SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, November 5, 2013

UMNO Online - “Sungai Limau Perlihatkan Ramai Pengundi Berhijrah Kepada BN” plus 9 more

UMNO Online - “Sungai Limau Perlihatkan Ramai Pengundi Berhijrah Kepada BN” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sungai Limau Perlihatkan Ramai Pengundi Berhijrah Kepada BN

Posted: 04 Nov 2013 07:37 AM PST

YAN, 4 Nov – Walaupun Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil hari ini, kemenangan moral adalah milik Barisan Nasional (BN).

Tentangan yang diberikan BN kepada Pas kali ini cukup hebat kerana BN menang di 10 daripada 19 daerah mengundi berbanding hanya enam dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

BN menawan empat daerah mengundi iaitu Sungai Limau dengan majoriti 105 undi, Kabu Sepuloh (55), Kampung Titi Batu (951) dan Padang Lumat (50), di samping mengekalkan enam yang dimenangi pada PRU13 dengan majoriti bertambah.

Daerah mengundi yang dikekalkan adalah Sungai Kering dengan majoriti 202 undi berbanding 178 pada PRU13, Simpang Tiga (48 – 46), Selengkoh (195 – 119), Sungai Daun (293 – 137), Dulang Kechil (939 – 506) dan Dulang Besar (533 – 187).

Kemenangan Pas juga tercalar oleh kemerosotan majoriti undi sebanyak 61 peratus berbanding majoriti yang diperolehi dalam PRU13, Mei lepas.

Calon Pas Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 berbanding majoriti 2,774 yang diperoleh bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada PRU13.

Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi mengatasi Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, (BN) yang memperoleh 10,985 undi. Undi yang diperoleh Mohd Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah undi yang diraih Azizan pada PRU13 iaitu sebanyak 13,294 undi.

Sementara di pihak BN, majoriti pada PRK DUN Sungai Limau bertambah 4.4 peratus atau 465 undi. Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 1,100 atau 4.5 peratus daripada 24,349 pada PRU13.

Kekuatan Pas bergantung kepada nama Azizan yang banyak digunakan semasa kempen pilihan raya kecil itu, termasuk menggambarkan Mohd Azam sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Malah parti itu juga didakwa menggunakan gambar “superimpose” Mohd Azam bersama Azizan dalam risalah kempen parti itu yang sebenarnya gambar wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang berkunjung ke pejabat Azizan pada 2011.

Kemenangan Pas ini sedikit sebanyak mengubati kedukaan parti itu, yang kehilangan penguasaan ke atas Kedah pada PRU13.

Kemenangan ini mengekalkan “status quo” kedudukan kerusi DUN Kedah kerana Pas masih kekal dengan 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 36 kerusi DUN, dengan BN menguasai 21 kerusi.

Kejayaan BN mengurangkan majoriti sebenarnya menunjukkan BN berjaya menarik ramai pengundi untuk “Hijrah” dan mengurangkan bilangan pengundi yang “Kekal”.

BN masih boleh berbangga kerana berjaya memaksa Pas bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen sejak 23 Okt lepas, sehingga ke tahap melakukan serangan peribadi terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Sebelum hari pengundian hari ini pun, di atas kertas, Pas sudah mempunyai kelebihan kerana selain daripada DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat parti itu, parti itu mempunyai 9,499 anggota sebagai pengundi manakala BN pula mempunyai 9,230 anggota dan selebihnya 8,493 merupakan pengundi atas pagar.

Mukhriz sebelum ini mengakui bahawa BN adalah “underdog” tetapi BN tetap mahu bertanding pada PRK kali ini kerana mahu membuat tawaran kepada penduduk DUN Sungai Limau tentang apa yang boleh dilakukan BN terutama soal pembangunan.

Walaupun tewas, penduduk di DUN Sungai Limau tetap mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri, satu bukti kerajaan BN tidak meminggirkan kawasan-kawasan yang dikuasai parti pembangkang.

Di sebelah BN pula, ramai yang mengaitkan kekalahan ini dengan faktor calon, berikutan sifatnya yang terlalu “low profile”, yang dianggap tidak sesuai untuk menjadi seorang wakil rakyat.

Kepimpinan UMNO Bahagian Jerai baru beralih daripada Datuk Mohd Suhaimi Abdullah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada pemilihan bahagian Jerai 19 Okt lepas.

Ada juga yang beranggapan kebanyakan pengundi masih kekal dengan Pas bukan kerana terlalu yakin dengan Mohd Azam tetapi sebagai “check and balance” untuk kerajaan Kedah yang dikuasai oleh BN.

Jika dilihat sokongan pengundi kepada Mukhriz ketika berkempen, penduduk di DUN Sungai Limau ini sebenarnya dilihat semakin yakin dengan Mukhriz dan kerajaan negeri, dan hanya masa yang menentukan BN akan kembali menguasai DUN Sungai Limau.

Apa yang boleh dirumuskan, PRK DUN Sungai Limau hari ini menyaksikan Pas tidak menang sepenuhnya dan BN tidak kalah sepenuhnya.

Meskipun Tewas Najib Bangga Dengan Usaha Dan Semangat BN

Posted: 04 Nov 2013 07:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bangga dengan usaha dan semangat dipamerkan calon Barisan Nasional (BN) dan jentera parti dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah, meskipun tewas.

Perdana Menteri berkata kerja keras calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan jentera parti telah berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperoleh calon pembangkang.

Keputusan pilihan raya kecil itu menyaksikan Ahmad Sohaimi yang memperoleh 10,985 undi, tewas kepada calon PAS Mohd Azam Abd Samat dengan majoriti 1,084. Mohd Azam mendapat 12,069 undi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Tan Sri Azizan Abdul Razak (Pas) menang kerusi DUN itu dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

Justeru, Najib yang juga Pengerusi BN berharap usaha gigih yang dipamerkan itu dapat diteruskan tanpa ada yang berputus asa.

“Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan, serta janganlah berputus asa. Sesungguhnya perjuangan kita tidak pernah selesai,” katanya menerusi laman Twitter dan Facebook beliau malam ini.

Majoriti Undi Pas Merosot Bukti Sokongan Rakyat Pada BN Kembali

Posted: 04 Nov 2013 07:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Nov - Meskipun calon Pas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah pada Isnin, namun majoriti undi Pas yang merosot membuktikan sokongan rakyat kepada BN telah meningkat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, majoriti sebanyak 1,084 berbanding 2,774 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menzahirkan perubahan besar dalam kalangan rakyat yang beralih sokongan dengan kembali kepada BN.

“Kita terima kekalahan ini dengan cara terbuka dan kita tentunya menghormatikeputusan yang dibuat oleh rakyat…kita ucapkan tahniah kepada calon Pas.

“Namun kita juga mengucapkan tahniah kepada calon BN dan juga jentera BN atas usaha mereka hingga berjaya mengurangkan majoriti kekalahan BN dengan begitu besar,” katanya ketika ditemui di sini malam Isnin.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia,  berkata, majoriti lebih kecil yang diperoleh Pas dalam pilihan raya kecil itu juga jelas menunjukkan bahawa rakyat semakin matang apabila kebanyakan daripada mereka tidak mempercayai isu-isu dan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan.

“Isu-isu yang dilemparkan seperti soal cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga gula dan kononnya berlaku ketirisan dan sebagainya, ternyata tidak berkesan untuk dimainkan kerana ramai yang tidak percaya dan mereka beralih pada BN,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, meskipun BN gagal merampas kerusi Sungai Limau dari Pas, semua rakyat perlu kembali bersatu dan mengetepikan perbezaan fahaman politik serta bergerak dalam semangat rakyat Malaysia.

“Rakyat perlu melangkah ke hadapan dan tinggalkan sebarang terguris, terhentak hati sewaktu kempen berjalan, yang pentingnya kita rakyat Malaysia,” katanya.

Mengenai peratusan keluar mengundi, beliau berkata “Peratus undi tidak banyak beza dengan PRU13, saya kira kerana orang lihat PRK Sungai Limau ini tidak menentukan hidup mati kerajaan.

“Ia berbeza dengan yang berlaku di Besut, Terengganu (pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai lepas) apabila satu kerusi itu boleh tentukan corak kerajaan (negeri) yang ada…justeru mungkin kerana itu sebahagian dari pengundi yang duduk di luar menganggap mereka tidak perlu balik mengundi,” katanya.

Semangat Hijrah Beri Momentum Berganda Kepada Transformasi Negara – Najib

Posted: 04 Nov 2013 03:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara Islam, kerajaan sentiasa menggarap roh dan semangat hijrah Nabi Muhammad S.A.W. bagi memberikan momentum berganda untuk terus melakukan transformasi dan islah buat negara.

Perdana Menteri berkata Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah.

“Sasaran menjadi negara Islam maju, progresif dan berpendapatan tinggi ini adalah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntut kita untuk menjadi satu umat yang wasatiyyah, adil dan terbaik.

“Justeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan agama hidup berharmoni, mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan bumi bertuah ini untuk kita kecapi bersama dengan sepenuh kesyukuran,” kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah beliau yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata sambutan Maal Hijrah setiap tahun sebenarnya mengajak umat Islam untuk melakukan perubahan kerana dengan melakukan hijrah bersifat semasa, ia mampu melepaskan seseorang itu daripada belenggu kebekuan yang bersifat tradisi.

Perdana Menteri berkata dalam pengertian Hijrah yang lebih luas, kerajaan tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah s.w.t demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Najib berkata selaras dengan semangat Hijrah, Bajet 2014 yang dibentangkan baru-baru ini juga dirangka untuk terus mengislah ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji-janji kepada rakyat.

Beliau berkata melalui pelaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah dilancarkan, negara kini terus berkembang dan mendapat pengiktirafan Bank Dunia apabila Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 meletakkan Malaysia pada kedudukan keenam berbanding tempat ke-12 tahun lepas.

“Peningkatan ketara ini sekali gus membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan bagi mentransformasikan negara dan ini mencerminkan kejayaan agenda penghijrahan yang telah dilakukan di dalam negara.

“Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh apabila menjadi satu-satunya negara Islam yang berada dalam kedudukan 10 negara terbaik,” katanya.

Memetik firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”, Najib berkata semangat hijrah akan melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi serta relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana.

Justeru, beliau mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama berdoa supaya kehidupan pada tahun 1435 Hijrah ini akan menjadi lebih baik dan menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta segala dosa diampunkan olehNya.

“Di kesempatan ini, saya dan keluarga mendoakan agar sambutan Maal Hijrah 1435H bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia, seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

287 Badan Tandatangani Ikrar Integriti Korporat Dengan SPRM

Posted: 04 Nov 2013 02:15 AM PST

LABUAN, 4 Nov – Sebanyak 287 badan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat (IIK) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membebaskan negara ini daripada amalan rasuah dan penipuan.

Jabatan kerajaan yang menandatangani ikrar itu termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, SPRM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang terlibat dengan urusan berkaitan undang-undang dan penguatkuasaan dan dianggap jabatan ‘berisiko tinggi’ untuk terlibat dengan rasuah.

Antara GLC yang menandatangani ikrar itu pula ialah Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas, manakala syarikat swasta ialah Shell, BP dan Tesco.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Sutinah Sutan berkata SPRM juga telah mengenal pasti sektor minyak dan gas sebagai pihak yang berisiko tinggi dicemari amalan rasuah dan penipuan.

"Oleh itu, kami menggalakkan supaya lebih banyak syarikat seperti itu turut menandatangani ikrar ini dan menubuhkan unit pengurusan integriti dalam organisasi masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani IIK antara SPRM dan syarikat berkaitan kerajaan Sabah Asian Supply Base Sdn Bhd hari ini.

Sutinah berkata setiap syarikat perlu mempunyai dasar pencegahan rasuah – tolak ansur sifar terhadap rasuah atau kod tatalaku dan pegawai integrity bertauliah (CeIO) dalam organisasi masing-masing.

Kod tatalaku ini boleh dijadikan garis panduan oleh petugas untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Menurut beliau setakat ini 30 pegawai telah dilatih melalui program CeIO, program integriti akreditasi kendalian Pusat Pembangunan Integriti Korporat SPRM bagi tujuan membasmi rasuah.

IIK adalah dokumen yang membolehkan sesebuah syarikat memberi komitmen untuk menegakkan Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat di Malaysia.

PRK Sungai Limau: 85.5 Peratus Keluar Mengundi

Posted: 04 Nov 2013 02:01 AM PST

YAN, 4 Nov - Seramai 23,249 daripada 27,222 pengundi berdaftar selesai melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang Isnin.

Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah sebanyak 85.5 peratus.

Jumlah berkenaan berkurangan daripada sasaran SPR yang menjangkakan peratus keluar mengundi adalah sebanyak 90 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, sejumlah 24,406 orang atau 89.3 peratus pemilih keluar mengundi di DUN Sungai Limau.

PRK DUN Sungai Limau ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN mempertaruhkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim manakala Pas diwakil Mohd Azam Abdul Samat.

SPR menjangkakan keputusan pilihan raya kecil ini dapat diketahui selewat-lewatnya pukul10 malam Isnin.

Umat Islam Diseru Pertahankan Kesucian Agama

Posted: 04 Nov 2013 01:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Umat Islam diseru untuk menginsafi nikmat yang telah diperoleh dan terus mempertahankan kesucian Islam dengan menguatkan ukhuwah di kalangan mereka sempena bermulanya tahun baharu 1435 Hijrah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini sekaligus akan menjadikan Malaysia terus unggul sebagai sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani.

“Saudara kita di negara lain yang umat Islam adalah minoriti, turut menyaksikan mereka tidak mampu memperjuangkan hak mereka.

“Sedangkan kita di Malaysia amat bertuah kerana menjadi negara Islam yang mendukung kesucian agama dan meletakkan Islam di tempat tertinggi,” katanya dalam perutusan Maal Hijrah 1435H yang disambut esok.

Menurutnya cabaran yang harus dihadapi bukan sahaja datang dari luar malah unsur dalaman perlu diberi perhatian supaya perjuangan selama ini untuk terus memelihara kesucian umat Islam dapat diteruskan.

Jelas Muhyiddin, apa yang paling penting semoga kedatangan Tahun Baharu Hijrah ini akan menyuntik semangat serta kekuatan kepada umat Islam untuk bersatu ke arah menjadi umat yang terbaik.

“Semangat dan kekuatan itu mesti ada dalam kalangan umat Islam sekarang ini. Malah roh perjuangan pejuang-pejuang Islam terdahulu mesti subur di jiwa umat Islam agar martabat agama Islam terus dipelihara dan tidak dihina oleh sesiapa pun.

“Ini kerana musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti untuk merosakkan agama kita. Ancaman zionis, kuasa barat dan timur sentiasa mencari peluang untuk menindas umat Islam tidak kira di ceruk dunia mana sekali pun,” katanya.

Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1435H kepada umat Islam, Muhyiddin berharap umat Islam menghayati dan menjadikan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari kota Makkah ke Madinah sebagai satu ilham dalam hidup mereka.

Katanya ia penting untuk transformasi diri, keluarga dan masyarakat dalam menjadikan agenda Islam itu sebagai cara hidup yang mencakupi semua aspek.

Kadamaian Assemblyman Jeremy Malajad Quits PKR

Posted: 04 Nov 2013 01:40 AM PST

KOTA BELUD, Nov 4 – Kadamaian assemblyman Jeremmy Malajad today announced that he has quit Parti Keadilan Rakyat (PKR) and become an Independent elected representive supportive of Barisan Nasional (BN).

Jeremmy, who was accompanied by 50 former Kadamaian PKR leaders, made the announcement at a press conference held at the Kota Belud Rest House, here.

Jeremmy said he relinquished all his party posts, effective today, in line with Article 29.1.3 of the party constitution.

“As an assemblyman who was recently elected by the rakyat (people), I realise the high hopes of the constituents that I represent to see changes in development in our rural area, particularly with regard to provision of basic facilities like roads, clean water supply, health clinic and more which have become the current issue of concern of the community in Kadamaian,” he said.

He had before promised the people in the area to be the best elected representative in providing the needed services, to change Kadamaian from being a backward area to a progessive and developing one.

Jeremmy said he saw the BN government as being successful in tackling various issues in the state that were raised during the 13th General Election campaign including security and proverty, as well as in implementing the planned transformation programmes effectively.

He believed that the people in Sabah, particularly, were increasingly confident in the approaches and seriousness of the BN government, including appointing six leaders in Sabah as full ministers to the federal cabinet.

While stating his commitment to representing the constituents in Kadamaian, Jeremmy said he wanted to be directly involved in realising the various transformation programmes through politics, administration, economic generation and infrastructure development.

In the 13th General Election in May, Jeremmy won the Kadamaian state seat with a 889-vote majority in a four-cornered contest.

London Hotel Purchase Designed To Diversify Felda’s Investments, Says Isa

Posted: 04 Nov 2013 01:35 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 4 – The purchase of a hotel in London by the Federal Land Development Authority (Felda) is to diversify investments as well as expand its credentials.

Felda Chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad in defending the purchase today, stressed that resentment to the acquisition, on the premise that it was made at a high price, was only from the DAP.

“There is nothing wrong in buying the property in London.

“Even Tabung Haji and the Employees Provident Fund (EPF) have bought properties there,” he told reporters after the launch of a book, “Meneroka Impian Mencapai Wawasan”, published by Felda, here today.

The book was launched by Tun Rahah Mohammad Noah, the mother of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, here today.

Najib was also present at the event with his wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

Isa said the purchase was made by the Felda board of directors and not through Felda Global Venture Holding (FGV), which runs the oil palm business and downstream activities.

The former Negeri Sembilan Menteri Besar also rejected the notion that Felda did not have the skills nor experience to operate the hotel, adding, the agency currently operates a number of hotels in the country.

“Felda owns eight hotels in Malaysia. In addition, Felda also has a college for second generation Felda settlers, to train them for the catering business,” he added.

Falsafah Politik Pembangkang Asal Boleh Busukkan Kerajaan

Posted: 04 Nov 2013 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Asal ada kepentingan, tidak kira cara semuanya jadi halal… Begitulah yang boleh digambarkan sikap pembangkang yang terus mengamalkan politik jijik apabila terus-terusan memutar belitkan fakta mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain memburukkan Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menurut Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan, pembangkang sejak dulu memang suka mengambil kesempatan yang ada untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Katanya walaupun apa yang kerajaan lakukan sebenarnya adalah untuk kebaikan rakyat tetapi pembangkang akan memutar belitkan keadaan agar rakyat terkeliru sekaligus menuduh membenci kerajaan.

"Rakyat perlu faham perlaksaan GST adalah strategi untuk menyusun semula sistem percukaian. Ianya bakal menjana pendapatan yang lebih stabil. Lebih 160 negara telah melaksanakan GST maka ini jelas menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini.

"Sekiranya GST ini akan menyusahkan rakyat, mustahil kerajaan akan melaksanakannya dan mana mungkin majoriti negara di dunia ini mengguna pakai sistem ini.

"Inilah yang perlu difikirkan oleh rakyat. Jangan mudah terpengaruh dengan agenda busuk pembangkang," ujarnya kepada UMNO-Online.

Ujarnya lagi, sekiranya rakyat tidak faham dan pandang mudah mekanisme GST maka rakyat akan mudah terpengaruh dengan tipu muslihat pembangkang.

"Sebenarnya, dengan perlaksanaan GST ini, kerajaan akan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.

"Kerajaan juga telah mengkaji sedalam-dalamnya perkara ini. Sebab itu, ianya hanya akan dilaksanakan pada 2015 setelah segala aspek dikaji secara lebih terperinci," jelasnya lagi.

Zahida turut menekankan kepada rakyat khususnya golongan muda agar sentiasa peka dan membuat kajian sebelum mempercayai segala putar belit pembangkang. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT