SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, November 2, 2013

UMNO Online - “Hishammuddin Eyeing Opportunity To Strengthen M’sia-Vietnam Defence Relations” plus 9 more

UMNO Online - “Hishammuddin Eyeing Opportunity To Strengthen M’sia-Vietnam Defence Relations” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hishammuddin Eyeing Opportunity To Strengthen M’sia-Vietnam Defence Relations

Posted: 01 Nov 2013 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, Nov 1 – Efforts to create a ‘direct connection’ between Malaysian Maritime Region 1 Base in Kuantan, Pahang and Vietnam Southern Command have been discussed between Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein and his Vietnamese counterpart, Gen Phung Quang Thanh today.

Hishammuddin said it was aimed at enabling the two countries to contact each other in case of any problems at sea during an operation.

“I have also conveyed our intention for Malaysia and Vietnam to cooperate to make the ASEAN Defence Industry Collaboration (ADIC) a reality.

“It is to increase defence industrial inter-dependence among ASEAN member countries, so that we will not depend to source from outside ASEAN,” he said in a statement today.

Hishammuddin is currently in Hanoi for a working visit to Vietnam after completing a three-day working visit to China.

It is his first visit to Vietnam since assuming the portfolio as Defence Minister in May.

“The purpose of this visit is to strengthen bilateral defence relations between Malaysia and Vietnam,” he said, adding that it was also in conjunction with the 40th anniversary of diplomatic ties between the two countries, which began in 1973.

Commenting further on his meeting with General Thanh, he said they had also agreed to be committed to improving the existing defense relationship, including by holding annual meeting at the executive level.
Other efforts are by exchanging personnel in training and education, conducting joint exercises, exploring new areas of defence industry and increasing cooperation in maritime security, he said.
Hishammuddin also pointed out that Malaysia and Vietnam had signed a defence cooperation agreement in 2008.

New PPR Dwellings For Cameron Highlands Mudslide Victims

Posted: 01 Nov 2013 06:21 AM PDT

KUANTAN, Nov 1- The Pahang government and relevant agencies will discuss resettling the victims of the Bertam Valley, Cameron Highlands mudslide last week at the People’s Housing Project (PPR) in the area.

However, only those who genuinely needed a new home would be provided with one as there was a limited number of PPR units available, Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said today.

“Only those who really need new homes will be moved to the PPR project,” he said after a gathering with the Pahang footballers and fans here today.

The Bertam Valley, Ringlet mudslide occurred on Oct 23 when the Bertam River overflowed following the release of water from the Sultan Abu Bakar dam.

The disaster claimed three lives and destroyed 80 dwellings and about 100 vehicles. One victim is still missing.

Resipi Kejayaan Sabah Hasil Sokongan Rakyat Kepada BN – Musa Aman

Posted: 01 Nov 2013 06:18 AM PDT

YAN, 1 Nov – Resipi kejayaan Sabah pada hari ini merupakan hasil sokongan padu rakyat negeri itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sabah, katanya, pernah diterajui pakatan pembangkang pada tahun 1980-an sama seperti Kedah yang diterajui PAS pada 2008, menyebabkan negeri itu mundur dan tiada sebarang pembangunan dilakukan.

musa-aman-rumah-terbuka-raya-sabah-ketua-menteri-umno-bn

“Alhamdulillah rakyat Sabah ketika itu buat satu keputusan bijak dengan mengembalikan negeri itu kepada BN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Santai Orang Muda dan Mengail Ikan Puyu di Simpang Tiga di sini hari ini.

Musa berkata pembangunan di Sabah begitu pesat dengan wujudnya hubungan baik antara pemimpin kerajaan negeri dan pusat yang kedua-duanya daripada BN.

Beliau yakin kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau juga akan membangun seperti kawasan lain sekiranya rakyat itu memenangkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada pilihan raya kecil 4 Nov ini.

Program memancing ikan puyu itu yang disertai 100 peserta dianjurkan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Padang Terap.

Tapak Pasar Tani Kekal Dibangunkan Mulai Tahun Depan

Posted: 01 Nov 2013 06:16 AM PDT

KUALA SELANGOR, 1 Nov – Tapak pasar tani kekal akan dibangunkan mulai tahun depan di 500 lokasi yang dikenal pasti di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata langkah itu bagi membolehkan peniaga pasar tani mendapat pendapatan harian berbanding sekarang yang diadakan sekali seminggu di tapak sementara.

“Ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Pertanian yang akan dimulakan awal tahun depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kesemua Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju berhubung pembinaan tapak kekal itu.

“Kita harap MB (dan Ketua Menteri) negeri pembangkang juga bersedia berikan kerjasama termasuk menyediakan tanah bagi membina tapak kekal pasar tani,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Program Transformasi Pertanian bakal meningkatkan peranan pemasaran pertanian secara menyeluruh dengan mengurangkan peranan orang tengah.

“Kita juga akan memperkasa Persatuan Nelayan dan Pertubuhan Peladang dalam memainkan peranan membela nasib golongan berkenaan,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang baru siap dibina di Kuala Selangor, dijadikan pusat ikan segar.

Hishammuddin Intai Peluang Perkukuh Hubungan Pertahanan Malaysia-Vietnam

Posted: 01 Nov 2013 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Usaha mewujudkan ‘hubungan terus’ antaraMarkas Wilayah Laut 1 di Kuantan, Pahang dan ‘Vietnam Southern Command’dibangkitkan dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Datuk Seri HishammuddinTun Hussein dan rakan sejawatannya dari Vietnam, Jeneral Phung Quang Thanh hari ini.

Hishammuddin berkata ia bertujuan memudahkan kedua-dua negara berhubung jika berlaku sebarang masalah di laut semasa operasi.

“Saya turut melahirkan hasrat supaya Malaysia dan Vietnam dapat bekerjasama untuk merealisasikan Kerjasama Industri Pertahanan Asean (ADIC)).

“Ia bagi meningkatkan kebergantungan industri pertahanan dalam kalangan Asean dengan tidak lagi terlalu bergantung kepada sumber dari luar Asean,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin kini berada di Hanoi sempena lawatan kerja ke Vietnam setelah menamatkan lawatan kerja tiga hari ke China.

Ia merupakan lawatan sulung Hishammuddin ke Vietnam sejak memegang portfolio Menteri Pertahanan pada Mei lalu.

“Tujuan lawatan ini ialah untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan Vietnam,” katanya sambil memberitahu ia berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, iaitu sejak 1973.

Merujuk perbincangannya dengan Jeneral Thanh, beliau berkata kedua-dua pihak komited dalam usaha meningkatkan hubungan pertahanan sedia ada termasuk dengan mengadakan mesyuarat tahunan peringkat kerja dua hala.

Langkah lain ialah melalui pertukaran pegawai dalam latihan dan pendidikan, mengadakan eksesais bersama, meneroka bidang industri pertahanan dan kerjasama dalam keselamatan maritim.

Hishammuddin menarik perhatian bahawa Malaysia dan Vietnam telah menandatangani perjanjian kerjasama pertahanan pada 2008.

Fitnah Jadi Bahan Kempen Pas Kerana Tidak Ada Wawasan Untuk Rakyat

Posted: 01 Nov 2013 06:11 AM PDT

YAN, 1 Nov . – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ditetapkan pada 4 November dengan proses berkempen telah berlangsung sejak 23 Okt lalu namun ia dicemari tindakan negatif parti Pas yang menjadi seteru Barisan Nasional (BN) dengan tindakan melempar fitnah dan memburuk-burukkan parti lawan selain manipulasi pelbagai agenda kerajaan ditaburkan kepada rakyat setempat.

ADUN Kulim-Bandar Baharu, Datin Norsabrina Mohd Noor menganggap tindakan pakatan pembangkang yang menjalankan kempen negatif adalah disebabkan mereka tidak mempunyai perancangan yang baik untuk masyarakat di DUN Sungai Limau itu sendiri.

"Ini memang sifat pembangkang kerana mereka tidak mempunyai perancangan yang baik, tidak ada wawasan untuk rakyat dan hala tuju masa hadapan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Modal mereka adalah menggunakan perkara-perkara negatif demi menarik pengundi untuk menyokong mereka," katanya kepada UMNO-Online.

Sejak kempen PRK DUN Sungai Limau bermula, melalui sesi ceramah yang diadakan para pemimpin pembangkang cenderung membuat tuduhan tidak benar bukan sahaja kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang didakwa tidak menumpukan kepada pentadbiran negeri malah Bajet 2014 yang dibentangkan Jumaat lalu turut dimanipulasi.

norsabrina-kulim-bandar-baharu-kedah-exco

Antara dakwaan tidak benar pembangkang adalah berkaitan GST yang dianggap zalim dan menindas rakyat lantaran penerangan yang dipesongkan, pemberian BR1M yang dikononnya tidak seperti dijanjikan biarpun BN telah memenangi PRU lalu dan kenaikan harga barang termasuklah gula yang dikatakan BN menipu rakyat.

"Ini semua dilakukan oleh pembangkang kerana mereka tidak mempunyai tumpuan untuk memajukan dan pembangunan masyarakat tempatan di DUN Sungai Limau ini," katanya.

Turut sama dimanipulasi sebagai bahan kempen pembangkang adalah kunjungan mereka ke rumah bapa Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Seri Mohd Janil Khir yang kononnya mendoakan kemenangan calon Pas dan menolak BN.

"Dalam hal ini, jentera UMNO iaitu pergerakan wanita dan Puteri bergerak bersama-sama dengan bertumpu kepada program skala kecil yang lebih kepada usaha memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berkaitan isu yang diketengahkan.

"Kita juga memberi penerangan berkaitan perancangan kerajaan dalam usaha membawa kemajuan dan pembangunan untuk DUN Sungai Limau ini," katanya.

Katanya, berdasarkan gerak kerja yang terancang, beliau yakin penjelasan yang diberi akan dapat mengelakkan rakyat dengan pihak pembangkang dan akan terus bersama BN.

"Rakyat perlu berani berhijrah," tegasnya lagi. – MediaUMNO

GST Jadi Bukti Politik Pembangkang Caca Marba

Posted: 01 Nov 2013 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Setelah puas memukul canang dan mengelirukan rakyat kononnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan rakyat, kini ada pemimpin pembangkang mula menukar pendirian dan bersetuju tentang perlaksanaan GST.

anwar-1993-menteri-kewangan-sokong-gst-bagus-flip-flop-pakatan-2013-bajet-2014

Ini jelas menunjukkan, pembangkang tidak pernah tetap pendirian sejak dahulu lagi dan kini sekali lagi tidak berpendirian tetap tentang perlaksaan GST yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 baru-baru ini.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pendirian pembangkang sebenarnya adalah berasaskan kepentingan politik semata-mata.

"Sebelum ini PKR pada peringkat awalnya menentang GST. Anwar sendiri memutar belitkan kenyataan berkenaan isu ini dan memperlekehkannya. Kononnya BN melakukan usaha untuk membebankan rakyat.

"Pada saya dia faham GTS cuma atas kepentingan politik ia putarbelitkan kenyataan sebenar, dan kemudian Azmin Ali membawa nada yang berbeza apabila menyokong GST. Kini Anwar pula menukar nada dan bersetuju dengan apa yang bakal kerajaan laksanakan.

"Pas pula memang menentang pada sejak awal mungkin kerana mereka terkeliru, tidak faham dan memang itulah sikap mereka yang sentiasa menentang apa saja kebaikan yang BN lakukan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Shamsul yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong turut menjelaskan, langkah kerajaan melaksanakan GST sebenarnya telah mendapat sambutan baik dari ramai pihak terutama ahli ekonomi, peniaga dan juga rakyat keseluruhan.

Ini kerana mereka tahu GST berkeupayaan mengukuhkan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global.

"GST telah dilaksanakan di 160 buah negara dan pastinya ia sesuatu yang baik dan mampu memberi manfaat kepada rakyat negara ini. Rakyat cuma perlu faham apa itu GST dan jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

"Mungkin kerana menyedari bahawa rakyat mula memahami dan menerima GST maka Anwar tanpa malu membuat pusingan-U dalam pendiriannya. Jika dahulu Anwar pernah berkata akan melakukan penentangan habis-habisan dan akan melakukan bantahan di seluruh negara tetapi kini ianya berbeza.

"Apa yang pasti, pendirian pembangkang tidak sama dan jelas ini menggambarkan mereka tidak sepakat. Jika beginilah keadaannya, bagaimana sekiranya mereka berjaya memerintah negara ini. Ternyata politik mereka adalah politik caca marba," tambahnya lagi. – MediaUMNO

Kerajaan BN Tidak Pernah Sisihkan Golongan Muda

Posted: 01 Nov 2013 02:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyisihkan generasi muda di negara ini sebaliknya golongan ini dianggap sebagai nadi kepada kemajuan negara

kempen-prk-sungai-limau-pemuda-umno-bn-jamawi-azwan-khairy

Menurut beliau, kerajaan BN selama ini mengambil pelbagai inisiatif bagi menyediakan kemudahan serta insentif kepada golongan terbabit agar mereka tidak tercicir dari arus pembangunan perdana negara

"Antaranya yang kerajaan sediakan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, program sukarelawan 1M4U, dan Skim Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kemahiran belia, Skim Bantuan Memandu Lesen 1Malaysia dan pelbagai lagi inisiatif lain," ujarnya yang juga bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, kerajaan BN telah melakukan pelbagai usaha melalui Dasar Tranformasi Nasional yang memberi jaminan masa depan lebih gemilang buat anak muda di negara ini

“Oleh itu tidak ada sebab bagi pengundi muda di kawasan DUN Sungai Limau ini menolak calon BN Dr. Ahmad Sohimi Lazim pada PRK kali ini, jika mereka mengharapkan pemimpin yang boleh memperjuangkan nasip serta masa depan mereka” katanya

Tambah Jamawi kerajaan BN merupakan kerajaan untuk orang muda yang cintakan keamanan, kestabilan dan kemajuan dan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang kini diambil alih oleh BN dengan diterajui oleh pemimpin muda Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sudah pesti lebih banyak perancangan dan program untuk memperkasakan golongan muda di negeri itu.

“Pada PRK Kali ini pengundi muda yang dianggarkan lebih dari 11,000 ribu orang di kawasan DUN Sungai Limau ini perlu menyahut cabaran ‘Berani Hijrah’ bagi membolehkan nasip mereka lebih terbela melalui kerajaan BN.

Pendekatan lapuk tidak lagi sesuai pada masa ini memandangkan negara memerlukan generasi baharu dalam kalangan orang muda yang lebih berani bersuara dan terlibat secara aktif dalam pembangunan Negara," tambahnya lagi. – MediaUMNO

M’sia Komited Perjuang Kesederhanaan Dan Pembaharuan, Kata Najib

Posted: 01 Nov 2013 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Perjuangan Malaysia bagi kesederhanaan dan pembaharuan tidak akan goyah walaupun kerajaan menerima kritikan daripada sesetengah kumpulan konservatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

najib-amanpour-exclusive-cnn-interview-news

Dalam wawancara dengan Christiane Amanpour dari CNN dalam program “Amanpour” yang disiarkan petang ini, beliau berkata kerajaan Malaysia komited dengan perjuangan itu dan turut menjadi keutamaan beliau adalah memastikan negara aman dan harmoni.

Najib, bagaimanapun berkata bagi membolehkan mencapai matlamat jangka panjang negara itu, perlu mengharungi “beberapa rintangan di sepanjang jalan”.

“Dan jika anda mahukan kestabilan berpanjangan, anda perlu pastikan majoriti rakyat tidak terpinggir.

“Pendek kata, kami turut memenuhi, dalam cara yang amat inklusif, keperluan golongan minoriti. Misalnya dalam ucapan bajet saya, saya menangani kebimbangan masyarakat India Malaysia. Kami tidak bersikap perkauman langsung,” katanya.

Amanpour bertanya kepada Najib mengenai tekanan-tekanan yang dihadapinya di tanah air, yang jelas telah memaksanya membuat perubahan terhadap banyak daripada pembaharuan yang telah beliau perkenalkan.

“Saya percaya kami akan mencapai matlamat-matlamat kami. Dalam setiap negara, akan ada orang yang mewakili keseluruhan spektrum politik, lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat misalnya. Mereka mengadakan ‘Tea Party’ (protes) yang telah mengucar-kacirkan seluruh proses politik di Amerika Syarikat.

“Tetapi nasib baik, kami tidak berdepan keadaan di tahap sebegitu di Malaysia. Namun kami ada mempunyai orang yang mungkin lebih konservatif dalam pandangan mereka. Kami ada orang yang lebih bimbangkan mengenai soal keseimbangan etnik di Malaysia,” katanya.

Memberikan contoh konflik di dunia Islam antara puak Syiah dan Sunnah Wal Jamaah, Najib menegaskan kesederhanaan merupakan satu-satunya jalan yang dapat memastikan keamanan dan kestabilan untuk umat Islam dan dunia keseluruhannya.

Beliau turut ditanya mengenai krisis politik di Mesir, yang menurut Najib perdamaian peringkat nasional diperlukan untuk menyelesaikan krisis itu.

Nelayan Sungai Limau Harap BN Menang

Posted: 01 Nov 2013 01:24 AM PDT

YAN, 1 Nov – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 Nov ini ditagih oleh masyarakat tempatan khususnya para nelayan yang sentiasa mengharapkan bantuan dan sokongan kerajaan dalam memastikan kesinambungan aktiviti harian mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Yan, Saidin Kassim berkata, biarpun sebelum ini Pas yang mentadbir kawasan DUN Sungai Limau selama lima penggal dan menjadi kerajaan negeri sepenggal pada 2008 namun kerajaan BN yang lebih banyak mengambil berat dan memberi bantuan kepada masyarakat nelayan di kawasan ini.

kempen-umno-bn-prk-sungai-limau-nelayan-bantuan-sumbangan

"Kita amat menghargai bantuan dan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN biarpun sebelum ini Pas yang mentadbir di sini tetapi BN tidak pernah abaikan keperluan nelayan di sini jadi PRK ini adalah masa untuk kami membalas budi," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau turut menyokong pemilihan Dr. Ahmad Sohaimi sebagai calon BN yang bakal menjadi wakil rakyat tempatan sekiranya BN mendapat mandat kelak.

"Saya kenal Dr. Ahmad Sohaimi sudah lama, sejak 20 tahun lalu, masa kami sama-sama terlibat dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Limau bagi memperjuangkan nasib petani."

Katanya, Dr. Ahmad Sohaimi adalah anak tempatan kawasan ini yang menjadi guru dan kemudiannya menjadi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

"Orangnya ramah, suka menolong dan mudah bergaul dengan masyarakat tempatan sejak dahulu lagi."

Beliau turut mengulas berkaitan calon Pas Mohd Azam Samat yang dianggap bukan orang yang dikenali sebagaimana didakwa lantaran tidak banyak diketahuinya walaupun Saidin telah berkhidmat di kawasan terbabit sejak puluhan tahun lalu.

“Saya tak kenal calon Pas biarpun mereka kata orang tempatan kerana saya juga orang tempatan dan banyak bergaul dengan masyarakat di sini.

“Sejak dulu lagi kita sentiasa menyokong BN dan saya yakin masyarakat tempatan dapat menilai dan mengundi calon BN pada pilihan raya kecil nanti,” katanya lagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelulusan pembinaan pasar nelayan serta peruntukan RM2.5 juta bagi projek tukun tiruan selain RM500,000 lagi diperuntukkan untuk penambahbaikan Jeti Kuala Dulang Kecil, Sungai Limau di sini. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT