SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, November 10, 2013

UMNO Online - “BN Must Heed Lessons For Loss In Sungai Limau, Says Jamil Khir” plus 3 more

UMNO Online - “BN Must Heed Lessons For Loss In Sungai Limau, Says Jamil Khir” plus 3 more

Link to UMNO Online

BN Must Heed Lessons For Loss In Sungai Limau, Says Jamil Khir

Posted: 09 Nov 2013 01:17 AM PST

SINTOK, Nov 9 – The Barisan Nasional (BN) must heed lessons from the defeat of its candidate Dr Ahmad Sohaimi Lazim in the Sungai Limau by-election on Nov 4, said Jerai Umno head Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir, who is also Minister in the Prime Minister’s Department, said the BN would do a post-mortem on the result, particulary on the huge number of voters in the Bukit Besar polling district as compared the population there.

“All factors (contributing to the defeat) will be studied because we want ti win over the hearts of voters,” he told reporters after opening the national-level Ihtifal Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) event at Universiti Utara Malaysia (UUM) here today.

In the by-election, PAS candidate Mohd Azam Abdul Samat, 37, defeated Ahmad Sohaimi, 52, by a majority of 1,084 votes.

Meanwhile, Jamil Khir said the government aimed to have each and every Muslim child undergo KAFA (Islamic religious) classes so that they could lead lives as good Muslims.

He said currently 937,808 pupils or 56 per cent of the total number of Muslim students in primary schools followed Kafa classes at 5,870 premises nationwide. – MediaUMNO

BN Kena Ambil Pengajaran Kekalahan Prk Sungai Limau, Kata Jamil Khir

Posted: 09 Nov 2013 01:12 AM PST

SINTOK, 9 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu mengambil pengajaran kekalahan calonnya Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 Nov lepas, kata Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata BN Kedah akan membuat bedah-siasat keputusan PRK itu khususnya faktor ketidakseimbangan antara jumlah pengundi di peti undi Bukit Besar berbanding penduduk yang menetap di situ.

“Semua faktor ini akan dikaji kerana kita mahu berusaha memenangi hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ihtifal Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) peringkat kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Dalam PRK itu, PAS mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat, 37, mengalahkan Ahmad Sohaimi, 52, dengan majoriti 1,084 undi.

Ahmad Sohaimi hari ini dilaporkan berkata beliau berharap pucuk pimpinan BN mengambil pengajaran kekalahan beliau khususnya perolehan majoriti ‘luar biasa’ calon PAS di peti undi Bukit Besar. – MediaUMNO

Adun Pembangkang Keluar Parti Kerana Tidak Mampu Bela Rakyat – Musa

Posted: 09 Nov 2013 01:08 AM PST

KUALA PENYU, 9 Nov – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata tindakan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti masing-masing kebelakangan adalah bukti kesedaran pemimpin berkenaan bahawa mereka tidak berupaya membantu rakyat jika kekal sebagai pembangkang.

“Saya ingin mengulangi (kenyataan saya sebelum ini) bahawa lebih ramai akan keluar atas kesedaran sendiri bahawa jika mereka di pihak pembangkang tidak ada yang boleh dibuat untuk rakyat.

“Sebagai kerajaan BN, kalau mereka boleh bekerjasama dengan BN, kita akan bantu. Itu cara kita. Yang penting rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Nelayan Menumbok Ke-13 di sini hari ini.

Musa berkata demikian sebagai mengulas tindakan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Jelani Hamdan yang meletakkan jawatan yang disandangnya sejak, September lalu.

Jelani yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong dilaporkan berkata keputusan meletak jawatan itu dibuat semalam, kerana tidak berpuas hati dengan cara perlantikan barisan pimpinan PKR Sabah.

Menurut Musa, pemimpin BN menepati janji yang dibuat kepada rakyat dan akan sentiasa menemui rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira sama ada pilihan raya diadakan atau pun tidak. – MediaUMO

PPPM Bakal Meletakkan M’sia Dalam Kalangan Tiga Negara Terbaik

Posted: 08 Nov 2013 08:27 PM PST

PARIS, 9 Nov – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mampu untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan tiga negara terbaik dari segi prestasi dalam penilaian pendidikan antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ia akan meletakkan Malaysia setanding dengan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), namun tetap berpegang teguh kepada cita-cita yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

“Bagaimanapun, kita sedar bahawa cabaran adalah banyak dalam usaha untuk menjadi ‘negara pesaing’ dalam aspek piawaian dan penanda aras. Natijahnya, kita menetapkan matlamat untuk mencapai cita-cita lebih tinggi menjelang 2025,” katanya dalam ucapan aluannya pada program Gallery Walk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) Dr Irina Bokova dan Duta Besar Malaysia di Perancis Tan Sri Ismail Omar.

Pameran ini diadakan di ibu pejabat Unesco untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara, yang merupakan susulan kepada ‘Kajian Dasar Pendidikan’ yang dijalankan oleh Unesco.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata Malaysia telah berada jauh dalam usahanya untuk terus meningkatkan sistem pendidikan.

“Sejak permulaan kemerdekaan negara pada tahun 1957, hanya tujuh peratus daripada penduduk mendapat pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah menengah. Hari ini, 76 peratus sekurang-kurangnya telah menamatkan pendidikan di peringkat menengah; satu pencapaian yang membanggakan dalam jangka pendek,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga telah mencapai kadar kemasukan pelajar sekolah rendah dan menengah menghampiri standard antarabangsa iaitu masing-masing pada kadar 96 dan 91 peratus.

“Pencapaian ini telah dicapai melalui perbelanjaan secara konsisten sebahagian besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar iaitu kira-kira 16 peratus peratus, untuk pendidikan.

“Ini adalah jelas lebih besar berbanding perbelanjaan purata Organisasi Kerjsama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) iaitu sebanyak 8.7 peratus,” katanya.

Muhyiddin berkata pada akhir tahun 2011 dan sepanjang 2012, kerajaan telah memulakan kajian sistem pendidikan dengan mengadakan ‘Dialog Kebangsaan’ melibatkan orang awam, termasuk lebih 50,000 pengetua, guru, ibu bapa, pelajar dan pihak berkepentingan.

“Pada masa sama, kami juga telah mendapatkan input daripada panel pakar bebas terdiri daripada pakar pendidik terkemuka rakyat Malaysia dan pendidik global dari Unesco, Bank Dunia, IEA (Persatuan Antarabangsa bagi Penilaian Pencapaian Pendidikan) dan OECD.

“Pada ketika ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Unesco yang bermurah hati dan tanpa penat membantu Malaysia sepanjang proses kajian ini,” katanya.

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelan strategik selama 13 tahun yang merupakan kemuncak kepada pelbagai usaha untuk mencapai cadangan tindakan kepada aspirasi yang sungguh tinggi.

“Komponen proses utama termasuk memahami prestasi semasa dan cabaran system persekolahan Malaysia, mewujudkan visi yang jelas dan aspirasi sistem pendidikan dan pelajar individu dalam tempoh 13 tahun akan datang sehingga 2025.

“Juga menggariskan program transformasi komprehensif bagi sistem itu termasuk perubahan utama terhadap Kementerian Pendidikan dan system penyampaiannya,” tambah Muhyiddin. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT