SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, November 26, 2013

UMNO Online - “Pas Perlu Akui Kejayaan SPR, Kata Shahidan” plus 9 more

UMNO Online - “Pas Perlu Akui Kejayaan SPR, Kata Shahidan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pas Perlu Akui Kejayaan SPR, Kata Shahidan

Posted: 25 Nov 2013 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov  - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu pihak Pas mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar Pas yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

“Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa Pas dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya,” katanya.

Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.

“Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, Shahidan turut menegur pihak media dan blogger yang banyak menyebarkan pembohongan oleh pihak pembangkang namun tidak melaporkan fakta dan bukti yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

“Segala pembohongan dan kenyataan tidak berasas oleh pembangkang dianggap berita namun apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan berasaskan fakta dan bukti yang jelas, tiada pihak yang melaporkannya,” katanya.

Shahidan mahu semua pihak terutama media yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat serta perbahasan yang berlangsung di Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya melakukan “check and balance” dalam laporan mereka.

“Kita lihat sekarang pemberitaan di Parlimen kini hanya mengambil kira pendapat seorang atau dua ahli parlimen sahaja dan itu sudah cukup bagi mereka menyatakan ia adalah pendapat semua ahli parlimen,” katanya.

Menurut Shahidan lagi, keadaaan ini amat bahaya kerana ia boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan panik di kalangan rakyat yang mungkin keliru dengan laporan yang tidak lengkap atau tidak tepat itu.

Tiada Tolak Ansur Penjawat Awam Salah Guna Kuasa – Ceupacs

Posted: 25 Nov 2013 02:43 AM PST

LANGKAWI, 25 Nov - Cuepacs tidak akan membela dan berkompromi dengan penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa kerana perbuatan itu menjejaskan nama baik perkhidmatan awam negara.

Presidennya Datuk Omar Osman menegaskan setiap penjawat awam wajar dihukum dan menanggung kesalahan yang dilakukan.

Penjawat awam seharusnya bekerja dengan penuh dedikasi agar Malaysia berjaya mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, katanya selepas menyampaikan ucapan pada seminar Transformasi Kepimpinan dan Pengukuran Integriti di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tujuh pegawai awam akan diikenakan tindakan tatatertib susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Omar berkata Cuepacs memandang berat penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam dan mahu masalah itu diatasi dengan tegas termasuk mengambil perhatian teguran Ketua Audit Negara.

Beliau berharap semua penjawat awam bekerja dengan rasa tanggungjawab dan mengelak dari terjebak dengan sebarang unsur yang mencemarkan perkhidmatan awam agar dapat menghadapi cabaran lebih besar pada tahun depan.

Katanya Cuepacs sedang merangka beberapa program untuk melahirkan penjawat awam cemerlang khususnya bagi yang masih muda dan mampu menyumbang idea.

Seramai 120 ketua jabatan dari pelbagai agensi kerajaan menghadiri seminar empat hari itu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah.

Kebebasan Agama VS Undang-Undang… Mana Lagi Hebat!!!

Posted: 25 Nov 2013 02:33 AM PST

Tidak cukup dengan provokasi dengan cara mencabar ajaran Islam. Tidak cukup dengan mengejek dan menghina nama Rasulullah SAW, nama Allah SWT dan juga umat Islam dan Melayu. Hari ini,masyarakat bukan Islam di negara ini turut mencabar peraturan dan undang-undang negara.

Mereka menganggap klausa 'kebebasan beragama' di dalam perlembagaan Malaysia sebagai tiket untuk mereka melakukan apa saja atas nama agama. Umat Islam di negara ini pada dasarnya bersikap terlalu toleran selagi apa yang dilakukan oleh bukan Islam itu tidak mengganggu rutin hidupnya, selagi itu kita mengambil sikap menutup sebelah mata.

prof-dr-ramasamy-penang-dap-rasis-diskriminasi-anti-melayu-islam

Malangnya, sikap toleran kita tidak pernah dihargai malah diambil kesempatan untuk memijak kepala, menghina, mengejek dan mencabar kita. Saya tidak faham kenapa mereka perlu menyakitkan hati kita. Mungkin sikap mereka ini berpunca dari ajaran agama mereka yang tidak mengajar mereka menghargai sikap toleransi orang lain.

Kelmarin, satu lagi hasutan halus dibuat oleh seorang Professor bagi mencetuskan prasangka buruk terhadap kerajaan Islam dan juga umat Islam. Professor Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang telah menuduh perobohon kuil Sri Muniswerar Kaliamman di Jalan P.Ramlee sebagai berpunca dari kebangkitan ekstremis Islam. Beliau menuduh bahawa DBKL telah bertindak menyebelahi pemaju dengan meroboh kuil tersebut tanpa belas kasihan terhadap masyarakat India di negara ini.

Sikap beliau yang tidak menyentuh pemaju dan sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada DBKL adalah tindakan lazim bagi mana-mana pemimpin DAP. Seperti yang kita tahu, DAP pasti tidak ingin menyinggung hati pemaju yang rata-ratanya adalah 'orang mereka'.

Kata Dr. Ramasamy, masyarakat Hindu yang paling teruk menerima akibat di bawah kerajaan BN, manakala di Pulau Pinang semua kuil Hindu adalah selamat di bawah PR. Kenyataan Ramasamy jelas berat sebelah dan tidak berasaskan fakta yang sahih.

Bukan beliau tidak tahu sebaik mengambilalih kuasa di beberapa negeri, kerajaan PR telah merobohkan Kuil Om Sree Kaliamman di Batu Pekaka Kedah, Kuil Om Sree Kaliamman dan satu lagi kuil tidak bernama di Kapar, Kuil Sri Muneswarer di Kuala Lumpur hanya dalam masa satu minggu.

Sejak 2008,kerajaan PR Selangor telah merobohkan 7 buah kuil termasuk yang berada di dalam perkarangan rumah S.Gobi Kumar di Sepang. Oleh kerana saya seorang yang adil dan bukan berat sebelah seperti Ramasamy,s aya tidak menafikan yang kerajaan BN telah merobohkan kuil Sri Muneswerar yang menjadi kontroversi di sini.

Malah,saya percaya,mana-mana kerajaan juga akan menghadapi situasi 'terpaksa meroboh' dalam menangani isu kuil. Ini tidak dapat dielakkan apabila kuil-kuil tersebut dibina secara haram atau tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Secara dasarnya,masyarakat Malaysia sudah cukup bertolak ansur dan enggan membuat bising mengenai kewujudan kuil-kuil haram hampir di serata ceruk hutan, kampung dan bandar. Justeru, sepatutnya menjadi tanggungjawab masyarakat India untuk turut bertolak ansur dengan memahami bahawa negara ini ada undang-undang dan sesetengah kawasan yang dibina kuil tersebut mempunyai pemilik ataupun berada di dalam perancangan pembangunan.

Professor Dr. Ramasamy sebagai seorang terpelajar dan juga pemimpin politik seharusnya menjadi watak utama untuk mengajak masyarakat India agar memahami perkara ini iaitu kebebasan beragama tidak bermakna boleh melakukan apa saja atas nama agama.

Jika benar wujud kumpulan ekstremis Islam negara ini seperti kata Dr. Ramasamy, maka mana mungkin kita boleh menemui kuil-kuil haram di seluruh pelusuk negara ??? Mana mungkin kerajaan mengisytihar Deepavali sebagai hari cuti umum ??? Jika benar kita ekstremis, apakah kita akan membenarkan wujudnya sekolah Tamil ??? Atau perarakan Thaipusam ???

v-sivakumar-dap-tronoh-perak-rasis-perkauman-politik-agama-kaum-sempit-kuil-parlimen

Apakah ada negara lain yang mana penganut Hindu sebagai kumpulan minoriti dapat menikmati semua ini ??? Malah, bagi umat Islam sekalipun, untuk mendirikan surau atau masjid juga ada syaratnya. Kita tidak boleh mendirikan surau atau masjid sesuka hati di mana-mana saja hanya kerana negara ini negara Islam.

Hakikatnya, tiada kebangkitan ekstremis Islam di sini, yang ada hanyalah ektremis agama lain yang ingin berbuat sesuka hati dengan menggunakan alasan agama mereka. Itulah ekstremis sebenar-benarnya, iaitu mereka yang enggan akur kepada undang-undang serta berpotensi untuk menjadi pengganas.

Sudah sampai masanya para ahli politik mengajak rakyat berpolitik secara matang. Politik adalah untuk memastikan urusan negara dan rakyat dapat berjalan dengan lancar.

Politik bukan membawa maksud bergaduh untuk mencari pemenang. Tiada siapa yang menang dalam pertarungan politik yang tidak matang.

Oleh itu ,sebelum Professor Ramasamy bertindak menghasut orang India agar membenci BN, adalah lebih baik beliau membela kaum India di dalam DAP yang dinafikan hak mengundi dalam CEC yang lalu. Atau berjuang agar kaum India diberi ruang yang lebih luas di peringkat tertinggi parti.

Lebih dari itu,adalah lebih baik beliau berjuang membela nasib kaum India yang menjadi rakyat Pulau Pinang yang kini turut terhimpit dengan kerakusan pemerintahan kapitalis DAP.

badutrakyat.blogspot.com

Pembangkang Pertikai Yayasan Selangor Hilang Pendapatan RM4.8 Juta Setahun

Posted: 25 Nov 2013 02:05 AM PST

SHAH ALAM, 25 Nov – Seorang anggota pembangkang hari ini membangkitkan isu pengurusan Yayasan Selangor sehingga ia dikatakan hilang hasil sewaan bangunannya di Bukit Bintang Kuala Lumpur berjumlah RM4.8 juta setahun.

Sulaiman Razak (BN-Permatang) berkata bangunan komersil milik yayasan itu telah dikosongkan sejak dua tahun lepas untuk tujuan baikpulih tetapi difahamkan sampai sekarang “Development Order” daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih belum diperolehi.

Akibat daripada pengosongan bangunan itu, Yayasan Selangor kehilangan pulangan daripada sewaan bangunan sejumlah RM400,000 sebulan, katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan dewan undangan negeri di sini.

Sulaiman turut menimbulkan isu 80 peratus daripada penyewa bangunan yayasan itu di Petaling Jaya telah keluar dari bangunan tersebut mengakibatkannya kehilangan pendapatan.

Beliau juga mempersoalkan status cadangan projek pembangunan baharu di tapak Asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan Kuala Lumpur yang telah dikosongkan.

Sehingga kini tiada pembangunan dijalankan atas tapak asrama itu dan bangunan asrama belum lagi dirobohkan, katanya.

Abdul Khalid tidak memberi jawapan tentang status pembangunan di tapak asrama itu tetapi berkata beliau akan mengarahkan kakitangan yayasan menyediakan laporan mengenai kemajuannya sejak 2008 untuk diedarkan kepada anggota-anggota dewan.

Bagaimanapun beliau berkata kini sejumlah 5,000 anak Selangor mendapat bantuan pelajaran Yayasan Selangor berbanding 2,000 sebelum ini.

Peruntukan pendidikan dari Yayasan Selangor juga telah ditingkatkan dari RM10 juta sebelum ini kepada RM30 juta sekarang, katanya.

Mengenai status bangunan komersil Yayasan Selangor, Abdul Khalid berkata yayasan terpaksa mengeluarkan semula tender membaik pulih bangunan itu.

Bercakap kepada pemberita di luar sidang dewan, Abdul Khalid diminta member penjelasan lanjut tentang isu membaik pulih bangunan yayasan itu.

Katanya, projek membaik pulih itu telah ditender semula bagi mendapatkan kos  kontrak yang lebih baik.

“Kita tender semula dan dapatkan harga lebih baik. Harga lebih baik ini akan menampung ‘opportunity cost’ sewaan setahun (bangunan) itu,” katanya.

Tempoh Lima Hari Sudah Berlalu… Apa Jadi Salakan Pemuda Pas Terhadap Karpal?

Posted: 25 Nov 2013 01:54 AM PST

KUALA LUMPUR 25 Nov – Apa sudah jadi dengan tempoh lima hari yang diberikan oleh bekas  Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kepada Penasihat DAP, Karpal Singh  berhubung kontroversi yang berlaku sebelum muktamar agung Pas baru-baru ini.

Jika dihitung dan dikira, hari ini merupakan hari kelapan dan pelbagai persoalan telah timbul yang mana apakah Pemuda Pas layak digelar sekadar Pemuda amaran atau sebaliknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa ketika diminta mengulas berhubung perkara tersebut melihat Pemuda Pas perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kerana amaran dan tempoh telah diberikan sebelum ini.

Tegas beliau jika perkara itu dibiarkan berlalu, apa yang pasti imej Pemuda Pas dan parti itu sendiri akan menjadi bahan kepada masyarakat yang akan membuat pelbagai penilaian dan persoalan.

"Sudah tentu kena ada ketegasan dan perlu menunjukkan sedikit keberanian dan bukannya berdiam diri setelah berakhirnya muktamar agung mereka. Dalam soal ini percayalah pelbagai tanggapan akan timbul.

"Jangan hanya sekadar berikan tempoh dan senyap berlalu begitu sahaja. Sebelum ini begitu garang berdepan Karpal Singh. Ke mana hilangnya tempoh lima hari yang diberikan," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari bermula Isnin lalu.

Mengulas lebih lanjut Mohd Mahdi seterusnya menambah semakin lama perkara itu dibiarkan semakin banyaklah kritikan dan pandangan serong terhadap Pemuda Pas.

"Sebab itu saya katakan perlu ambil tindakan selanjutnya….Yang kena tempiasnya adalah Pemuda Pas….Walaupun Pemuda Pas pada dan ketika ini dibarisi muka baru, imejnya tetap terkena dan terpalit sama.

"Apa pun kita tengok dan kita tunggu sejauh mana tempoh lima hari yang diberikan berakhir. Kita nak ulas lanjut-lanjut itu adalah soal parti mereka. Kita tunggu dan lihat," katanya. -MediaUMNO

Beranikah PAS Langgar DAP-PKR Demi Suara Akar Umbi?

Posted: 25 Nov 2013 01:43 AM PST

Selesai sudah Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam. Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Manakala kita dapati terdapat sedikit perubahan pada jawatan Naib-Naib Presiden apabila Mahfuz Omar tersingkir dan diganti oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pun begitu, penulis kurang tertarik pada ucapan para pemimpin utama PAS yang berdegar-degar di atas pentas, kuat bunyi sembangnya namun tak ubah seperti "tong kosong". Sebaliknya, penulis lebih tertarik untuk mengulas mengenai suara-suara perwakilan yang membawa mesej dari akar umbi parti itu.

geng_sokong_anwar_erdogan_pas

Penulis tidak tahu sama ada para pemimpin PAS "take note" atau tidak mengenai suara-suara perwakilan. Namun setiap hari, ada saja dari kalangan wakil akar umbi itu yang marah, berang dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap rakan Pakatan Haram mereka, PKR dan DAP.

Dari utara semenanjung, hinggalah ke Johor dan Sabah, para perwakilan PAS kali ini benar-benar meluahkan kekecewaan akar umbi mengenai kedudukan PAS yang seolah-olah menjadi "barua" di mata DAP dan PKR. Malah dari ucapan perwakilan di peringkat sayap-sayap PAS juga terasa bahang kemarahan mengenai isu tersebut.

Perkara pokok yang cuba disampaikan oleh para perwakilan adalah mengenai imej PAS yang ternoda sejak bersama Pakatan Haram. DAP dan PKR jelas tidak menghormati PAS sebagai rakan kongsi kuasa di mana parti itu sering di"anaktiri". Dijanjikan dengan "kemanisan", namun akhirnya PAS merana perit diperkudakan.

Antara pertikaian yang disuarakan ialah mengenai para pemimpin PAS di Pulau Pinang yang terus menerus tidak diberi tempat di dalam kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng, dasar-dasar perjuangan PAS yang di"obselete"kan secara sadis, tahaluf siyasi yang merugikan, hudud yang ditentang DAP dan PKR, serta kebimbangan dominasi Islam liberal dan Syiah di dalam parti itu.

Mungkin bagi memperlihatkan "rasa prihatin" dari kepimpinan PAS terhadap isu-isu tersebut, para pemimpin tetinggi parti itu cuba memujuk para perwakilan dengan kata-kata dan janji manis seperti sebelumnya.

Misalnya, Presiden PAS berjanji akan ke Pulau Pinang untuk menyelesaikan kemelut Kerajaan DAP dengan kepimpinan PAS negeri itu selepas berakhirnya Muktamar dan beliau berjanji akan melaksanakan hudud meskipun menyedari tindakan itu mendapat tentangan hebat dari DAP dan PKR selepas ini.

Persoalannya, mengapa perlu Presiden PAS turun mengadap Setiausaha Agung DAP di Pulau Pinang? Mengapa Presiden PAS sebagai "higher ranking leader" di dalam Pakatan Haram tidak panggil saja Guan Eng datang mengadap dan menjelaskan kemelut yang berlaku di Pulau Mutiara itu? Mulia sangatkah Guan Eng di mata PAS?

Persoalannya, mengapa perlu Presiden PAS turun mengadap Setiausaha Agung DAP di Pulau Pinang? Mengapa Presiden PAS sebagai "higher ranking leader" di dalam Pakatan Haram tidak panggil saja Guan Eng datang mengadap dan menjelaskan kemelut yang berlaku di Pulau Mutiara itu? Mulia sangatkah Guan Eng di mata PAS?

Kalau dulu Hasan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor boleh dipanggil mengadap Presiden dan kepimpinan PAS di peringkat Pusat bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan Kerajaan Pakatan Haram Selangor, mengapa pula Guan Eng diberi keistimewaan khas?

Kalau betul pun Presiden PAS tidak berkuasa untuk memanggil Guan Eng mengadapnya, kenapa pula Hadi tidak boleh meminta kepimpinan utama DAP dan PKR mengadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan kemelut tersebut?

Pada penulis, kalau Hadi merendahkan martabatnya mengadap Guan Eng kelak, tindakan itu juga mampu menjejaskan imej PAS di mata DAP. Sekaligus, ia akan menambah lagi rasa tidak hormat, pandang rendah dan terus menerus meletakkan kedudukan PAS di bawah kaki DAP dan PKR.

Apakah itu yang akar umbi PAS mahu? Bertentangan sekali tindakan itu jika dibandingkan apa yang dimahukan oleh akar umbi, bukan?

PAS akan tetap laksanakan hudud? Kalau difikirkan sejenak, memang sedap bunyinya. Penulis pun lega kalau PAS putuskan begitu. Tapi kalau difikirkan, keputusan itu kita sudah dengar sejak tahun 1990 lagi! Sekarang kita sudah dipenghujung tahun 2013, bukan? Ertinya, sudah hampir 23 tahun ungkapan itu dimomokan pada akar umbi PAS, tapi tidak juga dilaksanakan, bukan?

Kalau dulu PAS yang kononnya berlidahkan Islam begitu berani mengenepikan rasa berdosa dengan menipu akar umbi kononnya Kerajaan Persekutuan menolak perlaksaan hudud di Kelantan dan Terengganu, kali ini apa pula alasan mereka?

Dulu PAS tidak cerita pun pada akar umbi mereka mengenai draf hudud mereka yang tidak lengkap, tidak adil, tidak syumul dan memalukan Islam yang bersifat adil. Apakah kali ini PAS akan menggunakan terma "tahaluf siyasi" untuk tidak terus melaksanakan hudud?

Terang-terang DAP dan PKR menegaskan bahawa mereka tidak akan sama sekali bersetuju PAS melaksanakan hudud di Kelantan. Apakah PAS berani melanggar suara Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim? PAS nak cari nahas? Beranikah PAS lawan bertekak dengan DAP-PKR dan seterusnya melaksanakan hudud tanpa restu sahabat "syaitan" mereka?

Untuk melaksanakan hudud, pada penulis, lebih baik PAS bermuzakarah dengan UMNO yang jelas mendaulatkan Islam secara istiqamah dan berkhikmah.

Kalau dulu draf hudud punya kelemahan, apa kata kalau PAS berbincang dengan ulama-ulama muktabar negara untuk mengatasinya dan melaksanakan hukum tersebut. Penulis yakin kalau kena dengan caranya, UMNO akan mengalu-alukan niat PAS itu, bukan?

Lagipun, UMNO tahu bagaimana nak jelaskan tentang sesuatu yang berkaitan dengan hak keistimewaan Islam di negara ini pada rakan-rakan parti komponennya. Penulis yakin, rakan-rakan parti komponen BN akan faham dan setuju sekiranya UMNO bijak menjelaskan kedudukan hudud yang mahu dilaksanakan. Apatah lagi kita semua tahu bahawa hukum Allah itu adil dan relevan di sepanjang zaman, bukan?

Justeru itu, penulis sarankan agar PAS tidak lagi bersifat retorik dan hanya menabur janji manis pada akar umbinya saja, tapi takut dan tunduk pada pada DAP dan PKR. Cuba kurangkan cakap dan laksanakan saja apa yang perlu diubah PAS. Itupun kalau betul PAS ikhlas dan jujur pada akar umbinyalah. Kalau PAS hanya sekadar beretorik, maka kekallah PAS seperti sebelumnya. Wallahu'alam…

dukeofmontecristo

KDN To Amend Act, Higher Penalty For MyKad Loss

Posted: 25 Nov 2013 01:20 AM PST

IPOH, Nov 25 – The Home Ministry (KDN) will amend the Fees Act 1951 so that a higher penalty is imposed for the loss of the identity card, MyKad.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, however, said if a MyKad was lost for the first time due to carelessness or fire, a replacement could be considered.

“We will tighten the penalty. All these while, penalties are imposed for  first time and subsequent losses.

“About 500,000 of MyKads are reported lost, we can’t compromise on this,” he said after visiting the Perak Police Contingent Headquarters, here today.

Prior to this, Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar said 565,157 MyKads were reported missing as of Oct 31.

Dr Wan Junaidi did not rule out the cards were being used by illegals or sold to syndicates.

MyKad losses reported to the police would be investigated to ensure they were genuine and not related to cheating or syndicates, Ahmad Zahid said.

Ahmad Zahid said Bukit Aman had issued a directive that warrants of arrest and summonses under Ops Cantas Khas Trafik would be served on offenders not only at their homes but also offices and business premises.

He said the status of offenders who had died or moved out should not be regarded as a weakness of the police because issuance of warrants of arrest and summonses were based on name and address.

Newspapers today reported police were going all out to nab 251,273 traffic offenders nationwide, who had more than two warrants of arrrest, either at home, place of work or road blocks.

It was a follow-up to Ops Cantas Khas Trafik since Oct 13 to detect and advice 1.7 million traffic offenders who had warrants of arrests for numerous traffic offences since five years ago.

Najib Suggests The Way To Go To Attain Peak Of Nation-Building

Posted: 25 Nov 2013 12:43 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 25  - The peak of nation-building can be attained if the people do not see one another through the lens of race or religion, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

The prime minister said he realised that this was a major challenge because Malaysia was too complex, but he added that this did not stand in the way of achieving national unity.

“Eventually, national unity will emerge from our own minds. If we do not see each other through the lens of race or religion, then we can attain the peak of nation-building,” he said.

Najib spoke at the handing over of the letters of appointment to 29 members of the National Unity Consultative Council (NUCC), here, today.

Also present at the event was the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Dr Ali Hamsa, and NUCC Chairman Tan Sri Samsudin Osman.

The letters of appointment were handed over to Samsudin, NUCC deputy chairman Tan Sri Lee Lam Thye and the other members of the NUCC.

The NUCC members are drawn from among community leaders, academicians, intellectuals, representatives of non-governmental organisations and Barisan Nasional (BN) and opposition politicians.

Ministers in the Prime Minister’s Department Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Seri Jamil Khir Baharom and Datuk Seri Shahidan Kassim also attended the event.

Najib outlined seven guidelines to achieve national unity that encompassed the government’s commitment to ensuring peace and harmony in the country.

“I’m not interested in winning legal arguments but I’m interested in ensuring peace and harmony in Malaysia. There’s no substitute for peace and harmony,” he emphasised.

Najib said the guidelines stated that all decisions must be based on the Federal Constitution and the Rukun Negara (National Ideology) and be guided by the 1Malaysia concept which, among others, encompassed the principle of upholding social justice.

The objective took into account the new economic model in the context of ensuring that the nation’s wealth was shared in an inclusive, fair and just manner.

Najib said the NUCC was set up at the right time because Malaysia had to look forward in its journey as a nation, especially with the realisation that the nation-building process would take a long time.

“We have a choice. We can allow circumstances to dictate or attempt to change the course of the nation through positive intervention so that national integration and national unity progress on a more secure platform,” he said.

He said the government established the NUCC for the country to have a more structured mechanism that comprised those keen to contribute to nation-building.

“They (the NUCC members) are experts in their own disciplines, objective,  and not populist. They are really sincere and committed to fostering national unity and harmony.

“This is the rationale for our setting up this council. Nation-building not only takes time but also cannot be taken for granted,” he said.

At a news conference afterwards, the prime minister said the NUCC was expected to prepare an interim report for the government within the next six months.

“This is the time frame we have given. If there are developments, they will report to the government. If they need more time, they will also refer to the government,” he said.

He said the report would focus on nation-building efforts as the government wanted to take a long-term perspective of the country’s future and what it would take to further strengthen national unity and harmony.

On the NUCC members, Najib said they comprised individuals with objective views although some of them were from the political opposition.

“If they are open-minded and do not use this (council) as a political platform, we welcome their participation,” he said.

UMNO Terbuka Bermuzakarah Dengan Pas – Najib

Posted: 25 Nov 2013 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov  – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO bersifat terbuka berhubung kesediaan Pas untuk bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

“Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta penjelasan lanjut daripada pihak Pas,” kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini hari ini.

hadi-awang-pas-muzakarah-perpaduan-islam-najib-razak-umno-bn-malaysia

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Sementara itu, Najib berkata ia adalah keputusan kerajaan negeri apabila Johor memutuskan cuti hujung minggu di negeri itu akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan.

“Ia adalah keputusan kerajaan negeri. Jadi mengikut Perlembagaan, kita perlu hormati apabila kerajaan negeri telah membuat keputusan,” katanya.

Najib berkata sektor swasta tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan perkhidmatan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menempatkan jabatan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di Johor Baharu.

“UTC akan dibuka tujuh hari seminggu dan orang ramai boleh memanfaatkannya,” katanya.

Sabtu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu di negeri itu ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa 1 Jan.

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

Jangan Celupar Menghina… Mungkin “Kucing Kurap” Ini Juga Beri Undi Pada DAP

Posted: 25 Nov 2013 12:35 AM PST

PULAU PINANG, 25 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menyamakan penjawat awam dengan kucing kurap adalah sangat melampau malah ini bukan kali pertama pemimpin DAP menghina penjawat awam.

Tegas beliau, Jeff Ooi perlu memohon maaf di atas keceluparannya itu kerana ianya berbentuk satu penghinaan yang keterlaluan dan menjatuhkan maruah penjawat awam sekaligus menonjolkan sikap sebenar ahli parlimen tersebut yang biadap dan tidak tahu menghormati orang lain.

dap-rasis-diskriminasi-jeff-ooi-gelar-kucing-kurap-penjawat-awam-mppp-penang-pulau-pinang

"Penghinaan ini mengguris hati penjawat awam khususnya kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Mungkin pihak yang dia (Jeff Ooi) gelar kucing kurap ini lah yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke -13 sehingga DAP mampu untuk terus kekal di Pulau Pinang.

"Jangan disebabkan dia memegang jawatan Ahli Parlimen dia rasakan boleh berbuat sesuka hati. Jeff Ooi perlu sedar bahawa apa yang Pulau Pinang ada pada hari ini adalah kerana jasa MPPP sebagai penyumbang utamanya.

"Sejarah telah membuktikan bahawa MPPP dan MPSP pernah diiktiraf sebagai antara pihak berkuasa tempatan yang terbaik di Malaysia sejak zaman BN memerintah di negeri ini lagi.

"Jadi, siapa Jeff Ooi yang mahu menggesa Yang Dipertua MPPP untuk meletak jawatan…," ujarnya kepada UMNO-Online.

Oleh yang demikian jelas Zainal, selain daripada Jeff Ooi harus memohon maaf Ketua Menteri Lim Guan Eng juga dicabar untuk mengkaji tindakan sewajarnya di atas kebiadapan melampau ini.

Sekiranya Guan Eng terus berdiam diri tambah beliau lagi maka ini membawa makna beliau juga turut senada dan bersetuju dengan sikap kurang ajar pemimpin DAP ini.

Sebelum ini pemimpin DAP yang lain pernah menghina penjawat awam apabila membuat dakwaan bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT