UMNO Online - “Suara Malaysia DiDengari Di CHOGM 2013” plus 1 more |
Suara Malaysia DiDengari Di CHOGM 2013 Posted: 16 Nov 2013 01:01 AM PST COLOMBO, 15 Nov – Pandangan Malaysia yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangunan saksama dan memperkasakan belia mendapat perhatian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 di sini hari ini. Najib diberi peluang untuk melakukan intervensi pada sesi perbincangan bersama pemimpin negara Komanwel iaitu mengenai tema ‘Kemajuan Bersama Keseimbangan, Pembangunan Inklusif’ dan sesi dialog bersama pemimpin belia. Pada sesi perbincangan tema CHOGM, Najib berkata beliau berkongsi falsafah bahawa pembangunan Malaysia sememangnya berkisarkan ‘kemajuan bersama keseimbangan’ iaitu pembangunan negara lebih bersifat inklusif tanpa meminggirkan mana-mana golongan. Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, Najib berkata pembangunan saksama perlu dijadikan landasan bagi negara-negara anggota Komanwel. Katanya dalam Komanwel sekarang masih berlaku pembangunan yang tidak seimbang mengikut kategori dengan 48 negara anggotanya dikategorikan sebagai ‘sedang membangun’, 14 negara ‘paling kurang membangun’ manakala 31 negara sebagai ‘kecil dan mudah terjejas’. “Sebagai sebuah negara kita (Malaysia) percaya pada pasaran ekonomi…pasaran ekonomi tidak dapat agihkan kekayaan secara adil dan saksama. “Oleh itu kerajaan perlu buat intervensi tapi intervensi tidak tolak asas atau ekonomi pasaran asas,” katanya. Semasa intervensi itu, Najib turut berkongsi kejayaan Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan, peningkatan mobiliti sosial berdasarkan pendemokrasian pendidikan serta peningkatan golongan kelas pertengahan. Pada sesi dialog bersama pemimpin belia, Najib berkata beliau berkongsi konsep ’5E’ untuk memperkasakan generasi muda dalam pembanguan negara iaitu Engagement (penglibatan), Empowerment (pemerkasaan), Employment (pekerjaan), Education (pendidikan), Entreprenuership (keushawanan). “5E yang saya sebut disahut pengerusi (majlis) yang meminta pemimpin-pemimpin belia memberi respons pada setiap ‘E’ yang dikemukakan,” katanya.-MediaUMNO |
Jangan Keluarkan Kenyataan Hingga Menjejaskan Nama Baik Parti –Tengku Adnan Posted: 16 Nov 2013 12:58 AM PST PUTRAJAYA, 16 Nov – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dan anggota parti itu supaya tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej, perspektif dan nama parti itu. Sebaliknya, beliau menasihatkan pemimpin dan anggota parti itu agar menggunakan Lembaga Disiplin Umno sebagai saluran utama membuat aduan atau rasa tidak puas hati membabitkan isu parti, termasuk keputusan pemilihan Umno baru-baru ini. “Jangan keluarkan kenyataan-kenyataan yang kadang kala tidak berasas, kita menuding jari, pada hal betul atau tak betul, sahih atau tidak sahih kita tidak tahu. “Oleh kerana kita tak dapat (jawatan), kita marah. Jangan ikutkan hatilah. Saya sarankan kepada semua ahli Umno, kalau ada masalah rujuk kepada ibu pejabat, kita ada jawatankuasa disiplin, lembaga disiplin, ada cara untuk salurkan luahan untuk disiasat,” katanya. Tengku Adnan diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meluahkan pandangan mengenai pemilihan UMNO, selepas gagal merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT) melalui ruangan pendapat dalam portal Malaysian Insider pada 30 Okt lepas. Mengulas lanjut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kepentingan parti perlu diutamakan daripada kepentingan sendiri. “Bila kita menuding jari, perspektif terhadap parti tidak baik. Jadi saya sarankan kepada semua, sesiapa sekalipun ahli Umno, kalau mereka ada masalah, balik kepada jawatankuasa (jawatankuasa disiplin) yang ditubuhkan. “Apa lagi mereka hendak salahkan parti kerana parti sekarang amat terbuka, dari segi pemilihan pun amat terbuka,” katanya. Menurutnya, pemilihan Umno baru-baru ini jelas menampakkan sikap keterbukaan dalam menyuburkan amalan demokrasi yang perlu dihargai dan bukan diperkecilkan oleh anggota parti itu sendiri. Ditanya sama ada Nur Jazlan sudah membuat aduan di Lembaga Disiplin Umno, Tengku Adnan berkata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu belum berbuat demikian. “Dia (Nur Jazlan) sebut kepada umum tetapi dia (Nur Jazlan) sendiri belum buat aduan dengan jawatankuasa disiplin,” katanya.- MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment