulu mereka menuduh macam-macam dengan mengatakan gula-gula pilihan raya, menuduh BN merasuah rakyat dan macam-macam lagi tetapi apabila dilaksanakan dan ada dikalangan mereka juga mendapat imbuhan terbabit tidak pula tahu menghargai malah selepas bajet 2014 dibentangkan macam-macam lagi tohmahan mereka kepada kerajaan.

"Buatlah apa sahaja, pakatan pembangkang akan tetap mensensasikan sebagai isu namun saya yakin bahawa rakyat sentiasa memahami usaha kerajaan dan membuat penilaian berdasarkan kepada pertimbangan yang wajar tanpa terpengaruh dengan fitnah pembangkang," tegas beliau lagi. – MediaUMNO

Sultan Selangor Arah Henti Guna Kalimah Allah Dalam Bible, The Herald Versi Bahasa Melayu

Posted: 14 Nov 2013 02:55 AM PST

SHAH ALAM, 14 Nov -  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam ‘Bible’ dan penerbitan ‘The Herald’ versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.

Baginda bertitah ia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Selangor supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.

majlis_negeri_sultan_selangor_thestar

“Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas,” titah baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di sini.

Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Sultan Selangor turut bertitah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam.

Baginda juga bertitah menggesa umat Islam merapatkan barisan dan bersatu padu mempertahan kesucian kalimah Allah serta menghalang usaha mana-mana anasir yang tidak bertanggungjawab menyalahguna dan menghina kalimah Allah.

“Isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini,” titah baginda.

Baginda turut berdoa supaya perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini sentiasa terpelihara dan mereka dapat hidup dengan aman damai, menghormati antara satu sama lain dan saling bertolak ansur.

DAP Pulau Pinang Tidak Boleh Adakan Konvensyen – Bekas Naib Pengerusi DAP

Posted: 14 Nov 2013 02:24 AM PST

BUKIT MERTAJAM, 14 Nov – Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor mendakwa Konvensyen DAP Pulau Pinang 2013 yang dijadual diadakan Disember ini tidak boleh diadakan selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum mengesahkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Beliau berkata pemimpin DAP dan anggotanya perlu mematuhi peraturan itu kerana jika konvensyen itu diteruskan ianya tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti.

“Ingin saya tegaskan bahawa konvensyen DAP negeri tidak boleh dijalankan dan jika tetap diadakan ia tidak sah kerana bercanggah dengan perlembagaan parti mengikut Fasal XV(6) yang menyebut bahawa tarikh konvensyen biasa negeri hendaklah ditetapkan oleh CEC.

bekas-melayu-dap-kebangsaan-zulkifli-mohd-noor

“Semua orang tahu bahawa hingga hari ini barisan CEC yang baru dilantik pada pemilihan semula yang berlangsung 29 Sept lepas masih lagi belum  disahkan ROS malah laporannya juga  belum dihantar kepada ROS,” katanya dalam siding akhbar di sini hari ini.

Katanya pemimpin DAP terutama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng perlu  ingat parti itu akan terbatal secara automatik sekiranya tidak mengikut  undang-undang yang telah ditetapkan ROS.

“Saya ingin bertanya kepada Lim (Guan Eng) mengenai status DAP sejak tarikh 12 Disember 2012, termasuk berapa banyak ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri dan ahli majlis dilantik daripada tarih berkenaan?.

“Berapa ramai individu yang memohon untuk menjadi ahli yang diterima  Ibu Pejabat DAP terus memegang jawatan dalam parti dan kerajaan di negeri yang  diperintah pakatan pembangkang,” katanya.

Zulkifli turut mengingatkan Lim supaya tidak bertindak secara dictator untuk terus mengadakan konvensyen negeri dengan melanggar peruntukan dalam perlembagaan parti.

Katanya banyak masalah yang berlaku dalam DAP sekarang adalah disebabkan kelemahan dan ketidakmampuan Lim untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung parti.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Lim mentadbir parti dan kerajaan tanpa  berpandukan perlembagaan, peraturan dan dasar yang ditetapkan malah DAP yang  ada pada hari ini sudah jauh berubah sejak 2008, dengan barisan kepimpinan  muda yang tidak berkelayakan dan jauh menyimpang daripada amalan yang sudah lama dipraktikkan parti,” katanya.

Two Recommendations From MACC Board To Be Tabled In Next Parliamentary Session

Posted: 14 Nov 2013 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 14 – Two important recommendations proposed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Advisory Board will be expedited for implementation in the next parliamentary sitting.

Minister in the Prime Minister’s Department Senator Datuk Paul Low Seng Kuan said the proposals were the establishment of an independent MACC Services Commission that was empowered to recruit, appoint, promote and terminate the services of MACC officers.

“This will enable the MACC to employ skilled and competent manpower efficiently,” he said when opening the National Integrity Seminar 2013 at the Malaysian Institute of Integrity (IIM) here today.

Low said the other proposal was the elevation of the status of the MACC chief commissioner to one comparable to the auditor-general and the attorney-general to further improve the commission’s independence.

“Both of these proposals require amendments to the Federal Constitution. I hope that these proposals will get unanimous support from all law makers when the bill is presented to the Dewan Rakyat and Dewan Negara,” he added.

Meanwhile, Low said the government would roll out a transformation programme in governance and integrity by joining hands with each ministry, including government agencies, to fight corruption.

He said the urban wellbeing, housing and local government ministry would become the first ministry to start on the transformation programme tomorrow.

“Conceptually, and following the model of a corporation, each operating ministry will be considered as one large corporation with its special vision and mission to give the best services to the public.

“In this concept, the minister in office could be considered as the chairman or chairperson, and the chief secretary as the chief executive officer, and the shareholders are the taxpayers and the customers, the public.”

Low said the civil servants were the employees and were expected to comply with all good practices that were in place to ensure accountability and ethical conduct in carrying out their responsibilities.

Among key areas that will be dealt with each ministry, include having anti-corruption oversight on key projects; taking corrective measures on findings of the auditor-general’s report and having more engagement with the public and relevant interest groups to identify problems and grouses.

Jawatankuasa Pemantau GST Dibentuk Sebelum Akhir Tahun – Husni

Posted: 13 Nov 2013 11:44 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kerajaan dijangka membentuk Jawatankuasa Pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum akhir tahun, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Husni, ditubuhkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST bersama anggota dari agensi kerajaan selain wakil industri dan organisasi bukan kerajaan.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di luar perbincangan ‘Business Times Insight, GST: Are Malaysians Ready?’ di sini hari ini.

Menteri Kewangan Kabinet Malaysia

GST ialah komponen penting pakej pembaharuan fiskal yang strategik bagi memenuhi proses evolusi struktur jangka panjang ekonomi negara.

Diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 bulan lepas, cukai tunggal GST ini yang akan menggantikan cukai jualan dan Perkhidmatan sedia ada, akan dikuatkuasakan pada 1 April, 2015, pada kadar enam peratus.

GST kini dilaksanakan di lebih daripada 160 negara, termasuk negara kurang maju, pada kadar dari lima hingga 27 peratus.

Semua negara di Asean sudah melaksanakan GST, kecuali Brunei, Myanmar dan Malaysia.

Menurut Husni, semua negara yang sudah melaksanakan GST, tujuh menetapkan kadar lima peratus, enam negara sebanyak tujuh peratus dan bakinya mengutip lebih 10 peratus.

“Di negara yang melaksanakan GST mulai 2010, kadar minimum yang dikenakan ialah 12 peratus.

“Berdasarkan persekitaran ekonomi semasa, kerajaan menganggap enam peratus sebagai kadar paling rendah,” katanya.

Dalam ucapannya pada perbincangan itu, Husni berkata menerusi pelaksanaan GST, Malaysia mampu kekal kompetitif dalam pasaran global.

Pada masa yang sama beliau berkata negara akan menarik dan mengekalkan bakat yang mencukupi bilangannya untuk membawa pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi selain menjadi negara inovasi dengan produktiviti tinggi.

“Dalam meningkatkan persekitaran pelaburan langsung asing yang kompetitif, lebih banyak negara akan bersepadu dalam ekonomi global, dan oleh itu adalah lebih baik untuk kita menawarkan ketelusan dan regim cukai yang rendah dan memansuhkan birokrasi serta pelepasan dan pengecualian cukai.

“GST menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada isu-isu terbabit serta perolehan Perbendaharaan,” katanya.

Taxand : GST Positive For Economy, Raises Investor Confidence

Posted: 13 Nov 2013 11:40 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 14  - Implementation of the goods and services tax (GST) is positive for the country’s economy as it could help to strengthen the confidence of foreign investors, said Taxand Malaysia Sdn Bhd.

Co-founder and Chairman Dr Veerinderjeet Singh said the GST, also known as value added tax in several countries, has been implemented in developed nations and most external investors are well aware of how the system works.

Speaking to Bernama, he also said the implementation of GST would not “spook investors” or affect the flow of foreign direct investment into the country.

“It’s (GST) not something new to them (investors) and they understand it very well.

“We are adopting a system that is understood worldwide, so in that sense it gives them confidence that we’re changing to a system that they all know,” he said on the sidelines of the Business Times Insight breakfast talk “GST: Are Malaysians Ready?” here today.

Veerinderjeet was one of the panellists at the quarterly event, which was also attended by Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Replacing the existing sales and service tax, the GST will be implemented on  April 1, 2015 at a fixed rate of six per cent.

The single tax regime is a fair and comprehensive tax system that would benefit all Malaysians as well as enable the government to address weaknesses in the current taxation system, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when tabling the 2014 Budget in the Dewan Rakyat on Oct 25.

Going forward, Veerinderjeet said Malaysia should reduce the corporate tax rate in order to attract more investments and stay competitive with other countries.

“We need to bring down the corporate tax to 20 per cent but it can’t happen straight away, it can only happen years down the road.

“We are in a transition where we are trying to move our tax rates lower, but we can’t because we need to build our revenue. However, eventually we will,” he added.

In the budget, Najib, who is also Finance Minister, said the corporate tax rate will be reduced by one per cent to 24 per cent, with effect from the year of assessment 2016 onwards.

This means company tax reduction will be effected only 1.5 years from the date of GST implementation.

Anggota Parlimen PKR, N. Surendran Digantung Enam Bulan

Posted: 13 Nov 2013 11:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov  - Anggota Parlimen Padang Serai dari PKR N. Surendran digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan berkuat kuasa serta merta kerana membuat pertuduhan liar terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia di luar Dewan, Selasa lalu.

Usul yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri itu akhirnya diluluskan melalui undi belah bahagi setelah dewan gagal mencapai kata sepakat untuk membahaskannya.

Tentangan hebat dibuat oleh Anggota Parlimen pembangkang yang mempersoal keperluan usul itu dibentang dan mencetuskan perbalahan hangat selama hampir 90 minit antara Anggota Parlimen dari kedua-dua belah.

Undian belah bahagi itu diputuskan oleh Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee dan menyaksikan seramai 92 Anggota Parlimen Barisan Nasional menyokongnya.

Tiada undi membantah diperolehi kerana Anggota Parlimen dari pembangkang enggan mengundi.

Sebelum itu, Kiandee juga telah membuat undian secara lisan yang juga melihat lebih ramai Anggota Parlimen menyokong usul itu diluluskan berbanding menolak, namun keputusan itu tidak diterima anggota Parlimen pembangkang.

Selasa lepas, Surendran telah diarahkan keluar dari dewan selama dua hari oleh Pandikar Amin kerana mencabar keputusan Speaker menolak usulnya untuk membahas isu perobohan kuil Sri Maneswarar Kaliyaman.

Surendran yang berasa tidak puas hati kemudiannya telah membuat siding akhbar di luar dewan dan menuduh Pandikar Amin bersikap berat sebelah  dan menyamakan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Zimbabwe yang dimiliki Presiden Robert Mugabe.

Kiandee memberitahu usul itu perlu dibentangkan kerana Surendran menghina Speaker dan institusi Parlimen, justeru menjadikan isu itu berkepentingan orang ramai.

Penjelasan itu tidak diterima Anggota Parlimen pembangkang yang menuduh usul itu berkepentingan peribadi. Malah mereka telah bangun beramai-ramai untuk menentang dan bertindak mengoyak notis usul tersebut yang telah diedar.

Azmin Ali (PKR-Gombak) pula mempersoal peraturan mesyuarat yang digunakan untuk membolehkan usul itu dikemukakan.

Kiandee menjelaskan ia memenuhi kehendak peraturan mesyuarat 27(3) yang menyatakan usul itu dibawa seorang menteri yang menjadi wakil kepada kerajaan dan Speaker juga berpuas hati dengan cadangan usul itu.

Sementara itu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Baharu) berkata tuduhan Surendran bahawa Parlimen Malaysia seperti `Parlimen Robert Mugabe’ adalah satu penghinaan.

“(Surendran) kata Robert Mugabe Parlimen, apakah saya yang turut berada dalam Parlimen ini tidak terasa dengan tuduhan yang dikemukakan kepada Parlimen,” katanya.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) pula menyifatkan pembangkang sebagai ‘sarkas’ kerana  membuat kecoh dalam Dewan dan tidak mematuhi peraturan.

Barisan Muda Dalam UMNO Cipta Transformasi, Mampu Bawa Suara Akar Umbi

Posted: 13 Nov 2013 11:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Hasan Malek berkata, beliau amat yakin barisan anak-anak muda yang telah diberi kepercayaan menjawat sebarang jawatan terutamanya di peringkat sayap-sayap akan memberi dan membawa perubahan transformasi politik yang lebih baik kepada parti keramat UMNO.

Ujarnya, mereka yang telah terpilih ini juga adalah pilihan suara akar umbi yang telah diberi kepercayaan untuk membawa suara hati rakyat ke peringkat tertinggi.

hassan-malek-menteri-umno-bn-kpdnkk-perdagangan-koperasi-pengguna-malaysia

Oleh itu, beliau berharap kepimpinan baru ini akan dapat berbincang dan berbahas bersama-sama muka lama bagi mencari solusi kepada mengukuhkan parti dalam bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

"Saya berharap, Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung bulan depan akan menjadi satu platform permulaan kepada semua muka baru untuk menyuarakan pandangan di peringkat akar umbi.

"Saya amat yakin perhimpunan kali ini bakal menyaksikan lahirnya idea-idea baru yang mantap dan ideal demi memastikan UMNO terus kukuh di masa hadapan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Hasan yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan turut melahirkan harapan agar kepercayaan yang telah diberikan oleh suara akar umbi ini tidak disia-siakan oleh mereka yang telah terpilih.

"Pemilihan UMNO yang baru berlangsung telah menyaksikan UMNO mencatat sejarah tersendiri apabila akar umbi diberi kepercayaan untuk menentukan siapa yang mereka mahu menjawat setiap jawatan dalam parti.

"Oleh itu, saya berharap semua pemimpin terutamanya barisan Majlis Tertinggi termasuklah diri saya agar berani untuk memberi pandangan dengan ikhlas dan lantang bagi memastikan UMNO terus relevan dan menjadi tunjang kepada kerajaan pusat BN di dalam mentadbir negara.

"Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu Presiden parti ke arah memantapkan parti. Saya penuh yakin bahawa perwakilan UMNO akan terus berusaha dan terus menyumbang sebaik mungkin demia memantapkan parti keramat UMNO," jelasnya. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT