SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, November 3, 2013

UMNO Online - “Provokasi Tidak Akan Berjaya Pengaruhi Pengundi Sg Limau – Ahmad Zahid” plus 8 more

UMNO Online - “Provokasi Tidak Akan Berjaya Pengaruhi Pengundi Sg Limau – Ahmad Zahid” plus 8 more

Link to UMNO Online

Provokasi Tidak Akan Berjaya Pengaruhi Pengundi Sg Limau – Ahmad Zahid

Posted: 02 Nov 2013 06:03 AM PDT

YAN, 2 Nov – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perang saraf dan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu pada saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak akan berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

“Sungai Limau adalah satu kawasan yang tenteram. Saya lihat pasukan polis yang ada di sini lebih daripada mencukupi dan kita tempatkan mereka semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat.

zahid-kempen-prk-sungai-limau-menteri

“Kita harap di saat akhir ini kedua-dua pihak tidak melakukan provokasi dalam berbagai-bagai bentuk,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Datuk Mustafa Ibrahim, anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi DUN Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas mengenai patung-patung provokasi yang digantung berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN.

Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan ‘kaki ustaz’, seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Ahmad Zahid berkata polis sedang menyiasat mengenai perkara itu dan tindakan akan dikenakan terhadap pihak yang melakukan perbuatan itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata tindakan pembangkang memperbesarkan isu remeh-temeh seharusnya tidak dijadikan sebagai kaedah untuk meraih undi penduduk Sungai Limau.

“Saya fikir jangan gunakan pendekatan yang sebegitu walaupun ia dinamakan taktik politik…memberikan sesuatu yang baik tidak mengapa, tetapi memburukkan dengan cara penghinaan saya rasa tidak baik dan seharusnya dielakkan,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, Ahmad Zahid berkata: “Pada hemat saya kempen BN melebihi jumlah kempen PAS. Semangat hijrah itu saya nampak dan perubahan itu saya yakin adalah kerana perubahan gelombang yang berlaku di negeri Kedah”.

Pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau Isnin ini, Ahmad Sohaimi ditentang calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

provokasi-kempen-politik-fitnah-sempit-pas-prk-sungai-limau-diabetis-potong-kaki-kencing-manis-muhyiddin-01

provokasi-kempen-politik-fitnah-sempit-pas-prk-sungai-limau-diabetis-potong-kaki-kencing-manis-muhyiddin-02

Provocative Tactics Will Not Influence Voters – Zahid Hamidi

Posted: 02 Nov 2013 05:52 AM PDT

YAN, Nov 2 – A psychological warfare and provocative tactics in the run up to the Sungai Limau state by-election will not influence voters as it is a peaceful community, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Urging contenders not to resort to such antics, he said the police would investigate any form of provocations aimed at stirring up trouble.

“We have deployed enough policemen to maintain public order and ensure the safety of the people during the by-election,” he told reporters after attending the groundbreaking ceremony of the Dulang Besar Rela Community Centre here today.

Commenting on a police report lodged over the provocative mannequin legs being put up near several BN operation centres here, he said the police would investigate the report.

Ahmad Zahid, who is also Umno vice-president, urged the opposition not to harp on trivial issues and blow them out of proportion and resort to contemptuous tactics in its quest to garner votes.

It is learnt that the mannequin legs, from the waist down with one of the legs amputated, were written with words ‘kaki ustaz’ (ustaz’s legs), implying the condition of the former Sungai Limau assemblyman the late Tan Sri Azizan Abdul Razak whose legs were amputated due to diabetes.

On the Barisan Nasional (BN) campaign, Zahid said he felt that the BN had the upper hand as it was able to hold more ceramah than PAS.

“The wave of change taking place in Kedah is evident in the constituency,” he added.

Present were Rela director-general Datuk Mustafa Ibrahim, Member of Parliament for Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, and BN candidate for the Sungai Limau state seat Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Ahmad Sohaimi is facing Mohd Azam Abd Samat of PAS in the by-election on Monday.

Tangani Pembohongan Pembangkang Dengan Pantas Amat Penting

Posted: 02 Nov 2013 01:50 AM PDT

MELAKA, 2 Nov – Pendekatan Puteri Umno menangani pembohongan pembangkang dengan pantas dapat menarik sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN) apabila mereka dapat membezakan antara maklumat yang benar dan palsu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

mas-ermieyati-kempen-ketua-puteri-umno-bn-prk-sungai-limau

Ketuanya Mas Ermieyanti Samsudin berkata dalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat sekarang adalah penting bagi pengundi muda mengetahui perkara sebenar tentang sesuatu isu yang dilaporkan bagi membolehkan mereka memilih pemimpin terbaik mewakili mereka.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah berkata pergerakan itu juga berusaha gigih mematahkan fitnah dan dakyah pembangkang yang dilemparkan kepada BN terutamanya di media sosial melalui ceramah dan perjumpaan dengan pengundi.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk bekerja keras memperbetul segala fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang dan menerangkan maklumat sebenar,” katanya.

Isnin ini, 27,222 pengundi di DUN Sungai Limau akan memilih wakil baharu mereka antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat bagi mengisi kekosongan kerusi penyandang, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Mas Ermieyanti berkata selain ceramah dan pertemuan rumah ke rumah, pergerakan itu turut mendekati pengundi yang berada di luar kawasan menerusi telefon, media sosial dan juga khidmat pesanan ringkas.

Setakat ini, pergerakan itu telah mendekati lebih separuh daripada 11,000 pengundi muda berusia bawah 40 tahun, dengan 5,662 daripadanya wanita.

Respon Positif Pengundi Beri Petanda BN Mampu Tawan DUN Sungai Limau

Posted: 02 Nov 2013 01:40 AM PDT

YAN, 2 Nov – Respon dan penerimaan yang memberansangkan daripada penduduk di DUN Sungai Limau terhadap sebarang acara dan program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) memberi petanda positif, di mana BN mempunyai peluang cerah untuk menawan DUN Sungai Limau daripada parti Pas, demikian menurut Datin Nor Sabrina Mohd Noor.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim Bandar Baharu itu, ini berdasarkan pemerhatian dan kajian sikap yang beliau lakukan sepanjang mengikuti kempen di sekitar kawasan DUN ini.

"Sepanjang kempen yang dipenuhi dengan pelbagai program dan akitiviti seperti rumah ke rumah, bertemu imam-imam surau dan program walk about di pasar dan kedai-kedai di kawasan ini, saya dapati respon yang diberikan oleh penduduk di sini amat baik sekali.

norsabrina-kempen-prk-sungai-limau-kulim-bandar-baharu-kedah

"Apabila saya berbual dan bertemu dengan pengundi, respon dari penduduk yang saya terima begitu positif apabila mereka meluahkan serta membayangkan akan berlakunya perubahan di kawasan ini sekiranya BN berjaya memenangi DUN in," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, apa yang lebih menarik perhatiannya ialah  ketika bertemu dengan pengundi berbangsa Cina di sana, di mana mereka meluahkan hasrat untuk melihat perubahan baik dari segi pembangunan dan sosial di DUN ini.

"Ketika saya bertemu dengan usahawan-usahawan Cina di sini, mereka meluahkan hasrat mereka untuk melihat satu perubahan di kawasan ini. Ini bermaksud, selama lebih lima penggal kawasan ini diwakili oleh Pas, tidak ada langsung perubahan dan pembangunan yang berlaku di sini.

"Ini seolah-olah membayangkan maksud mereka untuk menukar wakil parti yang mewakili DUN Sungai Limau ini daripada Pas kepada BN. Apa yang saya perhatikan, para pengundi Cina sudah mula sedar akan ketidakupayaan Pas untuk membangunkan kawasan ini," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berharap semua pengundi berbangsa Cina yang ditemui beliau itu agar mengotakan kata-kata dan sokongan mereka untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri dan pusat dengan menterjemahkan ia dengan memberikan undi mereka kepada BN pada 4hb Oktober ini.

"Kita tak nak, walaupun pengundi dari kaum Cina di sini berkata mereka akan memberi sokongan kepada BN dan kerajaan negeri, ingin melihat perubahan dan sebagainya,  tetapi mereka tidak menterjemahkan hasrat dan harapan mereka itu melalui undi.

"Saya sangat berharap agar pengundi Cina ini mengotakan janji-janji mereka dan menterjemahkan hasrat mereka kepada undi. Ini yang kita kena kempen dalam tempoh akhir berkempen ini agar masyarakat Cina dapat bersama-sama dengan parti BN pada PRK kali ini," tegas beliau.

Justeru itu, Sabrina meluahkan harapan kepada semua pengundi DUN Sungai Limau agar memilih BN kerana bagi beliau, BN sajalah mampu untuk membangunkan kawasan ini serta mampu untuk membela nasib rakyat di DUN Sungai Limau ini.

Najib Joins Thousands At MIC Deepavali Do

Posted: 02 Nov 2013 01:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, Nov 2 – The Deepavali celebration by Malaysian
Hindus today started off on a joyous and auspicious note with the faithful offering morning prayers and welcoming family and friends to their homes throughout the country.

At the compound of the Batu Caves temple complex here, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and wife Datin Seri Rosmah Mansor spent about an hour at the Deepavali open house organised by the MIC which was attended by thousands of
people from all walks of life as well as tourists.

Drum beats and trumpet music added to the sense of gaiety in welcoming Najib, who is also Umno president and Barisan Nasional chairman, when he arrived at 10.15 am.

On hand to welcome him were MIC president Datuk Seri G. Palanivel, his
deputy Datuk Seri Dr S. Subramaniam and other party leaders.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Malaysia’s Special Envoy to India and South Asia Datuk Seri S. Samy Vellu and MCA vice-president Datuk Donald Lim Siang Chai were among the other VIPs who graced the event.

Donning a white “kurta” (traditional Indian shirt), Najib then cut a cake
together with the other dignitaries.

Hati-hati Perang Saraf Pembangkang

Posted: 02 Nov 2013 01:10 AM PDT

YAN, 2 Nov – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak terpengaruh dengan perang saraf pihak pembangkang di saat akhir kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN itu yang akan berakhir 12 tengah malam esok.

Beliau berkata seperti kebiasaan dalam tempoh-tempoh akhir sebegini, pelbagai taktik dan hasutan akan digunakan pihak pembangkang, termasuk isu pengundi hantu yang tidak akan dapat dibuktikan mereka sehingga hari ini.

kempen-prk-sungai-limau-pemuda-umno-bn-jamawi-azwan-khairy

“Kalau kita tengok pada pilihan raya umum pun, macam-macam tuduhan yang dibuat oleh pembangkang yang tidak dapat dibuktikan. Mereka kata 40,000 pengundi asing dibawa masuk dari Sabah dan Sarawak dan tempat-tempat lain, tetapi sampai hari ini tak ada seorang pun pengundi asing dapat dibuktikan mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian peralatan barangan sukan di Sekolah Kebangsaan Dulang, dekat sini, hari ini.

Mengulas tindakan PAS menampilkan Ustaz Azhar Idrus dalam program ceramah mereka esok, Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata pengundi perlu menilai apa yang disampaikan oleh penceramah bebas itu sebelum menerimanya bulat-bulat.

“Ceramah beliau ada selit dengan mesej politik, bila dah selitkan dengan mesej politik, dia sudah pasti berat sebelah. Dia bukan bagi ceramah agama tumpu kepada agama tetapi dia bagi ceramah politik yang berat sebelah,” katanya.

Mengulas mengenai kempen jentera BN sehingga kini, Khairy berkata kempen berjalan lancar dan aman tanpa sebarang gangguan dengan momentum jentera sejak kebelakangan ini turut meningkat dengan sokongan menggalakkan masyarakat setempat.

“Saya dapati sambutan setakat hari ini untuk program-program kita buat untuk orang muda begitu menggalakkan. Walaupun kita tak tahu siapa atau macam mana mereka akan mengundi pada hari Isnin ini, tetapi daripada sambutan dan kemesraan itu…memang menggalakkan,” katanya.

Sebelum itu, Khairy turut menyertai golongan belia bermain sepak raga tuju sebelum bergerak ke Karnival Sepak Raga Tuju Pemuda BN di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Ming, di sini.

Program Ulul Albab Dilaksana Mulai Tahun Depan

Posted: 02 Nov 2013 12:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 2 Nov – Program pendidikan Ulul Albab akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah secara berperingkat mulai tahun depan bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek duniawi dan ukhrawi.

idris-jusoh-besut-terengganu-menteri-umno-bn-malaysia

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata program berkenaan yang diterapkan dalam kurikulum akan diubah suai mengikut program terkini yang ada mengikut kesesuaian, tempat dan juga apa yang telah ada di kementerian.

“Untuk memantapkan kurikulum pengajian Islam, seluruh sekolah terutama di sekolah menegah (harian) dan sekolah menengah agama kita akan mengenal pasti kurikulum Ulul Albab dilaksanakan sekurang-kurangnya satu sekolah di setiap negeri.

“Insya-Allah ia akan bermula pada tahun hadapan ataupun tahun selepasnya mengikut kemampuan sekolah masing-masing,” katanya selepas merasmikan penutupan majlis Khatam al-Quran Perdana dan pertandingan Kalam Jama’ie peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Idris berkata kementerian akan memanjangkan program Khatam al-Quran yang merupakan tradisi ulama secara berterusan ke sekolah-sekolah melalui pelaksanaan program J-Qaf yang dilancarkan sejak 2005.

“Sejak itu, kita lihat perkembangan demi perkembangan pengajian Islam yang lebih mantap di sekolah-sekolah. Kali ini ditambah pula dengan Bahasa Arabnya melalui Arabic Chorus Speaking (pertuturan) dalam pertandingan Kalam Jama’ie yang telah dibuat buat kali kedua ini,” katanya.

Tradisi budaya khatam membaca al-Quran dan pembudayaan Bahasa Arab di sekolah-sekolah wajar diteruskan untuk memastikan pelajar mantap menguasai bidang berkenaan, katanya.

Allah Gerakkan Hati Saya Untuk Terus Yakin Dan Percaya Dengan Kemampuan BN Memerintah Negara– Adam AF

Posted: 01 Nov 2013 09:04 PM PDT

YAN, 2 Okt – Artis terkenal tanahair, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman secara terbuka mengakui bahawa beliau sememangnya sejak dari dulu menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) di mana bagi beliau, setakat ini BN telah berjaya membuktikan kemampuan untuk membawa kemajuan serta mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.

Menurut beliau ketika ditemui di program santai bersama pengundi di Sungai Dedap, Kedah, dalam memilih untuk menyertai parti politik, ia sebenarnya terpulang kepada pemikiran dan penerimaan masing-masing.

"Alhamdulillah, saya sejak dari dulu hingga sekarang sememangnya menyokong BN. Allah gerakkan hati saya untuk memilih BN sebagai pentadbir di negara ini. Tapi bagi saya tidak ada masalah, jika ada yang berlainan pendapat dengan saya.

"Apa yang membuatkan saya tetap bersama BN adalah kerana kepercayaan dan keyakinan saya terhadap kepimpinan BN dari dulu, hinggalah kini di zaman pentadbiran Datuk Seri Najib. Bagi BN berjaya membawa keharmonian dan keamanan dari pelbagai sudut khususnya dari sudut agama yang bagi saya begitu berharga dan sebagai rakyat di negara ini, saya amat beryukur di atas pemberian Allah itu," jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau juga tidak bersetuju dengan sesetengah dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO dan BN tidak islamik dalam menjalankan pemerintahan di negara ini.

"UMNO secara jelas merupakan sebuah parti orang-orang Melayu yang secara puratanya beragama Islam. Apabila ada pihak yang mendakwa UMNO bukan parti Islam, itu sangat saya tidak setuju. Kita tidak boleh menghukum secara pukal sesebuah parti itu tidak Islamik hanya kerana wujud segelintir individu yang dilihat kurang Islamik atau bukan Islam.

"Kita tidak boleh menilai sesuatu yang pemikiran yang taksub. Apabila kita taksub, ia membuatkan penilaian kita jadi tidak rasional serta berat sebelah, dan mula menuduh pihak lain tidak betul dan sebagainya. Bagi saya, Islam itu sangat luas. Ia meliputi segala segi dari sudut ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Kita tidak boleh lihat hanya dari satu sudut saja," ujarnya.

Sebagai umat Islam katanya lagi, kita mestilah mendoakan kebaikan kepada pemimpin negara dan bukannya bertindak mengeji dan mencerca kepimpinan tertinggi negara sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak hari ini.

"Kita semua sudah sedia maklum ada pihak yang dulunya mendoakan kehancuran BN dan sebagainya, tetapi Alhamdulillah setakat ini BN masih lagi Allah kekalkan sebagai pemerintah di negara ini. Ini semua kerja Allah.

"Bagi saya, kita sesama Islam tidak perlulah mendoakan kehancuran sesama kita.Saya nasihatkan kepada semua khususnya pada diri saya sendiri, agar sentiasa menjaga tutur kata dan sekiranya kita tidak setuju dengan apa juga perkara, janganlah kita memaki hamun dan mendoakan kehancuran sesama kita. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

"Tetapi sudah tentulah, kerajaan di mana-mana pelusuk dunia sekalipun tidak akan ada kesempurnaan dalam pemerintahan mereka. Tetapi kita sebagai umat Islam, kita perlulah mendoakan pemimpin kita agar sentiasa diberi pentunjuk dan hidayah oleh Allah agar diberikan kebaikan, di mana kebaikan seorang pemimpin itu akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat dan negara," akhirinya. – MediaUMNO

adam-af-fiza-kempen-prk-umno-bn-sungai-limau

Hattan, M.Daud Kilau Ceriakan Kempen PRK Sungai Limau

Posted: 01 Nov 2013 01:47 PM PDT

YAN, 2 Okt – Beberapa barisan artis tanah air turut menceriakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 Nov ini apabila mereka turut bersemangat membantu kempen Barisan Nasional (BN).

Artis seperti Datuk Hattan, Datuk M.Daud Kilau serta beberapa artis lain turut berkampung beberapa hari dan turun padang berkempen bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Petang semalam, di Kampung Gelam 3, barisan artis berkenaan bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bersama penduduk setempat mengadakan kenduri sambil dihiburkan dengan pelbagai lagu.

Ahmad Shabery ketika ditemui berkata program santai seumpama itu membuka banyak ruang untuk bertanyakan apa sahaja yang mereka tidak faham yang memerlukan penjelasan sewajarnya.

“Tidak ada gunanya kita jelasksn apa yang mereka tak tanya pun…kalau mereka tanya macam kita di Parlimen setiap hari kita tunjukkan secara langsung soalan yang ditanya dan kita jawab. Sekiranya cadangan baik dan termampu kita laksanakan kita akan buat,” katanya.

Menjawab persoalan isu GST dan kenaikan harga gula yang dimainkan oleh pembangkang pada pilihan raya kecil berkenaan beliau menjelaskan senario tersebut sama sepertimana isu pembinaan lebuhraya PLUS dan jambatan Pulau Pinang pada satu ketika dahulu.

“Projek berkenaan dulu dikatakan membazir dan menghabiskan duit rakyat. Sekarang ini bukan mahukan jambatan kedua..terowong dan nak buat tol juga. Dulu marah kerana nak buat lebuhraya utara selatan, mereka memainkan ini pada satu ketika marah pasal tol dan sebagainya.

“Dulu bukan marah kita nak buat KLIA….sekarang ni mereka marah kalau KLIA 2 lambat pulak…jadi isu-isu akan terus dimainkan dan orang akan muak,” katanya.

Sementara itu Datuk Hattan ketika ditemubual menyatakan beliau teruja dengan kempen di Sungai Limau.

“Suara saya pun dah koyak..dah habis dah..apa pun saya cukup suka dan banyak-banyak tempat kempen yang saya pergi, inilah tempat yang paling nyaman..dulu kita nyanyi zaman-zaman orang kampung kahwin.

“Kempen ini bukanlah pertama kali..dah lama…saya merasakan ini adalah tanggungjawab saya dimana saya dibesarkan dalam keluarga BN…jadi saya terpanggil untuk turut sama berkempen…kerana kasihnya kepada BN dan negara,” katanya. – MediaUMNO

m-daud-kilau-kempen-prk-umno-bn-sungai-limau

hattan-kempen-umno-bn-prk-sungai-limau

adam-af-fiza-kempen-prk-umno-bn-sungai-limau

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT